Artikel "Semasa" Terkini
13 Ribu Pengunjung Hadir Jamuan Raya Parlimen Dungun
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 Julai - Lebih 13,000 warga Dungun membanjiri Dewan Terbuka Arena Merdeka bagi memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen dan PAS Kawasan berkenaan. Pengarah Program, Mohd Amin Hamid berkata kehadiran orang ramai adalah diluar jangkaan dan melebihi kehadiran pada tahun lepas. " Majlis pun berjalan lancar dengan dibantu 600 petugas untuk persiapan sebelum, semasa dan selepas majlis serta komitmen tinggi mereka sangat saya hargai. " Alhamdulillah, kita menerima banyak sumbangan dan menu yang menjadi tumpuan 'ayam pusing' sebanyak seribu ekor turut ditaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berkenaan , baru-baru ini.Beliau juga berpuas hati dan berkata bahawa majlis kali ini lebih berjaya daripada tahun-tahun sebelumnya termasuklah makanan yang juga mencukupi sehingga majlis berakhirSelain ayam pusing, tetamu turut dihidangkan dengan nasi minyak, satay, apam balik, ais krim dan pelbagai lagi juadah yang disediakan.
02 Jul 19
184
Tolong Cari Anak Saya - Siti Ruziana
Saiful Aiman (dalam bulatan)Oleh: Saifullah JusohBESUT, 3 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai yang terletak di depan rumah mangsa di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut sejak semalam.Saiful Aiman Mohamad, 9, dikatakan keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan kira-kira jam 9 pagi.Ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, berkata anak ketiga dari empat beradik itu tidak ke sekolah sebelum itu dan dia menyedari kehilangan Saiful Aiman apabila tidak melihat kelibat anaknya ketika pulang ke rumah dari tempat kerja malah mulai risau dan cemas kira-kira pukul 7 malam apabila Saiful Aiman masih belum pulang.Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu itu kemudian bersama beberapa ahli keluarga dan jiran telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 11 malam tadi.“Hari ini ada orang beritahu, anak saya dilihat menaiki sebuah teksi bersama seorang wanita warganegara Thailand yang menghala ke arah Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan, pada tengah hari semalam."Ada juga yang mendakwa ada melihat anak saya berada di sebuah kedai Cyber Café di Gertak Seratus jam 5 petang semalam sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil,” katanya ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh di rumahnya, baru-baru ini.Siti Ruziana berkata, tidak pernah Saiful Aiman tidak pulang ke rumah sebelum ini dan dia meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan anaknya.Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berharap agar Saiful Aiman dapat ditemui dengan segera."Saya berharap agar orang ramai dapat membantu bagi mecari adik Saiful Aiman sehingga ditemui."Saya bersimpati dengan apa yang terjadi ini dan berharap agar keluarga adik Aiman sabar dan tabah menghadapi ujian ini,” ujar Azbi.
