Artikel "Semasa" Terkini
Lima Buah Rumah Terjejas Dipukul ‘Kepala Angin’
Sulaiman (kanan) melihat keadaan rumah yang terjejas bersama sebahagian penduduk.Oleh : Khairan mat JusohMARANG, 12 Jun - Sebanyak lima buah rumah terjejas akibat dipukul ribut ‘kepala angin’ yang melanda Kampung Cerang Cina, Batu 14, petang semalam.Kesemua rumah berkenaan mengalami kerosakan di bahagian atap yang sebahagian besarnya diterbangkan ribut.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong melahirkan rasa dukacita dan simpati atas bencana yang menimpa mangsa."Kita akan cuba tangani masalah ini dengan secepat mungkin supaya mereka boleh meneruskan kehidupan harian dengan lebih tenang dan selesa,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu melawat ke lokasi kejadian.Sebahagian atap diterbangkan angin di salah sebuah rumah terlibat.Sulaiman turut mengarahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung itu untuk mengambil maklumat dan data mangsa untuk mempercepatkan tindakan dan proses bantuan.Selain itu, pemilik kepada sebuah restoran yang berdekatan lokasi, Roslan Muda, 32, turut mengalami kerugian apabila tiga gazebo di restorannya tumbang menyembah bumi akibat insiden itu. Walaubagaimanapun, dia menyatakan kos baik pulih kerosakan itu akan diusahakan sendiri selain berharap rakan-rakannya yang menjadi mangsa dapat dibantu dengan segera.
12 Jun 19
134
MB Terengganu Berat Hati Bertanding Jawatan Naib Presiden PAS
KUALA TEREGGANU, 12 Jun - “Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan di peringkat akar umbi untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) walaupun berat hati atas dasar untuk menyuburkan ruang demokrasi dalam parti,” jelas Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 pada akhir bulan ini, namun dengan hati yang berat kerana mengenangkan penyandang sedia ada merupakan insan hebat yang telah menjalankan amanah dengan begitu baik.Ahmad Samsuri yang juga Yang Dipertua PAS Marang berkata, pemilihan parti yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu disifatkan adalah urusan dalaman 'keluarga' dan proses tersebut diharap akan berjalan lancar.“Pemilihan dalam PAS adalah satu urusan dalaman keluarga yang berlangsung setiap dua tahun sekali dan ianya diharap berjalan dalam suasana yang harmoni.“Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS walaupun hati saya merasa berat kerana mengenangkan mereka (penyandang) yang ada sekarang ini adalah insan-insan yang hebat.“Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang. Mereka adalah abang-abang saya yang memberikan banyak tunjuk ajar dalam pelbagai perkara sebab itu saya merasa agak berat hati apabila menerima pencalonan itu, apa pun saya menyerahkan kepada seluruh perwakilan parti dalam Muktamar di Kuantan nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Inovasi Panji Innovation Laboratary (Pi Lab) SMK Panji Alam Dalam Pertandingan Euroinvent 2019 Romania di Dewan Jubli Emas SMK Panji Alam, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood.Menyifatkan dirinya sebagai calon ‘underdog’, beliau yang menyanjung tinggi ketiga-tiga penyandang dalam masa sama berharap agar mereka dapat terus menjalankan tugas dan amanah sebagai Naib Presiden di waktu akan datang.Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mengganggap kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu akan memberi kelebihan besar dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, sebaliknya menyifatkan dirinya masih lagi belum sempurna dalam tempoh setahun menerajui negeri ini.Difahamkan, bagi jawatan Naib Presiden, empat nama melepasi syarat untuk bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.
