Artikel "Semasa" Terkini
Manfaat Sepenuhnya Taman Herba Dengan Identiti Tersendiri - Dr. Azman
DUNGUN, 29 Julai - Kerajaan negeri sedang merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya keluasan tanah Taman Herba di Pasir Raja untuk diguna pakai secara maksimum dengan herba-herba yang mendapat pasaran tinggi di peringkat tempatan dan luar.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia menjadi sasaran utama pihaknya untuk membangunkan industri herba dengan keluasan tanah seluas 406.11 hektar dan menjadi kawasan pengeluaran herba agro-tourism untuk Terengganu dengan identiti yang tersendiri.“Kita dapati Tongkat Ali antara herba yang mendapat permintaan tinggi termasuk serai dan kita fokus kepada yang mendapat permintaan, bermakna kita tidak hadkan kepada produk sebagaimana yang ada dalam kertas tetapi setelah melalui tempoh beberapa tahun, kita telah mengenal pasti di mana dan ke mana ia perlu pergi.“Kita yakin kalau sekiranya diguna pakai dan dimanfaatkan sepenuhnya, ia bukan setakat mampu, bila kita sebut Pasir Raja, boleh sebut herba, tetapi buat masa sekarang ini, ada beberapa isu yang menghalang termasuk isu serangan daripada binatang liar, pasaran, ketidaksesuaian tanah dan beberapa isu lain."Untuk itu, kita minta supaya Syarikat Bioalpha mengemukakan perancangan mereka yang baharu selepas beberapa isu dikenal pasti,” katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas lawatan tapak di Herbal Integrated Cluster Development (HICD) Pasir Raja, semalam.Turut hadir, Pengarah Tanah & Galian negeri, Dato’ Zainal Abidin Hussin, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Mohamed, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Tani East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), Megat Shah Rizal Noor Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangun Herba MOA, Muhammad Ridhwan Azizan dan Pengarah Urusan Bioalpha, Hon Tian Kok@William.Tambahnya lagi, itu merupakan tujuan utama lawatan tapak yang dilakukan iaitu bagi mendapatkan perkembangan terkini dan membincangkan beberapa isu yang bersabit dengan pembangunan industri herba di Pasir Raja.“Lawatan ini kita mengambil satu jalan tengah yang terbaik di antara ECERDC dengan Syarikat Bioalpha dan kerajaan negeri supaya objektif yang kita gariskan daripada pelaksanaan projek ini mampu dicapai dan kita telah kenal pasti beberapa isu yang akan diambil tindakan segera oleh pihak Bioalpha.“Tempoh masa sehingga bulan Oktober untuk kita lihat apa lonjakan seterusnya daripada projek yang sedang berjalan, kita akan tengok dalam tempoh beberapa bulan lagi untuk buat kajian semula dan kiranya buat masa sekarang, projek ini belum mencapai lagi objektif yang ditetapkan sebelum ini,” ujarnya.Untuk rekod, projek ini membabitkan usaha sama awam-swasta dan dimajukan ECERDC bersama syarikat pengeluar produk suplimen kesihatan, Bioalpha.Bioalpha diberi tugas besar membangunkan tanah seluas 406 hektar di Pasir Raja sebagai sebuah taman herba tradisional tempatan sejak 2014 dan setakat ini berjaya mewujudkan 32 peladang satelit dalam usaha menggalakkan penduduk setempat membangunkan perniagaan sendiri sebagai 'agropreneur'.Projek ini juga berpotensi menjadikan Terengganu sebagai hab makanan suplimen antarabangsa.
28 Jul 19
722
Air Bertakung Belenggu Penduduk Bertahun-Tahun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Julai - Keprihatinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama wakil rakyat menjadi syarat utama di dalam memastikan kehidupan rakyat selesa dan sejahtera.Pengerusi MPKK Binjai Che Lijah, Ibrahim Senik bersyukur apabila masalah air bertakung di dalam rumah yang membelenggu penduduk Kampung Bukit Binjai Manis sejak dua tahun lalu berjaya diselesaikan."Bila hujan turun, empat buah rumah di jalan Kampung Bukit Binjai Manis ini akan banjir dan airnya tidak surut-surut."Memandangkan air bukit pun turun menjadikan ianya bertakung di dalam rumah pada paras betis sehingga empat ke lima hari," ceritanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini baru-baru ini.Menurutnya, untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihaknya mengambil keputusan menggali parit di belakang rumah tersebut," katanya lagi yang terharu dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang sentiasa bersedia membantu rakyat.Katanya, dengan sedikit bantuan kewangan di samping sumbangan orang ramai, pihaknya menyewa jengkaut dan membeli pembetung (culvert).Sementara itu, seorang penduduk yang terlibat, Mohamad Muda gembira kerana masalah yang dialami selama ini telah dapat diselesaikan."Sudah dua tahun kami terpaksa berhadapan dengan banjir disebabkan tanah paya yang telah ditimbus tanah untuk dibina rumah."Alhamdulillah, dengan adanya parit ini, insya-Allah air tidak bertakung di dapur lagi," ujar bapa empat orang anak itu.
