lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Anugerah Emas : Tahniah Pasukan Inovasi Imtiaz Dungun
KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Inovasi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun kerana berjaya mendapat 'Special Prize for The Best Innovation Gold Award' sempena World Invention Creativity Olympic 2019 (WICO) di Setec, Seoul, Korea Selatan semalam.Ucapan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Wan Hapandi Wan Nik di status Facebook beliau pagi ini."Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Inovasi SM Imtiaz YT Dungun yang berjaya mendapat Special Prize for The Best Innovation “Gold Award” sempena World Invention Creativity Olympic 2019 (WICO) bertempat di Setec, Seoul, Korea Selatan."Kepada anak solehah pintar Wan Nur Insyirah Wan Mansor, Adeeba Maisarah  Anuar, Farhain  Mohd Mustapa dan semua yang terlibat, anda telah mengharumkan nama negara dan juga nama Terengganu," ujarnya.Beliau mengharapkan agar mereka terus maju ke hadapan untuk membawa lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa dan menjadi contoh kepada orang lain.
27 Jul 19
409
Empty Image
Pekan Budaya Marang : 1,619 Keping Saman Trafik Diselesaikan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 28 Julai - Pembukaan kaunter diskaun 50 peratus saman trafik sempena Program ‘Jom Singgah Pekan Budaya Daerah Marang’ berjaya menyelesaikan sebanyak 1,619 keping saman trafik setakat hari pertama dibuka. Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang, Asp. Ismail Ab Ghani berkata, ia melibatkan kunjungan 2,200 orang dari dalam dan luar daerah Marang.“Berdasarkan data yang dilaporkan, jumlah kompaun kesemua saman-saman yang diselesaikan itu adalah sebanyak RM201,450 untuk setakat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang kelmarin,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Darul Iman (UPDI), di program tersebut, semalam. Dalam pada itu, terdapat lapan kaunter telah dibuka, yang terdiri daripada dua kaunter semakan, tiga kaunter pindaan serta  tiga kaunter bayaran, kesemuanya melibatkan 15 orang petugas dan kaunter tersebut telah ditutup pada jam 4.00 petang semalam
27 Jul 19
66
Empty Image
Himpunan 'RXZ Members' Akan Kembali Dengan Pengisian Rohani - MB Terengganu
Ahmad Samsuri menegaskan, 'RXZ Members' 4.0 akan kembali dengan wajah baru. Foto - Hishamuddin AbdullahKUALA NERUS, 28 Julai - Slot pengisian rohani akan menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi penganjuran Himpunan 'We Are RXZ Members' 4.0 tahun hadapan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada supaya ia memberi impak positif kepada semua termasuk masyarakat sekitar.Katanya, perkara itu termasuk aturcara program melibatkan slot pengisian jiwa yang bakal diperhalusi dan diperkenalkan kepada peserta himpunan siri keempat nanti."Perkara itu sangat penting dalam membina jiwa dan sahsiah anak muda yang terlibat dalam dunia permotoran ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Himpunan 'We Are RXZ Members' 3.0 di Litar Permotoran Negeri Terengganu, di sini semalam.Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Agensi-Agensi Berkuasa dan Pengusaha-Pengusaha Sukan Permotoran Malaysia.Aksi menarik diperagakan peserta Himpunan 'RXZ Members' 3.0.Kata Ahmad Samsuri lagi, himpunan pemilik dan peminat sukan permotoran itu juga merupakan satu langkah untuk mengelakkan belia terjebak dengan perkara yang tidak sihat."Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan setiap NGO dan kerajaan negeri untuk menguruskan anak muda dengan kaedah terbaik."Walau apapun minat dan kerja mereka, kita harus positif, menghargai serta meraikan mereka dengan cara yang betul, sikap inilah yang akan membentuk perasaan positif dalam kalangan orang muda," tambah beliau.Himpunan 'We Are RXZ Members' 3.0 yang berakhir petang semalam berjaya melakar sejarah tersendiri apabila hampir 18 ribu peminat seluruh negara RXZ membanjiri program itu.Penganjuran yang bermula pada tahun 2017 itu turut diserikan dengan penyertaan pelawak terkenal, Achey Bocey.Ahmad Samsuri meredah hujan dari kediamannya menuju ke tapak himpunan.
