Artikel "Semasa" Terkini
250 Unit RMM Bakal Dibina Di Kampung Tajin - MB Terengganu
HULU TERENGGANU, 9 Julai - Sebanyak 250 buah rumah mampu milik (RMM) akan dibina di Kampung Tajin yang dijangka dimulakan pada bulan hadapan di atas tanah seluas 10 hektar.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kos setiap RMM adalah RM117 ribu tetapi penerima hanya perlu membayar sebanyak RM80 ribu dan selebihnya ditanggung oleh kerajaan.
Katanya, ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dengan pembangunan luar bandar dan akan memastikannya tidak ketinggalan termasuk memastikan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendapat lot tanah atau kediaman selaras dengan manifesto yang dijanjikan.
"Ini merupakan inisiatif oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) manakala kontraktor dilantik ialah GPQ iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri jadi kita dapat jimatkan kos jika laksana sendiri.
"Kita jangka projek ini akan siap dalam masa dua tahun bermula 16 Jun hingga akhir Jun 2021 dengan kos keseluruhan hampir RM30 juta," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin dan Penyerahan Suratan Hakmilik Felcra Seberang Kuala Jeneris 1, di sini semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh, ADUN Ajil, Maliaman Kassim dan ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat.
Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Samiun Salleh dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Bahagian Timur, Zulkifli Sidek.
Menurutnya lagi, RMM di Tajin itu dibina dalam kategori kediaman komersial dan bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti surau, tadika, dewan serbaguna, rumah kedai dan loji rawatan kumbahan untuk kemudahan penghuninya nanti.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, permohonan untuk RMM seluruh Terengganu kini menjangkau 130 ribu dan selepas disaring, pihaknya mensasarkan 50 ribu sahaja bagi pemohon yang betul-betul layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Kita juga akan berusaha untuk perbanyakkan lagi RMM di daerah-daerah lain tetapi kita utamakan dahulu di kawasan yang terdesak dan mudah mencari tanah," ujarnya.
09 Jul 19
822
Rakyat Terengganu Perlu Bersama Lindungi Penyu
Kanak-kanak tertarik melihat anak penyu meluru ke laut.DUNGUN, 9 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menyeru rakyat negeri itu supaya bersama-sama agensi berkenaan dalam usaha melindungi penyu daripada ancaman luar.Pengarahnya, Zawawi Ali berkata, reptilia tersebut yang sinonim dengan negeri Terengganu itu semakin diancam kepupusan berikutan kurangnya kesedaran awam mengenai perlindungan haiwan itu."Pada tahun 2018, terdapat pengurangan pendaratan penyu di negeri ini iaitu sebanyak 3,815 kali berbanding 3,888 kali pada tahun 2017.Zawawi merasmikan pelepasan anak penyu."Rekod jabatan menunjukkan pendaratan Penyu Belimbing kali terakhir berlaku pada dua tahun lalu, manakala Penyu Lipas pula sudah tidak kelihatan sejak 2010," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Pelepasan Anak Penyu di The Qamar Resort, Paka, hari ini.Hampir 2,000 anak penyu dilepaskan di pantai berkenaan sebagai salah satu usaha menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa penyu merupakan haiwan yang perlu dilindungi.Zawawi turut berharap usaha itu dapat membuka mata banyak pihak untuk bekerjasama dalam melindungi haiwan itu.Seorang kanak-kanak menunjukkan anak penyu yang akan dilepaskannya."Setiap tahun kerajaan negeri dengan kerjasama Persekutuan memperuntukkan RM5,00,000 untuk tujuan pengurusan dan pembangunan penyu negeri."Bagaimanapun, ia masih belum mencukupi bagi memastikan pemuliharaan penyu dapat dijalankan sepenuhnya," katanya.Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada The Qamar Resort yang sering menyertai dan menyumbang dalam program pembangunan yang dijalankan."Sedar atau tidak, kebanggaan negeri ini sedang lenyap perlahan-lahan."Kita memerlukan kerjasama awam dan swasta untuk bertindak menangani ancaman kepupusan ini," katanya.