28 Jul 19
394
Kontinjen Marang Johan Sulung Piala Bola Jaring ADUN Wanita Terengganu
MARANG, 28 Julai - Pasukan Alur Limbat Sejahtera yang mewakili kontinjen Marang dinobatkan juara sulung dalam Kejohanan Tertutup Bola Jaring Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu peringkat negeri yang diadakan di Wakaf Tapai, kelmarin.Pengarah program, Tengku Fathimah Tengku Hashim berkata, kejohanan tersebut diadakan bertujuan membina semangat berpasukan selain memupuk suasana harmoni para wanita dalam masyarakat.“Bukan itu sahaja, kita juga dapat menepis stigma bahawa sukan hanya khusus untuk golongan tertentu sahaja. “Beriadah dan bersukan untuk melahirkan insan yang cergas dan cerdas dituntut oleh agama. Dalam kejohanan ini, kita turut berpakaian sukan patuh syariat sebagai menyahut seruan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam penutup kejohanan itu.Kejohanan berkenaan menemukan 16 pasukan yang mewakili parlimen masing-masing setelah memenangi kejohanan peringkat daerah awal Julai lalu.Kejohanan tertutup itu dirasmikan sendiri ADUN Wanita, Zuraida Md Noor yang turut dihadiri Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Khairunnisa' (Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu).Zuraida ketika berucap turut menzahirkan kegembiraan atas kejayaan acara yang julung kali diadakan itu.“Terima kasih atas usaha menjayakan program ini. Usaha mengetengahkan konsep sukan patuh syariah ini disambut baik di semua peringkat, namun usaha penerangan masih perlu dibuat. “Saya yakin tidak mustahil, agenda sukan patuh syariah ini akan dipersada di peringkat nasional,” katanya yang menasihati peserta agar sentiasa memperbetulkan niat untuk satu tujuan iaitu merapatkan hubungan antara satu sama lain.Selain bakal diadakan secara tahunan, Kejohanan Tertutup Bola Jaring ADUN Wanita menjadi pemacu acara sukan bagi wanita negeri Terengganu pada masa akan datang.
28 Jul 19
340
Terengganu Hasrat Himpun Pendikir Muda - Sulaiman Sulong
Sulaiman Sulong.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 28 Julai - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Penggiat Seni Dikir Negeri Terengganu merangka untuk menganjurkan himpunan pendikir muda secara besar-besaran sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, tahun hadapan.Menurut Timbalan Pengerusi Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong, hasrat itu sekali gus bakal merealisasikan himpunan mega yang membabitkan seni tradisional itu buat julung kalinya."Kita menyasarkan penyertaan paling kurang seramai 2020 orang peserta bagi melayakkan kita menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 itu nanti," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada kemuncak Pekan Budaya Marang di Pantai Kelulut, semalam.Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Razak; Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim.Karnival Pekan Budaya yang berlangsung selama dua hari menampilkan pelbagai acara kebudayaan disamping pameran produk tradisi yang melambangkan identiti masyarakat Marang kepada umum. Dalam tumpuan sama, pertandingan Dikir Barat yang diadakan di karnival berkenaan dimenangi kumpulan dikir dari Sekolah Menengah Padang Kemunting, Kuala Nerus.Acara yang dipertandingkan diantara sekolah-sekolah dari lapan daerah dalam negeri itu turut mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam seni dikir barat Terengganu.