02 Jul 19
196
Anak Terengganu Jaguh Lumba Kereta
Abdul Halim Abdullah.Oleh Pok AbasKUALA TERENGGANU, 2 Julai - Seorang anak Terengganu bertuah kerana akan mewakili 'Team Malaysia' dalam pertandingan lumba kereta berprestij, Asia Auto Gymkhana Competition (AAGC) Rd1 2019 di Yokjakarta, Indonesia pada 11 Julai ini.Seorang pelumba profesional, Abdul Halim Abdullah, 48, kini mengumpulkan segala keperluan termasuk kewangan dan penajaan bagi menyertai acara tersebut sekali gus berhasrat mengharumkan nama Terengganu dan negara di persada antarabangsa melalui acara tersebut.Beliau yang sebelum ini telah menyertai pelbagai kategori perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu akan menggunakan kereta berjenama Toyota dalam perlumbaan tersebut.Abdul Halim yang juga seorang jurumekanik kenderaan berharap dapat mencapai kemenangan dalam acara itu sebagaimana kebanyakan pertandingan yang beliau sertai sebelum ini."Harapan saya memang nak menang, akan cuba sedaya upaya untuk naikkan nama Malaysia dan Terengganu di persada dunia," ujar beliau.Abdul Halim berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kecil, di sini semalam.Pegawai Penyelidik Menteri Besar, Ustaz Ahmad Kamal Ali menyampaikan sumbangan wang sebagai galakan penyertaan Abdul Halim dalam pertandingan itu.Turut hadir dalam perjumpaan itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Mohd Zaim Azfar Muhamad dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang, Mohamad Umbaidah Tengah.Menurut Abdul Halim, beliau telah banyak kali menyertai acara perlumbaan kereta sejak memulakan karier berkenaan awal tahun 2000."Peringkat awal kita main 'Drag' di Terengganu dan Jempol dan kenangan paling manis apabila muncul juara dan mendapat hadiah lumayan yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, di Indera Mahkota, Kuantan Pahang."Di Thailand pernah dapat juara, pernah menang tempat kedua dan di Singapura pernah dapat nombor tiga dengan kategori open menggunakan jentera Myvi 1.3 auto," tambah beliau.Abdul Halim cukup berminat bidang berkenaan di awal usia muda dengan mernyertai perlumbaan motor 'Cub Prix' dan pernah mengalami kemalangan yang serius sebelum bertukar ke bidang perlumbaan kereta.
02 Jul 19
325
Penghuni Rumah 'Usang' Durian Mas Dapat Perhatian
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 2 Julai - Sebuah rumah usang di Taman Madani, Durian Mas, 53 kilometer dari sini, roboh ketika empat orang penghuninya nyenyak tidur jam lima pagi semalam.Bagaimanapun semua penghuni rumah dua bilik itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggaran kerugian berjumlah RM30 ribu.Serentak itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, beliau telah meninjau keadaan rumah itu dan telah menemui keluarga mangsa seawal jam tujuh pagi semalam."Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan saya telah pun merujuk perkara ini pada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)."Pihak KETENGAH akan bantu mangsa dengan memberi rumah lain untuk sementara waktu, dengan bayaran RM100 sebulan selama setahun, sebelum mendapat rumah baharu," katanya selepas melawat mangsa di taman berkenaan semalam.Sementara itu, ketua keluarga mangsa, Mohd Rohaimi Mohd Yunus, 34, ketika dihubungi berkata, hari ini beliau baru sahaja menerima kunci rumah sementara dan akan berpindah ke rumah berkenaan dalam sehari dua ini."Saya akan pindahkan barang keperluan keluarga saya hari ini dengan bantuan rakan-rakan sekerja untuk persiapan tinggal di rumah itu yang tidak jauh dari rumah usang itu."Kami masih terkejut dengan apa yang berlaku dan semalam kami tidak boleh bercakap banyak dan tidak dapat tidur mengenangkan peristiwa yang berlaku," jelasnya yang bekerja sebagai penggrid buah sawit di Kilang Sawit RISDA Durian Mas, di sini.Bagaimanapun beliau dan keluarga termasuk isteri, Nurul Shakira Mohd Nasir, 25, Muhammad Amirul Aiman Abdullah, 5 dan Nurul Airish Aralyn Mohd Rohaimi, 4 berada dalam keadaan stabil dan redha dengan apa yang berlaku.Buat sementara waktu, beliau sekeluarga tinggal di rumah ayahnya yang berhampiran.Menceritakan semula peristiwa yang berlaku, Mohd Rohaimi berkata, beliau dan isteri yang tidak bekerja terkejut apabila mendengar anak tiri lelakinya (Muhammad Amirul) menangis dengan kuat secara