lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tabung Haji Dan Terengganu Inc Persembah Zakat RM10.3 Juta Kepada Sultan Mizan
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta daripada Lembaga Tabung Haji.KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) Terengganu dan Kumpulan Syarikat Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) mempersembahkan zakat bagi negeri Terengganu berjumlah RM10.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 ke hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima bayaran zakat tersebut daripada dua syarikat dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini semalam.TH yang diwakili, Pengurus Besar (Operasi Domestik), Dato’ Ahmad Ruzman Ahmad Razali mendahului senarai pembayar dengan bayaran sebanyak RM6.5 juta.Terengganu Inc pula yang menunaikan zakat sebanyak RM3.8 juta diserahkan oleh Pengerusinya yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM), Dato’ Osman Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Rudiman Wan Razak.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin dan Pengarah TH Terengganu, Dato’ Mohyen Mosman.
30 May 19
214
Empty Image
Pasaraya Tutup Hari Raya Pertama Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengarahkan semua pasaraya di daerah ini ditutup pada hari raya pertama Aidilfitri dan Aidiladha bermula tahun ini.Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran (MBKT), Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata,  tindakan tegas di bawah undang-undang majlis itu akan diambil jika arahan itu tidak dipatuhi termasuk tindakan membatalkan lesen.Beliau menegaskan demikian dalam sepucuk surat yang diedarkan kepada pemilik perniagaan tersebut di seluruh daerah itu bertarikh 28 Mei lalu.Salinan surat itu dihantar kepada Datuk Bandar, Haji Shahidan Embok, Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan Bahagian Penguatkuasaan MBKT dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Mat Azmi Arshad.Che Wan Mohd Zulkifli berkata, merujuk kepada Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil. SUK. TR. 572/344 Jilid 5 - (44) menegaskan bahawa tidak dibenarkan semua pengusaha perniagaan pasaraya menjalankan sebarang aktiviti perniagaan pada hari pertama, di kedua-dua hari raya berkenaan."Sehubungan dengan itu pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan atau puan untuk memastikan supaya sebarang aktiviti perniagaan pasaraya tidak beroperasi pada hari tersebut," tegasnya.Katanya, jika didapati pihak terbabit gagal mematuhi arahan itu, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka berpandukan undang-undang yang diguna pakai di Majlis dan diikuti dengan pembatalan lesen."Kerjasama daripada tuan atau puan amatlah kami hargai," ujar Che Wan Mohd Zulkifli.
30 May 19
1332
Empty Image
Kerajaan Negeri Perjelas Isu Dana Raya
Dato' A. Rahman Yahya.KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Kerajaan negeri menjelaskan kekeliruan berkaitan isu Dana Raya yang tular di media sosial, beberapa hari kebelakangan ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya memaklumkan, sebahagian besar agihan Dana Raya sebenarnya telah diuruskan dengan lancar tanpa sebarang masalah.“Setakat ini, seramai  75,481 rakyat negeri ini terdiri daripada golongan yang layak menerima Dana Raya yang disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). “Cuma, kita dapat kesan  seramai 1,071 daripada mereka tidak memiliki sebarang akaun bank, jadi untuk mereka kita akan ikhtiar kaedah pembayaran berbeza dan ia memerlukan masa untuk diselesaikan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Wisma Darul Iman, kelmarin.Menurutnya, pembayaran dana bagi pemohon yang mengalami masalah itu akan dibuat pada minggu pertama atau kedua Aidilfitri.Beliau turut menambah, kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk membuka kembali permohonan Dana Raya bagi mencukupkan kuota penerima.“Kita telah sediakan kuota bagi 80,000 penerima dan kini masih ada baki kekosongan sekitar 4,000 permohonan.“Jadi, kerajaan negeri bersetuju untuk buka semula dan bagi rakyat yang layak serta belum memohon, boleh mendaftar segera,” katanya.
