lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
2,934 Permohonan Lot Tapak Rumah Terengganu Diluluskan
Dr. Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan Terengganu telah meluluskan sebanyak 2,934 lot tapak rumah untuk golongan terkilan sejak Jun 2018 hingga sekarang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemohon berkenaan adalah mereka yang telah mendapat kelulusan pada tahun 1999 hingga 2004 tetapi ditarik balik kerana kekangan tertentu.Jelasnya, usaha menunaikan kembali hak mereka itu adalah sebagai bukti dan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangkan bebanan rakyat.“Jumlah permohonan tapak rumah terkilan yang telah diproses dan diluluskan kembali sehingga Mei 2019 adalah sebanyak 2,934 lot.“Ianya menyaksikan Setiu sebagai daerah yang paling tinggi (permohonan diluluskan) iaitu 1,154 lot mengatasi Besut sebanyak 841, Kemaman 588 lot, Marang 218 lot, Hulu Terengganu 83 lot, Kuala Terengganu 40 lot dan Dungun 10 lot,” katanya.Alias Harun.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut tentang bayaran premium tanah berkenaan oleh penerima, Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal menjelaskan, kaedah bayaran itu dipecahkan kepada dua kategori dengan mengambil kira pendapatan mereka.Kata beliau, usaha berkenaan dibuat bagi memberi sepenuhnya ruang kepada penerima untuk merancang perbelanjaan supaya tidak membebankan.“Secara umumnya, kita sebenarnya memberi dan menetapkan tempoh-tempoh tertentu kepada pemohon untuk menyelesaikan bayaran ini.“Bagi yang tidak mampu atau berpendapatan rendah, khususnya kurang daripada RM1,750 sebulan, kita berikan tempoh tiga tahun bayaran secara ansuran, manakala yang mampu kita tetapkan masa tiga bulan,” tambah beliau.
15 Jul 19
75
Empty Image
Teladani Kisah Saidina Umar Dengan Fakir Miskin - Dr. Alias Razak
Dr Alias menziarahi pesakit warga emas di Pulau Duyong.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 15 Julai - Pimpinan masyarakat di setiap peringkat khususnya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar menjadikan kisah Khalifah Umar dengan fakir miskin sebagai inspirasi dalam mendepani rakyat yang diuji dengan kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, peranan MPKK begitu besar sebagai jentera kerajaan di peringkat akar umbi.“Mana mungkin setiap orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mampu untuk menjejaki setiap rumah dalam DUN masing-masing tanpa penglibatan MPKK sebagai penyalur maklumat tentang segala permasalahan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Rakyat Komuniti Kampung Pengkalan Arang di sebuah balairaya, di sini semalam.Hadir sama, Setiausaha Akhbar Pejabat Menteri Besar, Mohd Adram Musa dan Pengerusi Persatuan Sayangi Negeri Terengganu (PESAYANG), Asyraf Fathi Md Soh.Tambah Dr Alias, antara kisah masyhur yang boleh diambil pengajaran bersama adalah bagaimana seorang khalifah tidak tenteram hatinya memikirkan nasib rakyatnya yang hidup dalam serba kedhaifan.Diringkaskan cerita, pada suatu malam, Umar R.A. dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.Tujuan Saidina Umar berbuat demikian adalah untuk mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata di bawah pimpinannya dan memastikan tiada seorang pun yang tercicir.Tiba di suatu tempat, Saidina Umar berjumpa dengan seorang ibu yang sedang memasak batu demi mendiamkan anak-anaknya yang kelaparan.Setelah terlalu lama menunggu, anak-anak mereka tertidur kerana terlalu letih dan kelaparan.Sejurus mendengar luahan ibu tersebut, Khalifah Umar tidak dapat menahan air matanya dan terus bergegas ke Baitul Mal untuk mengambil keperluan makanan.“Pengajaran di sebalik kisah ini dapatlah disimpulkan bahawa setiap pemimpin mempunyai amanah berat yang sedang dipikul sama ada ganjaran pahala menanti ataupun azab yang pedih jika mengkhianati amanah tersebut,” jelasnya lagi.
15 Jul 19
1101
Empty Image
PERANTAU Komited Bantu Jayakan PITAS
Prof. Dr. Kamaruzzaman.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) menzahirkan komitmen bagi membantu kerajaan negeri menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof berkata, dalam setiap siri pertemuan bersama kerajaan negeri, pihaknya sering memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan pentadbiran negeri."PERANTAU mempunyai pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan mereka yang terdiri daripada para usahawan yang berjaya."Kita akan berusaha sedaya mungkin dan kita harap usaha membangunkan negeri dan rakyat akan mampu dicapai dengan lebih efektif," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.Program berkenaan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut disertai sekitar 100 anak perantau yang berada di negeri itu.
