Artikel "Semasa" Terkini
Ibu OKU Gembira Diberi Perhatian
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 30 Julai - "Terima kasih kerana bantu saya," itulah ungkapan yang diucapkan oleh seorang penerima bantuan kerusi roda, Sudaryati Hamat, 44, baru-baru ini.Menurutnya, sebelum ini beliau hanya bergantung dengan tongkat untuk bergerak. Kesukaran ini ditanggung setelah menjalani pembedahan kaki akibat komplikasi diabetes.“Alhamdulillah, suka dan amat terharu di atas sumbangan ini. Terasa ringan sedikit bebanan untuk saya buat apa-apa. Terima kasih kerana sudi membantu saya,’’katanya dengan penuh kesyukuran.Sudaryati Hamat merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai dua orang cahaya mata. Salah seorang anaknya juga OKU dalam pembelajaran.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, segala bantuan akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang berhak tanpa mengira warna kulit mahupun perbezaan politik.“Asalkan mereka betul-betul berhak dan memerlukan. Dalam tempoh setahun lebih ini, hampir 30 buah kerusi roda kita agihkan untuk warga Jabi yang memerlukannya."Alhamdulillah, pagi ini dua buah lagi kerusi roda akan mula berkhidmat kepada tuan baru untuk memudahkan pergerakan,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada penerima di Kampung Kubang Gatal dan Kampung Bakap, Jabi."Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang berada dalam keuzuran. Tiada daya dan upaya kita melainkan kudrat yang dikurniakan Allah,’’ tambahnya.
29 Jul 19
94
32 Pasukan Rebut Empat Slot Ke Kejohanan Piala YB Ahli Parlimen KT
Jadual perlawanan sebelah pagi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 30 Julai - 32 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk akan bersaing untuk merebut empat slot ke Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini.Slot tersebut akan diisi oleh empat pasukan terbaik yang bertarung dalam Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bermula 2 Ogos nanti.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Batu Buruk, Abu Bakar Salleh sementara itu berkata, dalam menempuhi kehangatan kejohanan berkenaan, para pemain setiap pasukan dinasihatkan agar bermain dengan penuh semangat kesukanan.“Pasukan yang bertanding dingatkan agar bermain secara ‘fair play’ dan tidak secara agresif.“Peminat boleh hadir ramai-ramai menyaksikan di Padang Bola Sepak Lagun Chendering pada hari Jumaat dan Sabtu ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk, di sini semalam.Program yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering itu dianjurkan oleh Kelab Belia Sahabat Batu Buruk (Sahabat) dan turut mendapat kerjasama daripada i-MiTs DUN Batu Buruk.
29 Jul 19
537
Dasar Wanita Terengganu Dijangka Siap Tahun 2020 - ADUN Wanita
Zuraida bersama peserta Sambutan Hari Ibu dan Bapa Negeri Terengganu 2019.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kerajaan negeri sedang dalam usaha merangka Dasar Wanita Terengganu bagi melahirkan para wanita berilmu yang lebih berdaya saing sebagai pemacu generasi masa depan negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, dasar berkenaan dirangka selari dengan suasana masyarakat Terengganu sendiri berlandaskan al-Quran dan hadis.“Awal tahun ini, kita telah melaksanakan Seminar Hala Tuju Wanita yang menghasilkan resolusi yang menjadi pemangkin pembinaan dasar ini.“Kita juga sedang melaksanakan penyelidikan daripada pelbagai aspek yang diperlukan dan dijangka ia akan sempurna dalam masa enam bulan lagi,” katanya.Pelantikan Zuraida merupakan sebahagian komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan wanita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Muhamad Noh Abdullah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu (JPWKMT), Raja Kamariah Raja Abdul Rahman.Program anjuran LPPKN yang diadakan seawal pagi tadi dimulakan dengan forum kekeluargaan bertajuk Pengukuhan Nilai Kekeluargaan Dalam Menangani Isu Sosial yang dihadiri lebih 400 peserta.Sebahagian peserta yang hadir.Antara aktiviti lain yang ditampilkan adalah pendaftaran ujian subsidi mamogram (saringan kanser payudara), HPV DNA (saringan kanser serviks), pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu serta Sudut Deklarasi Harapan Ibu Bapa (Wall Of Family Hopes) selain reruai pameran agensi kerajaan dan jualan usahawan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu.Dalam program berkenaan, Zuraida turut menyerahkan Deklarasi Harapan Keluarga Negeri Terengganu untuk diangkat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Sementara itu, Mohamad Noh berkata, deklarasi tersebut merupakan pandangan dan harapan yang dikutip daripada ibu bapa di seluruh negeri untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pembangunan negara bangsa.“Kita berharap deklarasi ini dapat diperhalusi bagi tujuan penyelarasan dan diangkat sebagai Deklarasi Harapan Keluarga Kebangsaan," katanya.PDRM turut membuka reruai penerangan berkaitan sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
