lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kiriman Sumbangan Untuk Ikhwan Tanda Prihatin MB
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN - Keprihatinan dan simpati Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terhadap  seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) menyebabkan beliau mengirimkan sejumlah wang untuk tujuan perubatan.Pemuda itu, Nur Ikhwan Ariffin, 33, menerima sumbangan melalui Pegawai Khas Menteri Besar,  Sabri Zakaria yang disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Haji Alias Harun sebelum diserahkan kepada Ikhwan."Saya telefon MB, sebab bimbang bantuan yang saya terima tidak dapat menampung kos perubatan yang tinggi," ceritanya.Ikhwan berkata demikian ketika ditemui wakil media sempena kunjungan Alias bagi menyampaikan kiriman tersebut di rumahnya di Seberang Pintasan, semalam.Dia kehilangan kedua belah kaki sehingga paras paha yang terpaksa dipotong  akibat jangkitan kuman dan hanya mampu bergerak menggunakan bantuan kerusi roda."Cikgu Alias sentiasa bantu saya untuk cukupkan duit beli ubat untuk  cuci, supaya tidak merebak," katanya yang tinggal seorang di rumah peninggalan kedua orang tuanya.Menurutnya, selain sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), dia juga menerima Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Negeri Terengganu (MAIDAM) dan  daripada kaum keluarga."Abang saya yang tinggal di Kuala Lumpur beri juga duit," katanya.Di dalam pertemuan itu, Alias turut berpesan agar tidak meninggalkan sembahyang fardu."Sembahyang yang akan beri kekuatan kepada kita, walaupun macamana sekalipun keadaan kita, sembahyang jangan tinggal," pesan beliau lagi.
01 Jun 19
39
Empty Image
100 Peserta Jayakan Quran Hour Permai Hotel Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Permai Hotel Kuala Terengganu berjaya menyertai Quran Hour yang telah diadakan secara serentak di seluruh dunia pada 30 Mei lalu, di sini.Penyertaan kira-kira 100 orang jemaah di Dewan Intan untuk membaca al-Quran beramai-ramai merupakan satu usaha murni untuk memupuk nilai kehidupan berlandaskan kepada ajaran al-quran.Program itu sekali gus sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemampuan diri selari dengan isi kandungan ajaran kitab suci tersebut.World Quran Hour yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya mengangkat tema 'Solusi Cabaran Sejagat'.Surah yang menjadi pilihan dalam siri kali ini pula ialah Surah Al-Kahfi dan bacaan telah diketuai oleh Ustaz Che Mohd Fakhrul Rozi sementara tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz Aizi Saidi bin Abdul Aziz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Surah itu dipilih kerana ia mampu menjadi benteng pertahanan yang kukuh dalam menangkis banyak dugaan dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya mampu menjadikan proses transformasi diri secara berterusan seterusnya membentuk sebuah Negara Berbudi dan Penyayang.Terlibat sama dalam program yang berlangsung selama satu jam itu ialah wakil-wakil dari Terengganu Inc., Primula Hotel, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMA (A) SZA), TDM Berhad dan Aman Palestin.
01 Jun 19
144
Empty Image
Terjah Sahur Santuni Petugas Yang Tidak Didendangkan
   Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 31 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Penyelaras Pemuda PAS Dun Telemong (PPDT) menganjurkan program Terjah Sahur  ke 146 destinasi  bagi mengagihkan juadah kepada petugas-petugas yang bekerja di waktu malam.Pengarah program, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, berkata aktiviti itu diadakan untuk menyampaikan makanan kepada mereka yang mungkin tidak didendangkan yang sanggup bekerja di luar waktu tugasan seperti polis, pengawal keselamatan serta klinik kesihatan di sekitar DUN Telemong  bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.“Program ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada pasukan bomba, polis, pengawal keselamatan dan kakitangan perubatan yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai.“Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pasukan terbabit dengan Pusat Khidmat Masyarakat dan PPDT,” katanya ketika ditemui menyampaikan juadah  kepada polis bantuan di Pos Pengawal Keselamatan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, baru-baru ini.Seramai kira-kira 25 kakitangan i-MiTS dan PPDT dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut mukim ke 146 lokasi, bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir pada jam 3.30 pagi itu.Antara destinasi yang dikunjungi adalah Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan Tengkawang, Balai Polis Kuala Telemong, Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM), Pusat Latihan Rela Wilayah Timur dan Sekolah di sekitar Mukim Kuala Telemong, Hulu Telemong, Jenagor dan Tersat.
