lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Muktamar PAS : Kelantan Dan Terengganu Sebagai Ikon Pentadbiran
Dato' Dr Mahfodz (berdiri) menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota.KUANTAN, 20 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan agar kejayaan Kelantan dan Terengganu diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, anugerah kemenangan yang Allah kurniakan kepada PAS pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mentadbir dua buah negeri tersebut mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.Katanya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kelantan dan Terengganu tidak hanya sebagai tatapan untuk rakyat sahaja, malah ia merupakan bukti kejayaan PAS dalam mencorakkan pentadbiran berlandaskan Islam.“Kejayaan di Kelantan dan Terengganu mesti diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58 di Wisma Belia di Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz berkata, peranan media dan 'lujnah' penerangan parti amat penting dalam memperluaskan capaian kejayaan di Kelantan dan Terengganu.Malah katanya, ia perlu dipromosikan secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia untuk mereka berkunjung ke Kelantan dan Terengganu bagi melihat suasana dan perkembangan terkini di negeri-negeri tersebut.“Tahun melawat Kelantan dan Terengganu mestilah dijadikan peluang bagi menyebarluaskan penerangan serta informasi berkaitan kejayaan, pembaharuan serta pencapaian yang telah dikecapi oleh Kelantan dan Terengganu.“Malah kajian perbandingan hasil pentadbiran PAS dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu juga dibuat bagi membuktikan kemampuan dan kewibawaan PAS dalam pentadbiran,” ujarnya.Katanya, selain kajian di peringkat pentadbiran yang ditonjolkan, kajian mengenai disiplin dan etika kalangan wakil rakyat PAS juga mesti ditonjolkan, agar rakyat mampu menilai bahawa kejayaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah hasil 'tarbiyah' yang diterapkan dalam PAS.Sehubungan itu, tambahnya, seluruh kepimpinan termasuk wakil rakyat PAS perlu terus komited dengan agenda tarbiyah PAS kerana ia adalah kunci rahsia kejayaan.
20 Jun 19
546
Empty Image
Muktamar PAS : ‘Taawun PAS-UMNO Mimpi Ngeri PH’
Dato' Dr Mahfodz Mohamed. KUANTAN, 20 Jun - Hasil kerjasama (taawun) antara PAS-UMNO menjadi satu  mimpi ngeri buat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed   berkata, ini ditambah dengan 'mood' rakyat telah berubah  kerana bosan dengan sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji manifesto.“Mood rakyat terutama kalangan anak muda dilihat sudah bosan dengan sikap Kerajaan PH yang tidak menunaikan janji manifesto yang ditawarkan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dengan alasan yang tidak berkesudahan.“Kerajaan itu hanya menyalahkan kerajaan terdahulu setelah gagal melaksanakan agenda mereka.“Malah dalam siri-siri pilihan raya kecil (PRK) yang berlaku sebanyak tujuh kali di semenanjung Malaysia dan satu di Sabah, hasil taawun PAS-UMNO telah berjaya memenangi majoriti PRK tersebut,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Ulama PAS  Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Perwakilan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58.Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz  berkata, taawun PAS-UMNO juga mempunyai kekuatan yang besar malah mengatasi kiraan undi popular PH jika dilihat daripada sudut strategi gabung undi dalam PRU14 lalu.Katanya, berdasarkan capaian dalam pilihan raya itu, PH mendapat sebanyak 5.8 juta undi manakala UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) mendapat undi sebanyak 4.09 juta dan PAS pula menerusi Gagasan Sejahtera mendapat 2.04 juta undi.“Secara kasar atas perkiraan undi popular ini, gabungan antara PAS-UMNO telah melebihi undi yang mereka (PH) perolehi. Disebabkan itu , PH sama sekali tidak akan membenarkan kerjasama PAS-UMNO ini berjaya dibentuk,” jelasnya.Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat turut hadir di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58.Justeru itu, katanya, gabungan undi yang melibatkan pengundi Melayu Islam menerusi taawun itu merupakan strategi ampuh bagi memastikan keberadaan kaum Melayu sebagai kaum teras, menjadi penentu kestabilan politik tanah air.“Jika gabungan undi ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka paling minimum 65 peratus kesatuan suara pengundi Melayu akan berjaya dibentuk,” ujarnya.Katanya, menurut analisa PRU14 secara atas kertas, sokongan pengundi Melayu kepada PAS adalah sekitar 30 hingga 35 peratus manakala UMNO pula sebanyak 35 hingga 40 peratus.“Walaupun peratusan tidak mencecah 90 peratus, namun ia tetap meresahkan pihak kerajaan PH khususnya DAP.“Ini kerana komposisi kaum Melayu dan bumiputera adalah besar iaitu mencecah 69.1 peratus berbanding kaum Cina (23 peratus), India (6.9 peratus) dan lain-lain kaum (1 peratus). Ini berdasarkan kepada laporan Perangkaan Malaysia mengenai komposisi kaum di Malaysia pada tahun 2018,” tambahnya lagi.
