Artikel "Semasa" Terkini
ECRL : Terengganu Mohon 50 Peratus Penglibatan Kontraktor Tempatan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 9 Julai - Kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan memperluaskan skop penglibatan kontraktor tempatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada 40 peratus kepada 50 peratus dari keseluruhan projek. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri berkata, ini kerana 40 peratus itu tidak mencukupi untuk menggerakkan ekonomi negeri Terengganu."Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman untuk melancarkan semula projek ECRL pada 25 Julai ini, tetapi ketetapan sebanyak 40 peratus itu tidak cukup untuk menggerakkan ekonomi negeri."Kita mahu tahu 40 peratus pembabitan kontraktor tempatan seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke, itu dari segi apa kerana jika jumlah itu merangkumi keseluruhan projek memang tidak cukup untuk gerakkan ekonomi di Terengganu."Jadi kalau boleh kita nak berunding semula dan minta kerajaan pertimbang untuk tingkatkan skop ini kepada sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan projek di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), di sini malam tadi.Katanya, kontraktor tempatan perlu diberi peluang melibatkan diri dalam projek berkenaan kerana mereka mempunyai pelbagai kepakaran dalam kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.Kerajaan negeri akan mengambil langkah proaktif dengan mengumpulkan senarai kontraktor serta syarikat yang layak serta berpotensi untuk mengambil bahagian dalam projek ECRL.Bagaimanapun, kerajaan negeri masih menunggu keputusan rasmi dari Kerajaan Pusat berhubung perkara tersebut."Saya hanya mendengar kenyataan ini melalui media, tidak ada maklumat rasmi mengenainya dari Kerajaan Pusat," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri memberitahu, aktiviti industri dan kilang yang berisiko keselamatan berada pada tahap kawalan serius bagi mengelak tragedi tidak diingini daripada berlaku.Beliau mengakui bahawa pihaknya ada menerima aduan di laman sosial mengenai pencemaran bau yang berpunca daripada aktiviti kilang di beberapa tempat, namun belum mendapat laporan rasmi daripada pihak berkaitan."Tetapi kita sudah berbincang dengan pihak kilang untuk cari langkah bagi meneutralkan bau tersebut. Walaupun tidak menyalahi undang-undang dari segi keselamatan, tetapi keselesaan orang ramai amat penting."Kerajaan negeri juga mengikut peraturan dengan melaksanakan pengasingan kilang di zon-zon tertentu dan juga di zon penampan," katanya.
08 Jul 19
58
'Ayuh Perantau, Kita Bangunkan Terengganu Bersama' - Wan Sukairi
Wan Sukairi beramah mesra dengan anak perantau di Melaka.MELAKA TENGAH, 9 Julai - Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) berperanan besar dalam membangun serta mencorakkan pentadbiran negeri bagi mencapai hasrat maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu, usaha membina sebuah negeri berdaya saing tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak yang berjawatan dalam kerajaan.Sebaliknya katanya, peranan itu harus dipikul secara bersama termasuk oleh anak-anak Terengganu di perantauan yang memiliki banyak kepakaran dan cara pandang yang berbeza."Apabila kita turun ke setiap negeri, kita mendapat banyak teguran dan pendapat untuk kebaikan negeri dan rakyat Terengganu, perkara ini sangat positif dan harus dilakukan sentiasa."Saranan seperti itu pada akhirnya akan menjadi manfaat kita bersama, contohnya isu insentif kelahiran anak yang diperluaskan kepada pasangan poligami, saranan asalnya adalah datang daripada perantau yang kemudiannya dipersetujui Menteri Besar," jelasnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.Dr Azman sempat berceloteh dengan perantau yang hadir.Hadir sama dalam majlis itu, Presiden PERANTAU, Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim yang turut hadir juga bersetuju dengan seruan Wan Sukairi.Kata beliau, usaha secara kolektif antara kerajaan dan rakyat termasuk anak-anak Terengganu di luar negeri mesti sentiasa berjalan pada setiap masa."Mari kita anak Terengganu, balik ke kampung halaman kita, kita majukan negeri kita dengan segala kepakaran yang kita miliki."Dengan itu, ia menjadi bukti bahawa walaupun kita duduk jauh dengan negeri, tetapi kita tetap berbakti pada tanah kelahiran kita yang secara tidak langsung kita turut sama mendapat manfaat," tambah beliau.
