Artikel "Semasa" Terkini
EPIC Terengganu Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Foto - Pok AbbasOleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 28 Mei - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) terus menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan meraikan 135 anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di Paya Bunga Hotel, di sini kelmarin.Majlis itu sebagai lanjutan sumbangan baju raya kepada pelajar berkenaan di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus dekat sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi hadir menyampaikan sumbangan hari raya EPIC kepada pelajar-pelajar berkenaan.Majlis disambut meriah dengan kehadiran hampir 240 orang tetamu jemputan.Terdahulu dari itu Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid dalam satu majlis di Kuala Nerus berkata, EPIC memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk aktiviti CSR tahun ini.Katanya, wang setengah juta itu dibelanjakan untuk meraikan dan membantu golongan miskin, anak yatim dan pihak yang memerlukan bantuan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi. Tambahnya, peruntukan lebih besar dibelanjakan tahun lepas berdasarkan prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.Bagaimanapun angka sebenar jumlah perbelanjaan itu tidak dimaklumkan.
27 May 19
415
Kunjungan MB Cetus Semangat Ahli Kariah Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin
Dr. Samsuri bersama sebahagian ahli kariah surau.DUNGUN, 27 Mei – Kunjungan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, di sini, memberi semangat baharu kepada ahli kariah untuk menghidupkan pelbagai program ilmu dan ibadat.Pengerusi surau berkenaan, Sheikh Hanafi Abdul Aziz, 41, berkata, surau itu merupakan pusat gerakan Islam pertama di Terengganu.“Disebabkan itu, sejak dahulu hingga kini, kita cuba mengaktifkan pelbagai program dan penambahbaikan daripada binaan kayu suatu ketika dahulu sehinggalah kepada binaan yang ada hari ini.Dr. Samsuri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.“Tahun ini kita dapat adakan program berbuka puasa tahunan yang dikenali sebagai ‘Namat’ dan lebih istimewa kali ini ia dihadiri Menteri Besar sendiri memberi semangat kepada ahli kariah untuk lebih aktif melaksanakan kebajikan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Berbuka Puasa di surau tersebut, semalam.Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut menyampaikan sumbangan daripada pihak surau berupa bantuan wang tunai kepada tujuh anak yatim di kariah itu.Selain itu, pihak Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin juga menyediakan bantuan barangan asas bulanan kepada sekitar 30 fakir miskin di kariah itu.Bersama pengerusi surau, Sheikh Hanafi.Sheikh Hanafi yang juga merupakan Pegawai Penyelidik di Pejabat Menteri Besar itu turut memaklumkan, pihaknya sedang dalam proses permohonan untuk mengangkat surau tersebut kepada taraf masjid.“Kami berharap pihak kerajaan negeri memberikan laluan mudah untuk melaksanakan hasrat yang murni ini,” katanya.
27 May 19
809
Kompaun Jika Buang Sampah Di Tempat Awam
LARANGAN MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT AWAM1) Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki membuang sampah di tempat/tong sampah yang telah disediakan. Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah bersalahan dengan peruntukan -(i) Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan,Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau(ii)Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,19812)Tawaran kompaun berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh)secara serta merta akan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan di perenggan (1) di atas.3)Sekiranya, pesalah laku enggan menjelaskan tawaran kompaun di perenggan (2) di atas, mereka boleh di denda sehingga -(i)RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) bagi kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau(ii)RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua ratus lima puluh) bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, 1981Kompaun ini akan bermula hari ini 27 Mei 2019.
26 May 19
2185
45 MPKK Felda Diberi Taklimat Akta GSA
KUALA NERUS, 27 Mei- Seramai 45 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh 21 Tanah Rancangan Felda negeri ini telah diberi taklimat mengenai Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 di Dewan Ehsan Pejabat Felda Wilayah Terengganu.Taklimat itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd. Helmi Fakhzan Abd. Wahab.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Sementara itu Dr Azman berkata, taklimat berkenaan bertujuan memberikan penerangan secara lebih terperinci tentang Akta GSA kepada wakil peneroka.“Termasuklah berkaitan urusan permohonan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian atau apa-apa tujuan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan.“Supaya rakyat dapat hak mereka yang sepatutnya,” ujarnya ketika berucap merasmikan taklimat tersebut, semalam.Katanya, terdapat lebih 7,000 peneroka Felda di seluruh negeri ini.
