Artikel "Semasa" Terkini
Hutan Simpan Kekal Terengganu 542,411 Hektar
Mohd Rahim (kanan) bersama Exco Kerajaan Terengganu, Dr Azman Ibrahim (dua dari kanan) dalam Majlis Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Dewan Terbuka Universiti College Bestari (UCB), Setiu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) menyatakan bahawa keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Terengganu sehingga Disember 2018 adalah seluas 542,411.00 hektar bersamaan dengan 42 peratus dari keluasan tanah negeri.Pengarahnya, Encik Mohd Rahim Raniberkata, sementara pengkelasan HSK di bawah Hutan Pengeluaran adalah seluas 414,210.43 hektar manakala Hutan Perlindungan seluas 128,200.57 hektar. Justeru itu katanya, adalah menjadi wawasan jabatan untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan (PHSB). Menurutnya, JPNT bertanggungjawab untuk memelihara dan membangunkan khazanah sumber hutan negeri. "Oleh yang demikian, adalah penting bagi jabatan ini untuk berusaha mencapai wawasan tersebut dan memenuhi aspirasi negara di mana sektor perhutanan akan terus menjadi penyumbang utama kepada perindustrian dan pembangunan sosio-ekonomi negara. "Ianya dapat dicapai melalui pengekalan keseimbangan ekologi dan memelihara kestabilan alam sekitar," katanya.Beliau berkata demikian dalam perutusannya sebagai pengarah di laman web milik jabatan itu, baru-baru ini.Mohd Rahim berkata, JPNT juga bertindak bagi menyediakan lesen pengeluaran kayu-kayan balak dan hasil hutan dalam kawasan HSK, tanah kerajaan dan tanah milik serta perlesenan dan pemantauan kilang-kilang Industri Berasaskan Kayu (IBK).Jabatan juga katanya, giat menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 khususnya dalam pencegahan pembalakan haram dan aktiviti pemprosesan kayu secara haram. "Jabatan turut berperanan dalam sektor eko-pelancongan menerusi penubuhan dan penyelenggaraan 12 kawasan hutan lipur di seluruh negeri Terengganu. "JPNT juga komited dalam melaksanakan Persijilan Pengurusan Hutan MC&I (Hutan Asli) agar semua aktiviti dan proses kerja yang dilaksanakan adalah menepati standard kualiti yang ditetapkan," jelas beliau.
23 Jul 19
846
Longkang Baharu Selesaikan Masalah Penduduk Kubang Miang
Wan Hapandi meninjau keadaan semasa longkang yang sedang dibina.Oleh : Mohd AsrafDUNGUN, 24 Julai - Pembinaan longkang baharu di Kampung Kubang Miang yang sedang berjalan bakal memberi keselesaan kepada lebih 500 penduduk di sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik yang meninjau keadaan projek berkenaan berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan projek tersebut.Menurutnya, dengan siapnya projek itu, ia bakal mengatasi masalah longkang tersumbat sehinggan menyebabkan berlaku pelbagai masalah lain seperti sebelum ini.“Sebelum ini longkang di kawasan itu sering tersumbat disebabkan masalah perparitan dan dengan siapnya projek ini masalah longkang serta air tidak mengalir berjaya diatasi.“Saya mendapat banyak aduan dari orang kampung berkenaan air tidak mengalir dan saya telah ajukan perkara ini ke bahagian yang berkenaan dan alhamdulillah hari ini projek ini telah berjalan dan saya berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” ujar beliau. Beliau ditemui pemberita semasa meninjau projek membina longkang baharu di Kampung Kubang Miang, di sini semalam. Turut hadir Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Sura, Mohd Yusof Ismail serta kakitangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan. Sementara itu, Wan Hapandi memaklumkan sepanjang setahun pemerintahan kerajaan baharu, pelbagai projek kecil dibawah peruntukan ADUN telah berjaya dilaksanakan. Ia secara tidak langsung menyelesaikan segala masalah yang menjadi rungutan penduduk setempat.“Sepanjang kita memerintah, telah banyak projek rakyat dilaksanakan dan projek ini juga merupakan salah satu projek pembangunan kerajan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura,” tambah beliau.
