Artikel "Semasa" Terkini
Muktamar PAS : ‘Demi Islam’ Kesinambungan Prinsip Perlembagaan Parti
Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUANTAN, 19 Jun - Dewan Pemuda PAS Malaysia mengangkat ‘Demi Islam’ sebagai tema muktamarnya kali ini bertujuan mengajak anak muda kembali semula kepada prinsip dan teras perjuangan PAS.Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia juga menjadi prinsip utama kepada kesepakatan yang telah dan akan diwujudkan pada masa hadapan.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Muktamar itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan lebih 100 tetamu jemputan khas termasuk wakil-wakil kedutaan asing.Seorang pemimpin Jabatan Amal Terengganu menerima anugerah dari Muhammad Khalil (kanan) diperhatikan oleh Datuk Tuan Ibrahim (tengah).Katanya, sejarah politik PAS penuh warna warni dan melalui jalan penuh ranjau.“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa PAS adalah parti politik di dalam Malaysia yang paling dinamik dan berani dalam memutuskan sesuatu berdasarkan prinsip.“PAS pernah bersama dengan UMNO dan pernah juga berseteru degan UMNO. PAS pernah berpatah arang, berkerat rotan dengan DAP, PAS juga pernah bersahabat dengan DAP.“PAS juga pernah berkawan dengan PKR dan PAS tidak ragu-ragu memutuskan hubungan dengan PKR,” jelas beliau.Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, dalam semua tindakan ini, ada ahli yang menerima dengan patuh dan taat, ada yang tidak bersetuju.Katanya, apa yang lebih penting, setiap tindakan yang PAS lakukan sepanjang sejarah politiknya sama ada bertahalluf atau berta’awun didasarkan kepada prinsip utama yang digariskan dalam perlembagaan parti iaitu demi mempertahankan Islam.
19 Jun 19
206
11 Kediaman Terjejas Ribut Di Besut
KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Hujan lebat dan angin kencang serta ribut yang melanda daerah Besut petang semalam mengakibatkan 11 rumah terjejas.Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebanyak empat buah rumah rosak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Jeruk, Kampung Bukit Tanah dan Kampung Nibong.Manakala, di DUN Jerteh, tiga buah rumah rosak di Kampung Kubang Bembam, serta sebuah rumah terjejas masing-masing di Kampung Padang Luas Dalam, Kampung Pak Da Malik dan Berhala Tambun Nyiur 7.Kawasan terakhir yang disahkan terjejas ialah DUN Kota Putera dengan sebuah rumah rosak di Pekan Sari Tembila.Menurut sekretariat JPBD Besut, tiada sebarang kemalangan jiwa akibat bencana tersebut.
19 Jun 19
128
Terengganu Taja Lima Pelajar Ke Makkah Sertai Daurah Talaqi Al-Quran
Lima pelajar yang terpilih sertai Daurah Talaqqi di Makkah.KUALA NERUS, 19 Jun - Kerajaan Terengganu menghantar lima pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Agama Negeri menyertai Daurah Talaqi Al-Quran di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.Lima pelajar tersebut ialah Syed Muhamad Harith Syed Othman dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ahmad Mohd Said (Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu), Muhammad Danial Aiman Mohd Sukri (Maahad Darul Bayan, Paka), Almunzir Mohd Hanafiah (Maahad Darul Quran, Rusila) dan Fakhrurazi Yahya (Maahad Darul Ansar, Kuala Berang).Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid memaklumkan, program itu merupakan projek perintis untuk memberi peluang kepada anak-anak negeri mengutip ilmu secara langsung daripada pakar-pakar al-Quran di sana.Muhyiddin (kanan) dan Mohd Zaini memberikan maklumat berkaitan perjalanan dan kos program.“Dalam lawatan kerja Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat ke Arab Saudi tahun lalu, satu persetujuan telah dicapai untuk menghantar anak-anak Terengganu menyertai program ini bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang al-Quran.“Jadi, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (JHEAT) telah memilih lima pelajar sekolah terbaik hafazan al-Quran dalam Terengganu dan mengadakan ujian pemilihan program ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam Majlis Pelepasan Pelajar Daurah Talaqi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, di sini semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) JHEAT, Lothman Awang dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah. Dalam perkembangan sama, Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Zaini Mohd Nor memaklumkan, program tersebut mendapat tajaan keseluruhan sebanyak RM 37,500 khusus daripada Menteri Besar.“Insya-Allah, program ini akan berterusan. Kita juga dalam perancangan untuk menghantar para imam berkursus di sana, dijangkakan bermula pada tahun hadapan,” katanya.Daurah Talaqqi telah disertai oleh hampir 20,000 peserta dari 127 negara dari pelusuk dunia. Kelima-lima pelajar terbabit akan ditemani Penolong Pesuruhjaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar Pusat Bahasa Arab Terengganu JHEAT, Mohd Rozman Awang yang bertindak sebagai pegawai pengiring.Mereka memulakan perjalanan program Daurah Talaqi pagi ini ke Jeddah dan menyertai daurah yang diuruskan pihak pengurusan Maqraah Al-Haramain, Masjidil Haram sehingga 12 Julai 2019.Rombongan daripada SMASZA turut hadir memberi semangat kepada peserta daurah.
