Artikel "Semasa" Terkini
Avengers, Kembar Kucing Kesayangan Keluarga Sultan Mizan
Sultan Mizan berkenan merakam kenangan bersama Avengers.KUALA NERUS, 22 Julai - Siapa sangka, keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu CFA International Cat Show 2019 baru-baru ini menemukan baginda dengan kembar kucing peliharaan milik baginda.Baginda yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Tengku Muhammad Mua'az Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Fatimatuz Zahra Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bermesra dengan kucing yang diberi nama D’Rimba Qaseh Avengers Infinity Wars atau lebih dikenali sebagai Avengers.Pemiliknya, Julieka Nasir berkata, dia juga tidak menyangka kucing baka Exotic Short Hair itu mempunyai induk yang sama dengan haiwan peliharaan keluarga Sultan Mizan.“Sebenarnya kucing ini merupakan baka yang lahir dari Cattery saya sendiri iaitu De Rimba Qaseh dan ibunya hanya melahirkan dua anak, Avengers dan saudaranya itu.“Saya telah memelihara Avengers selama enam tahun dan telah membawanya menyertai pertunjukan di pelbagai peringkat,” katanya ketika ditemui dalam program yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu.Julieka menunjukkan Avengers.Menurut Julieka, kucing berkenaan pernah memenangi beberapa anugerah, antaranya Best Malaysian Breed dalam International Cat Show oleh Fédération Internationale Féline (FIFe) serta anugerah Best Kitten dalam beberapa pertunjukan lain.Wanita dari Shah Alam, Selangor itu turut menjelaskan, penyertaannya dalam Cat Show merupakan hobi yang juga menjadi landasannya menceburi dunia Cat Fancy International.“Banyak pertunjukan yang telah saya sertai dan bidang ini semakin berkembang dan mendapat tumpuan. Dari segi penganjuran kita juga sudah bertaraf antarabangsa dan kerap menjadi tuan rumah dalam pelbagai acara."Bukan itu sahaja, kita juga semakin maju dan banyak baka-baka yang lahir di Malaysia sudah terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.Terengganu CFA International Cat Show yang julung-julung kali diadakan itu berakhir semalam dan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk merasai pengalaman baharu melihat kucing-kucing pelbagai baka yang unik dan menarik.
22 Jul 19
1365
10 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Kuala Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 Julai - Sebanyak 10 buah pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi merebut Piala Penyelaras DUN berkenaan. Kejohanan yang bakal bermula 26 Julai ini akan menggunakan format liga di mana pasukan-pasukan bertanding dibahagikan ke dalam dua kumpulan sebelum bertemu diperingkat separuh akhir.Pengerusi Kejohanan, Hafiz Yusof berkata, program berkenaan hanya boleh disertai oleh Pengundi DUN Kuala Besut bagi memberikan lebih kelebihan kepada penduduk tempatan."Setiap pemain perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini, tidak akan dibenarkan bermain."Saya berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini", katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kejohanan Bola Sepak Liga di Pejabat Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, semalam.
22 Jul 19
96
Kerja Berpasukan Bantu Tajin FC Rangkul Juara Piala ADUN Kuala Berang
Oleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 22 Julai - Kerjasama berpasukan Tajin FC akhirnya membuahkan hasil sekali gus muncul juara Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas menewaskan Tanjung Putat FC 2-3 di Padang Astaka, Kuala Berang, malam tadi.Separuh masa pertama, Tanjung Putat FC yang keseluruhannya diwakili anak jati kampung mereka mendahului Tajin FC dengan dua gol tanpa balas dengan penguasaan bola yang seimbang dari kedua-dua pasukan.Biarpun ketinggalan dengan dua gol, pasukan Tajin FC tetap bersemangat memburu jaringan pada separuh masa kedua sehinggalah berjaya menjaringkan tiga gol berbalas dua untuk menjulang Piala ADUN Kuala Berang selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1999.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau sangat kagum dengan kebangkitan pasukan Tajin FC untuk memenangi perlawanan akhir tersebut."Satu contoh yang baik ditunjukkan oleh pasukan Tajin FC pada malam ini (semalam) apabila mereka terus berjuang walaupun dua kali mereka bolos dan ini merupakan satu perkara yang kita semua patut contohi."Mereka menunjukkan kerjasama yang baik di antara pemain mereka dan berjaya mencipta tiga gol yang sangat baik bagi saya," ujarnya.Menurut Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang, etika pemakaian menutup aurat ketika bersukan mestilah ditekankan kerana ianya merupakan tuntutan agama."Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan, tetapi kita mestilah mengikut garis panduan agama seperti menutup aurat dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.Perlawanan akhir malam tadi turut menyaksikan anugerah Pemain Terbaik Kejohanan dimenangi oleh Muhamad Hanafi Umar dari Tajin FC.Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Berang, Mohamed Abdullah dan Penyelaras Pemuda DUN Kuala Berang, Aminuddin Mohamad.
