Artikel "Semasa" Terkini
Pre-Council Sulung Ahli Parlimen Pembangkang Akhir Jun Ini
Ahmad Amzad (dua dari kanan) di satu Majlis Aidilfitri di Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Ahli-ahli Parlimen PAS dan Barisan Nasional (BN) buat julung-julung kalinya akan mengadakan mesyuarat 'pre-council' di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur 30 Jun ini.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan isu-isu berkait dengan masalah negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), menjelang Persidangan Dewan Rakyat 1 Julai ini."Itu kali pertama 'pre-council' yang menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen daripada PAS dan juga UMNO secara rasmi bagi menangani pelbagai isu rakyat secara bersama."Isu yang dijangka akan dibincangkan termasuk 'inquest' (siasatan kehakiman untuk menentukan fakta yang berkaitan dengan kematian) Adib, Peguam Negara, tuduhan terhadap PAS berkait dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), pengambilalihan empat konsesi lebuhraya melibatkan kewangan yang besar iaitu RM6.2 bilion dan beberapa isu lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.Menurut Ahmad Amzad, pengambilalihan konsesi itu membabitkan perbelanjaan besar dan membebankan rakyat kerana ada di antara lebuh raya itu akan tamat tempoh dalam masa empat tahun lagi."Jadi, ini semua mungkin menjadi latar belakang kepada perbahasan di Parlimen," jelasnya lagi.
27 Jun 19
198
Penyatuan Ummah Mula Bersinar
Hishamuddin (kiri) mengalukan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham (kanan) ke Majlis Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini menjadi medan pertemuan dan cetusan kemesraan antara kepimpinan PAS dan UMNO negeri sekali gus menampakkan penyatuan ummah mula bersinar.Pertemuan di majlis itu menyerlahkan hubungan sebagai rakan politik dengan niat dan hasrat mengembalikan semula kuasa Melayu Islam sebagai teraju kerajaan di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.Masing-masing bertekad mencapai cita-cita murni itu dengan memulakan langkah membina hubungan dan sering bertemu jika ada kesempatan berbuat demikian seperti di majlis berkenaan.Dijangka ada langkah-langkah progresif akan diambil kedua-dua belah pihak untuk merealisasikan hasrat murni itu.Kira-kira 15 ribu tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan parti hadir di majlis tersebut.Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Ismail antara tetamu kehormat turut hadir memeriahkan majlis tersebut.Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan isteri, Hajah Zarani Othman.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan bekas Pegawai-pegawai Kanan Terengganu.Ia diikuti oleh beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO Terengganu termasuk Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Ustaz Ramli Noh.Mereka disambut mesra oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang dan semua kepimpinan parti negeri itu.
27 Jun 19
42
Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu Pertemukan Trio Wakil Rakyat Tepoh
Kemesraan terjalin antara trio wakil rakyat Tepoh, Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan), Ustaz Ramli (tengah) dan Dr Abu Bakar (kiri) di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini mempertemukan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh dengan ADUN kawasan itu, Hishamuddin Abdul Karim.Mereka terdiri daripada Dr Abu Bakar Abdullah (PAS) dan Ustaz Ramli Noh (UMNO).Majlis itu disifatkan sebagai medan pertemuan trio wakil rakyat Tepoh sama ada yang sedang berkhidmat dan yang telah tamat perkhidmatan dengan sebab-sebab tertentu.Sementara itu, Hishamuddin berkata, beliau gembira dapat bertemu dua orang kepimpinan dalam majlis itu.Katanya, walaupun keuzuran, Dr Abu Bakar sentiasa menghadiri majlis yang dianjurkan parti pada saban tahun itu."Bekas ADUN Tepoh, Ustaz Ramli turut serta hari ini dan kedua-duanya menjadi rujukan saya bagi menyelesaikan masalah rakyat."Cuma Dr Abu Bakar agak keuzuran tetapi sentiasa memberi komitmen dan bimbingan kepada saya selama beliau berkhidmat di DUN Tepoh," jelasnya.Dr Abu Bakar yang menghidap angin ahmar hanya berupaya melaungkan takbir "Allahuakbar" tiga kali bagi menyatakan bahawa itu sahaja kemampuan beliau untuk bercakap.Ustaz Ramli ketika turut berucap di majlis itu mengakui pernah bertarung dalam pilihan raya umum dengan Ustaz Hishamuddin dan Dr Abu Bakar."Namun atas dasar taawun, kisah pertarungan politik itu diketepikan demi kebaikan bersama," ujarnya.
