lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Rumah Hangus Dijilat Api, Aidilfitri Disambut Hiba
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 9 Jun - Kemeriahan meraikan hari raya aidilfitri bertukar hiba buat sembilan beranak di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) apabila rumah mereka hangus dijilat api.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) AMBS, Maliki Said yang berada di tempat kejadian berkata, pada awalnya beliau menyangkakan letupan kecil yang didengari dari rumahnya adalah bunyi mercun tetapi beliau terkejut apabila melihat api telah marak di sebuah rumah."Kejadian berlaku selepas saya pulang dari solat Zohor di masjid dan pada ketika itu tiada seorang pun di rumah berkenaan, kerana dimaklumkan berjalan ke rumah saudara mara sempena hari raya."Apabila melihat kejadiaan berkenaan, jiran tetangga segera memberi pertolongan dan menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang kemudiannya datang berusaha memadamkan kebakaran," ujar beliau.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak pemberita di tapak kebakaran berkenaan, di sini hari ini.Menurut Maliki lagi, orang ramai yang menyedari kebakaran itu turut berusaha memadamkan api tersebut daripada terus merebak."Walau bagaimanapun sukar mengawal api kebakaran menyebabkan semua yang ada tidak berjaya diselamatkan," jelasnya.Sementara itu, menurut Mohd Radzie Rasdi, 28, anak sulung kepada pemilik kediaman itu berkata, dia terkejut namun bersyukur kerana ketika kejadian semua ahli keluarga tiada di rumah."Amat terkejut apabila mendapat panggilan dari jiran menyatakan rumah kami terbakar dan terus bergegas pulang ke rumah di AMBS. "Segala-galanya tidak berjaya diselamatkan, namun kami pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi," katanya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Majlis Tindakan Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sebarang tindakan lanjut kepada keluarga tersebut."Kita harap agar mangsa redha dan sabar menerima ujian ini, dan saya turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak yang tampil memberi bantuan segera," ucap beliau.
09 Jun 19
42
Empty Image
MB Raikan 3,000 Anak Terengganu Di Perantauan
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Hampir 3,000 anak Terengganu di perantauan tidak melepaskan peluang menjayakan program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu Di Perantauan di Taman Tamadun Islam, Pulau Warisan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program  yang merupakan acara berterusan dari tahun-tahun sebelumnya adalah satu langkah dan pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak perantau secara santai dan mesra."Dan bagi merapatkan lagi hubungan ini, kita akan adakan perbincangan 'round table' (meja bulat) dengan wakil-wakil mereka (perantau), dan alu-alukan idea untuk sama-sama sumbang saran pandangan dalam membantu pentadbiran negeri."Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak perantauan ini akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan negeri ini dan kita lihat bagaimana negeri boleh 'improve' pencapaian selepas itu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan majlis berkenaan di Dewan Besar TTI, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang operasi pembersihan sampah di malam Syawal baru-baru ini, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu menjadi kebimbangan sejak dari awal apabila tiba malam raya, operasi pembersihan terpaksa dilanjutkan.Katanya lagi, pihaknya telah memberi peringatan kepada semua pihak terutama penjaja supaya menjaga kebersihan masing-masing."Tetapi saya belum berpuas hati dengan apa yang berlaku dan percaya walaupun boleh mengambil tindakan tegas tetapi kita akan terus berbincang dan berunding untuk masa akan datang."Kita faham bila musim perayaan, semua akan pulang dan jumlah sampah pula akan bertambah luar dari kebiasaan, jadi pengurusannya perlu dilihat kembali oleh operator kebersihan tentang cara gerak kerja ketika waktu puncak termasuk kaedah-kaedah baru yang boleh dilaksanakan," tambahnya.
08 Jun 19
183
Empty Image
PAS Alu-Alukan Pelantikan Latheefa Koya - Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - PAS mengalu-alukan dan menyokong pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut mempersoalkan sikap segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Latheefa Koya.Katanya lagi, Setiausaha Agung PAS telah pun membuat kenyataan dan juga keputusan parti."Terpulang kepada Perdana Menteri untuk pilih siapa yang dia nak, kalau kepemimpinan PH boleh pilih dia (Dr. Mahathir) jadi Perdana Menteri mengapa tak boleh setuju apabila dia pilih Latheefa?"Pelantikan itu hak Perdana Menteri. Apa yang penting ialah Latheefa perlu membuktikan kemampuannya apabila melaksanakan tugas kelak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri  Bersama Perantau 2019di Dewan Besar Taman Tamadun Islam, Pulau Warisan, di sini semalam.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengalu-alukan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dan menggesa peguam itu membuktikan bahawa dia boleh melakukan tugas tanpa memihak."PAS yakin Latheefa Koya adalah seorang yang berkelayakan dan berperwatakan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik."Walau bagaimanapun beliau perlu membuktikan dengan lebih jelas bahawa beliau boleh melaksanakan tugas jawatan tersebut dengan ‘tanpa takut atau memihak’ (without fear or favour) demi memerangi gejala rasuah di semua peringkat," kata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Takiyuddin baru-baru ini.Sementara itu, Abdul Hadi turut memberi jaminan PAS sentiasa terbuka untuk disiasat di bawah kepemimpinan baharu SPRM itu sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam parti."PAS tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang dan saya pernah buat kenyataan dahulu yang kerajaan kita di Kelantan dan Terengganu sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM. Kita mahukan sebuah kerajaan yang bersih," katanya.
