Artikel "Semasa" Terkini
RM20 Ribu Bagi Baik Pulih Rumah Dhaif
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 5 Julai -Sebanyak RM20,000 dilluluskan bagi membantu membaikpulih sebuah rumah dhaif yang dihuni satu keluarga di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, peruntukan itu bagi menambah bilik dan tandas di rumah keluarga tersebut.“Pertama sekali kita ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Ajal yang prihatin dengan keluarga Mahizan Mansor yang mempunyai empat anak perempuan mereka terpaksa berkongsi satu bilik dengan keadaan tandas pula berada di luar rumah.“Alhamdulillah, bila kita turun dan lihat kedaifan keluarga ini dan saya meluluskan bantuan RM20,000 untuk menambah bilik dan membaikpulih rumah dengan bilik air supaya mereka merasa lebih selamat dan selesa, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Terengganu, Penghulu Mukim dan Juruteknik Pejabat Daerah Hulu Terengganu (PDHT), baru-baru ini.Turut hadir, Penghulu Mukim Hulu Berang, Khairul Anuar Musa, Pegawai JKM Hulu Terengganu, Norazmy Adenan, Pegawai Khas ADUN Ajil, Ahmad Furqan Ismail dan Pengerusi MPKK Pengkalan Ajal, Safari Ishak,Sementara itu, Norazmy Adenan berkata, JKM akan meneliti keperluan dan bantuan susulan yang akan diberikan kepada keluarga ini memandangkan ada anak mereka yang masih bersekolah.“JKM akan datang semula ke rumah ini dan kita akan lihat keperluan bantuan sebab kita sedia maklum ada empat orang anak yang masih bersekolah.“Jadi kita akan datang semula untuk menyemak keperluan dan akan memaklumkan bantuan kanak- kanak kepada ibubapa mereka, jelasnya.
05 Jul 19
253
Kursus Pengucapan Awam Bina Keyakinan - Dr Alias Razak
Para peserta kursus bergambar bersama Dr. Alias dan Kamaruzzaman.KUALA NERUS, 4 Julai - Kemahiran pengucapan awam merupakan antara elemen penting yang perlu dimiliki oleh kakitangan kerajaan yang berurusan dengan masyarakat secara langsung.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Alias Razak berkata, kerajaan negeri memiliki banyak maklumat tetapi memerlukan barisan hadapan yang bertindak sebagai penyampai yang baik kepada rakyat.“Walaupun ada media sosial dan medium maya, kita tidak boleh meninggalkan amalan turun menyantuni rakyat secara langsung dengan penuh keyakinan.“Lihat sahaja orang yang berniaga di Pasar Payang, barang jualannya rata-rata sama tetapi gaya bahasa, penyampaian operator membezakan hasil jualan masing-masing dan pengunjung yang datang,” katanya ketika berucap dalam perasmian penutup Kursus Pengucapan Awam Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Auditorium, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini. Kursus bantu petugas sampaikan maklumat dengan gaya bahasa dan keyakinan lebih baik- Dr. Alias.Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengarah i-MiTS, Kamaruzzaman Abdullah, Pegawai Eksekutif Kompleks Sukan, A. Zulkifli Muhammad dan Ketua Penyelia i-MiTS Kuala Nerus, Jusoh Ngah.Seramai 171 peserta daripada kakitangan i-MiTS terutama dalam bahagian-bahagian yang melibatkan belia, khidmat masyarakat dan kaunter hadir bagi menambah ilmu berkenaan pengucapan awam yang julung kali diadakan jabatan berkenaan.Dr. Alias mewakili kerajaan negeri turut berharap supaya ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan mengukuhkan hubungan antara dua komponen itu.“Jangan malu jika kurang mahir, sebaliknya berlatih sehingga dikurniakan Allah SWT kemahiran tersebut, insya-Allah, apa yang keluar daripada mulut kita adalah cerminan dari hati kita,” katanya. Kamaruzzaman rancang lebih banyak kursus bagi pertingkat kemampuan i-MiTS.Dalam pada itu, Kamaruzzaman sempat memaklumkan, i-MiTS dalam pemerkasaan.“Bermula tahun lalu, kita telah mengadakan motivasi untuk pelajar sederhana dan bermasalah di mana ia mendapat sambutan baik sepanjang dianjurkan.“Seterusnya, kita merancang kursus Teknologi Maklumat (IT) supaya petugas kita memiliki kepakaran dan menguasai alam maya,” katanya.Katanya, Dr. Azhar Yaakob akan melaksanakan modul mendekatkan masyarakat kepada al-Quran.“Bagaimanapun, kita akan pastikan semua kakitangan i-MiTS melalui modul ini dahulu sebelum disampaikan kepada masyarakat,” katanya.
