Artikel "Semasa" Terkini
Drawbridge Dibuka 7 Pagi Ahad Depan - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menjadi mercu tanda baharu Terengganu, akan mula dibuka kepada orang ramai untuk tempoh percubaan pada pukul 7 pagi Ahad depan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tempoh pengujian prestasi dan pentauliahan jalan yang berakhir pada 17 Jun itu akan memberi perincian penuh tentang pergerakkan trafik."Pembukaan jambatan ini adalah untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem 'signalling' jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya, dan koordinasi sistem penyuraian trafik."Ujian dijalankan pada tarikh ini adalah kerana ia adalah waktu puncak yang akan memberi gambaran sebenar penyuraian trafik apabila projek ini siap sepenuhnya sekaligus memberi keselesaan sempena musim perayaan Aidilfitri," katanya.Beliau berkata demikian menerusi kenyataan akhbar di Facebook rasminya, hari ini.Ahmad Samsuri turut memberi peringatan kepada semua pengguna supaya mematuhi setiap arahan dan garis panduan yang dikeluarkan."Semua jenis kenderaan beroda dibenarkan menggunakan jambatan ini. Namun, kenderaan tidak dibenarkan berhenti."Pengguna tidak dibenarkan bersiar-siar atau berjalan kaki di atas jambatan ini kerana secara teknikal, jambatan ini masih dianggap sebagai kawasan pembinaan," ujarnya.Tambah beliau lagi, Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan syarikat operator pengurusan jambatan itu akan memantau aliran lalu lintas dan keselamatan pengguna sepanjang tempoh percubaan."Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun 2019, jambatan ini akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain di dalam projek ini."Tarikh pembukaan rasmi jambatan angkat ini akan dimaklumkan semula setelah semua kerja dan pentauliahan semua komponen projek diselesaikan," tambah beliau lagi.
30 May 19
91
Golden Pharos Bhd Untung RM0.30 Juta Dalam Suku Pertama 2019
Dato’ Nadza AbdulKUALA TERENGGANU, 30 Mei - Golden Pharos Bhd (GPB) mencatatkan prestasi positif dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2019 (1Q2019) dengan memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM0.30 juta.Keuntungan ini merupakan keuntungan kelapan sejak suku ketiga 2017 selepas GPB berjaya keluar daripada kerugian yang dialaminya selama beberapa tahun.Syarikat pembalakan itu pada Selasa lalu turut merekodkan pendapatan syarikat berjumlah RM15.65 juta dalam tempoh yang sama.Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Nadza Abdul, berkata keuntungan dalam 1Q2019 berjumlah RM0.30 juta itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dengan suku sebelumnya (4Q2018) iaitu RM0.17 juta.“Pada masa hadapan, kumpulan ini mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam suku berikutnya dengan peningkatan pengeluaran balak selepas ini.“Dalam tempoh suku pertama tahun ini sendiri, sebanyak enam lesen pembalakan telah diluluskan di mana ia sudah pasti akan memberi faedah kepada operasi syarikat dalam suku kedua tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.GPB, melalui anak syarikatnya Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu Sdn Bhd, kebiasaannya hanya menerima tujuh hingga lapan kelulusan bagi lesen pembalakan dalam setahun.Menurut Nadza, keadaan cuaca yang bertambah baik akan terus memberi kelebihan kepada syarikat untuk mencatatkan prestasi yang lebih baik di masa hadapan.Beliau turut berkata, produk venir keluaran anak syarikatnya, Permint Plywood Sdn Bhd, akan turut memberi kelebihan kepada pendapatan kumpulan apabila ia berjaya memasuki Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) dengan Gimzan Plywood Sdn Bhd untuk meningkatkan kapasiti produk.
