lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Muktamar PAS: Kerjasama Pembangkang Natijah Terbaik PRU15
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUANTAN, 22 Jun - PAS mahu melihat kerjasama strategik antara parti-prti pembangkang memberi natijah terbaik untuk Pilihan raya Umum  Ke- 15 (PRU15) akan datang.Naib Presidennya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap negeri mempunyai peranan masing-masing untuk tujuan tersebut. “Pada saya bukan persoalan Terengganu menjadi pelopor kepada penyatuan ummah kerjasama antara PAS dengan UMNO tetapi (peranan) parti-parti yang lain ke arah PRU15.“Pada saya ia lebih kepada setiap negeri mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kerjasama ini dapat di teruskan dan ianya akan membawa kepada kerjasama pilihan raya yang menyeluruh ke seluruh negara dalam PRU15,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata, parti-parti itu ada peranan masing-masing negeri dengan suasana yang berbeza-beza. “Suasana di Kelantan, Terengganu atau di Pantai Timur, tidak sama dengan suasana di Pantai Barat, ada keunikan-keunikan masing-masing.“Semua ini perlu diterokai (explore) dan dilihat secara mendalam dengan satu objektif iaitu memastikan kerjasama strategik PAS dan parti-parti lain dalam pilihan raya akan datang memberi natijah yang terbaik dalam PRU15,” jelasnya.Berhubung peranan Naib-naib Presiden PAS, beliau berkata, memang pada teorinya parti mahu ada wakil naib presiden di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.“Tetapi apa yang penting ialah semua Naib Presiden dan kepimpinan parti tidak bekerja seorang diri. Kita bekerja secara berkumpulan, dan membuat keputusan secara bersama dalam parti.“Walaupun Naib Presiden daripada negeri tertentu seperti saya dari negeri Terengganu, Dato’ Nik Amar daripada Kelantan dan Ustaz Idris Ahmad daripada Perak, tetapi masing-masing mempunyai peranan untuk memastikan bahawa keseluruhan parti di negeri-negeri secara umumnya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang sama seperti negeri-negeri yang lain,” jelasnya.Katanya, tindakan itu juga dibuat oleh Naib-naib Presiden PAS sebelum ini apabila setiap mereka ada wilayahnya sendiri untuk berkhidmat.“Sebagai satu contohnya untuk Sabah dan Sarawaknya ada Naib Presiden tertentu yang membantu seperti bapa angkat kepada negeri berkenaan.“Pantai Barat, ada Naib Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga wilayah-wilayah di Pantai Barat,” ujarnya lagi.
22 Jun 19
95
Empty Image
'Mohon Tunjuk Ajar Senior-Senior' - MB Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUANTAN, 21 Jun - Naib Presiden baharu PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan cuba menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya sambil mengharapkan bimbingan daripada 'orang lama' parti itu.Ahmad Samsuri berkata, tugas baharu itu pastinya lebih mencabar dan memerlukan komitmen dan kepakaran yang tinggi.Jelasnya, fokus parti khususnya tentang hala tuju untuk berdepan PRU15 dan hasrat kerjasama Pas dengan parti-parti lain pastinya menjadi keutamaan."Saya akan terus belajar daripada senior-senior saya dalam parti. Saya perlu dibantu dan dibimbing untuk sama-sama menjalankan amanah ini."Fokus kita tentunya untuk melakukan pengukuhan sebagaimana dalam ucapan dasar Presiden yang memperincikan banyak perkara dalam pelbagai sudut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Pertandingan jawatan Naib Presiden PAS bagi sesi 2019 hingga 2021 menyaksikan kejutan apabila penyandangnya, Datuk Ir Iskandar Samad menolak pencalonan daripada perwakilan.Sekaligus, ia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri untuk mengisi kekosongan tersebut bersama Idris Ahmad dan Dato' Nik Mohd Nik Abdullah.Keputusan itu diumumkan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.Dalam masa yang sama, Ahmad Samsuri berkata, Iskandar telah menjalankan tugas dengan baik semasa beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden parti tersebut.Katanya lagi, Iskandar merupakan senior yang banyak berjasa dan akan terus menyumbang pada parti walaupun tidak lagi memegang jawatan ketiga tertinggi dalam PAS."Beliau juga telah melakukan banyak penambahbaikan terutama dari segi Unit Bencana dan penambahan ahli parti. Tentunya kerja cemerlang ini perlu diteruskan," tambah beliau.
