Artikel "Semasa" Terkini
Dungun 'Syurga Kaki Pancing' Terengganu
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 1 Julai - Kejayaan program Jelajah Memancing sempena Malaysia Surfcasting Tour: A Journey To Visit Malaysia 2020 baru-baru ini turut mengangkat daerah Dungun sebagai “Syurga Kaki Pancing” baharu di Terengganu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik menyatakan keterujaan apabila semakin ramai kaki pancing tertarik untuk berkunjung ke daerah berkenaan.“Saya melihat ramai yang datang ke Dungun untuk memancing kerana katanya, di sini syurga ikan tenggiri. "Antara lokasi tumpuan adalah kawasan berdekatan Pulau Tenggol dan ramai yang menyewa bot untuk ke sana,” katanya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura itu yang hadir merasmikan acara berkenaaan memaklumkan, program-program seumpamanya akan merancakkan lagi ekonomi tempatan sekali gus berjaya membantu meningkatkan industri pelancongan domestik.Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Nasir Kushairi turut hadir memeriahkan program itu.Tinjauan media di sekitar Pantai Teluk Gadung dan Teluk Lipat juga mendapati, hampir semua homestay habis ditempah dan rata-rata hotel menerima kemasukkan yang tinggi sempena penganjurannya.Malah, rezeki seorang peniaga ais milo kepal juga mencurah-curah apabila beliau berjaya menjual 200 ais kepal bermula dari jam lapan pagi hingga 1.30 petang dengan anggaran pendapatan RM500 untuk setengah hari.
01 Jul 19
531
Turun Had Umur Mengundi : Pemuda PAS Terengganu Setuju Bersyarat
KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun namun meletakkan satu syarat.Ketua Pemudanya, Mohd Nasir Abdul Razak menjelaskan, pelaksanaan pendaftaran mengundi secara automatik apabila cukup umur mengundi adalah syarat yang perlu dilaksanakan oleh Perdana Menteri.Jelasnya, perkara itu sangat penting bagi memudahkan rakyat Malaysia yang layak mengundi terutama pengundi kali pertama melaksanakan tanggungjawab berkenaan.“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lepas, DPPNT melihat kesedaran dan kematangan golongan muda yang cakna terhadap politik sehingga mampu merubah pentadbiran kerajaan.“DPPNT bersetuju usul had kelayakan umur tersebut namun kami mendesak dengan meletakkan syarat bahawa kerajaan Pakatan Harapan perlu melaksanakan pendaftaran secara automatik,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.Tambahnya, DPPNT sangat yakin cadangan tersebut juga akan disokong parti lain sama ada dalam Pakatan Harapan atau Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melihat perubahan dalam negara ini.“Persetujuan itu seiring dengan peredaran zaman yang menuntut pembaharuan dalam arus semasa yang menyaksikan pengundi muda berminat dalam landskap politik tanah air,” katanya lagi.Difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membentangkan usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam sidang dewan rakyat yang bermula hari ini.
01 Jul 19
864
Terengganu Sambut Baik Idea Pembangunan Pelancongan Negeri
Ariffin beramah mesra bersama penggiat pelancongan yang hadir.KUALA LUMPUR, 1 Julai - Kerajaan negeri menyambut baik idea-idea dan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak untuk meningkatkan penjenamaan pelancongan negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan terima kasih atas percambahan pandangan dan respon yang diperoleh."Hari ini, walaupun dengan masa yang terhad, kami dapat mendengar beberapa pandangan dan respon ringkas yang menarik.Tourism Talk tampilkan panel-panel berkredibiliti mengupas potensi pelancongan Terengganu."Kami akan menggunakan pengalaman dan pandangan pakar-pakar pelancongan ini demi pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Beautiful Terengganu sempena Tourism Talk di D'Saji Titiwangsa, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh serta wakil-wakil Tourism Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan.Jamuan turut diadakan bagi meraikan Syawal yang masih ada.Ariffin memberitahu, kerajaan negeri bersedia memperbaiki isu-isu yang diutarakan berkaitan industri berkenaan dalam usaha memaksimumkan sumber negeri sebagai produk pelancongan."Kita juga akan mengadakan bengkel-bengkel dengan memanggil pakar-pakar seperti ini untuk mencambah pandangan dari masa ke masa," katanya.
