lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Rumah Terbuka Aidlifitri DUN Sura ‘Diserbu’ 5,000 Orang
Pelbagai latar belakang masyarakat hadir memeriahkan rumah terbuka aidifitri.Oleh : Mohd AsrafDUNGUN, 16 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mendapat sambutan luar biasa apabila diserbu kira-kira 5,000 tetamu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, majlis itu sudah menjadi acara tahunan dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan. Jelasnya, orang ramai daripada pelbagai kaum mula membanjiri majlis jamuan itu seawal pukul 10.30 pagi bagi tidak melepaskan peluang meraikan sambutan aidilfitri bersama pemimpin masyarakat dan warga Sura.“Setiap tahun kita adakan sambutan hari raya bukan untuk bermewah-mewah, tetapi sambutan yang kita adakan ini adalah secara sederhana namun diadakan juga demi rakyat khususnya di Dun Sura ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan di Dewan Arena Square Dungun, di sini semalam.Wam Hapandi memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli bersama isteri, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat, wakil Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun dan ketua-ketua jabatan. Wan Hapandi turut menghargai kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum dan peringkat usia yang memeriahkan majlis rumah terbuka anjuran pihaknya.“Kehadiran orang ramai daripada pelbagai kaum mencerminkan perpaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik sangat bagus di kawasan kita ini”, ujar beliau. Dalam majlis tersebut, tetamu berpeluang untuk merasai pelbagai jenis juadah antaranya cendol, apam balik, nasi minyak, buah-buahan dan aneka kuih raya selain dihiburkan dengan lagu dan nasyid raya.
15 Jun 19
309
Empty Image
PASTI Pilihan Ibu Bapa
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 16 Jun- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa walaupun terdapat banyak pilihan kelas pendi­dikan awal kanak-kanak anjuran pelbagai pihak di negara ini.Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood berkata, kini terdapat hampir 10,000 kanak-kanak mengikuti kelas PASTI dan melibatkan 3,000 guru di negeri ini.Katanya, PASTI adalah pilihan terbaik bagi anak-anak pra-sekolah yang mementingkan aspek pendidikan berteraskan syariah Islam di Malaysia.“PASTI di bawah urus tadbir Dewan Pemuda PAS telah menunjukkan prestasi yang baik diperingkat negeri-negeri terutamanya di Terengganu dan diterima baik oleh masyarakat.“Ini menunjukkan prestasi yang baik buat PASTI dan kita juga melihat masyarakat dapat menerima kaedah yang dibawa oleh PASTI,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Hari Raya di Dewan Tok Guru, Rusila, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Mohd Al-Ghazali Abu Bakar dan Pengurusi Masjis Guru PASTI Negeri Terengganu, Noriah Koter.Sementara itu, Ramlan turut memuji guru-guru PASTI yang memberi perubahan terhadap masyarakat untuk mengenal Islam dan dapat menarik orang ramai untuk bersama-sama berjuang bersama Islam."Guru-guru PASTI adalah guru yang istimewa dimana banyak memberi mesej-mesej dakwah kepada masyarakat disamping memberi perubahan kepada masyarakat yang menginginkan Islam dan menarik orang ramai untuk bersama dengan Islam,” ujarnya.