20 Jun 19
114
Empty Image
Golden Pharos Berhad Umum Dividen RM1.7 Juta Setelah 11 Tahun
Dato' Tengku Hassan umum berita gembira buat pemegang saham GPB.KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Golden Pharos Berhad (GPB), anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan bayaran dividen buat kali pertama selepas 11 tahun, kali terakhir pada tahun 2008 dengan jumlah sebanyak RM1.8 juta.Pengerusi Jawatankuassa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pembayaran dividen itu berjumlah 1.27 sen bagi setiap unit saham biasa dengan jumlah keseluruhan RM1.7 juta. “Pembayaran dividen ini diputuskan setelah kita mencatat keuntungan tujuh kali berturut-turut (selama 21 bulan) sejak suku ketiga 2017 dengan peningkatan sebanyak 264 peratus iaitu sebanyak RM1.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY18).“Keuntungan ini juga merupakan prestasi terbaik syarikat dengan peningkatan hasil sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta sebelum ini yang mana kebanyakannya disumbangkan oleh sektor pembalakan dan pengilangan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan GPB kali ke-31 di Primula Beach Hotel, di sini hari ini.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato’ Nadza Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Dato' Nadza harap prestasi kekal positif.Dalam perkembangan sama, Dato’ Nadza turut berharap prestasi GPB akan terus positif dengan jangkaan positif ekonomi Malaysia berdasarkan data jangkaan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).“Pada tahun 2019 ini, BNM menjangkakan ekonomi negara akan meningkat sebanyak 4.3 peratus dan kita jangkakan perkembangan syarikat akan sejajar dengan peningkatan ini,” katanya.GPB memiliki kawasan pembalakan seluas 129,000 hektar di bawah perjanjian konsesi bersama kerajaan negeri. Setiap tahun hanya 2,600 hektar boleh diusahakan hasil berdasarkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).Bagaimanapun, GPB juga mengusahakan program Ladang Hutan untuk menggantikan balak-balak yang telah ditebang. “Selain itu, berbeza dengan syarikat perladangan lain, rasional kita mengadakan Ladang Hutan adalah untuk membekalkan kayu kepada anak syarikat kita iaitu Permint Plywood Sdn. Bhd.,” katanya.
20 Jun 19
1020
Empty Image
Terengganu Dan Kelantan Meterai Perjanjian Sempadan Negeri - MB
Menteri Besar Terengganu dan Kelantan bertukar dokumen perjanjian.PUTRAJAYA, 20 Jun - Kerajaan Terengganu dan Kelantan hari ini menandatangani perjanjian untuk menyelesaikan persempadanan kedua-dua negeri itu yang melibatkan jajaran 198.7 kilometer.Persefahaman itu ditandangani oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, di sini.Majlis itu disaksikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dr. Xavier Jayakumar, Ketua Setiausaha KATS, Dato' Zurinah Pawanteh, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Nazran Muhammad.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu penting bagi membolehkan rundingan penentuan sempadan maritim antara negeri hingga laut wilayah dimulakan.Katanya, kesungguhan itu juga tidak akan berjaya tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota pasukan ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)."Terima kasih atas usaha yang bersungguh-sungguh ini, termasuklah hero yang tidak didendang, ada yang telah terkorban semasa menjalankan tugas ini kerana topografi berbukit bukau yang sangat mencabar."Perkara ini akan menjadi bahan sejarah yang sangat bernilai untuk generasi yang akan datang," katanya.Sementara itu, Ahmad Yakob pula berkata, langkah berkenaan pastinya membawa banyak kebaikan kepada Kelantan terutamanya daripada segi penguatkuasaan."Supaya tanah dan kawasan di sempadan dapat dibangunkan dengan baik, dan kerjasama pun akan bertambah baik."Kerana kita sudah ada sempadan yang tetap, semoga dengan ini kita dapat mengawal sempadan kita daripada pencerobohan hutan," ujarnya.Operasi bersama antara kerajaan negeri dan pusat yang berjaya dimuktamadkan hari ini sudah bermula sejak 2 Mac 2012 lepas.