04 Jul 19
210
Halim Tekad Julang Nama Negara
Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri akan membantu meringan dan memudahkan urusan Halim dalam bidang itu.KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Anak jati Terengganu, Abdul Halim Abdullah, 48, berazam untuk mencipta kejayaan dalam kejohanan lumba kereta berprestij, Asia Auto Gymkhana Competition (AAGC) Rd1 2019 di Yokjakarta, Indonesia yang berlangsung 11 Julai ini. Abdul Halim yang mewakili ‘Team Malaysia’ dalam pertandingan peringkat antarabangsa itu meletakkan sasaran untuk mencapai kedudukan yang terbaik bagi menebus kehampaan pada kejohanan lepas.Katanya, aksi ‘pemanas badan’ yang disertainya di Sepang sebelum berangkat ke Indonesia akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperbaiki segala kekurangan yang ada.“Kami memang letakkan target tertentu, pada pusingan terdahulu kita berjaya berada di kedudukan yang baik, namun berlaku sedikit masalah teknikal pada saat akhir menyebabkan kami tercicir mata, jadi kami akan tebus balik.“Manakala dalam kejohanan Asia itu sebelum ini, kami berjaya berada pada kedudukan ketiga daripada 16 buah negara di Asia, jadi pada kali ini kami harap untuk meningkat ke kedudukan lebih tinggi,” ujarnya.Halim bersama keretanya.Halim berkata demikian ketika ditemui media selepas dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di kediamannya di Kampung Bukit Kecil, di sini hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi berkata, pencapaian membanggakan Abdul Halim Abdullah, 48, dalam beberapa siri perlumbaan kereta peringkat antarabangsa sebelum ini akan memberi inspirasi kepada anak muda khususnya di Terengganu.Kata beliau, kejayaan mewakili ‘Team Malaysia’ dalam pertandingan lumba kereta, adalah pencapaian terbaharu yang cukup membanggakan dan wajar diberi pujian. Justeru, kerajaan negeri akan membantu menyalurkan bantuan kewangan.“Insya-Allah kita akan memberikan apa yang diperlukan oleh pelumba yang mewakili negeri dan negara ini bagi melancarkan lagi aktiviti dan perjalanan karier mereka.“Mudah-mudahan kejayaan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain dalam mencapai impian dalam hidup masing-masing dan semoga ia juga mampu menaikkan nama negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang rakyatnya cemerlang dalam bidang sukan permotoran,” tambah beliau.Kejayaan-kejayaan yang pernah diraih Halim.Abdul Halim cukup berminat dalam bidang permotoran di awal usia muda dengan mernyertai perlumbaan motor 'Cub Prix' dan pernah mengalami kemalangan yang serius sebelum bertukar ke bidang perlumbaan kereta.Dia yang pernah menjadi juara dalam beberapa kejohanan seperti di Thailand, Singapura memulakan karier itu sejak tahun 2000.
04 Jul 19
204
Kepayahan Hidup Harun Dapat Perhatian YB
Harun terharu dengan sumbangan dan perhatian yang diberikan.Oleh : Nizam At-TakiriKUALA NERUS, 3 Julai - Penduduk Kampung Tuan Mandak, Harun Draman, 64, yang terus dihimpit masalah kewangan mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali.Pegawai Khas yang mewakili Dr Khairuddin, Wan Yusrizal Wan Shafi’i berkata, Harun tidak mampu lagi bekerja sejak dua tahun lalu kerana diuji dengan masalah di bahagian tulang lutut.Katanya, Harun yang sebelum ini bekerja sebagai buruh telah diberikan bantuan bagi mengurangkan penderitaan keluarganya.“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi membantu mereka mengharungi kehidupan seharian,” jelasnyaBeliau berkata demikian semasa menziarahi keluarga Harun di kampung berkenaan, di sini semalam. Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohd Faudzi Wan Harun.Semetara itu, menurut Harun, keluarganya turut dibantu oleh anak-anak yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan.“Hidup saya sekeluarga sekarang bergantung kepada dua orang anak saya yang berniaga air tebu dan seorang lagi bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Batu Enam,” ujar Harun.