29 Jul 19
420
Sertai Perayaan Keagamaan Bukan Islam Haram - Mufti Terengganu
Dato' Dr Zulkifly Muda.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 14 Mac 2019 menyatakan bahawa amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam yang melibatkan akidah atau iktikad adalah haram hukumnya."Perbuatan tersebut dianggap seperti mengiktiraf agama selain daripada agama Islam dan seolah-olah semua agama adalah sama."Oleh itu, diharamkan bagi orang Islam meraikan atau menyambut hari perayaan orang bukan Islam dengan apa jua cara sekali pun kerana ia merupakan syiar mereka," jelas fatwa tersebut.Menyentuh persoalan tersebut, Mufti Negeri, Dato' Dr Zulkifly Muda berkata, yang uniknya di Malaysia ini adalah ada perayaan yang tidak membabitkan akidah dan agama seperti perayaan Tahun Baru Cina dan sebagainya."Maka itu tidak termasuk dalam fatwa ini," jelasnya."Apabila diwartakan, maka dikehendaki ianya dipatuhi oleh semua pihak sebab sudah menjadi undang-undang."Tetapi setakat ini tidak ada keperluan (untuk diwartakan), yang pentingnya kita beri penjelasan dan kefahaman dahulu kepada masyarakat," ujar beliau.Dato' Dr Zulkifly berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Diskusi Fatwa : Hukum Meraikan Perayaan Orang Bukan Islam di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), di sini hari ini.
28 Jul 19
713
RM60 Ribu Baik Pulih Lata Cangkah, Lata Payung Terengganu
Ariffin (tengah) berdiri di atas jambatan gantung uzur yang menjadi laluan ke gunung Sarut dari Lata Payung.Oleh: Ariss AliasSETIU, 29 Julai - Peruntukan segera sebanyak RM60 ribu telah diluluskan untuk membaik pulih infrastruktur di dua tempat rekreasi terkenal di sini, Lata Cangkah dan Lata Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan beberapa isu kemudahan pusat pelancongan yang menjadi rungutan pengunjung.“Untuk jangka pendek peruntukan segera bagi membaiki infrastruktur di Lata Cangkah dan Lata Payung, ia akan melibatkan semua jabatan di peringkat daerah untuk menjayakan pelaksanaan itu.“Kami (kerajaan) juga akan bekerjasama dengan pejabat daerah, majlis daerah dan jabatan pelancongan akan merangka strategi serta pelan jangka masa panjang dengan perancangan bajet melebihi RM1 juta,” katanyaBeliau berkata demikian selepas ditemui media di Lata Payung, di sini semalam.Kemudahan di Lata Cangkah yang memerlukan pembaikian segera.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Promosi) Jabatan Pelancongan Negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani, Pegawai Daerah Setiu, Haji Sophian Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mohd Iskandar Muhammad Aziz dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari Abd Rahman.Jelas Ariffin lagi, Gunung Sarut yang terletak berhampiran Lata Payung turut akan dilengkapi infrastruktur bagi menarik lebih ramai pelancong sekaligus merancakkan lagi pembangunan sosio ekonomi di sana.“Insya-Allah, jambatan gantung yang menjadi laluan masuk ke Gunung Sarut pula akan diangkat untuk pelaksanaan projek pada tahun hadapan.“Perkara yang paling penting juga ialah apabila selesai baik pulih infrastruktur, semua harus mengambil tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak kerajaan sekiranya terdapat sebarang kejadian (kerosakkan) demi menambah baik industri pelancongan di Terengganu,” tambah beliau.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof yang turut hadir berkata, beliau gembira dengan dana segera yang diumumkan kerajaan negeri termasuk perancangan projek jambatan gantung ke Gunung Sarut.Gunung Sarut.“Gunung Sarut ini merupakan gunung tertinggi di Setiu dengan ketinggian 1,229 meter dari paras laut, sekiranya infrastruktur lengkap dibina saya yakin ini akan melonjakkan Daerah Setiu sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negeri,” ujarnya.