22 Jul 19
68
Tengku Nadhirah Sultan Mizan Dahului Penerima Gelaran Kebesaran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Puteri sulung Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin mendahului senarai penerima gelaran kebesaran negeri Terengganu.Anakanda baginda dianugerahkan gelaran Tengku Puteri Utama Raja sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.Manakala, Putera kedua baginda, Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin menerima gelaran Tengku Sri Setia Mahkota Raja, di samping Puteri bongsu Tuanku, Tengku Fatimatuz Zahra’ Sultan Mizan Zainal Abidin pula dianugerahkan Tengku Puteri Daulath Raja.Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil telah diberi gelaran Tengku Seri Bijaya Raja.Turut menerima gelaran, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya yang dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Dalam.
22 Jul 19
3321
'Tiada Aktiviti Pembalakan Di Zon Penampan' - Ariffin Deraman
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Kerajaan negeri mengehadkan kawasan pembalakan di luar 'Buffer Zone' (BZ) atau Zon Penampan bagi mengelakkan berlaku kesan buruk terhadap alam sekitar terutama di Tasik Kenyir dan kawasan hutan negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, bagi kelarian sungai atau alur air dalam kawasan lesen disyaratkan ditanda BZ dan disediakan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT). "Kelebaran BZ adalah 10 meter minima dan mengikut kelebaran sungai atau alur air. Bagi kawasan lesen pembalakan, sempadan lesen dibuat di luar kawasan BZ," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung air Sungai Lasir, Tasik Kenyir keruh berikutan aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran baru-baru ini.Katanya, bagi kes kelarian jalan hutan melintasi alur air atau sungai, struktur lintasan alur air (culvert atau pembentong dan jambatan) perlu dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPNT.Jambatan dibina tidak ikut spesifikasi ditetapkan. Foto Ihsan dari JPNT"Ini antara sebab kenapa aktiviti berkenaan dihentikan, sementara pelesen diarah mengambil inisiatif mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum meneruskan kerja-kerja pembalakan," katanya.Baru-baru ini kerajaan negeri telah dimaklum mengenai air sungai Lasir, Tasik Kenyir Hulu Terengganu didapati keruh kerana aktiviti pembalakan tidak mematuhi spesifikasi Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013) yang disyaratkan JPNT.Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, difahamkan JPNT telah menjalankan siasatan dan mengarahkan operasi pembalakan pelesen di kawasan tersebut dihentikan sementara agar spesifikasi dipatuhi.Katanya, kekeruhan air Sungai Lasir itu berlaku ekoran daripada aktiviti pembinaan jalan hutan dan sebuah jambatan melintasi anak sungai ke kawasan kelulusan membalak di Kompartmen 20 GS Hulu Terengganu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
22 Jul 19
524
MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu
Menteri Besar Terengganu menerima pingat daripada Sultan Mizan.KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara 48 penerima darjah kebesaran dan bintang sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) membawa gelaran Dato’ Seri pada istiadat pengurniaan yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Chendering.Seramai sepuluh orang pula menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’, mengetuai penerima gelaran ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md. Azahar serta Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Zainal Abidin Hussin.Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.), turut dianugerahkan kepada 10 orang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Azmi Md Salleh, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Besut, Rozali Salleh.Yahaya Ali turut menerima pingat.Manakala, Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) pula dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta tiga penerima lagi.Selain itu, seramai tujuh orang menerima Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, 12 orang menerima Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.).