30 May 19
497
TNB Dungun Tabur Bakti Bantu Asnaf, Penduduk Kampung
Alias Harun bersama kakitangan TNB.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 29 Mei - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Dungun bersama masyarakat di lokasi terpilih dalam Rantau Abang merupakan usaha berterusan untuk menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sekadar ‘one-off event’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun sangat menghargai usaha 70 kakitangan badan korporat berkenaan yang tertumpu kepada aktiviti gotong-royong dan pengagihan sumbangan kepada asnaf.Jelasnya, pemilihan Masjid Batu Tiong bagi menjayakan program CSR itu memberi keceriaan dan berjaya merapatkan hubungan dengan ahli kariah serta penduduk kampung.“Dengan mereka turun padang bergotong royong dan sumbangan ini dapat memberi meringankan beban ahli jemaah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa hadir dalam Program CSR itu, di perkarangan masjid berkenaan, di sini semalam.Sementara itu, menurut Jurutera Kanan TNB Dungun, Ir. Adira Mustafa, pihaknya memilih lokasi berkenaan untuk melakukan program itu kerana menyedari masjid adalah tempat tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.Tambah Adira, selain aktiviti membersih persekitaran dan membaiki alatan masjid, mereka juga turut mengagihkan sumbangan kepada asnaf.“Setiap tahun kita akan memilih masjid dan kali ini kita memilih Masjid Batu Tiong, jadi kami akan buat kutipan untuk disumbangkan kepada asnaf, kami akan usahakan itu bagi menjayakan aktiviti ini,” ujarnya. “Sebelah petang kami menziarahi asnaf untuk menyumbang barangan dapur dan diikuti sumbangan kepada anak-anak yatim berupa duit raya di masjid sebelum majlis ‘namat’,” katanya lagi.
29 May 19
803
Hargai Nikmat Islam Kurniaan Allah S.W.T
KUALA TERENGGANU, 30 Mei- Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan Allah S.W.T dengan dengan nikmat yang tiada tandingannya iaitu nikmat Islam.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, terlalu banyak nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada manusia semasa hidup di dunia tetapi Islam itu nikmat yang tidak boleh dibandingkan dengan segala nikmat lain.Katanya, antara nikmat lain termasuk sihat fizikal dan mental, selamat daripada musibah, ilmu pengetahuan, kemerdekaan, keamanan serta kemakmuran tetapi nikmat Islam hanya dimiliki mereka yang diberikan hidayah oleh Allah S.W.T.“Kita patut bersyukur kerana Allah S.W.T kurniakan nikmat Islam itu kepada kita.“Sedangkan ada dalam kalangan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah S.A.W tidak mendapat hidayah untuk memeluk Islam,” ujarnya ketika menyampaikan tazkirah pada program Tausiah Lailatul Qadar Sempena Madinah Ramadan di Padang Taman Awam Batu Burok, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, Mohd Soud Said.Sementara itu, beliau turut menitipkan pesan agar umat Islam tidak melepaskan peluang untuk memburu malam-malam terakhir Ramadan terutama malam Lailatul Qadar tatkala berbaki kurang empat hari sahaja lagi sebelum Ramadan berlalu.“Bulan Ramadan diturunkan Al-Quran yang menjadi pentunjuk kepada manusia dan Lailatul Qadar adalah malam yang cukup istimewa yang lebih baik daripada 1,000 bulan.“Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah dan amalan kebaikan, mudah-mudahan kita diberkati Allah S.W.T, diberi taufik dan hidayah supaya sentiasa mengerjakan amal yang soleh dan Allah S.W.T jauhkan kita daripada perkara buruk dan keji yang dimurkaiNya,” ujar beliau.