15 Jul 19
114
Empty Image
Bakal Haji Disaran Guna Peluang Ibadah Sebaiknya
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 15 Julai - Bakal haji yang akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu diharap agar menggunakan masa dan peluang sebaiknya untuk melaksanakan amal ibadah di Mekah dan Madinah nanti.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, bukan semua orang berpeluang menerima jemputan ke tanah suci.“Bagi yang terpilih, jangan menghabiskan masa sekadar membeli belah atau mundar mandir di kota suci umat Islam itu."Perlu banyak laksanakan umrah, ibadah - ibadah sunat, barulah bermanfaat jika kita berada lebih lama di sana,” pesannya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Bakal Jamaah Haji Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di Surau Taman Rakyat Jaya, di sini, Sabtu lalu.Alias yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN itu turut mengingatkan para jemaah supaya mengambil berat perkara-perkara yang boleh mengganggu kelancaran ibadah."Jaga kesihatan diri dan minum banyak air, kalau badan tidak sihat bimbang akan mengganggu ibadah haji kita. Kita hendak pergi menunaikan haji sudah sukar, jadi jaga kesihatan, " ujarnya.Dalam majlis tersebut, seramai 76 orang yang akan menunaikan haji turut menerima cenderahati dan sedikit saguhati daripada Majlis Tindakan DUN.
15 Jul 19
112
Empty Image
Warga Dungun Teruskan Kempen ‘Terengganu Bersih’
Para peserta gotong-royong yang meneruskan kempen 'Terengganu Go Clean'.Oleh: Sulaiman RusliDUNGUN, 15 Julai - Sebahagian warga Dungun menyertai gotong-royong membersihkan pantai sebagai bagi menyambung kesinambungan ‘Kempen Terengganu Go Clean’ yang dilancarkan kerajaan negeri, April lalu.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berterima kasih atas penyertaan dan kejayaan program berkenaan.“Terima kasih kepada semua yang hadir walaupun hanya sebahagian, sekurang-kurangnya kita berjaya menunjukkan contoh yang baik dan berusaha melaksanakan tanggungjawab ini.“Agama kita sendiri menyarankan kebersihan sebagai satu asas yang dimasukkan bawah konteks Iman yang mana  aspek itu sangat ditekankan dalam kehidupan manusia,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut, semalam.Program anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dengan kerjasama  Jabatan Amal Malaysia (Dungun) itu diadakan di persisir Pantai Teluk Gadung dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ahmad Zafran Ismail.Dalam program itu, Skuad Bersih Pemuda DUN Sura dan Skuad Bersih Amal Kawasan Dungun turut ditubuhkan bagi memperkasakan lagi kempen berkenaan sekali gus merealisasikan motto,”Beautiful Terengganu”. “Kita boleh lihat di negara Jepun sebagai contoh di mana kesedaran sivik dipupuk sejak dari pra-sekolah dapat melahirkan bangsa yang berdisiplin.“Mudah-mudahan, usaha kita ini berkekalan dan diberkati Allah SWT,” katanya.
15 Jul 19
182
Empty Image
Sidang DUN Terengganu : Pindaan Saraan ADUN Yang Dilantik Lulus RM10 Ribu
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Saraan) (Pindaan) 2019 bagi membolehkan ADUN yang dilantik mendapat elaun saraan sebanyak RM10,000 sebulan.Jumlah itu diluluskan sebulat suara di peringkat jawatankuasa, hasil cadangan dari ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said ketika pindaan enakmen tersebut dibaca kali kedua dengan meminda Fasa 3 (b) dari jumlah RM7,000 kepada RM10,000.Rang Enakmen pindaan itu dikemukakan oleh ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Ke-14, di sini hari ini.ADUN Kijal ketika bangun mencadangkan pindaan itu berkata, jumlah RM7,000 itu amat sedikit dan meminta Penasihat Undang-undang Negeri memberi nasihat dalam perkara tersebut."Wang saraan berbelas ribu bagi wakil rakyat biasa, sama-sama Yang Berhormat juga sama ada yang dilantik ataupun tidak. Tugas mereka sama sahaja," jelas beliau.ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat ketika bangun menjelaskan bahawa pindaan itu boleh dibuat ketika mesyuarat menjadi jawatankuasa.Ketika dibaca Fasa 3 (b) di peringkat tersebut, pindaan dibuat dari RM7,000 kepada RM10,000 dan mendapat persetujuan sebulat suara dari ADUN Terengganu.Pada 29 November tahun lalu, Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Md Noor dilantik sebagai ADUN wanita pertama negeri Terengganu. 
