lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Geng Lepak Teruja Dapat Pek Sahur
Anak-anak muda yang melepak di kawasan sekitar turut diedarkan pek sahur.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 Jun - Skuad Ziarah Sahur Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang mengedarkan pek makanan sahur kepada pemuda-pemuda yang melepak dan berpelesiran di sekitar kawasan berkenaan.Ketua Kebajikan Pemuda DUN, Utbah Hassan mengulas reaksi spontan para pemuda yang terkejut dengan pemberian tersebut.“Mereka kelihatan teruja dengan pemberian itu. Kami sempat juga menasihati mereka agar tidak sesekali melupakan suruhan Allah SWT dan mensia-siakan bulan Ramadan yang datang setahun sekali," katanya ketika dihubungi kelmarin.Menurutnya, program agihan pek sahur yang dijalankan tahun ini melibatkan sebanyak 23 buah lokasi persinggahan terdiri daripada pejabat-pejabat kerajaan, kedai serbaneka, sekolah, surau dan masjid  yang bermula 11.30 malam sehingga 2.00 pagi."Lebih kurang 170 pek makanan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun telah diedarkan termasuk kepada orang ramai yang berqiamulail di surau-surau dan masjid-masjid," jelasnya yang juga teruja dengan sambutan yang diterima.
02 Jun 19
1011
Empty Image
Pertandingan Pelita Raya 2020 Bakal Diperluas Ke Daerah-Daerah Terengganu
MARANG, 3 Jun - Kerajaan negeri bercadang memperluaskan dan meneruskan tradisi Pertan­dingan Pelita Raya ke setiap daerah mulai tahun hadapan bagi  memeriahkan suasana malam menjelang Aidifitri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, program berteraskan amalan tradisi yang menjadi tarikan dari sudut pelancongan itu juga akan diperluas skop pertandingan, bukan sekadar antara rumah tetapi juga antara daerah.Katanya, ia akan menarik penglibatan lebih ramai anggota masyarakat dalam program yang menyeri dan mengimbau nostalgia itu."Pihak kami akan adakan perbincangan lebih awal untuk melaksanakannya di daerah-daerah bagi mempromosikan negeri melalui penganjuran acara yang berasaskan adat resam, tradisi dan warisan yang merupakan salah satu produk pelancongan Terengganu."Kita akan terus hidupkan tradisi memasang pelita setiap kali menjelangnya bulan Ramadan di samping mencungkil bakat-bakat kreatif yang baharu dalam mencipta persembahan pelita raya ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 di Kampung Gelugor, semalam.Pertandingan selama sembilan hari bermula 30 Mei sehingga 7 Jun itu melibatkan 13 buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diselaraskan oleh Pejabat DUN, Penghulu Mukim, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Menurut Ariffin, pertandingan itu terbuka kepada setiap rumah dalam MPKK yang terpilih di kampung Gelugor untuk satu penyertaan.Tambahnya lagi, pertandingan yang bertemakan Warna-Warni Pelita Raya Beautiful Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1,100 dan pemenang tempat pertama bakal menerima RM500, kedua RM300, ketiga RM200 dan keempat RM100.Ariffin yang juga ADUN Alur Limbat berkata, pihaknya juga menyediakan sebanyak 200 pelita sebagai galakan penyertaan dan peralatan lain disediakan sendiri oleh peserta.Untuk rekod, pertandingan Pelita Raya ini mula diperkenalkan pada peringkat kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh pada 2009 sebelum diperluaskan ke kawasan lain.Sejak diperkenalkan, pertandingan itu setakat ini hanya melibatkan empat buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.
02 Jun 19
1709
Empty Image
Kerajaan & Polis Terengganu Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri
Hanafiah Mat memakaikan helmet percuma kepada penunggang motosikal bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.KEMAMAN, 3 Jun - Kerajaan negeri bersama beberapa agensi yang diketuai oleh Polis Kontinjen Terengganu telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah ketika memandu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri berbesar hati dengan seluruh agensi kerajaan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa pertubuhan yang menjayakan program itu.Jelasnya, kempen sempena Aidilfitri tersebut diharap mampu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan.“Saya mengharapkan bahawa pengguna jalan raya memandu dengan berhemah semasa berada di jalan raya, walaupun semua ingin pulang ke kampung dengan cepat, tetapi aspek keselamatan perlu diambil berat.“Justeru, semua arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan berlaku apa-apa tragedi hendaklah dipatuhi, kempen ini juga tidak terhenti setakat sambutan ini, bahkan berterusan selepas Aidilfitri,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan kempen tersebut di Pintu Gerbang Kemaman-Kuantan, Chukai, di sini semalam.Dato' Aidi menegaskan, pihaknya akan meningkatkan kawalan anggota polis di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.Turut hadir, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A. Bakar, ketua-ketua jabatan dan beberapa wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO).Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail yang turut hadir dalam program itu berkata, kempen yang bermula 29 Mei hingga 12 Jun tersebut melaksanakan pendekatan secara ‘total enforcement’.Selain itu, perkhidmatan kepada pengguna jalan raya seperti rondaan turut dijalankan bagi memastikan kelancaran lalu lintas berada pada tahap terbaik.“Kaedah ‘total enforcement’ kita lakukan penguatkuasaan ke atas mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas, seperti kawalan had laju, lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.“Saya juga menyeru agar pemandu memandu dengan penuh berhemah, ini bagi memastikan perjalanan kita lancar dan selamat serta jangan biarkan keluarga menanti kepulangan orang tersayang dalam tangisan,” katanya.Edaran 'goodies' kepada perantau dan pengguna jalan raya turut dijalankan semsa pelancaran kempen.