29 May 19
363
Wan Hassan Rai 90 Golongan Asnaf Bukit Besi 3 Jun ini
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 28 Mei- Kerajaan negeri akan meraikan 90 orang golongan asnaf dan lebih 10 petugas agama termasuk enam orang imam surau dan empat orang guru al-Quran di Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, bagi mengenang jasa perkhidmatan mereka.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, seramai 10 orang petugas berkenaan diraikan di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Lama Taman Indah, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), kelmarin manakala selebihnya akan diraikan di majlis serupa di Masjid At-Taqwa Kuala Jengai bersama 90 golongan asnaf, pada 3 Jun ini."Jumlah imam dan guru Quran akan dimaklumkan kemudian," katanya, ketika ditemui pemberita di majlis berkenaan kelmarin.Ghazali berkata, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dijangka akan hadir meraikan mereka di majlis berkenaan.Menurutnya, menjadi guru Quran dan imam surau adalah kerjaya yang mulia dan pengorbanan dan jasa mereka di dalam masyarakat perlu dihargai."Fasa pertama ini seramai 10 orang dari Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) diraikan dahulu dengan diberi sumbangan berupa duit raya dan juga sijil penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka."Diharapkan dengan penghargaan berkenaan, menjadi pemangkin untuk mereka meneruskan khidmat kepada masyarakat," jelasnya.
29 May 19
40
Gabung Dua Kolej Ke Arah Kembalikan Kegemilangan Kusza
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kerajaan negeri kini sedang menggerakkan usaha mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi agama di negeri ini bagi menggantikan kegemilangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) sebagai memenuhi manifesto yang dijanjikan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penubuhan ini sebagai satu pemangkin bagi menghidupkan kembali zaman kegemilangan Kusza sebagai hab pendidikan Islam antarabangsa di negeri ini.Menurut beliau, pihaknya kini dalam proses menggabungkan dua kolej yang memfokuskan kepada pengajian Islam iaitu Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dan Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT)."Kita mengambil keputusan akan gabungkan kedua kolej ini dan akan tentukan hala tujunya yang lebih tinggi iaitu menubuhkan kolej yang mencakupi semua bidang seperti Kusza untuk mengembalikan kegemilangannya seperti dahulu."Untuk nama kolej, pihak kami akan bincangkan balik dan kini kita telahpun berjalan segala proses termasuk pelantikan pengarah dan ahli lembaganya untuk perkembangan seterusnya,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman di Program Iftar Jamaei Bersama Exco Pendidikan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, di sini, hari ini.Program tautan kasih dan Iftar kali ini berjaya menghimpunkan sahabat yang pernah mendapat pendidikan di Kusza dan Universiti Al Azhar, Mesir yang tinggal dalam dan luar Terengganu.Jelas Satiful lagi, KQT akan berpindah buat sementara ke bangunan baharu di bangunan Yayasan Terengganu di Ketengah sementara kolej baharu masih dalam proses pembangunan.Untuk rekod, Kusza merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Islam milik kerajaan negeri yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin kini.
29 May 19
230
11 Penerima Pertama Kali Dapat Bantuan JKM
Sabri (empat dari kiri) memberi sumbangan JKM.Oleh: Aslam WiraMARANG, 29 Mei – Seramai 11 penerima di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pertama kali mendapat bantuan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disampaikan terus ke rumah masing-masing.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata, usaha berkenaan adalah untuk memudahkan lagi urusan seharian keluarga kurang bernasib baik yang tercicir sebelum ini tanpa perlu keluar ke mana-mana pusat agihan.Jelasnya, penerima bantuan ini adalah mereka yang tergolong dalam kelompok kurang berkemampuan dari sudut kewangan termasuk mengalami sakit kronik, sakit tua, miskin dan ibu tunggal.“Bantuan yang disalurkan ini adalah bantuan secara bulanan, bantuan kali pertama ini JKM Marang bersetuju untuk menghantar secara ‘one-off’dan tunai kepada setiap penerima.“Kita berharap agar penerima bantuan ini supaya dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga dan penerima,” katanya ketika berkunjung ke rumah penerima-penerima tersebut, semalam.Hadir sama, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang, Yusof Abdul Hadi, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang dan wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Dalam perkembangan yang sama, Sabri menjelaskan tujuan agihan bantuan secara terus ke rumah penerima itu adalah bagi melihat sendiri suasana kehidupan dan masalah rakyat serta menilai kelayakkan penerima berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM.Katanya, ia juga untuk menilai sama ada mereka telah mendapat bantuan daripada agensi lain seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) serta beberapa agensi lagi.“Sekiranya ada bantuan daripada agensi lain atau bentuk bantuan lain, kita akan menyalurkan bentuk bantuan daripada agensi yang layak dengan kerjasama (MPKK) masing-masing,” katanya.