28 Jul 19
1639
Terengganu Fight 2019 Hadiah Buat Peminat Muay Thai Tempatan
Antara aksi kejohanan edisi pertama tahun lalu.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kurang lima hari lagi, peminat sukan lasak Muay Thai berpeluang menyaksikan pertembungan 12 petarung dalam dan luar negara di Kejohanan Terengganu Fight 2019 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Ogos ini.Lebih menarik, kejohanan anjuran Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu (PMTNT) dan Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu diadakan secara percuma bagi menghargai peminat-peminat sukan berkenaan di seluruh negeri.Pengerusi Persatuan Muaythai Terengganu (PMTT) Najmi Abdullah berkata, kejohanan berkenaan diadakan bertujuan menarik minat bakat-bakat muda Muay Thai dalam usaha melahirkan atlet pelapis bertaraf profesional dari negeri itu.Najmi bersama wakil PKBM dan MSNT sewaktu sidang media Terengganu Fight 2019.“Kita menampilkan empat petarung profesional dari luar negara iaitu Felipe Lobo Amantha dari Brazil, Ayoub Sadam Sergama (Algeria), Rungravee Sasiprapa (Thailand) dan Latxasak Souliyavong (Laos).“Paling istimewa, anak Terengganu yang juga merupakan kapten Muay Thai Negara, Muhamad Ali Yaakub serta atlet-atlet kebangsaan seperti pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Ain Kamarrudin dan petarung kebanggaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ropi Kuda Merah juga akan beraksi,” katanya dalam sidang media kejohanan itu, baru-baru ini.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut menyokong usaha yang dilaksanakan."Dengan adanya pendedahan seperti ini, generasi muda akan lebih terdedah dengan sukan lasak ini sekali gus mampu mencungkil bakat-bakat baharu di negeri ini."Cuma, kerajaan negeri amat mengharapkan penganjur akan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam aspek pemakaian atlet-atlet yang bertanding," katanya. Untuk rekod, tahun lalu, kira-kira 5,000 peminat sukan lasak itu membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak bagi menyaksikan kejohanan edisi pertama tersebut yang turut digegarkan dengan aksi hebat, lagenda Muay Thai, Saenchai.