09 Jul 19
908
Terengganu FC Pungut Satu Mata
Terengganu FC berpuas hati dengan satu mata di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah apabila seri 2-2 dengan Kedah.KUALA TERENGGANU, 9 Julai - Terengganu FC (TFC) memperoleh satu mata seri dengan Kedah 2-2 di tempat sendiri malam ini.Separuh masa pertama, Kedah yang bertandang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mendahului 2-1 dengan permainan timbal balas serangan dari kedua-kedua pasukan.Gawang TFC bolos seawal minit ketiga permainan apabila tendangan sudut Kedah dijaringkan oleh Muhamad Shakir Hamzah.Gol penyamaan TFC hadir di minit ke 15 apabila sepakan kencang Sanjar Shaakmedov dari luar kotak penalti menembusi gol sebelah kanan Kedah, melangkaui jangkauan penjaga golnya, Abdul Hadi Abdul Halim.Bagaimanapun Kedah mempunyai peluang menyumbat gol di minit terakhir permainan setelah mengucarkacirkan pertahanan TFC.Diminit 45, Baddrol Bakhtiar menyumbat satu gol penyudah separuh masa pertama untuk Kedah berada di hadapan.Di separuh masa kedua, beberapa minit sebelum tamat permainan, Kedah bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanannya, Azmeer Yusof menerima kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain TFC.Dengan kepincangan itu Sang Penyu mengambil peluang melakukan serangan bertubi-tubi ke pintu gol lawan dan gol penyamaan ditemui di masa tambahan.Tcheche Hermann Brice Kipré menanduk masuk dengan bergaya hantaran dari sebelah kanan padang, mengalahkan penjaga gawang Kedah.
09 Jul 19
69
Dasar Perumahan Baru Akan Diperkenal Bulan Depan - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Mampu Milik (RMM) Tajin.HULU TERENGGANU, 9 Julai - Kerajaan negeri akan memperkenalkan dasar perumahan swasta baharu termasuk projek rumah mampu milik (RMM) pada bulan hadapan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dasar baharu yang bakal dilaksanakan itu akan memberi perkhidmatan lebih mesra kepada golongan pemaju tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka melaksanakan projek perumahan RMM di Terengganu.Jelasnya, dasar baharu itu dirangka bagi mengkaji semula dasar perumahan kerajaan negeri yang digubal sejak Julai 2017 dan secara tidak langsung harga rumah akan lebih murah."Kita akan pertimbangkan antaranya tanah itu sendiri dan dengan dasar baharu ini kos tanah akan diminimakan supaya kos pembinaan rumah juga diturunkan."Kita juga terbuka dengan inisiatif daripada pihak swasta yang boleh menjadi pemaju tetapi ada syarat-syarat tertentu. Mungkin bagi pemaju swasta mereka kurang berminat kerana dari segi keuntungan, mereka akan kerugian berbanding mereka membuat rumah dengan harga yang lebih tinggi tetapi kita percaya mereka boleh terima," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin dan Penyerahan Suratan Hakmilik Felcra Seberang Kuala Jeneris 1, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh, ADUN Ajil, Maliaman Kassim dan ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Bahagian Timur, Zulkifli Sidek.Ahmad Samsuri berkata, sebanyak 250 buah RMM akan dibina di Kampung Tajin yang dijangka dimulakan pada bulan hadapan di atas tanah seluas 10 hektar.Menurutnya, projek pembinaan RMM bermula Jun ini dan dijangka siap pada 2021 adalah dengan kos RM68,000 yang akan dibangunkan oleh PMINT dengan kontraktor-kontraktor yang dilantik.Sebahagian peneroka Felcra Seberang Kuala Jeneris 1 yang menerima suratan hakmilik hari ini.Sementara itu, dalam majlis yang sama, penantian hampir 41 seramai 62 peneroka Felcra Seberang Kuala Jeneris 1 kini berakhir apabila menerima suratan hakmilik masing-masing.Ianya melibatkan keluasan 419.116 ekar dengan setiap peserta menerima enam ekar setiap seorang.