15 Jul 19
377
Empty Image
Sidang DUN : Dana Raya Bukan Penyelesaian Masalah
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15,817,000 untuk Dana Raya 2019 yang melibatkan 79,085 orang penerima yang layak.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kaedah yang diguna pakai pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya cuma yang berbeza dari segi syarat pendapatan ketua isi rumah (KIR).“Sebelum ini dana raya diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan pendapatan KIR yang tidak melebihi RM2,500 sebulan. Bagaimanapun, tahun ni kita mengguna pakai garis panduan selaras yang dikeluarkan Kerajaan Pusat iaitu KIR yang tidak melebihi RM1,500 sebulan.“Bagi KIR yang kurang RM1,500 sebulan di bandar atau di luar bandar, mereka boleh mendaftar dengan e-kasih dan kita ada kumpulan fokus di setiap daerah yang akan merancang untuk menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan yang berbangkit,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dana raya bukan penyelesaian masalah untuk membasmi kemiskinan sebaliknya pemberian kerajaan kepada rakyat negeri ini sempena Aidilfitri.“Dana raya ini bukan penyelesaian masalah, ianya sebagai tanda keprihatinan kerajaan sempena menghadapi hari raya.“Kalau mereka daripada golongan miskin, mereka boleh mendaftar e-kasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kita beri bantuan tetap secara bulanan,” ujarnya.Dalam pada itu, Satiful turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap kerajaan terdahulu yang berjaya mengurangkan kadar kemiskinan yang banyak di Terengganu. “Miskin tegar hanya 35 orang sahaja dan kita beri bantuan ini sebanyak RM79,000 setahun. Jadi, saya rasa benda ini boleh dikurangkan tahun demi tahun. Sebagaimana hasrat kerajaan negeri iaitu kita tidak mahu memberi ikan lagi, kita cuma bagi kail untuk mereka mencari pendapatan,” ujarnya.
15 Jul 19
139
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Tarik Pelabur, Buka Peluang Kerja Kepada Penduduk Tempatan
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri komited untuk terus menarik pelabur ke negeri ini yang dilihat mampu membuka lebih banyak jaringan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus mengatasi masalah pengangguran.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau telah bertemu dengan beberapa pelabur asing dari Taiwan, China dan beberapa negeri lain baru-baru ini yang menunjukkan minat untuk melabur di negeri ini.Bagaimanapun Tengku Hassan berkata, pelaburan berskala besar kebiasaannya memakan masa untuk mereka (pelabur) membuat keputusan sehinggakan ada yang sampai dua, tiga tahun baru boleh mencapai kata putus.“Justeru, untuk menarik pelabur ke negeri ini, kerajaan negeri mempunyai beberapa strategi, antaranya wujudkan hubungan yang baik dengan pelabur tempatan dan asing, mengadakan promosi pelaburan di luar negara bersama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi mempromosikan produk tempatan di luar negara serta menjalin hubungan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk mendapatkan pelabur ke negeri ini.“Kerajaan negeri juga menyediakan insentif yang terbaik kepada pelabur contohnya diskaun kepada premium tanah iaitu 10 hingga 15 peratus bagi yang layak, pembiayaan premium tanah secara ansuran selama setahun, membantu pelabur untuk menerima dan menikmati skim pelaburan yang menarik dan ditawarkan oleh agensi pelaburan serta menyediakan kawasan industri yang mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rozi Mamat (BN-Telemong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dengan adanya pelaburan di negeri ini termasuk dalam industri silika dan sebagainya, pihaknya yakin ianya mampu mempermudah usaha kerajaan menunaikan janji manifesto menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun.“Peluang pekerjaan dalam sektor industri sahaja sehingga 2019 adalah sebanyak 7,057, kita unjurkan pada 2024, jumlah pekerjaan dalam sektor ini yang kita dapat janakan sebanyak 16,750 orang,” ujarnya.
