Artikel "Semasa" Terkini
Abdul Hadi Imbau Kenangan Berpuasa Waktu Kecil
MARANG, 29 Mei - Kemeriahan menyambut bulan Ramadan mungkin berbeza pada setiap orang mengikut budaya, negeri dan negara masing-masing.Begitu juga dengan pengalaman yang dilalui oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika berkongsi pengalaman berpuasa sewaktu zaman kanak-kanak beliau.Kata beliau dengan penuh teruja, zaman kanak-kanak adalah memori yang sentiasa membuatkan beliau ketawa dan sedih. “Ketika nenek atau datuk masih ada mereka selalu ajak untuk berbuka sekali, duduk ramai antara ahli keluarga."Orang Melayu kebiasaannya berpantun pada bulan Ramadan, pada mulanya mereka mengajar niat puasa, tapi saya hafal pantun orang melayu yang berbunyi aur-aur minaka, malam bersahur pagi berbuka,” ujarnya selepas selesai sesi rakaman ucapan hari raya Aidilfitri di kediamannya, Kampung Rusila, di sini, semalam.Abdul Hadi berseloroh lagi, pengalaman sewaktu kecil itu sebenarnya yang membantu kita untuk menghadapai pelbagai dugaan pada masa hadapan.“Selepas itu, apabila kita sudah besar (berusia) barulah mereka pertingkatkan cara berpuasa, memang masa berpuasa betul-betul pada peringkat awal berasa sangat letih.“Yang paling suka sekali waktu berbuka. Bergaduh dengan kakak, kakak nak makan itu saya nak makan ini,” tambahnnya lagi sambil tersenyum.
29 May 19
57
PB Hotel Jayakan Program Amal Bantu Mahasiswa UniSZA
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Paya Bunga (PB) Hotel dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bekerjasama bagi menjayakan Program Amal dan Taaruf di Foyer Asrama UniSZA, di sini, baru-baru ini.Sumbangan makanan dan minuman kepada pelajar yang kurang berkemampuan menjadi agenda utama aktiviti berkenaan.Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, program yang berlangsung sembilan hari bermula 26 Mei itu adalah usaha pihaknya bagi membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan.“Program anjuran UniSZA ini buat julung-julung kalinya telah diadakan dan kami PB Hotel menyokong usaha pihak UniSZA sebagai rasa tanggungjawab kami terhadap mahasiswa.“Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai golongan pelajar yang terbeban dengan masalah sara hidup, walaupun ada yang menerima bantuan daripada agensi tertentu, namun itu belum cukup untuk menyara perbelanjaan harian,” ujarnya.Turut hadir dalam program itu ialah Pengurus Operasi PB Hotel, Shamsuddin Jaafar, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) UniSZA, Mazlan Mohammad, Ketua-Ketua Unit dan warga kerja PB Hotel.Program yang akan berakhir pada 3 Jun itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh pelajar serta kakitangan UniSZA
29 May 19
221
Perayaan Disambut Serentak, Bawah satu Bumbung - Dato' SUK
Pejabat SUK menerima The Malaysian Book Of Record Sempena Penganjuran Terengganu Go Clean 2019 di Pantai Teluk Ketapang Kuala Nerus baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kerajaan negeri mengumumkan bahawa tidak ada lagi perayaan di peringkat semua jabatan di Wisma Darul Iman (WDI) dan daerah seluruh Negeri Terengganu.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, kerajaan negeri akan mengadakan hanya satu sahaja majlis hari raya peringkat negeri dan daerah bagi menjimatkan masa dan tenaga.Katanya, arahan ini juga berkuatkuasa kepada semua kelab kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja WDI Bagi Bulan Mei 2019 di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Haji Zainal Abidin Mohd dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Dato' A Rahman Yahya.Di majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Bulanan Kakitangan WDI, Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam, Sijil Penarafan Bintang SSR Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2018, Sijil Kecemerlangan KPI HRMIS Tahun 2018 dan Sijil The Malaysian Book Of Record Bagi Program Terengganu Go Clean 2019.Seterusnya A.Rahman meminta semua kakitangan kerajaan negeri menilai semula semua sasaran kerja tahunan yang dibuat mulai awal tahun ini agar ia mencapai sasaran dikehendaki sempena setahun pentadbiran kerajaan baru."Jadi, saya meminta kerjasama semua kakitangan kerajaan supaya dapat melihat balik apa yang ditulis dan kaji balik supaya sesuai dengan apa yang telah kita lakukan."Saya tekankan supaya kerja kita berada di landasan yang betul (on the track), tidak meraba tetapi menepati sasaran yang telah ditetapkan," ujarnya.Ini kerana katanya, kerja menepati sasaran itu penting supaya integriti dan amanah kerja dapat dilakukan dengan baik.Beliau juga meminta supaya kakitangan kerajaan negeri mengemaskini sistem 'My Portfolio' kerana terdapat carta aliran kerja di dalamnya."Dalam 'My Portfolio' ada tercatat aliran kerja kita di mana yang kita perlu tambah baik kita perlulah tambah baik," ujarnya.