20 Jun 19
314
Empty Image
Pantai Seberang Takir Bukan 'Pantai Miami'
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Kerajaan negeri tidak meletakkan nama atau gelaran 'Miami Beach' bagi lokasi peranginan di Pantai Hulu Takir, Kuala Nerus yang terletak di sepanjang laluan menghala ke Jambatan Angkat (Drawbridge) yang merupakan mercu ikonik baharu negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, gelaran itu dilihat tidak sesuai kerana ia bukan menggambarkan identiti Terengganu."Gelaran itu diberikan oleh pengguna media sosial yang melihat rupa bentuk kawasan itu menyerupai pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat."Mungkin individu yang memberikan gelaran tersebut kerana melihat kawasan itu mirip dengan lokasi peranginan di sana. Namun, nama itu bukan yang diperakui oleh kerajaan negeri. Kita tak 'endorse' pun nama tu."Setakat ini kita belum ada cadangan lagi bagi nama baharu untuk kawasan peranginan itu. Kalau diikutkan, nama bagi kawasan itu ialah Pantai Hulu Takir."Rakyat kita boleh mencadangkan nama yang sesuai untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang isu gelaran 'Pantai Miami' yang mendapat kecaman netizen selepas Program Tazkirah Bulanan Di Jabatan Kerajaan 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, menurut Ariffin, setakat ini tarikh pembukaan jambatan tersebut secara rasmi belum ditetapkan lagi."Ia mungkin memakan masa beberapa bulan untuk memastikan Drawbridge boleh digunakan untuk kemudahan rakyat dalam keadaan yang paling baik," ujarnya.Jambatan Angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat.Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini melibatkan Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.Jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 2 hingga 17 Jun lalu untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem ‘signalling’ jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.
19 Jun 19
139
Empty Image
Tidak Ambil Suntikan Antara Punca Orang Asli Dijangkiti Demam Campak
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Punca wabak ‘measle’ atau demam campak di kalangan Orang Asli adalah kerana ramai di antara mereka tidak mendapat suntikan pelalian,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak.Menurut beliau, hanya 61.5 peratus mendapat suntikan dos pertama dan 30 peratus suntikan dos kedua.“Ibu bapa diminta supaya memastikan anak-anak mendapat pelalian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan wabak seperti ini berlaku dalam komuniti kita,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kes kematian Orang Asli Kaum Batek Kuala Koh di Kelantan, baru-baru ini.Katanya, KKM telah mengesahkan bahawa kes kematian tersebut akibat komplikasi demam campak.Dr Alias berkata, kes demam campak yang sama dikesan di Terengganu adalah di kalangan Orang Asli yang berpindah dari Kelantan.“Denai atau laluan Orang Asli di hutan bersambung dari Gua Musang hingga ke Sungai Berua di Hulu Terengganu.“Semua kes yang dikesan di Terengganu telah dirujuk ke hospital untuk tujuan rawatan dan pengawasan serta kurantin bagi mencegah wabak dari terus merebak,” ujarnya.
19 Jun 19
124
Empty Image
Bukit Maras Terengganu Bakal Jadi Tumpuan Dunia
Bukit Maras bakal menjadi tumpuan dunia. Foto - Syaiful MustafaKUALA NERUS, 20 Jun - Bukit Maras bakal menjadi tumpuan apabila Persatuan Luncur Udara Negeri Terengganu (PLUT) dengan kerjasama Hiking Maras Committee menganjurkan ‘Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras 2019’ pada 28 hingga 30 Jun ini.Pengendali acara, Anuar Ngah berkata, acara itu bakal menghimpunkan kira kira 70 peserta dari Thailand, Kanada, Singapura, Sepanyol, USA, Perancis, Iran, Indonesia, Filipina, Jerman dan Malaysia sebagai tuan rumah.Katanya, acara itu bertujuan memperkenalkan sukan luncur udara atau 'paragliding' kepada orang ramai disamping mempromosikan Bukit Maras sebagai sebuah tapak luncur udara terkenal di rantau ini.Sehubungan dengan itu, pihak penganjur menjemput orang ramai khususnya dari Kuala Nerus dan Kuala Terengganu supaya mengambil peluang untuk melihat sendiri pertunjukkan luncur udara atau 'paragliding'."Ia julung kalinya diadakan di Bukit Maras melibatkan jumlah peserta yang besar. Di samping itu, persembahan sampingan seperti silat gayung, badut dan cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan acara."Orang ramai juga diberi peluang merasai pengalaman terbang bebas seperti burung melalui slot tandem paragliding dengan harga promosi RM150 bersama dengan pilot profesional berdurasi antara 10 hingga 15 minit," katanya kepada media.Beliau berkata, salinan video juga akan diberikan secara percuma sebagai kenang-kenangan.Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat dapat menjadikan acara itu sebagai satu produk pelancongan sukan atau ‘sport tourism’ dan diadakan pada skala lebih besar seterusnya menjadi acara tahunan."Sukan paragliding amat diminati ramai terutamanya di Eropah dan terdapat lebih 500,000 pilot paragliding di seluruh dunia dan mereka gemar melancong untuk terbang di tempat-tempat baharu."Pada ketinggian 329 meter dari aras paras laut, mempunyai permandangan cantik dengan keindahan flora dan faunanya, Bukit Maras berpotensi besar untuk menjadi popular sebagai satu destinasi sukan paragliding kerana keunikannya yang tiada di tempat-tempat lain," katanya.SUMBER: SINAR HARIAN (MOHD AZLIM ZAINURY)
19 Jun 19
542
Empty Image
Terengganu Adakan Solat Jenazah Ghaib Dr Mohamed Morsi Esok
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Solat Jenazah Ghaib akan diadakan selepas solat Jumaat di seluruh masjid negeri Terengganu pada Jumaat, 21 Jun 2019 bersamaan 17 Syawal 1440H bagi menghormati mantan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 17 Jun 2019.Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad memaklumkan perkara berkenaan dalam satu surat rasmi bertarikh 19 Jun 2019.Oleh itu, katanya, kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah atas pemergian Dr Mohamed Morsi."Dunia Islam kehilangan seorang pejuang yang dikenang atas keberanian dan kesabaran menghadapi tekanan demi memperjuangkan keadilan rakyat Mesir serta pembebasan Palestin," kata Abdul Hadi.
