lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tempoh Percubaan Drawbridge Berakhir
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Kuala Terengganu yang dibuka untuk percubaan pada 2 Jun lalu, telah ditutup tengah malam semalam.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, laluan jambatan itu akan ditutup dengan kon dan semua kenderaan tidak lagi dibenarkan melaluinya.“Apabila ditutup nanti kita akan tengok balik apa yang boleh dinaik taraf untuk keselesaan pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.Beliau berkata, setakat ini tarikh pembukaan jambatan tersebut secara rasmi belum ditetapkan lagi.Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat.Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini melibatkan Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.Jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem ‘signalling’ jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.Setelah tamat pengujian sistem, jambatan angkat akan ditutup semula mulai tengah malam ini bagi tujuan pentauliahan komponen lain projek itu.Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, nama rasmi jambatan itu baharu itu akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak.SUMBER: BERNAMA
16 Jun 19
729
Empty Image
Che Alias Hamid Tokoh Guru Sekolah DAR Terengganu 2019
Foto - Hishamuddin AbdullahKUALA TERENGGANU, 17 Jun - Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sekolah-sekolah DAR Terengganu bagi tahun 2019.Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman itu terpilih atas baktinya sebagai individu yang mengasaskan Sekolah Rendah Islam (SRI) Darul Taqwa sekitar 30 tahun lalu sekali gus menjadi mudir pertama sekolah berkenaan.Penghargaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Sekolah-sekolah DAR peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, kelmarin. Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ismail Osman.Majlis sambutan berkenaan diadakan bagi meraikan para guru yang memberi bakti dan jasa sepanjang penubuhan institusi pendidikan agama itu. Selain anugerah Tokoh Guru, seramai 26 guru turut menerima Anugerah Guru Cemerlang 2019.
16 Jun 19
367
Empty Image
12 ETA Anjur Program CSR Bersih Pantai Rantau Abang Terengganu
DUNGUN, 17 Jun - Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Fulbright (ETA)  buat julung kalinya  menganjurkan program berbentuk kesedaran marin, dengan harapan para pelajar akan lebih memahami serta prihatin terhadap langkah yang sepatutnya dijalankan demi menjaga spesis penyu ini dari terancam.Penyelaras Program, Cole Riggan dari North Carolina yang juga tenaga ETA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating berkata selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA juga menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris termasuklah projek khidmat masyarakat (CSR).Menurutnya, ilham untuk program CSR  ini datang apabila melihat bagaimana kepupusan penyu yang berlaku akibat pencemaran di sepanjang pantai yang merupakan habitat untuk binatang ini mendarat dan bertelur."Saya berpendapat penyu adalah ikon Terenggganu yang berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti dari manusia dan pencemaran alam sekitar termasuk pembuangan sampah."Inilah yang kami ingin tekankan dalam diri pelajar yang terlibat dalam program kali ini tentang menjaga alam sekitar agar kehidupan marin seperti penyu terpulihara,"ujarnya.Cole RigganDia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program CSR Konsevarsi  Penyu Dan Spesies Marin Terancam  di Rantau Abang, di sini semalam.Seramai 80 pelajar dari SMK Serating, Marang bersama 12 ETA iaitu dua dari Pahang menyertai program pembersihan itu bagi membantu memastikan pesisir pantai bersih dan selamat untuk kehidupan penyu.Mohammad Fathullah.Sementara itu, Pegawai Penyelidik Perikanan Bahagian Ketua Cawangan Spesies Marin Terancam, Mohammmad Fathullah Roslan berkata, antara ancaman utama terhadap kepupusan spesies tersebut adalah tahap sensitif penyu terhadap aktiviti yang dijalankan oleh manusia di lokasi-lokasi yang dikenal pasti menjadi pilihan reptilia itu mendarat.“Apa sahaja pergerakan objek di kawasan pendaratan dianggap sebagai gangguan dan ancaman oleh hidupan laut itu,” jelasnya.Katanya, dari semasa ke semasa, program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh FRI Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah serta Jabatan Perikanan.“Ini termasuklah usahasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut dijalankan oleh syarikat swasta, badan bukan kerajaan di Malaysia dan sekolah-sekolah yang terdapat di Terengganu," ujarnya.
