Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Siasat 417 ‘Lokasi Panas’ Disyaki Tercemar
Dr. Alias ketika ditemui baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) giat melakukan siasatan ke 417 ‘lokasi panas’ yang disyaki tercemar dikhuatiri terdapat sisa buangan toksik bagi mengelakkan tragedi pencemaran Pasir Gudang berlaku di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak memaklumkan, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenal pasti lokasi-lokasi disyaki berlaku pembuangan toksik dan pencemaran kimia menggunakan satelit di seluruh negara. “Bagaimanapun, sebahagian siasatan yang telah dilakukan PBT mendapati tiada bahan buangan dan sisa kimia dikenal pasti sebaliknya terdiri daripada kawasan kandang-kandang lembu, penyimpanan baja dan sebagainya.“Surat makluman perkara ini kita terima pertengahan bulan lalu dan hujung bulan lepas tindakan telah diambil secara segera untuk mengenal pasti lokasi-lokasi ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman di Kuala Nerus, baru-baru ini.Beliau turut menambah, kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau perkembangan tersebut.“Kita akan tubuh satu jawatankuasa khas berperanan mengesahkan kawasan-kawasan panas yang dilaporkan serta penguatkuasaan kawalan bahan buangan sisa kimia secara berkala.“Walaupun belum wujud secara rasmi, siasatan berkaitan perkara ini telah mula dilaksanakan dan setakat ini, semuanya didapati bukan bahan kimia,” katanya.Berkaitan kejadian pencemaran bahan kimia di selatan tanah air yang kini telah berulang sebanyak dua kali, Dr. Alias menegaskan, ia merupakan tragedi yang perlu diberi perhatian serius.“Pencemaran mungkin berpunca daripada amalan pengilang-pengilang kita yang sering mengambil kesempatan di atas kelonggaran penguatkuasaan.“Bagi negeri ini, penguatkuasa kita buat pemeriksaan berjadual sebagaimana kebiasaannya dan sejak berlakunya kejadian tersebut, kita telah mengetatkan penguatkuasaan dari masa ke masa,” katanya.
07 Jul 19
38
Pelajar TATiUC Hasilkan About Skin Mini Hand Care Kit
Para peserta persidangan merakamkan gambar kenangan bersama Satiful Bahri.Oleh: Amiirullah MansorKEMAMAN, 7 Julai - Kolej Universiti TATI (TATIUC) berjaya mengetengahkan produk kosmetik ‘About Skin’ Mini Hand Care Kit yang dihasilkan pelajar-pelajarnya.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, produk berkenaan dicipta hasil penyelidikan yang diperolehi sepanjang Persidangan Antarabangsa Internationall Conference On Engineering Technology (ICET) serta persidangan-persidangan lain yang disertai kolej berkenaan.“Apabila satu-satu ‘conference’ (persidangan) sebegini diadakan, kita mampu wujudkan sesuatu hasil akhir berdasarkan research (penyelidikan) yang dibentangkan.“Melalui produk ini, kita dapat buktikan TATIUC juga mampu melahirkan para pelajar yang berdaya saing sekali gus bakal mewujudkan usahawan-usahawan baharu,” katanya dalam sidang media Persidangan Antarabangsa 4th Internationall Conference On Engineering Technology (ICET) 2019, di Lobi Pejabat Pusat Latihan Darul Iman (DITC), semalam.Dr. Anuar menyampaikan kit About Skin kepada Satiful.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan TATIUC, Dr. Rosliza Ramli.Jelasnya, sebenarnya warga Terengganu mempunyai pemikiran sangat kreatif yang boleh dikembangkan sehingga mampu mengeluarkan produk – produk berkualiti dengan identiti tersendiri.“Sekiranya bakat-bakat ini disalurkan ke arah yang betul, perkara ini secara tidak langsung akan dapat menaikan ekonomi negeri Terengganu serta memartabatkan namanya ke seluruh negeri,” katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan About Skin terdiri daripada beberapa jenis barangan iaitu Hand Wash (menyegarkan dan menghidratkan), Hand Lotion (melembabkan dan menghidratkan) serta Hand Sanitizer (anti bakteria dan kesegaran). “Insya-Allah, dengan kejayaan penyelidikan yang dibuat ini kita cuba akan berkolaborasi dengan produk – produk sedia ada di pasaran yang mahu bekerjasama,” katanya.Seramai 130 peserta dari seluruh dunia membentangkan kertas kerja dan hasil penyelidikan dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari itu.