01 Jun 19
48
Empty Image
75 Pelajar PASTI Besut Dapat Baju Raya
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 1 Jun - Seramai 75 orang pelajar miskin dan anak yatim Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut mendapat sumbangan pakaian raya percuma untuk meringankan beban ibu bapa pelajar bagi menyambut hari raya yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran  Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh. Mohd Nurkhuzaini berkata program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang supaya mereka yang kurang berkemampuan akan terus dibantu dan diberi perhatian yang sewajarnya."Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun ianya cukup bermakna bagi pelajar-pelajar miskin dan anak yatim", ujar beliau.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas Program Beli Baju Raya bagi Pelajar Miskin dan Anak Yatim PASTI Kawasan Besut  di Zon Ria Kuala Besut, semalam.Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PASTI Kawasan Besut, Syamri Razak.Pelajar-pelajar PASTI turut menerima sumbangan duit raya daripada Mohd Nurkhuzaini dan Azbi bagi menambahkan keceriaan berganda buat mereka.
01 Jun 19
240
Empty Image
'Hormati Hak OKU Di Tempat Awam' - ADUN Tepoh
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 2 Jun - Kerajaan negeri menyarankan agar rakyat mempunyai amalan sivik yang tinggi termasuk menghormati hak kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat awam.Ini kerana ada segelintir rakyat negeri Terengganu menggunakan tandas dan tempat letak kenderaan sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, agak menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat tidak menghormati hak warga OKU seperti lot parking kereta, tandas OKU dan sebagainya. "Malah menyalahgunakan ruang berkenaan untuk kepentingan sendiri dengan meletakkan kenderaan mereka di ruang khas berkenaan. "Ini bukanlah suatu kejadian yang terlalu asing, anda sendiri juga mungkin pernah melihat sendiri gelagat pentingkan diri seperti ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Restoran Ayam Kampung Belana, Gong Badak di sini baru-baru ini.Kira-kira 100 orang OKU dari pelbagai pertubuhan hadir di majlis tersebut.Pertubuhan yang menghantar wakil ialah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu (PERTIS), Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) dan Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (PKPT).Seterusnya Hishamuddin berkata, semua rakyat Terengganu perlu menghormati dan menjaga hak  warga OKU sebaik mungkin. Katanya, kerajaan pula telah menyediakan kemudahan asas kepada OKU seperti tempat meletak kenderaan bagi memudahkan mereka di kawasan yang telah dikhaskan dan berdekatan dengan lokasi sasaran mereka. "Orang ramai sangat perlu menanam nilai dalam diri mereka dengan menghormati hak yang disediakan khas untuk golongan OKU ini," tambahnya.Rakan-rakan OKU di Terengganu katanya, perlu merasai kehadiran mereka sentiasa dalam perhatian kerajaan negeri."Meskipun tidak mampu memenuhi permintaan semua dalam tempoh yang drastik, kerajaan negeri Terengganu tetap meletakkan keutamaan dalam banyak aspek untuk kepentingan warga OKU di Terengganu. "Malahan Bajet 2019 turut menyentuh kepentingan warga OKU," jelasnya lagi.
01 Jun 19
265
Empty Image
Madinah Ramadan DUN Bukit Besi Beri Kesan Positif
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Jun - Program Madinah Ramadan yang julung kalinya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah memberi kesan positif kepada masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran program berkenaan menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan beramal dengan ajaran agama sepenuhnya"Ia menjadikan masyarakat disini dapat juga merasai dan didedahkan bagaimana bentuk atau format Madinah Ramadan sebagaimana yang dilakukan di Peringkat Negeri Terengganu."Objektif program ini, supaya rakyat didedahkan bahawa ilmu agama itu sewajarnya dijadikan budaya dalam kehidupan bagi memacu kehidupan yang baik dan selaras dengan matlmat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Program Madinah Ramadan siri akhir, di Bazar Ramadan Hentian Bas Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini baru-baru ini.Menurut Ghazali lagi, program tersebut dibawa ke setiap daerah-daerah di seluruh Terengganu bermula Ramadan tahun ini.Program itu juga diadakan untuk turut menghargai jasa imam tarawih dari 23 cawangan seluruh DUN Bukit Besi."Di Dungun ia dilakukan secara bergilir-gilir diantara empat buah DUN yang melibatkan Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi."Kita juga memberi sedikit sumbangan saguhati diatas khidmat yang diberikan sepanjang program berkenaan kepada semua imam," jelasnya.Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli pada 21 Mei lalu itu diisi dengan diadakan kuliah pada setiap petang sebelum masuk waktu berbuka.