21 Jun 19
839
Empty Image
Rumah Dihempap Pokok Getah Akibat Ribut
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Jun- Angin dan ribut kencang yang berlaku secara tiba-tiba di Kampung Minda  mengakibatkan pokok getah tumbang menimpa salah sebuah rumah di kampung itu.Pemiliknya, Wan Gayah Ripin berkata ketika kejadian itu, dia baru sahaja pulang dari tempat kerja dan terdengar dentuman yang kuat."Ketika kejadian anak-anak tiada di rumah saya dan suami sahaja yang ada di rumah."Apabila melihat pokok getah menimpa dapur dan merosakkan beberapa keping atap, kami terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Pengerusi MPKK Minda,"jelasnya.Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita, di rumahnya di Kampung Minda, baru-baru ini.Hadir dalam kejadian berkenaan, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Imran Muhamed Zanuyin, Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian, Pengerusi MPKK Minda, Zakaria Maa'dam.Sementara itu, Zakaria berkata, kejadian itu segera dimaklumkan kepada Pegawai Penyelaras dan juga kepada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Alhamdulillah tindakan segera dari Pegawai Penyelaras, Ghazali Sulaiman yang hadir bersama pasukan bomba untuk memotong bahagian dahan yang terkena pada bumbung." Serta tindakan cepat wakil dari JKM datang untuk menyiasat segera bagi diberi bantuan segera bencana" ujarnya.Sehubungan itu juga Pegawai penyelaras,Ghazali Sulaiman berkata, kejadian yang sama juga berlaku di Felda Jerangau dimana ribut kencang turut meninpa tiga buah rumah yang melibatkan kerosakkan atap."Untuk kesemua rumah ditimpa bencana ini saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MPKK Kampung Minda dan Felda Jerangau agar ganti segera atap dan telah pun berhubung dengan pembekal atap."Ianya bagi menjamin kesejahteraan rumah penduduk yang terjejas ditimpa bencana. Terima kasih kepada pihak JBPM, JKM, MPKK diatas tindakan segera," jelasnya.
21 Jun 19
536
Empty Image
Muktamar PAS : MB Terengganu Kini Naib Presiden PAS Baharu
KUANTAN, 21 Jun - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini sah menjadi Naib Presiden PAS untuk sesi 2019 hingga 2021.Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, keputusan itu berikutan salah seorang penyandang kerusi tersebut, Datuk Iskandar Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya.Jelasnya, empat calon layak untuk bertanding kerusi naib presiden namun Iskandar tidak mengambil tindakan seperti yang sepatutnya."Untuk jawatan naib presiden, hanya tiga orang yang menjawab untuk bertanding. Beliau bukan tarik diri cuma cara macam tak nak bertanding," ujarnya.Ini sekaligus menjadikan ketiga-tiga calon yang lain menang tanpa bertanding.Tambah Mohd Fuad, dua lagi naib presiden PAS bagi sesi 2019 hingga 2021 Idris Ahmad dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang merupakan penyandang terdahulu.Sementara itu, Iskandar menyifatkan orang yang sesuai untuk menduduki jawatan naib presiden sepatutnya berprofil tinggi dan beliau berpendapat Ahmad Samsuri menepati ciri berkenaan."Sebagai MB Terengganu saya rasa dia calon yang sesuai untuk jawatan itu."Kita (PAS) dah ada seorang timbalan menteri besar iaitu Mohd Amar, ada juga Ustaz Idris iaitu yang orang lama," katanya lagi semasa ditemui media selepas penangguhan muktamar petang ini.
21 Jun 19
286
Empty Image
4 MB Hadir Muktamar PAS Pusat
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUANTAN, 21 Jun - Hubungan pembangkang antara PAS dan UMNO di Terengganu dengan negeri pembangkang lain amat baik selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  berkata, hubungan menteri  besar PAS dan UMNO sangat baik dengan adanya perjumpaan di peringkat pusat sebelum ini."Dengan penyertaan menteri besar dalam Muktamar PAS Pusat hari ini menambah erat lagi hubungan sedia terjalin sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Empat menteri besar negeri pembangkang hadir ke Muktamar PAS Pusat  di stadium tersebut termasuk dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.Mereka itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.Penyertaan kepimpinan UMNO dalam muktamar tersebut amat luar biasa jika dibandingkan dengan program PAS sebelum ini.Sebelum itu satu jawatankuasa pemandu kerjasama kedua-dua belah pihak telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat untuk mengatur langkah kerjasama antara PAS dan UMNO.
21 Jun 19
91
Empty Image
Muktamar PAS: 'Sistem Pendidikan PH Celaru’- Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangOleh:Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan(PH) gagal memperkenalkan sistem pendidikan bertunjangkan agama dalam menyelesaikan masalah sosial berleluasa di Malaysia hari ini.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana pencapaian pelajar hanya menggunakan kayu pengukur tidak menyeluruh bagi menjadikan sistem pendidikan menjadi terbaik.“Guru-Guru diperkenalkan dengan eksperimen baharu yang terus memberi penekanan kepada bidang perguruan.“Mereka (Kerajaan PH) menjadikan guru dan murid sebagai bahan eksperimen dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu," jarnyaBeliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar  di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato’Seri Azlan Man.