15 Jul 19
53
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Negeri Tubuh Jawatankuasa Khas Selesaikan Isu Pulau Bayas
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu kelewatan penyiapan Projek Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, Jawatankuasa Menilai Serta Menyelesaikan Isu Pulau Bayas itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.Menurut beliau, purata kemajuan keseluruhan projek berkenaan telah mencapai 77 peratus dan ketidakupayaan kontraktor untuk meneruskan projek berkenaan adalah disebabkan masalah kewangan yang menyebabkannya tergendala hampir dua tahun.Ariffin berkata, perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan adalah RM188,117,514.63 daripada kos keseluruhan projek RM243,555,183.35 bagi kesemua enam pakej yang terlibat dalam pembangunan bebas cukai Pulau Bayas.“Pakej pembangunan Pulau Bayas ada enam yang mana pakej empat dan enam telah siap sepenuhnya dan yang mengalami kelewatan melibatkan pakej satu, dua, tiga dan lima yang mana jumlah keseluruhan denda yang dikenakan sehingga 30 April 2019 terhadap pakej yang mengalami kelewatan ini adalah sebanyak RM10,432,098.70.“Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan perkara ini kerana jika diteruskan, kos yang diperlukan melebihi RM75 juta sedangkan peruntukan yang ada hanya berbaki RM55 juta,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan beberapa cadangan sebagai usaha untuk menyelesaikan isu ini.“Bagi menangani kelewatan pembangunan Pulau Bayas, pihak kerajaan ada beberapa mekanisma yang dicadangkan, antaranya kontrak diteruskan dengan tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan kepada kontrak asal.“Dengan langkah berkenaan, kos pembinaan adalah sebagaimana kontrak asal (kadar harga asal), tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan yang mengambi lkira faktor kelewatan penerimaan bayaran dan faktor-faktor lain berkaitan serta pembekal sedia ada dan waranti pembinaan dapat diteruskan.“Cadangan kedua, penamatan kontrak secara persetujuan bersama melalui perjanjian tambahan, antara kelebihannya rundingan antara pihak kontraktor dan kerajaan boleh dibuat untuk mencapai persetujuan bersama bagi menyelesaikan sebarang tuntutan dan ketiganya adalah dengan penamatan pengambilan kerja kontraktor disebabkan oleh kemungkiran kontraktor,” ujarnya.Katanya, dengan masalah yang dihadapi, pihak kerajaan juga sedang menimbangkan beberapa perkara tentang projek pembangunan Pulau Bayas.“Pertamanya, projek ditender semula untuk kerja-kerja penyiapan oleh kontraktor yang layak dengan skop dan reka bentuk bangunan asal.“Kedua, projek ditender semula untuk kerja penyiapan dengan membuat perubahan reka bentuk dan spesifikasi pembinaan bagi membolehkan projek dapat disiapkan dan digunakan dengan kos yang lebih rendah berbanding skop kerja dan reka bentuk asal. Dan ketiga, alternatif bagi penyiapan oleh pihak pelabur swasta dengan mengambil kira faktor dan kajian yang lebih menyeluruh hala tuju projek,” ujarnya.Menurut beliau, sehingga Mei lalu, pakej pertama yang tergendala melibatkan Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang, Jeti Servis dan Kerja-Kerja Berkaitan yang mana harga kontrak asal berjumlah RM70,993,030.30 dan mencapai kemajuan 80.84 peratus.“Pakej kedua ialah Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak RM57,950,500.00 dan peratus kemajuan 55.04 peratus).“Pakej ketiga ialah Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tinggi Dan Rendah Serta Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak asal RM8,915,000.00 dengan peratus kemajuan 73.45.“Pakej kelima adalah Kerja-kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem Rawatan Kumbahan Dan Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak RM13,283,094.80 dengan peratus kemajuan 79.90,” ujarnya.
14 Jul 19
450
Empty Image
Sektor Perindustrian Terengganu Catat Nilai Pelaburan Lebih RM800 Juta
KUALA TERENGGANU, 15 Julai -  Terengganu terus kekal kukuh sebagai sebuah destinasi pilihan bagi pelaburan asing dan domestik dalam sektor perindustrian.Ini dibuktikan melalui tempoh sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Jun 2019 dengan Terengganu berjaya merekodkan pelaburan berjumlah RM801.55 juta secara keseluruhan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM480.62 juta adalah pelaburan asing dan bakinya RM320.92 juta pula pelaburan domestik.“Pelaburan ini turut memberi peluang pekerjaan kepada 2,096 orang.“Jenis pelaburan pula seperti  yang terdapat di Kerteh lebih kepada ‘biochemical’,  kalau di Kemaman  pula industri minyak dan gas termasuk besi waja manakala yang  berunsurkan kayu di Wakaf Tapai, Marang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, mengulas mengenai status kawasan perindustrian Batu 7 di Dungun yang dikatakan tidak ada pembangunan, Tengku Hassan berkata, hampir 90 peratus daripada 184 lot yang terdapat di kawasan tersebut tidak beroperasi.“Daripada keseluruhan 184 lot, 44 peratus tidak beroperasi manakala terdapat 86 lot belum ada pemilik menjadikan hanya sepuluh peratus sahaja yang beroperasi dan aktif.“Kita pun tidak tahu apa masalahnya, dan apa yang kita tahu terdapat beberapa masalah infra di situ seperti masalah jalan masuk, air dan elektrik. Setakat ini tidak ada permohonan untuk penyelesaian masalah ini tapi kita akan lihat perkara ini kembali,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wan Hapandi.
14 Jul 19
85