Artikel "Semasa" Terkini
PMINT Tambah Baik Sistem Keselamatan Lif Pangsapuri Tok Pelam - Dr Alias Razak
Dr Alias (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan Pangsapuri Ladang Tok Pelam ketika tinjauan dibuat semalam.KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri akan menambah baik sistem lif di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dalam masa terdekat bagi kemudahan dan keselamatan penghuni pangsapuri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, untuk itu kerajaan negeri mencadangkan supaya pengurus pangsapuri berkenaan iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memasang televisyen litar tertutup (cctv) dalam lif dan sebuah loceng penggera diletakkan dalam bilik pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.Di samping itu katanya, PMINT dicadangkan supaya memasang sistem pemantauan 'online' yang dihubungkan kepada pegawai berkenaan serta pihak pengurusan pangsapuri bagi memastikan sistem lif sentiasa dipantau dengan berkesan.Beliau berkata demikian selepas tinjuan dibuat di pangsapuri berkenaan semalam. Turut serta beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan pangsapuri.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, hasil dari tinjauan tersebut kerajaan negeri mendapati tiada maklumat berkaitan dengan kerosakan lif berkenaan dimaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri melainkan diketahui melalui status facebook seorang netizen kelmarin.Katanya, dalam tinjauan tersebut didapati keadaan lif adalah baik dan sistem alarm berfungsi seperti biasa, sementara penyelenggaraan dibuat secara berjadual.Kelmarin seorang netizen memuat naik dalam status facebooknya satu dakwaan bahawa seorang penghuni terperangkap dalam lif di pangsapuri itu selama 15 minit.Netizen itu mendakwa penghuni berkenaan telah menekan butang alarm berkali-kali tetapi tiada bantuan sampai dengan segera.Bagaimanapun netizen itu tidak memaklumkan bagaimana penghuni berkenaan berjaya dikeluarkan dari lif tersebut.Status terbaru, netizen tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Alias dan pegawai PMINT serta pihak pengurusan pangsapuri itu kerana menguji sendiri tahap keupayaan dan keselamatan lif di pangsapuri tersebut semalam."Dapat makluman daripada rakan PMINT tadi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, YB Dr Alias Razak serta pihak pengurusan PMINT telah turun padang melihat sendiri keadaan lif-lif yang berisiko di Apartmen Ladang Tok Pelam."Beliau menguji sendiri tahap daya tahan lif yang ada dan mendengar taklimat daripada pihak PMINT berkaitan isu-isu yang berlaku di sana. Terima kasih YB Dr Alias. Terima kasih banyak-banyak," ujarnnya.
13 Jun 19
758
Keperitan Hidup Berlantaikan Tanah Selama 13 Tahun Berakhir
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 12 Jun – Sebuah keluarga penoreh getah yang menghuni rumah berlantaikan tanah selama 13 tahun bakal menerima bantuan khas untuk membaik pulih kediaman tersebut.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Sawar, Khaziman Khalik berkata, rumah yang didiami oleh Aminah Ismail, 45 dan suaminya, Mohd Yusof Daud, 47 beserta tiga anaknya telah mendapat perhatian daripada Majlis Adat Istiadat Agama Islam Negeri Terengganu (MAIDAM).Ujarnya, mereka akan menerima sejumlah peruntukan untuk aktiviti pemasangan atap, lantai dan segala kemudahan asas rumah itu."Alhamdulillah, usaha saya memanjangkan perkara ini kepada MAIDAM akhirnya hari ini membuahkan hasil, wakil MAIDAM telah datang dan melihat sendiri keadaan rumah yang serba kekurangan ini."Saya berusaha sedaya upaya untuk membantu keluarga ini, dan juga telah dimaklumkan kepada Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, yang juga bersetuju supaya keluarga ini dibantu, "ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa hadir ke kediaman berkenaan di Kampung Bukit Beruk, di Batu Sawar, di sini kelmarin.Hadir sama, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, serta wakil dari pejabat MAIDAM.Sementara itu, Aminah berkata, dia amat terharu dengan keprihatinan daripada pihak MAIDAM, Pegawai Penyelaras DUN dan juga Pengerusi MPKK Batu Sawar yang sudi dan tampil membantu mereka."Sudah 13 tahun mendiami rumah dengan keadaan sebegini dan amat tidak mampu mendapat rumah yang selesa hanya tidak sekadar untuk dapat berehat dan berteduh."Hasil yang diperolehi daripada menoreh getah adalah RM2.70 sekilogram, itu pun harga sebelum menjelang raya baru-baru ini dan bergantung pada cuaca elok jika tidak tiadalah rezeki pada hari berkenaan," ujarnya dengan nada sebak.Menurut Ghazali, beliau mengesahkan bahawa pasangan berkenaan antara senarai penerima zakat asnaf di DUN berkenaan."Setiap kali ada program sumbangan atau apa-apa program bagi membantu keluarga miskin pasangan ini selalu berada didalam senarai dan selalu menjadi keutamaan," ucap beliau.