01 Jul 19
54
Raih RM 1,000 Sehari Hasil Jual Keropok Lekor
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 1 Julai – Seorang peniaga keropok lekor di Wakaf Tapai berjaya meraih pendapatan RM1,000 sehari sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri. Pemilik ‘Peza Keropok Lekor Wakaf Tapai’, Faizal Yunos, 32, berkata, dia tidak menyangka mampu memperoleh hasil sebanyak itu.Katanya, permintaan terhadap keropok lekor meningkat sepanjang tempoh itu dan kebanyakannya untuk majlis rumah terbuka hari raya.“Mula-mula sekali saya menerima tempahan katering adalah dengan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan untuk majlis hari raya DUN tahun lepas, setelah dicadangkan oleh rakan saya sendiri."Bermula dari situlah, tempahan katering seperti ini menjadikan produk saya semakin dikenali dalam kalangan masyarakat sekitar ini,” ujarnya.Dia berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Kampung Jerong Surau, di sini semalam. Menurut Faizal, usahanya untuk menghasilkan keropok lekor berkualiti selepas diuji dengan masalah kewangan empat tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil apabila produknya itu dipuji oleh masyarakat di sekitar Marang.Niatnya juga dalam mencari dan memberi nafkah kepada isteri serta empat orang anak, membuatkan dia terus bersemangat serta berusaha untuk meneruskan perniagaan itu walaupun permulaannya tidak memberikan hasil yang lumayan. “Rasa keropok asli seperti dulu-dulu dengan berkat usaha selama tiga tahun lebih dihabiskan, walaupun permulaan perniagaan saya hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM300 sebulan,” jelasnya lagi. Tambahnya, kini dia bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan yang memperoleh RM300 hingga RM500 sehari pada hari biasa itu dengan membuka sebuah kilang kelak.“Bukan sahaja akan memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang tempatan, malahan akan menjadikannya salah satu produk pelancongan Negeri Terengganu,” tambahnya.Faizal memiliki sebuah gerai di Wakaf Tapai, berdekatan jalan menuju ke Kuala Berang yang beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.
30 Jun 19
834
Isi Borang Bantuan, Jangan Buat Andaian Sendiri - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 30 Jun - Orang ramai yang kurang berkemampuan diharap tidak membuat andaian sendiri berkenaan bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan sebaliknya, bertindak mengisi borang yang disediakan.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menegur sikap sebilangan rakyat yang beranggapan mereka tidak layak untuk mendapatkan bantuan kerajaan sedangkan daripada pandangan mata kasar mereka layak dibantu. "Isi dahulu dan hantar kepada agensi berkenaan contohnya borang E-Kasih ke Pejabat Daerah, Pusat Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)."Mereka ini yang akan menilai dan berkunjung ke rumah untuk tengok keadaan kitaserta meneliti keperluan hidup kita," katanya ketika ditemui Urusetia penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu mengadakan sesi ziarah di Kampung Tok Kah, baru-baru ini.Alias yang juga merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut turut melahirkan kekesalan dengan tafsiran sendiri individu tertentu sehingga menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat.“Disebabkan perkara ini, kerajaan gagal membantu dan bantuan tidak sampai kepada sasaran yang layak. "Sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bantuan untuk rakyat, samada zakat MAIDAM, JKM, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Pembangunan Usahawan dan banyak lagi,” katanya.
30 Jun 19
40
‘Benda Boleh Bincang Kenapa Perlu Menghukum’ - Satiful Bahari
Oleh : Amiirullah Mansor DUNGUN, 30 Jun – Perbincangan secara matang sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, masyarakat perlu mengambil intipati daripada sejarah peperangan Uhud yang jatuh pada bulan Syawal.“Jika timbul satu pemasalahan, kita perlu berbincang atau bermesyuarat sebelum melaksanakan sesuatu keputusan, walaupun dengan isteri kita, kita perlu berbincang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Jamek, Paka, di sini kelmarin.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri menegaskan, tidak semua perkara yang dilakukan dikawal dan tertakluk pada undang-undang atau peraturan dunia.Jelasnya, sebarang tindakan dan tingkah laku kita mestilah berada di garisan yang dianjurkan dalam agama.“Bahkan jika seseorang hakim tersalah melepaskan (hukuman), ia lebih baik daripada tersalah menghukum pesalah,“Kerana kita ada satu lagi mahkamah yang tidak akan terlepas iaitu mahkamah Allah SWT, di akhirat kelak,” ujarnya.Usai kuliah Maghrib, hadirin dijamu dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid berkenaan.
29 Jun 19
52
‘Suasana Pendidikan Sekarang Tidak Sama Macam Dahulu’ - Satiful Bahari
Satiful Bahari Mamat.Oleh : Amiirullah MansorKUALA TERENGGANU, 30 Jun – Perbezaan suasana pendidikan pada zaman ini dengan zaman dahulu telah membawa banyak perubahan dalam cara mendisiplinkan pelajar.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, perubahan ketara itu memerlukan kebijaksanaan warga pendidik untuk mencari langkah terbaik bagi mendidik pelajar. Jelasnya, cara pengajaran yang berkesan bukan hanya tertumpu kepada luaran semata-mata tetapi juga merangkumi pembinaan rohani.“Zaman kita sekolah dahulu guru-guru ni memang garang bahkan lebih garang daripada ayah kita, tetapi harini kita dapat lihat dalam media-media berkaitan guru yang disaman kerana ingin mendisiplinkan pelajar.“Jika isu ini berlarutan, guru itu akan hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi bukan perasaan dalaman (spiritual),” katanyaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kampung Merabang Panjang, di sini semalam.Raiha Azni Abd Rahman.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Beliau yang juga merupakan ADUN Paka mengulas, rakyat negeri Terengganu lebih ramai memilih penajaan PETRONAS berbanding Kerajaan Negeri.“Walaubagaimanapun begitu, kita (Kerajaan Negeri) mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi bantuan bagi penajaan anak-anak Terengganu,” ujarnya.Sementara itu Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Dato' Raiha Azni Abd Rahman yang turut hadir berkata, para pelajar diharapkan dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari nanti.“Semoga penajaan ini dapat membantu kalian menimba ilmu dan mengharumkan nama negeri Terengganu seterusnya menjadi pewaris kepada negara.“Kami (Petronas) memandang tinggi pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta bagi kejayaan anak - anak mereka,” katanya.Dalam majlis itu, seramai 40 orang anak Terengganu yang menerima anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2019 mnerupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 lalu.