18 Jun 19
655
Doktor Pakar Ditempatkan Di Klinik Kesihatan Marang
Oleh: Aslam Wira Foto: Khairan Mat JusohMARANG, 19 Jun – Seramai 13 orang doktor dan seorang pakar ditempatkan di Klinik Kesihatan Marang baharu bagi memastikan tahap perkhidmatan kesihatan terbaik dapat ditawarkan kepada orang ramai.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, Klinik Kesihatan Marang setinggi dua tingkat yang mula operasi 16 Jun itu turut dilengkapi kemudahan klinik pesakit luar, klinik ibu dan kanak-kanak, klinik pergigian, perkhidmatan kesihatan untuk sekolah bantuan kerajaan, perkhidmatan kawalan vektor dan klinik kecemasan di samping menempatkan kuarters dua tingkat.Katanya, ia direka bentuk bagi memberi kemudahan dan keselesaan termasuk menyediakan lif dengan keupayàan menampung sehingga 300 pesakit dalam sehari.“Saya mengalu-alukan pesakit dan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan di klinik kesihatan ini bagi memastikan penjagaan kesihatan yang baik dapat kita teruskan pada masa-masa akan datang.“Unit pergigian turut dinaiktaraf dengan penambahan peralatan dan mungkin akan dimasukkan khidmat seorang pakar pada masa akan datang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Klinik Kesihatan Marang dan Majlis Sambutan Aidilfitri KESUKSES Cawangan Marang di perkarangan Klinik Kesihatan Marang, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Katanya, klinik kesihatan tersebut dibina pada 2016 dan siap pada April 2019 dengan kos lebih RM17 juta, ianya dinaik taraf daripada klinik kesihatan lama yang telah menawarkan 60 tahun perkhidmatan.“Di klinik kesihatan baru ini, kita juga menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur yang lebih baik seperti x-ray di mana klinik lama sebelum ini tidak mempunyai perkhidmatan tersebut,” ujarnya.
18 Jun 19
1191
13 Gulai Kawah Rai Pengunjung Rumah Terbuka DUN Jabi
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 19 Jun – Tiga belas kawah gulai lembu yang disediakan ‘ngam-ngam’(cukup) apabila mendapat sambutan luar biasa dari pengunjung di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri(DUN) Jabi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Tindakan Dun, Pemuda, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Unit Amal, Muslimat, Ameerah dan penduduk kampung yang sangat berdedikasi bertungkus-lumus diperingkat masing-masing. Katanya, kemeriahan sambutan Rumah Terbuka ini hasil gabungan kerjasama jentera kerajaan dan parti dengan semangat gotong-royong samada persiapan tempat, penyediaan makanan dan sebagainya.“ Matlamat Rumah Terbuka Aidilfitri bukan hanya makan dan berapa jenis juadah yang disediakan malah kita ingin menyemarakkan semangat kerjasama, silaturrahim, peluang jumpa mata dan memupuk rasa bersama antara kita.“ Majlis Jabi biasa-biasa saja, tidak hebat apa dengan menu utama gulai kawah, ketupat tapai sahaja yang dibuat secara bergotong-royong dari sedia tempat, bungkus ketupat tapai, sembelih lembu, potong daging, gulai kawah, tanak nasi. Hanya beli barang-barang lepas itu pakat-pakat buat dalam kuantiti kena banyok sebab rakyat kita ramai dan Alhamdulillah, semua yang hadir dapat makan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Jabi di Kampung Bukit Tanah, Jabi, sabtu lalu.Turut hadir Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Exco Kerajaan Negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman, Ahli Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor, Penyelaras Langkap, Azmi Maarof dan Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Sazali Mohd Noor.Azman turut berterima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir dan memohon maaf di atas sedikit sebanyak kekurangan sepanjang perjalanan majlis tersebut. “ Mohon maaf atas sebarang kekurangan dan tentu sekali ambe(saya) tidak sempat bersalaman semua. Kira kita sebarkan salam di alam maya dan sekali lagi terima kasih semua,” ujar beliau.