26 May 19
64
35 Orang Anak Yatim Dun Ajil Dirai
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 27 Mei - Seramai 35 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada pemilik Warung Amilin dalam satu majlis berbuka puasa bersama keluarga dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan (MTD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, sumbangan ini menunjukkan satu komitmen dan kerjasama yang padu daripada anggota masyarakat untuk sama- sama menjaga kebajikan anak- anak yatim.“Pertama sekali kita mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada penganjur iaitu Warung Amilin bekerjasama dengan MTD untuk meraikan anak- anak yatim bersama keluarga dan pimpinan kita.“Usaha ini menunjukkan satu komitmen yang sangat bagus daripada masyarakat untuk bersama- sama memikul tanggungjawab mengambil bahagian dalam menjaga kebajikan mereka,”ujarnya.Beliau yang juga Pengarah MTD DUN Ajil berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Iftar dan Sumbangan kepada anak- anak yatim bertempat di Warung Amilin, Ajil Trade Centre (ATC), petang semalam.Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Ahli Jawatankuasa Harian MTD, Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat.Menurutnya lagi, program ini juga memberi keceriaan dan sinar kepada mereka bagi menyambut lebaran tidak lama lagi.“Semoga dengan program sebegini anak- anak yatim ini berasa dipedulikan, dihargai dan memberi semangat kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti,”ujarnya.
26 May 19
352
PERANTAU Duta Pelancongan Terengganu
Wakil media menerima cenderahati dari Ariffin (dua dari kiri).KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Kerajaan negeri melantik Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) sebagai duta pelancongan untuk mempromosi negeri itu ke seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, mereka bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai Negeri Terengganu sekali gus menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri tersebut."Ini bererti semua perantau anak Terengganu yang berada di luar negeri Terengganu dilantik sebagai duta pelancongan yang membawa imej Terengganu yang dikenali sebagai negeri cantik, budaya menarik," jelasnya.Ustaz AriffinBeliau berkata demikian ketika meraikan wartawan dan kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri di Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di TD1303 di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Ab Rasid Jusoh, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan pengamal media.Sementara itu Ariffin berkata jabatan pelancongan negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Pelita Raya di Kampung Gelugur mulai 30 Mei ini.Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan Pengamal Media hadir di Majlis Berbuka Puasa Anjuran jabatan tersebut di TD1303 hari ini."Saya telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan pertandingan itu akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat melibatkan 38 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN ini."Untuk menjayakan program tersebut saya sendiri telah membeli kira-kira 2 ribu biji pelita raya dari beberapa buah pasaraya di Kuala Lumpur bimbang peserta tidak dapat membeli pelita berkenaan untuk pertandingan tersebut," jelasnya.Katanya, pelita berkenaan akan diberi percuma kepada peserta yang masih belum ada pelita untuk menyertai pertandingan tersebut."Saya mendoakan semoga program itu dilaksanakan dalam keadaan cukup meriah dan berjaya diadakan nanti," tambahnya.
26 May 19
404
Terengganu Sedia 12 Bas Percuma Untuk Mahasiswa Balik Kampung
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menyediakan sebanyak 12 buah bas secara percuma untuk membawa 480 mahasiswa Terengganu yang belajar di luar negeri itu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Aidilfitri Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) 2019.Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Muhamad Khairi Mezah berkata, program bertemakan 'Tranung, mu tunggu aku balik' itu diharap dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mahasiswa bersama keluarga tersayang selain mengurangkan beban kewangan mereka.Beliau berkata, kesemua 12 bas berkenaan dijadual bertolak daripada lokasi yang telah ditentukan pada 31 Mei ini dan dijangka tiba di perkarangan Yayasan Terengganu, di sini pada awal pagi, 1 Jun."Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya kepada Bernama, hari ini.Katanya, bagi pelajar yang tinggal di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Yayasan Terengganu juga akan menghantar mereka pulang dengan bas percuma ke daerah masing-masing.Muhamad Khairi berkata kesemua mahasiswa Terengganu telah dimaklumkan mengenai program tersebut melalui laman rasmi Facebook Permata di universiti masing-masing.Katanya program yang telah bermula sejak tujuh tahun lalu itu susulan rungutan mahasiswa yang tidak dapat pulang beraya di kampung kerana kehabisan tiket bas.-- BERNAMA
26 May 19
85
Sultan Terengganu Perkenan Orang Ramai Mengadap Di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan umum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu telah mengampuni perkenan menerima orang ramai mengadap pada Hari Raya Aidilfitri Tahun 1440H/2019M di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.Mengulas mengenai aturcara Majlis Penghadapan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya memaklumkan, adalah ditetapkan bahawa Kerabat-kerabat Raja, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Orang-orang Besar Raja, Dato'-dato', Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, Pegawai-pegawai Kerajaan/ Badan-badan Berkanun/ Agensi Kerajaan dan orang ramai diterima mengadap pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan berpakaian sopan.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi kerajaan negeri, di sini baru-baru ini (13 Mei).
