Artikel "Semasa" Terkini
Orang Kampung Tebak Kursus Jenazah
Penceramah menunjukkan demonstrasi cara pengurusan jenazah yang betul.Oleh: AminjiKEMAMAN, 15 Julai - Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, itulah lumrah alam yang akan dilalui oleh setiap insan. Rentetan itu, satu Kursus Pengenalan Pengurusan Jenazah telah diadakan di Masjid Tebak Batu 16 melibatkan komuniti kampung tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kursus itu diadakan bagi memberikan pendedahan kepada umum tentang cara menguruskan jenazah."Sekurang kurangnya, melalui kursus ini, kita tahu, langkah awal yang harus dilakukan ketika menghadapi kematian seseorang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus tersebut, di sini baru-baru ini dengan kehadiran seramai 37 orang peserta.Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas yang terlibat dalam penganjuran kursus jenazah tersebut."Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang telah menjayakan kursus ini. Insya-Allah kursus sebegini sangat memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan di hari mendatang," kata beliau lagi.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tebak, Mohd Adharuddin Idris.
14 Jul 19
695
Jom, Bina Kebun Depan Rumah - Dr. Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 15 Julai - Rakyat Terengganu diseru memanfaatkan ruangan di sekeliling rumah dengan bercucuk tanam menggunakan kaedah fertigasi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, melalui kaedah tersebut hasil tanaman diperoleh semaksimum mungkin meski dalam ruangan yang terhad.“Daripada tanam pokok puding dan bunga kertas, lebih baik kita tanam sesuatu yang boleh dimakan. “Sekurang-kurangnya apabila memasak singgang ikan, kacang bendi sudah ada di rumah. Walaupun dalam skala kecil, kita lebih yakin dari segi kesuciannya selain boleh dijadikan hobi waktu lapang,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang bertandang ke Jabi dalam Program Lawatan Mahabbah, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut menyarankan rakyat yang berminat boleh mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi berkaitan.“Teknologi sekarang sudah semakin maju. Sekiranya tiada kemahiran, Pejabat Pertanian serta Peladang menyediakan macam-macam kursus samada jangka pendek, sederhana untuk dimanfaatkan dan paling penting, ia ditawarkan secara percuma.“Benda ini kita boleh buat di sekeliling rumah. Ia sangat mudah dan kita dapat membudayakan pertanian ini selaras hasrat kerajaan untuk menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluaran makanan,“ katanya seraya menegaskan bahawa negeri itu memiliki potensi pertanian yang baik.“Kita sebenarnya tidak ketinggalan dari segi pertanian. Kaedah menggunakan ‘polybag’ amat memudahkan proses tanaman yang mencampurkan bahan medium seperti sabut, hampas kelapa sawit dan juga barang-barang kompos lain. Pelbagai tanaman telah dihasilkan seperti lada, terung, kacang bendi, Nenas MD2 serta Melon Manis Terengganu yang hari ini menjadi ikon pertanian negeri,” katanya.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya masih berbincang dengan pihak TDM Berhad bagi mendapatkan hampas kelapa sawit atau kompos secara percuma sebagai satu Corporate Social Responsibility (CSR) untuk menolong rakyat yang mahu terlibat dalam pertanian secara fertigasi.
14 Jul 19
157
Terengganu Sedia Pelan Induk Saliran Mesra Alam Tangani Banjir Kilat
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri kini dalam proses penyediaan satu pelan induk yang merupakan perancangan jangka panjang bagi menangani masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa daerah di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pelan yang dinamakan sebagai Pelan Induk Saliran Mesra Alam dijangka siap pada akhir tahun ini dengan peruntukan lebih daripada RM1.2 juta.“Pelan ini bermula pada 2016 dan apabila ia siap pada akhir tahun ini, ia boleh dijadikan rujukan kepada semua jabatan termasuk Jabatan Pengairan dan saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Muhammmad Khalil Abdul Hadi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, selain dari pelan induk berkenaan, kerajaan negeri hendaklah membina sistem saliran yang baharu bagi menangani masalah banjir kilat sekali gus membantu menangani fenomena alam yang tidak dapat dijangka itu.“Pada tahun lepas, kita telah menyiapkan satu sistem saliran di Padang Negara dengan kos RM15.8 juta.“Dalam pembinaan sekarang ialah sistem saliran di Tok Jiring dan yang akan ditender pada akhir tahun ini adalah tebatan banjir di Gong Kiat di mana airnya akan dialirkan ke Sungai Ibai,” kata Dr. Mamad.Menurut beliau, kerajaan negeri juga telah memperuntukan RM30 juta untuk kerja memperdalam serta membaik pulih sungai dan saliran di Terengganu.