08 Jun 19
112
Empty Image
Permintaan Terakhir Aidil Sebelum Mati Lemas
 Noraini Yahya. Foto ihsan - Sinar HarianKUALA TERENGGANU, 6 Jun - Seorang ibu tidak menyangka permintaan sejak semalam adalah permintaan terakhir anaknya, Muhammad Aidil Muhammad Ghazali, 9, sebelum ditemui mati lemas petang tadi."Daripada semalam Aidil tak berhenti memujuk kami sekeluarga untuk membawanya ke sini (Lagun Kuala Ibai), tak sangka pula ini yang akan berlaku,” kata Noraini Yahya, 42, ibu kepada Muhammad Aidil.Noraini berkata, Muhammad Aidil berulang kali memujuknya termasuk mengulangi permintaan mahu ke Lagun Kuala Ibai pagi tadi sebelum bapanya, Muhammad Ghazali Ibrahim, 38, menuruti permintaannya.Tambahnya lagi, memang menjadi kebiasaan apabila pulang ke  Kampung Tanjung Paya, di sini, mereka akan ke lagun itu untuk beriadah.“Kerana kami sibuk beraya, Muhammad Aidil berkali-kali memujuk ajak ke sini sejak semalam kerana dia suka bermain di gigi air dan menikmati pemandangan di sini. Katanya pemandangan di sini cantik," katanya lagi.Keluarga Muhammad Aidil redha dengan pemergiannya di bulan Syawal.Katanya, Muhammad Aidil yang juga anak keempat daripada tujuh beradik itu berkelakuan pelik sejak semalam apabila makan dengan banyak berbanding kebiasaan agak susah untuk makan.“Dia juga gembira hari ini. Semalam dia asyik makan dan makan dalam kuantiti banyak, pagi tadi pun dia makan bihun tambah beberapa kali,” katanya.Sementara itu, menurut bapanya, dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk mereka sekeluarga.Kata Muhammad Ghazali lagi, kejadian tersebut adalah ujian buat dirinya dan juga ahli keluarga yang lain."Saya redha dengan apa yang dah berlaku, sekarang tunggu jenazah untuk dikebumikan."Kalau ikutkan perasaan, memang tak dapat nak kawal perasaan, tapi disebabkan ramai orang di sini yang membantu dan memberi sokongan, saya redha,".Dalam kejadian pagi tadi, Muhammad Aidil lemas selepas terjatuh ketika bermain air bersama adik beradiknya di Lagun berkenaan.Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 10.15 pagi setelah dia terjatuh apabila pasir yang dipijaknya runtuh sebelum dihanyutkan air.Mayat Muhammad Aidil kemudiannya ditemui terapung pada 4.48 petang, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
06 Jun 19
94
Empty Image
Kanak-Kanak Lemas Ditemui Meninggal
Gambar : Afif Fidee KUALA TERENGGANU, 6 Jun - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas di taman rekreasi Lagoon Kuala Ibai berdekatan Masjid Terapung, di Kuala Terengganu pagi tadi, ditemui petang ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Ghazali ditemui terapung pada 4.48 petang, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.“Ketika mangsa dijumpai pasukan penyelamat, air ketika itu tengah surut dan ini memudahkan operasi pencarian,” katanya ketika dihubungi mengenai penemuan mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.Abdullah Zawawi berkata mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Muhammad Aidil yang datang ke taman rekreasi itu bersama keluarganya sebelum ini dilaporkan terjerumus ke dalam air dan hanyut ketika bermain di gigi air.Mangsa datang ke situ bersama keluarga yang pulang dari Johor Bahru, Johor ke kampung ibunya di Kampung Tanjung di Terengganu sempena Hari Raya.Pihak bomba dan penyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan sebuah bot dan tiga anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mencari kanak-kanak itu.Orang ramai turut membantu pasukan penyelamat mencari mangsa menggunakan dua bot.- Bernama
06 Jun 19
124
Empty Image
Lebih RM24 Juta Untuk Kebersihan Bandaraya Kuala Terengganu
Dr Alias (kiri) menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas kebersihan MBKT di Bengkel Pulau Kambing semalam.KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri dijangka membelanjakan lebih RM24 juta untuk menjaga kebersihan bandaraya Kuala Terengganu tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, peruntukan itu tidak termasuk perbelanjaan kebersihan di daerah  lain di seluruh negeri Terengganu."Kerajaan membelanjakan lebih RM24 juta untuk bandaraya Kuala Terengganu sahaja, tidak termasuk daerah lain."Bayangkan berapa jumlah peruntukan  yang kerajaan peruntukkan untuk  kebersihan jika dikira di seluruh negeri Terengganu," katanya.Dr Alias Razak.Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam pertemuannya dengan petugas kebersihan MBKT di Pulau Kambing, di sini semalam.Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Haji Shahidan Embok dan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan telah melantik 27 syarikat termasuk 22 syarikat kebersihan dan syarikat kutipan (lima) bagi tujuan tersebut.Menurut beliau, syarikat kebersihan bertanggungjawab untuk menyapu sampah ditinggalkan peniaga dan orang ramai di tempat awam yang mengambil masa kira-kira setengah jam di sesuatu tempat.Manakala syarikat kutipan pula bertanggungjawab mengutip sampah sarap dari tong sampah yang disediakan di kawasan taman perumahan, di tepi jalan raya dan lorong kampung di seluruh bandaraya Kuala Terengganu.Katanya, syarikat-syarikat berkenaan bertanggungjawab membantu MBKT melaksanakan kerja-kerja kebersihan di bandaraya tersebut."Bagaimanapun usaha ini tidak akan mencapai matlamat sekiranya tidak ada kerjasama dari semua pihak termasuk peniaga Chow Kit Ramadan di Taman Shah Bandar," jelasnya.Haji Shahidan EmbokSementara itu, Haji Shahidan bersama beberapa orang kakitangan MBKT mengadakan tinjauan operasi pungutan sampah di Wakaf Mempelam dan Taman Shah Bandar.Tinjauan mendapati orang ramai tidak menggunakan sepenuhnya tong yang disediakan dan masih ada sampah sarap yang dibuang merata tempat.Haji Shahidan berkata, ia bergantung kepada sejauh mana orang ramai mempunyai kesedaran sivik bagi memastikan kebersihan awam sentiasa dijaga."Orang kita kurang mempunyai kesedaran sivik, sebab itu kita kuatkuasakan undang-undang membuang sampah merata-rata supaya mereka beringat tentang tanggungjawab mereka terhadap kebersihan," jelasnya.
05 Jun 19
333
Empty Image
Sultan Mizan Titah Rakyat Eratkan Hubungan Di Hari Raya
Sultan Mizan bermesra dengan orang ramai selepas solat sunat aidilfitri.KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah kepada rakyat di negeri ini supaya tidak menyambut hari raya dengan keseronokan semata-mata tetapi hendaklah menyambut hari kebesaran itu mengikut lunas-lunas yang tertentu.Baginda bertitah, Islam menggalakkan umatnya merayakan hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang membuktikan kesyukuran serta kesedaran bahawa ibadat puasa yang telah ditunaikan perlu memberi kesan kepada nilai-nilai hidup secara berpanjangan dan dapat menginsafkan terhadap apa juga nikmat yang ada."Jika kita renungkan ibadat dalam Islam, tidak dapat tidak, kita akan sedar bahawa segala ajaran yang terkandung di dalamnya. Dan jika kita menyerapkan ajaran ini dalam kehidupan kita, sudah tentu kita akan mendapat banyak nikmat daripadanya."Ibadat puasa yang baru sahaja kita amalkan itu, adalah antara ibadat terpenting yang mempunyai banyak pengajaran untuk kita hidup dan mati dengan lebih sempurna," titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini.Sehubungan itu bagi menjamin kesungguhan istiqomah dalam beribadat, khususnya puasa di bulan Ramadan, Sultan Mizan mengingatkan seluruh rakyat agar melakukan amalan puasa enam pada bulan Syawal.Di samping itu, Sultan Mizan menyeru rakyat di negeri ini agar mengambil kesempatan pada Aidilfitri untuk mengeratkan hubungan sesama umat Islam.Baginda juga menasihati rakyat untuk berkunjung ke rumah kaum keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang kurang mesra sebelum ini untuk berbaik semula dan memohon maaf zahir dan batin."Peluang ini juga dapat kita gunakan untuk merapatkan hubungan antara kaum, dengan menjemput rakan-rakan kita yang beragama lain, untuk bersama-sama ke rumah terbuka kita," titah baginda.Dalam pada itu baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama menghargai pengorbanan pelbagai pihak yang terpaksa bertugas pada hari raya ini."Tidak dilupakan juga kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis dan anggota tentera, anggota bomba, kakitangan penjara, imigresen dan kastam, kakitangan hospital, sektor perkhidmatan dan kakitangan media, radio dan televisyen yang sedang bertugas," titah baginda. - BERNAMA
05 Jun 19
90
Empty Image
Lebih 3,000 Solat Sunat Aidilfitri Bersama Sultan Mizan
