lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Rakyat Terengganu Perlu Bina Mentaliti Baharu
Pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu mewujudkan budaya 'lama' yang harmoni seperti gotong- royong - Dr. Azman.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 18 Jun – Rakyat Terengganu dinasihatkan agar membina mentaliti dan cara berfikir baharu serta memahami bahawa bukan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan peruntukan dan tender.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri terus komited berdepan dengan cabaran besar ini dan berusaha menyemarakkan semula budaya gotong-royong dalam masyarakat.“Bila tiada peruntukan, kita ‘pakat’ duduk termenung tidak boleh buat apa-apa. Kemana pergi budaya gotong-royong untuk selesaikan isu dan masalah yang bersangkutan dengan kepentingan kita bersama seperti cuci longkang dan parit kawasan padi?“Mari kita semarakkan semula budaya murni ini. Kita ajak jabatan dan orang kampung bersama-sama turun padang,’’ katanya ketika merasmikan Program Gotong-royong Komuniti di Skim Pengairan Kerandang Timur, di Kampung Bukit Tanah, dua hari lalu.Slot penerangan berkaitan petanian turut menjadi pengisian program.Turut serta, Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Yusof dan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara), Fatimah Hamid.Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, apabila menghadapi masalah keterbatasan  peruntukan, pimpinan masyarakat perlulah kreatif menyelesaikan masalah walaupun hasilnya tidak sempurna 100 peratus.  “Sering saya sebut, ada benda kita boleh selesaikan dengan tulang empat kerat, saling berganding bahu dibantu jentera daripada jabatan tanpa perlunya peruntukan. Apa yang penting, sebahagian daripada isu-isu besar dapat kita tangani.Berbincang, muafakat perlu disemarakkan dalam masyarakat.“Disebabkan hal ini, apabila timbul sesuatu permasalahan saya lebih suka melibatkan Ketua Tani, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) duduk berbincang dengan jabatan supaya masalah ini biar ‘jijok’ di bumi nyata,” katanya yang turut menyediakan makanan, minuman dan jentera pengorek-kaut (backhoe) bagi program berkenaan. Dr. Azman turut memaklumkan Besut dan setiu merupakan kawasan tumpuan utama jelapang padi yang berkeluasan lebih 5,000 hektar lebih akan ditingkatkan kepada 10,000 hektar dalam projek Ketara fasa dua.Projek tersebut juga dijangka akan turut melibatkan Skim Pengairan Kerandang Timur.
17 Jun 19
217
Empty Image
Pine Hill’s Garden, Tarikan Baharu Marang
Konsep kebun anggur yang dipadankan bersama rumah peranginan jadi tarikan.Oleh: Aslam WiraMARANG, 18 Jun - Pine Hill’s Garden yang mengetengahkan konsep ‘unique farming’ (pertanian unik) kini menjadi tarikan baharu di kalangan masyarakat setempat dan pengunjung luar ke daerah Marang.Terletak di puncak sebuah bukit berketinggian 200 kaki dari aras laut, ramai yang tidak menyangka kawasan berhampiran pesisir pantai Kelulut itu merupakan salah satu pusat tanaman anggur yang menarik.Pemiliknya, Mohammad Salleh Angullia Isa, 26, menterjemahkan hobi dan bakatnya dalam bercucuk tanam dengan cara unik iaitu mewujudkan kebun anggur dan rumah yang berkonsepkan penginapan peranginan di kediaman keluarganya, di Kampung Bukit Kemas.Mohammad Salleh Angullia.“Pada permulaannya, kerja-kerja ini hanya hobi semata-mata di mana dari sudut latar belakang pendidikan, saya tidak pernah terlibat dalam bidang agricultural.“Saya hanya belajar daripada laman Youtube, media sosial, daripada kawan-kawan dan kelompok petani sehingga hobi tersebut berhasil menjadi pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di lokasi tersebut, semalam.Mohammad Salleh mengusahakan tanaman itu sejak dua tahun lalu setelah tanah tersebut diteroka oleh keluarganya. “Sebenarnya, tanaman anggur ini belum lagi dikomersialkan di mana-mana, tetapi saya juga terkejut ia tiba-tiba tular di media sosial pada awal Syawal lalu,” tambahnya.Menurutnya, baka dan benih tanaman yang diusahakan berasal dari lebih lima buah negara antaranya dari Amerika Syarikat, Perancis, Brazil, dan Ukraine.Selain daripada buah anggur, Salleh juga pernah mengusahakan tanaman lain seperti strawberi, terung, tomato, lada dan lemon.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kemas, Wira Zahid menyokong usaha yang dilakukan anak muda kampung berkenaan.“Kini, kebun anggur miliknya itu menjadi tarikan orang ramai untuk melawat dan bergambar. Selain konsep kebunnya yang unik, persekitaran dan permandangannya yang berlatar belakang pulau kapas serta laut juga sangat mengagumkan.“Sejak kebelakangan ini juga, ramai orang dari luar kampung ini termasuk dari negeri lain ada masuk ke kampung bertanyakan tentang kebun tersebut," katanya.