12 Jun 19
56
Anak Bekas Pemandu Lori Sambung Pelajaran Ke UK
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 Jun- Hidup tanpa kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa. Siapa sangka Tengku Muhd Ashraf Tengku Mamat, kepada pasangan Tengku Mamat Tengku Ngah bekas pemandu lori dan Che Hasimah Ismail seorang surirumah akan menjadi kebanggaan kepada semua pihak terutama warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).Anak bongsu dari enam adik beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur mendapat tajaan penuh dari Petronas untuk pembiayaian pengajiannya di UK. "Saya mendapat tajaan penuh dari Petronas, yang akan membiayai pengajian saya sepenuhnya apabila ke sana, dan sebelum ke sana, saya akan mengikuti dahulu kursus A level di Kolej Yayasan UEM, di bawah seliaan 'Cambridge'. "Saya pasti akan merindui Malaysia, terutamanya masakan disini dan berjanji belajar bersungguh-sungguh menimba pengalaman sebanyak mungkin.Rindu kepada keluarga sudah tentu terutamanya kepada ibu, namun teknologi sekarang memudahkan perhubungan malah segala nasihat Ustaz Ghazali Sulaiman akan sentiasa saya ingat untuk dijadikan pedoman apabila berada di sana nanti," jelasnya di Program Lambaiam Menara Gading (LAMEGA), anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, baru-baru ini.Seramai 73 pelajar diraikan dalam dalam program berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi merupakan anak-anak DUN yang cemerlang dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sementara itu, itu Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman begitu teruja apabila pada tahun ini berlakunya peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun lalu."Alhamdulillah , kesemuanya dapat dihimpunkan melalui sebaran melalui media sosial melalui facebook dan juga Whatsapp, yang kita sebarkan pada jam tiga petang semalam untuk adakan pertemuan ini."Namun kesemua mereka dapat hadir pada pagi ini tepat pada jam 10 pagi, amat gembira dan teruja dapat bertemu dengan mereka yang cemerlang ini," ujarnya.Tambah beliau, pertemuan berkenaan bagi memberi pesanan kepada mereka agar belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan menghampakan harapan orang tua."Nasihat saya juga supaya mereka tidak terkena kejutan budaya, dan perlu dekatkan diri dengan masjid serta surau… pergi dengan harapan dan pulang membawa kejayaan." Juga disarankan kepada mereka agar aktif berpesatuan, dan kita telah memberikan mereka sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan juga sebagai tanda sokongan dari pihak DUN kepada mereka," ujarnya.
