lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Agih 100 Anak Pokok Durian Belanda Madu dan Lemon Secara Percuma
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 14 Julai - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Miang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Dungun mengagihkan 100 anak pokok Durian Belanda Madu dan Lemon kepada orang ramai  sebagai galakan kepada masyarakat untuk menghijaukan persekitaran.Pengerusi MPKK Kubang Miang, Mohd Yusof Ismail berkata agihan dua jenis anak pokok itu adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bercucuk tanam di tanah sendiri."Pokok ini begitu sesuai ditanam halaman rumah dan kita harap orang ramai dapat menghijaukan kediaman masing-masing dengan pokok ini kerana ia tahan lasak dan juga yang paling penting dapat mengeluarkan hasil sekaligus mampu menjana ekonomi warga tempatan. "Menanam pokok ni walaupun tidak banyak tetapi ia mampu mengubah masa depan dan memberi impak dalam menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan manusia,” ujar beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan semalam.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut diselit dengan Majlis Ramah Mesra bersama penduduk kampung sekitar.Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Penghulu Mukim, Ahmad Asmadi Mohd Nor dan  agensi agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) , Jabatan Kesihatan Daerah Dungun, Jabatan Pertanian Daerah Dungun dan ArRayyan. Sementara itu, Wan Hapandi berkata usaha menanam pokok perlu dipergiatkan dan aktiviti begini mampu mendidik golongan muda untuk menceburi bidang pertanian. "Agihan dua anak pokok secara percuma ini diharapkan bukan sahaja meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar namun mampu mendidik generasi muda atau golongan anak-anak di peringkat awal untuk lebih serius dalam bidang pertanian kerana ia mampu menjana ekonomi," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja juga mencadangkan agar program sebegini perlu diteruskan diseluruh daerah Dungun.
13 Jul 19
549
Empty Image
Gotong Royong Kukuhkan Perpaduan Komuniti
Dr Riduan (kanan) merasmikan aktiviti Gotong-Royong Perdana 1.0.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 14 Julai – Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini.Kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerap­kan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah komuniti.Semangat itu ditunjukkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Demalik yang melancarkan Projek Keceriaan kampung yang menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti utama.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, amalan gotong-royong bukan sahaja memupuk semangat kekitaan tetapi turut mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif.“Penganjuran ini salah satu wadah bagi menyatukan semangat kerjasama dan muhibah sesama kita disamping mewujudkan persekitaran yang indah,ceria dan kondusif.“Selain itu,dapat memberi ruang mengeratkan silaturahim,menanam nilai-nilai murni dan mewujudkan persekitaran yang kondusif segenap lapisan penduduk,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan Projek tersebut di kampung Pak Demalik, Jertih, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bagi sama-sama menceriakan program tersebut.Program ini telah dicetuskan oleh ahli jawatankuasa MPKK dengan kerjasama pejabat daerah yang ingin memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat.
13 Jul 19
488
Empty Image
102 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah
Hilmi Harun (kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 13 Julai - Seramai 102 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR),  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 Juzuk menerima anugerah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi  Harun berkata, anugerah khas daripada  Pusat Khidmat Masyarakat ADUN itu adalah sebagai tanda penghargaan untuk pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan.Jelasnya, ia juga secara tidak langsung sebagai pembakar semangat untuk semua pelajar supaya terus memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang.“Selari dengan kehendak kerajaan Terengganu yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan kerajaan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.“Ilmu merupakan anugerah Allah dan sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Bertambah untung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT,” tegasnyaBeliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar DUN Manir 2019 di Dewan Serbaguna Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTs), Kampung Pulau Bahagia, di sini kelmarin.Turut hadir, Penyelia i-MiTs Manir, Yusof Embong, Penghulu Mukim Belara, Mazlan Ismail, Penghulu Mukim Lot Manir, Khairul Shahril Othman dan guru-guru sekolah dalam DUN Manir.Agenda kemuncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 102 pelajar cemerlang. Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa serta penjaga pelajar yang tidak hadir kerana sedang melanjutkan pengajian.