17 Jun 19
3797
Empty Image
Klinik Kesihatan Marang Baharu Mula Operasi
Oleh: Aziz HambaliFoto: Khairan Asmawi MARANG, 18 Jun- Klinik Kesihatan Marang baharu menggantikan bangunan lama, mula beroperasi semalam.Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusuf menyifatkan Klinik Kesihatan Marang yang baharu ibarat 'bersalin kulit' kerana bangunan lama tidak lagi digunakan.Katanya, kini komuniti daerah itu boleh menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan klinik berkenaan yang terletak di Kampung Kijing dengan lebih selesa.Beliau berkata, meskipun kerajaan Negeri Terengganu yang ditadbir oleh kerajaan PAS berbeza dengan kerajaan pusat yang dikuasai Pakatan Harapan (PH), namun hasil kerjasama yang baik kedua-duanya menatijahkan manfaat buat rakyat."Segalanya untuk rakyat. Kerajaan Terengganu meraikan dengan baik usaha Kementerian Kesihatan dan alhamdulillah bangunan klinik ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Rakyat bukan sahaja dapat klinik baharu, tetapi peralatan juga baharu dan canggih malah kakitangan juga akan ditambah dari semasa ke semasa."Terima kasih buat semua yang terlibat dalam pembinaan dan pengurusan klinik ini terutama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Klinik Kesihatan Marang, semalam.Majlis pelancaran perkhidmatan Klinik Kesihatan Marang telah disempurnakan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh.Turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Sementara itu, salah seorang Medical and Health Officer (MHO) Klinik Kesihatan, Farhan Ali, 33, ketika ditemui berkata, dengan wujudnya Klinik Kesihatan Marang keadaan bangunan baharu, prasarana dan suasana yang kondusif ini, dapatlah membantu pesakit dan pekerja di klinik ini menikmati kemudahan tersebut."Lebih-lebih lagi, jika di klinik lama dahulu kita memiliki ruang ‘parking’ yang sempit ianya amat menyusahkan sehinggakan ada pesakit yang terpaksa ‘parking’ di hadapan Masjid Sultanah Nur Zahirah berdekatan dengan klinik tersebut," ujarnya.
17 Jun 19
917
Empty Image
Mangsa Ribut Di DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Jun- Beberapa orang mangsa ribut baru-baru ini  mendapat bantuan segera daripada  Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh memberi bantuan segera kepada beberapa buah rumah yang tercabut atap dan bocor  di  Kampung Pachakan, Kampung Kayu Kelat, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Bayu dan Kampung Alor Teratai."Saya berharap mangsa yang terlibat dapat bersabar di atas musibah yang menimpa mereka ini."Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan sedaya upaya membantu apa yang termampu bagi meringankan beban mangsa ribut ini supaya rumah mereka dapat dibaik pulih dengan baik", ujar beliau ketika melawat rumah-rumah mangsa turut melahirkan rasa simpati di atas musibah yang menimpa mereka.Turut hadir ketika melawat rumah-rumah tersebut ialah wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil daripada Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.Azbi berkata, bantuan segera ini ialah bagi menampung kos membaik pulih atap-atap yang bocor agar rumah mereka dapat diduduki dengan segera.