19 Jun 19
381
Empty Image
Muktamar PAS : Dewan Pemuda Kemuka 4 Prinsip Perpaduan Masyarakat Malaysia
Muhammad Khalil (kiri) menyampaikan anugerah kepada Setiausahanya, Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden.KUANTAN, 19 Jun - Dewan Pemuda PAS Malaysia meletakkan empat prinsip kesepakatan yang perlu dicernakan bagi merealisasikan agenda perpaduan masyarakat Malayia.Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, prinsip pertama adalah kesepakatan atas dasar menegakkan keadilan Islam dengan lebih komprehensif.Katanya, prinsip kedua adalah perpaduan dan kesepakatan tidak berasaskan kepada perkauman.“Prinsip ketiga perlu kepada pemusatan untuk penyelesaian isu rakyat, merentasi sempadan ideologi. Manakala prinsip keempat adalah ikhlas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan lebih 100 tetamu jemputan khas termasuk wakil-wakil kedutaan asing.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata, keadilan dalam Islam melangkaui bangsa dan agama serta ia memberi jaminan dan menjaga hak-hak orang bukan Islam.Sementara prinsip kedua berhubung kait dengan prinsip pertama iaitu tidak disandarkan kepada perkauman.Perwakilan pemuda dari Terengganu fokus mendengar  Ucaptama Muhammad Khalil.“Kita perlu membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa kesepakatan ini menjadikan perlembagaan sebagai dasar kontrak sosial yang disepakati bersama para pejuang kemerdekaan dari berbilang kaum,” ujarnya.Bagi prinsip ketiga katanya, pemuda perlu menfokuskan agenda penyelesaian isu rakyat yang kini semakin meruncing.Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PAS bukan hanya mengambil bahagian dalam pilihan raya sebagai sebuah parti politik tetapi bergerak juga dalam bidang kebajikan dan pendidikan.“Ini dapat dilihat melalui peranan Jabatan Amal Malaysia, kolej universiti, sekolah-sekolah, kelab sukan dan jabatan profesional,” tambahnya.Menyentuh prinsip keempat, beliau berkata, setiap pihak dalam gabungan ini seharusnya berusaha memahami dasar dan perjuangan rakan yang lain sekali gus mencari titik persamaan dalam persoalan perbezaan prinsip masing-masing.
19 Jun 19
192
Empty Image
Muktamar PAS : Sedia Temui Semua Pihak
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.KUANTAN, 19 Jun - PAS menyambut baik hasrat sesetengah pihak untuk berta’awun sekali gus melihat masa depan politik negara dengan lebih berfokus supaya tidak terpalit dengan sentimen perkauman.Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS ada peranan sekali gus mengadakan pertemuan dengan MCA, MIC dan parti-parti lain.“Ada (masa) yang kita (PAS) berjumpa dengan cara berkunjung ke pejabat mereka dan ada (masa) mereka datang ke pejabat PAS.“Jadi hubungan ini kita akan teruskan,” jelasnya.Datuk Tuan Ibrahim (kanan) bersalaman dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-60 di Bukit Gambang Resort City Pahang.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-60 di Bukit Gambang Resort City, di sini hari ini.Mengulas ketidakhadiran wakil MCA ke muktamar tersebut, beliau berkata, PAS telah menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk hadir ke Muktamar PAS kali ini.“Saya dimaklumkan bahawa MCA ada mesyuarat pada hari ini, jadi parti itu tidak menghantar wakil untuk hadir,” ujarnya.Bagaimanapun, UMNO dan MIC menghantar ketua dan kepimpinan tertinggi pemuda masing-masing untuk hadir ke muktamar berkenaan.
19 Jun 19
184