15 Jun 19
91
Empty Image
Kerajaan Negeri Majukan Sekolah DAR
Foto - Hishamuddin AbdullahKEMAMAN, 15 Jun - Kerajaan negeri akan mencari jalan bagi membantu Sekolah Rendah Islam (DAR) di Terengganu supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersedia membantu guru-guru dari pelbagai segi termasuk meningkatkan latihan, pembelajaran dan sebagainya."Walaupun bukan di bawah kerajaan negeri, kita berpandangan bahawa kita boleh berperanan membantu untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik."Ini kerana sekolah-sekolah DAR merupakan institusi yang berada di dalam negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Sekolah-sekolah DAR Kali Ke-3 di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang dan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ismail Osman.Dr. Samsuri turut memaklumkan, walaupun kini PAS menjadi kerajaan yang memerintah negeri Terengganu, kerajaan negeri tidak akan mengambil alih sekolah DAR sebaliknya menghormati teras dan matlamat penubuhan institusi tersebut."Setiap sekolah ini ada sejarah mereka tersendiri. Ada yang dibina hasil usaha individu dan sebagainya, jadi tidak adil untuk kita ambil alih begitu sahaja."Kebebasan dari segi pendidikan masih dijamin dalam perlembagaan negara, maka ibu bapa ada hak masing-masing untuk mengusahakan sistem pendidikan anak-anak," katanya.Sekolah DAR merupakan institusi pendidikan agama rakyat yang diwujudkan di bawah Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS.Di Terengganu, terdapat 11 buah DAR dengan jumlah guru sebanyak 315 orang serta 4,426 murid keseluruhannya.Bagi peringkat menengah, Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS turut mewujudkan Maahad Darul Quran di Rusila serta Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Kubang Lembek bagi peringkat pengajian tinggi.
15 Jun 19
366
Empty Image
1,200 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Gong Tok Nasek
Sultan Mizan menunaikan solat Jumaat di Masjid Gong Tok Nasek hari ini. Foto - Pok AbbasOleh: Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 14 Jun - Hampir 1,200 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Foto - Wan Luqmanul HakimHadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.Foto - Ammar Pok Lan
14 Jun 19
660
Empty Image
Enggan Ikut Serta, Petanda Pergi Selamanya
Kemalangan di Kilometer 64, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Rantau Abang, di sini semalam.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 Jun - Keengganan Ahmad Syaqiq Balkhi Ahmad Fauzi, 16, pada awalnya untuk turut sama menyertai keluarga menghantar abangnya ke Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah merupakan petanda beliau pergi untuk selama-lamanya.Menurut ibunya, bagaimanapun arwah yang menuntut di Kolej Al-Quran Terengganu, Padang Midin, akhirnya bersetuju untuk ikut serta setelah dipujuk.“Saya menghubungi arwah dan mengajaknya ke Kuala Nerang menghantar abangnya itu. Arwah pada mulanya tidak mahu ikut kerana baru mula belajar selepas lama bercuti raya Aidilfitri.“Bagaimanapun, selepas dipujuk, arwah bersetuju dan menyuruh abangnya menjemputnya di kolej pada petang sebelum kejadian.“Saya tak sangka keengganannya mengikut kami sebenarnya isyarat arwah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.Kemalangan pada kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dipandu abang mangsa, Ahmad Balhaqi Fathi, 18, terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang telefon di tepi jalan.Ahmad Syaqiq yang tersepit di tempat duduk hadapan berjaya dibawa keluar penduduk kampung sebelum dia dan abangnya yang turut cedera, dikejarkan ke Hospital Dungun.Ahmad Syaqiq disahkan meninggal ketika mendapat rawatan di Hospital Dungun setelah terlibat di dalam kemalangan di Kilometer 64, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Rantau Abang, di sini semalam.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun turut menziarahi keluarga Allahyarham di Hospital Dungun."Semoga keluarga ini tabah menerima ketentuan Allah yang Maha Penyayang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang yang soleh," ujar beliau dengan nada sebak ketika ditemui.Dalam tumpuan sama, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
14 Jun 19
49
Empty Image
'Bandingkan Terengganu Dengan Kebersihan Di Jepun' - ADUN Tepoh
Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.MARANG, 14 Jun - Negeri Terengganu seharusnya mencontohi amalan kebersihan di negara Jepun yang menjadi sebutan masyarakat dunia.Ini kerana masyarakat bukan Islam Jepun menjuarai dan dicontohi dunia dalam amalan budaya tersebut berbanding amalan umat Islam hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sepatutnya amalan  kebersihan dipelopori oleh orang Islam kerana Nabi SAW sendiri menggalakkan amalan itu melalui sabdanya.Nabi SAW bersabda yang bermaksud setinggi-tinggi iman ialah kalimah 'La Ilaha Illallah' sementara serendah-rendah iman ialah membuang duri di jalanan.Katanya, Nabi juga bersabda yang bermaksud kebersihan itu sebahagian daripada iman.Bagaimanapun katanya, amalan menjaga kebersihan itu menjadi kebiasaan rakyat negara Jepun bukan  orang Islam di negara mereka.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.Katanya, dunia kagum dengan kebersihan yang menjadi amalan masyarakat Jepun walaupun bukan entiti Islam.Beliau berkata, kebersihan di Jepun tersebar luas melalui media sosial dan dikenali di seluruh dunia.Sepatutnya kata Hishamuddin, amalan berkenaan dipelopori oleh umat Islam bukan sebaliknya."Heboh di media sosial bahawa di negara Jepun ikan boleh di pelihara dalam longkang. "Ertinya, nak tengok tempat bersih pergi ke negara Jepun bukan pergi ke negara umat Islam," jelasnya.Justeru tambahnya amat jauh bezanya amalan menjaga kebersihan  antara orang Jepun jika dibandingkan dengan umat Islam sendiri.
