lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Perutusan MB Terengganu Sempena Hari Raya Aidilfitri 1440H
Perutusan Hari Raya AidilfitriMenteri Besar Terengganu Darul Iman1440 Hijrah / 2019 MasihiMaknakan Ramadan Hayati AidilfitriAlhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya, kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pada 5 Jun 2019 bersamaan 1 Syawal 1440 Hijrah.Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Semoga kesan Ramadan yang baru dilalui akan menghasilkan jiwa dan hati yang sejahtera kepada kita semua, membentuk dan menjadikan kita ummah yang memiliki hati dan fikiran yang tenang. Sekaligus dapat mendidik kita untuk mencari penyelesaian menggunakan ilmu dan iman berbanding emosi.Lebih manis lagi, Aidilfitri kali ini disambut setelah setahun pentadbiran kerajaan Terengganu yang baru. Sewajarnya untuk kita bermuhasabah dan melakukan titik perubahan untuk terus meningkatkan kualiti kerja dan prestasi pada masa akan datang. Kami memikul tanggungjawab yang berat untuk merealisasikan maksud kesejahteraan kepada rakyat bukan sekadar di hari raya semata-mata. Semestinya ia amat memerlukan sokongan dan dokongan semua rakyat Terengganu.Di sebalik kegembiraan kita meraikan hari lebaran, jangan kita lupa umat Islam di negara lain yang kurang bernasib baik. Kita mungkin asyik dengan bunyi dentuman mercun atau meriam, namun saudara kita di Palestin dan Syria berhadapan dengan bom dan peluru sebenar. Begitu juga nasib umat Islam di China dan Myanmar yang ditindas di negara sendiri. Menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan serta memaksimakan doa agar krisis yang berlaku akan berakhir.Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru rakyat Negeri Terengganu agar dapat memaknakan Ramadan yang telah berlalu dan menterjemahkannnya dalam kehidupan kita. Sebagai contoh yang amat mudah, jika Ramadan kita hayati dengan sebaiknya, kita tidak akan membuang sampah merata-rata, memandu dengan lebih berhemah atau tidak melakukan provokasi di media sosial. Begitu juga dengan hal yang lebih besar termasuk dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.Pesanan saya kepada perantau yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu. Elakkan tragedi dan jangan pentingkan diri. Rancanglah perjalanan agar semua selamat sampai ke kampung halaman menemui keluarga tercinta dan meraikan Syawal dengan kegembiraan bersama keluarga yang tersayang.Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya dan saf kepimpinan ingin memohon maaf untuk sebarang kekhilafan sepanjang mentadbir negeri selama setahun ini.Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin."Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera"Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu5 Jun 2019 / 1 Syawal 1440 Hijrah
03 Jun 19
427
Empty Image
Paya Bunga Hotel & Duyong Marina Resort Agih Bubur Lambuk Sambut Kepulangan Perantau
KUALA NERUS, 3 Jun - Paya Bunga (PB) Hotel  dan Duyong Marina Resort (DMR)Terengganu bekerjasama menyambut kepulangan anak perantau dengan mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk, semalam. Program yang dijalankan di Plaza Tol Gemuruh itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada anak Terengganu yang pulang ke kampung halaman masing-masing.Edaran bubur itu diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Pengerusi PB Hotel Management dan Lembaga Pengarah DMR Terengganu.Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia mampu mengubat keletihan memandu jauh dari kota raya dan pelbagai negeri seluruh negara.Turut hadir, Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias, Pemangku Pengurus Besar DMR Terengganu, Sham Fadzli Yusof, serta warga kerja PB Hotel dan DMR Terengganu.Plaza tol berkenaan menjadi pilihan penganjur kerana ia menjadi laluan utama anak Terengganu sempena cuti aidilfitri.Program yang kali pertama diadakan itu bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang.