17 Jun 19
121
Empty Image
Gabungan Dua Majlis Di Paka Tarik Perhatian Ramai
 Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 18 Jun - Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan negeri (DUN) Paka dan Majlis Kesyukuran Perkahwinan secara serentak memberikan satu kelainan dalam program kali ini dan berjaya menarik perhatian pengunjung.Penyelia Institut Modal Insan (i-Mits)  Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata suasana sambutan raya kali ini lebih besar berbanding tahun yang lepas.“Setinggi syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana kita dapat menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Paka dan dianjurkan juga Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan puteri  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Sarah Najwa  Satiful Bahri dengan pasangannya Muhammad Wirdan Shahidan.“Kita dapat lihat kiri dan kanan terdapat dua ‘photobooth’, yang mana satu untuk Aidilftri dan satu untuk majlis kesyukuran yang dapat menarik lebih ramai penduduk Paka,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftri DUN Paka di Dataran PGU, Paka semalam.Menurutnya, dengan adanya majlis ini sekaligus dapat mempertemukan semua penduduk masyarakat berada dalam kawasan Paka. Selain itu, penglibatan dalam penganjuran pada kali ini juga dapat membuktikan satu kombinasi yang menarik dan cemerlang daripada setiap cawangan yang memberikan kerjasama bagi menjayakan hari bersejarah ini.“Kita berharap gabungan setiap cawangan ini terus subur sampai bila - bila supaya keeratan ini akan mewujudkan kekuatan sesama masyarakat dalam era untuk mempertahankan kemenangan,”katanya lagi.Sementara itu, Penasihat program, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada panitia program, cawangan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Muslimat dan Pemuda PAS DUN Paka serta individu yang terlibat kerana menjayakan program ini.“Kepada tetamu yang berkesempatan hadir dari Menteri Besar Terengganu hingga seluruh warga Paka yang sudi hadir memeriahkan majlis semoga Allah memberi ganjaran yang baik,” katanya.
17 Jun 19
297
Empty Image
MPKK DUN Bukit Besi Antara Terawal Dapat Geran KPLB
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 18 Jun- Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menjadi salah satu kawasan terawal mendapat geran dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).Pegawai Penyelaras DUN Berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, ia telah disahkan oleh Pejabat Daerah Dungun yang mana 23 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari DUN Bukit Besi telah bertungkus lumus menyiapkan profail kampung  bagi menyiapkan geran berkenaan demi kemajuan dan kesejahteraan kepada kampung. "Dari 23 MPKK yang kita ada, 17 telah diluluskan dan  layak menerima geran berkenaan sebanyak RM10,000."Ini menjadi petanda positif bahawa MPKK yang dilantik benar-benar serius berusaha bagi mendapatkan peruntukan berkenaan untuk membawa kesejahteraan kepada penduduk," jelasnya.Beliau berkata demikian ditemui pemberita, pada Majlis Pelancaran Projek Geran KPLB, Gotong Royong Komuniti 2019, di Perkarangan Masjid Kampung Talong, baru-baru ini.Turut hadir pada program berkenaan ialah Penghulu Mukim Besol, Yulande Che Mohd, Pengerusi MPKK Kampung Talong, Yusoff Hassan, Setiausaha MPKK Talong, Muhammar Fauzi Abdullah. Menurut Ghazali, geran berkenaan amat penting untuk disiapkan kerana peruntukan sebanyak RM 10,000 dapat membantu MPKK merencanakan projek berskala besar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti didalam sesebuah kampung."Kerana itu saya cadangkan buatlah sesuatu yang memberi kesan jangka panjang dan mampu memberi impak yang positif kepada penduduk setempat," ujarnya.Sehubungan itu, mengulas mengenai projek gotong royong  yang bakal dilakukan oleh MPKK Kampung Talong, setiausahanya, Muhammad Fauzi Abdullah berkata kertas kerjanya diterima disebabkan projek yang bakal dijayakannya itu akan memberi kesan jangka masa yang panjang."Dengan peruntukan yang diberikan melalui KPLB itu, kita akan melakukan beberapa perkara disamping memupuk ukhwah dan semangat kerjasama melalui gotong royong iaitu kita akan membuat papan tanda jalan dan lorong didalam kampung." Jalan dan lorong berkenaan kita akan namakan dengan nama bunga-bungaan, juga akan meletakkan tanda-tanda peringatan kepada Allah dengan memaparkan zikir-zikir," jelasnya.