01 Jun 19
186
Empty Image
Drawbridge Terengganu Akan Dijenamakan
Ustaz Mohd Nor memimpin bacaan doa untuk keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di drawbridge.KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Kerajaan negeri akan menjenamakan Jambatan Angkat (Drawbridge) Muara Sungai Terengganu tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, urusan itu telah diserahkan kepada pihak tertentu dan Kerajaan Terengganu akan mengumumkan namanya setelah  keputusan dibuat oleh pihak berkenaan.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Solat Hajat di Dewan Seminar Tingkat 3 Drawbridge itu lewat malam semalam.Solat hajat itu diadakan sempena pembukaan  jambatan itu pagi ini dan ia diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah,  Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan pendakwah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang.Kira-kira 50 orang dari pelbagai agensi termasuk pihak pengurusan drawbridge, UPDI dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turut serta dalam solat tersebut.Ustaz Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri hanya membenarkan orang ramai melalui jalan raya di drawbridge tersebut dengan kenderaan sahaja.Orang ramai tidak dibenarkan mengambil gambar di atas jambatan itu dan ia hanya untuk laluan kenderaan sahaja."Pihak berkuasa dan pengawal keselamatan drawbridge tidak membenarkan pejalan kaki melalui jambatan tersebut.Solat hajat di tingkat 3 drawbridge diimamkan oleh Ustaz Mohd Nor."Dan kita hanya buka laluan untuk kenderaan sahaja mulai hari ini hingga 17 Jun ini untuk sementara, belum ada perasmian lagi dan ia hanya sebagai percubaan sahaja," jelasnya.Katanya, drawbridge itu kini siap sepenuhnya tetapi ada ruang-ruang tertentu belum diserahkan lagi kepada pihak pengusaha-pengusaha tertentu bagi menjalankan operasi restoran dan lain-lain di jambatan tersebut."Jambatan berkenaan jika dibuka secara rasmi nanti ia akan memberi impak yang besar kepada industri pelancongan negeri Terengganu."Dengan adanya drawbridge ini kita yakin hasrat untuk menggamit jumlah lima juta pelancong ke Terengganu akan tercapai," ujarnya.
01 Jun 19
211
Empty Image
Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Kepada Bekas Pesalah Jenayah
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 1 Jun -  Masyarakat sewajarnya tidak mengambil peranan Tuhan dengan menghukum bekas pesalah jenayah seolah-olah mereka tidak boleh kembali ke pangkal jalan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bekas pesalah jenayah harus diberi ruang dan peluang untuk kembali hidup dalam masyarakat."Setiap kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, setiap anak Adam semuanya melakukan kesilapan, dan sebaik-baik anak Adam apabila tersedar dari kesilapan segera bertaubat dan pulang ke pangkal jalan." Sejarah silam yang dilalui bukan tiket untuk terus menghina, mencaci maki, dan mensisihkan golongan berkenaan. Jangan takut dengan mereka, berilah kesempatan untuk perbaiki kesilapan di masa yang lalu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika memberi kaunseling dan nasihat kepada peribadi individu yang sedang menjalani hukuman Perintah Sekatan Buang Daerah, di DUN Bukit Besi, semalam.Menurut Ghazali, beliau tidak keberatan untuk menjadikan individu berkenaan sebagai seorang saudara,  tanpa adanya perasaan takut serta bimbang."Kerana semua manusia tidak selama-lamanya akan melakukan kesilapan yang sama." Apatah lagi apabila menyedari kesilapan mereka berkenaan segera mencari surau dan masjid mendekatkan diri kepada Allah, "ujarnya.Dalam pada itu, salah seorang individu yang enggan didedahkan namanya, berkata dia amat terharu apabila didekati oleh Ghazali Sulaiman." Mendengar nasihat dari Haji Ghazali membuatkan saya seolah-olah baru tersedar dari lamunan, yang mana sebelum ini saya merasakan saya tiada peluang untuk berubah, semua orang dan masyarakat takut kepada saya." InsyaAllah sejarah silam kehidupan saya akan dijadikan pedoman untuk saya menempuhi hari-hari yang mendatang," jelasnya.Tambahnya, kerana perbuatan masa lampaunya itulah yang membawa kemusnahan kepada dirinya, serta telah bercerai dengan isterinya, runtuh rumah tangga yang telah dibina." Kini saya akan cuba untuk mengumpulkan kekuatan dan membina kehidupan yang baru, saya mengharapkan agar saya diberi kesempatan untuk bersama-sama didalam masyarakat serta dapat menyumbangkan khidmat dan tenaga untuk bersama-sama masyarakat demi membina kehidupan yang lebih baik, serta meninggalkan jauh apa yang saya lalui di zaman silam, "jelasnya.