21 Jun 19
73
Empty Image
Muktamar PAS : Terengganu, Kelantan Bukti PAS Serius Banteras Rasuah
Abdul Hadi memeriksa barisan Jabatan AmalKUANTAN, 21 Jun - PAS terus komited untuk  memperjuangkan negara beritergriti dan ia telah dibuktikan melalui dua negeri ditadbir mereka iaitu Terengganu dan Kelantan.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS bukan sekadar berteori semata-mata seperti sesetengah pihak."Berdepan dengan pentadbiran PH, PAS akan terus komited memperjuangkan Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berdaya saing dengan kritikan yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini."Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuklah Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih," ujarnya.Menteri Besar Kelantan dan Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota, di sini, hari ini.Abdul Hadi turut mengulangi saranan agar satu penilaian bebas dan menyeluruh dibuat menerusi badan yang berautoriti tinggi dalam menguruskan gejala tersebut Katanya, segala tuduhan rasuah juga haruslah disiasat dan diadili dengan cara yang terbaik tanpa memilih latar belakang orang yang didakwa."Segala pertuduhan rasuah dan pecah amanah perlu disiasat dan didakwa di mahkamah secara adil oleh hakim, bukannya dibicarakan di ‘mahkamah media’ oleh menteri," ujarnya."Ia harus dibuat melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)."Bagi meneliti setiap laporan dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM)," kata beliau.Tambah beliau, hal itu penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi di pihak Tabung Haji (TH), Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi ekonomi Bumiputera yang terpenting. 
21 Jun 19
90
Empty Image
Muktamar PAS: Keadilan Kelantan Dan Terengganu Terbukti
Dato' Seri Abdul Hadi (tengah) membuang undi dalam Pemilihan Jawatan Kerja PAS Pusat, di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota, Kuantan hari ini.KUANTAN, 21 Jun -PAS melalui pemerintahan di Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan keadilan kepada semua kaum dan bangsa.Presiden PAS berkata kejayaan itu bukan hanya ucapan kosong sebaliknya sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS.Katanya, hubungan dalam masyarakat majmuk wajib dipelihara dengan mengutamakan mesej Islam dan telah berjaya disampaikan.“Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintub bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam.“Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Betara Kanan Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan wakil dari beberapa kedutaan asing.
21 Jun 19
156
Empty Image
'PAS Sedia Hadapi PRU15' -Abdul Hadi
Ketibaan Tuan Guru Presiden PAS Ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65. Oleh: Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun- PAS mengambil pendekatan untuk mengarah semua jentera parti membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan strategi yang berkesan.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata jentera parti perlu bersedia lebih awal bagi mengharungi pilihanraya tersebut dengan melakukan gerak kerja yang berstrategi.“Saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU15 yang boleh berlangsung lebih awal daripada tempoh lima tahun dari sekarang.“Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan wakil-wakil kedutaan asing.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerja asas Jabatan Pilihan Raya perlu disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi dan kewangan mengikut tanda aras dan arahan yang ditetapkan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa sebarang kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon perlu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS pusat.
21 Jun 19
46
Empty Image
Muktamar PAS : Junjung Perpaduan, Tolak Budaya Ekstrem
Abdul Hadi memberi amaran kepada pencetus ketegangan kaum.KUANTAN, 21 Jun - PAS menolak sebarang budaya dan pemahaman ekstrem yang boleh menggugat perpaduan pelbagai kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu akan bekerja bagi terus mengukuhkan keharmonian dan mengelak perpecahan daripada berlaku.“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan serta Timur-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah.“Jadi anggota PAS Sabah dan Sarawak berperanan untuk memimpin perpaduan ini, mewakili suara umat Islam di tengah kemajmukan kaum dan etnik melalui pendekatan dialog serta aktiviti kebajikan supaya dapat membuka lembaran baru kerjasama politik yang mencerminkan wajah Malaysia harmoni,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota hari ini.Ahli Parlimen Marang itu turut bertegas supaya semua rakyat mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.Jelasnya, perkara itu adalah berlandaskan petunjuk Islam, bukannya bermain politik, ia  buktikan dengan adanya sayap bukan Islam dalam PAS.“Dan adanya pada Parti UMNO yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan Bumiputera tegar, namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain.“Maka kita menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini,” tambah beliau.
20 Jun 19
36