28 Jul 19
230
PKD Bukit Besi Bina Jambatan Antara Industri Dan Tenaga Kerja Tempatan
Ghazali sewaktu kunjung hormat ke Fortress Mining, Syarikat Lombong Bijih Besi.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 28 Julai - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) berusaha menjalinkan hubungan baik bersama pihak industri, para usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) serta para usahawan tani setempat.Pegawai Penyelaras DUN , Ghazali Sulaiman berkata, selain membina persefahaman antara pihak industry dan pentadbir tempatan, langkah berkenaan membuka peluang pekerjaan kepada belia-belia setempat."Kita telah mengenal pasti kilang-kilang dan usahawan IKS yang beroperasi di Bukit Besi untuk kita dekati."Surat rasmi telah pun kita hantarkan supaya mendapat kebenaran bagi melawat tempat-tempat yang kita senaraikan," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, hari ini.Jelasnya, jalinan hubungan itu dilaksanakan demi pembangunan belia di DUN Bukit Besi supaya sentiasa mendapat maklumat berkenaan peluang-peluang yang ditawarkan pihak industri."Bagi IKS dan usahawan tani, kita akan melakukan kunjungan serta melihat keperluan untuk mengubungkan mereka dengan agensi-agensi tertentu bagi memperkembangkan lagi perusahaan mereka.“Antaranya ialah dengan memanfaatkan peranan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Pertanian, dan pelbagai agensi yang berkaitan,” katanya. Tambahnya, perkembangan sesuatu perusahaan pastinya membuka ruang kerja kepada tenaga-tenaga belia setempat yang masih belum mempunyai pekerjaan selain mewujudkan pembangunan sejahtera di DUN tersebut yang akan menguntungkan semua pihak."Ini adalah salah satu dari usaha kami melaksanakan peranan yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk menunaikan janji manifesto dalam mewujudkan peluang pekerjaan ke arah mencapai Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS)," katanya.
28 Jul 19
181
Kaji Langkah Proaktif Bendung Gejala Sosial
Azmi Tengah.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 28 Julai - Langkah proaktif akan dikaji bagi membendung masalah gejala sosial melibatkan golongan pertengahan dan remaja yang membelenggu masyarakat.Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah berkata, operasi-operasi terus dipergiat bagi mengekang perkara tersebut menjadi barah.Jelasnya, kelicikkan pihak tertentu juga menyebabkan tugas agensi berkuasa menjadi sukar dan terganggu. “Kita telah mengambil beberapa langkah yang proaktif tetapi masalahnya mereka mempunyai taktik yang tertentu dan itu merupakan kekangan bagi pihak kita,” katanya lagi.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), kelmarin.Mengulas tentang tangkapan operasi yang dijalankan, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang yang ada bagi memberi pengajaran kepada pelaku.“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 25 dan 27(1) iaitu perempuan yang bersedia melacurkan diri dan suami melacurkan isterinya,” tambah beliau.Katanya, pasangan tersebut ditangkap di salah sebuah hotel di Kuala Terengganu dan mereka bergerak secara aktif melalui aplikasi telefon pintar sebagai medan perniagaan mereka
28 Jul 19
36
MB Lancar Katalog Perundangan Negeri Terengganu
KKUALA NERUS, 28 Julai - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menyempurnakan pelancaran Katalog Perundangan Negeri Terengganu di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Menurut beliau, penerbitan katalog berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MCP) melalui kerjasama bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa UniSZA dalam melaksanakan program Amalan Baik Peraturan (GRP) di negeri ini.“Sebahagian aktiviti GRP melibatkan kajian semakan semula peraturan sedia ada untuk meningkatkan kecekapan kawal selia dan kesesuaian pelaksanaannya dengan keadaan persekitaran semasa di mana peraturan yang tidak sesuai akan ditambah baik atau dihapuskan untuk mengurangkan beban yang tidak wajar dan kos pematuhan yang ditanggung oleh pihak yang berkepentingan.“Salah satu elemen yang ditekankan dalam GRP adalah ketelusan. Semua peraturan perlulah dikumpulkan dan dikongsikan kepada pihak berkepentingan agar proses pematuhan peraturan dapat berjalan dengan telus, sempurna dan kos pematuhan yang rendah,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Katalog Perundangan Negeri Terengganu sempena International Conference On Law And Globalistion (ICLG2019) & International Conference On Global Humanitarianism & Human Rights (ICGHR) 2019 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Bentara Dalam A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid serta Ketua Pengarah MPC, Dato’ Mohd. Razali Hussain.Katanya, katalog tersebut mengandungi senarai perundangan yang terdapat di negeri Terengganu di bawah seliaan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang merangkumi perundangan utama (enakmen dan ordinan) dan perundangan subsidiari (undang-undang kecil, perintah, kaedah dan peraturan).“Diharapkan melalui penghasilan katalog ini akan dapat membantu pihak kerajaan negeri mengenal pasti peluang penambahbaikan kualiti peraturan seiring keperluan masa kini dan teknologi serta meningkatkan ketelusan dan tadbir urus kawal selia peraturan negeri ini,” ujarnya.“Malah, Pejabat Penasihat Undang-Undang amat komited dalam melaksanakan segala inisiatif penambahbaikan tadbir urus dan kawal selia peraturan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan di negeri ini dilaksanakan dengan efektif dan efisyen serta mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi rakyat serta pengguna termasuk para pelabur dan komuniti perniagaan menjalankan urus niaga,” ujarnya.