03 Jun 19
414
Empty Image
Perantau Perlu Satukan Roh Islam
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 3 Jun - Para perantau perlu menyatukan roh Islam dalam diri masing-masing bagi menghadapi pelbagai ancaman yang datang daripada segenap penjuru.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, perkara itu penting demi menjamin masa depan agama dan negara yang lebih baik.Jelasnya, kebolehan dan kebijaksanaan perantau dalam menilai isu berkenaan mampu untuk mengubah suasana politik Malaysia sekarang.“Buat masa sekarang kita dapat lihat bahawa agama islam sangat terancam di era kerajaan baharu. “Oleh itu, kita semua perlu untuk menyatukan para umat islam agar ajaran suci ini akan terus kekal dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Perantau, di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut,  Riduan Mohd Noor, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jawek, Shamsul Bahri Mansor, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Mat Daik Mohammad.Program berkenaan diadakan bertujuan untuk menghimpunkan anak jati Besut yang merantau di luar negeri, seramai 100 perantau hadir bagi menjayakan program tersebut.
03 Jun 19
33
Empty Image
Salam Aidilfitri Dari Warga Kerja Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA KERJA URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN (UPDI)Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,Walillah hil Hamd.Mewakili seluruh warga kerja Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri kepada seluruh umat Islam dan rakyat Terengganu khususnya.Syawal itu datang, setelah berlalunya Ramadan, bulan kemuliaan, yang dipenuhi dengan limpahan keberkatan. Marilah kita bermaaf-maafan sesama insan.Kepada perantau, selamat pulang ke kampung halaman. Hati-hati dalam perjalanan.Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus mohon kemaafan.Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) & seluruh warga kerja UPDI**********************************Untuk mengetahui info-info semasa Kerajaan Negeri Terengganu, sila like dan share FB page UPDI seperti berikut:1. Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDIhttps://www.facebook.com/upditerengganu/2. Teganukitahttps://www.facebook.com/teganukita.net/3. TV Darul Imanhttps://www.facebook.com/TvDI3/#tvdaruliman #updi #teganukita #terengganumajuberkatsejahtera #awokkitebolehharap #salamAidilfitri1440H #like #share
03 Jun 19
838
Empty Image
Lemang Raya Percuma Sambut Kepulangan Perantau Terengganu
Ab Razak mengagihkan lemang kepada perantau yang pulang berhari raya.Oleh : AminjiKEMAMAN, 4 Jun - Mengambil peluang detik-detik akhir Ramadan, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih telah mengagihkan 1,000 batang lemang sebagai menyambut kepulangan perantau.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ab Razak Ibrahim berkata, program berkenaan menyasarkan pengguna di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).Jelasnya, program itu melibatkan kira-kira 500 kenderaan yang melalui kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing.“Kita dapat mengagihkan lemang pada jam 4.30 petang dan berjaya menghabiskan kesemua 1,000 batang lemang pada pukul 6.00 petang.Risalah kerajaan negeri turut diedar.“Kita sangat berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para perantau yang berhenti rehat di RnR tersebut, terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program in,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Agihan Percuma Lemang Aidilfitri 2019 tersebut, di sini, kelmarin.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berharap agar program tersebut dapat dilaksanakan setiap tahun dan diperluaskan di tempat-tempat yang lain.“Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan, dengan tambahan aktiviti berbuka puasa bersama perantau yang singgah di Rn& Jabur Perasing,” ucap beliau.Unit amal tidak ketinggalan menjayakan program murni itu.
03 Jun 19
99
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Terawih Di Masjid Abidin
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) mencemar duli berangkat ke Masjid Abidin malam ini.KUALA TERENGGANU, 3 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Solat Sunat Terawih di Masjid Abidin, di sini malam ini.Baginda diiringi oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Turut mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) turut mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata baginda di Masjid Abidin.Majlis itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diimamkan oleh Sheikh Mohamed Abdel Hamed Abou El-Fadl Kolib.Imam itu kemudiannya memimpin solat tarawih dengan membaca Surah Lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha berakhir dengan Surah An-Nas sepanjang lapan rakaat solat tersebut dilaksanakan.Di akhir solat witir, imam membaca doa  khatam al-Quran bagi menyempurnakan majlis tersebut.Sultan Mizan berangkat pulang diiringi kepimpinan negeri sejurus selepas itu.Kira-kira 1,000 orang jemaah masjid turut hadir menyertai majlis tersebut.
