Artikel "Semasa" Terkini
'Isytiharkan Judi Sebagai Jenayah' - Ahli Parlimen Kuala Nerus
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 30 Jun - Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang perjudian sekaligus mengisytiharkannya sebagai suatu aktiviti jenayah di masa hadapan.Beliau berkata, tindakan tersebut selari dengan apa yang disifatkan Allah sebagai perbuatan kotor dari amalan Syaitan."Saya mendesak kerajaan persekutuan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang yang berkaitan dengan perjudian di negara ini ke arah menjadikan aktiviti ini sebagai suatu jenayah pada masa hadapan selari dengan apa yang Allah sifatkan perbuatan itu sebagai kotor dari perbuatan Syaitan," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.Menurut Dr Mohd Khairuddin, judi sama ada secara berlesen atau tidak, tetap haram dan salah dalam semua agama mahupun budaya kemanusiaan. "Saya mengelak menggunakan istilah "judi haram" yang selalu digunakan oleh media bagi merujuk kepada "judi tidak berlesen" untuk mengelakkan salah faham masyarakat bahawa hanya judi tidak berlesen adalah "haram", manakala yang berlesen pula adalah "halal"," jelasnya. Degan itu beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menahan 14,759 individu termasuk menangkap 92 pengendali premis serta merampas RM3.8 juta dan 10,361 peralatan dalam serbuan ke atas 8,775 premis judi tidak berlesen sejak Januari lalu di seluruh negara.Usaha dan kejayaan itu katanya, dilihat selari dengan komitmen yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk membanteras jenayah judi di negara ini.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa aktiviti perjudian tidak berlesen itu akan terus wujud jika industri perjudian di negara ini terus subur kerana diberikan lesen kebenaran bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai tertentu daripadanya."Cukai itu menyumbang pendapatan yang besar kepada negara. Perolehan cukai tidak menghalalkan aktiviti judi yang haram pada agama meskipun halal pada undang-undang negara malah ia menjadi baja menyuburkan judi tidak berlesen pula."Tidak sepatutnya kebenaran diberikan bagi menjalankan aktiviti itu secara sah di sisi undang-undang untuk memenuhi kehendak dan hak sebilangan orang dan dibiarkan sehingga merosakkan masyarakat dan negara.," tegasnya.Katanya, ungkapan “judi ibu segala jenayah” seperti yang disifatkan oleh KPN sewajarnya diberikan perhatian serius dan difahami ketika mentakrifkan semua bentuk perjudian tanpa mengambil kira sama ada ia dijalankan secara berlesen atau pun tidak.
29 Jun 19
69
Pertandingan Tourism Malaysia Surfcasting Tour : RM118 Ribu Jadi Buruan
Oleh: Nooreni Abu Bakar dan Asraf AzharDUNGUN, 30 Jun - Hadiah wang tunai sebanyak RM117,950.00 menjadi buruan kaki-kaki pancing dalam pertandingan memancing sempena "Pertandingan Tourism Malaysia Surfcasting Tour: A Journey To Visit Malaysia 2020” yang berlangsung di Pantai Teluk Lipat sebagai salah satu lokasi siri-siri jelajah tersebut. Bagi setiap pusingan, juara membawa pulang wang tunai RM70,000, naib juara RM12,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang tempat keempat pula menerima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga sepuluh (RM450) manakala pemenang ke-11 hingga 100 akan menerima RM300.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, acara tersebut berjaya menarik seramai hampir 1,300 orang peserta yang kebanyakannya datang dari Kelantan dan Terengganu. "Ini sudah tentu dapat membantu merancakkan industri pelancongan domestik kerana saya dapati 'homestay' penuh ditempah dan kedai-kedai makan penuh dikunjungi para peserta," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut, di sini semalam.Siri jelajah memancing sehari itu adalah anjuran bersama Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Perbandaran Dungun.Turut hadir, Timbalan Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Domestik dan Acara), Mohd Nasir Kushairi. Menurut Wan Hapandi, daerah Dungun adalah destinasi keempat siri jelajah tersebut yang melibatkan 10 pusingan. "Memandangkan Dungun terkenal dengan ikan tenggiri, saya juga berharap daerah Dungun akan dijadikan 'Bandar Tenggiri' suatu hari nanti sekali gus membantu meningkatkan industri pelancongan," tambahnya.