tiba-tiba di bilik bersebelahan.Beliau yang keletihan selepas kerja seharian di kilang berkenaan mendapatkan anak kecil itu dan terkejut dengan keadaan lantai rumah runtuh tetapi lampu elektrik masih bernyala."Saya mengambil masa 10 minit cuba bertenang dan kemudian segera memindahkan semua anak dan isteri saya keluar dari pintu utama dengan perlahan-lahan."Setelah keluar dari rumah itu, saya tinggalkan isteri dan dua anak saya kira-kira 10 meter dari rumah milik bapa saudara saya yang roboh itu untuk memanggil adik ipar saya bernama Shikin yang tidur di rumah bapa saya tidak jauh dari situ," jelasnya.Katanya, dalam masa lima minit pula beliau dan adik iparnya segera mendapatkan isteri dan anak-anak beliau dan selepas itu orang ramai mula datang melihat rumah yang roboh itu dan bertanya peristiwa berlaku.Beliau tidak berupaya menjelaskan peristiwa berlaku kepada mereka ketika itu kerana masih dalam keadaan trauma."Bunyi yang amat kuat seperti bunyi gempa bumi berlaku secara tiba-tiba, ia cukup menakutkan dan mencemaskan tetapi al-hamdulillah syukur kepada Allah kerana kami semua selamat," jelasnya lagi.Rohaimi menambah rentetan dari bunyi yang kuat itu mengakibatkan mereka didatangi jiran tetangga kerana terganggu dengan bunyi bising.Difahamkan bunyi rumah dipercayai milik KETENGAH itu roboh, boleh didengari sejauh 100 meter dari rumah berkenaan.Beliau tinggal di rumah itu lebih tujuh tahun lalu dan tidak pernah berlaku perkara yang tidak diingini sebelum ini."Saya mendiaminya sejak lebih tujuh tahun lalu setelah sekian lama tidak diduduki kerana ayah saudara memiliki rumah lain selepas pencen kerja dengan Syarikat Permint Plywood," jelasnya.Semalam, pihak pengurus kilang tempat Mohd Rohaimi bekerja telah melawat beliau sekeluarga dan bersedia memberi apa-apa bantuan untuk memudahkan urusan mereka.
02 Jul 19
2835
Pesakit Parkinson Dapat Perhatian PKAPKN
Wan Yusrizal mendengar luahan Abdullah sewaktu menziarahinya.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 2 Julai - Warga emas yang menghidap Parkinson sejak 25 tahun lalu, Abdullah Mamat ,60, mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Abdullah yang berasal dari Kampung Banggol Tok Jiring itu, menerima kunjungan pegawai dan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), yang diketuai oleh Wan Yusrizal Wan Shafi’I, di rumahnya, baru-baru ini.Isterinya, Hasnah Mohd Nasir,53, memaklumkan suaminya kini sudah tidak mampu berjalan seperti manusia normal dan perlukan penjagaan yang rapi oleh ahli keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian. Kunjungan PKAPKN bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin. “Beliau juga tidak mahu ditinggalkan sendirian dan mahu ditemani selalu, kerana berasa sunyi,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program Ziarah PKAPKN yang turut mengunjungi tiga lagi keluarga yang diuji dengan kesusahan di kampung berkenaan.Hadir sama, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Zainun Ali.Bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan turut disalurkan oleh Pusat Khidmat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
02 Jul 19
96
Kampung Budaya Terengganu Tambah Seri Drawbridge
Rest & Comfort Boutique Hotel dirasmikan.KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Kampung Budaya Terengganu yang bakal diwujudkan kerajaan negeri akan memeriahkan lagi keindahan dan suasana di sekitar 'Drawbridge'.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri sedang mencari kawasan terbaik berhampiran jambatan angkat untuk membangunkan kampung tersebut yang dijangka menjadi kawasan tumpuan pelancong. Jelasnya, budaya, seni serta produk dari seluruh Terengganu akan dikumpulkan dan dipamerkan di kampung tersebut, sekali gus mengangkat karya anak Terengganu ke peringkat lebih tinggi. “Dalam perancangan kita setakat ini, kita bercadang untuk membina kampung budaya dengan mengambil inspirasi dari Sarawak yang mengetengahkan budaya mereka dengan membina kampung tersebut di kawasan pedalaman.