31 May 19
48
Empty Image
Singgah Sahur Bantu, Santuni Asnaf Pulau Duyong - Dr Khairruddin
Dr Khairuddin (depan) bersama Sham Fadzli (paling kanan) menyantuni seorang warga emas.KUALA NERUS, 31 Mei - Duyong Marina & Resort (DMR) Terengganu telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa buah kampung di sekitar Pulau Duyong, di sini semalam.Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali yang mengetuai konvoi program berkenaan.Menurut Dr Khairuddin, usaha melalui anak syarikat kerajaan negeri itu adalah untuk membantu mengurangkan beban golongan miskin bagi menghadapi musim perayaan.Katanya, hasil yang diperoleh termasuk keuntungan perniagaan mesti dikongsi bersama rakyat agar semua dapat merasai nikmat kesenangan. "Apa yang kita buat adalah suatu inspirasi untuk sama-sama mengajak masyarakat luar menyumbang kerana kewajipan untuk membantu orang susah adalah tanggungjawab semua."Program ini kita akan teruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih besar," katanya ketika ditemui selepas program itu.Bantuan keperluan dapur dan duit raya raya sedikit sebanyak membantu golongan ini.Hadir sama dalam program itu ialah Pemangku Pengurus Besar DMR Terengganu, Sham Fadzli Yusof serta Ketua Eksekutif Syariahnya, Zulhafeez Ahmad Zahidi.Dr Khairuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah DMR Terengganu turut berkata, program kebajikan di bawah DMR itu tidak hanya tertumpu pada program berkenaan."Untuk anak yatim sahaja kita bagi makan (berbuka) lebih daripada 200 orang sepanjang Ramadan ini."Dan kita juga mengalu-alukan mereka yang nak menyumbang untuk anak-anak yatim, kami ada banyak senarai anak yatim yang boleh dibantu," tambah beliau.Dalam program itu, sebanyak 6 buah kereta bersama kira-kira 40 ahli DMR Terengganu berkonvoi ke 20 rumah terpilih bagi mengagihkan barangan dapur dan sumbangan duit raya bermula jam 11.30 malam.Destinasi terbabit melibatkan empat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.
31 May 19
196
Empty Image
Terengganu Inc Dalam Proses Transformasi Baik Pulih Syarikat
KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) kini dalam proses transformasi baik pulih dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam syarikatnya agar dapat diperkasakan ke arah memberi pulangan maksimum kepada negeri dan rakyat.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, pihaknya sedang melaksanakan proses penutupan hampir 50 anak-anak syarikat melalui pelan tindakan terancang.Katanya, tindakan atau transformasi ini diambil bagi memastikan syarikat yang berdaya saing dan berpotensi diperkasakan, manakala syarikat yang tidak berdaya saing ditutup sekiranya perlu.Jelasnya lagi, proses telah pun bermula tetapi setiap proses tidak mempunyai tempoh yang sama dan ia bergantung kepada keadaan anak syarikat itu."Mungkin ada yang akan ambil masa dari tiga hingga enam bulan dan ada kes yang memerlukan kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri  dan mahkamah."Nak tutup tidak semudah buka, kita kena buat pantauan sekiranya anak syarikat berkenaan masih ada hutang, apa yang terjadi kepada hutang-hutang berkenaan dan semuanya  kena tengok satu persatu kerana kita tidak ada satu formula untuk selesaikan masalah ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Iftar Terengganu Inc Dan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf di Dewan Berlian, Permai Hotel, semalam.Dalam majlis berkenaan, seramai enam keluarga asnaf dan miskin diraikan dengan berbuka puasa bersama kakitangan Terengganu Inc. Mereka turut menerima sumbangan hamper dan duit raya.Wan Ahmad Rudirman berkata, Jejak Iftar Ramadan yang telah memasuki tahun kedua itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) warga kerjanya sempena bulan yang penuh keberkatan ini."Kempen Jejak Iftar Ramadan 1440H adalah merupakan CSR initiatif yang melibatkan warga kerja Terengganu Inc."Uniknya Jejak Iftar ini adalah satu-satunya CSR yang melibatkan sumbangan daripada warga kerja Terengganu Inc sendiri yang membuat kutipan dari segi wang tunai, barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain."Selain itu, turut dikumpul sumbangan pakaian kepada kumpulan-kumpulan asnaf atau madrasah dari awal Ramadan sehingga tarikh pengagihan."Kita akan cuba ringankan beban mereka untuk hadapi hari raya dengan beri sumbangan dan bantu dari segi persiapan untuk menyambut hari raya tidak lama lagi."Insya-Allah, program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan kita akan cuba untuk lebarkan rangkaian serta pencarian mereka yang boleh dibantu dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa," katanya.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc.Pada Ramadhan 1440H kali ini, Jejak Iftar Ramadan merupakan salah satu 'footage' video Hari Raya Aidilfitri Terengganu Inc di mana 'team' produksi turut dibantu oleh UPDI dan ManisFM yang bersama-sama ke beberapa lokasi pengambaran.'Shooting' terakhir berakhir di Majlis Iftar Terengganu Inc yang diadakan semalam. Video ini dijangka siap dan disiarkan selewatnya pada 3 Jun ini.
30 May 19
255