29 May 19
193
Hotel Permai Kumpul Dana Bantu Penduduk Palestin
Ramadan merupakan bulan ke sembilan dalam kalendar Islam membawa rahmat yang sememangnya dinantikan oleh umat Islam. Selain menahan lapar dan dahaga, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amal ibadah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.Atas kesedaran itu, Permai Hotel Kuala Terengganu mengambil satu inisiatif mulia bekerjasama dengan Aman Palestin untuk membantu mengumpul dana `Tabung Bantuan Kecemasan Gaza' bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di Palestin.Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman berkata, kerjasama tersebut berbentuk derma ikhlas yang akan dikumpul daripada hasil jualan baucar Bufet Ramadan apabila RM1 daripada setiap jualan baucar akan disalurkan kepada Aman Palestin untuk tujuan tersebut.Menurutnya, pihak Aman Palestin akan memainkan peranan mereka dalam usaha menyampaikan sumbangan itu sehingga tiba ke Bumi Gaza. "Dengan kerjasama sebegini, secara tidak langsung umat Islam yang berbuka puasa di Permai Hotel Kuala Terengganu akan turut berpeluang untuk mengejar kerahmatan ganjaran pahala berlipat ganda dengan “Berbuka Sambil Beramal” bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu `Rahmat Iftar'.“Kami rasa terpanggil untuk bekerjasama dengan Aman Palestin ini setelah mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza baru-baru ini di mana ia telah dibom dan ramai rakyat yang tidak bersalah telah terkorban atau tercedera," katanya sebagai mengulas mengenai hasrat murni hotel itu. Noralizan berkata lagi, setiap kali Ramadan, menjadi satu kelaziman bagi Permai Hotel untuk menyediakan hidangan utama yang menjadi daya penarik kepada pengunjungnya.Dalam pada itu, melalui Rahmat Iftar pada tahun ini, hotel itu mengumumkan untuk mengetengahkan hidangan “Roasted Whole Lamb Moroccan Style”.Kata beliau, hidangan ini dipilih berdasarkan kepada citarasa tetamu yang sering menginap dan menjamu selera di Permai Hotel Kuala Terengganu. Sementara itu, Eksekutif Chef, Mat Andri Abas memberitahu, untuk hidangan istimewa ini, pihaknya mengumpul rempah ratus terbaik untuk mengekalkan rasa enak kambing yang dibakar.Beliau menjangkakan sebanyak dua ekor kambing akan dihidangkan pada setiap hari dalam Bufet Ramadan pada tahun ini. “Selain itu, kami juga akan mengetengahkan hidangan tradisi Terengganu yang turut menjadi kegemaran ramai iaitu Ketupat Sotong,” tambahnya. Lebih istimewa, menu berbuka puasa yang disediakan oleh pasukan Chef Permai Hotel pada tahun ini bakal menyajikan lebih daripada 120 juadah istimewa dari seluruh dunia temasuk dari negara Asia lain.Bufet Ramadan itu akan dibuka sehingga hari terakhir Ramadan. Baucar “Rahmat Iftar” kini sedang dijual dengan harga RM 65.00 seorang. Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi Permai Hotel Kuala Terengganu di talian 09-622 2122.