30 May 19
114
Empty Image
‘Jom Bojeng Raya’ Sedia Khidmat Gunting Rambut Kanak-Kanak Menjelang Syawal
Oleh: Aslam WiraMARANG, 31 Mei - Seramai 50 orang kanak-kanak mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma dalam program “Jom Bojeng Raya” yang diadakan sempena menyambut Syawal yang bakal tiba.Program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Rhu Muda itu mendapat sambutan dan memberi peluang kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri menghadapi hari raya, kurang seminggu lagi.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria melahirkan kegembiraan terhadap program yang diadakan.“Saya lihat ramai kanak-kanak dan murid sekolah mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan diantara kepimpinan dan komuniti sekitar.“Program ini boleh dijadikan contoh kepada MPKK lain. Terima kasih kepada pemilik Matyo Barber, Ahmad Fakhrul Arshad Pasaluddin serta krewnya yang berkerjasama menyumbang khidmat dan tenaga dalam program ini,” katanya ketika hadir meninjau program tersebut,di Balairaya Kampung Rhu Muda, baru-baru ini.Turut hadir, penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; Pengerusi MPKK Rhu Muda, Zahari Awang serta ahli-ahli jawatankuasa Pemuda PAS DUN.Pengarah program, Shahrul Md Rani menjelaskan, program Jom Bojeng Raya mendapat suntikan sumbangan daripada individu perseorangan dan juga merupakan idea daripada penduduk kampung yang cakna.Beliau turut juga berterima kasih kepada pemilik Matyo Barber, Ahmad Fakhrul Arshad Pasaluddin serta krewnya dalam menyumbang khidmat dan tenaga sepanjang program.“Kami tidak berdedapan kesukaran untuk menganjurkan program ini kerana Matyo Barber pernah memberikan khidmatnya sebelum ini, malah kedainya juga turut menjadi tumpuan ramai anak-anak muda dan pelajar sekolah.”Program berkenaan mensasarkan kanak-kanak dan murid sekolah lingkungan umur 6 - 12 tahun dari komuniti sekitar.Sementara itu, Ahmad Fakhrul pula menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakan sedia berkerjasama lagi dalam program seperti ini supaya boleh bersama-sama membuat kerja-kerja kebajikan sepanjang Ramadan.“Pihak penganjur menawarkan program kepada kanak-kanak untuk meringankan beban sesetengah keluarga, kami dibayar namun khidmat ini percuma kepada mereka,” katanya.
30 May 19
864
Empty Image
DUN Jerteh Agih 600 Pek Bubur Lambuk
Bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 31 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh tidak ketinggalan mengagihkan bubur lambuk sebagai sebahagian juadah berbuka puasa di Kampung Seberang Jerteh, kelmarin.Pegawai Penyelarasnya, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, dalam program yang bermula sekitar jam tiga petang, sebanyak 600 pek bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya di kampung berkenaan.Menurutnya, agihan bubur lambuk diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pejabat penyelaras dan masyarakat. Wan Azhar turut serta agih bubur.“Program ini merupakan sebahagian program pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh yang sentiasa mengambil kira hal ehwal masyarakat setempat bersempena Ramadan tahun ini.“Secara tidak langsung, agihan sebegini juga dapat menyantuni mereka yang kurang berkemampuan untuk merasai sajian ‘wajib’ Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di lokasi program.Beliau turut berharap dengan aktiviti sebegini dapat melahirkan satu persekitaran yang sihat terutama dalam kalangan masyarakat setempat.“Di bulan yang mulia ini, kita digalakkan untuk sama-sama memperbanyakkan amal selain mengeratkan persaudaraan sesama Muslim, agar tidak kerugian di akhirat kelak,” katanya.
30 May 19
118
Empty Image
Operasi Bersepadu MBKT-PKD Selepas Aidilfitri Ini
Petugas MBKT menjalankan operasi membersih Sungai Hiliran berhampiran Pasar Chabang Tiga.KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu  akan mengadakan operasi bersepadu di semua pasar di daerah ini bagi memastikan persekitaran bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Haji Shahidan Embok berkata, operasi itu akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.Katanya, bagi masalah sampah di longkang Pasar Chabang Tiga, pihak MBKT telah membuat perbincangan dengan pihak PKD untuk menjalankan operasi bersepadu di semua pasar termasuk Pasar Chabang Tiga bagi memastikan kebersihan pasar sentiasa dijaga."Ini  sekali gus bagi membanteras aktiviti pembiakan jentik-jentik di kawasan pasar dan operasi tersebut dijangka bermula selepas musim perayaan ini," katanya ketika dihubungi hari ini.Sementara itu menyentuh operasi pembersihan Sungai Hiliran di sini, beliau menjelaskan bahawa operasi pembersihan perangkap sampah di kawasan pasar itu telah dilakukan pada 28 dan 29 Mei lalu."Kerja-kerja pembersihan perangkap sampah sentiasa dijalankan apabila sampah yang terdapat di perangkap sampah tersebut telah banyak dan bukannya dilakukan berdasarkan kepada aduan yang diterima."Kerja-kerja pemantauan lokasi perangkap sampah yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu sentiasa dilakukan bukan sahaja perangkap sampah di Pasar Chabang Tiga," jelasnya.Menurut Haji Shahidan, seramai 10 orang anggota dikerah dengan menggunakan masing-masing sebuah Bulldozer dan lori tiga tan serta peralatan yang berkaitan, setiap kali operasi pembersihan perangkap sampah dijalankan.Katanya, operasi itu dilakukan oleh 'Unit Flying Squad' di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT."Jika sampah terlalu banyak, MBKT menggunakan lori enam tan untuk mengangkut sampah, kemudian dibuang ke tempat pelupusan sampah di Sungai Ikan, Kuala Nerus."Biasanya kita akan buat operasi semasa air menghala surut kerana semua sampah akan dibawa arus ke perangkap sampah," ujarnya lagi.