07 Jul 19
115
PKMD Bukit Besi Bantu Perkembang Usaha 'Mok Joh'
Ghazali mendengar penerangan Mok Joh berkenaan ternakan ayamnya.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Julai - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi mahu membantu ‘Mok Joh’ atau nama sebenarnya Mek Jah Razab, 59, seorang usahawan penternakan bagi mengembangkan perusahaannya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelarasnya, Haji Ghazali Sulaiman merujuk beberapa agensi dan jabatan yang sesuai bagi membantu ibu tunggal itu membela nasib dan kehidupannya."Jika kena pada gayanya, bantuan dari jabatan dan agensi tertentu turut mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk lain yang tinggal berdekatannya."Bagaimanapun, saya akan cuba dahulu kemukakan kepada pihak berwajib,” katanya ketika mengunjungi wanita berkenaan di reban peliharaannya, di Kampung Minda, baru-baru ini.Ghazali melihat potensi perusahaan yang boleh dikembangkan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Menurutnya, Mok Joh tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini selain kebenaran mengusahakan tanah yang diberikan oleh pejabat daerah.Setakat ini, pemegang Sijil Keusahawanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)itu memelihara kira-kira 1,000 ekor ayam daging dan mengusahakannya bersama adiknya, Rashid Razak, 55 tahun.Bagi Mok Joh pula, kerana kurang kemampuan dan tidak dibenarkan membangun binaan kekal di tanah berkenaan, dia sanggup bermalam di sebuah bangsal berhampiran bagi memastikan ayam-ayam peliharaannya selamat daripada ancaman sejak lima tahun lalu.Katanya, dia sanggup berhadapan risiko diganggu haiwan liar demi meneruskan kelangsungan mata pencariannya itu.Mok Joh menunjukkan surat kebenaran penggunaan tanah oleh pejabat daerah.“Sering kali juga saya bertembung dengan ular sawa yang cuba mengganggu haiwan peliharaan saya, kadang-kadang ada yang sebesar peha."Pernah juga, satu malam saya terdengar ayam begitu bising, saya nekad pergi ke reban ayam dan bertembung dengan haiwan liar yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya.Bagaimanapun, diakui, kejadian itu tidak sesekali mematahkan semangatnya. 'Mok Joh' amat berterima kasih atas keprihatinan Ghazali turun ke lapangan meninjau hasil usahanya itu."Alhamdulillah, ayam baru sudah dibeli dan sekarang ini proses membersihkan semula reban.“Saya menjual ayam mengikut kehendak pelanggan, ada yang ingin kita proses, ada yang ingin membeli hidup-hidup," katanya.
07 Jul 19
152
Piagam Muafakat Nasional PAS-Umno Ambil Kira Kepentingan Bersama - Takiyuddin
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Piagam Muafakat Nasional yang mengukuhkan lagi ‘taawun siyasi’ antara PAS dan Umno yang akan dibentangkan pada 10 Julai ini bakal menyaksikan perkongsian seimbang kedua-dua parti melalui perjanjian berkenaan.Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut akan dibarisi oleh lima orang wakil untuk aspek teknikal, manakala peringkat jawatankuasa membabitkan 11 wakil bagi setiap parti, yang mana turut dianggotai oleh kepimpinan tertinggi."Kita akan meneliti piagam yang telah disiapkan dan jika tidak ada masalah berbangkit, akan dimeterai persetujuan antara dua pihak pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang diketuai timbalan presiden parti masing-masing."Piagam ini akan meletakkan kepentingan dua parti secara seimbang dan kepentingan kedua-duanya turut diambil kira," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Literasi Dewan Undangan Negeri Terengganu di Camelia Grand Ballroom, Paya Bunga Square, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri, Yahaya Ali dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.Menurutnya lagi, piagam yang hampir tiga muka surat menyentuh kepentingan dua parti berkenaan yang merangkumi pelbagai aspek.Namun begitu, Takiyuddin enggan menjelaskan kandungan piagam itu dengan alasan ia masih terlalu awal untuk diumumkan.Ta'awun Siyasi PAS dan Umno bakal menyaksikan perkembangan positif apabila pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu menandatangani draf akhir piagam serta dokumen perjanjian persefahaman mengenai kerjasama itu.