29 Jun 19
38
Hati-Hati Dengan Sindiket Penipuan Melibatkan RMM
Lapan penerima RMM Paya Lawas bergambar bersama Ghazali selepas menerima kunci rumah masing-masing Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 30 Jun- Orang ramai yang ingin memohon Rumah Mampu Milik (RMM) dinasihatkan supaya berhati-hati dari terjebak dalam sindiket penipuan yang dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata beliau telah menerima aduan beberapa individu di DUN berkenaan yang terlibat menjadi mangsa penipuan kerana keperluan yang mendesak demi memliki rumah.“Pihak yang menipu ini meminta sejumlah amaun memberi jaminan bahawa mempunyai jalan dan cara untuk mendapat RMM."Jadi suka diperingatkan agar berhati-hati dengan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagaimana contoh RMM Paya Lawas mereka mendakwa bahawa ada jalan bagi membantu untuk mendapatkan rumah berkenaan," jelas beliau.Beliau berkata demikian ditemui pihak media, selepas Majlis Pengundian LOT, Tandatangan Perjanjian dan Serah Kunci Rumah Mampu Milik Paya Lawas, di Bukit Besi, baru-baru ini.Menurut Ghazali lagi, orang ramai perlu memastikan sumber yang diperolehi adalah tepat berkaitan RMM berkenaan dan lebih malang menurutnya, ada yang sanggup membayar pendahuluan kerana diberi keyakinan akan dapat memiliki rumah berkenaan."Jadi, kasihanlah kerana sikap tidak berhati-hati apabila sudah tersedar ditipu baru menemui kita, sedangkan sudah terlambat apa yang terjadi tiada pun dalam pengetahuan kita," jelasnya.Tambahnya, ada juga pihak yang menjaja namanya sebagai Pegawai Penyelaras DUN dengan mengatakan bahawa mempunyai pertalian rapat dan boleh memujuk bagi mendapatkan rumah."Nasihat saya agar bertemu dan mendapat penjelasan daripada Pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk mengetahui segala perkara dengan lebih lanjut dan tepat," ujar beliau.Dalam pada itu, lapan orang pemohon RMM Paya Lawas yang telah sekian lama memohon telah diserahkan kunci bagi mendiami kediaman berkenaan apabila telah cukup syarat yang dikehendaki oleh PMINT dan telah pun hadir temuduga." Jika dikira, RMM Paya Lawas ini sudah penuh dan tiada lagi kekosongan, namun kerana adanya pemilik yang melanggar syarat sebagaimana yang ditetapkan maka berlaku pemutihan."Antara syarat yang telah dilanggar ialah ialah menyewakan rumah berkenaan kepada orang lain, tidak menduduki, sudah memiliki rumah kerana diantara kriteria bagi mendapatkan RMM adalah benar-benar golongan miskin, mempunyai tangunggan ramai serta benar-benar ingin mendiami dan menduduki.Lapan orang yang dapat ini dikira bertuah kerana berada didalam senarai menunggu semenjak sekian lama," jelas Ghazali lagi.
29 Jun 19
186
PKR Terengganu Perlu Sedar Diri
Ustaz Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu seharusnya menjadi jaguh dalam isu-isu negara, bukannya menyibukkan diri dengan urusan parti-parti lain.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia berikutan tindakan parti tersebut yang mempertikai 'taawun siyasi' (kerjasama politik) PAS dan UMNO dengan mendesak kedua-dua parti menyerahkan kerusi masing-masing, kononnya tanda pembuktian kerjasama yang dijalinkan."Sebab apa PKR sibuk dengan urusan parti lain? Pimpinan PAS dan UMNO tahu mengurus strategi dan polisi dalam taawun siyasi ini. PKR urus parti sendiri dulu, biar tersusun dan bersatu padu."PKR Terengganu sepatutnya berfikir untuk membawa pembangunan di negeri-negeri pembangkang yang menjadi sebahagian tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Terengganu."Mereka sepatutnya sibuk dengan apa idea pimpinan PH Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri ini, khususnya agensi di bawah PH seperti KETENGAH, FELDA dan lain-lain," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan desakan parti berkenaan dalam kerjasama PAS dan UMNO."Tolong desak Kerajaan PH supaya tunai janji-janji manifesto bagi menunjukkan keikhlasan dalam janji dan menunaikan amanah."PKR Terengganu juga sepatutnya menjadi jaguh untuk menunjukkan keikhlasan memperjuangan kepentingan rakyat dan mendesak Kerajaan Persekutuan membayar hutang-hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri," tambahnya.