17 Jun 19
65
Empty Image
Terengganu Bakal Lahirkan 70 Usahawan Perintis Pertama U-GATES Dan U-BES
Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada beberapa orang usahawan di Majlis Ramah Mesra Raya YPU.KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal melahirkan kira-kira 70 orang usahawan perintis pertama Program Usahawan Graduan Sejahtera (U-GATES) dan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dari jumlah itu, 40 orang usahawan menyertai program U-GATES manakala selebihnya (30 orang) untuk program U-BES.Katanya, mereka sedang menjalani kursus keusahawanan anjuran YPU dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama setahun bermula April lalu yang diadakan di Kuala Lumpur."Kerajaan negeri menggunakan peruntukan kira-kira RM500 ribu untuk membiayai program U-GATES manakala peruntukan tidak kurang dari RM100 ribu lagi untuk program U-Bes tahun ini," jelasnya. Katanya, setiap peserta U-GATES diberi elauan sebanyak RM1,000 sebulan sebagai bantuan sara hidup selama mereka menyertai kursus tersebut.Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Tambahnya, mereka juga akan diberi geran sebanyak RM5,000 seorang untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Mesra Raya U-GATES dan U-BES bersama Exco Kerajaan Negeri itu di Dewan Serba Guna YPU, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Anuar Awang dan Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Tengku Ahmad Shabirin Awalludin.Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, peserta U-GATES terdiri daripada graduan universiti manakala peserta U-BES terdiri daripada belia berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan."Ada di kalangan mereka sudah pun mengorak langkah dalam pelbagai bidang usahawan termasuk perniagaan secara dalam talian, bidang penternakan, kulinari dan lain-lain," ujarnya.Menurutnya, mereka adalah yang terpilih dari kalangan kira-kira 1,000 orang pemohon untuk menyertai program berkenaan."Mereka adalah insan yang bertuah kerana terpilih menyertai program tersebut dan diharapkan mereka berjaya menjadi usahawan perintis program itu sebaik sahaja tamat kursus itu nanti," jelasnya.Dalam ucapan Belanjawan 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  menjelaskan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk latihan keusahawanan, modal perniagaan dan pemantauan prestasi peserta untuk program U-GATES manakala RM2 juta lagi untuk dana U-BES.
17 Jun 19
468
Empty Image
Kerajaan Negeri Tambah Baik Laluan ‘Pantai Miami’ - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Kerajaan negeri akan menambah baik laluan di sepanjang Jalan Ketapang Pantai Baru bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung.Laluan yang menghala ke Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ itu merupakan pusat rekreasi baharu mirip Pantai Miami di Florida yang mendapat perhatian pengunjung termasuk dari luar sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sejak laluan terbabit dibuka serentak dengan Jambatan Angkat untuk tempoh percubaan, pihaknya mendapati banyak perkara yang perlu diperbaiki.“Saya sudah maklumkan kepada agensi berkenaan, dalam tempoh penutupan ini kita akan duduk dan bincang balik apa yang boleh kita tambah baik.“Sebab kita tahu, laluan yang cantik itu orang akan berhenti untuk mengambil gambar, kita akan melihat balik perkara ini dan mungkin ada penambahbaikan seperti tempat khusus untuk berhenti dan juga lampu isyarat di kawasan berkenaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Sebelum ini, timbul rungutan daripada beberapa pihak  apabila keindahan pantai peranginan itu dicemari dengan sikap mementingkan diri pengunjung yang boleh dilihat dengan ketara ketika meletakkan kenderaan di kawasan itu.Laluan khas disediakan kepada penunggang basikal dan pejalan kaki digunakan untuk meletakkan kenderaan sekali gus mampu mengundang bahaya kepada pengguna lain.Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, sukar baginya untuk mengubah sikap pengunjung yang berhenti di tempat yang tidak dibenarkan.“Apabila Jambatan Angkat itu dibuka secara rasmi nanti, kita akan melakukan penguatkuasaan lebih baik di sepanjang laluan itu,” katanya.