08 Jul 19
157
Kita Tidak Akan Toleh Ke Belakang - MB Terengganu
KUALA NERUS, 9 Julai - Kerajaan negeri tidak akan menoleh ke belakang dan akan bergerak terus mencari jalan untuk memperkukuhkan penguasaan sukan di Terengganu, dengan menyedari bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kuasa utama sukan negara.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak selama empat hari, bermula hari ini."Bengkel tersebut bertujuan menyediakan satu perancangan yang kukuh dan lebih berfokus bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.“Ianya merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu sebelum ini yang akan berakhir pada 2020.“Pelan yang lalu telah membuktikan bahawa perancangan jangka panjang yang bersepadu telah menghasilkan kejayaan cemerlang bagi sukan negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu.Katanya, semua pihak menyedari bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kuasa utama sukan negara."Dengan beberapa testimoni menyaksikan Terengganu menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) yang lalu dan beberapa kali sebelum ini, serta mewakili negara dalam temasya yang besar seperti Sukan Sea, Asia, Komanwel dan Olimpik.“Jadi, bengkel yang diadakan ini lebih berfokus di mana setiap pasukan sukan akan berbincang dalam kumpulan masing-masing kerana mereka lebih memahami kedudukan sukan, apakah kekuatan dan kelemahan, peluang-peluang yang ada dan sebagainya.“Dengan cara itu (perbincangan secara kumpulan sukan masing-masing), saya rasa ianya lebih memudahkan peserta bengkel ini untuk mencapai matlamatnya,” ujarnya.
08 Jul 19
74
Alur Limbat Sejahtera Wakili Marang Kejohanan Bola Jaring Piala ADUN Wanita Terengganu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 9 Julai - Pasukan Alur Limbat Sejahtera muncul juara Kejohanan Tertutup Bola Jaring Piala ADUN Wanita peringkat kawasan Marang sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan tersebut.Isteri Ahli Parlimen Marang, Dr. Norzita Taat beranggapan, sukan bola jaring mampu menjadi salah satu wadah bagi memupuk budaya aktif bersukan di kalangan muslimat muda bermula dari peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan dan seterusnya negeri."Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya impaknya dirasai seterusnya meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan wanita.“Akal yang sihat lahir daripada badan yang cergas. Kata-kata ini membuktikan betapa pentingnya aturan hidup disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan perjalanan hidup seseorang.“Islam telah memberi garis panduan yang sempurna untuk bersukan. Maka, jadilah hamba Allah SWT yang akur dengan syariat-Nya walaupun ketika bersukan kerana Dia Maha Tahu akan fitrah ciptaan-Nya,” ucapnya sewaktu merasmikan pertandingan Bola Jaring Kawasan Marang di Maecon Sport Center, Kelulut, baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Zarani Othman, Pengarah Program, Asma Abdullah serta Ahli Jawatankuasa Ameerah Kawasan Marang.Pertandingan tersebut disertai tujuh pasukan mewakili empat DUN dari seluruh kawasan Marang. Bagi penganjuran kali ini, DUN Alur Limbat Sejahtera dinobatkan sebagai johan pertandingan.Manakala,naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Bukit Payung Satu dan Bukit Payung Dua.Dr. Norzita turut menegaskan bahawa pertandingan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta membentuk modal insan yang berkualiti.“Di samping itu, program ini juga akan membina semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masing-masing," katanya.Selaras dengan hasrat dan tujuan perlawanan itu, beliau berharap agar pemain yang bakal mewakili kawasan Marang nanti dapat memberi komitmen dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat untuk mengharumkan nama kawasan Marang.