13 Jul 19
1084
Empty Image
Terus Sumbang Idea Kepada Negeri - Wan Sukairi
Sebahagian wanita PERANTAU merakamkan gambar kenangan sewaktu majlis berkenaan.SEREMBAN, 14 Julai - Kerajaan negeri berharap Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di seluruh negeri akan terus menyumbang idea dan pandangan terhadap pentadbiran negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berpendapat, anak-anak perantau dapat melihat dengan jelas kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran."Kadang-kadang kami yang berada di dalam 'rumah' (negeri) tidak nampak apa yang perlu diperbaiki.Wan Sukairi melayan anak-anak perantau yang hadir.Tetapi, saudara-saudara yang di luar ini mungkin melihat lebih jelas sudut mana yang perlu diperkemas dan diganti dalam memastikan rumah ini sentiasa kukuh," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, semalam.Turut hadir ialah Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof serta ahli-ahli jawatankuasa PERANTAU negeri.Wan Sukairi turut menjelaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan anak-anak perantau dan sentiasa berusaha membina hubungan yang baik."Majlis hari ini dan majlis-majlis yang diadakan adalah isyarat bahawa PERANTAU sentiasa dihargai," katanya.Safri Ismail.Dalam pada itu, Pengerusi PERANTAU Negeri Sembilan, Safri Ismail melahirkan rasa gembira atas kejayaan majlis berkenaan."Ini kali pertama PERANTAU peringkat negeri berkumpul."PERANTAU negeri ini baru ditubuhkan selama empat bulan dan kita telah berjaya mengumpulkan lebih seratus anak-anak perantau untuk bersama mengukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri," katanya.Beliau juga menyatakan kesediaan organisasi itu untuk terus menyumbang idea dan saranan terutamanya berkait pembangunan ekonomi negeri.
13 Jul 19
67
Empty Image
Guru Rotan Untuk Mendidik
Alias Harun (dua dari kanan) menziarah salah seorang penerima Tabung Darul Iman baru-baru ini.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Julai - Sikap segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati jika anak mereka dirotan amat dikesali, sedangkan guru-guru bertindak sedemikian untuk mendidik pelajar agar menjadi insan berguna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menegur sikap sedemikian yang sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat."Tidak mungkin seorang guru nak mendera pelajar-pelajar. Kalau rotan pun, rotan mengajar,"  ujarnya ketika menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman di sini, baru-baru ini.Menurutnya, di dalam Islam, anak - anak yang berumur 10 tahun, mestilah dirotan jika mereka tidak sembahyang."Kita dahulu bukan begitu, hantar anak sekolah, hantar anak ngaji, boleh buat apa saja."Mak pesan, ayah pesan, dua benda sahaja, jangan cacat dan jangan buta. Takkanlah tok guru nak buat sampai cacat dan buta."Tak pernah lagi kita dengar ibu bapa yang menghalang seperti sekarang. Jadi, saya  harap cikgu sabar dengan tugas yang semakin mencabar ini," pesan beliau yang juga seorang pesara guru.Dalam ziarah tersebut, sumbangan tabung adalah termasuk susu, lampin pakai buang dan juga cek kepada pemohon yang terpilih di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.
13 Jul 19
72
Empty Image
Rakyat Diutamakan
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Julai - Kerajaan negeri sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat Terengganu dari masa ke masa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan negeri."Cuma dari segi keutamaan itu dinilai sebelum sesuatu dilaksanakan."Ini kerana, kerajaan negeri berada dalam keadaan ‘suntuk’ untuk tempoh dua tahun ini apabila Kerajaan Persekutuan memberi duit royalti dengan potongan hutang 25 peratus menyebabkan pengurangan dana sebanyak RM 800 juta," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Temu Murni Tingkatan Satu hingga Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, baru-baru ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, perkara itu sedang ditangani sebaik mungkin oleh kerajaan negeri."Kita tidak panik dengan masalah ini kerana ada benda kita boleh susun atur dari segi pentadbiran supaya perjalanan negeri kita dapat berjalan seperti biasa."Masuk tahun ketiga nanti, pengurusan kewangan akan dibuat lebih baik untuk rakyat, insya-Allah," katanya.Dalam program itu, Dr. Azman sempat menyampaikan nasihat berkenaan usaha guru dan ibu bapa dala membangunkan prestasi pelajar."Ringankanlah bibir kita untuk mengungkapkan terima kasih atas tungkus-lumus dan usaha guru dan ibu bapa."Ingatlah bahawa bakat, kebolehan dan kecerdikan terpendam pelajar selalunya berjaya dicungkil dan dicorakkan para guru dengan bantuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sehingga mampu dimanfaatkan di peringkat tertinggi," katanya.Sebagai rekod, Sekolah Kebangsaan Renek merupakan antara sekolah terbaik di daerah Besut.Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan, awal tahun ini menyaksikan sekolah itu berkedudukan antara yang teratas.