23 Jul 19
508
Rumah Kucing Pulau Kerengga Bakal Ditransformasi
Oleh: Aslam WiraMARANG, 24 Julai - Rumah Kucing atau 'Cat Shelter' di Pulau Kerengga yang menempatkan kucing terbiar akan diberi lebih perhatian dari sudut bantuan perubatan dan transformasi sangkar yang lebih baik.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, ia akan dilaksanakan dengan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Veterinar sebagai langkah menyediakan kemudahan perubatan buat kucing yang ditempatkan disini.“Saya difahamkan, mereka memerlukan peruntukan sebanyak RM800 sebulan untuk bekalan perubatan di samping keperluan vaksin dan pemandulan secara one-off.“Selain bantuan perubatan, sangkar itu akan ditransformasikan dengan ‘Quary Dust’ sebagai langkah menjaga persekitaran yang sihat untuk kucing-kucing terbiar,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tempat perlindungan kucing di Pulau Kerengga berikutan aduan yang diterima di laman sorsial rasmi Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Badan bukan Kerajaan (NGO) Unicat Kingdom, Yanti Sani, wakil Majlis Daerah Marang, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi MPKK Kuala Tengah, Abdan Awang.Sementara itu, Yanti berkata, pusat perlindungan di bawah Majlis Daerah Marang itu telah menampung dalam 100 ekor kucing yang dikutip oleh penguatkuasa tidak termasuk yang dibuang oleh orang ramai di kawasan sekililing.Tambahnya, objektif penubuhan NGO tersebut adalah membantu kucing terbiar supaya boleh dipelihara oleh orang awam yang cintakan kucing dan pernah memohon sumbangan orang ramai dan pencinta kucing untuk menampung pembelanjaan perubatan di pusat tersebut.“Saya menyarankan apabila kucing berjaya dijaga dengan rapi dan bebas daripada penyakit, satu aktiviti boleh diadakan bersama komuniti sama ada melibatkan belia atau pencinta kucing untuk memelihara di rumah.“Ini adalah bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bahawa bukan sahaja kucing cantik yang berharga ribuan ringgit mampu dijaga dengan baik dan perlu diberi perhatian,” jelasnya.Untuk rekod, Rumah Kucing yang dijaga oleh seorang petugas tersebut telah dibina sejak tahun 2016, malah 80 peratus kucing yang sakit kini telah dirawat namun masih memerlukan rawatan dan pemeriksaan secara berkala dari masa ke semasa.
23 Jul 19
4582
Piala Cabaran : TFC II Berdepan Laluan Sukar Pertahan Kejuaraan
Foto ihsan - MFLKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Juara Piala Cabaran 2018, Terengganu FC II (TFC II) berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan B bersama naib juara musim lepas, UKM FC selain dua pasukan lain iaitu Selangor United dan pasukan Liga Super, Kuala Lumpur bagi saingan 2019.Dalam undian yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) itu, naib juara Liga Premier 2019, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula bakal berentap bersama pasukan Kelantan dan Sarawak dalam aksi kumpulan A.Mengikut format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan, layak ke peringkat separuh akhir, dengan aksi awal kumpulan akan bermula pada 6 Ogos ini.Dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir akan berentap dengan menggunakan format timbal balik pada 6 dan 12 Oktober nanti.Untuk rekod, TFC II menewaskan UKM FC menerusi keputusan agregat 4-2 untuk meraih kejuaraan sulung Piala Cabaran pada musim lepas.Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran diperkenalkan buat julung kali oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada musim lepas bagi memastikan pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia tidak ketinggalan dalam aksi kompetitif sehingga penghujung musim.Ia sekaligus berjaya mengekalkan dan meningkatkan konsistensi semua pasukan dalam Liga Malaysia sebelum aksi musim baharu bermula.TFC II muncul juara pada edisi sulung musim lalu.