09 Jul 19
699
Turun Had Umur Belia : Terengganu Kaji Implikasi Secara Menyeluruh
Wan Sukairi berkata, Kerajaan Terengganu tidak mahu tergesa-gesa dalam isu ini.MELAKA TENGAH, 9 Julai - Kerajaan Terengganu sedang meneliti dan mengkaji secara menyeluruh keputusan Kerajaan Pusat yang menurunkan had umur belia kepada 30 tahun.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, segala implikasi akan diperhalusi sebelum negeri Terengganu memuktamadkan keputusan untuk mengikut atau tidak langkah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tersebut.Jelasnya, kesan baik dan buruk kepada semua pihak termasuk belia akan dibincang secara kolektif dengan semua pihak yang mempunyai kepakaran dalam isu itu."Di Terengganu kita masih berbincang, belum lagi membuat sebarang keputusan dan dalam mesyuarat portfolio (belia) yang diadakan pagi tadi juga, saya telah memaklumkan kepada seluruh jawatankuasa supaya mengkaji terlebih dahulu setiap aspek."Segala implikasi yang berlaku sekiranya kita menurut apa yang diputuskan di peringkat Parlimen kita akan kaji. Apa implikasi yang berlaku pada negeri dan belia, perkara itu sedang dipertimbangkan dan keputusannya kita akan umumkan dalam masa terdekat," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan Yusof serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.RUU itu diluluskan selepas dibahaskan hampir lima jam oleh 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Ia dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Selain menurunkan had umur, pindaan lain membabitkan peruntukan tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan iaitu tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh pelantikannya.Hingga hari ini, beberapa negeri seperti Selangor, Sarawak, Johor dan Perlis menyatakan keputusan mereka untuk mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun.
09 Jul 19
85
Tiada Kenyataan Rasmi Dari PAS Berhubung Pelawaan Tun M
KUALA NERUS, 9 Julai - Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa tidak ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh parti itu berhubung pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajak semua parti politik Melayu termasuk PAS dan Umno menyertai Bersatu.“Setakat ini tiada pendirian rasmi dari PAS sebab isu penggabungan dan sebagainya ini adalah isu yang menyentuh bidang kuasa Majlis Syura ulama’ PAS Pusat yang akan membuat pertimbangan,” ujarnya bagi mengulas mengenai pendirian PAS mengenai pelawaan tersebut.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu.Beliau menyifatkan perkara berkenaan mudah untuk disebut daripada dibuat kerana tentunya terdapat cabaran dan bermacam isu yang kompleks terpaksa ditangani terlebih dahulu.“Pada saya apa yang penting pada waktu ini adalah memastikan keharmonian dalam masyarakat itu tidak terjejas, sebabnya setiap manusia mempunyai pandangan berbeza berdasarkan parti politik masing-masing.“Tapi akhirnya yang penting adalah politik yang dibawa oleh mana-mana parti sekalipun haruslah politik yang harmoni dan politik yang tidak memusnahkan apatah lagi perlu menghindari fitnah ,adu domba dan seumpamanya.“Jadi, saya rasa itulah yang perlu diutamakan terlebih dahulu pada peringkat ini untuk memastikan keharmonian yang menjadi titik teras dan pada saya itu antara sebab kenapa Tun M memberi cadangan supaya parti-parti politik Melayu bergabung,” ujarnya.