02 Jun 19
419
Empty Image
Kerajaan Negeri Prihatin Keperluan Rakyat
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin Mohamad RauziMARANG, 2 Jun - Kerajaan Terengganu amat prihatin dengan keperluan rakyat  khususnya bagi menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.Serentak itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengambil inisiatif sendiri membantu seramai 500 orang penduduk  dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung bagi menerima sumbangan barangan keperluan harian.Mereka telah diraikan di Majlis Sinar Ramadhan dan Pengagihan barangan keperluan kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan warga emas di Dewan Madrasah Darul Iman (MDI) Titian Baru di sini baru-baru ini.Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, dana raya tahun inj dikurangkan jumlahnya kerana kerajaan negeri kekurangan hasil pendapatan sehingga terpaksa jumlah penerima dikurangkan."Bagi golongan yang tidak layak menerima bantuan dana raya  tetapi menghadapi kehidupan yang kurang baik, kami mengambil  jalan supaya golongan ini tidak terlepas dari pandangan kami dengan pengagihan barangan keperluan seperti ini," ujarnya.Ketika berucap di majlis itu beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk mengabaikan tanggungjawab membantu mereka yang hidup susah.Katanya, semua rakyat yang bermasalah akan dibantu dengan peruntukan yang sedia ada."Cuma tahun ini kita agak kekurangan dana, jika banyak tidak ada masalah untuk kita membantu mereka yang benar-benar memerlukan," jelasnya.Katanya, kerajaan negeri mempunyai alternatif lain untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat termasuk bantuan diberikan melalui anak-anak syarikat kerajaan.Tambahnya,  anak-anak syarikat kerajaan telah membantu rakyat untuk menyediakan keperluan berhari raya melalui bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka."Mereka telah menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk tujuan tersebut."Saya sendiri dengan ini suka mengambil inisiatif bagi meraikan keperluan penduduk DUN Bukit Payung, menyambut Ramadan dan hari raya Aidilfitri nanti dengan memberi sumbangan barangan keperluan harian, sebagai tanggungjawab sosial saya," tambahnya.
01 Jun 19
123
Empty Image
Ketetapan Waktu Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri Bagi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Adalah dimaklumkan ketetapan waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M bagi masjid dan surau seluruh negeri Terengganu.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mat Azmi Arshad memberitahu, sukacita dimaklumkan bahawa waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri tahun 1440H/2019M bagi keseluruhan masjid-masjid dan surau-surau di negeri Terengganu telah ditetapkan pada pukul 8.30 pagi."Sehubungan dengan itu, tuan-tuan diminta mendirikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang telah ditetapkan," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam satu surat rasmi bertarikh 29 Mei 2019.