27 Jun 19
548
Anak Muda Terengganu Wakili Malaysia Di Rusia
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Anak jati Batu Rakit, Che Wan Mohamad Amierwan Che Wan Md Amin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Skills di Kazan, Rusia pada 22 hingga 27 Ogos nanti.Kejohanan yang dibahagikan kepada 56 kemahiran itu menyaksikan Mohamad Amierwan bakal bertanding dalam acara ‘Wall and Floor Tiling’.Dalam acara tersebut, beliau akan berentap dengan lebih 1,400 profesional muda dari 60 negara di seluruh dunia.Pertandingan dwitahunan itu merentasi pelbagai industri kemahiran sama ada bengkel, seni pakaian, hiasan diri, elektronik dan pembinaan.Ia juga bertujuan menyediakan bakat-bakat baharu dalam sektor industri, kerajaan dan pendidikan.Bahkan turut memberi inspirasi kepada anak muda untuk mendedikasikan diri mereka kepada kerjaya teknikal dan teknologi serta membina masa depan yang lebih baik.
26 Jun 19
148
Walimatulurus Perdana 2019 Bakal Berlangsung 17 Ogos Ini
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Program Walimatulurus Perdana 2019 yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos hadapan akan ditutup permohonannya pada 30 Jun ini.Program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan terbuka kepada rakyat negeri Terengganu yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai karnival perkahwinan dengan pelbagai intensif yang ditanggung oleh YPKT.Walimatulurus Perdana ini dapat membantu pasangan pengantin terutama golongan muda memudahkan proses perkahwinan, membantu meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka dan memperkasakan institusi kekeluargaanOrang ramai yang berminat boleh memuat turun borang melalui portal http://www.ypkt.gov.my/ dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 30 Jun dalam beberapa hari lagi.Antara syarat permohonan mestilah pemohon dan pasangan berumur 18 tahun ke atas di mana salah seorang daripadanya rakyat negeri Terengganu dan pendapatan pemohon bersama pasangan RM3,000 ke bawah manakala pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan pula di bawah RM5,000.Selain itu, pemohon perlu lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.Pasangan pengantin yang berjaya akan diberikan tawaran kepada setiap pasangan pada hari majlis termasuk satu set persalinan pakaian pengantin, wang caruman balik sebanyak RM1,000, khidmat juru nikah serta pakej set perkahwinan (pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
26 Jun 19
414
10,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Perdana Daerah Hulu Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri menunjukkan kepakaran mengoreng mee di Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang semalam.HULU TERENGGANU, 27 Jun - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang diadakan semalam.Pegawai Daerah, Johan Ibrahim berkata, beliau tidak menyangka ia mendapat sambutan yang begitu baik dari semua pihak termasuk jabatan-jabatan yang terlibat.“Untuk sambutan rumah terbuka, kita libatkan 25 jabatan yang ada di daerah ini dengan pelbagai menu pilihan yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari semua pihak termasuk orang ramai yang datang dari segenap lapisan termasuk pemimpin setempat.“Terdapat 30 menu disediakan dan syukur ia mencukupi untuk tetamu yang hadir sejak pagi,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya yang diadakan di Dewan Komunitin Kuala Berang.Johan Ibrahim.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang meluangkan masa hampir satu jam bersama rakyat.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dan ketua-ketua jabatan.Dalam majlis yang sama, seramai sepuluh orang yang terpilih turut menerima sumbangan hari raya berupa barangan makanan daripada Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Sultan Mahmud Kenyir.Tambah Johan, konsep sambutan secara bersepadu merupakan yang terbaik bagi mengelakkan pembaziran termasuk menjimatkan peruntukan."Ia juga mampu mengeratkan silaturrahim dan menjimatkan peruntukan kerajaan negeri kerana setiap jabatan akan mengeluarkan peruntukan mereka sendiri untuk penyediaan menu untuk rumah terbuka perdana ini,” ujarnya.