27 Jul 19
1681
Empty Image
SUTERA 2019 : Cungkil Bakat Baru Dari Kampung
Ustaz Wan Sukairi (kiri) mencuba permainan karom di Felda Tun Abdul Ghafar Baba Kemendor Jasin Melaka.MELAKA, 27 Julai - Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 sebagai 'platform' terbaik untuk mengetengahkan bakat yang ada pada anak negeri dari kampung dan lapan daerah di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan demikian hasrat kerajaan negeri  menjadikan negeri Terengganu, sebagai negeri kuasa sukan utama di Malaysia akan dapat dicapai."Ia dapat dicapai  sekiranya para atlet daripada seluruh pelusuk kampung dan daerah dapat menampilkan bakat-bakat mereka," katanya ketika ditemui dalam sesi ziarah perantau anak Terengganu di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Katanya, SUTERA 2019 akan berlangsung pada 5 hingga 9 September, merupakan sukan julung-julung kali diadakan di negeri ini.Ustaz Wan Sukairi (kanan) ketika bercakap kepada pemberita di Kampung Semabuk, Duyong Melaka.Menurut beliau setiap daerah dari lapan daerah di seluruh Terengganu sedang sibuk mengadakan persiapan untuk menyertai sukan tersebut."Saya telah dimaklumkan  bahawa pegawai-pegawai daerah di setiap daerah yang bertindak sebagai pengurus atlet, masing-masing telah mengadakan mesyuarat dengan semua persatuan-persatuan sukan yang berada dalam daerah berkenaan."Matlamat kita untuk menghidupkan Majlis Sukan Daerah dan  Persatuan sukan daerah telah tercapai," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, sekarang ini mereka sibuk mempersiapkan pasukan dan para atlet juga sedang giat melakukan latihan."Kita yakin pada 5 September ini kita akan dapat sama-sama saksikan, SUTERA 2019 yang akan dilaksanakan dengan jayanya," ujarnya.Ustaz Wan Sukairi (kanan) menziarahi anak bermasalah kesihatan di Taman Serkam Ria Melaka hari ini.Katanya, objektif SUTERA 2019, antaranya ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berada di kampung dan daerah sebagai persiapan untuk mengetengahkan mereka dalam apa juga bidang sukan yang disertai untuk mewakili Terengganu dan seterusnya, menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2020."Kita yakin mungkin ada bakat-bakat baru yang akan muncul dalam SUTERA kali ini yang dapat kita masukkan untuk sama-sama menyertai kontinjen Terengganu dalam SUKMA 2020," jelasnya.Menurut beliau terdapat 16 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2019 sebahagian daripadanya adalah acara wajib dan sebahagian lain merupakan acara pilihan."Antara lain katanya, termasuk bola sepak, badminton, hoki, sukan berbasikal dan ini adalah sukan-sukan teras yang Terengganu menguasainya, Insya Allah kita akan cuba menguatkan sukan-sukan ini," katanya.
27 Jul 19
141
Empty Image
Dapur Kenyir 'Penampilan Baharu' Pengkalan Gawi Terengganu
Sivarasa cuba memasak ikan bakar sambil diperhatikan Ariffin.HULU TERENGGANU, 27 Julai - Rangkaian kedai makan di Pengkalan Gawi dijenamakan semula sebagai Dapur Kenyir dalam usaha meningkatkan potensi Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan ulung negara.Penjenamaan itu merupakan satu daripada tiga aspek yang diperkemaskan sempena Festival Kenyir 2019 yang berlangsung sepanjang 25 hingga 28 Julai ini.Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah menyatakan, pembaharuan yang dibawa  dalam festival kali ini membantu merancakkan industri berkenaan.Ukiran kayu antara tarikan Festival Kenyir."Selain penjenamaan Dapur Kenyir, Kenyir Street yang diketengahkan penganjur turut menampilkan produk tradisional negeri selain sukan air yang menarik perhatian ramai."Tahun ini, kita menyasarkan 80,000 pelancong akan berkunjung ke Festival Kenyir dengan sasaran pendapatan sebanyak RM1.6 juta," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan festival tersebut yang berlangsung di Pengkalan Gawi, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato' Zulkifli Mohamad dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nazdri Tengku Musa.Dalam perkembangan sama, Ariffin memaklumkan, kerajaan negeri komited mempromosikan keindahan dan tarikan pulau-pulau di Tasik Kenyir."Kita juga sedang berusaha menyiapkan kemudahan, antaranya jambatan yang dijangka selesai pada hujung tahun ini dan hotel setinggi lapan tingkat dijangka siap pada Mac depan," katanya.Festival Kenyir telah diadakan sejak 1994 sebagai mempromosikan Tasik Kenyir dan keunikan alam semula jadinya kepada umum.Sebanyak 35 acara diadakan dengan penglibatan artis-artis selain penyertaan masyarakat setempat yang memperkenalkan budaya tempatan.