17 Jun 19
856
Empty Image
Pasar Payang 2 Sudah Sedia Beroperasi - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Pasar Payang 2 yang menjadi lokasi sementara bagi peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) sudah sedia untuk digunakan bagi tujuan urus niaga.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tarikh operasi sebenar akan diputuskan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan.“Semuanya sudah sedia, cuma tunggu tarikh untuk kita maklumkan.“Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa mana-mana bangunan yang dibina ada tempoh kecacatan, kalau ada apa-apa kecacatan kita akan tambah baik dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai isu Pasar Payang 2 pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Sebelum ini, kerajaan negeri menangguhkan tarikh pemindahan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ke pasar sementara iaitu Pasar Payang 2 yang pada asalnya dijadualkan April lalu kepada selepas Hari Raya Aidilfitri.Penangguhan itu dibuat ekoran rayuan para peniaga meminta pertimbangan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menunda tarikh pemindahan untuk menjalankan urus niaga di tapak asal.Difahamkan, ‘pemindahan sementara’ peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.
17 Jun 19
135
Empty Image
Pencuci Masjid Bukit Besi Terharu Dapat Rumah PPTS
Rumah Terengganu-ku Sejahtera.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 17 Jun - Hasrat seorang pencuci di Masjid Bukit Besi untuk memiliki rumah kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila permohonannya dalam Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) diluluskan dan sedia untuk diduduki. Norasimah Hasani, 45, berkata, sudah berbelas tahun dia menyimpan keinginan dan cita-cita tersebut yang akhirnya berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri pada tahun ini."Telah lama juga saya memohon kediaman PPTS ini, kerana tidak mampu nak beli rumah sendiri."Saya hanya bekerja sebagai tukang cuci masjid dan juga sebagai pencuci di Universiti Teknologi Malaysia (UITM) cawangan Bukit Besi serta tukang susun kayu di kilang papan Pesaka Terengganu Berhad (PTB) secara kontrak," jelasnya.Norasimah berkata demikian ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci rumah berkenaan, di Kampung Besol, di sini semalam.Sebelum ini, dia bersama suaminya, Nordin Md hanafiah, 46, tinggal di rumah Berek PESAKA bersama lima orang anaknya atas dasar ihsan oleh pihak persatuan tersebut.Norasimah Hasani berjaya memiliki rumah sendiri setelah menanti berbelas tahun.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, lima daripada 11 penerima rumah PPTS Kampung Besol selain Norasimah adalah pekerja kilang papan yang tinggal dalam kedaifan."Daripada senarai yang mendapat rumah berkenaan terdapat mereka yang telah berbelas tahun memohon projek perumahan itu."Tentang penerimaan rumah ini, ia bukanlah boleh diberikan begitu sahaja sebaliknya perlu menetapi syarat yang telah diberikan," jelasnya.Tambahnya rumah berkenaan tidak boleh diwarisi kepada ahli keluarga yang lain termasuk anak-anak."Kita berharap segala yang termaktub didalam perjanjian telah dibaca oleh penerima serta difahami dengan jelas."Selain itu jalan di hadapan rumah ini, akan dinaiktaraf oleh Majlis Daerah Dungun termasuk diturap untuk memberi lebih keselesaan kepada mereka," jelas Ghazali.Terdahulu, seramai 16 orang penerima Rumah PPTS, yang melibatkan 11 buah rumah PPTS di Kampung Besol Bukit Besi, lima unit rumah PPTS di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) menerima replika kunci rumah berkenaan.Ghazali Sulaiman meninjau keadaan rumah sebelum diduduki oleh penerima yang layak
17 Jun 19
1224