26 Jun 19
139
Penyokong Beraya Di Stadium, Rai Kemenangan Terengganu FC
Kek 'Durian' turut jadi sajian jamuan raya di stadium.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Hadir menyaksikan pasukan kesayangan dalam suasana hari raya, penyokong Terengganu Football Club (TFC) memiliki cara tersendiri untuk meraikannya.Sebahagian penyokong Sang Penyu hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam tadi dengan persalinan lengkap Melayu.Lebih menarik, mereka turut mengadakan jamuan hari raya di waktu rehat separuh masa serta mengagihkannya kepada penyokong dan pengamal media yang hadir.Persembahan pasukan tambah seri hari raya penyokong.Keraian tersebut juga diserikan dengan kemenangan TFC ke atas Kuala Lumpur dengan skor 3-1.Gol-gol TFC diperolehi menerusi tendangan Lee Andrew Tuck, Mohamad Mohd Faudzi dan Abdul Malik Mat Arif.Beraksi di laman sendiri, TFC mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh liga dengan 23 mata.
26 Jun 19
634
Kaedah Integrasi ‘2 In 1’ Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil
Kerajaan negeri sentiasa rangka jalan untuk tingkatkan ekonomi rakyat- Dr. Azman.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 26 Jun – Kaedah integrasi terus diperkenalkan bagi meningkatkan sumber pendapatan terutama bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) samada untuk pertanian mahupun penternakan secara ‘2 in 1’ dengan memanfaatkan keluasan tanah semaksimum mungkin.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata dengan keluasan yang terhad, kaedah ini amat membantu pekebun kecil yang tidak mempunyai tanah lain.“Disebabkan itu, kita menggalakkan industri sampingan dalam kebun getah atau kelapa sawit samada penternakan ataupun tanaman seperti ayam, lembu, kambing, labu, tembikai dan nenas.“Bagi yang kekurangan modal untuk mengusahakan samada sektor pertanian, penternakan, perikanan dan asas tani boleh dibantu dengan Skim Bantuan Modal Tani,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Besut/Setiu Bhd. kali ke-36 di Peladang Setiu Agro Resort, semalam. Mesyuarat berlangsung lancar dengan kerjasama para peserta.Menurutnya, RM1.183 Juta telah diluluskan kepada lebih 40 orang penerima untuk sektor ini.Antara yang mendapat permintaan tertinggi ialah fertigasi pembenihan kerapu hybrid, penternakan lembu dan kambing, pertanian yang menggunakan polibag, ada sistem perairan yang memanfaatkan keluasan yang paling minimum dengan hasil yang paling baik. “Bila bercakap soal mahu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah ataupun sawit, kita perlu berpijak di bumi nyata, cari di mana mereka ini berada. “Tentu sekali kita tidak mahu mereka berhijrah ke Kuala Lumpur, tukar kerja daripada pekebun kecil jadi nelayan. Biarlah mereka kekal dalam dunianya dengan bantuan yang mampu kita beri. Inilah yang menjadi falsafah kerajaan negeri ,” katanya. Antara peserta yang hadir.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut memaklumkan, terdapat pelbagai program dalam rangka untuk memendekkan rantaian pemasaran terus dari pengeluar kepada pengguna tanpa menjadi mangsa mainan orang tengah yang boleh dimanfaatkan.“Antaranya, jualan terus dari ladang, pasar segar, pasar nelayan dan pasar ternakan. Ini antara program-program yang kita buat untuk mempertemukan terus pengeluar dengan pengguna agar mendapat harga yang lebih rendah. Dalam pada masa yang sama, pengeluar dapat harga yang lebih tinggi.“Kepada petani dan pekebun kita, jangan segan untuk pergi ke Jabatan-jabatan samada Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri kerana terdapat banyak bantuan samada dari kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri untuk kita bantu para petani, pekebun dan rakyat,’’ ujarnya.