14 Jul 19
369
ADUN Perlu Mainkan Peranan Secara Konstruktif - YDP Terengganu
Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu berperanan secara konstruktif untuk menyuarakan kepentingan rakyat dalam sidang dewan.Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali berkata, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik (political will) bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini."Lebih-lebih lagi , ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti bengkel literasi ADUN & Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan mereka sebagai 'legislator'."Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini secara konstruktif terutama dalam sidang yang berlangsung dalam tiga atau empat bulan sekali," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua DUN Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Yahaya juga berkata, sebagai ADUN, mereka tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti sentiasa bermuhasabah."Sebagai ADUN, mereka perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan kegiatan kerajaan (badan eksekutif)."Apa yang penting adalah usaha untuk meningkatkan diri bagi memainkan peranan secara berkesan," tambahnya lagi.Beliau turut mengingatkan bahawa usaha untuk meningkatkan diri bukan sahaja dari segi kemahiran berucap tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran kerajaan termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan sebagainya.
14 Jul 19
100
Drawbridge Terengganu Bakal Tersenarai Di MBOR
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Jambatan angkat (drawbridge) Terengganu bakal menempa sejarah tersendiri apabila dijangka mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'bascule' (daun jambatan) terpanjang di dunia dalam masa terdekat.Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, ia kerana drawbridge yang merupakan mercu tanda baharu Terengganu itu bukan sahaja kebanggaan negeri tetapi juga Malaysia."Ianya satu tarikan baharu di Terengganu dan pertama di Malaysia malah saya boleh katakan "new architecture marvel", satu pembinaan yang hebat dengan bascule 76 meter dan dikatakan terpanjang di dunia."Kita akan panggil MBOR untuk menilai dan seterusnya mengiktiraf drawbridge ini. Selepas itu kita akan usahakan untuk senaraikan di dalam Guinness Book of World Records," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program lawatan kerja ke drawbridge, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.Katanya lagi, mercu tanda ini juga boleh menarik ramai peminat untuk datang ke Terengganu."Dan kita juga bincang bagaimana kita boleh buat aktiviti di sini untuk menjadi tarikan kepada pelancong mungkin dari segi sukan esktrem."Pihak Tourism dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan bekerjasama dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan negeri demi memajukan lagi tarikan pelancongan ke negeri ini," tambahnya lagi.Menurut Muhammad Bakhtiar, walaupun bukan pakar tentang sukan ekstrem, beliau akan usahakan untuk mendapatkan operator bertauliah dan boleh dipercayai."Saya ada kenal beberapa operator di dunia ini dan kalau kita jemput mereka ke sini dengan kerjasama negeri, insya-Allah biar mereka sendiri akses dari segi 'marketable safety'."Tadi pun kita melihat 'sea through sky terrace' dan itu juga menjadi tarikan utama untuk mereka yang suka berswafoto dan ini juga boleh dijadikan satu tempat yang menarik," ujarnya.Beliau juga berpendapat lokasi drawbridge tersebut sesuai untuk pelbagai program, sukan seperti larian atau berbasikal.
14 Jul 19
860
Generasi Muda Perlu Pertahankan Seni Silat - ADUN Buluh Gading
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 15 Julai - Seni silat menjadi lambang kepada penyatuan sesebuah bangsa, lantaran itu, anak muda perlu mencintai seni pertahanan diri ini agar tidak pupus ditelan zaman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, penubuhan gelanggang silat merupakan satu alternatif untuk memupuk sifat cinta dan cakna kepada warisan yang menjadi kebanggaan negara suatu masa dahulu.Jelasnya, aktiviti silat bukan sahaja mengajar ahlinya bagaimana mempertahankan diri tetapi juga untuk membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman jati diri, disiplin, dan pembentukan sahsiah berkualiti. “Anak muda boleh mengambil peluang untuk mengisi masa lapang dengan menyertai sukan silat yang menjadi warisan turun temurun yang kian dilupakan.“Ini kerana anak muda sekarang berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan banyak terdedah dengan unsur-unsur yang merosakkan dan aktiviti tidak sihat serta tidak bermanfaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat di Kampung Tetambah, di sini baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tetambah, Abas Muda.Mengulas tentang pembinaan gelanggang itu, Ridzuan berharap agar ia dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli qariah kerana ia akan memberi manfaat yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat setempat.“Apabila telah handal bersilat, jangan sombong dan bergaduh. Gunalah kemahiran dan ilmu ini hanya dalam keadaan yang sangat memerlukan untuk mempertahankan diri. Semakin banyak ilmu yang kita ada, sepatutnya kita semakin tawadduk.“Kerana itu, jangan lupa Allah SWT apabila bersilat. Amalkan wirid-wirid dan zikir-zikir yang sahih, elakkan mentera yang berlawanan dengan syariah sehingga bacaannya tidak difahami,” tambah beliau.