13 Jul 19
42
Empty Image
Hidup Susah Bukan Penghalang Kejayaan - Dr. Azman Ibrahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Julai - Setiap insan berdepan pelbagai cabaran dan ujian berbeza dalam kehidupan. Sedar atau tidak, hal-hal itu yang akhirnya membentuk seseorang itu sebagai insan yang berjaya atau gagal.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim, kebanyakan orang yang berjaya lahir dari mereka yang pernah melalui kehidupan sukar.Malah, mereka juga akan lebih menghargai perkara yang berlaku di sekelilingnya setelah melepasi fasa kesusahan tersebut. “Kehidupan yang susah ini sebenarnya satu pengalaman berharga yang tersimpan apabila kita berjaya. "Orang panggil, jenis yang tidak mudah ‘bertukar kulit’ kerana apa yang dilalui akan mematangkan diri dan jiwa kita pada akhirnya.“Dalam hidup, banyak benda yang terbatas, tetapi ingatlah bahawa keinginan semangat kita tiada siapa boleh halang,” katanya. Berkongsi pengalaman, beliau turut mengimbau kenangannya ketika membesar suatu ketika dahulu. Baginya, setiap orang pasti memiliki cerita berbeza yang berharga untuk dikongsi."Saya seorang anak petani, bila tiba musim kutip  tembakau, usai sahaja sesi persekolahan saya akan terus ke padang bimbang tidak sempat selesai mengutip daun."Ayah mempunyai sebuah motosikal jenis Honda 70 dan dengan motor itulah beliau mencari rezeki  menjual ubi. "Jadi, untuk pergi dan pulang sekolah, saya biasanya hanya berjalan kaki sekitar jarak satu batu lebih berbekalkan duit saku 10 sen dan kadang-kadang 20 sen," ceritanya.Perkongsian itu disampaikan ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Temu Murni Tingkatan Satu hingga Lima bertempat di Dewan Jauhari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, baru-baru ini.Di hadapan anak-anak yang sedang bersemangat itu, Dr. Azman turut menyisipkan motivasi;“Sebenarnya Allah SWT jadikan kita manusia ini semua cerdik bijak belaka. 'Genius’ luar biasa dalam dunia ini, bilangannya tidaklah sampai sepuluh orang."Bakat, kebolehan dan kecerdikan terpendam anak-anak selalunya berjaya dicungkil oleh para guru dengan bantuan dan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)."Maka, ringankanlah bibir kita untuk mengungkapkan terima kasih atas tungkus-lumus dan usaha mereka," ujarnya.