11 Jun 19
107
Atlet Terengganu Impi Cemerlang Di Kejohanan Silat ASG
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Kerajaan negeri meletakkan harapan dan doa kepada kontinjen Silat Terengganu yang bersaing dalam Kejohanan Silat ASEAN School Games (ASG) di Air Keroh, Melaka yang bermula semalam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali merakamkan hasrat supaya kontinjen tersebut dapat menggondol kejayaan dan kemenangan dalam saingan kali ini. “Pasukan kita telah menjalani sesi latihan dalam bulan Ramadan lalu dan latihan ini kena pada masanya kerana dalam bulan Ramadan, umat Islam banyak mencipta sejarah gemilang.“Ramadan adalah suatu masa yang paling sesuai untuk kita latih jiwa dan semangat kita, maka ia sepatutnya memberi kekuatan kepada kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Silat di Gerbang Silat Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu serta ahli jawatankuasaSilat Pesaka Terengganu.Yahaya turut mengingatkan supaya para atlet berusaha penuh kesungguhan dalam merebut tempat untuk mewakili Malaysia di ASG 2019 yang bakal berlangsung di Semarang, Indonesia pada Julai nanti.“Memang kita hendak menang, tetapi ketahuilah kejayaan tidak datang bergolek tanpa diiringi usaha,” katanya seraya memohon sokongan rakyat Terengganu untuk mendoakan kejayaan pasukan itu.
11 Jun 19
448
Rumah Terbuka Medan Erat Ukhuwah - Dr Khairuddin
Dr. Khairuddin meraikan kanak-kanak yang hadir dengan duit raya.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 11 Jun – Majlis rumah terbuka yang diadakan merupakan medan terbaik mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat dalam musim hari raya ini.Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program-program sebegini turut menjadi medium penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat Kuala Nerus dan bersama pemimpin-pemimpin setempat.“Rumah terbuka yang diadakan pemimpin secara tidak langsung membina persefahaman dan ruang komunikasi antara kedua pihak.“Alhamdulillah, ramai warga Kuala Nerus datang ke rumah terbuka pada tahun ini dan banyak juadah yang disediakan untuk semua tetamu yang hadir,” katanya ketika ditemui dalam majlis sambutan Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kuala Nerus di kediaman rasminya di Lembah Takir, baru –baru ini.Para pemimpin perlu manfaat majlis rumah terbuka untuk dekati rakyat.Majlis tersebut berlangsung secara meriah dengan kehadiran hampir 3,000 penduduk dari seluruh daerah dengan pelbagai juadah lazat disediakan.Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias bin Razak; Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah; Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Nerus, M.Shukrimun Shamsudin serta Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Tuan Haji Mohd Fazil bin Wahab.Dalam majlis berkenaan, Dr. Khairuddin juga meraikan tetamu dengan mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) selaku penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka kali ini. Semoga ikatan ukhuwah akan dapat diteruskan pada masa akan datang.Hampir 3,000 pengunjung hadir ke rumah terbuka Kuala Nerus.
11 Jun 19
270
Kerajaan Negeri Prihatin Isu Kesesakan Jambatan Marang - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Kerajaan negeri prihatin tentang masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama jambatan Marang bahkan komited dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, isu kesesakan jambatan Marang telah dibangkitkan kepada pihak berkuasa peringkat Persekutuan pada suku ketiga 2018 yang lepas dan mereka telah memberikan komitmen untuk memasukkan jambatan Marang sebagai projek keutamaan.“Sama ada pembinaannya akan melibatkan laluan sedia ada (yang melibatkan isu tanah milik dan rumah penduduk, bangunan agensi persekutuan dan lain-lain) atau laluan baharu akan diputuskan kemudiannya nanti.“Laluan baharu jambatan di kawasan lain merentasi Sungai Marang pula akan juga melibatkan kos yang besar kerana ianya akan melibatkan pembinaan jalan yang baharu,” katanya dalam satu komen dalam facebook beliau.Ahmad Samsuri berkata demikian bagi menjawab keluhan netizen yang terpaksa berdepan kesesakan yang teruk di laluan berkenaan dalam tempoh perayaan Aidilfitri baru-baru ini.Kesesakan dalam tempoh empat hari menyebabkan ada netizen yang terpaksa mengambil masa hampir dua hingga tiga jam dari Kampung Rhu Rendang untuk melepasi jambatan Marang.Beliau juga berkata, kos pembinaan yang besar dengan anggaran RM280 hingga RM320 juta adalah antara sebab pihak negeri berunding dengan Kerajaan Pusat mengenai isu jambatan Marang.“Alhamdulillah, ianya telah dimasukkan oleh pihak berkuasa berkenaan dalam Rolling Plan ke-5 di bawah Rancangan Malaysia ke-11,” ujarnya.