08 Jul 19
993
TDM Terengganu Laksana Langkah Perkukuh Jualan Masa Depan Minyak Sawit Mentah
TDM Plantation Sdn. Bhd. meterai perjanjian dengan Ikhasas CPO Sdn. Bhd. semalam.KUALA TERENGGANU, 9 Julai - Kumpulan TDM Berhad (TDM) melaksanakan langkah-langkah inovatif untuk memperbaiki kedudukan, baik dari segi operasi dan juga kewangan melalui pembekalan jangka sederhana dan perjanjian bayaran pendahuluan bagi memperkukuh jualan masa hadapan Minyak Sawit Mentah (MSM). Ianya berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan harga minyak sawit mentah yang rendah.Bagi tujuan tersebut, TDM mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) telah memeterai perjanjian pembekalan jangka sederhana dengan Ikhasas CPO Sdn. Bhd. semalam untuk membekalkan MSM atau yang disahkan oleh Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang mana aturan bayaran pendahuluan oleh Ikhasas kepada TDMP berjumlah RM189 juta.Transaksi yang dicadangkan akan menjadi penyumbang utama kepada TDM dalam melaksanakan pelan perniagaan serta dapat mengukuhkan prestasi kewangan dan mengurangkan tahap liabiliti.Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Haji Idris Raja Kamarudin, berkata, fokus utama transaksi itu adalah untuk menyokong Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) serta inisiatif lain untuk mengukuhkan kebolehan Kumpulan untuk pertumbuhan yang mampan pada masa hadapan."TDMP telah memperoleh sijil RSPO dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Pada 2013, kami adalah syarikat perladangan pertama di Terengganu yang melepasi piawaian semasa dan dianugerahkan persijilan RSPO. Kami 100% komited terhadap prinsip dan kriteria dari RSPO."Selama bertahun-tahun, kami telah menghasilkan produk-produk yang berkualiti melalui usaha yang berterusan dari segi jaminan kualiti, amalan pertanian yang baik dan pengeluaran minyak kelapa sawit mentah yang mampan. Usaha kami terhadap penjagaan kualiti secara langsung menyebabkan wujudnya permintaan terhadap produk kami yang membawa kepada perjanjian ini," katanya.Dalam perjanjian tersebut, TDMP akan menerima bayaran pendahuluan melalui 3 fasa iaitu sebanyak RM63 juta setiap satu bayaran dan TDMP akan membuat penghantaran secara bulanan sebanyak 2,500 metrik tan MSM kepada Ikhasas dalam tempoh 43 bulan. Transaksi yang dicadangkan oleh TDMP dengan Ikhasas adalah mematuhi prinsip syariah. TDM sangat menitikberatkan sistem kewangan Islam dan secara keseluruhannya operasi itu adalah menurut prinsip syariah.Bayaran pendahuluan transaksi dengan jumlah keseluruhan RM189,000,000 dengan 3 fasa di mana bayaran tersebut adalah untuk pembayaran balik pinjaman Kumpulan TDM (RM52.5 juta), perbelanjaan modal untuk perniagaan Kumpulan TDM Plantation (RM10.0 juta), modal kerja (RM125 juta) dan anggaran perbelanjaan yang berkaitan dengan transaksi (RM1.5 juta).Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperoleh sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
08 Jul 19
1104
Aura Azizulhasni Terus Berbisa
Wan Sukairi Wan Abdullah.MELAKA TENGAH, 9 Julai - Aura jaguh pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus berbisa dalam sukan tersebut apabila unggul meraih pingat dalam kejohanan dunia.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, anak kelahiran Dungun itu sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau setelah merangkul pingat perak dalam acara 'sprint' di Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang berlangsung di Sundrive Velodrome, pagi semalam.Jelas Wan Sukairi, kebolehan yang dimiliki oleh Azizulhasni pastinya membanggakan seluruh rakyat dan ia seharusnya menjadi ikutan semua anak muda Terengganu khususnya."Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang yang sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam sukan berbasikal."Ini juga merupakan satu lagi rekod pencapaian gemilang yang ditonjolkan oleh anak jati Terengganu dan semoga ia menjadi inspirasi kepada seluruh warga Terengganu," katanya.Menyantuni anak perantau Terengganu pada majlis ramah mesra.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.Semalam, ‘The Pocket Rocketman’ berjaya meraih tempat kedua dalam saingan akhir kejohanan sekali gus menyaksikan Azizulhasni merangkul pingat perak.Manakala, Mullen Eoin dari Ireland membawa pulang gangsa selepas mengetepikan pelumba Sepanyol, Jose Moren Sanchez, dalam penentuan pingat gangsa acara sprint lelaki.“Ia permulaan yang perlahan bagi saya di awal perlumbaan tetapi saya berjaya memberi saingan sehinggalah tamat perlumbaan.Antara 400 anak Terengganu di Melaka yang hadir.“Memenangi pingat perak dalam acara Sprint Lelaki di samping Juara Olimpik Jason Kenny adalah pelengkap yang baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019,” kata Azizulhasni dalam hantaran menerusi akaun Instagram beliau.
08 Jul 19
219
Popular Tidak Halang Mat Ipang Jadi Budak Kampung
Mat Ipang.Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 8 Julai - Instafamous cilik, Mat Ipang yang wajah dan nasihatnya menjadi viral sehingga menarik puluhan ribu ' likers' tidak menghalangnya untuk bergaul dan bermain dengan kawan sekampung seusianya.Muhammad Irfan Yusmanizam, 9, yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Abang, seperti kanak-kanak lain yang menghargai nikmat bermasyarakat."Walaupun kita budak-budak, kita juga kena buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bila ikut sama terlibat dengan aktiviti begini, kita dapat dekat dengan orang kampung," ujarnya.Menurut Mat Ipang yang sebelum ini viral kerana meniru gaya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, dia seronok dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh orang kampung.Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru itu berkata demikian ketika ditemui bersama datuknya pada Gotong Royong Perdana di Kampung Baru, Kuala Abang, di sini baru-baru ini.Ditanya penglibatannya dengan rakaman video sama ada untuk iklan atau peribadi, katanya, beliau memberi lebih fokus kepada pembelajaran."Sekarang kurang sikit buat video, sebab hendak bahagi masa belajar dan siapkan kerja-kerja sekolah," ujarnya.
08 Jul 19
828
Jawatankuasa Kebajikan Mangsa Kebakaran Ditubuh - Ahli Parlimen Dungun
Wan Hassan (tengah) turun padang meninjau kawasan kebakaran.Oleh : Sulaiman HafizDUNGUN, 8 Julai – Sebuah jawatankuasa khas yang bertindak merangka kaedah penyelesaian bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Felda Jerangau dan kawasan Dungun akan ditubuhkan dalam masa terdekat.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan, jawatankuasa tersebut akan dimuktamadkan sepenuhnya dalam mesyuarat pertamanya pada Jumaat ini, 12 Julai.Katanya, pertemuan itu juga akan memperincikan kaedah-kaedah penyelesaian untuk dilaksanakan bersama beberapa agensi dan badan kerajaan yang lain.“Saya selaku Ahli Parlimen di sini mengambil tugas untuk membentuk jawatankuasa ini atas sebab keperluan kepada kebajikan yang perlu kita tangani segera dengan cara terbaik.“Ia juga bagi membolehkan usaha-usaha membaik pulih dan kalau perlu usaha yang lebih daripada itu maka jawatankuasa inilah yang akan membincangkan dengan terperinci, Insya-Allah,” jelasnya.Menyelami hati mangsa kebakaran.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa melawat mangsa kebakaran di Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Khas Penyelidik Tanah Persekutuan Pejabat Menteri Besar, Naraza Muda bersama Wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.Menurut Wan Hassan lagi, penubuhan jawatankuasa itu akan membawa impak yang tinggi dalam menyelesaikan isu itu khusus buat warga Dungun.Tambah beliau lagi, perbincangan awal bersama MPKK dan wakil penduduk juga menunjukkan perkembangan yang sangat postif.