29 Jun 19
494
YBEX Latih Belia Kuasai Bidang Usahawan
Wan Sukairi Wan Abdullah.KEMAMAN, 29 Jun - Program Youth Business Expo 2019 (yBEX 2019) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Terengganu berjaya membantu belia di negeri itu menguasai bidang keusahawanan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan program itu memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda menonjolkan bakat serta kebolehan dalam bidang tersebut.Ujarnya, ilmu baharu yang diperolehi juga bakal menguatkan lagi kemahiran mereka untuk menguruskan perniagaan, secara tidak langsung ia membantu mengurangkan masalah sosial dan pengangguran dalam kalangan belia."Program ini sebenarnya telah memberi impak yang sangat besar kepada usahawan-usahawan belia di Terengganu yang berumur 40 tahun ke bawah."Saya sangat berharap agar program ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke daerah-daerah lain supaya manfaat ini turut dirasai oleh usahawan muda yang lain," katanya.Beliawanis yang berjaya dalam 'Youth Deco Challenge'.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup program itu di Dataran Padang Astaka, Chukai, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Zurihanmi Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim dan Pengerusi Majlis Belia Terengganu, Amirullah Othman.Wan Sukairi turut berpesan kepada semua usahawan muda yang baharu dan telah menceburi industri itu supaya mengambil peluang dalam program tersebut untuk membina lebih banyak jaringan perniagaan.Katanya lagi, setiap anak muda perlu bersikap jujur dalam perniagaan jika mahu bergelar usahawan berjaya."Ambil juga kesempatan dalam program ini untuk bertukar-tukar idea, pengalaman serta ilmu yang sepatutnya dimiliki oleh semua usahawan belia dan beliawanis."Dan sudah tentulah contoh usahawan terbaik yang patut menjadi ikutan ialah Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah membuktikan kejayaan baginda menguruskan perniagaan apabila didasari dengan sifat jujur dan amanah," tambah beliau lagi.Bakat anak muda dalam industri E-sport turut dibangunkan.Program yang bermula pada 27 hingga 29 Jun itu menyediakan platform jaringan perniagaan efektif dengan menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan kerajaan serta swasta untuk membangunkan usahawan belia.Selain gerai jualan, pameran produk, idea dan inovasi terkini dalam bidang tersebut turut diketengahkan dalam program itu bagi meningkatkan kreativiti belia.
29 Jun 19
82
'Kejar Kekayaan, Alam Sekitar Jangan Diabai' - Dr Alias Razak
Dr. Alias RazakKEMAMAN, 29 Jun - Kerajaan Terengganu memberi peringatan kepada semua pemain sektor industri di negeri itu supaya mematuhi syarat operasi bagi menjaga kelestarian alam sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, wujud segelintir pengusaha syarikat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kerosakan alam semula jadi.Jelasnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar itu boleh membawa kemusnahan dan bencana kepada manusia itu sendiri."Pelepasan 'efluen' yang tidak mengikut peraturan ditetapkan dan pelupusan haram buangan toksik juga menyebabkan kerosakan di muka bumi ini."Sektor industri digalakkan untuk lebih proaktif menjalankan operasinya dengan penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen bersih dalam proses pengeluaran masing-masing, secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran," ujar beliau.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Sivik Kertih dan Kampung Baru Kemasik, di sini hari ini.Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Ramli Abd Rahman, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A. Bakar, Ketua-Ketua Jabatan serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.Sementara itu, Alias turut menggesa masyarakat agar tidak bersikap acuh tidak acuh terhadap penggunaan bahan peribadi terutamanya dalam aspek pembuangan sampah.Katanya, kerosakan alam sekitar akibat tangan manusia merugikan kerajaan dan rakyat Terengganu sendiri."Masyarakat boleh membantu kerajaan dengan mengamalkan gaya hidup lestari seperti penggunaan alat elektrik yang efisien, mengurangkan penjanaan buangan menerusi konsep Recovery, Recycling, Reuse, Reduction (4R) dan tidak melakukan pembakaran terbuka."Jika ini tidak dijaga, dana ataupun kos yang sepatutnya diperuntukkan pada kebajikan rakyat terpaksa dipotong dan dikurangkan bagi memulihkan kembali kerosakan alam sekitar yang berlaku," tambahnya.
29 Jun 19
481
30 Julai Cuti Am Tambahan Sempena Hari Pertabalan Agong
Foto ihsan - BernamaKUALA LUMPUR, 29 Jun - Kerajaan mengumumkan hari Selasa, 30 Julai 2019 sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Instagram peribadinya, semalam.“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” kata Ismail dalam kenyataan itu.Katanya lagi, perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.“Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing,” tambah beliau.