07 Jul 19
110
Jadikan Terengganu Sidang DUN Terbaik - YDP
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi menjadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagai sebuah sidang yang terbilang di Malaysia.Yang Dipertuanya, Yahaya Ali berkata, bagi mencapai hasrat berkenaan, beberapa bengkel pemantapan khas telah dilaksanakan untuk ADUN-ADUN sebagaimana yang dipersetujui dalam perbincangan di dalam program 'retreat' yang diadakan di Terengganu Darul Iman Trade Centre, Kemaman sebelum ini."Bengkel Lestari kali ini adalah lanjutan dari kursus yang pernah dibuat pada tahun lepas yang mana kita berhasrat nak jadikan DUN Terengganu antara yang terbaik dan terbilang di Malaysia."Untuk sampai kepada hasrat ini, walaupun peraturan dewan adalah pelengkap utama tetapi sekarang zaman teknologi maklumat serta komunikasi, maka ADUN mesti berperanan sebaiknya secara berkesan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Literasi DUN Terengganu di Camelia Grand Ballroom, Paya Bunga Square, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.Tambahnya lagi, bengkel sehari itu akan memberi maklumat tambahan, ilmu serta penguasaan mereka sebagai ADUN yang terbaik."Dan seterusnya bila DUN bersidang, ADUN mesti aktif dalam membahaskan rang undang-undang bagi kepentingan rakyat dan negeri," ujar Yahaya.
07 Jul 19
281
Tabung Bantuan Kecemasan Gaza Hotel Permai Cecah RM10 Ribu
KUALA TERENGGANU, 7 Julai- Keikhlasan orang ramai yang menyumbang untuk Tabung Bantuan Kecemasan Gaza yang diwujudkan Hotel Permai sepanjang Ramadan lalu bukti rakyat negara ini sangat prihatin terhadap insan yang memerlukan.Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman berkata, Tabung Bantuan Kecemasan Gaza adalah satu projek usahasama Aman Palestin Terengganu dengan Permai Hotel.Katanya, konsep ‘Berbuka Sambil Beramal’ turut melibatkan orang ramai di mana RM1 daripada setiap jualan baucar Bufet Ramadan di Permai Hotel akan disalurkan ke Tabung tersebut dan seterusnya, pihak Aman Palestin akan memainkan peranan mereka dalam usaha menyampaikan sumbangan itu sehingga tiba ke bumi Gaza. “Kami rasa terpanggil untuk bekerjasama dengan Aman Palestin ini setelah mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza di mana banyak nyawa telah terkorban dalam beberapa siri serangan.“Dengan kerjasama sebegini, secara tidak langsung umat Islam yang berbuka puasa di Permai Hotel Kuala Terengganu akan turut berpeluang untuk mengejar kerahmatan ganjaran pahala berlipat ganda bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu ‘Rahmat Iftar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.Noralizan berkata, pihaknya telah menyerahkan cek sumbangan kepada wakil Aman Palestin, Ustaz Sirojul Afkar pada Majlis Tautan Mesra Aidilfitri 2019 Hotel Permai, baru-baru ini menjadikan jumlah terkumpul keseluruhan untuk dana Tabung Bantuan Kecemasan Gaza sebanyak RM9,436.Katanya, usaha yang dijalankan Hotel Permai itu diharap akan dijadikan sebagai pencetus kepada syarikat-syarikat korporat lain dan dalam masa yang sama pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama untuk program-program CSR dan seumpamanya.