04 Jul 19
48
'Ubi Muda' Terengganu Laung Amaran Kebangkitan
Skuad Terengganu FC IV. Foto ihsan We Bleed Black And White.KUALA NERUS, 4 Julai - Skuad Terengganu FC IV (TFC IV) melaungkan amaran untuk terus bangkit selepas kekalahan pertama tempoh hari.Pemain utama pasukan TFC IV, Faris Ikhmal Mamat, 19, berkata, tewas kepada Selangor B-19 selepas 15 perlawanan menyedarkan mereka untuk sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.Ujarnya, walaupun masih menghuni tangga teratas kumpulan B dalam saingan Piala Belia 2019, skuad ‘ubi muda’ Terengganu itu akan terus berwaspada dengan ancaman pasukan lain.“Selepas ini kami akan menentang pasukan Pulau Pinang B-19, kami berharap agar kami dapat meningkatkan motivasi dan terus bangkit untuk mencipta kejayaan.“Semoga kekalahan pertama baru-baru ini kepada Selangor mengajar dan menunjukkan beberapa kelemahan yang perlu kami baiki sebelum berdepan Pulau Pinang pada 7 Julai,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri bersama Atlet Terengganu di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini hari ini.Faris Ikhmal Mamat.Bercakap tentang skuad 'abang', Terengganu FC I, Faris berharap agar pasukan kendalian Nafuzi Zain itu meneruskan rentak kemenangan.Selepas berjaya menidakkan cabaran Kuala Lumpur baru-baru ini, semangat untuk merebut tangga teratas liga super pastinya meningkat.“Kepada TFC 1, semoga terus mencipta kemenangan, buat yang terbaik, atas padang pemain mesti melaksanakan segala arahan jurulatih,” tambah faris.Untuk rekod, TFC IV berjaya mengutip 40 mata daripada 15 perlawanan sekaligus berada di tempat pertama kumpulan B meninggalkan Perak di tangga kedua.Manakala dalam kumpulan A, pasukan PKNS FC B-19 terus menjarakkan diri daripada UITM FC B-19 dengan mengumpul 33 mata.
04 Jul 19
210
Generasi Muda Perlu Warisi Pembuatan Songkok Tradisional
KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Pembuatan songkok tradisional kini semakin hilang ditelan zaman memandangkan tidak ramai belia dan anak muda yang berminat untuk mempelajari kesenian dan ilmu pertukangan tangan itu.Perkara tersebut diakui pembuat songkok tradisional, Adnan Husain yang meluahkan kebimbangan seni membuat songkok tradisional akan pupus ditelan zaman memandangkan kemahirannya tidak diwarisi generasi muda.Beliau berpendapat, satu usaha berbentuk kursus perlu dilakukan kerajaan untuk mempertahankan seni warisan tersebut sekali gus menarik minat generasi muda menceburi bidang seni halus tersebut yang berpotensi besar untuk diketengahkan.“Proses pembuatan songkok memerlukan kemahiran dan saya sangat berbesar hati sekiranya kerajaan negeri melalui jabatan berkaitan dapat menganjurkan kursus pembuatan songkok supaya ilmu pembuatan songkok ini dapat diperluaskan.“Saya sedia memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan anak muda di mana-mana pusat kemahiran jika ada yang berminat bagi meneruskan warisan dalam pembuatan songkok tradisional,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui di Kedai Songkok Warisan miliknya di Kampung Losong Masjid, semalam.Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri diharap mengambil inisiatif mengadakan kursus jangka pendek sebagaimana kursus- kursus lain yang ada di pusat kemahiran sekarang.“Tidak ramai anak muda yang berminat untuk buat songkok. Itulah perkara yang amat mendukacitakan saya. Kalau boleh, pihak kerajaan negeri dapat menganjurkan kursus jangka pendek tentang pembuatan songkok seperti kursus jahitan pakaian dan sebagainya.“Pada saya, jika peserta sudah ada asas menjahit, dalam tempoh lebih kurang enam bulan cukup untuk mereka menguasai kemahiran menjahit songkok tradisional. "Perkara ini perlu diberi perhatian agar kita dapat mencari lebih ramai pengganti pembuat songkok tradisional agar ia tidak lesap ditelan arus zaman,” ujarnya.