21 Jul 19
1049
Terengganu Desak Perubahan Peraturan Bot Laut Dalam
Dr Azman (tiga dari kanan) melihat kemudahan disediakan di Pelabuhan Perikanan Chendering.Oleh: Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 22 Julai - Kerajaan Terengganu terus komited mendesak penambahbaikan dasar dan peraturan penggunaan bot laut dalam kelas C dan C2 demi kebaikan nelayan tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata menjadi isu panas apabila pelabuhan dan jeti perikanan Terengganu didakwa menjadi ‘port’ nelayan asing.Katanya, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan kajian dibuat oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Salahuddin Ayub yang dijanjikan dalam masa tiga bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. "Memang kita tidak menafikan bahawa ramai nelayan asing berkeliaran di pelabuhan perikanan termasuk di Chendering. Puncanya kerana ada peraturan yang membenarkan bot laut dalam kelas C dan C2 menggunakan tekong dan awak-awak nelayan asing.Dr Azman (dua dari kanan) menyatakan sesuatu ketika melawat Pelabuhan Perikanan Chenderig petang semalam."Saya dimaklumkan bahawa untuk lesen bot kelas C, dibenarkan penggunaan awak-awak nelayan asing termasuk tekong yang majoritinya dari Vietnam sehingga 80 peratus. Disyaratkan 20 peratus sahaja untuk nelayan tempatan. Sementara bot kelas C2, dibenarkan 100 peratus penggunaan awak-awak nelayan asing termasuk tekong,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas lawatan kerja di Pelabuhan Perikanan Chendering, di sini petang semalam.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata agensi penguatkuasaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana mereka berada di pelabuhan dengan kebenaran tanpa melanggar peraturan. "Selagi dasar dan peraturan tidak diubah, kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Tuan lesen adalah orang tempatan, tetapi bot dioperasikan oleh orang asing,’’ jelasnya.Sementara itu katanya tidak ada pendaratan ikan dibuat oleh bot nelayan asing di semua pelabuhan perikanan di Terengganu kerana ia adalah satu kesalahan dari segi undang-undang negara.Serentak itu beliau menafikan dakwaan kononnya terdapat bot asing Vietnam yang berlabuh di pelabuhan perikanan tersebut. "Buat apa mereka datang serah diri. Pencerobohan bot nelayan asing ini berlaku di laut lepas." katanya.
21 Jul 19
54
Penduduk Felda Jerangau A Urus Sendiri Jenazah HIV/AIDS?
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 22 Julai - Sebahagian penduduk Felda Jerangau A bertungkus-lumus menguruskan sendiri 'jenazah' Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohd Sidek Muhammad yang menghidap penyakit ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ (AIDS), semalam.Bagaimanapun, ia bukanlah kejadian yang benar-benar berlaku.Sebaliknya, gimik tersebut merupakan salah satu modul praktikal yang didedahkan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dalam Kursus Pengurusan Jenazah yang berlangsung di Balai Raya felda berkenaan, semalam.Menurut Sidek, kursus anjuran pihak MPKK bertujuan memberi pendedahan kepada sekitar 50 peserta yang hadir berkaitan tatacara mengendalikan jenazah yang menghidap penyakit HIV ataupun AIDS.“Kita sedia maklum, untuk menguruskan jenazah pesakit seperti itu agak rumit dan memerlukan kaedah khusus serta pengendalian lebih teliti.“Inilah kelainan yang kita cuba bawa ketengahkan supaya ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan apabila kita berhadapan situasi sebenar nanti," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan.Tambahnya, kursus pada hari berkenaan telah dibahagikan kepada tiga slot iaitu slot penerangan tentang Penyakit Tuberculosis atau lebih dikenali sebagai TB/Tibi, yang dikendalikan Pegawai Kesihatan dan Perubatan pejabat kesihatan daerah, Dr. Mohd Faris Mahmud.“Slot kedua pula berkaitan Pengetahuan Tentang HIV dan AIDS yang dikendalikan sendiri Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV dan AIDS, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mahani Nordin.“Manakala, pengurus jenzah di Hospital Daerah Dungun, Nagmuddin Ismail pula mengendalikan slot Pengurusan Jenazah HIV dan AIDS," jelasnya.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran program berkenaan.“Program yang bermanfaat seperti ini harus diteruskan, supaya lebih ramai pelapis yang mahir terutama daripada golongan muda dapat di'lahir'kan," katanya.