03 Jun 19
571
Empty Image
Tempoh Bayaran Cukai Tanah Terengganu Bagi Tahun 2019 Dilanjutkan
KUALA TERENGGANU, 3 Jun – Tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 telah dilanjutkan oleh pihak berkuasa negeri.Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran) Terengganu, Wan Khalid Wan Jusoh berkata, lanjutan tempoh tersebut menyaksikan ia akan berakhir pada 31 ogos nanti.Katanya, pembayaran awal sebelum tarikh akhir tersebut boleh mengelakkan daripada dikenakan denda lewat bayar yang bermula pada 1 September 2019.“Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda pula bolehlah dibuat di semua kaunter bayaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Terengganu dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square,” jelasnya.Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan beberapa hari lalu.Wan Khalid berkata, segala urusan tersebut sama ada di kaunter PTG, hasil Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan UTC  Paya Bunga Square adalah pada waktu dan hari bekerja.Bayaran tersebut boleh dijelaskan dengan menggunakan kad debit atau kad kredit di semua kaunter hasil berkenaan, manakala bayaran secara atas talian juga boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan Maybank2U di https://www.maybank2u.com.my/.“Untuk kaunter di PTG dan hasil pejabat-pejabat Tanah daerah ia dibuka pada Ahad hingga Rabu pada pukul 8 pagi dan berakhir 4.30 petang, manakala hari Khamis, ia bermula 8 pagi hingga 3 petang.“Bagi kaunter di UTC pula, Ahad hingga Khamis ia beroperasi pada jam 1 tengah hari hingga 10 malam, dan 7 hingga 8 malam ditutup untuk waktu rehat, pada Jumaat dan Sabtu pula ia bermula pada 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang, operasi berhenti rehat 12 tengah hari hingga 3 petang,” katanya.
03 Jun 19
223
Empty Image
Gangguan Bekalan Air Sempena Aidilfitri Dijangka Jejaskan 7,225 Akaun Pengguna
KUALA TERENGGANU, 3 Jun- Sejumlah 7,225 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air pada Aidilfitri nanti ekoran masalah penggunaan air yang melebihi kapasiti pengeluaran ketika musim perayaan itu.Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, kapasiti penggunaan air dijangka meningkat 30 peratus berbanding penggunaan pada hari biasa berikutan kepulangan perantau dan cuti persekolahan.“Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan tekanan air yang rendah terutama di waktu puncak kepada pengguna bagi sesetengah kawasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 2,923 penduduk terjejas ialah di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 2,132 penduduk mereka yang berada di sekitar daerah Marang.“Sementara di Hulu Terengganu melibatkan 470 penduduk, Setiu (200) dan Besut (1,500),” ujarnya.Ir Atemin berkata, antara kawasan terlibat di Kuala Terengganu ialah di Kampung Kesom, Kampung Bukit Petiti, Kampung Banggol Peradong, Kampung Telari, Kampung Padang Machang, Kampung Kubang Bujuk, Kampung Padang Ujik, Kampung Kubang Lembek, Kampung Guntong, Kampung Pengkalan Binjal dan Kampung Surau Haji Yaakob.“Di Marang pula, antara kawasan terlibat ialah di Kampung Padang Pauh, Kampung Gong Kasim, Kampung Durian Pahit, Kampung Pasir Putih, Kampung Alur Pak Bang, Taman Mas Murni, Kampung Bukit Mawi Kijing, Kampung Bukit Kemas Kelulut, Taman Rashidah, Taman Bukit Indah, Kampung Bukit Jetit, Pengkalan Berangan, Kampung Kubu, Kampung Tok Muchong, Kampung Pasir Tinggi, Kampung Tiruk, Tanah Lot SPKA, Kampung Banggol Pak Ali, Kampung Tasek, Kampung Wakaf Pak Ya Paya Resak, Kampung Machang Lada, Kampung Bukit Cerana Wakaf Dua, Kampung Bukit Parit dan Jerung Seberang.“Hulu Terengganu (Kampung Kuala Telemong, Kampung Chepoh, Kampung Pantai Ali dan Kampung Tanjung Aur) serta Setiu (Kampung Bintang dan Kampung Bukit Grebar).“Dan di Besut ialah Kampung Seberang Jerteh, Kampung Padang Luas, Taman Pelagat Utama, Kampung Paroh, Kampung Padang Tapong, Kampung Padang Landak, Kampung Laklok, Taman Saujana, Taman Desa Saujana, Taman Mawar Baiduri, Kampung Kubang Siam, Taman Falahiah serta Taman Bakti,” jelasnya.Katanya, penghantaran air melalui lori tangki akan dilakukan ke kawasan kritikal dan beliau juga menasihatkan orang ramai agar lebih berjimat cermat di dalam penggunaan air.“Selain itu, orang ramai juga perlu membuat laporan segera kepada SATU sekiranya menjumpai sebarang kebocoran air di mana-mana tempat dan membuat simpanan air yang secukupnya bagi menampung kegunaan harian.“Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi petugas SATU di Careline SATU 1-300-882-111,” katanya.