14 Jun 19
202
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Urusan Bawa Pulang Jenazah Arwah Siti Patimah
Oleh: Saifullah JusohBESUT,  14 Jun-- Kerajaan negeri  menyumbang RM10,000 bagi membantu pengurusan membawa pulang jenazah arwah Siti Patimah Mohd Nor, 65, yang meninggal dunia di Australia baru-baru ini.Sumbangan ini disampaikan oleh Exco Kerajaan negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman, yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada keluarga arwah.Menurut Nurkhuzaini, sumbangan ini bagi meringankan beban ahli keluarga yang memerlukan kos yang tinggi  membawa pulang jenazah untuk disemadikan di Malaysia."Saya berharap agar urusan membawa pulang jenazah ke tanah air berjalan dengan lancar supaya arwah dapat dikebumikan dengan selamat," ujar beliau.Nurkhuzaini turut melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada kelurga arwah ketika menziarahi mereka di kediaman arwah di Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam.Turut sama menziarahi ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan ADUN Kuala Besut, YB Tengku Zaihan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusof.Siti Fatimah meninggal dunia di rumah anaknya kira-kira jam 2.59 petang waktu Australia (5.50 petang waktu tempatan) di Melbourne pada 11 Jun lepas.Sejak malam semalam, viral di laman sosial Facebook keluarga Zarina Abdul Ghani, 35, memohon bantuan dana daripada rakyat Malaysia untuk membawa pulang jenazah ibu mereka,Anak keempat daripada tujuh beradik  berkata, keluarganya terpaksa memohon bantuan orang ramai di Facebook untuk mengumpul wang bagi membawa pulang jenazah Siti Patimah, berikutan tidak mampu menampung kos yang mencecah AUD10,000 (RM31,000).Jelas Zarina, sehingga kini jasad ibunya disimpan sementara di The Coroners Court of Victoria, Melbourne sebelum dipindahkan ke Sydney dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia pada Rabu depan.Menurutnya lagi, jenazah ibunya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pagi Rabu  sebelum dibawa pulang ke rumah arwah di Kampung Lay Out Kuala Besut di sini.
14 Jun 19
53
Empty Image
Terengganu Antara Terendah Kes Kanak-Kanak Hilang
Dato' Allaudeen Abdul Majid.KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Bilangan kanak-kanak hilang berumur 18 tahun ke bawah yang dilaporkan sejak tahun 2010 hingga Mei lalu di seluruh negeri ini adalah 11 orang.Timbalan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, berdasarkan semakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu berkaitan laporan kanak-kanak hilang bagi tempoh 2015 sehingga Mei 2019, mendapati hanya dua orang sahaja kanak-kanak (perempuan) yang masih dilaporkan hilang.“Manakala baki sembilan orang yang dilaporkan hilang telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.“Hasil siasatan pihak polis, kesemua kanak-kanak yang dilaporkan hilang bagi tempoh tersebut  yang telah kembali ke pangkuan keluarga tidak melibatkan sebarang unsur atau elemen jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.Katanya, bagi tempoh 2010 hingga 2014, tiada kes kehilangan kanak-kanak  dilaporkan di Terengganu.“Terengganu merupakan antara negeri terendah bagi kes kanak-kanak hilang, bagaimanapun masyarakat negeri ini khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.  