18 Jun 19
389
5,000 Meriahkan Rumah Terbuka DUN Chukai
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN,19 Jun - Hampir 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Pekarangan Bangunan Tabung Haji Chukai baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, majlis jamuan aidilfitri terbuka itu telah menjadi rutin tahunan.Katanya, pelbagai agensi yang hadir ke majlis yang bermula jam 10 pagi itu.“Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, tapai, nasi minyak, gulai daging, ayam golek, sate, ais krim, dan pelbagai aneka kuih raya.“Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah turut disediakan duit raya,” ujarnya.Hanafiah berkata, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan photo booth "Raya 2019 Snap Contest" bagi peserta yang mendapatk ‘like’ paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
18 Jun 19
36
Belia Perlu Manfaatkan Masa Lapang - Azbi Salleh
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 19 Jun - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihatkan golongan belia agar memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Ini kerana katanya, ada sesetengah anak muda pada hari ini lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain 'video game' dan berlumba haram.Justeru itu jelasnya, anak muda perlu bijak mengatur langkah sekali gus memanfaatkan masa terluang agar ianya memberi kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga agama.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kampung Lampu dan Beris Lampu di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Beris Lampu di sini baru-baru ini.Katanya, anak muda boleh bersosial tetapi dalam lingkungan batas syariat."Dalam kita bermain dan berhibur, kita wajib melakukan perkara yang disuruh oleh agama dan meninggalkan perkara yang dilarang."Pemakaian dan adab pergaulan kita perlulah menitikberatkan soal dosa dan pahala agar kita tidak terlibat dengan maksiat," ujar beliau.Sementara itu, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu telah dimenangi oleh pasukan Kampung Alor Teratai dengan menewaskan pasukan Beris Lampu.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lampu, Wan Saidi Said dan Pengerusi MPKK Kampung Lampu, Zulkeple Wahab.
18 Jun 19
160
Tangani Krisis Perubahan Iklim Dan Sumber Semula Jadi Benua - Titah Sultan Mizan
Sultan Mizan prihatin masalah perubahan iklim yang turut menjejaskan rakyat Malaysia.SERDANG, 19 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar semua cendekiawan berusaha menangani krisis perubahan iklim dan sumber semula jadi di serantau daripada semakin membarah.Baginda bertitah, krisis tersebut juga turut memberi kesan kepada Malaysia apabila persekitaran dan cuaca negara menjadi semakin panas.Jelas baginda, keadaan itu sekali gus menjejaskan keseimbangan alam dan kehidupan rakyat Malaysia termasuk dalam bidang sosio-ekonomi dan kesihatan."Atas sebab itu, kita tiada pilihan untuk tidak ambil peduli tentang masalah (perubahan iklim) yang melanda kita dan benua serantau."Inilah cara dan masa terbaik bagi kita bersama-sama melindungi dan memelihara persekitaran serta ekosistem serantau sebelum masalah bertambah teruk," titah Sultan Mizan di hadapan 1,000 penyelidik serta saintis dalam dan luar negara.Sultan Mizan bertitah semasa berkenan merasmikan Majlis Pembukaan Seminar Antarabangsa Antartika Malaysia Kali Kelapan (MISA8) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.Penyampaian geran penyelidikan YPASM.Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda ialah Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Persekitaran dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya dan Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris.Hadir sama, Setiausaha MESTECC, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahya serta Pengarah Pusat Kajian Benua, Universiti Victoria New Zealand, Profesor Timothy Naish.Baginda yang juga Penaung Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) mengharapkan tindakan terhadap isu perubahan iklim tersebut turut diambil di setiap peringkat dasar pentadbiran negara.Tambah Sultan Mizan, YPASM juga komited membantu menyelesaikan masalah itu dengan memberikan dana kepada saintis Malaysia untuk mencari solusi terbaik dalam masalah tersebut."Beta juga gembira, sejak penubuhan YPASM, yayasan ini telah menyumbangkan peruntukan geran bernilai RM4.3 juta kepada saintis Malaysia untuk menyelamatkan dunia ini."Malaysia telah berkembang dengan cemerlang dalam bidang Sains, dan beta mengucapkan tahniah kepada semua saintis daripada pelbagai univesiti Malaysia yang membantu masyarakat dunia menghadapi masalah ini," tambah baginda.Timothy Naish.Dalam majlis itu, baginda berkenan menyampaikan geran penyelidikan YPASM 2019 yang bernilai RM150,000 kepada beberapa saintis.Program MISA8 yang bermula hari ini akan berakhir pada 20 Jun nanti bertujuan untuk berkongsi dan berbincang tentang pelbagai isu alam sekitar yang berlaku sesuai dengan tema 'Polar Regions in the Global Climate System'.