30 May 19
217
Empty Image
Pusat Khidmat Kuala Nerus Giat Ziarah, Bantu Masyarakat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 31 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) giat melaksanakan usaha ziarah dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat sempena bulan Ramadan melalui program Ziarah Mahabbah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ziarah itu merupakan aktiviti rutin setiap minggu bertujuan melihat perkembangan dan menyantuni permasalahan rakyat di sekitar kawasan tadbirnya.“Sepanjang Ramadan, usaha ini diperkuatkan supaya dapat membantu meringatkan beban rakyat terutama ketika menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.“Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini termasuklah ziarah, agihan makanan percuma, pemberian baju raya percuma, serta lain-lain,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Program Ziarah Mahabbah berlangsung di Kampung Gong Badak 4, diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Syafi'i, mewakili Dr. Khairuddin.Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Badak 4.Dalam program tersebut, PKAPKN menyantuni tiga buah keluarga yang diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan dan kemiskinan dengan menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mereka.
30 May 19
58
Empty Image
26 Anggota JPJ Menyamar Pantau Pemandu Bas
KUALA TERENGGANU, 30 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  melakukan taktik penyamaran dengan meletakkan 26 pegawainya sebagai penumpang bas  sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula semalam hingga 13 Jun depan.Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, kaedah itu adalah bagi mengenalpasti pemandu bas ekspres yang melakukan tujuh kesalahan utama.Menurut beliau, selain penyamaran, pihaknya juga menggunakan beberapa kaedah lain bagi mengesan kesalahan dilakukan pengguna jalan raya antaranya menerusi rakaman video daripada penguatkuasa, rondaan serta aduan daripada orang ramai."Saya nak ingatkan pemandu bas ekpress supaya berhati-hati dan berwaspada kerana kita dah kerah anggota untuk memantau pemanduan anda demi keselamatan orang ramai."Mereka akan ambil tindakan terutama bagi kesalahan utama seperti tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan sebagainya," katanyaZulkarnainBeliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas  melancarkan Ops HRA 2019 dan melakukan pemeriksaan bas di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, malam tadi.Jelasnya lagi, seramai 254 orang pemandu bas dari sepuluh buah syarikat telah diperiksa melibatkan 135 buah bas dan terdapat lapan kes aktif iaitu lima kes melibatkan pemilik bas dan tiga kes bagi pemandu bas."Tiga kes bagi pemandu bas melibatkan saman tertunggak dan telah disenarai hitamkan daripada membawa penumpang."Selain itu kita juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas 91 bas di depoh bas utama seluruh negeri dan lima buah bas telah dihalang daripada beroperasi kerana masalah cermin bas retak dan kedalaman bunga tayar yang tidak mencapai standard yang ditetapkan," ujarnya.Tambah beliau, larangan kenderaan berat juga akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) pada 1 – 3 Jun dan 8 - 9 Jun dengan tujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas."Sekatan penuh berkuatkuasa terhadap kenderaan berat seperti low-loader yang membawa bahan binaan, kenderaan motor yang melebihi BDM 7500 kilogram, lori pengangkut rendah, ploe trailer, platform trailer, jentera berat beroda serta traktor."Kenderaan berat yang membawa bahan galian dan muatan balak juga termasuk dalam kategori larangan penuh. Mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan,"katanya.