27 Jul 19
722
Empty Image
Isteri Pertama Hingga Keempat Dapat Insentif Kelahiran Anak
 Ustaz Wan Sukairi (berdiri) berucap di Majlis Ramah Mesra PERANTAU Johor 2.0 Bersama Exco Kerajaan Negeri Terengganu di Skudai malam semalam.SKUDAI, 27 Julai – Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan rakyatnya meramaikan bilangan anak dengan menentukan bagi setiap kelahiran mendapat insentif bermula dari RM100.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, anak kelahiran pertama di Terengganu mendapat RM100, kedua (RM200), ketiga (RM300), keempat (RM400), dan kelima (RM500).“Manakala anak keenam dan seterusnya dikira RM500 setiap kelahiran,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra PERANTAU Johor 2.0 Bersama Exco Kerajaan Negeri Terengganu di sini malam semalam.Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Negeri Johor.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, insentif itu juga diberikan kepada rakyat Terengganu yang berpoligami.Katanya, setiap kelahiran anak dari isteri berkenaan dikira dari anak pertama dengan insentif yang sama.Menceritakan lebih lanjut beliau berkata pada peringkat awalnya kerajaan meluluskan insentif itu hanya untuk kelahiran dari isteri pertama sahaja.“Bagaimanapun oleh kerana isteri kedua sampai keempat juga dikira anak Terengganu maka mereka berhak mendapat insentif kelahiran anak sama dengan isteri pertama,” ujarnya.Katanya, ini semua tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat Terengganu bergantung kepada sumber pendapatan yang diperolehinya.
26 Jul 19
49
Empty Image
Pekan Budaya Marang Terengganu Masuk Kalendar TMM2020
Ariffin Deraman.MARANG, 26 Julai - Kerajaan Terengganu bercadang untuk memasukkan program Pekan Budaya Marang ke dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, usaha berkenaan dilihat mampu mengangkat program yang memaparkan pelbagai aktiviti kebudayaan penduduk Marang sejak dahulu hingga kini ke peringkat lebih tinggi.Jelasnya, menerusi program tersebut, masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam keunikan budaya, warisan, kesenian, masakan tradisional Terengganu serta cara hidup para nelayan pesisir pantai yang menjadi identiti negeri itu."Penganjuran Pekan Budaya Marang 2019 ini juga bertujuan untuk mempromosikan lebih banyak aktiviti dan destinasi pelancongan bagi menarik pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pekan Budaya Marang 2019 di Pantai Kelulut, di sini hari ini.Gimik perasmian Pekan Budaya Marang.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Mengulas lanjut, Ariffin berkata, kerajaan negeri meletakkan sasaran seramai 50,000 pengunjung akan hadir memeriahkan program tersebut yang bermula hari ini hingga Isnin hadapan.Pelbagai aktiviti menarik disajikan buat para pengunjung, antaranya pertandingan memancing dan menjala ikan, pertandingan istana pasir, pukat tarik pantai, jahit pukat, demonstrasi masakan tradisional, tumbuk emping, anyaman atap nipah, silat tempur dan gasing pangkah.Turut menjadi tumpuan ialah pertunjukan dan pertandingan 'beyblade' yang menjadi kegilaan para remaja masa kini.
26 Jul 19
539
Empty Image
Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV Dibentang - MB Terengganu
KUALA LUMPUR, 26 Julai - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Majlis Menandatangani Dan Pembentangan Pelabur Bagi Penerbitan Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV di sini pagi tadi.Majlis dikelolakan oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium KAJV Sdn Bhd, Datuk Awalan Abdul Aziz. Hampir 100 pelabur dalam dan luar negeri hadir di majlis tersebut.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerjasama antara Konsortium KAJV, Affin Hwang dan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) meningkatkan infrastruktur bekalan air sekali gus menguntungkan semua pihak dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negeri."Majlis ini adalah satu usaha daripada pihak syarikat untuk mendapatkan pelabur-pelabur bagi melanggan skop yang ditawarkan dengan kerjasama pihak pengurusan dari HSBC dan Affin Hwang."Ini adalah untuk memastikan projek ini berjalan dengan licin dan dengan pelabur-pelabur yang datang hari ini yang sedang mendengar 'presentation', saya rasa optimis bahawa mereka akan turut bersama dalam program seperti ini," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.Terdahulu, projek itu dimeterai hujung tahun 2016 dan mula dilaksanakan pada 2017 dengan kemajuan projek lebih 30 peratus dan  kontrak berharga RM797.2 juta.
