lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
'Tiada Kes Buang Sampah Berjaya Dikesan' - MBKT
Haji Shahidan.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Setakat ini tiada mana-mana individu yang dikenakan tindakan kerana kesalahan membuang sampah di tempat awam di negeri Terengganu.Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Haji Shahidan Embok berkata, tiada sebarang kes pembuangan sampah berjaya dikesan selepas tempoh penguatkuasaan bermula kelmarin.Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menugaskan seramai 106 orang kakitangan penguatkuasa dan tiga orang pegawai di unit pendakwaan bagi memastikan orang ramai mematuhi undang-undang larangan membuang sampah di tempat awam.Ketika dihubungi, beliau berkata, pihak MBKT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang berkenaan."MBKT telah dilengkapkan dengan anggota penguatkuasa yang telah diberi penurunan kuasa secara khusus bagi penerimaan tawaran kompaun sampah secara serta merta dan unit pendakwaan sentiasa bersiap sedia melaksanakan tindakan pendakwaan ke atas kesalahan membuang sampah di tempat awam."Kelmarin, notis larangan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya telah ditampal di tempat awam termasuk di Taman Awam Batu Buruk dan Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu," ujarnya.Notis itu meminta orang ramai membuang sampah di tempat atau tong sampah yang telah disediakan.Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah bersalahan dengan peruntukan Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) MBKT, 1981.Tawaran kompaun berjumlah RM50 secara serta merta akan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa MBKT kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut.Sekiranya, pesalah laku enggan menjelaskan tawaran kompaun itu, mereka boleh didenda sehingga RM500 bagi kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) atauRM250 bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) MBKT, 1981.Ketika ditanya, Shahidan berkata, mereka berkenaan boleh ditangkap di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) tanpa memerlukan waran tangkap."Tangkapan tanpa waran adalah tangkapan yang dibuat tanpa perlu mendapatkan atau memiliki waran tangkap terlebih dahulu. "Dengan kata lain, mana-mana anggota penguatkuasa berpuas hati bahawa berlaku kesalahan membuang sampah di tempat awam, beliau boleh terus membuat tangkapan terhadap pesalah laku tanpa memerlukan waran tangkapan," tegasnya. Bagaimanapun katanya, bagi pelaksanaan awal tindakan ini, pesalah laku hanya akan ditawarkan penyelesaian kompaun terlebih dahulu."Dan dalam keadaan yang memerlukan contohnya, pesalah laku enggan bekerjasama atau melarikan diri dan sebagainya, maka tindakan tangkapan akan dibuat dalam menguatkuasakan tindakan ini," tegas beliau lagi.
28 May 19
182
Empty Image
Berita Gembira, Masjid Baru Bukit Tanah Jabi Bakal Dibina
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 29 Mei - Berita gembira untuk penduduk Kampung Bukit Tanah, di sini kerana mereka bakal mendapat masjid baharu memandangkan masjid sedia ada agak uzur dan kecil serta tidak mampu menampung kehadiran ramai jemaah khususnya di waktu solat hari raya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan kelulusan dari kerajaan negeri, masjid itu akan dibina segera untuk memberi keselesaan kepada jemaah kampung tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti bermanfaat.Katanya, Bukit Tanah merupakan kampung paling besar berbanding 37 kampung lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi yang mempunyai 330 buah rumah, sudah tentu memerlukan masjid yang agak selesa untuk tujuan itu.“Kita sedang berusaha agar kerja pembinaan masjid baharu boleh disegerakan. Kerajaan negeri telah memberi kelulusan untuk pembinaan masjid di kampung kita. Sekarang berada di peringkat teknikal,” katanya menerusi status Facebook rasmi beliau, semalam.Dr. Azman berkata, masjid kampung berkenaan dipercayai dibina pada zaman Menteri Besar, Tan Sri Ibrahim Fikri antara November 1961 dan September 1970.“Saya pun tidak ingat bila dibina secara tepat. Alhamdulillah, akhirnya kita berada dalam perjalanan untuk menikmati kemudahan sebuah masjid baharu,” katanya.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memohon maaf kepada perantau dari Kampung Bukit Tanah yang balik beraya tidak lama lagi kerana solat sunat Aidilfitri tahun ini masih lagi dilaksanakan di masjid berkenaan sebelum dinaik taraf tidak lama lagi.