12 Jun 19
50
Tinggalkan Politik Kotor, Fokus Khidmat Pada Rakyat - Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Ahli politik di seluruh Malaysia digesa supaya menjauhi pendekatan politik fitnah dan kotor agar rakyat tidak terus dihimpit pelbagai masalah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, gaya dan cara berpolitik sedemikian tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat ataupun negara.Jelasnya, sebaliknya suasana tersebut akan merugikan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan selepas tampuk kepimpinan negara bertukar kepada Pakatan Harapan (PH).“Kita agak sedih dan dukacita dengan suasana politik dalam negara kita, sepatutnya kita sudah lupa (tinggalkan) politik-politik seperti ini (video seks), politik kotor dan lucah.“Selepas PH menang, mendapat mandat daripada rakyat, sepatutnya fokus terarah kepada kebajikan rakyat, memberikan khidmat pada masyarakat, tetapi malangnya kita tidak lihat itu berlaku,” ujar beliau ketika menjawab pertanyaan media berhubung kes penyebaran klip video yang dikatakan mirip seorang seorang Menteri. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan supaya dakwaan tersebut dihakimi dengan adil tanpa mengira latar belakang politik pihak tertentu.Katanya, tuduhan tersebut harus diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.“Ini prinsip PAS sejak dahulu. Kita tak mengira siapa misalnya dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri dulu (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita mengambil prinsip yang sama termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).“Prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Kita tak boleh 'hukum' mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” tambah beliau.Awal pagi semalam, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip pemimpin PH.Tiga video panas tersebut masing-masing berdurasi satu minit 35 saat dan sebuah rakaman audio berdurasi lima minit 24 saat tersebar sejak semalam.
12 Jun 19
442
RM1.183 Juta Pinjaman Tanpa Faedah SBMT Siri Pertama Diluluskan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Jun - Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.183 juta di bawah siri pertama Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) kepada 44 pemohon.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permohonan pinjaman tanpa faedah itu melibatkan pemohon kategori individu yang menceburi sektor pertanian, penternakan, akuakultur dan perikanan dengan nilai kelulusan antara RM10,000 sehingga maksimun RM50,000 seorang."Sektor utama yang mendapat tumpuan pemohon ialah pertanian secara fertigasi, penternakan ayam, itik, lembu dan kambing, pembelian bot serta peralatan menangkap ikan dan pengusaha pembenihan kerapu hybrid.“Bagi setiap permohonan yang dikemukakan, pegawai-pegawai dari jabatan berkenaan telah turun padang untuk membuat lawatan tapak serta penilaian potensi projek sebelum dikemukakan laporan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani bagi dibuat pertimbangan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam status Facebook beliau hari ini.Menurut beliau, prosesnya agak teliti kerana kerajaan negeri meletakkan objektif untuk skim bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh warga tani di negeri Terengganu agar masalah kekurangan modal yang dihadapi dapat disantuni sebaiknya."Tiada permohonan yang ditolak namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan oleh pemohon seperti lesen bot nelayan yang belum diluluskan."Perlu cari tapak baharu yang lebih sesuai untuk diusahakan serta saiz projek yang perlu diteliti semula disebabkan ada isu jumlah dana yang dipohon tidak sepadan dengan saiz projek yang nak dibuat," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, jabatan berkenaan akan mengambil tindakan susulan bagi menangani isu-isu yang timbul."Hasrat kerajaan adalah agar semua rakyat yang bersungguh-sungguh hendak berusaha dapat dibantu.“Senarai permohonan untuk siri kedua dalam proses untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani seberapa segera," ujarnya.Katanya, bagi tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk SBMT.
12 Jun 19
77
Terima Kasih Kerana Jayakan Majlis Ini - MB Terengganu
Para petugas turut merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin nombor satu negeri itu.MARANG, 12 Jun - Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera petugas dan penganjur yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rhu Rendang dengan baik.“Terima kasih kepada jentera dan petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. “Dengar khabar, sejak tengah malam tadi, mereka telah mula memasak secara bergotong-royong dan membahagikan tugas untuk menyediakan juadah terbaik kepada tetamu,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), hari ini.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut memuji kecekapan petugas Jabatan Amal Malaysia yang lancar mengawal lalu lintas dan memudahkan pengunjung yang datang.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim serta ADUN Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.Dalam majlis itu, Dr. Samsuri meraikan pengunjung dengan beramah mesra dari meja ke meja selain melayan permintaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan pemimpin nombor satu negeri itu.Hampir 5,000 pengunjung hadir terdiri daripada penduduk setempat serta agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta sekitar Rhu Rendang dan daerah Marang.