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Lebih 3,000 penduduk sekitar bandaraya ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini hari ini.Sultan Mizan yang tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.10 pagi turut disertai anakanda baginda, Tengku Muhammad Mua’az.Mengiringi baginda berdua, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta barisan kepimpinan kerajaan.Solat sunat dan khutbah khas Aidilfitri diketuai oleh Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.Selepas selesai menunaikan solat, baginda bersalaman dan bermesra dengan para jemaah serta menziarahi makam diraja.Dalam pada itu, Zulkifly ketika membacakan khutbah memberi pesanan kepada semua umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran."Maka hendaklah kita mengikut petunjuk al-Quran yang sentiasa memandu kita ke jalan kebenaran, al-Quran ialah manual kehidupan dan kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya," ujarnya.Beliau berkata, hari ini masyarakat Islam dibelenggu dengan pelbagai gejala yang tidak bermoral kerana tidak mengambil panduan daripada al-Quran."Kita menyaksikan petunjuk selain al-Quran telah gagal, mereka hidup bebas mengikut hawa nafsu, akibatnya mereka tidak malu menyokong fahaman liberal dan lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT)," katanya.Pada akhirnya, beliau menasihati umat Islam supaya mengambil iktibar dan pengajaran yang diperoleh sepanjang berada di bulan Ramadan lalu."Ramadan mengajar kita menjadi insan yang baik hubungan dengan Allah dan sesama umat manusia, tunjukkan kebaikan melalui persaudaraan dan mencegah segala kemungkaran yang berlaku," katanya sebelum mengakhiri khutbah.
05 Jun 19
145
Empty Image
Penjenamaan Drawbridge, Serah Keputusan Pada Istana - MB Terengganu
Foto oleh - Media MBKUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri sedang menunggu keputusan dari pihak istana untuk menjenamakan jambatan angkat (Drawbridge) Muara Sungai Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan nama dan telah diserahkan kepada pihak istana untuk membuat keputusan."Tidak ada sebarang 'deadline' untuk itu, kita tunggu pihak istana membuat keputusan," jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri di perkarangan Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, di sini hari ini.Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan awam, dif-dif kehormat dan kira-kira 4,000 pengunjung.Majlis bermula 11 pagi hingga 4 petang.Menjawab soalan wartawan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, aliran trafik di jalan raya khususnya dalam bandar seluruh negeri Terengganu agak baik tahun ini berbanding tahun lepas.Ini katanya, adalah hasil dari kerjasama antara semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengguna jalan raya.Begitu juga dengan trafik di drawbridge agak baik selepas dibuka untuk laluan kenderaan kepada pengguna jalan raya  baru-baru ini.JusteSekali gus beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan usaha murni itu bagi memastikan rakyat berhari raya dengan selamat termasuk anak Terengganu dari perantauan."Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua, maaf zahir dan batin," ujarnya.
05 Jun 19
130
Empty Image
Sengkang Mata Demi Tugas Di Pagi Syawal
Petugas kebersihan MBKT masih bekerja sampai 6 pagi, 1 Syawal ini.KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Demi menjaga kebersihan bandaraya Kuala Terengganu, petugas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa bersengkang mata sehingga jam 6 pagi.Pada pagi 1  Syawal ini, mereka keletihan membanting tulang di saat kaum keluarga menikmati syahdunya pagi raya.Mereka bersengkang mata demi tugas pada malam raya, menyelusuri lorong-lorong kampung, taman-taman perumahan dan kawasan tumpuan pengunjung khususnya di Taman Shah Bandar untuk memastikan semua sampah sarap bertimbun diangkut keluar oleh lori pengangkut sampah MBKT.Petugas tidak didendang ini terpaksa bersekang mata ketika penghuni Bandaraya Kuala Terengganu diulit mimpi.Kawasan yang dipopularkan Chow Kit Ramadan itu menjadi tumpuan pembersihan sisa-sisa buangan peniaga-peniaga pakaian di situ.Sampah berselerak mencemar pandangan, mengotorkan bandaraya Kuala Terengganu.Janji peniaga untuk menjaga sendiri kebersihan tidak ditepati.Seramai kira-kira 220 petugas kebersihan termasuk kira-kira 80 orang petugas tetap MBKT dan selebihnya petugas kontrak, bertungkus-lumus menyapu dan membersih kawasan sehingga pagi ini.Itulah nasib mereka, petugas tidak didendang, akibat keingkaran peniaga dan orang ramai tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan bandaraya mereka.
04 Jun 19
418