01 Jun 19
4309
Empty Image
EPIC Berhad Terengganu Sumbang RM15,000 Kepada Lima Pusat Tahfiz
Ahmad Amzad menyaksikan serahan replika cek daripada pegawai EPIC kepada wakil tahfiz.Oleh : Syed KamalKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad telah menyumbangkan RM15,000 kepada lima pusat tahfiz di Parlimen Kuala Terengganu pada khamis lalu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, program di bawah Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) itu merupakan sumbangan sempena Ihya Ramadan yang menyaksikan setiap pusat tahfiz menerima RM3,000 untuk menjalankan aktiviti harian.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan EPIC berkata, pihaknya melalui anak syarikat kerajaan negeri akan berusaha memperbesarkan dan meluaskan nilai serta bantuan pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.“Sekiranya mampu capai sasaran keuntungan syarikat lebih besar pada tahun hadapan. Bukan sekadar ini, kita akan usahakan ruang lebih baik lagi, dalam masa yang sama, EPIC juga telah berbelanja lebih RM100,000 pada Ramadan ini bagi meraikan anak-anak yatim.“Antara program lain yang telah dianjurkan oleh EPIC Berhad pada Ramadan ini bagi meraikan anak-anak yatim ialah pembelian baju raya percuma kepada 130 orang dan juga iftar anak-anak yatim yang telah dibuat pada minggu lepas di Hotel Paya Bunga Square,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis penyerahan cek kepada lima pusat tahfiz berkenaan, di Tahfiz AR Rahmah, Kuala Bekah.Turut hadir mengiringi Ahmad Amzad ketika majlis penyerahan itu ialah Pegawai EPIC Berhad, Abd Adzim dan Badrul Abu Bakar.Sumbangan itu melibatkan Madrasah Tahfiz As-Sabiqun, di Bukit Kubang Jambu, Maahad Tahfiz As Syifa’, di Kuala Ibai, Tahfiz Al Faruqi, di Bukit Kecil, Tahfiz Ar Rahmah, di Kuala bekah dan Madrasah Al Muhsinin, di Losong.Program berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak EPIC Berhad dan pusat-pusat tahfiz di sekitar Kuala Terengganu serta masyarakat setempat.Selain daripada itu, program CSR tersebut diharapkan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya di bulan Ramadan dan seterusnya dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
01 Jun 19
611
Empty Image
YDP DUN Terengganu Rai 48 Pelajar Tahfiz
Yahaya Ali (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan hamper kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Busyra baru-baru ini. Foto oleh - Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali tidak terkecuali menggunakan kesempatan beramal pada bulan Ramadan untuk meraikan 48 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru.Katanya, beliau bersyukur kepada Allah kerana hasrat untuk meraikan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Busyra, Pengadang Baru beserta kakitangannya dalam bulan ramadhan akhirnya tercapai juga."Seronok dapat iftar bersama anak-anak pilihan Allah ini yang sedang berjihad menghafaz dan menguasai ilmu al-Quran."Golongan yang sentiasa membaca dan mentadabbur al-Quran inilah dijanjikan oleh Allah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan syafaat di akhirat nanti."Saya berpesan kepada mereka supaya lebih bersungguh dan fokus dalam pembelajaran supaya dapat menguasai ilmu al-Quran dan seterusnya memberi peringatan kepada masyarakat suatu masa nanti," ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz Al-Busyra di Restoran Matahari, baru-baru ini.Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Al-Busyra dan lapan orang guru tahfiz tersebut.
01 Jun 19
492
Empty Image
Terengganu Sambut 480 Mahasiswa Di Perantauan Pulang Beraya
Haji Maliaman (dua dari kanan) menyambut kepulangan Mahasiswa dan Mahasiswi Anak Terengganu di Perantauan pagi semalam. Foto oleh - Khairuddin YusoffKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Seramai 480 orang mahasiswa anak Terengganu di perantauan selamat pulang dengan menaiki 12 buah bas Yayasan Terengganu (YT) dan tiba di Pekarangan YT dengan selamat, awal pagi semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Haji Maliaman Kassim, Pengarah YT, Haji Ishamudin Hashim dan Timbalan Pengarah (Pendidikan), Dr Hashim Azmi Haji Che Noh menyambut kepulangan mereka dalam satu majlis ringkas dan sesi bersahur di Dewan YT pada hari yang sama. Dalam satu kenyataan media, Haji Ishamudin berkata, Kerajaan Negeri Terengganu melalui YT meneruskan tradisi setiap tahun dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada mahasiswa untuk pulang ke Kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Program ini katanya, diselaraskan oleh Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) yang mana pada tahun ini telah menawarkan 12 buah bas termasuk enam buah bas bagi Zon Tengah, Zon Utara (empat buah) dan Zon Selatan (dua buah) bagi membawa pulang seramai 480 orang mahasiswa yang ketiadaan tiket untuk pulang beraya di kampung secara percuma."Program yang bertemakan “Tranung, mu tunggu aku balik!” ini telah memasuki edisi ketujuh penganjuran dan bertujuan mengurangkan beban kewangan di samping membantu para mahasiswa yang masih lagi ketiadaan tiket untuk pulang menyambut Aidilfitri. "Pra pendaftaran program ini telah dimaklumkan melalui laman rasmi Facebook PERMATA universiti masing- masing awal Mei yang lepas," jelasnya.Menurut beliau, semua 12 buah bas tersebut bertolak daripada lokasi yang ditentukan mengikut zon pada 31 Mei lalu dan telah tiba di Pekarangan YT pada jam empat pagi semalam dengan selamat.Mereka kemudiannya disambut oleh Ustaz Haji Maliaman dan seterusnya diraikan dalam majlis ringkas dan sesi bersahur sebelum bergerak pulang ke daerah masing-masing.Katanya, bagi pelajar yang tinggal di daerah Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, YT turut menyediakan bas untuk menghantar mahasiswa ini pulang ke daerah masing-masing.
