Artikel "Semasa" Terkini
'Sudah Lama Saya Idamkan Kerusi Roda'
Kerusi roda baharu ringankan beban Mohamad.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 13 Julai - Derita yang dihadapi seorang warga emas, Mohamad Abdullah,74, sejak enam tahun yang lalu akibat kencing manis berakhir apabila menerima sebuah kerusi roda.Kesihatan Mohamad yang tinggal di Kampung Wakaf Chagak semakin merosot dan tidak mampu berjalan dengan sempurna dan melakukan aktiviti harian dengan sempurna. “Sebelum ini saya tidak mempunyai kerusi roda. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah menghantar rezeki kepada saya, yang lama saya idamkan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.Dia berkata demikian semasa ditemui media selepas menerima bantuan kerusi roda baharu daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Shafizi Ismail, di Kampung Wakaf Chagak, di sini kelmarin.Turut hadir dalam majlis itu, Penolong Hal Ehwal Masyarakat DUN Batu Rakit, Mohd Fadhol Ismail, Pegawai Khas Penyelaras DUN Batu Rakit, Adli Ngah dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wakaf Chagak, Che Rahim Che Harun.Tambah anak Mohamad, Amirul Asyraf Mohamad, dia terharu dengan sumbangan dan keprihatinan semua pihak yang membantu meringankan beban ayahnya.“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kerana sudi meringankan beban ayah dan sudi menziarahi kami.“Sejak enam tahun lalu ayah saya menghidap kencing manis, Insya-Allah dengan adanya kerusi roda ini urusan kami sekeluarga semakin teratur dan mudah terutama ketika ingin menguruskan ayah,” tambah Amirul.Sementara itu, menurut Shafizi, pihaknya bersyukur kerana dapat menyumbangankan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Mohamad.Katanya lagi, ia secara tidak langsung akan memudahkan urusan Mohamad sekeluarga untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa membebankan ahli keluarga yang lain.“Insya-Allah bantuan yang khusus akan diberikan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang ditimpa masalah kerana kita sebagai satu ummah perlu bersatu padu dalam menangani ujian yang mendatang bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing,” kata beliau lagi.
12 Jul 19
205
Pasar Payang 2 : Lanjutan Tempoh Berpindah Hingga 31 Julai
Foto oleh : Safwan Syakir.KUALA TERENGGANU, 13 Julai - Peniaga Pasar Payang diberikan tempoh lanjutan berpindah selama sebulan iaitu sehingga 31 Julai ini untuk berpindah ke Pasar Payang 2.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, Pasar Payang 2 yang menjadi lokasi sementara untuk mereka meneruskan aktiviti niaga akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos.Jelasnya, tempoh itu diberikan berikutan wujudnya permintaan para peniaga untuk mereka membuat kerja-kerja pengubahsuaian di lot kedai mereka.“Mereka sepatutnya berpindah 1 Julai lalu, tapi ada yang memerlukan masa seperti kedai emas dan kedai pakaian, mereka perlu buat renovasi bagi tujuan keselamatan. Mengambil kira faktor itu, kita benarkan tapi sehingga 31 Julai sahaja.“Sebaik sahaja Pasar Payang dikosongkan sepenuhnya, kita akan meneruskan kerja seterusnya iaitu pembinaan semula Pasar Payang di tapak asal,” katanya ketika bersiaran di Manis FM kelmarin.Mengulas mengenai isu keselamatan yang menjadi kebimbangan peniaga, Alias berkata, peniaga tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan meletakkan pengawal di Pasar Payang 2.“Kedai emas memang berbumbung kerana atas faktor keselamatan. Bagi lot kedai pula, walaupun tiada bumbung, tetapi masih di bawah bumbung besar, jadi bagi saya tiada masalah, lagipun ia hanyalah lokasi sementara," ujarnya.Pada 24 Jun lalu, beliau memaklumkan Pasar Payang 2 sudah sedia untuk beroperasi dan akan dibuka pada 1 Julai.Namun, segelintir peniaga melontarkan kebimbangan tentang isu keselamatan dan memohon agar tempoh masa untuk berpindah dilanjutkan.