28 May 19
488
Empty Image
Pendapatan TDM Terengganu Suku Pertama RM104.8 Juta
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kumpulan TDM Berhad (TDM) merekodkan pendapatan sebanyak RM104.8 juta bagi suku tahun pertama yang berakhir 31 Mac lalu.Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) yang diselaraskan adalah RM17.3 juta, berbanding RM28.3 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.Pengerusi TDM, YM Raja Dato' Idris Raja Kamarudin berkata, pendapatan TDM bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2019 menurun sebanyak 10 peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh pengeluaran tanaman yang lebih rendah dan hasil jualan kelapa sawit di bahagian perladangan. “Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi dengan hasil penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 14 peratus.“Kami menjangkakan pemulihan akan dibantu dengan pertumbuhan keluaran tanaman yang perlahan antara 2019 hingga 2020 daripada penanaman semula di Malaysia dan kawasan matang yang lebih rendah di Indonesia. “Sepanjang beberapa bulan yang lalu, kami telah menjalankan kajian serta memeriksa operasi dan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi melalui Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) memaksimumkan pengeluaran tandan buah segar (FFB) dan minyak sawit mentah (MSM),” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TDM Berhad Kali Ke-54 di Primula Beach Hotel, semalam.Katanya, Kumpulan optimis terhadap asas-asas jangka panjang industri dan akan memberi fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran.Sementara itu, Idris berkata, Bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh pada suku pertama tahun 2019 dengan pendapatan meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM58.1 juta berbanding RM51.1 juta pada tempoh yang sama tahun lepas yang didorong oleh bilangan pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi, masing-masing sebanyak 11 peratus dan 5 peratus.“Pelarasan Ebitda di penjagaan kesihatan berkembang sebanyak 12 peratus berbanding suku sebelumnya,” ujarnya.Menurut beliau, pihaknya yakin pertumbuhan Bahagian Penjagaan Kesihatan akan disokong oleh VCP dalam meningkatkan 'margin' dan pengenalan modaliti perkhidmatan baharu yang merangkumi pelaksanaan sistem EMR di seluruh kemudahan perubatan bersama dengan pengenalan aplikasi mudah alih untuk kemudahan yang lebih mudah, akses kepada data dan jangkauan pelanggan.Katanya, di bahagian penjagaan kesihatan, Pusat Kecemerlangan (COE) akan diwujudkan di setiap hospital selain menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan baru seperti penjagaan mata (di KTS), perkhidmatan endovascular (di TDMC) dan perkhidmatan angioplasty (di KMC).
28 May 19
402
Empty Image
`Pilih Jadi Hamba Allah, Dunia Berkhidmatlah Kepadanya' - Wan Hassan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Mei - "Allah berkata kepada dunia, `Mana-mana orang yang memilih untuk jadi hamba Allah kamu dunia berkhidmatlah kepadanya'," kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Menurutnya, dengan amalan itu, maka kehidupan golongan itu akan melimpah-ruah dengan kesenangan yang penuh keberkatan kerana dunia yang memberi perkhidmatan (nikmat) kepada mereka."Tetapi dunia juga diberi pesanan oleh Allah, perbudakkanlah mana-mana orang yang memilih untuk berkhidmat untukku, perhambakanlah mereka, jadi hamba dunia. "Ini kita dapat, kita berhias untuk siapa, kita memakai perhiasan untuk orang puji kita lawa, kita lupa, di belakang kita keberkatan ditarik," ujarnya. Beliau menasihati demikian kepada ibu muda yang hadir ketika berucap di Majlis Projek Telekung 3.0, Ameerah Kawasan Dungun di Pusat Tarbiyyah dan Kelas Fardhu Ain, Taman Permint Indah, di sini, baru-baru ini. "Keberkatan rezeki yang ditarik, keberkatan ini akan dibawa masuk ke dalam rumah kita (ditarik). Walaupun, katanya, perhiasan dibenarkan tetapi perlu disusun dengan cara berpakaian yang menghasilkan pahala. Projek tahunan kali ketiga itu bertujuan menghargai dan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan wanita berusia 40 tahun ke bawah. Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan program berkenaan menasihati agar menjaga anak sebaik-sebaiknya kerana mereka merupakan amanah Allah SWT. "Kalau anak kita sudah pandai keluar rumah, kita kena ambil tahu, siapa kawannya, kalau kawannya seorang yang baik, pastikan balik rumah pukul berapa?"Saya juga minta sebagai ibu, jaga mulut daripada berkata yang tidak elok kepada anak-anak kerana ianya merupakan doa buat anak kita, " pesan beliau kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan mualaf.