01 Jun 19
39
Empty Image
MBKT Keluarkan Tujuh Kompaun RM50 Buang Sampah Merata-Rata
Foto ihsan - GoogleKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengeluarkan tujuh kompaun sebanyak RM50 serta-merta kepada individu yang membuang sampah merata-rata selepas dikuatkuasakan pada 27 Mei baru-baru ini bagi  memastikan kebersihan bandar raya ini terutama kawasan sekitar jambatan angkat.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan kepada  individu yang melakukan kesalahan tersebut di kawasan sekitar Pesisir Payang dan Taman Shahbandar dalam tempoh lima hari dilaksanakan.“Penguatkuasa yang ditugaskan untuk melaksanakan peraturan baharu itu memantau sepanjang waktu puncak ketika berbuka puasa dan sebelum individu berkenaan meninggalkan kawasan tersebut yang mana kita dapati ada segelintir melakukan kesalahan membuang sampah merata-rata.“Jika sebelum ini, penguatkuasa memberi nasihat dari semasa ke semasa namun selepas beberapa hari masih terdapat lagi kesalahan yang sama dilakukan maka kompaun RM50 dikeluarkan bagi menyedarkan mereka,” ujarnya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Tambahnya, dari tujuh kompaun yang dikeluarkan, hanya seorang yang gagal membayarnya dan akan didakwa sebanyak RM250 namun boleh membuat rayuan dengan budi bicara Datuk Bandar.Shahidan berkata, selepas pelaksanaan kompaun berkenaan terdapat perubahan positif dengan pengurangan kadar pembuangan sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab."Saya harap dengan keberkesanan penguatkuasaan ini, mereka rasa gerun dan mereka buang sampah di tong yang disediakan.“Pihak berkuasa tempatan terpaksa mengambil pendekatan tegas itu bagi memastikan persekitaran bandar raya Kuala Terengganu kekal indah dan kadang kala tindakan seumpama itu perlu dibuat untuk memberi kesedaran," katanya.Menurutnya lagi, seramai 50 anggota penguat kuasa MBKT yang berpakaian preman akan ditempatkan di Pesisir Payang dan Taman Shahbandar dari pukul 6.30 petang hingga 10 malam setiap hari bagi menguatkuasakan peraturan terbaharu terbabit.
01 Jun 19
1177
Empty Image
500 Pengguna Jalan Raya 'Serbu' Drawbridge Terengganu
Jambatan angkat tidak putus 'dikunjungi' pengguna jalan raya sejak jam tujuh pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Dianggarkan sekitar 300 hingga 500 pengguna jalan raya di kawasan Kuala Terengganu mengambil peluang untuk melalui Jambatan Angkat Terengganu yang mula dibuka pada jam 7.00 pagi, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya memaklumkan, pembukaan itu bertujuan menguji sama ada jambatan tersebut dapat menampung atau memerlukan penambahbaikan dalam beberapa aspek.“Kita sedia maklum jambatan ini merupakan mercu ikonik baharu buat negeri Terengganu di mana ia memiliki 'skybridge' setinggi 14 tingkat.“Saya percaya, dengan adanya jambatan ini akan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di jambatan berkenaan, pagi ini.Dato' A. Rahman ingatkan pengguna supaya tidak berhenti di atas jambatan untuk keselamatan dan kelancaran lalu lintas.Menurut beliau, tempoh percubaan ditetapkan sehingga 17 Jun sebelum ditutup semula untuk penilaian.“Kita jangkakan akan buka sepenuhnya pada Julai bergantung kepada penilaian yang telah dilaksanakan,” katanya.Dato’ A. Rahman juga mengingatkan orang ramai supaya tidak berhenti di atas jambatan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.“ Kita mendapat kerjasama daripada pihak polis yang akan menempatkan satu balai bergerak dengan dua anggota sepanjang 17 hari ini untuk mengawal keadaan,” katanya.Untuk makluman, pada 4,5,6 dan 7 Jun ini, pihak operator Jambatan Angkat akan menyalakan lampu 'festival' yang bakal menyajikan panorama indah buat pengunjung.Mercu baharu Terengganu saji kelainan dengan panorama indah muara sungai Terengganu.
01 Jun 19
670