04 Jul 19
1169
Kursus Jahitan Buka Peluang Suri Rumah Jana Pendapatan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 4 Julai- Seramai 56 peserta yang mengikuti Kursus Jahitan Komuniti anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) cawangan Dungun berjaya menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang tersebut.Pegawai YPKT Cawangan Dungun, Farrah Noor Faradhila M. Zuki berkata, peserta diharap dapat menggunakan sebaiknya ilmu jahitan yang dipelajari termasuk berupaya membuka perniagaan dalam bidang tersebut suatu hari nanti.Menurut beliau, sebelum ini Kelas Jahitan Komuniti beroperasi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi terpaksa dihentikan memandangkan tiada tempat yang sesuai di Paka dan Bukit Besi."YPKT melihat kesesuaian tempat dari segi keselamatan dan permintaan penduduk setempat, jika tidak menepati syarat ditetapkan, kita akan cari tempat lain.“Kursus yang dianjurkan ini diharap dapat membantu lebih ramai wanita khususnya yang ingin menjadikan kemahiran menjahit sebagai sumber rezeki,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Asas Jahitan YPKT sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri YPKT Dungun yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun di Dewan Perpustakaan Awam Dungun, baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan YPKT, Kamarulzaman Awang.Sementara itu, seorang peserta Norhabshah Baharom, 33, yang menyertai kursus jahitan asas itu gembira kerana dapat menamatkan kursus yang bermula Januari lalu itu dengan mempelajari pelbagai teknik menjahit. Norhabshah bersama tiga sahabatnya Syarul Akma Khozai,32, Fairus Hanim Awang, 29, dan Rozana Mohd Rasid, 29 yang telah lama memendam hasrat untuk belajar menjahit akhirnya berjaya memiliki Sijil Asas Jahitan YPKT selepas mengikuti Kelas Jahitan Komuniti DUN Paka."Terima kasih kepada YPKT Cawangan Dungun, setelah sekian lama menanti akhirnya Kursus Jahitan Komuniti diadakan berhampiran tempat tinggal kami."Sebelum ini kelas jahitan hanya diadakan di YPK bandar Dungun, memanglah jauh kami hendak ikut serta memandang kami ada anak kecil dan ada yang bekerja."Bila kami mendapat tahu ianya telah dibuka di Paka, cepat-cepat kami daftar. Dengan hanya pendaftaran RM 150, dan bulanan sebanyak RM10, memang murah dan berbaloi, sebab kami tidak tahu langsung tentang menjahit," celah rakannya Fairus Hanim. Sementara itu, seorang pelatih daripada Kelas Jahitan Komuniti DUN Rantau Abang, Puteri Sofiah Muhammad Ansari, 20, memberitahu, memandangkan yuran pendaftaran dan bulanan yang tidak membebankan menyebabkan dia yang meminati bidang jahitan turut mengambil kesempatan mengikuti kelas tersebut."Saya sedang tunggu panggilan daripada UPU untuk melanjutkan pelajaran, jadi sebagai mengisi masa, saya ambil kelas ini, nanti boleh juga tolong ibu menjahit," ujar pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) itu.
03 Jul 19
481
Golden Pharos Glass Menang Anugerah Brand Laureate 2018/2019
Kuala Lumpur, 4 Julai – Golden Pharos Glass Sdn Bhd (GP Glass), anak syarikat Golden Pharos Bhd, berjaya memenangi anugerah Brand Leadership dalam acara berprestij Brand Laureate 2018/2019.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad, Dato’ Nadza Abdul berkata kemenangan GP Glass mendapat anugerah tersebut merupakan satu pengiktarafan yang tinggi terhadap kualiti produk yang dihasilkan.Jelasnya, syarikat pengeluar kaca anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu memenangi anugerah dalam kategori Manufacturing Laminated and Tempered Glass.“Ini jelas membuktikan bahawa GP Glass adalah jenama produk kaca yang terkenal lagi dipercayai.“Kami yakin dengan pengiktirafan yang diberikan ini mampu membuka peluang kepada GP Glass untuk pasaran yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Golden Pharos Berhad hari ini,Anugerah tersebut diterima oleh Dato’ Nadza Abdul yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Asia Pacific Brands Foundation Tan Sri Rainer Althoff dan Presidennya Dr KK Johan.Sementara itu, Pengurus Besar GP Glass, Stanley Lau Chan Ming berkata penganugerahan yang diterima ini sudah mencapai satu lagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Kumpulan GPB terhadap syarikat tersebut.“Kami akan terus melihat ke hadapan untuk memastikan syarikat ini akan dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar yang lain bagi menjana keuntungan yang berpanjangan kepada syarikat dan Kumpulan GPB amnya,” katanya lagi.