28 May 19
46
Empty Image
Pohon Tanah Untuk Pertanian Komersial Libat HSK Tidak Akan Dipertimbangkan - Dr. Azman
KUALA TERENGGANU, 28 Mei- Kerajaan negeri menegaskan permohonan tanah untuk sebarang projek pertanian komersial termasuk pembukaan baru kawasan pertanian di negeri ini tidak akan dipertimbangkan sekiranya melibatkan Hutan Simpan Kekal (HSK).Katanya, langkah itu perlu bagi memelihara ekosistem semulajadi dan biodiversiti yang tetap menjadi keutamaan kerajaan walaupun dalam mengejar kemajuan dan pembangunan negeri.Bagaimanapun katanya, hutan simpan yang dikategorikan sebagai hutan pengeluaran diizinkan untuk aktiviti pembalakan tetapi hutan simpan perlindungan mesti dikekalkan tanpa diusik.Menurut beliau, keluasan tanah berhutan di Terengganu berjumlah 652,918 hektar iaitu 50.39 peratus daripada keluasan negeri sementara tanah tidak berhutan seluas 642,682 hektar atau 49.61 peratus dari keseluruhan luas tanah Terengganu.“Daripada 652,918 kawasan tanah berhutan, seluas 542,411 hektar atau 83 peratus merupakan HSK. “Sepanjang masa, paling kurang 50 peratus dari keluasan negeri mesti dikekalkan sebagai tanah berhutan. Dengan 50.39 peratus negeri kita masih diliputi hutan, kita masih berada pada tahap yang selamat,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Dr. Azman berkata, daripada 542,411 hektar kawasan HSK, seluas 414,210.43 hektar atau 76.4 peratus ialah hutan pengeluaran manakala 128,200.57 hektar ialah hutan perlindungan.Katanyaa, kelestarian kawasan hutan mesti dipelihara demi khazanah yang tidak ternilai di dalamnya dan apa sahaja aktiviti ekonomi yang melibatkan penerokaan kawasan hutan tertakluk kepada garis panduan dan peraturan yang ketat.
28 May 19
148
Empty Image
PPD Kuala Besut Agih RM48,000 Zakat Perniagaan Kepada Asnaf
Azbi Salleh (dua dari kanan).Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 28 Mei - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh mengagihkan zakat perniagaan beliau kepada 480 asnaf  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Beliau yang mengusahakan perniagaan emas mengagihkan RM48,000 daripada zakat perniagaannya untuk kegunaan golongan kurang berkemampuan bagi menghadapi musim perayaan. Jelasnya, pada tahun lepas beliau membayar zakat tersebut kepada 200 orang manakala untuk tahun ini senarai penerima yang layak bertambah.“Saya berharap dengan sedikit pemberian ini dapat dimanfaatkan oleh penerima bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.“Insya-Allah pada masa akan datang saya akan meneruskan program-program sebegini agar rakyat di DUN Kuala Besut terus mendapat manfaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengagihan Zakat perniagaan DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiah Kampung Baharu, di sini, hari ini.Turut hadir sebagai tetamu jemputan dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad yang turut menyampaikan ucapan.Program berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Kuala Besut yang bertindak mengenal pasti asnaf yang layak untuk dibantu.Golongan asnaf yang menerima bantuan itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di kawaasan berkenaan.