12 Jul 19
39
Seri 1-1 : Skuad Penyu Sama Gagah Dengan Tok Gajah
Ahmad Syamim diasak oleh pemain Tok Gajah dalam pertarungan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. TFC seri 1-1 dengan Pahang.KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Skuad Terengganu FC (TFC) dan Pahang sama kuat, masing-masing meraih satu mata dengan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.Skuad Penyu memperoleh gol pertama di minit 42 melalui jaringan Ahmad Shamim Yahya membolehkan TFC mendahului Pahang pada separuh masa pertama.Jaringan itu muncul ketika pertahanan Pahang agak kucar kacir apabila TFC melancarkan serangan balas selepas Pahang menyerang bertubi-tubi pintu gol skuad 'Peteh Terengganu Peteh'.Bermula dengan babak kedua Muhamadou Sumareh menjaringkan gol penyamaan di minit ke 50 menggagalkan hasrat TFC memperoleh tiga mata dalam perlawanan tersebut.Ketika bercakap kepada media selepas perlawanan Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nik berpuashati dengan permainan anak buahnya malam ini dan menyifatkan mereka berusaha bermain dengan baik.Beliau mengulas permainan Tok Gajah juga agak baik dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan dan kawalan pertahanan masing-masing juga boleh dipuji dengan tidak banyak kesilapan dilakukan.Dengan kedudukan seri 1-1 menghalang Pahang untuk mengesahkan Skuad Tok Gajah itu dari menyandang gelaran naib juara Liga Super.
12 Jul 19
67
Jemaah Perlu Bersyukur Berpeluang Menjadi Tetamu Allah
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 12 Julai -Jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji perlu bersyukur kerana ditakdirkan menjadi Tetamu Allah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, betapa hebat dan bertuahnya kerana terpilih untuk berada di rumah Allah dan mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu fardhu haji.“Peluang ini hanya datang sekali seumur hidup walaupun kita punyai duit banyak, tetapi ia belum tentu dapat dijejaki setiap tahun atas faktor kouta haji dan giliran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Meraikan Bakal Haji 2019 peringkat Dun Bukit Tunggal di Masjid Kampung Tebauk semalam.Hadir sama, Timbalan Pengarah MTD Bukit Tunggal, Harun Salleh dan Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.Dalam majlis tersebut seramai 47 orang bakal haji terdiri daripada 22 lelaki dan 25 wanita daripada Dun Bukit Tunggal menerima sumbangan sebagai tanda ingatan daripada pihak MTD.Tambahnya Alias lagi, jemaah haji perlu manfaatkan setiap detik masa disana dengan amalan yang mendekatkan diri padaNya serta menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia agar urusan hidup diberkati.“Ibadah haji juga menuntut kesabaran dalam diri sewaktu bertolak sampailah selesai mengerjakanya dengan ujian-ujian seperti pemeriksaan imigresen dan kesesakan jemaah sewaktu di tanah suci,” jelasnya yang turut mendoakan kesejahteraan buat para jemaah dan memperolehi haji yang mabrur.
12 Jul 19
100
Warga Emas Derita Retak Tulang Punggung Dibantu
Penderitaan Ibrahim mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 12 Julai – Nasib seorang warga emas, Ibrahim Hamzah, 80, dirundung duka kerana terlantar sakit dan tidak mampu berjalan selepas terjatuh dari tangga kediamannya di Kampung Tebakang, Bukit Payung pada awal April lalu.Menurut anaknya, Mohd Saifuddin Ibrahim, 32, berkata, dia tidak menyangka bahawa peristiwa tersebut terus mengubah nasib mereka sekeluarga.Tambah Mohd Saifuddin yang sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai penjual barangan aksesori kereta, katanya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya itu demi menjaga ayahnya. “Ayah saya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas terjatuh dari tangga rumah telah mengalami keretakan di tulang punggungnya dan tidak lagi mampu berjalan seperti biasa, ujarnya.“Saya sepanjang hari akan menguruskan keperluan hidup ayah saya seperti mandi, memberi makan, minum, dan lain-lain,” katanya lagi.Manakala isteri Mohd Saifuddin pula terpaksa bekerja sebagai pembantu jualan di kedai perabot Wakaf Mempelam, demi menyara kehidupan suami dan anaknya yang masih berusia tiga tahun.Semalam, Ibrahim yang kini menetap di rumah anaknya di Taman Batin Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir telah diziarahi Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’I serta anggota Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN).Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Seberang Takir, Ahmad Badarul Inshan Muhamad dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batin, Khairul Aswani Abd Rahman. Wan Yusrizal yang mewakili Dr Khairuddin memberi bantuan berupa wang tunai dan keperluan harian keluarga tersebut semalam.Ujarnya, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan dan kesusahan yang diharungi oleh keluarga Ibrahim.