02 Jun 19
40
Empty Image
Berita Gembira, Tempoh Perniagaan Dilanjut Sehingga Malam Raya
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 3 Jun - Kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada peniaga menjalankan perniagaan sehingga malam raya (4 Jun) dengan syarat tidak membiarkan sampah berselerak di premis perniagaan masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ini bertujuan memudahkan petugas kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memungut sampah dengan cepat agar mereka berpeluang berhari raya dengan keluarga seperti umat Islam lain pada hari raya pertama Aidilfitri."Kerajaan negeri amat berharap peniaga memberi kerjasama erat untuk menjaga kebersihan tempat perniagaan mereka selepas tamat jualan dibuat supaya bandaraya kita kekal bersih."Dan petugas kebersihan dapat menjalankan tugas dengan cepat dan sempat pula ke masjid dan surau untuk menunaikan solat hari raya Aidilfitri serta berhari raya dengan keluarga mereka seperti umat Islam lain," ujarnya.Kerajaan negeri katanya, prihatin dengan masalah semua pihak termasuk peniaga berkenaan yang merungut kekurangan jualan dan petugas kebersihan MBKT yang tidak berpeluang berhari raya dengan baik sebelum ini kerana terpaksa bekerja sehingga pagi hari raya pertama."Justeru kerjasama peniaga menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing amatlah dituntut supaya tempoh lanjutan perniagaan itu dapat dipertimbangkan bagi tahun-tahun akan datang."Jika tidak kemungkinan kerajaan tidak lagi mempertimbangkan lanjutan tempoh itu di masa akan datang," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, jika peniaga ingkar dengan syarat yang telah dipersetujui bersama, kerajaan negeri boleh mengenakan tindakan di bawah undang-undang membuang sampah merata-rata di tempat awam."Bagaimanapun kerajaan negeri mengharapkan pihak peniaga menunaikan janji mereka untuk tidak membuang sampah merata-rata selepas jualan dan kerajaan negeri pula tidak ada masalah menggunakan budi bicara untuk menunaikan kehendak peniaga berkenaan," ujarnya. Terdahulu, kerajaan negeri telah menetapkan tempoh perniagaan sempena Ramadan tahun ini selama 29 hari bermula 6 Mei hingga 3 Jun (hari ini) bagi membolehkan petugas kebersihan MBKT menjalankan tugas dengan selesa dan kebajikan mereka untuk berhari raya dijaga dengan baik.Peraturan tidak membenarkan berniaga di malam raya telah ditetapkan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
02 Jun 19
61
Empty Image
Ahli Parlimen Terengganu Edar 300 Bekalan Sahur Kepada Agensi Kerajaan
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 3 Jun - Sebanyak tujuh buah agensi kerajaan menerima pek bekalan sahur sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bersama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, kelmarin.Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chendering, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Balai Bomba Pasar Kedai Payang, Balai Bomba Hiliran dan Balai Polis Chabang Tiga dengan jumlah keseluruhan 300 bekalan sahur yang diedarkan.Selaku pengarah program, Ahmad Amzad menjelaskan program ini merupakan program tahunan yang sentiasa dilaksanakan semenjak beberapa tahun lalu tanda meraikan petugas-petugas (agensi-agensi kerajaan) yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat.“Diantara mereka ini, ada yang tidak sempat sahur atas tugas-tugas kecemasan. Jadi, ini satu inisiatif untuk memudahkan dan membantu para petugas,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa program ini berlangsung, semalam.Turut bersama dalam program tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Ladang, Ubaidah Tengah dan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Asyraf Ali.
02 Jun 19
81