26 Jul 19
1246
Empty Image
SM Imtiaz Kemaman Juara AAY Terengganu 2019
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman muncul juara program Sentuhan Harapan Yayasan PETRONAS - All About Youth (AAY 2019), mengalahkan sembilan sekolah lain dari negeri itu.Projek sekolah tersebut yang dikenali sebagai CO2NCER, sistem pengesan awal kebakaran hutan untuk membantu pasukan Bomba dan Penyelamat, berjaya menambat hati panel hakim dan menewaskan sembilan buah sekolah lain.Program yang berasaskan pertandingan bermanfaat kepada komuniti dan persekitaran itu bertemakan 'Mengurangkan Pelepasan Karbon untuk Masa Depan yang Lebih Baik' (Reducing Carbon Emissions for a Better Future).Seramai 200 pelajar Tingkatan 2 dan 4 daripada dari 10 buah sekolah di negeri ini, diberi tempoh tiga bulan bagi membina dan melaksanakan projek kemasyarakatan yang bermatlamat mengurangkan pelepasan karbon kepada alam sekitar.Menurut Ketua Pasukan, Ahmad Faris Wajdan, 16, CO2NCER boleh membekalkan maklumat suhu, kadar peratusan asap, kelajuan angin dan koordinat lokasi secara automatik kepada Pasukan Bomba danPenyelamat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).“Kami rasa teruja apabila dinobat sebagai pemenang peringkat negeri. Kemenangan kami adalah hasil daripada sokongan sukarelawan PETRONAS atau buddies, guru-guru serta sekolah."Kami telah bekerja keras dalam membina projek ini dan akan terus berusaha sehingga ke peringkat akhir,” tambah beliau.“Program ini bukan sahaja menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar untuk meneroka dan bereksperimen, malah ia menggalakkan mereka untuk berfikir tentang suasana di alam sekeliling."Projek yang dibina ini adalah hasil keperihatinan mereka kepada kejadian kebakaran hutan yang berlaku di sekeliling mereka,” kata Idrus Ishak, guru pembimbing pasukan pelajar itu.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Lita Osman berkata, objektif PETRONAS adalah untukmenjadikan perubahan iklim atau climate change sebagai subjek perbualan di kalangan pelajar bagi mengasah kemahiran mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif untuk masa depan yangmampan.“Kami teruja melihat para pelajar dapat mengaplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik(STEM) dalam menawarkan penyelesaian untuk masa depan yang lebih cerah."Dengan sokongan guru-guru dan sukarelawan PETRONAS, pelajar-pelajar ini telah berjaya menjadi inovatif dalam menawarkan penyelesaian praktikal untuk kesejahteraan masyarakat,” kata Lita.Setiap pasukan dinilai dari segi kreativiti, pelaksanaan dan kelestarian projek, impak kepada komuniti dan persembahan projek.Lita menambah, Yayasan PETRONAS percaya AAY 2019 akan memberi pelajar kemahiran untuk berfikir secara lateral dan kreatif serta bekerjasama membangunkan keupayaan mereka sebagai pemimpin masa depan.“AAY juga menyasarkan untuk menggerakkan inovasi sosial dan menyokong sasaran kerajaan untukmencapai nisbah 60:40 pengambilan jurusan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)-Sastera selain matlamat negara mengurangkan pelepasan karbon,” menurut beliau lagi.Untuk rekod, sejak 2014, AAY telah menjangkau lebih 200 sekolah dan 4,600 pelajar. Lebih daripada 150sukarelawan PETRONAS atau buddies telah memupuk dan membimbing para peserta, menghasilkan 200 projek kemasyarakatan yang berimpak besar.Antaranya adalah sistem amaran pengesan banjir, tandas mesra alam dan aplikasi telefon pintar nota sejarah. AAY disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
26 Jul 19
1204
Jambatan Baharu Marang Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
Jambatan Baharu Marang Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
Oleh : Hanif Hamdan MARANG, 26 Julai - Cadangan  pembinaan jambatan baharu Marang yang lebih besar dan selesa sedang dalam perhatian kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, pembinaan jambatan baharu itu bakal menyelesaikan banyak masalah termasuk kesesakkan lalu lintas di laluan utama rakyat Terengganu itu. Jelasnya, kesesakkan lalu lintas bukan sahaja berlaku ketika musim perayaan tetapi juga pada waktu puncak hari biasa selain turut menyebabkan kemalangan. "Pelbagai isu yang berkaitan jambatan ini sedang dan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri. "Masalah yang timbul ini menyebabkan pengguna tidak selesa dan disebabkan itu kita juga memohon pertimbangan kerajaan pusat untuk membina jambatan yang baharu," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan  Lawatan Kerja Ke Jambatan Marang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini kelmarin. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, jambatan yang sedia ada itu adalah jambatan lama dan telah mengalami banyak kerosakan. "Jambatan yang sedia ada ini sudah berusia lebih 50 tahun dan ada kerosakan yang perlu dibaiki segera," katanya. Pembinaan jambatan baharu dijangka membolehkan bot nelayan yang lebih besar merentasi bawah jambatan ini, sekaligus projek itu akan merangsang pembangunan infrastruktur dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah Marang.  
26 Jul 19
1604