06 Jul 19
249
I-MiTs Bukit Besi Ziarah Mangsa Kebakaran
DUNGUN, 7 Julai - Mangsa kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Felda Jerangau semalam telah diziarahi oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Penolong Penyelianya, Zakiah Alias memaklumkan, program ziarah yang diatur oleh pihaknya itu bertujuan untuk menyalurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Ujarnya, rumah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad serta seorang penduduk, Engku Zulkifli Engku Rashid musnah dijilat api."Kebakaran yang berlaku pada pukul 1.25 tengahari semasa para muslimin sedang sibuk bergegas untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid."Kami pada hari ini telah turun menyampaikan sedikit sumbangan walaupun tidak seberapa namun bolehlah dikira sebagai sumbangan ikhlas dalam membantu meringankan mangsa," jelasnya ketika ditemui pihak media, semalam.Zakiah turut mendoakan agar setiap apa yang berlaku dipermudahkan dalam segala bentuk bantuan yang disalurkankan."Diharapkan agar mangsa menerima keadaan ini kita perlu terima, yakin dan percaya setiap qada dan qadar yang berlaku ada hikmahnya."Serta kita yakin dan percaha bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar," tambah beliau.Sehubungan itu, bagi meringankan bebanan kerugian yang ditanggung oleh mangsa, sumbangan derma kilat boleh disalurkan secara terus ke akaun Maybank 113015277506 atau menghubungi Mohd Sidek Muhammad di talian 011-10353565.Manakala bantuan untuk Engku Zulkifli Engku Rashid boleh disalurkan ke akaun Maybank 163037068114 atau boleh menghubunginya di talian 011- 33492606.
06 Jul 19
492
Warga Emas Tegar Jaga Anak Terlantar
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 6 Julai - Kerana kasih seorang ibu, Zabidah Ibrahim, 61 tetap sabar menjaga anaknya, Roslan Ahmad Hassan Sahimi, 42, yang telantar sejak terlibat dalam kemalangan dengan kerbau lapan bulan lepas. Selain menjaga kebersihan diri, Zabidah turut menyuapkan susu kepada anaknya itu."Susu empat kali sehari, masuk ikut tiub, mak cik beri macam doktor suruh. "Pada mak cik, mak cik jaga dia semampu mak cik, walaupun dia tidak boleh bercakap dan tidak boleh bergerak," katanya.Menurutnya, itu semua merupakan rutin hariannya yang dilaluinya saban hari."Selepas sembahyang Subuh, terus 'tengok' dia, siap-siap dia kemudian baru buat sarapan untuk kita," ceritanya dengan nada ceria walaupun di wajahnya tergambar kepenatan. Zabidah ditemui ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ke rumahnya di Kampung Pinang Baru, baru-baru ini untuk menyerahkan cek sumbangan Tabung Darul Iman kepada Roslan. Hadir sama, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(iMiTS) DUN Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Pinang Baru, Mat Zakaria A. Rahman. Mengimbas kembali peristiwa tersebut, anak lelakinya yang merupakan seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak, keluar dengan menunggang motosikal di waktu malam.Di pertengahan jalan,dia secara tidak sengaja bertembung dengan seekor kerbau menyebabkan tempurung kepalanya pecah dan tercedera," ceritanya.Namun, Zabidah bersyukur kerana anaknya yang sebelum ini koma telah kembali sedar. Sebelum kejadian tersebut, anaknya bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit dan menjadi nadi keluarga mereka."Kini, dengan bantuan lampin pakai buang, susu khas dan sumbangan dari pelbagai pihak, kuranglah sedikit belanja untuk mengurusnya," katanya.
06 Jul 19
233
Pengerusi MPKK Felda Jerangau Rugi RM100,000 Rumah Terbakar
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 6 Julai – Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad rugi hampir RM100,000 selepas rumahnya terbakar petang semalam.Menurut saksi kebakaran, Mohd Ridzuan Muhd Diah, kejadian yang melibatkan dua buah rumah itu berlaku ketika semua ahli keluarga tiada di rumah.Jelasnya, kebakaran yang berlaku pada pukul 1.25 petang sewaktu menghampiri waktu solat jumaat itu terjadi dengan begitu pantas.“Pada awalnya terdengar bunyi deruman enjin seperti lori dihidupkan, sebelum disusuli bunyi letupan yang meletus berulang kali, ketika itu saya bersiap-siap untuk pergi solat Jumaat cemas terdengar bunyi itu segera keluar dan terkejut apabila terlihat percikan api dari rumah jiran yang berselang lima buah rumah dari rumah saya.