16 Jun 19
878
Empty Image
Kemeriahan Aidilftri Di Bawah Satu Bumbung - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri yang diadakan di bawah satu bumbung di Dataran Shah bandar, di sini meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain menjimatkan masa dan tenaga, secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim khususnya di kalangan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri. “Sebelum ini setiap agensi kerajaan negeri mengadakan sambutan hari raya masing-masing tetapi untuk tahun-tahun akan datang ianya akan diadakan secara serentak sebegini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Katanya, sebanyak 23 agensi dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan kepada para pengunjung.Pada majlis yang bermula 10 pagi itu, tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai makanan termasuk kambing guling, ayam bakar, sate, nasi dagang, laksa, laksam, nasi gulai kawah, nasik minyak, apam balik, ketupat, lemang dan pelbagai masakan lain.
16 Jun 19
67
Empty Image
DUN Kuala Besut ‘Hidang’ 20 Kawah Gulai Sambut Raya
Ramai tetamu memenuhi majlis sambutan seawal pagi lagi.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 17 Jun - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyediakan 20 kawah gulai untuk dijamu kepada tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat DUN tersebut.Pegawai Penyelaras DUN, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira di atas sambutan penduduk setempat dalam majlis berkenaan."Alhamdulillah sambutan pada tahun ini meriah. Paling penting, saya berharap majlis ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara kita tidak kira parti atau pangkat."Saya juga ingin memohon maaf di atas kekurangan sepanjang ia berlangsung dan kami akan perbaiki lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) dalam majlis sambutan yang berlangsung di kediamannya, kelmarin. Kanak-kanak turut diraikan dengan duit raya.Di antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman dan Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh serta Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi.Bagi meraikan golongan kanak-kanak yang hadir, Azbi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.
16 Jun 19
45
Empty Image
Rakyat Rebut Kesempatan Swafoto Bersama MB Terengganu
Dr. Samsuri sentiasa jadi tumpuan rakyat.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Jun - Masyarakat yang berkunjung ke Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang semalam tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun terharu dengan kesudian tokoh berkenaan dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman menghadiri majlis tersebut."Kita lihat semua yang hadir tidak kira samada anak-anak, muslimin dan muslimat, malah ada di kalangan Pemuda dan Ameerah (PAS) mengambil kesempatan untuk bergambar  dan  berswafoto bersama beliau kerana rasa teruja dengan kebolehan dan keupayaannya mentadbir Negeri Terengganu.“Kehadirannya serta para pimpinan negeri benar-benar menambah seri majlis hari ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) usai majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Balai Raya Kampung Pulau Serai, di sini semalam.Dr. Samsuri dan isteri serta Alias turut beramah mesra dengan penduduk yang hadir.Hadir sama, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli; Pengarah UPDI, Mohd Soud Said serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat.Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi itu turut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat termasuk, wakil-wakil dari jabatan kerajaan dan pihak swasta, badan beruniform dan pengunjung luar negeri.Alias berharap majlis tersebut dapat dijadikan medan mengeratkan silaturahim dan saling kenal mengenal tanpa mengira fahaman politik.  petugas dari Jabatan Amal turut bergambar bersama pimpinan negeri."Ini majlis anak beranak bagi penduduk di sini. Mana yang lama tidak jumpa, dapat berjumpa dan bertegur sapa.“Lupakan segala sengketa dan anjurkan maaf-bermaafan kerana  kita inginkan hubungan yang kukuh kerana Allah dan Islam," pesannya mengingatkan hadirin.