12 Jun 19
100
Aspek Keselamatan Drawbridge Ditambah Baik - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan melalui proses penambahbaikan selepas ia dibuka untuk tempoh percubaan selama dua minggu bermula 2 Jun lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa kelemahan dalam aspek keselamatan dan kelancaran trafik di jambatan angkat itu sudah dikenal pasti termasuk palang penghadang yang diletakkan di bahagian kiri dan kanan jambatan itu.“Kita lihat palang penghadang yang ada di kiri dan kanan jambatan angkat itu agak rendah dan perlu dibuat penambahbaikan supaya nanti tidak membahayakan pejalan kaki termasuk risiko terjatuh ke dalam air.“Apapun kita berpuas hati kerana pembinaan jambatan angkat ini mencapai matlamatnya untuk mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud sepanjang ia dibuka untuk tempoh percubaan sehingga Isnin ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Inovasi Panji Innovation Laboratary (Pi Lab) SMK Panji Alam Dalam Pertandingan Euroinvent 2019 Romania di Dewan Jubli Emas SMK Panji Alam, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood.Katanya, operasi jambatan angkat yang menjadi mercu tanda baharu Terengganu itu berjaya mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud, terutama pada waktu puncak sepanjang minggu pertama Aidilfitri.
12 Jun 19
146
Projek Baharu Pulau Kapas Rancakkan Pelancongan Terengganu
Pulau Kapas akan menerima lima projek pembangunan baharu.MARANG, 12 Jun - Pulau Kapas bakal menerima projek pembangunan baharu berjumlah RM350,000 yang dijangka bermula Julai depan sekali gus merancakkan lagi pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meluluskan peruntukan tersebut bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembinaan kemudahan pelancongan.Jelasnya, projek di pulau berkeluasan 260 hektar yang dijadualkan siap sebelum musim tengkujuh tahun ini itu turut membabitkan pemasangan lampu solar (solar street lighthing) di sekitar kawasan tersebut.“Kerajaan negeri telah meluluskan bajet segera untuk kerja membaik pulih laluan pejalan kaki termasuk tangga dan susur tangan semuanya bernilai RM200 ribu, selain ‘rubber fender’ di jeti akan turut dipasang.“Ini juga termasuk fasiliti surau, tandas dan bumbung jeti yang akan dinaik taraf. Sementara itu, laluan, papan tanda, kemudahan wakaf serta 'jungle trekking' akan dibaiki mengikut kesesuaian tempat pelancongan,” ujarnya.Meninjau Stesen Sistem Solar Hibrid yang menjadi sumber utama elektrik di Pulau Kapas.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Kapas, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta wakil-wakil Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Pelancongan Negeri.Di samping itu, Ariffin turut mengulas tentang aduan masalah elektrik di pulau tersebut yang akan menjejaskan kehadiran pelancong untuk jangka masa panjang.Katanya lagi, isu berkenaan akan diselesaikan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang secara dasarnya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“Saya dimaklumkan Pejabat Daerah Marang telah memohon peruntukan daripada UPEN untuk menggantikan sistem solar hibrid kepada penggunaan genset sebanyak dua unit.“Pengunaan genset ini akan menjimatkan kos, di samping turut membantu pengusaha chalet mengembangkan bisnes (menambah bilangan chalet) mereka dan menampung pertambahan pelancong ke Pulau Kapas, seterusnya meningkatkan jumlah pelancong ke Terengganu.“Tadi kami juga sempat meninjau masalah berkaitan banjir, jadi insya-Allah sistem perparitan ini kita akan selesaikan, ini untuk projek jangka masa panjang kita,” tambah beliau.Laluan 'jungle trekking' yang akan diubah suai.