09 Jul 19
34
Media Diajak Perbetul 'Post Truth Democracy'
Dr Ahmad Samsuri (berdiri) menyampaikan ucapan menyentuh isu media di Majlis Makan Malam Media di Kuala Nerus malam semalam.KUALA NERUS, 9 Julai - Pengamal media diajak membetulkan 'Post Truth Democracy' dalam masyarakat supaya mereka membuat keputusan tepat ketika mengundi dalam mana-mana pilihan raya.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dalam sistem demokrasi hari ini undi bagi pengundi berumur 18 tahun sama sahaja jika dibandingkan dengan undi dari seorang menteri besar."Undi mereka yang baru berdaftar sebagai pengundi berumur 18 tahun sama nilainya undi saya sebagai seorang menteri besar."Oleh kerana itu kita semua berperanan membetulkan maklumat yang salah dalam masyarakat. Tidak mudah untuk tangani masalah ini kerana 'post truth' akan terus berlaku sampai bila-bila," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Media Anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah restoran di sini malam semalam.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) melancarkan buku berjudul 'Travelog Umat Yang Dilupakan', sebuah catatan pengembaraan aktivis Yemen Care, Solahuddin Al-Idrus (dua dari kiri) dan Ibadah Korban serta Aqiqah di Kemboja Anjuran KAMI, disaksikan Pengerusi KAMI, Naraza Muda (kanan) dan Bendahari KAMI, Nazmi Ghazali (kiri).Dr Ahmad Samsuri turut melancarkan buku berjudul 'Travelog Umat Yang Dilupakan', sebuah catatan pengembaraan aktivis Yemen Care, Solahuddin Al-Idrus dan Ibadah Korban serta Aqiqah di Kemboja Anjuran KAMI di majlis yang sama.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata 'Post Truth Democracy' ialah memberi gambaran yang salah kepada rakyat setiap hari dan disokong dengan fakta walaupun ada kumpulan yang lebih berkelayakan menafikan fakta itu."Tetapi oleh kerana ia diulang hari-hari, rakyat tidak mampu untuk melawan luasnya penyebaran maklumat yang tidak betul (fitnah) dalam masyarakat."Selepas diulang setiap hari perkara yang tidak betul seolah-olah menjadi betul maka rakyat membuat keputusan yang salah akibat 'post truth' ini dalam pilihan raya. "Inilah suasana yang kita hadapi hari ini yang menjadi cabaran besar kepada semua pengamal media sama ada idependen (bebas) atau mainstream (arus perdana)," ujarnya.
09 Jul 19
75
'Sila Berkuliah Jika Pejabat Agama Beri Kelulusan' - Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ustaz Mohd Nor HamzahKUALA TERENGGANU, 9 Julai - Kerajaan Negeri tidak pernah menyekat penceramah berkelayakan untuk berceramah di masjid jika mendapat kelulusan dari mana-mana Pejabat Agama Daerah di Terengganu.Serentak itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah menafikan pembatalan kuliah seorang penceramah luar dari Terengganu disebabkan motif politik."Tidak ada sebarang pembatalan kelulusan mengajar berasaskan latar belakang kepartian. Semua pengisian untuk ceramah agama di masjid boleh dibuat permohonan melalui Pejabat Agama (Daerah) masing-masing," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, jika ada desas desus berlaku demikian, ia boleh disifatkan sebagai satu sikap prejudis pihak tertentu terhadap institusi agama negeri Terengganu.Ini kerana menurut beliau kerajaan negeri tidak terlibat dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana pejabat agama daerah di negeri Terengganu.Katanya adalah tidak benar jika mendakwa kerajaan negeri terbabit dalam membuat keputusan pentadbiran pejabat berkenaan."Tidak ada sekatan bagi penceramah yang berkelayakan, Jika (mereka) dapat kelulusan, kita mengalu-alukan (penceramah berkenaan) untuk mengajar di masjid terbabit," ujarnya.