23 Jul 19
86
Terengganu Sentiasa Pantau Ajaran Sesat
KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sentiasa memantau dari semasa ke semasa usaha menyekat penyebaran ajaran sesat di negeri ini.Yang Dipertuanya, Dato’ Osman Muda berkata, walaupun tahun ini tiada sebarang maklumat mengenai gerakan ajaran sesat yang dilaporkan, namun pihaknya tetap melakukan pemantauan bagi mengelak ia tersebar dan berleluasa.“Kegiatan ajaran sesat di negeri ini masih lagi dalam kawalan dan kita turut mengharapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan terdapat kegiatan menyeleweng dan penyebaran ajaran sesat di kawasan mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kegiatan ajaran sesat di negeri ini selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Peringkat Negeri Kali Ke-4 di Taman Tamadun Islam, hari ini.Katanya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan individu terjebak dengan ajaran sesat, antaranya disebabkan kejahilan individu itu sendiri terhadap ajaran Islam ditambah pula dengan perkembangan teknologi maklumat yang memungkinkan penyebaran pelbagai informasi kepada sesiapa sahaja.“Kebiasaannya, mereka yang terpengaruh tidak mengira had umur, ada yang muda, ada yang tua dan boleh dikatakan pelbagai peringkat umur,” ujarnya.
23 Jul 19
61
RM6.9 Juta Peruntukan SPAIT Sejak 2011
KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah menyalurkan sebanyak RM6,986,641 peruntukan di bawah Asnaf Fi Sabilillah Maidam Terengganu untuk program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) sejak 2011.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda berkata, SPAIT merupakan salah satu pendekatan bagi pengisian kerohanian khususnya kalangan mereka yang berusia 25 tahun ke atas bertujuan memenuhi keperluan pengajian Islam secara lebih tersusun dan sistematik.Katanya, program yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 itu turut bertujuan bagi mengembalikan imej dan peranan Terengganu sebagai pusat pengajian agama terulung dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kesemua daerah negeri ini.“Ianya dibahagikan kepada tiga peringkat di mana pada tahun ini sebanyak 22 kelas Ibtidaie (peringkat awal), 15 kelas tahap kedua iaitu Mutawassit dan tahap Mutaqaddim sedang berjalan dengan jumlah pelajar seramai 2,251 orang yang mengikuti pengajian dua kali seminggu di seluruh negeri melibatkan subjek aqidah atau tauhid, feqah dan akhlak atau tasawwuf.“Sebanyak RM6,986,641 telah diperuntukkan sejak program ini diadakan dan untuk tahun ini sahaja peruntukannya sebanyak RM2 juta,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Peringkat Negeri Kali Ke-4 di Taman Tamadun Islam, hari ini.Dalam majlis itu, seramai 734 orang pelajar telah menerima sijil masing-masing.Bagi kelas Ibtidaie, Zaleha Ali telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk sesi 2017/2018, manakala Abdullah Che Yaacob pula terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan kelas Mutawassit bagi sesi 2017/2019 dan Norzida Mamat dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan untuk kelas Mutadaqqim bagi sesi 2016/2018.Ketiga-tiga pelajar terbaik tersebut turut menerima wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan.