12 Jun 19
922
Ziarah Berjaya Selami Kehidupan Asnaf Dun Air Putih
Oleh : AminjiKemaman, 12 Jun - Program Ziarah Asnaf yang melibatkan tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih berjaya menyelami keperitan dan kesusahan yang mereka hadapi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, program itu menyasarkan seramai 62 orang asnaf dari Kampung Pasir Gajah, Kampung Seberang Tayur serta Kampung Batu 14. Katanya, sumbangan wang turut diberikan kepada mereka melibatkan asnaf miskin yang tidak berpeluang mendapat Dana Raya daripada kerajaan negeri baru-baru ini.“Kita dapat santuni para penduduk dengan memberikan sedikit sumbangan hasil zakat sebanyak RM100 seorang, serta sekampit beras lima kilogram.“Dengan sumbangan yang kita hulurkan, insya-Allah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. Dapatlah mereka membeli barang dapur serta keperluan harian,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Ziarah tersebut, di sini, semalam.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Gajah, Razali Omar, Pengerusi MPKK Seberang Tayur, Mohd Sanusi Jusoh serta Timbalan Pengerusi MPKK Batu 14, Mohammad Amran Zakaria @ Abd Razak.Tambah beliau lagi, dalam ziarah tersebut, penduduk kampung yang terlibat telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil di mana asnaf dari Kampung Pasir Gajah seramai 20 orang telah dilaksanakan di Masjid Pasir Gajah, manakala asnaf dari Kampung Seberang Tayur dan Kampung Batu 14 di Masjid Batu 14.Ujarnya, sambutan dan respon yang sangat positif telah diberikan oleh kesemua asnaf terbabit“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran kesemua 62 orang asnaf miskin yang terlibat. Kita bersyukur kerana dapat menyantuni mereka yang memerlukan.“Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang menjayakan program ziarah ini, kata beliau,” kata beliau lagi.
12 Jun 19
89
Jangan Lupa Syukuri Nikmat Sihat - Dr. Azman
Dr. Azman beramah mesra dengan salah seorang pesakit yang diziarahi.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Jun – Nikmat masa lapang dan sihat sering diabaikan manusia sehingga terlupa mensyukurinya dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi setiap larangan-Nya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim mengingatkan agar setiap individu mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan oleh Allah SWT walaupun dalam kegembiraan meraikan kemenangan di bulan Syawal ini. “Dalam kesibukan menyambut Aidilfitri bersama kaum keluarga, sahabat dan jiran tetangga di kampung halaman, luangkan masa untuk menziarahi mereka yang kurang berkemampuan dan sakit bagi meraikan mereka.“Amalan ziarah-menziarahi bukan sahaja dapat membina hubungan baik malah mengingatkan kita akan kurniaan nikmat kesihatan agar lebih bersyukur,” nasihatnya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menziarahi beberapa penduduk Jabi yang ditahan wad di Hospital Besut, baru-baru ini.Turut hadir Penolong Penyelia Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Zakaria Mahmud, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Kubang, Mat Rahim Mat Nor dan Pengerusi MPKK Jabi, Ab. Rahim Ghazali.Dalam lawatan tersebut juga, Dr. Azman turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas di Kampung Kuala Kubang, Mek Yam Mat Akib,77 tahun. Menurutnya, dalam tempoh setahun, hampir 30 buah kerusi roda telah diagihkan untuk warga Jabi yang memerlukan. “Diharapkan dengan adanya kerusi roda akan memudahkan urusan seharian. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saudara- saudara kita yang berada dalam keuzuran,” katanya.Mek Yam mencuba kerusi roda yang diterima.
12 Jun 19
77