12 Jul 19
346
Rangka Pelan Induk Terperinci Bagi 43 Sukan Di Terengganu - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri berjaya merangka satu pelan induk yang terperinci bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) agak berlainan dari perancangan terdahulu yang merupakan pelan induk keseluruhan."Seperti yang saya katakan, pelan induk kali ini lebih khusus kepada 43 sukan yang ada di Terengganu, tidak secara menyeluruh tetapi secara khusus."Dalam erti kata lain, apa yang kita nak capai dalam bidang sukan dari sudut pencapaian sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Katanya, selepas daripada ini, pelan induk akan melalui satu fasa pemurnian supaya ianya lebih realistik."Ini supaya pelan yang dirangka lebih realistik kerana kita tidak mahu ia menjadi pelan yang ideal tetapi tidak berpijak di bumi yang nyata."Selepas proses pemurnian, pelan induk ini akan dibukukan dan menjadi rujukan utama dalam memperkukuhkan sukan di negeri Terengganu," ujarnya lagi.Tambahnya, pihaknya juga akan berusaha melebarkan lagi sukan-sukan lain yang berpotensi seperti bola sepak, silat dan lawan pedang.Mengulas lanjut, Wan Sukairi berharap pencapaian sukan negeri Terengganu sepanjang tempoh 10 tahun akan datang boleh dicapai melalui pelan induk tersebut.
12 Jul 19
371
Terengganu Sasar Lebih Ramai Atlet Ke Peringkat Antarabangsa - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan lebih ramai atlet-atlet negeri akan terpilih mewakili negara ke peringkat antarabangsa melalui perancangan jangka panjang Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelan induk itu akan menjadi rujukan utama dalam proses persiapan setiap pasukan atau atlet bagi menyertai kejohanan-kejohanan sukan kebangsaan dan antarabangsa."Melalui pelan ini, kita mampu menghantar lebih dari dua nama ke peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun akan datang."Jika sebelum kita ada dua wakil atlet di peringkat ini iaitu Azizul Hasni dan Siti Rahmah tetapi dengan pelan ini kita sasarkan lebih dan ia merupakan antara kelainan yang terdapat dalam pelan induk kali ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Bengkel kali ini melibatkan hampir 200 peserta terdiri daripada presiden-presiden dan wakil-wakil persatuan sukan yang terdapat di Terengganu.Terdahulu, bengkel selama empat hari tersebut bertujuan menyediakan satu perancangan yang kukuh dan lebih berfokus bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Ianya merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu sebelum ini yang akan berakhir pada 2020 yang mampu menghasilkan kejayaan cemerlang bagi sukan negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa.
12 Jul 19
125
Bantuan Segera Legakan Mangsa Ribut
Dr Azman meninjau rumah yang rosak akibat ribut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Julai – Bantuan segera yang disalurkan kepada mangsa angin ribut di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan memberi kelegaan kepada mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau bersyukur kerana kejadian angin ribut yang menjejaskan sembilan rumah itu tidak meragut sebarang nyawa.Jelasnya, rumah yang rosak kerana bencana pada pukul 3.30 petang itu terus dibaiki dan diberi bantuan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni dalam rumah.“Dengan keadaan rumah rosak sebegitu, bukan setakat tidak selesa malah kita bimbang sekiranya ada serpihan-serpihan jatuh menimpa tuan dan anak-anak sama ada di dalam atau luar rumah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman menziarahi rumah mangsa ribut di perumahan berkenaan, di sini petang semalam.Turut hadir dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Kerandang, Azam Awang Ali, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Sudin Awang dan Penolong Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Zakaria Mahmud.Menurut beliau yang juga ADUN Jabi, tindakan pantas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PAKR, Mohd Rezuan Md Lazim yang mendapatkan barangan untuk membaik pulih rumah menunjukkan peranan dan kerjasama pimpinan setempat bagi menyelesaikan masalah dengan cepat.“Kerjasama dan kepantasan sebeginilah yang kita ingin lahirkan pada jiwa MPKK dan penduduk dalam apa jua keadaan sekalipun terutama apabila berdepan situasi sebegini.