03 Jul 19
655
Jadikan Masjid Dan Surau Tempat 'Lepak' Anak Muda
Mohd Fazil menyampaikan hamper kepada jemaah bertuah.Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS, 3 Julai - Surau dan masjid di dalam negeri Terengganu perlu lebih kreatif untuk menarik minat anak muda mendampingi institusi tersebut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab mengingatkan, ahli jawatankuasa (AJK) surau dan masjid perlu mewujudkan suasana mesra yang mampu menjadikan masjid dan surau tempat ‘lepak’ golongan muda. "Kita perlu sediakan pelbagai bahan atau aktiviti menarik sebagai tanda keramahan kita kepada golongan ini untuk mendekati masjid dan surau.Masjid dan surau perlu jalin kemesraan bersama anak muda - Mohd Fazil."Antara contohnya ialah dengan mengadakan pelbagai bentuk pertandingan seperti memancing, futsal, bola jaring dan sebagainya,” katanya ketika memberikan ucapan sempena rumah terbuka Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang di Surau An-Nur, semalam.Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Muda Abdullah.Mohd Fazil juga mencadangkan kepelbagaian aktiviti untuk menjentik kemesraan kepada anak-anak muda.Majlis rumah terbuka berkenaan dianjurkan MPKK untuk mengeratkan hubungan antara ahli 'qaryah' selain meraikan Syawal yang berbaki..
03 Jul 19
335
PAS Terima Baik Pengisytiharan Harta
Haji Ahmad Amzad Hashim.KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Setakat ini semua kenyataan dari PAS memang menerima baik pengisytiharan harta. Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, kenyataan-kenyataan ini boleh dilayari di internet serta media massa. "Banyak kenyataan (dibuat) termasuk kenyataan daripada YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu dan YAB Dato’ Haji Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan."Cuma menurut usul yang dibawa kelmarin (Isnin) jelas menunjukkan kesannya terhad dalam lingkungan Kuasa Speaker Dewan Rakyat kerana ada yang boleh memanipulasi proses."Misalnya YB Jelutong yang memindahkan dulu harta ke pihak ketiga sebelum isytihar harta seperti dijelaskan oleh Dato Liew Vui Keong, Menteri Undang- Undang ketika sesi penggulungan kerana itu pengisytiharan menunjukkan aset dia tiada," ujarnya.Tambah pula katanya, ada beberapa perkara yang dipohon untuk diperhalusi misalnya keselamatan keluarga Ahli Parlimen jika aset mereka didedahkan kepada orang ramai kerana wujudnya manusia yang jenis cemburu dan dengki tidak dapat melihat orang mempunyai lebih harta dari mereka."Disitulah timbul soal YB Kubang Kerian Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membaca hadis di mana tak digalakkan memberitahu orang ramai nikmat yg Allah berikan kerana ada yang sifatnya pendengki," ujarnya ketika mengulas usul parlimen mengenai pengisytiharan harta di kalangan ahli parlimen, di status facebooknya semalam.Tambahnya lagi pada asasnya , kewajipan mengisytiharkan harta sepatutnya hanya kepada mereka yang diberi kuasa eksekutif kerana terdapat ruang untuk melakukan rasuah. "Mereka itu ialah para Menteri , Timbalan Menteri serta mereka yang memegang jawatan dalam Kerajaan."Usul untuk mewajibkan semua sekali Ahli Parlimen dikatakan bertujuan memberikan persepsi kepada rakyat bahawa ahli politik Malaysia adalah telus."Walhal yamg lebih penting adalah kerajaan jangan melakukan perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka rakyat misalnya campur tangan dalam pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan yang berakhir dengan pengguguran kes rasuah berkenaan," jelasnya.Menurut beliau Ahli Parlimen Pembangkang tiada mempunyai kuasa dalam membuat apa-apa tindakan membabitkan pengurusan negara. Katanya, peruntukan setiap Ahli Parlimen Pembangkang cuma RM100 ribu setahun berbanding RM3.8juta yang diperoleh setiap Ahli Parlimen Kerajaan."PAS meminta sedikit masa dengan memasukkan sebagai satu peruntukan undang undang melalui pindaan akta di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Itu lagi kemas dan ada sumber kuasa."Kalau cuma setakat di Parlimen, Ahli Parlimen yang kaya raya boleh buat bermain main dengan tidak mengisytiharkan harta mereka. "Paling teruk hukuman yang mereka ini akan hadapi adalah dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen yang setakat boleh menggantung kehadiran mereka ke mesyuarat Dewan Rakyat sahaja," ujarnya lagi.
02 Jul 19
69