18 Jun 19
297
Terengganu Bantu Suarakan Nasib Marawi
Dari kanan, Wan Sukairi, Hussin dan Misbahul Munir.KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Kerajaan Terengganu bersetuju menyediakan ruang dan fasiliti bagi menjayakan International Conference on Marawi yang akan berlangsung pada 19 sehingga 21 Julai ini di Duyong Marina & Resort.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri melihat keperluan untuk mengangkat isu Marawi yang musnah gara-gara perperangan pada tahun 2017 memandangkan 99 peratus penduduknya merupakan masyarakat Muslim.“Kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan pihak Yayasan Amal Malaysia (YAM) dengan menyediakan tempat untuk NGO mencari solusi bagi memberi sinar atas tragedi yang menimpa saudara-saudara kita di Marawi.“Ini kerana ia merupakan isu yang berkait tentang umat Islam dan kemanusiaan. Kita tidak masuk campur dalam isu berkaitan politik di sana, kita hanya sentuh isu kebajikan dan umat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media sempena program tersebut di Kediaman Seri Iman, semalam.Turut serta, Pengarah Pusat Dakwah Serantau YAM, Mohd Misbahul Munir Masduki.Sementara itu, Wan Sukairi yang juga salah seorang pengerusi bersama jawatankuasa penganjur di samping Dr. Safrullah M. Dipatuan dan Presiden YAM, Hussin Ismail melihat langkah itu sebagai usaha mengetengahkan isu Marawi.“Kita mahu masyarakat Terengganu, dalam negara dan dunia tahu serta mengambil langkah membantu mereka sebagaimana isu Palestin, Syria dan negara-negara lain."Seperti kita menangani isu lain dengan serius, maka isu ini tidak boleh dikesampingkan dan perlu diberi penekanan,” tambahnya.Dalam pada itu, Hussin memaklumkan, persidangan itu diadakan bagi mengangkat isu kebajikan rakyat Marawi di samping menarik sokongan antarabangsa untuk membantu.“Alhamdulillah, kita mendapat kerjasama daripada Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dan International Federation For Relief & Development (IFRD) untuk menjayakan persidangan ini.“Lapan kertas kerja akan dibentangkan, antaranya daripada mantan Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Penasihat YAM, Tan Sri Khalid Ibrahim dan daripada United Nation-Geneva (UN),” katanya.Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas kesudian memberikan ruang dalam memperjuangkan nasib rakyat Marawi.Untuk rekod, tragedi Marawi yang berlaku pada tahun 2017 telah menyebabkan 200,000 penduduknya diarah keluar sehelai sepinggang dan tidak dibenarkan pulang.Ia berlarutan sehingga hari ini menyebabkan wilayah itu lumpuh sepenuhnya serta para penduduk kehilangan tempat tinggal, harta benda dan berdepan situasi genting sehingga kini.YAM mengambil langkah untuk mengetengahkan isu ini sebagaimana mereka mengetengahkan isu Rohingya sebelum ia mendapat perhatian antarabangsa.
18 Jun 19
36
RM200 Ribu Peruntukan Baiki Rumah DUN Ladang
Dato' Tengku Hassan (kiri) meninjau sebuah rumah penduduk miskin di DUN Ladang.KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM200 ribu untuk program 'Rumah Peduli Rakyat' bagi membaiki 20 buah rumah rakyat berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, dari jumlah itu sebanyak enam buah rumah keluarga berpendapatan rendah itu berjaya dibaiki sebelum menjelang 1 Syawal Aidilfitri baru-baru ini.Rumah yang siap dibina itu termasuk tiga buah dari Kampung Masjid Haji Kadir, Gong Kapas (dua) dan Sri Tanjung (sebuah).Katanya, baki sebanyak 14 buah rumah lagi akan dibaiki tidak lama lagi.Ketika dihubungi berkata, setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM10 ribu dan kerja baikpulih kerosakan rumah berkenaan dikendalikan oleh enam orang kontraktor.Kos itu katanya dikeluarkan dari peruntukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."Baiki rumah itu percuma sahaja khusus untuk mereka yang miskin dan tidak mampu untuk baik pulih rumah yang telah rosak. Penghuni dari enam buah rumah tersebut sempat berhari raya aidilfitri dalam keadaan rumah mereka lebih selesa selepas dibaiki."Saya akan usahakan agar 14 buah rumah lagi segera dibaiki dalam masa terdekat," jelasnya.Beliau turut melawat rumah-rumah berkenaan selepas dibaiki baru-baru ini.
18 Jun 19
287