23 Jul 19
540
Piala Malaysia 2019 : Kedah Saingan Sukar Terengganu FC
Foto Ihsan - Media TFCKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Terengganu Footbal Club (TFC) berdepan laluan mencabar dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia 2019 selepas diundi dalam Kumpulan A bersama juara lima kali, Kedah FA.Turut berada satu kumpulan dengan TFC ialah Negeri Sembilan yang pernah menjadi pemusnah harapan Terengganu pada 'final' Piala Malaysia 2011 selain pasukan bimbingan K. Rajagopal, PKNS FC.Sementara itu, pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara hari ini, juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat laluan mudah apabila diundi berada dalam Kumpulan B bersama PJ City FC, PKNP FC serta UITM FC yang menjadi pesaing mereka.Manakala, juara bertahan Piala Malaysia 2018, Perak pula diundi bersama naib juara Liga Super 2019, Pahang di Kumpulan C di samping kemunculan juara dan pasukan ketiga Liga Perdana 2019, Sabah serta Pulau Pinang.Kumpulan D pula menyaksikan pasukan Melaka United, Selangor, Felda United FC dan PDRM bakal membuat perhitungan bagi melayakkan pasukan masing-masing ke peringkat seterusnya.Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan terbaik Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air itu.Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019 dijadual bermula pada 3 Ogos ini dengan dua pasukan teratas setiap empat kumpulan layak ke suku akhir yang menggunakan format timbal balik.
22 Jul 19
464
Awang Besol Harimau 'Jinak' Disahkan Mati
Awang Besol. Foto ihsan - PERHILITANKUALA LUMPUR, 23 Julai - Seekor Harimau Belang yang menggemparkan negara ketika ditemui jinak berkeliaran di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu, minggu lalu atau dikenali "Awang Besol" disahkan mati oleh doktor veterinar di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak pada 5.30 pagi tadi.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan berkata, setelah pelbagai usaha intensif untuk merawat haiwan tersebut, Awang Besol tidak dapat diselamatkan dan ‘post mortem’ akan dijalankan secepat mungkin.Terdahulu, pemeriksaan fizikal di lapangan ketika tangkapan dibuat bagi mendapatkan rawatan intensif pada 19 Julai lalu menemukan kecederaan pada bahagian kaki, keradangan mata dan Harimau Belang itu berada dalam keadaan dehidrasi.Kenyataan itu juga menyebut, pemantauan rapi di NWRC pada 20 hingga 23 Julai menunjukkan terdapat tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj.Tambah kenyataan itu, Awang Besol disahkan positif virus "Canine Distemper" yang berkemungkinan disebarkan oleh haiwan liar di kawasan ia dijumpai.“Penyakit tersebut disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesies harimau.“Jika penyakit ini terkena pada harimau ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis.“Rawatan yang diberikan adalah secara simptomatik ataupun rawatan sokongan. Persampelan darah, serum serta swab telah dilakukan dan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh, Perak pada 21 Julai untuk ujian penuh. Keputusan virology diterima pada 22 Julai menunjukkan Awang Besol positif “Canine Distemper” melalui ujian RT-PCR,” jelasnya.
22 Jul 19
699
Harungi Ibadah Haji Sebaik Mungkin - ADUN Kemasik
Saiful Azmi (kiri) beramah mesra dengan bakal tetamu Allah.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 23 Julai – Bakal jemaah haji dinasihatkan mengambil peluang menjadi tetamu Allah sebaik mungkin supaya ibadah tersebut menjadi sesuatu yang bermakna pada diri masing-masing.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, rukun Islam kelima itu merupakan salah satu ujian Allah untuk hamba-Nya bagi menguji kesabaran dan keimanan seseorang.“Setiap orang sudah pasti berlainan cara diuji oleh-Nya, ada yang sedikit dan ada yang banyak,“Ada yang diceritakan tidak jumpa jalan pulang ke tempat penginapan di sana semasa menunaikan haji, itu juga antara ujian semasa menunaikan haji,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Jemaah Haji di Masjid Felda Kerteh 6, petang semalam.Bakal jemaah haji diraikan.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Kerteh 6, Musa Mohamad.Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri turut mengingatkan jemaah haji tentang ganjaran besar akan diperoleh mereka yang melakukan ibadah dengan sempurna.“Sekiranya haji kita diterima oleh Allah, dosa-dosa kita sebelum ini insya-Allah akan dihapuskan, semestinya ia juga dapat menambah baik ibadah dalam mematuhi perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.“Dalam masa yang sama, doakan juga buat negeri tercinta kita agar Terengganu menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambahnya.