“Sempat juga bertemu dan berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab daripada MPKK Felda Jerangau.Rumah yang musnah dijilat api.“Respon yang kita dapat daripada MPKK yang bertanggungjawab sangat positif dan Insya-Allah kerja-kerja akan mula digerakkan selepas menyuarat pertama nanti.“Penting untuk kita melihat kepada kebajikan yang telah dilaksanakan oleh MPKK berkenaan dan mudah-mudahan ia dapat menyelesaikan peringkat pertama dan kemudian mungkin ada penyelesaian kepada rumah yang kedua,” ujarnya
08 Jul 19
125
Masyarakat Terima Baik Pentadbiran MPKK
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Julai – Penerimaan masyarakat setempat menerima terhadap pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) yang dilantik oleh PAS di kawasan masing-masing dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak MPKK.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata beliau merasa bersyukur kerana mereka sanggup bekerjasama tanpa mengira fahaman politik masing-masing untuk kehidupan yang lebih selesa.Menurutnya dengan kemudahan orang kampung yang mempunyai kelengkapan mesin potong kayu, lori dan jentolak, ini sangat membantu, kerja-kerja gotong royong."Semalam mereka bergotong royong membersih kubur, menebang pokok, hari ini di sini(padang bola) dan saya nampak ramai juga orang kampung yang keluar untuk sama-sama menjayakannya." Ini satu simbol muafakat yang akan mensejahterakan kampung dan contohnya, kita lihat pada hari ini apabila orang kampung sudah tidak ambil kisah fahaman politik dan turun padang bergotong royong supaya padang yang luas ini dapat digunakan semaksima mungkin untuk kepentingan bersama,”katanya ketika ditemui di Gotong Royong Perdana anjuran MPKK Kampung Baru, baru-baru ini.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Baru, Shafie Mamat melahirkan rasa gembira kerana gotong-royong yang diadakan selama dua hari berjaya menarik minat penduduk."Tujuan sebenar gotong royong ini adalah hendak melihat sejauh mana sambutan penduduk kampung terhadap kerja-kerja kemasyarakatan sebegini."Kalau sebelum pilihan raya umum, memang orang atas pagar pun takut untuk bersama ikut serta aktiviti kita, tetapi hari ini, orang Umnopun nampaknya tidak keberatan untuk turut sama, " tambahnya.Katanya lagi, dengan sambutan yang ditunjukkan akan memberi kekuatan kepada pihaknya untuk merancakkan lagi program-program untuk faedah bersama.
08 Jul 19
29
Pelumba TSG Cipta Kejuaraan Di Singapura
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Goh Choon Huat muncul juara dalam kejohanan OCBC Cycle National Road Championship (Men’s Elite) yang berakhir hari ini.Choon Huat cemerlang meninggalkan pelumba Matador Racing, Thomas Thrall serta pelumba Cycling Training.CC, Boon Kiak Yeo yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.Pelumba TSG itu mengumpul masa sebanyak tiga jam empat saat untuk jauh meninggalkan Thomas dan Kiak Yeo sekaligus mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.Sementara itu, seorang lagi pelumba TSG, Mohd Zamri Saleh pula turut cemerlang apabila berada di kedudukan keenam daripada 37 peserta yang bertanding.Zamri terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tersebut apabila ketinggalan enam minit 38 saat di belakang Choon Huat.Dalam perlumbaan tersebut, peserta disyaratkan menggunakan jalan menghala ke Kepulauan Bintang di Tanjung Pinang yang melalui dua litar jalan raya.Setiap peserta diiringi oleh pegawai pertandingan sejauh 10 kilometer sebelum perlumbaan sebenar bermula di Dampak.
07 Jul 19
100