28 May 19
234
Empty Image
`Terima Kasih Terengganu Inc. Ceriakan Raya Anak-Anak Kami'- Anis Suzana
KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Keseronokan berbelanja kelengkapan Aidilfitri terpancar di  wajah pada sebuah keluarga miskin dari Gong Rusila apabila anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.) Sdn Bhd membawa mereka membeli-belah di pasaraya Hock Kee Seng, di sini,hari ini. Selain pakaian baharu, Terengganu Inc turut menyumbang set perabot bernilai RM2,000 kepada keluarga itu sempena lebaran ini.  Ibu kepada 10 anak, Anis Suzana Wahab, 42 berkata, dia dan suami, Shamsuddin Wahab, 53, kini mampu menarik nafas lega kerana dapat menyambut hari raya tidak lama lagi dengan ceria hasil bantuan pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mereka.Dia sebelum ini terpaksa hidup dalam keadaan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' bersama anak-anaknya berikutan suaminya tidak dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga akibat serangan angin ahmar sejak empat tahun lalu.“Saya merasa terharu melihat kesemua anak yang ceria memilih kelengkapan pakaian menjelang hari raya. Persiapan kami tahun lalu hanya ala kadar sahaja dan syukur kami dipilih menerima sumbangan ini memandangkan pendapatan kami yang tidak seberapa kerana tiga anak saya cuma kerja kampung sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan sahaja.“Alhamdulillah, dengan sumbangan RM200 seorang, secara tidak langsung anak dapat membeli kelengkapan Aidilfitri seperti baju raya, kasut dan lain-lain keperluan. Terima kasih kepada pihak Terengganu Inc. dan raya kali ini amat bermakna kepada anak yang sudah lama inginkan pakaian baru,” katanya.Anis SuzanaAnis Suzana berkata demikian kepada pemberita selepas membeli kelengkapan raya di Pasaraya Hock Kee Seng bersama Terengganu Inc., di sini, hari ini.Turut diraikan, tujuh beradik yatim piatu dari Kuala Nerus yang turut mendapat sumbangan pakaian raya bernilai RM200 seorang.Penerima berkenaan, Syahwani Azwin Sahidi, 16, berkata, dia bersyukur di atas keprihatinan dan bantuan yang disalurkan kepada mereka sekeluarga.“Terima kasih kepada semua mereka yang prihatin dengan nasib kami adik-beradik dengan pelbagai sumbangan barangan keperluan dan wang tunai. “Syukur dan kami amat hargai sumbangan diberikan. Saya pun dapat sediakan semua baju raya untuk mereka,” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.Khairul Nizam Khalid MirzaSementara itu, Timbalan Presiden Audit Dalaman, Khairul Nizam Khalid Mirza berkata, kegiatan itu satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat korporat dan warga kerjanya sempena bulan yang penuh keberkatan ini.Menurutnya, kehadiran rombongan Terengganu Inc. membolehkan dua keluarga yang terpilih merayakan Aidilfitri dalam keadaan yang lebih selesa berbanding tahun sebelumnya.“Kami amat bersyukur kerana program ini sudah memasuki tahun kedua penganjuran yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk melebarkan kapasiti program kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini.“Sejak tahun pertama dianjurkan iaitu tahun lalu, program CSR ini dilakukan dengan pemilihan rumah anak-anak yatim yang berlainan untuk menyertai program ini setiap tahun dan kali ini pemilihan agak berbeza dengan memberikan tumpuan kepada keluarga yang terpilih dan saya berharap dengan sumbangan diberikan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah setiap penerima,” katanya.