13 Jun 19
1204
Empty Image
Akhirnya Fahmi Pergi Tinggalkan Kami Buat Selamanya
HULU TERENGGANU, 14 Jun - Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.00 petang  (8.00 malam waktu Malaysia) semalam.Pelajar Tahun Tiga Jurusan Syariah Islamiah di universiti itu dikejarkan ke hospital tersebut  dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Menurut ibunya, Norhayati Jusoh@Sidek, 51,  dia dan suaminya, Mhd Shukri Husin, 54, sepatutnya terbang ke Mesir pada Sabtu ini untuk menziarah anak mereka, namun Mohammad Fahmi terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka buat selamanya."Saya dapat perkhabaran itu dari sahabat arwah dan ketika mendengarnya terasa gelap dunia ini, rasa seolah-olah hilang segalanya."Rasa sedih yang amat sangat sebab tak sempat jumpa arwah buat kali terakhir namun kami sekeluarga redha dengan ketentuan Tuhan yang lebih menyayanginya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Bukit Perah, Ajil semalam.Arwah yang disifatkan seorang anak yang baik, banyak membaca al Quran, dan menghormati ibu bapanya dikebumikan di Mesir bagi menghormati keadaan dan tuntutan agama."Impian terakhir nak bawa balik jenazah ke sini tetapi atas sebab tuntutan agama lebih afdal kebumikan di sana, jadi kami redha."Rasa puas hati sebab cita-cita arwah dah tercapai nak belajar al Quran di Mesir dan lega sebab hasrat arwah dah tercapai,"katanya lagi.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata ibu bapa Allahyarham akan tetap diterbangkan ke sana dengan ditemani  beliau.Katanya lagi, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan segera RM20,000 untuk menampung kos penerbangan dan perbelanjaan mereka di sana nanti."Walaupun hasrat mereka menziarah Allahyarham di hospital tidak kesampaian namun kita tetap terbangkan mereka ke sana untuk menziarahi pusara arwah nanti," ujar Maliaman.
13 Jun 19
325
Empty Image
Caj Percuma Wad Kelas Ketiga : Kerajaan Negeri Masih Berunding Dengan KKM
Dr Alias RazakKUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk memastikan rakyat Terengganu  yang berpendapatan rendah mendapatkan rawatan percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya permohonan untuk melaksanakan program rawatan percuma itu dapat dilaksanakan secepat mungkin."Kami beberapa kali telah mengadakan rundingan dengan pihak Menteri Kesihatan Malaysia dan pihak KKM sendiri,  memohon agar memberi laluan kepada kerajaan negeri melaksanakan program tersebut."Namun ia masih tertangguh kerana sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berputus asa dalam usaha melaksanakan janji manifesto tersebut dan sedang berusaha gigih sehingga program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya," jelasnya.Bagaimanapun katanya tarikh baru untuk melaksanakan program tersebut masih belum ditetapkan sehingga kelulusan diperoleh dari pihak kementerian berkenaan.Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini bagi mengenal pasti kelewatan pelaksanaan caj percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu serta hospital di Dungun, Setiu, Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal mengharapkan agar pihak kementerian berkenaan membuka jalan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu demi meringankan beban rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah.Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk program tersebut sebanyak RM17 juta termasuk program Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada keluarga daripada golongan miskin.Peruntukan tersebut dinyatakan dalam ucapan Bajet 2019 oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini baru-baru ini.
13 Jun 19
98