21 Jul 19
73
Tapak Kompleks Sukan Mini Marang Terengganu Sedang Diteliti
Wan Sukairi (tengah) meneliti tapak cadangan di Padang Kekabu. MARANG, 22 Julai - Tapak Kompleks Sukan Mini Marang sedang diteliti dan dikaji sebelum proses mempersiapkan tapak berjalan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti dua lokasi sesuai untuk dibina kompleks sukan yang akan memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di sana.Jelasnya, Bukit Mawi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang dan Padang Kekabu di kawasan DUN Bukit Payung adalah dua tempat terpilih yang akan diteliti sebelum salah satunya dipilih bagi menjayakan pembinaan itu. “Selepas ini kita akan berbincang dan mengkaji (daripada sudut kos dan kesan) dengan beberapa pihak bagi dua tempat ini untuk kita dirikan kompleks tersebut yang diberikan bajet oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).“Kompleks sukan ini akan menempatkan kemudahan bagi sukan-sukan utama seperti trek olahraga, bola sepak dan beberapa sukan ‘indoor’ lain yang sekali gus akan meningkatkan lagi prestasi sukan di daerah dan negeri ini.Wan Sukairi berkata, pembinaan projek itu akan mengambil kira soal kos dan implikasi kepada penduduk setempat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Tapak Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan Mini Marang di Bukit Payung dan Bukit Kor, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahad Osman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Jusuh serta Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KBS.Mengulas lanjut, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh kepada pihak terlibat khususnya JKR dan MDM untuk menyiapkan anggaran kasar serta implikasi projek di dua tempat tersebut.“Kita sedang menilai tapak yang terbaik, jadi kita tidak meletakkan satu tempoh yang tertentu.“Walau bagaimanapun, kita harap pemilihan tapak yang sesuai ini kita dapat selesaikan dalam masa satu hingga dua bulan ini,” tambah beliau.Pada Februari lalu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan sebuah kompleks sukan mini bakal dibina di daerah Marang. Turut meneliti tapak cadangan kedua di Bukit Mawi.Menurut Dr. Samsuri, pembinaan kompleks sukan bernilai RM4 juta itu merupakan satu daripada 10 projek Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diluluskan untuk negeri Terengganu bagi tahun 2019.“Lebih menarik, kita juga menerima tambahan satu lagi projek iaitu kompleks sukan mini buat warga Marang,” katanya.
21 Jul 19
612
Kerjasama Guru, Komuniti & Ibu Bapa Penentu Kemajuan Pelajar
Ustaz Maliaman Kassim (berbaju kuning) bergotong-royong bersama dengan masyarakat setempat.Oleh: Khairuddin Yusoff HULU TERENGGANU, 21 Julai - Semua pihak termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membina aspek kemenjadian pelajar seterusnya memajukan sekolah di kawasan setempat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, penglibatan ini dapat dijayakan melalui aktiviti-aktiviti yang disusun bersama supaya dapat mewujudkan satu perubahan positif kepada pelajar dan juga sekolah."Pertama sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya mencetuskan kerjasama di antara MPKK, guru-guru dan ibu bapa untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah ini."Melalui kerjasama ini, insya-Allah akan dapat mewujudkan satu jalinan untuk kemajuan sekolah dari segi pembangunan fizikal, akademik dan juga sahsiah pelajar."Jadi dengan penglibatan ibu bapa sudah tentulah memberi contoh dan semangat kepada anak-anak supaya menjaga kebersihan seterusnya menjadi 'turning point' kepada kemajuan sekolah," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program gotong royong perdana anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman dengan kerjasama komuniti serta MPKK berhampiran, semalam.Tambah Maliaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, melalui kerjasama seumpama itu, ia bukan sahaja dapat mengubah landskap sekolah menjadi lebih ceria malah meringankan beban guru untuk melaksanakan aktiviti sekolah."Kadang kala guru terbeban dengan kelas dan pelbagai aktiviti lain, jadi kita boleh bekerjasama dan mengambil peranan masing-masing dalam menjalankan aktiviti pembersihan dan mengubah landskap supaya lebih menarik," jelasnya.Sementara itu, Pengetua SMK Bukit Diman, Zainon Jusoh berkata, kehadiran ibu bapa sangat mengalakkan dan beliau mengharapkan penglibatan yang lebih ramai pada masa akan datang.“Kita buat gotong-royong hari ini pertamanya kita mahu bersihkan ladang sawit dan menambah keceriaan sekolah.“Guru perempuan kita tempatkan di kawasan sekolah untuk keceriaan manakala ibu bapa dan MPKK yang hadir ditugaskan untuk membantu membersihkan ladang.“ Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Ustaz Maliaman kerana mengerakkan dan menjadi pencetus kepada gerakan untuk gotong-royong hari ini bersama pihak sekolah, ibu bapa dan juga MPKK.“Ini kali pertama kita buat dan kita akan teruskan lagi selepas ini dengan penglibatan ibu bapa yang lebih ramai," ujarnya.Program tersebut melibatkan 9 buah MPKK yang berhampiran dengan sekolah iaitu MPKK Kampung Jabor, Kampung Bukit Diman, Kampung Lerek, Kampung Durian Kassim, Kampung Pela, Kampung Peroh, Kampung Bukit Mok Mek, Felda Bukit Bading Satu dan Dua serta Bomba Sukarelawan Bukit Bading yang turut hadir membantu.
21 Jul 19
1663