30 May 19
388
Empty Image
Terima Kasih MBKT, Bertindak Segera Bersih Sungai Hiliran
Longkang besar kini bersih dari sampah sarap  selepas aduan diterima.KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta berterusan memantau kebersihan longkang sekitar Pasar Baru Chabang Tiga di sini, bukan hanya bertindak bila aduan dibuat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, bagaimanapun pihak terbabit harus dipuji kerana segera bertindak selepas beliau mengemukakannya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Kuala Terengganu baru-baru ini."Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil langkah segera memperbaiki keadaan Sungai Hiliran (juga dikenali longkang besar) di mana terletaknya Pasar Chabang Tiga yang baru."Baru hari Isnin lepas perkara ini saya bangkitkan di Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Terengganu dan segera diambil tindakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)," jelasnya.Beliau katanya, telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Terengganu supaya mengambil perjalanan membersihkan sungai tersebut.Haji Amzad (tengah) ketika melawat seorang pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, baru-baru ini.Beliau difahamkan untuk tujuan itu kerajaan telah menyediakan peruntukan khas di bawah program 'Cintai Sungai Kita'."Jadi saya harap pihak berkenaan memberi fokus sewajarnya untuk kelestarian sungai tersebut kerana ia menjadi tumpuan orang ramai," katanya.Menyentuh soal kebersihan longkang tersebut beliau berkata, longkang besar itu, menjadi satu isu yang dibicarakan sejak dahulu lagi."Kebimbangan kita tentang masalah timbunan sampah sarap telah terbukti berlaku sekarang ini."Apabila sampah terlalu banyak dibuang, sampah berkenaan terkumpul dan terperangkap di bawah bangunan pasar sepanjang kira-kira 150 meter itu dan tidak ada siapa yang boleh tengok," katanya ketika dihubungi.Haji Amzad berkata, apabila sekali sekala berlaku air pasang besar, sampah yang terperangkap itu keluar dari bawah bangunan tersebut."Jadi bila sampah itu keluar, nampaklah bermacam-macam jenis sampah dibuang orang ramai dalam sungai termasuk tilam buruk dan seumpamanya."Pihak PBT perlu mengambil langkah menghalang sampah berkenaan dari terperangkap di bawah bangunan tersebut dengan mewujudkan perangkap sampah," jelasnya.Beliau menambah, selain isu penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah di dalam sungai berkenaan, ia juga  berkait  rapat dengan isu kebersihan makanan."Sebab, bila terlalu banyak sampah, persekitaran pasar itu menjadi sangat kotor dan sampah itu pula terperangkap di bawah bangunan pasar."Jadi kita khuatir timbul masalah suatu hari nanti, ia akan memberi kesan kepada perniagaan makanan di pasar berkenaan," jelasnya lagi.Beliau turut mencadangkan supaya bahan penjernih air, Dolomite digunakan di kawasan tersebut."Kalau boleh diteroka penggunaan seperti Dolomite, sejenis bahan kimia (tak silap saya) untuk penjernihan air sungai, mungkin ia juga perlu diberi perhatian selain dari peralatan mekanikal bagi tujuan tersebut," jelasnya lagi.
30 May 19
968
Empty Image
Bantuan JKM Bukti Kerajaan Tidak Pinggirkan Yang Layak
MARANG, 30 Mei - Aktiviti turun padang  bagi menyampaikan bantuan dari rumah ke rumah kepada mereka yang layak menerimanya seharusnya dipraktikkan dan menjadi amalan berterusan setiap pemimpin masyarakat di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd. Nor Hamzah berkata, ramai masyarakat negeri ini menumpukan kepada dana raya yang merupakan satu daripada bantuan kerajaan sehingga terlupa bantuan lain yang ada.Katanya, program turun padang bersama JKM kali ini sebagai satu gambaran kerajaan negeri telah meluluskan bantuan kepada yang berkelayakan di DUN Bukit Payung bermula bulan ini."Hari ini saya dan pegawai JKM turun sendiri ke rumah penerima-penerima untuk menceriakan mereka yang uzur, miskin dan seumpamanya menghadapi hari raya nanti dengan pendahuluan tunai yang mana untuk bulan seterusnya akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing."Ini sebahagian sumbangan daripada kerajaan negeri melalui JKM dan kita masih buat pemutihan dan penambahbaikan terhadap golongan yang baharu dan berkelayakan untuk diluluskan,"ujarnya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Am JKM Marang di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pegawai JKM Marang, Sopi Mohammad.Seramai tujuh penerima menerima bantuan bulanan pada kali pertama berjumlah RM200 dan RM300 setiap seorang secara tunai.Sementara itu, mengulas mengenai status penerima yang dipotong bantuan atau didapati sudah tidak layak menerima bantuan bulanan, ia bergantung kepada situasi semasa penerima berkenaan."Pada sudut asas bantuan JKM bukan hak milik asas seseorang kerana ada yang miskin dan kemudian berubah menjadi senang maka dia tidak layak lagi terima bantuan tersebut kerana pendapatan sudah melebihi syarat yang dikehendaki."Ada juga yang dahulu dapat sumbangan kerana sakit tetapi sudah sembuh maka hak untuk terima bantuan tidak lagi berkekalan,"ujarnya lagi.Tambah Mohd Nor, namun demikian sekiranya  ada di antara mereka yang perlu kepada bantuan ini seperti biasa, permohonan semula boleh dibuat dan pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat yang diadakan secara berterusan.
30 May 19
201