“Di Terengganu, konsep itu kita ambil namun dibina mengikut acuan budaya di negeri ini, contohnya hasil tembaga, batik dan keropok lekor, juga kita kumpulkan tempat-tempat menarik yang ada di Terengganu dan semua budaya yang ada di sini,” ujarnya.Ariffin menegaskan kewujudan kampung budaya bakal meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan Hotel Rest & Comfort Boutique Hotel dan Majlis Hari Raya Muaz Force di Panji Curve Business Park, Panji Alam, di sini hari ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Pengerusi Rest and Comfort Boutique Hotel, Roslan Awang Chik.Mengulas lanjut tentang kampung itu, Ariffin menjelaskan, kampung tersebut adalah berbeza dengan konsep pekan budaya yang sudah dilaksanakan di setiap daerah.Katanya lagi, pekan budaya hanya bersifat sementara seperti persembahan kebudayaan sahaja dan tidak merangkumi seluruh budaya, seni serta produk di Terengganu.“Ia berbeza dengan pekan budaya, pekan budaya ada aktiviti nyanyian, tarian yang dibenarkan dan program-program di semua daerah yang kita ada.“Tapi kampung budaya kita nak buat secara kekal, tak sama dengan pekan budaya yang bersifat ‘on off’, di mana perkampungan yang mengumpulkan semua perkara yang kita nak lihat di Terengganu, kita masukkan semua elemen itu,” tambah beliau.
02 Jul 19
1106
Dr Samsuri Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Hal Ehwal Ekonomi
KUALA TERENGGANU, 2 Julai- Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri Majlis Silaturahim Aidilfitri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi beliau di Selangor, semalam.Turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Kerja Raya, Baru Bian; Duta Amerika Syarikat, TYT Kamala Shirin Lakhdhir; Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.Dr Ahmad Samsuri turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jemputan tersebut.“Semoga ukhwah terjalin membawa kebaikan khususnya buat rakyat Terengganu,” katanya seperti yang dipetik dalam laman sosial Facebook rasminya.
01 Jul 19
432
Sekolah Menengah Teknik Terengganu Harum Nama Negara Di Mata Dunia
KUALA NERUS, 2 Julai - Terengganu terus mengungguli carta dalam bidang pendidikan apabila Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT) mengharumkan nama negara dengan kemenangan pingat emas di pertandingan 'International Science and Invention Fair' di Bali, Indonesia.Pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 25 Jun itu berjaya menjadi platform pelajar SMTT menonjolkan potensi diri mereka di peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan keupayaan anak Terengganu di persada dunia.‘Flat Earth Smart Kit’ hasil ciptaan lima pelajar iaitu Zureen Sofea Zairon, 16, Khairul Adha Azmin Arifin, 16, Muhammad Amir Hakim Radin, 16, Wan Muhammad Haikal Wan Kamri, 16, dan Muhammad Muqarrabin Muhammad Rushdi, 16, berjaya menerima pengiktirafan pingat emas dan menewaskan wakil dari 10 buah negara.Pengetua SMTT, Mohd Nasri Abdullah berkata, beliau tidak pernah menjangka akan memenangi pertandingan itu dan amat berbangga dengan pencapaian sekolah tersebut apabila berjaya menerima pingat emas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.“Hasil ciptaan dikenali sebagai Flat Earth Smart Kit dalam bentuk permainan yang selari dengan pembelajaran abad ke-21 yang merupakan cetusan idea guru dan pelajar SMTT ini dibantu banyak pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMTT serta Politeknik Kuala Terengganu.“Atas komitmen diberikan semua termasuk komuniti sekitar, ia memberikan kami keyakinan tinggi dan akhirnya membuahkan kejayaan,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama ManisFm, di sini hari ini.Sementara itu, guru pembimbingnya, Zainorashikin Abdul Rahman pula berkata, kejayaan dalam penyertaan kali pertama itu diharap dapat dijadikan suntikan semangat kepada pelajar SMTT untuk terus meraih kejayaan cemerlang pada masa akan datang."Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh tuan pengetua (Mohd Nasri). Beliau telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa inovasi ini melalui subjek Matematik dengan tajuk bumi sebagai sfera."Flat Earth Smart Kit ini merupakan produk memudahkan pelajar untuk mengira beza sudut antara dua titik pada permukaan bumi dan sistem yang dicipta itu turut dilengkapi dengan sistem hologram," katanya yang juga terpilih sebagai juri terbaik kejohanan.Lebih utama, kata Zainorashikin, Flat Earth Smart Kit merupakan bahan bantu mengajar yang boleh dimainkan oleh semua peringkat pendidikan yang mana konsep asalnya bertemakan Matematik.