29 May 19
459
Mualaf Bukan Selama-lamanya Mualaf
Seorang Mualaf menerima sumbangan hamper dari Ustaz Mohd Nor (kanan).MARANG, 29 Mei - Golongan Mualaf diperingatkan supaya tidak merasakan diri mereka berkedudukan sebagai mualaf (baru memeluk Islam) sepanjang masa, sebaliknya mereka perlu merasakan diri mereka sudah lama menganut Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, golongan mualaf perlu merasai diri mereka sebagai penganut lama Islam dan percaya mereka juga mempunyai dosa seperti orang Islam lain.Katanya, mereka diumpamakan seperti kopiah putih bila lama dipakai, akan timbul bintik-bintik hitam dan kotor sekali gus kopiah itu perlu dibasuh."Begitu juga golongan muallaf, mereka perlu meminta ampun kepada Allah atas segala dosa yang mereka lakukan sebagaimana umat Islam lain, jangan sentiasa merasakan diri mereka mualaf," jelasnya.Ustaz Mohd Nor HamzahJusteru katanya, mereka perlu menuntut ilmu agama dalam semua aspek dengan menghadiri majlis ilmu sama ada di masjid atau surau di samping menyertai majlis ilmu yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sendiri.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar Jamaie PERKIM Bahagian Negeri Terengganu di Perkarangan Bangunan Majlis Daerah Marang (MDM) di Tanjung Mengkudu Bukit Payung di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Prof Dr Ramli Abdullah dan Naib Pengerusinya, Dato' Ismail Ali.Seramai 70 warga mualaf termasuk 10 golongan asnaf sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang menerima hamper berupa kuih muih hari raya dari Ustaz Mohd Nor di majlis berkenaan.Hamper tersebut adalah hasil sumbangan dari Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.Seterusnya Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, adalah menjadi satu harapan kerajaan apabila ada di kalangan mualaf berjaya dilantik sebagai mubaligh.Golongan Mualaf diraikan dalam Majlis Iftar Jamaie di MDM Tanjung Mengkudu Bukit Payung.Ini kerana katanya, kewujudan mubaligh dari kalangan mereka sendiri mempermudahkan lagi misi dakwah Islamiyah di kalangan mualaf."Apa lagi yang menyampaikan dakwah itu sebangsa dan satu bahasa dengan golongan mualaf," ujarnya.
29 May 19
108
'Roadblock Sahur' DUN Manir
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 29 Mei - Sempena pecutan 10 akhir Ramadan, Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Manir menganjurkan program 'Roadblock Sahur', malam tadi.Penyelia i-MiTS Hulu Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, program itu bagi menyantuni rakyat khususnya anak muda dan pekerja yang masih menjalankan tugas pada waktu malam sekitar DUN Manir."Sebelum ini kita sudah membuat acara seperti ini yang dinamakan `Terjah Sahur' yang mensasarkan golongan tertentu yang bertugas pada lewat malam, akan tetapi program kali ini ada kelainan dengan kita menahan pengguna jalan raya untuk memberikan juadah sahur," katanya.Hadir sama, Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Muhammad Hamdi Harun, Timbalan Ketua Pemuda DUN Manir, Mohd Saifuddin Mohd Azmi dan Naib Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Mohd Suhaimi Abdul Wahab.Agihan dibuat di hadapan Kolej Universiti Darul Quran Islamiah, Manir yang disertai hampir 20 orang petugas dan bermula jam 2 hingga jam 3 pagi.Sebanyak 200 bungkus nasi goreng beserta telur mata dan air mineral diagihkan kepada orang ramai yang kebanyakannya golongan muda.Harun yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata, program itu juga diadakan bagi mengingatkan golongan muda yang selalu keluar lewat malam agar tidak lupa untuk bersahur kerana Nabi bersabda, "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada berkat".Beliau juga mengingatkan penduduk yang ditemui supaya jangan ketinggalan untuk menambah amal ibadat sempena akhir Ramadan ini agar memperolehi kelebihan Lailatul Qadar kerana ganjaran yang disediakan oleh Allah amatlah besar.
29 May 19
350