16 Jun 19
50
Empty Image
'Jasa Ayah Tidak Mampu Dibalas' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Jun - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan Selamat Hari Bapa 2019 kepada semua bapa di Malaysia khususnya di Terengganu.Sempena sambutannya hari ini Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengimbau kembali ingatan kepada arwah ayahandanya sambil menyifatkan jasa bapa tidak terhitung dan tidak mampu dibalas."Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Peranan bapa amat penting dalam institusi keluarga sekaligus dalam memanifestasikan 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'."Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak terhitung dan tidak mampu dibalas. Ayah, hero terbaik buat semua. Al-fatihah buat ayahandaku," ujarnya.Beliau menyatakan demikian dalam status facebooknya hari ini.
16 Jun 19
291
Empty Image
Terengganu Biaya Penerbangan Ziarah Pusara Fahmi
KUALA TERENGGANU, 16 Jun - Kerajaan negeri membiayai kos penerbangan dan penginapan kedua ibu bapa Allahyarham Mohammad Fahmi Faizzudin ke Mesir.Ibu bapa Allahyarham iaitu Mhd Shukri Husin dan Norhayati Jusoh berangkat ke Mesir semalam untuk menziarahi pusara anak mereka di sana dan menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.Pemergian Mhd Shukri dan Norhayati turut diiringi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim dan wakil Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Ibrahim Deraman.Khamis lalu, pelajar tahun tiga jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al Azhar itu yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.00 petang (8.00 malam waktu Malaysia).Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf dikejarkan ke hospital tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Terdahulu, kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf yang berasal Kampung Bukit Perah, Ajil mula tular di media sosial kerana rayuan derma kilat apabila keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohd Fahmi setelah dia tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala.
16 Jun 19
85
Empty Image
16 Pemohon Terima Rumah PPTS Bukit Besi Di Majlis Hari Raya DUN
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 16 Jun - Hari Raya tahun ini membawa makna yang tersendiri kepada 16 pemohon Program Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS) apabila hajat mereka memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Pegawai Penyelaras DUN Berkenaan, Haji Ghazali Sulaiman berkata, penerima jangan merasa rendah diri, sebaliknya menjadikan pemberian dan anugerah dari kerajaan itu sebagai pemangkin semangat untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga."Tepis segala persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka yang mendiami rumah PPTS sekali gus berusahalah sehabis daya agar kehidupan di masa akan datang lebih baik," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas penyerahan replika kunci rumah PPTS di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Dataran Berbumbung Piramid, Lay Bay, Bukit Besi, kelmarin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Ghazali berkata, penduduk yang berusia 45 tahun ke atas termasuk ibu tunggal dipilih untuk menjadi penghuni rumah berkenaan."Di antara ciri lain yang diutamakan ialah ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan yang ramai dan benar-benar dari golongan termiskin di dalam DUN Bukit Besi," tambahnya.Menurut beliau, dengan kejayaan mereka menjadi penghuni PPTS, penerima rumah berkenaan tidak lagi layak memohon tanah bagi tapak rumah kediaman tetapi masih berpeluang untuk memiliki lot tanah pertanian.
15 Jun 19
534
Empty Image
Teruskan Bekerja, Jadikan Terengganu Negeri Terbaik
Ir Saiful AzmiOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN – Semua pihak harus memainkan peranan di lapangan masing-masing supaya negeri Terengganu terus maju ke hadapan sekaligus memberi banyak manfaat kepada rakyat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, gerak kerja pastinya akan lebih berkualiti setelah melalui tarbiah di bulan Ramadan dan Syawal."Saya berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan dalam mencapai cita-cita Negeri Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera."Sudah pasti, kita akan meneruskan kehidupan (dalam menerajui pemerintahan) bagi memastikan kerja kita (sentiasa) dalam rahmat-Nya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Aidilfitri peringkat Parlimen Kemaman 1440H/2019M di Dataran Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, di sini kelmarin.Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid, Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.Tambah beliau, berada dalam sambutan aidilfitri juga harus dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat bagi bermuhasabah dan menyusun kembali organisasi agar terus bergerak ke hadapan untuk mencapai cita-cita negeri maju."Dalam kesempatan ini juga, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Kemaman, khususnya sahabat-sahabat dari DUN Kemasik," tambahnya.
15 Jun 19
101