01 Jul 19
1687
Derita Anak Syurga Dapat Perhatian
Murliati bersama anak syurganya Siti Zulaikha Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 2 Julai- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami Siti Zulaikha Mohd Zul Azri, 5, kanak-kanak comel yang disahkan sindrom down dan celebral palsy sejak lahir.Ibunya, Murliati A. Bakar, 32, berkata doktor mengesahkan Zulaikha menghidap penyakit berkenaan selepas lima hari dilahirkan kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada susu khas dan lampin pakai buang bagi meneruskan hidup.“Walaupun dilahirkan tidak seperti anak-anak normal, tetapi menjaga anak syurga, Siti Zulaikha amat mengujakan dan sentiasa memberi reaksi positif setiap apa yang diajar kepadanya."Dia sangat suka berkawan walaupun terlantar dan kalau di majlis orang ramai dia nampak seronok malah datuknya pun ajar juga dia bertatih… dia memang suka sangat, " katanya.Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima bantuan dari Tabung Darul Iman (TDI) di Kampung Baru, Kuala Abang, baru-baru ini.Murliati turut melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri melalui TDI membantu anak syurganya dengan sumbangan berbentuk susu khas dan lampin pakai buang ."Sumbangan itu memang sangat membantu, (apa lagi) sayapun menjaganya sepenuh masa," ujarnya yang sebelum ini bertugas sebagai guru tadika. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata kerajaan negeri menerusi TDI sentiasa berusaha membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga pesakit termasuk anak-anak syurga."Walaupun tabung berkenaan tidaklah mempunyai banyak sumber kewangan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, bantuan tetap diteruskan," jelasnya. Sementara itu, seorang lagi penerima, Adik Muhammad Ardani Mohd Suhaimi, setahun enam bulan yang menghadapi masalah penafasan turut menerima bantuan susu khas. Menurut ayahnya, Mohd Suhaimi Abd Rahman, anaknya menggunakan mesin untuk bernafas akibat paru-paru lemah kesan daripada jangkitan kuman. "Dengan bantuan susu secara bulanan ni, dapatlah meringankan perbelanjaan," katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan untuk menjaga anak kecil tersebut.
01 Jul 19
107
600 Anak Perantau Terengganu Dirai - Wan Sukairi
Oleh: Wan Luqman HakimSHAH ALAM , 1 Julai - Kira-kira 600 anak Terengganu di perantauan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Syeksyen 7, Shah Alam Selangor.Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan AbdullahWan Sukairi berkata, program tradisi itu bertujuan mendekatkan kerajaan negeri dengan anak-anak Terengganu di perantauan untuk sama-sama merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang lebih santai dan mesra.“Sebagai suatu isyarat bagaimana kerajaan negeri sentiasa mengharapkan hubungan antara anan-anak di perantauan dan kerajaan negeri di seluruh negara ini berada di dalam keadaan yang baik, walaupun anak perantauan berada jauh daripada negeri tetapi mereka tetap ada peranan dan tugas masing-masing yang perlu diberikan kepada kepimpinan negeri."Dan bagi merapatkan lagi hubungan ini, kita akan adakan perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil mereka dan beri idea dalam forum lebih kecil untuk sama-sama sumbang saran pandangan dalam membantu pentadbiran negeri."Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak perantauan ini akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan Terengganu dan kita lihat bagaimana pencapaian boleh ditambah baik selepas itu," katanya ketika berucap di majlis tersebut, baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Maliaman Kassim dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Mat Daik Mohamad.
01 Jul 19
346