29 May 19
850
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Dato' SUK
Dato' A Rahman Yahya.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua kakitangan kerajaan negeri."Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, semoga hari raya ini akan disambut dengan penuh meriah bersama keluarga yang dicintai."Kita akan berjumpa di perjumpaan hari raya peringkat negeri (tarikh dan masa akan diumumkan kemudian), masing-masing akan balik ke kampung masing-masing sama ada dalam negeri Terengganu atau di luar Terengganu."Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat balik ke kampung masing-masing, pandulah kenderaan dengan cermat, sentiasa berhati-hati dan ikutlah panduan yang telah ditetapkan," jelasnya.Ucapan itu disampaikan beliau di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) Bagi Bulan Mei 2019 di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.Turut hadir di majlis tersebut, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Haji Zainal Abidin Mohd dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil. A. Rahman berkata, bagi mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dimaklumkan bahawa had laju kenderaan bagi semua jalan di musim perayaan ialah 50 kilometer (km) sejam sahaja."Had laju bagi musim perayaan telah dikurang dari pada 60km kepada 50km sejam. Jadi berhati-hati di jalan raya kerana denda dikenakan sebanyak RM300 setiap kesalahan yang dilakukan tanpa sebarang rayuan lagi," kata beliau lagi. Tambahnya, lebih baik wang itu dibelanjakan untuk persediaan hari raya dan berbuka puasa dari terpaksa digunakan untuk membayar denda kerana kesalahan tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
29 May 19
882
Matinya Dr Khoo, Kehilangan Besar Negara - MB Terengganu
Dr Khoo Kay KimKUALA TERENGGANU, 29 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Sejarawan Malaysia, Mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sambil menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara."Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang telah meninggal dunia pagi tadi (semalam)."Kehilangan tokoh sejarawan dan ahli akademik negara ini amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau antara yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap negara akan sentiasa dihargai," tulisnya di status facebooknya semalam.Dr Khoo Kay Kim, yang dianggap sebagai sejarah negara Malaysia, meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada pagi Selasa (28 Mei) di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 82 tahun.Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak, Eddin, Rubin dan Mavin.Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.
29 May 19
150
Peniaga Disaran Beri Wajah Baharu Kepada Kerajaan
BESUT, 29 Mei – Peniaga bazar Ramadan disaran agar dapat memberi wajah baharu kepada Kerajaan Terengganu sebagai negeri yang bersih dan mesra.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, imej yang positif itu akan menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini, termasuk anak Terengganu di perantauan yang akan pulang menyambut Aidilfitri.“Kita mengharapkan (para) peniaga ambil kesempatan ini untuk mewajahkan kerajaan negeri Terengganu supaya kita tidak dipinggirkan.“Contohnya kebersihan (dan) layanan (mesra) yang penting perlu ditunjukkan, menandakan itulah imej kerajaan sekarang,” ujarnya.Beliau yang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kota Putera berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Iftar bersama penduduk di Surau Haji Mat Hussin, Gelam Mas, di sini, semalam.Nurkhuzaini berkata, peniaga di bazar Ramadan khususnya pada saat di penghujung Ramadan perlu menunjukkan sikap dan layanan yang baik kepada perantau yang pulang bersama keluarga di kampung. “Bimbang apabila perantau balik kita layan ataupun kita tunjukkan sikap tidak bersih kita (seolah-olah) inilah sikap kerajaan baru.“Saya mengharapkan usahawan khususnya para peniaga bazar Ramadan ambil kesempatan ini untuk sama-sama menaikkan imej kerajaan negeri dan secara langsungnya menaikkan imej Islam itu sendiri,” jelasnya.Kata beliau, para peniaga adalah perantara yang menjadi cerminan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.Justeru itu, beliau juga menasihatkan kepada peniaga walaupun sibuk dan penat berniaga supaya tidak meninggalkan ibadat dalam bulan penuh berkat ini.
28 May 19
34
‘Awasi Haiwan Ternakan Masing-Masing’ – MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Pemilik haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing dinasihatkan agar menjaga dan mengawasi ternakan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, haiwan yang tidak dipantau dengan rapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan mengakibatkan kemalangan serius dan maut sepertimana dicatatkan sebelum ini.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan suasana hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu terus dibiarkan.“Kepada penduduk-penduduk tempatan sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan (semua jalan raya) ini supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing.“Supaya haiwan ini tidak berkeliaran sehingga menjadi mangsa kemalangan dan tentulah pemilik juga sedih dengan kehilangan haiwan ternakan dan apa jua yang terjadi, apa yang pasti sudah tentu ia juga membahayakan pengguna jalanraya,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan persiapan ‘drawbridge’ menjelang pembukaannya pada Ahad depan, di sini semalam.Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan kompaun sebanyak RM250.Katanya, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun malah turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari.“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukanlah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” jelasnya.