13 Jul 19
297
Empty Image
Tiga Rumah Terjejas Ribut Dibaiki Segera - PPD Bukit Besi
Rumah yang rosak akibat ribut semalam.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 Julai - Ribut kencang yang menjejaskan tiga buah rumah di Kampung Tepus dan  Kampung Rantau Panjang di Hulu Dungun akan dibaiki segera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, dalam kejadian yang berlaku semalam, rumah yang dihuni penduduk di dua kampung berkenaan rosak selepas dipukul ribut.Jelasnya, ribut kencang itu juga turut menjejaskan jalan utama ke Kampung Rantau Panjang apabila sebatang pokok tumbang di atasnya."Kita akan keluarkan sedikit belanja untuk baiki kerosakkan rumah itu, dalam pada itu kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa, dan kesan ribut kali ini tidak seteruk yang berlaku sebelum ini."Ia hanya melibatkan tiga buah rumah yang yang dimiliki oleh Nora Jaafar, 46, Salim Hamzah, 50, yang merupakan penduduk kampung Rantau Panjang manakala sebuah rumah di Tepus dimiliki oleh Talib Abdul Rahman, 76," katanya.Ghazali menunjukkan atap baharu yang akan dipasang untuk membaiki rumah yang rosakBeliau berkata demikian, ketika dihubungi pemberita selepas menziarahi rumah mangsa yang terlibat, di sini hari ini.Menurut Ghazali lagi, maklumat kerosakkan akibat ribut berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan segera untuk mangsa.Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati penduduk di DUN berkenaan supaya mengambil langkah berhati-hati dalam menghadapi angin ribut yang sering berlaku."Kita juga telah maklumkan kepada Pejabat Daerah Dungun serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah bertindak mengalihkan pokok tumbang di jalan utama dan rumah penduduk," jelasnya."Di samping itu, bermunajatlah kepada Allah agar tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," jelasnya lagi.
13 Jul 19
63
Empty Image
Bantuan Mangsa Ribut Kampung Sungai Las Disegerakan - Azmi Maarof
Oleh: Ariss AliasSETIU, 13 Julai - Beberapa buah rumah yang rosak akibat kejadian ribut yang berlaku di Kampung Sungai Las semalam akan di beri bantuan segera.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, "kepala angin" menyebabkan atap zink stor masjid dan beberapa buah rumah tercabut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata bantuan segera akan diberikan bagi meringankan beban mangsa.Katanya, beliau sudah memberi arahan kepada Pengerusi MPKK Sungai Las, Azrul Salleh untuk mengambil maklumat keluarga dan rumah yang mengalami kerosakan."Saya sempat melihat sendiri kejadian 'kepala angin' ini yang menerbangkan atap zink stor masjid yang mana berhadapan dengan balairaya."Beberapa batang pokok seperti pokok durian dan rambutan juga tumbang namun Alhamdulillah tidak ada yang menjadi mangsa,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika ditemu bual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman semasa membuat lawatan ke stor masjid dan beberapa buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut di Kampung Sungai Las, petang semalam.Sementara itu, Azrul Salleh berkata, beliau akan mengadakan gotong-royong membantu mangsa pada hari kejadian termasuk mengalihkan beberapa batang pokok yang tumbang menghalang laluan jalan."Untuk pagi esok kita fokus pula untuk potong dan alih pokok tumbang di halaman rumah penduduk pula."Ini termasuk pemasangan atap zink stor masjid dan atap rumah penduduk juga akan dilaksana dengan segera.Terima kasih kepada Encik Azmi yang cepat salurkan bantuan,"tambahnya.
13 Jul 19
69
Empty Image
Jemaah Haji Duta Terengganu & Malaysia
Oleh: Hailmey MansorKuala Nerus, 13 Julai - Jemaah haji yang mengerjakan ibadah suci pada tahun ini adalah sebagai duta Malaysia dan Terengganu khususnya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab mengharapkan agar jemaah haji sentiasa bercerita kepada warga negara lain tentang kelebihan yang ada di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya."Saya harap para jemaah sentiasa bercerita tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada negeri ini."Contohnya pulau-pulau yang cantik, budaya yang menarik dan keindahan alam semula jadi yang sukar dicari di tempat lain,” kata Fazil ketika merasmikan majlis  meraikan jemaah haji DUN Seberang Takir di Masjid Tok Jembal malam semalam.Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan Penolong Penyelia i-MiTS DUN tersebut, Jamaliah Abdullah.Beliau juga mengingatkan agar para jemaah sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang mengerjakan rukun Islam yang ke lima itu."Saya berharap semua tetamu Allah ini sentiasa menjaga adab dan tingkah laku bagi menjaga nama baik Malaysia dan Terengganu  khususnya."Ini sesuai dengan apa yang sentiasa kita sebut, negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik".Tambah beliau lagi.Seramai 76 orang jemaah haji dari DUN Seberang Takir menerima sumbangan berbentuk Riyal Arab Saudi dan sehelai tuala sebagai kenang-kenangan.
13 Jul 19
45