“Kemudiannya api begitu marak dan pantas menyambar rumah kedua, panik dengan keadaan demikian saya terus menghubungi pihak bomba. Saya dan beberapa orang jiran yang menyedari kejadian itu cuba memadamkan api kebakaran dengan mengangkut air dan mengunakan penyambung wayar air paip, namun air tidak kuat menyebabkan api tak dapat dipadamkan," katanya ketika ditemui media semalam.Ridzuan turut menyatakan bahawa api yang marak dari kedua-dua rumah berkenaan mula menyambar rumah ketiga, menyedari kejadian itu, dia dan beberapa orang yang ada disitu segera memecahkan beberapa keping atap kerana risau api akan marak dan sempat mengalih barang-barangan penting yang ada di rumah berkenaan dan cermin tingkap rumah yang ketiga itu yang dimiliki oleh Minah Hassan, 68.“Nasib baik rumah ketiga tidak merebak teruk dan bomba telah datang bagi mengawal api yang sedang marak itu,” jelasnya.Sementara itu, Mohd Sidek pula berkata, selepas dimaklumkan oleh jirannya tentang kejadian berkenaan, beliau bersama isterinya, Norasmawati Razali, 43, segera berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu kerana ingin mengiringi adik iparnya untuk berangkat menunaikan haji di Mekah.“Alhamdulillah, nasib kami baik semua empat orang anak bersama kami, dan tiada di rumah, cuma terkilan rumah berkenaan adalah rumah warisan.“Ketika memandu saya merasakan bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk bakal berlaku dan semasa saya terlelap sedang isteri memandu saya terdengar isteri mengucap panjang dan memaklumkan bahawa rumah kami diami telah terbakar,” jelasnya.Anggaran kos kerugian adalah RM 100,000 kerana beliau memaklumkan semua barang didalam rumah musnah, termasuk alat penguli tepung membuat roti canai, dua mesin basuh, dua televisyen, sofa dan semua barang-barangan lain.Rentetan daripada peristiwa berkenaan, Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan B, Anuar Omar berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak pengurusan Felda dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.“Alhamdulillah Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman telah turun dan telah pun memaklumkan perkara berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah pun turun menyiasat dan menilai kerugian serta akan diberi bantuan.“Sementara pihak pengurusan Felda pula melancarkan tabung bencana segera, dan buat sementara waktu Mohd Sidek akan ditempatkan di rumah Kuartes Kilang Felda Jerangau untuk sementara waktu, dan akan diadakan perbincangan daripada pihak pengurusan Felda adakah setiap rumah ini mempunyai insuran dan boleh menerima pampasan.Dalam pada itu, Ghazali Sulaiman berterima kasih kepada Pegawai Felda Wilayah Terengganu, En. Helmi Fakzan memberi penyelesaian segera untuk menempatkan Muhd Sidek yang telah kehilangan semua harta benda.“Semoga mangsa tabah menerima ujian ini. Allah akan sentiasa menguji dan menduga dengan ujian yang hebat kepada hambaNya yang hebat, sementelah lagi Mohd Sidek telah menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai pengerusi MPKK,” jelas beliau.
05 Jul 19
224
Terengganu FC Menang Lagi
Aksi pemain TFC dan PKNS FC di Stadium Shah Alam malam ini. TFC kalahkan PKNS 2-1SHAH ALAM, 5 Julai – Terengganu FC (TFC) membawa pulang tiga mata apabila menundukkan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam malam ini.Gawang PKNS FC bolos minit ke 34 melalui tendangan pendek Sanjar Shaakhmedov di depan pintu gol pasukan itu.Bagaimanapun pada minit ke 83 separuh masa kedua PKNS FC menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain gantian importnya Kitthipong Pluemjai melepasi jangkuan menjaga gol Terengganu, Ilham.Kemenangan itu adalah kemenangan kedua berturut-turut buat skuad Ketua Jurulatih TFC Nafuzi Zain dalam perlawanan sengit dan menarik malam ini.Meskipun berjaya mendahului perlawanan, hasil jaringan Sanjar pada babak pertama, namun PKNS FC hadir dengan tempo permainan laju.Pada babak kedua menyaksikan gawang TFC kerap diuji dengan percubaan berbahaya.Tetapi ketangkasan Ilham, menafikan percubaan-percubaan tersebut sehingga Kitthipong yang masuk sebagai pemain gantian melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Ilham.Jaringan penyamaan itu hanya bertahan lima minit apabila gol kemenangan TFC hadir menerusi tandukan Nasrullah Hanif yang menyambut baik sepakan percuma ketua pasukan Lee Tuck pada minit ke 88.Tiga mata yang sangat berharga buat Sang Penyu untuk memperkemaskan kedudukan dalam carta Liga Super Malaysia.
05 Jul 19
28