28 May 19
112
Anak Terengganu Dinobatkan Ikon Muda Koperasi Kebangsaan 2019
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2018, Muhammad Hilman Nor Azmi, sekali lagi mengharumkan nama Terengganu apabila dinobatkan Ikon Muda Koperasi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).Beliau yang juga calon saintis Islam Terengganu menjadi satu-satunya pelajar dari negeri Terengganu yang dipilih sebagai ikon belia kebangsaan atas kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.Muhammad Hilman, 17, merupakan antara dua pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh semua A dalam 11 mata pelajaran didudukinya pada SPM tahun lalu.Anak kepada pasangan doktor yang bertugas di hospital kerajaan di Pahang itu bukan sahaja cemerlang dalam SPM 2018, tetapi juga menghafaz 30 juzuk al-Quran, aktif dalam aktiviti lain di sekolah termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah.Pemilihan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu itu berdasarkan kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan kokurikulum termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah dan berupaya menjadi contoh kepada pelajar lain.
28 May 19
690
Tiada Kelulusan Bangun Lot Rumah Dalam Kawasan IADA-Ketara
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 29 Mei- Kerajaan negeri tidak akan memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk membina rumah di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA-Ketara).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kes menambun tanah untuk membangunkan lot rumah di dalam kawasan IADA- Ketara untuk tujuan perniagaan adalah satu pencerobohan.“Tanah padi dalam kawasan IADA-Ketara dia siap tambun untuk buat lot rumah dengan tujuan nak jual tanah lot. Lepas tu baru angkat permohonan nak tukar syarat kegunaan tanah kepada lot bangunan.“Kita terpaksa bertegas kerana kawasan tersebut adalah jelapang padi yang diwartakan sebagai antara kawasan utama pengeluaran padi beras negara. ‘’Pembinaan infrastruktur untuk pengairan sudah menelan kos hampir ribuan juta. Amat rugi apabila tanah yang subur dan lengkap dengan infrastruktur pertanian 'diceroboh' dengan mudah untuk tujuan lain,” ujarnya dalam status yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya, semalam.Dr Azman berkata, kerja-kerja menambun tanah padi tanpa kebenaran pentadbir tanah adalah satu kesalahan kerana telah melanggar syarat kegunaan tanah dan boleh diambil tindakan perundangan."Saya habih banyok pitih doh YB buat tambun tanah. Tak kan dok leh nak tolong."Inilah ayat rayuan klasik yang berulang kali dirayu depan kita. Ramai orang fikir bila buat dulu baru minta kebenaran akan lebih mudah nak lepas,” katanya.
28 May 19
227
Drawbridge Sudah Sedia Untuk Beroperasi - MB Terengganu
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) diberi taklimat operasi 'drawbridge'.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Jambatan angkat yang dijadualkan beroperasi pada 2 Jun nanti sudah berada pada tahap terbaik untuk digunakan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasil tinjauan itu, beliau yakin segala persiapan kini sudah memasuki fasa terakhir dan akan beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.Jelasnya, jambatan dan kawasan persekitaran itu pasti akan menjadi ikon pelancongan baharu kepada negeri Terengganu."Melihat kepada keseluruhannya dan daripada segenap aspek, saya merasa amat berpuas hati dengan persiapan jambatan ini sebelum dibuka nanti."Kita berharap ia akan menjana dan membuka banyak peluang serta manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan terakhir di jambatan itu, di sini semalam.Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Mohamed.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memaklumkan, maklumat penuh perjalanan serta waktu 'drawbridge' mula dibuka akan diumumkan dalam masa terdekat.Beliau juga memberi peringatan kepada semua pengguna agar tidak melanggar garis panduan penggunaan jambatan itu apabila dilaksanakan Ahad depan."Kita akan maklum balik sebelum jambatan ini beroperasi nanti, daripada segi perjalanan dan larangan semasa melalui jambatan ini."Sekarang ini kita masih lagi dalam tempoh percubaan, untuk menyelidik beberapa kelemahan termasuk aspek keselamatan yang akan kita baiki, jadi mohon jasa baik pengguna supaya mematuhi segala arahan," tambah beliau.Sebelum ini, Ahmad Samsuri memberitahu, jambatan angkat yang terpanjang di Asia itu akan beroperasi pada Aidilfitri ini sehingga 17 Jun.Tempoh percubaan selama 16 hari itu secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada Aidilfitri nanti.
28 May 19
254