11 Jun 19
1078
Ibu Korbankan Gaji Mewah, Jadi Pemotong Rumput Demi Keluarga
Norafsah (dua dari kiri). Oleh : Aslam WiraMARANG, 11 Jun - Norafsah Yacob @ Jusoh, 41, ibu kepada tujuh orang anak meninggalkan ‘gaji mewah’ untuk bekerja sebagai pemotong rumput bagi menyara keluarga termasuk suaminya yang sakit dan tidak dapat berkerja.Suaminya, Syamsudin Yahya menghidap sakit saraf dan sendi sejak 17 tahun lalu mengakibatkan keadaan dirinya tidak boleh bekerja dan bergerak lasak.Norafsah merupakan seorang pereka bentuk yang mempunyai ijazah dalam ‘Industry Designer’ dari sebuah universiti awam tempatan di skudai, Johor.Sementara itu, Syamsudin pula yang pernah bekerja dalam bidang Juruukur Bahan adalah lulusan Ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun, kehidupan mereka berubah sekelip mata selepas Syamsudin menghidap penyakit saraf yang menyebabkan Norafsah terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja bagi menjaga suaminya.Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman berkata, keadaan itu menyebabkan keluarga tesebut menghadapi bebanan kewangan termasuk dalam urusan pendidikan anak-anak.“Kita akan cuba membantu Norafsah yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai pendaftaran kemasukan salah seorang anaknya ke universiti tidak lama lagi.Mempunyai anak-anak yang masih kecil“Satu perbincangan bersama Yayasan Negeri Terengganu akan diusahakan bagi membantu anaknya menyambung pelajaran setelah mendapat tawaran diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan,” kata Wahad ketika melawat keluarga tersebut di Kampung Baru Bukit Kecil, di sini semalam.Turut hadir adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Kakitangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Rhu Muda.Di samping itu, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang juga akan membantu sedikit sebanyak dalam bentuk kewangan malah bantuan barang dapur untuk mereka sebagai asnaf penerima zakat juga turut dihulurkan.Dalam perkembangan yang sama, Norafasah yang mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang turut menjalankan khidmat sebagai pemandu, dan mengemas rumah bagi menyara keluarganya.Menurutnya lagi, beliau yang kini terpaksa menyewa rumah pernah memiliki dua bidang tanah dan sebuah rumah, namun terpaksa menggadaikanya demi menanggung kos perubatan suaminya. “Biar tiada wang emas, asal ada tenaga dan kudrat,” katanya yang diibaratkan walaupun tidak mempunyai harta benda untuk kesenangan hidup, tetapi dia beruntung kerana masih diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk terus berkerja.
10 Jun 19
104
Sumbangan Orang Ramai Jayakan Hari Raya DUN Pengkalan Berangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 8 Jun - Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan disambut meriah hasil sumbangan orang ramai dan Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata beliau terharu dengan kerjasama yang diberikan untuk menjayakannya malah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. "Alhamdulillah, berkat daripada hasil sumbangan orang ramai dan kesemua UPU yang terlibat, sama ada dari segi wang ringgit, mahupun tenaga kita berjaya adakan majlis hari raya."Semoga ianya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT dengan balasan yang setimpal dengannya," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis tersebut di Merchang., baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Selain gulai daging kerbau, empat ekor kambing golek, juga terdapat pelbagai menu makanan melayu yang telah disediakan oleh UPU masing-masing dan kira-kira seramai 30 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan pejabat Dun, Pemuda PAS, Ameerah, Muslimat serta Jabatan Amal.Majlis bertambah meriah apabila ADUN menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.Sementara itu,, Sulaiman juga mengharapkan agar semua perantau selamat pulang ke destinasi masing-masing disamping bergembira meraikan Aidilfitri buat kali ini.