09 Jul 19
1822
Pemantauan Aktiviti Bom Ikan Perlukan Kerjasama Pelbagai Pihak - MB Terengganu
KUALA NERUS, 9 Julai - Kerjasama pelbagai pihak diperlukan dalam usaha menangani aktiviti pengeboman ikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan kejadian segelintir nelayan yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeboman ikan sehingga menyebabkan tiga penyelam maut di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini tidak berlaku di negeri ini.Menurut beliau, kegiatan mengebom ikan bukan sahaja berlaku di kawasan laut, malah sebelum ini turut melibatkan sungai, tasik dan sebagainya.“Jadi pemantauan yang dilakukan mestilah daripada pelbagai agensi dan kerajaan negeri yang menjadi mata dan telinga bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk memastikan jika ada kejadian seumpama ini berlaku, kita akan laporkan kepada pihak berkuasa.“Malah, nelayan sendiri boleh memainkan peranan. Mereka boleh berhubung terus dengan ahli majlis ataupun MPKK di tempat masing-masing untuk menyalurkan maklumat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan menggunakan apa jua cara di bawah bidang kuasa kerajaan negeri untuk memastikan bahawa aktiviti seperti ini bukan sekadar tidak berleluasa tetapi tidak berlaku di negeri ini.“Penguatkuasaan memang sudah jelas kepada mereka yang menggunakan bom ikan bahawa ianya salah dari segi undang-undang dan dari aspek keselamatan juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengebom dan orang lain,” ujarnya.Akhbar sebelum ini melaporkan dalam kejadian antara jam 2 hingga 4 petang Jumaat lalu, tiga penyelam maut selepas terkena bom ikan ketika melakukan aktiviti menyelam berhampiran Pulau Kalapuan, Semporna.Mereka yang maut adalah seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Zainal Abdun, 31, dan dua warga China, Zhao Zheng dan Xu Yingjie.
08 Jul 19
86
Langkah Rundingan Untuk Keselamatan Di Lubuk Mandi - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 9 Julai - Kerajaan negeri mengambil pendekatan berunding dan mendidik pendulang emas Lubuk Mandi Marang supaya kesihatan dan keselamatan mereka diberi keutamaan dan dijaga dengan baik.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun kerja mendulang emas itu membabitkan pemantauan beberapa agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, tetapi dua perkara tersebut perlu diambil berat."Kita (kerajaan negeri) tidak mahu peristiwa yang berlaku, melibatkan bahan-bahan kimia sebagaimana yang berlaku di negeri lain, sebab itulah kita amat mengambil perhatian dalam soal ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah restoran di sini malam tadi.Dilaporkan terdapat hampir 100 pendulang tidak berlesen di Lubuk Mandi menghentikan kegiatan tersebut ekoran bimbang kejadian kesihatan penduduk terjejas di Pasir Gudang Johor berlaku kepada mereka.Seterusnya Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menasihatkan pendulang di kawasan tersebut supaya berwaspada dengan penggunaan bahan kimia kerana ia mempunyai kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka dan penduduk sekitar."Jadi kita (kerajaan) tidak mahu penggunaan bahan-bahan berbahaya itu membawa akibat buruk kepada kesihatan mereka walaupun dari segi kesan jangka pendeknya tidak dilihat pada waktu ini tetapi ia mempunyai kesan jangka panjang."Kerajaan sebenarnya sudah berbincang dengan mereka ini supaya mengambil perhatian yang serius dalam perkara tersebut," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, aktiviti mendulang emas merupakan tanggungjawab beberapa agensi peringkat negeri dan pusat, bukan sepenuhnya di bawah bidang kuasa negeri.Sebagai contoh, kata beliau, Kementerian Kesihatan berkuasa dan bertanggungjawab kepada masalah kesihatan penduduk sementara kerajaan negeri lebih berkuasa dalam isu berkait dengan tanah."Walaupun sebenarnya bidang kuasa itu sudah jelas tetapi saya percaya paling penting adalah aspek keselamatan dan kesihatan warga tempatan yang berada di kawasan sekitar itu dan ia menjadi keutamaan," jelasnya.Merka harus mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, bertujuan untuk menjaga keselamatan mereka dan penduduk kawasan sekitar."Walaupun dari segi bidang kuasanya, kalau mereka menceroboh tanah kerajaan , maka tindakan boleh diambil pada waktu itu juga tetapi kita mengambil sikap berunding dan 'educate' (mendidik), tidak terus mengenakan tindakan undang-undang. "Sementara mendulang di tanah persendirian sebenarnya mereka juga tertakluk di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 di mana pendulang perlu mendapatkan lesen mengeluarkan bahan-bahan galian."Jadi pendulang harus melalui proses (perlesenan tersebut) sebab proses ini bertujuan untuk melihat dari segi keselamatan dan kesihatan," ujarnya lagi.
08 Jul 19
118