14 Jul 19
219
UPDI Gondol Dua Anugerah MAM 2019
Suhaimi (kanan) dan Tengku Mohd Syamim menerima anugerah masing-masing dari UMT.Oleh: Mastura JamaldinKUALA NERUS, 14 Julai - Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menggondol dua anugerah terbaik Majlis Anugerah Media (MAM) 2019, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) malam ini.Penerima Anugerah Gerbang Pena itu termasuk Suhaimi Taib melalui Segmen Berita Atas Talian (Online) Terbaik (Bahasa Melayu) dan Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail melalui Segmen Foto Terbaik, masing-masing melalui portal Teganukita.net.Antara anugerah disediakan oleh UMT termasuk hadiah Anugerah Gerbang Pena, Anugerah MAM'19 dan Anugerah Emas Korporat UMT.Anugerah-anugerah tersebut antara lain disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr Nor Ainei Haji Mokhtar.
14 Jul 19
96
'Infra Pulau Perhentian Bakal Dibaik Pulih' - Ariffin Deraman
Ariffin Deraman dan Dr Mamad Puteh serta rombongan meninjau keadaan destinasi pelancongan di Pulau Perhentian. Foto - Muhammad 'Ammaar SalehudinKUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kerajaan negeri sedang merancang untuk membaik pulih infrastruktur kemudahan asas dan destinasi pelancongan di Pulau Perhentian dengan kos keseluruhan sedang dikaji.Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ini termasuk baik pulih masjid, laluan ke kincir angin, padang bola dan masalah Sistem Kumbahan Berpusat (STP)."Saya bersama Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri serta pegawai beberapa agensi kerajaan telah melawat Pulau Perhentian beberapa hari yang lalu bertujuan untuk melihat infrastruktur yang ada di pulau itu yang perlu ditambah baik."Antara komponen yang kami tinjau ialah Masjid Pulau Perhentian yang dibina pada tahun 2014 tetapi masjid ini telah mengalami banyak kerosakan."Kemudian kami juga melihat STP di Pulau Perhentian, terdiri dari dua komponen penggunaan termasuk untuk penduduk kampung dan juga pelancong," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Laluan pejalan kaki 1 kilometer ke Kincir Angin Pulau Perhentian akan dibina secara gotong royong membabitkan kos RM30 ribu.Dalam lawatan tersebut katanya, penduduk meminta kerajaan negeri membaiki kerosakan padang bola akibat hakisan ombak.Bagi membangunkan industri pelancongan di pulau itu katanya, fokus utama adalah membaiki laluan ke kincir angin. Menurut beliau, laluan ke kincir angin yang melibatkan tangga berukuran 300 meter panjang mengalami kerosakan teruk kira-kira 50 peratus.Projek pembinaan kincir angin membabitkan peruntukan RM12.6 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira dua hektar di sebelah utara Pulau Perhentian Kecil, pada 2006 dan dirasmikan pada September 2007.Kos projek itu dibiayai bersama kerajaan negeri, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Bagaimanapun, Ustaz Ariffin berkata, projek itu gagal berfungsi untuk menampung keperluan tenaga elektrik kepada 60 buah rumah penduduk pulau berkenaan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat menjelaskan bahawa untuk menyelesaikan masalah tersebut kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 ribu untuk pembinaan laluan baharu sepanjang 1 kilometer dengan cara gotong-royong melibatkan Majlis Daerah Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pulau berkenaan."Kerajaan negeri telah membuat cadangan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tangga yang rosak di bahagian sebelah bawah dibuang kemudian dibuat sekatan supaya tidak dibenarkan langsung pelancong melalui kawasan tangga berkenaan kerana terlalu bahaya," jelasnya."Bagaimanapun kerajaan negeri masih mengekalkan struktur sebelah atas yang masih baik, boleh dicapai dengan cara 'hiking' (berjalan kaki) melalui jalan bukit," jelasnya lagi.
14 Jul 19
635
Sumbang Komputer Riba Kepada Sekolah Imtiaz Kemaman
Oleh: AminjiKEMAMAN, 14 Julai - Sebanyak empat unit komputer riba disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, sumbangan ini sebagai galakan kepada pelajar selaras dengan perubahan teknologi maklumat yang mampu memberikan satu impak besar terhadap profesion mereka.“Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan komputer riba salah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan di Surau Asy Syakirin, Imtiaz Kemaman baru-baru ini.Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Teknologi Maklumat juga berkata setiap pelajar mesti menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan.“Pencarian maklumat melalui internet juga merupakan aset yang akan menjayakan pendidikan pada masa hadapan,”ujarnya.
14 Jul 19
161
Santuni Warga Tionghua Tanggungjawab Bersama
Oleh : AminjiKEMAMAN, 14 Julai - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) mengadakan program menyantuni warga Tiongha.ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata ini merupakan salah satu tanggungjawab PAS apabila menjadi kerajaan adalah menjaga kebajikan dan hak orang bukan islam."Bila Islam memerintah, semua kaum akan selamat. Melayu, Cina, India malah warga peribumi semua akan dapat hak masing-masing.” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ziarah tersebut di Batu 4, Binjai, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 4 Binjai, Hamzah MohamedRombongan ziarah kali ini turut menyantuni warga Tionghua dan sumbangan beerbentuk barangan dapur.
13 Jul 19
70