26 Jun 19
123
Terengganu Sambut Baik Cadangan Laluan Penerbangan Baharu AirAsia - MB
KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Kerajaan negeri bersetuju dengan rancangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengkaji dan menimbangkan semula beberapa laluan penerbangan baharu di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan, baru-baru ini.Katanya, kerajaan negeri merasakan terdapat keperluan laluan penerbangan baharu di negeri ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain merancakkan sektor pelancongan negeri.“Ada beberapa perkara kita cuba bincang untuk meningkatkan ekonomi Terengganu khususnya termasuk aspek pelancongan negeri yang mana AirAsia juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan laluan tambahan di satu dua destinasi negeri ini.“Ianya dalam pertimbangan dan belum dibuat keputusan lagi yang melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Pulau Pinang, mengadakan kembali laluan Kuala Terengganu ke Johor Bahru dan yang sedang dikaji oleh mereka juga adalah laluan Kuala Terengganu ke China dan saya jangka mereka akan memberi keputusan dalam beberapa bulan lagi.“Kerajaan negeri tidak ada masalah dan sangat menghargai jika ada keperluan dan kepentingan laluan baharu ini untuk meningkatkan jumlah pelancongan dan kemudahan penduduk tempatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Mengenai cadangan untuk mengadakan semula laluan-laluan tersebut, katanya, kerajaan negeri berharap ia dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.“Laluan-laluan ini perlu dipertimbangkan untuk diadakan semula dengan melihat potensi baharu yang ada di Terengganu sekarang ini dengan adanya Drawbridge dan tempat lain termasuk Kenyir dan sebagainya.“Namun, ianya juga perlu kepada kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sendiri untuk merangka dan menawarkan pakej menarik kepada pelancong,” ujarnya.
26 Jun 19
98
Pemilik Rumah Mampu Milik Ingkar Perjanjian Diberikan Notis
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Kerajaan negeri telah mengeluarkan notis menarik balik atau menamatkan sewaan terhadap pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) yang didakwa menyalahgunakan pemberian subsidi itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan di seluruh negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berikutan terdapat aduan segelintir pemilik RMM yang tidak tinggal di rumah itu sebaliknya menyewakannya kepada orang lain, kerajaan negeri melaksanakan operasi pemutihan untuk memastikan rumah berkenaan hanya diberikan kepada mereka yang layak.“RMM sekarang ini agak terhad, memang kita dalam proses merangka untuk menambah rumah mampu milik lagi.“Oleh kerana terhad, tentulah kita mahu rumah yang mereka perolehi sebelum ini adalah rumah yang digunakan dan bukannya rumah yang tinggal kosong dan disewakan pada orang lain.“Kita tidak mahu keadaan itu berlaku, sebab itulah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diarahkan untuk melakukan siasatan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Dr Alias Razak.Sementara itu, Dr Alias berkata, tindakan yang dilakukan oleh PMINT itu adalah prosedur biasa setelah mendapat aduan dari pihak tertentu.“Ia memang prosedur biasa, bila ada aduan khususnya dari bawah tentang rumah tidak didiami contohnya bila orang tengok rumah itu kosong dan gelap, jadi mereka buat aduan kepada agensi kita (PMINT).“Jadi PMINT akan buat siasatan dan mana-mana yang didapati betul sebagaimana aduan itu, kita akan keluarkan notis tetapi masih boleh buat rayuan.“Kadang-kadang ada juga yang tinggalkan rumah itu kerana bekerja jauh. Keluar pagi Subuh dan balik lewat malam dan orang ingat dia tidak duduk di rumah jadi kita akan pertimbangkan kes sebegini,” ujarnya.Katanya, perkara tersebut akan dipanjangkan dalam mesyuarat bulan hadapan untuk dibuat pertimbangan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.“Sekarang ini, kita cuma keluarkan notis kepada pemilik. Bila mesyuarat bulan depan baru dibuat keputusan sama ada rumah mereka ditarik atau tidak, memandangkan kita mempunyai jawatankuasa khas untuk menilai dan menimbang kes ini,” ujarnya.Tambah beliau, notis berkenaan turut dikeluarkan kepada pemilik yang didapati mempunyai bayaran bulanan yang tertunggak.
25 Jun 19
134