29 Jun 19
200
Bicara Darul Iman Medan Kongsi Ilmu - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Kerajaan negeri menganjurkan Bicara Darul Iman sebagai medan perkongsian ilmu antara tokoh-tokoh berwibawa dan peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dalam penganjuran program keilmuan berkenaan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, objektifnya adalah untuk memberi pendedahan, kefahaman dan ilmu-ilmu yang berguna kepada peserta dalam apa jua bidang kerja masing-masing.“Kita kena buka minda untuk melihat dari pelbagai sudut supaya akhirnya apa juga kerja yang dibuat memberi keuntungan dan memudahkan kerja kita,” ujarnya ketika berucap merasmikan program Bicara Darul Iman, hari ini.Program yang memasuki siri kelima itu menampilkan mantan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran khususnya berkaitan dengan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
29 Jun 19
35
Kerajaan Negeri Tidak Haramkan PUBG
KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Kerajaan negeri tidak bersetuju jika permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) diharamkan kerana dikaitkan dengan sentimen keganasan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pihaknya tidak akan mengambil tindakan terburu-buru untuk mengharamkan permainan dalam talian itu yang didakwa banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat.“Setiap teknologi, walaupun boleh membawa keburukan tidak boleh diharamkan dengan mudah sebaliknya perlu melihat kepada penggunaan dan yang penting jangan menggunakan pada tempat yang tidak diizinkan.“Di Terengganu, undang-undang merupakan pendekatan terakhir yang kita ambil kerana bukan semua perkara perlu menggunakan saluran undang-undang dan mahkamah, sebaliknya pendekatan utama adalah melalui pendidikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Jenayah Syariah Di Alam Siber di Hotel Permai.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah negeri, Mustafar Hamzah.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Majlis Ulama Aceh (MPU) yang mengeluarkan fatwa mengharamkan PUBG, seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.Katanya, pendekatan pendidikan yang diambil oleh kerajaan negeri itu adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat sekali gus mampu menghindarkan mereka dari terjebak dengan anasir yang kurang sihat.“Pendekatan yang kita ambil ialah pendidikan. Mendidik masyarakat bukan bermakna kita tolak teknologi kerana yang penting untuk melindungi masyarakat supaya mempunyai jati diri dan kesedaran agar tidak menggunakan ruang yang ada untuk melakukan perkara bercanggah undang-undang,” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri juga sudah berbincang dan melantik jawatankuasa ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu tersebut.
29 Jun 19
34
Tindakan Segera Atasi Masalah Air Bertakung
BESUT, 30 Jun - Masalah air bertakung melibatkan 20 penduduk dan kawasan ladang sawit di Kampung Baruh Keranji akan diambil tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, permasalahan yang berlaku adalah berikutan dua punca."Antara puncanya dikatakan selepas terbinanya dua kawasan sekatan air menyebabkan air lambat keluar dan (mengakibatkan) air melimpah serta bertakung di dalam ladang kelapa sawit berdekatan."Rentetan tersebut menyebabkan puluhan hektar tanaman kelapa sawit tidak dapat mengeluarkan hasil," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang masalah yang berlaku.Menurutnya, beliau telah menerima aduan rakyat daripada penduduk Kampung Baru, Batu Tumboh mengenai saliran air tersumbat di dalam ladang kelapa sawit yang menyebabkan tiada hasil tanam oleh pohon sawit di situ.Kata Nurkhuzaini, setelah diteliti, beliau telah mengenal pasti punca masalah tersebut.Justeru itu, beliau akan mewujudkan jawatankuasa bertindak dalam kadar yang segera dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Besut (MDB), Pejabat Daerah Besut, Jabatan Bomba dan Jabatan Alam Sekitar bagi mencari jalan penyelesaian segera dalam jangka panjang."Insya-Allah saya akan usulkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengurus isu saliran air yang tersumbat di ladang sawit itu."Ia termasuk dengan membuat pembaikan kadar segera supaya memudahkan urusan kerja penduduk yang bekerja di dalam ladang sawit itu," ujarnya.
29 Jun 19
387