27 May 19
542
Empty Image
Kongsi Pandangan `Undang-Undang Tubuh Diri Kerajaan Terengganu' Tingkat Kefahaman
KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Perkongsian pandangan tafsiran mengenai Undang-Undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu akan lebih memberi kefahaman untuk mengenali Kerajaan Terengganu.Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Syamrahayu Ab. Aziz berkata, program yang baik dan sangat bermakna mampu membuka mata peserta bukan sahaja mengenai Undang-Undang Tubuh bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang dikaitkan dengan Itqanul Muluk Bi Ta'dil as-Suluk tetapi juga soal sejarah perundangan negara sebelum dan selepas merdeka."Pada saya pendedahan kepada peruntukan perlembagaan ini akan memberikan kita kefahaman yang lebih mantap."Tentunya apabila kita mengenali bagaimanakah perkara yang lebih baik untuk kita kemukakan atau laksanakan (perundangan) pada masa hadapan," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Bicara Darul Iman Siri Ke -3 Tahun 2019 di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato A. Rahman Yahaya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Sementara itu, Yahaya berkata, peserta juga diberi pendedahan berkait dengan undang-undang perlembagaan Persekutuan, sejarah dan seumpamanya."Saya bagi pihak  Ahli Dewan Undangan Negeri khususnya berpuas hati dengan penjelasan dan soal jawab yang ditimbulkan sepanjang program."Saya juga mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas majlis syarahan utama oleh Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz negeri dan komitmen sepanjang program diadakan," ujarnya.Tambah beliau, ada beberapa perkara menarik yang disyorkan oleh beliau untuk diteliti semula berkait dengan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Terengganu dalam konteks dan hubungan dengan Perlembagaan Persekutuan.
27 May 19
608
Empty Image
Fenomena Istiwa' 'Adzam Sahkan Arah Kiblat
KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mengumumkan fenomena Istiwa’ ‘Adzam akan berlaku pada hari ini (28 Mei) bersamaan 23 Ramadan 1440.Istiwa’ ‘Adzam merupakan fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Fenomena itu dijangka berlaku hari ini pada jam 5.16 petang serta 16 Julai 2019 pada 5.28 petang.Pihak pejabat agama memaklumkan, orang ramai boleh mengesahkan arah kiblat ketika fenomena berkenaan berlaku melalui cara:Pertama, pastikan jam yang digunakan selaras waktu standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan disemak melalui (http://mst.sirim.my).Kemudian, pacakkan objek lurus di kawasan lapang yang rata dan tidak terlindung daripada cahaya Matahari.Seterusnya, pastikan bayang-bayang yang dihasilkan objek itu dapat dilihat dengan jelas.Ketika tepat jam 5.16 petang hari ini serta 16 Julai pada 5.28 petang, tanda atau gariskan bayang-bayang yang terhasil daripada objek lurus tersebut.Arah kiblat ialah arah bayang-bayang yang menghala kepada objek lurus berkenaan.-     
27 May 19
1749
Empty Image
Cadangan 'Interfaith Understanding’ Menyalahi Perlembagaan Malaysia
Foto oleh - Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 28 Mei - Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya subjek mengenal agama lain atau ‘interfaith understanding’ diajarkan di sekolah boleh ditafsirkan bersalahan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan mengenai kawalan dan sekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.Ia turut dibimbangi mempromosikan fahaman pluralisme agama dalam kalangan masyarakat Muslim serta menggugat kedudukan istimewa agama Islam dalam Perlembagaan.Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan itu dengan sendirinya telah mendidik dan membentuk sikap penganut agama Islam di negara ini sejak sekian lama supaya menghormati ajaran dan penganut agama lain sekalipun tidak mengetahui atau memahami sepenuhnya agama masyarakat bukan Islam itu.“Terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) yang telah menolak cadangan tersebut. “Fokus seharusnya diberikan bagi memperkasakan kefahaman dan penghayatan beragama di kalangan pelajar beragama Islam termasuk dengan menyemak semula dan menambah baik silibus sedia ada serta menjadikannya sebagai subjek teras,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.Beliau turut berpandangan, adalah lebih tepat memastikan murid bukan Islam belajar subjek mengenal agama Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) supaya mereka lebih memahami ajaran berkenaan dan amalan masyarakat Muslim di negara ini.“Saya percaya, subjek ini lebih berkesan untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. “Ini kerana Islam adalah agama yang mempromosikan kedamaian untuk manusia sejagat. Sejarah juga memperlihatkan manusia sekalipun berlainan agama, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam negara Islam,” katanya.
27 May 19
41