10 Jun 19
179
Dekati Semua Tanpa Pilih Kasih
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 11 Jun- Menjadi wakil kepada rakyat sama ada bergelar Yang Berhormat (YB) ataupun pegawai penyelaras di bawah kerajaan negeri memerlukan pendekatan tidak pilih kasih bagi memberi kebaikan kepada semua masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ketelusan, keadilan serta rasa bertanggungjawab dengan amanah menjadi teras untuk beliau berperanan dalam membantu penduduk yang diwakilinya."Di samping itu juga, kita mengurangkan protokol agar rakyat lebih selesa untuk bertemu dengan kita, tanpa mengira tempat kita sedia mendengar bukan hanya terbatas di pejabat bahkan di mana-mana sahaja termasuk warung."Kita pun faham dengan keadaan dan suasana masyararakat disini, yang semuanya boleh dikatakan orang kampung yang tidak selesa pada pertemuan yang formal," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, sejurus selesai menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa kebakaran, di Al-Mukatafi Billah Shah (AMBS), di sini semalam.Menurut Ghazali, bagi memberi keselesaan kepada semua penduduk, sesi pertemuan dan soal jawab menjadi keutamaan beliau yang secara tidak langsung mampu menyelesaikan masalah berbangkit seperti isu tanah."Yang mana ia (tanah) adalah isu yang telah lama, dan penduduk mengharapkan mendapat pembelaan semula di bawah kerajaan yang baru memerintah."Kita pun telah menyenaraikan nama-nama mereka yang terlibat dengan tanah terkilan untuk kita kumpulkan mereka, serta kita telah mengenal pasti beberapa tanah di kawasan Bukit Besi ini yang akan kita umumkan kemudian," jelasnya.Di samping itu juga, beliau bertekad untuk mengeluarkan penduduk DUN Bukit Besi daripada belenggu kemiskinan dengan mengaturkan beberapa program pertanian dan keusahawanan."Di mana kita tahu pertanian begitu sinonim dengan penduduk di sini, pada sebelum ini kita telah pun memanggil jabatan dan agensi yang berkait dengan pertaniaan dan keusahawan."Mungkin selepas ini kita akan adakan program-program susulan yang berbentuk kursus yang bersiri."Itulah diantara tekad saya sebagai pihak yang diamanahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu sepanjang bergelar penyelaras bagi memastikan tercapainya impian dan hasrat kerajaan Negeri Terengganu," jelas beliau.
10 Jun 19
57
Jadikan Ibadah Ramadan Amalan Sepanjang Masa
Alias bersama keluarganya di Rumah Terbuka AidilfitriOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 10 Jun- Masyarakat diingatkan agar tetap melaksanakan ibadah dengan baik dan jangan sampai ibadah yang telah dilakukan terhenti di bulan Ramadan sahaja.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata setelah sebulan umat Islam mempertingkatkan amalan mendidik diri untuk menjadi insan bertakwa di bulan Ramadan, ia seharusnya 'lekat' sehingga sebelas bulan akan datang.“Saya berharap ianya tidak terhenti setelah berakhirnya Ramadan dan alangkah baiknya jika kita dapat memaknakan tarbiah di Madrasah Ramadan dengan menambah kualiti ibadah kita dengan mendidik kita menjadi insan yang lebih bertakwa," ujar beliau ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Gong Pasir, baru-baru ini.Rumah Terbuka yang diadakan selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri itu merupakan acara tahunan ADUN berkenaan sejak terpilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi.Alias juga turut menyeru agar amalan saling kunjung mengunjung diteruskan untuk mengeratkan hubungan silaturahim."Hubungan ini akan terjalin dengan bersama keluarga, saling berkenal-kenalan dengan sanak saudara dan menghulurkan tangan bermaaf-maafan, agar tali persaudaraan kekal terjalin,"ujarnya.
09 Jun 19
36
3,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka DUN Buluh Gading
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 10 Jun - Lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading yang diadakan semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, majlis berkenaan adalah untuk meraikan semua penduduk di kawasan berkenaan termasuk anak perantau yang pulang berhari raya. Katanya, program itu juga sebagai permulaan untuk terus mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk di Buluh Gading.“Terima kasih di atas kehadiran semua. Mudah-mudahan, dengan kemeriahan ini, kita dapat merapatkan lagi ukhuwwah dan silaturrahim sesama kita.“Mudah-mudahan suasana seperti ini terus berkekalan walau di mana saja kita berada dan sama-sama kita membina negeri kita ini ke arah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berkenaan di Bangunan Serbaguna DUN Buluh Gading, di sini semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pendakwah Selebriti, Syed Norhisyam Tuan Padang.Kata Ridzuan lagi, beliau sangat menghargai sahabat-sahabat perantau yang sudi hadir meluangkan masa ke majlis itu."Semoga perantau-perantau yang hadir pada hari ini selamat pulang ke destinasi masing-masing nanti," tambah beliau.
09 Jun 19
188