28 Jul 19
333
Kelulut FC Juara Piala ADUN Rhu Rendang
Kelulut FC.MARANG, 28 Julai – Pasukan Kelulut FC muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2019 setelah mengenepikan cabaran Rhu Rendang FC dengan jaringan 2-0.Rhu Rendang FC terpaksa akur menerima kekalahan selepas dua jaringan Mohammad Khairul Nizam Abdul Wahab pada setiap babak perlawanan berjaya menjulang Kelulut FC.Jaringan Khairul Nizam pada minit ke-7 dan 50 itu turut menobatkan dia sebagai pemain terbaik perlawanan.Kejohanan bolasepak yang telah membuka tirai pada 4 April lepas dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh DUN Rhu Rendang itu ditutup dengan perlawanan akhir di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM), di sini semalam. Kejohanan yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Aksi menarik kedua-dua pasukan.Ahmad Samsuri ketika berucap selepas perlawanan berkata, kerajaan negeri komited merancakkan aktiviti pelbagai bidang sukan di daerah ini khususnya bola sepak supaya setanding dengan daerah lain di negeri ini.Turut hadir ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong.Dalam kejohanan tersebut, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala pusingan diikuti naib juara RM2,000 dan ketiga RM1,000.
27 Jul 19
348
Sukan Medan Eratkan Silaturrahim
Oleh : Saifullah JusohBESUT, 28 Julai - Sukan merupakan medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahmi sesama masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, selain untuk menyihatkan tubuh badan, sukan juga merupakan satu cara untuk kita membina hubungan yang baik dan mengelakkan permusuhan."Sukan juga merupakan satu cara untuk kita berhibur. Oleh sebab itu Islam sudah menetapkan cara yang sesuai untuk kita bersukan mengikut ajaran Islam iaitu dengan menutup aurat dan menjaga akhlak sesama kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Kuala Besut 2019 yang bertempat di Padang Astaka Kampung Pacakan, baru-baru ini.Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut ini telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut.Ia juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan ini, antaranya Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Amal Besut.
27 Jul 19
44
Sungai Lasir Akan Dibuka Semula Minggu Hadapan
Ariffin semasa berucap di Festival Kenyir 2019.HULU TERENGGANU, 28 Julai - Kerajaan negeri memaklumkan Sungai Lasir yang keruh akibat aliran tanah ke sungai dari jalan pembalakan baru-baru ini, akan dibuka semula kepada umum tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sungai berkenaan telah kembali pulih seperti sediakala dan pihaknya bersedia membuka semula lokasi tumpuan pelancong itu.“Sungai Lasir kebelakangan ini menjadi topik tumpuan berikutan tular keadaan sungai yang keruh menggusarkan pengunjung tetap Tasik Kenyir terutama golongan kaki pancing.“Pelancong jangan susah hati kerana air sungai berkenaan telah pulih. Bagaimanapun, kita sengaja lanjutkan tempoh penutupan seminggu lagi bagi memastikan keadaannya sebelum dibuka semula,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Festival Kenyir 2019 di Pengkalan Gawi, semalam.Ariffin bersama Sivarasa di Festival Kenyir, semalam.Festival berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah yang turut dihadiri Pengerusi KETENGAH, Dato' Zulkifli Mohamad dan Pengurus Besarnya, YM Tengku Ahmad Nazdri Tengku Musa.Festival yang dianjurkan setiap tahun itu menyajikan 35 acara yang menarik tumpuan ramai antaranya, pelbagai pertunjukan dan acara sukan air selain pameran produk kebudayaan negeri.Dalam pada itu, Ariffin menyatakan tindakan segera yang diambil kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk menghentikan pembalakan serta pembinaan jeti membantu pelan mitigasi dilaksanakan dengan spesifkasi yang betul bagi mengatasi pencemaran sungai Lasir.“Buat sementara, pihak pengurusan Tasik Kenyir mengalihkan tumpuan pelancong ke Air Terjun Saok yang berjarak kira-kira 8 km dari Pengkalan Gawi sepanjang proses baik pulih sungai Lasir,” katanya.
27 Jul 19
37