22 Jul 19
44
PERTIMA Terengganu Pelopor Makanan Halal Dalam Tin Di Malaysia
Pekerja PERTIMA memasukkan ikan 'Mackerel' ke dalam tin untuk produk sardin berperisa sos tomato.KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global, PERTIMA Trengganu Sdn Bhd (PERTIMA) mengorak langkah memasarkan produknya secara lebih agresif.Pengurus Besar PERTIMA Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata, produk PERTIMA akan diperkenalkan di serata dunia termasuk ke Jepun untuk mendokong industri halal hub negara.Di pasaran domestik PERTIMA katanya, telah bertapak kukuh di Hyper Runcit dan Gedong Jualan Borong serta Pasaraya Terkenal di seluruh negara.Syed Mohd Asdi"Produk kami telah pun diuji sebelum ini di mana pihak kami pernah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai pembekal tunggal untuk sardin kepada semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia selama lebih 20 tahun."Sebagai jaminan mutu dan kualiti, kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Moody International yang mana pihak kami telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan ISO 9001:2015," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diwawancara di pejabat PERTIMA di Kawasan Perindustrian Chendering di sini hari ini.Ikan sardin sedang ditinkan di kilang PERTIMA milik Kerajaan Terengganu.Katanya, Visi PERTIMA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan halal yang di ‘pack’ di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global.Misinya pula ialah mengeluarkan pelbagai produk makanan yang di ‘pack’ dan bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa dan menguntungkanKatanya, PERTIMA akan mempelbagaikan segmen pasaran, menyediakan pasukan kerja yang mantap dalam bidang pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kawalan kualiti dan pemasaran.Menurutnya, PERTIMA adalah anak syarikat penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100 peratus modal saham.Antara produk PERTIMA di pasaran ialah Sardin dalam Sos Tomato, Kuah Laksa Terengganu, Kuah Sate dan Sambal Bilis."PERTIMA juga adalah peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Sejak ditubuhkan pada 1972, PERTIMA telah membuktikan bahawa ia adalah pengeluar produk dalam tin yang berkualiti tinggi di pasaran," jelasnya.Menurutnya, PERTIMA telah diperbadankan pada 28 Mac 1972 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7.4 juta. Lokasi kilang ialah di kawasan Perindustrian Chendering, mempunyai keluasan 6,937 meter persegi."Beroperasi di premis sendiri yang terletak di Kuala Terengganu, kilang kami mempunyai kelengkapan yang cukup di mana kami memberi jaminan dapat membekalkan bermacam-macam jenis produk makanan dalam tin yang bermutu seperti ikan dalam kuah tomato (sardin), Kari Ayam, Kari Kambing, Sambal Bilis, Kari Lembu, Kuah Laksa Terengganu Kuah Sate dan sebagainya," jelas beliau.Katanya, PERTIMA merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu agensi pembangunan kerajaan Negeri Terengganu."Sehingga kini PERTIMA telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100 milik dan pekerjanya melayu bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972," ujarnya lagi.Katanya, sejak penubuhannya sehingga kini, PERTIMA masih dapat menghasilkan prestasi keseluruhan yang baik."Nilai teras baru yang diperkenalkan tagline yang dikekalkan sehingga kini iaitu “Terunggul Sejak 1972” dan nilai teras lama “Yakin Halal dan Suci”, pengekalan sijil pengiktirafan antarabangsa seperti HALAL Jakim, ISO 9001:2008, HACCP dan MeSTI, PERTIMA yakin mampu menghasilkan lonjakan prestasi yang menguntungkan di masa-masa akan datang," ujarnya.PERTIMA juga katanya, menyediakan khidmat kontrak pengetinan kepada pihak yang berminat.PERTIMA boleh dihubungi di talian 09-6171211/1411/1322, Fax: 09-6171246.Email: pertima_marketing@yahoo.com / pertima72@yahoo.com
22 Jul 19
3261