“Walaupun dengan kesuntukan masa di lewat petang, beliau berjaya laksanakan. Tahniah dan syabas Mohd Rezuan dan anak buah menjayakan misi ini,” ujar beliau lagi.Sementara itu, menurut Mohd Rezuan, proses pembaikian itu dijalankan secara bergotong-royong beramai-ramai dengan penduduk sekitar. Katanya, dengan itu bukan setakat dapat memupuk semangat kekitaan malah menimbulkan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati.“Petang semalam, kita telah menyiapkan empat buah rumah. Insya-Allah, pagi ini kita sambung lagi gotong-royong untuk membaiki lima buah lagi," jelasnya.“Islam mengajar kita melakukan kebaikan dalam apa-apa bentuk. Jadi, saya menyeru kepada semua terutama anak-anak muda untuk turun padang bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim membantu jiran tetangga yang ditimpa musibah,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
12 Jul 19
41
'Pengundi 18 Tahun Mesti Ambil Tahu Politik' - Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Foto - Media Presiden PASMARANG, 12 Julai - Pengundi berumur 18 tahun mesti mengambil tahu dan memahami politik supaya kuasa politik tidak terlepas ke tangan parti dan pemimpin yang tidak sepatutnya menerajui negara.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, ramai di kalangan orang Islam yang tidak ambil tahu politik dan menganggap sama sahaja siapa pun yang memerintah negara.Dengan sebab itu katanya, orang bukan Islam berkuasa memerintah negara milik majoriti umat Islam."Ada yang mendakwa orang Islam perlu duduk di masjid mengerjakan sembahyang sahaja, tidak perlu ambil tahu hal politik."Akhirnya berlakulah seperti negara China, orang komunis berkuasa dan tidak membenarkan orang Islam pergi sembahyang di masjid, bahkan tidak benar sembahyang, bagaimana nak buat?" soalnya.Katanya, ini semua diajar oleh penjajah barat supaya orang Islam menjauhkan diri dari dunia politik agar mereka mudah menguasai negara-negara orang Islam.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Katanya, PAS, UMNO dan sebuah parti politik di Sabah menyokong cadangan Kerajaan Pusat itu sekiranya pendaftaran pengundi dibuat secara automatik."Kami menentang cadangan itu sekiranya pengundi berumur 18 tahun tidak didaftar secara automatik."Bagaimanapun kami penyokong pindaan undang-undang tersebut kerana Kerajaan Persekutuan setuju pengundi berdaftar secara automatik setelah berumur 18 tahun," ujarnya lagi.
11 Jul 19
133
Padang SSMZA Siap Dibaik Pulih September Ini - Wan Sukairi
Wan Sukairi (tengah) meninjau keadaan semasa padang SSMZA.KUALA NERUS, 11 Julai - Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang sedang dalam proses penukaran dan baik pulih dijangka siap sepenuhnya pada September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses tersebut sudah siap 80 peratus dan berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan. Jelasnya, projek yang menelan belanja RM1 juta itu turut melibatkan pembaikan sistem saliran air dan longkang stadium, sekali gus ia akan memberikan nafas baharu kepada stadium berkenaan.“Kita jangka proses tambah baik ini siap pada September, namun kita tidak akan terus menggunakan padang ini, sebaliknya akan menunggu dalam sedikit masa supaya struktur padang ini benar-benar kukuh.“Selepas tempoh itu insya-Allah padang di SSMZA ini siap untuk diguna pakai dalam sebarang pertandingan bola sepak,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.Mengulas lanjut mengenai keadaan tempat duduk penonton di stadium berkenaan, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya sedang menunggu surat pengesahan daripada kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan itu kukuh dan selamat digunakan.“Selepas kita dapat surat jaminan itu, barulah kita akan berbincang untuk membina bumbung, tetapi untuk tempoh satu hingga dua tahun ini dengan mengambil kira kos, soal bumbung tidak berbangkit.“Mengenai trek di sini pula, kita akan cabut dan letak rumput tiruan, tiada trek olahraga di stadium ini dan SSMZA hanya khusus untuk sukan bola sepak,” tambah beliau.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri perintis dalam usaha Malaysian Football League (MFL) meningkatkan kualiti padang semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).Dimaklumkan juga, MFL bakal bergerak dengan projek menaik taraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC pada masa akan datang.
11 Jul 19
176