25 May 19
418
Proses Permohonan Tabung Darul Iman Dipermudahkan
Alias Harun menyerahkan cek TDI kepada penerima.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Mei – Kerajaan negeri memudahkan urusan memohon Tabung Darul Iman (TDI) bagi memastikan ramai rakyat yang berkelayakan menerima manfaat itu tanpa berdepan banyak halangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, usaha berkenaan sebagai tanda kecaknaan Kerajaan Terengganu terhadap golongan yang kurang bernasib baik.Jelasnya, syarat dan prosedur permohonan untuk mendapat manfaat TDI dilonggarkan supaya semua yang berkelayakan tersenarai sebagai penerima.“Kerana orang-orang yang susah dan miskin sangat terhad kemampuan mereka untuk memenuhi syarat-syarat yang menyukarkan mereka seperti terpaksa keluarkan RM40 untuk borang kelulusan.“Sekarang hanya perlu isi borang dan minta tandatangan doktor serta cop untuk pengesahan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan penyerahan cek TDI kepada tujuh orang penerima di DUN Rantau Abang, di sini, baru-baru ini.Alias berkata, untuk 2018 seramai 70 pesakit dari DUN tersebut menerima bantuan itu sama ada dalam bentuk cek atau lampin pakai buang dan susu.Katanya lagi, permohonan untuk tahun ini juga diperluaskan, sekali gus akan memberi lebih banyak peluang kepada pelbagai golongan.“Kali ini penerima ada yang kena strok, kemalangan, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka sememangnya layak untuk terima bantuan tabung ini. “Terima kasihlah kepada TDI kerana peka kepada masyarakat yang betul-betul memerlukan bantuan untuk keperluan kehidupan mereka,” katanya.
25 May 19
328
Kebajikan Rakyat Tanggungjawab Bersama
Muhammad Khalil menyampaikan sumbangan.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 26 Mei – Kebajikan rakyat bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya ia terbuka kepada semua sama ada melalui persendirian atau pertubuhan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, konsep kebajikan rakyat dalam Islam tidak hanya tertumpu dan menjadi peranan pihak pemerintah sahaja.Katanya, sebaliknya usaha membantu golongan kurang bernasib baik harus dipikul bersama bagi memberikan impak yang lebih berkesan pada masa hadapan.“Walaupun tugas ini terletak pada kerajaan tetapi disisi Islam ia terbuka dan tugas ini boleh di laksanakan samada oleh parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang berupaya untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan.“Islam menggalakkan konsep takaful dan ta’awun (tolong-menolong) diantara satu sama lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sumbangan kepada Fakir Miskin Komuniti Batu Buruk di Dewan Dato Wan Mutallib, Kuala Ibai, di sini semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Batu Buruk, Abu Bakar Salleh, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Izzat Abdullah, Ahli Jawatankuasa Harian Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Buruk serta semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dun Batu Buruk.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri turut memberitahu, hasil kerjasama itu secara tidak langsung akan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.“Dalam Islam kaedah mengeratkan hubungan sesama manusia ada pelbagai, salah satunya ialah dengan memberi zakat, sumbangan dan infaq kepada yang kurang berkemampuan.Program yang meraikan lebih 180 orang kurang berkemampuan itu dianjurkan oleh MTD Batu Buruk.
25 May 19
57