28 Jun 19
141
RM1.4 Juta Untuk 600 Persatuan Belia Terengganu - MB
KEMAMAN, 28 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk Tabung Pembangunan Belia Terengganu (TPBT) dengan memberi manfaat kepada 600 persatuan belia pelbagai peringkat.Demikian diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim.Sempena hari berkenaan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Belia Sepakat Kampung Tebakang Marang kerana telah merangkul Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan bagi kategori Pertubuhan Belia Tahun 2018."Ucapan tahniah dan syabas juga kepada adik Dailami Daniel Mat Nor dari daerah Hulu Terengganu kerana memenangi Anugerah Khas Kategori Emas Remaja Perdana Peringkat Kebangsaan."Kejayaan ini membuktikan bahawa persatuan belia merupakan satu organisasi yang diberi sokongan oleh kerajaan," jelasnya.Bagaimanapun, beliau berharap agar persatuan belia terus memainkan peranan mereka sebagai sebuah organisasi yang menjadi penyambung antara golongan belia dan masyarakat."Ini bertujuan untuk menghasilkan program-program yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada belia," ujarnya lagi.Sehubungan itu, katanya, dalam usaha membentuk keperibadian diri yang luhur dan terpuji, golongan belia harus mendekatkan diri, mempelajari dan memahami al-Quran dan as-Sunnah serta melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan kesukarelawan."Malah Profesor Yusof Al-Qaradhawi menyatakan pemuda pemudi Islam yang berhemah tinggi adalah mereka yang membaca al-Quran dan mempelajari Sunnah al-Nabawiyyah."Jelasnya, melalui pendekatan diri kepada kitab suci al-Quran, golongan belia akan dapat membentuk sifat mementingkan ilmu pengetahuan, suka beramal dan hidup berjemaah yang kukuh," tambah beliau.
28 Jun 19
35
MOTAC Serah Projek Setiu Wetland Bernilai RM3.6 Juta
Isham dan Iskandar saling menyerahkan dokumen sambil diperhatikan Ariffin.SETIU, 28 Jun - Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyerahkan Projek Pembangunan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland) yang telah berjaya diselesaikan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) bagi meneruskan kelestarian kawasan tersebut.Projek bernilai RM3.6 juta itu merangkumi tiga rangkaian pembangunan iaitu sebuah jeti, pusat mini pelancongan dan medan ikan bakar yang memakan masa hampir dua tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, terdapat dua komponen tajaan dalam pembangunan Setiu Wetland iaitu melalui Petronas dan MOTAC.Jawatankuasa yang dilantik akan mempromosikan Setiu Wetland - Ariffin."Sesi penyerahan dilakukan hari ini berikutan kunjungan MOTAC ke negeri ini walaupun ia belum dirasmikan lagi."Setelah perasmian, insya-Allah kita akan beroperasi sebagaimana dalam perancangan dankerajaan negeri akan mempromosikan serta memastikan ia lebih terjaga dengan jawatankuasa yang akan dilantik," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tersebut di Kompleks Pusat Ekopelancongan Setiu Wetland, Kampung Pengkalan Gelap, hari ini.Setiu Wetland miliki potensi besar untuk dimanfaatkan - Isham.Projek berkenaan diserahkan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Isham Ishak kepada Yang Dipertua MDS, Mohd Iskandar Muhammad Aziz.Turut hadir, pegawai-pegawai tinggi MOTAC serta kakitangan MDS.Setiu Wetland dijangka bakal memberi limpahan manfaat kepada Terengganu dan warga daerah itu khususnya dalam ekopelancongan.Dalam pada itu, Isham berharap, tanah bencah berkenaan akan terus dipelihara dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat seiring dengan kelestarian alam sekitar.
28 Jun 19
142
'Floating Market' Berhampiran 'Drawbrigde' Dijangka Tahun Depan - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ( tengah) ketika diwawancara media di Jalan Sultan Omar semalam.KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Kerajaan negeri akan membina 'pasar terapung' (floating market) berhampiran 'drawbridge' sebagai satu ikon pelancongan baharu di negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pasar terapung yang dijangka dibina berhampiran Muara Sungai Terengganu adalah kesinambungan kepada pusat pelancongan sedia ada termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) dan jambatan angkat tersebut.Katanya, kerajaan negeri mengambil kira beberapa model 'floating market' dari negeri Kelantan dan Hatyai, Thailand untuk disesuaikan dengan negeri Terengganu.Tambahnya, kerajaan negeri juga sedang mengkaji kesesuaian tempat untuk pasar berkenaan supaya para peniaga dan orang ramai mendapat keselesaan sewajarnya di samping menjadi daya tarikan baharu pelancong ke negeri Terengganu.Katanya, kemungkinan besar pasar terapung itu akan diadakan tahun hadapan bergantung kepada hasil kajian tersebut."Tarikh sebenar pasar itu, kerajaan tidak boleh umumkan kerana kajian belum selesai dibuat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dengan perkara tersebut di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.
27 Jun 19
49