28 Jul 19
1071
70 Peratus Peniaga Pasar Besar Kedai Payang Berpindah Ke Pasar Payang 2
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Pasar Payang 2 mula beroperasi sejak beberapa hari lalu setelah hampir 70 peratus peniaga Pasar Besar Kedai Payang mula berpindah dan memulakan operasi perniagaan di lokasi sementara itu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, selama tiga hari beliau membuat tinjauan di bangunan sementara yang akan menempatkan seramai 762 lot perniagaan untuk melihat sendiri bagaimana dan apakah masalah yang akan dihadapi oleh para peniaga yang terlibat.Katanya, sepanjang tempoh tersebut, tidak timbul sebarang masalah dan rata-rata peniaga kelihatan dapat menyesuaikan diri di tempat baharu serta perpindahan berjalan dengan lancar.“Sehingga hari ini, ia masih dalam proses perpindahan yang mana mereka akan mengalami pembangunan seterusnya dan 70 peratus telah pun berpindah ke tempat yang baharu sementara bakinya, saya yakin sebelum 1hb Ogos ini akan capai 90 peratus yang akan berpindah.“Saya berada di sini selama tiga hari dan melihat proses perpindahan terutama kedai emas yang agak complicated (sukar) kerana melibatkan peti besi dan sebagainya di mana kita meninjau segala proses."Secara umumnya, saya berterima kasih kepada peniaga khususnya pihak persatuan yang telah bekerjasama baik dengan pihak kerajaan negeri dalam memastikan proses perpindahan ini berjalan dengan lancar dan sempurna,” kata Ahmad Amzad,Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas membuat tinjauan ke Pasar Payang 2, di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, Ahmad Amzad berkata, tidak mustahil akan timbul beberapa masalah yang akan dikenal pasti dalam proses perpindahan yang melibatkan mana-mana pembukaan pasar yang baharu.“Dan mana-mana pembukaan pasar baharu, memanglah akan sentiasa ada masalah-masalah akan dikenal pasti dalam proses perpindahan ini."Contohnya, kita ada beberapa kelompok peniaga yang masih belum diselesaikan dari segi pesediaan tapak, misalnya peniaga sayur dan pasar ikan termasuk lot untuk keropok masih belum disiapkan sepenuhnya yang dijangka siap dalam berapa hari lagi.“Ada beberapa permasalahan yang telah diutarakan, antaranya berkait dengan isu ruang yang panas, jadi kita bincangkan bersama untuk perbaiki keadaan dan saya percaya ini sudah berada dalam tindakan Exco yang berkaitan dan pihak majlis bandaraya,” jelasnya lagi.Tambahnya, walaupun dalam 70 peratus sahaja peniaga yang telah memulakan operasinya, pasar baharu ini telah pun menarik banyak pihak terutama di kalangan pelancong yang rata-rata melahirkan rasa tertarik dengan konsep dan susun atur yang ada.“Ada peniaga yang ditemui melahirkan rasa teruja kerana tidak menyangka baru dua hari duduk di sini, hasil pendapatan dia dalam sehari jauh lebih baik dari tempat lama.“Saya syukur dengan komuniti di sini yang sangat memberi kerjasama dan peranan persatuan itu sendiri. Ianya menjadi hasrat kerajaan untuk menjalin kerjasama yang baik dengan peniaga dalam menarik pelancong dan pada masa yang sama melonjakkan perniagaan yang ada di negeri ini,” kata beliau.Amzad juga berpesan kepada para peniaga supaya menitikberatkan penjagaan kebersihan bermula dari awal hingga ke akhir supaya budaya ini berkekalan dan memberi imej yang baik kepada negeri Terengganu.
28 Jul 19
862
'Hormati Perayaan Agama Lain Dibolehkan' - YDP DUN Terengganu
Dato' Yahaya (tengah) bercakap di sidang media selepas merasmikan Diskusi Fatwa: Hukum Meraikan Perayaan Orang Bukan Islam di Dewan Serbaguna PPAT Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam turut sama menghormati perayaan yang dihubungkan dengan budaya dan agama kaum lain selama mana ia tidak melibatkan soal akidah Islam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali berkata, rakyat negara ini perlu melihat perayaan itu sebagai satu acara yang diraikan oleh semua."Dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, kita perlu melihat perayaan itu sebagai satu acara yang diraikan oleh semua."Kita perlu terima realiti massa Malaysia sebagai masyarakat majmuk sebagaimana zaman Nabi dulu," jelas beliau.Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kiri) menjadi panel kedua Diskusi Fatwa: Hukum Meraikan Perayaan Orang Bukan Islam di PPAT Kuala Terengganu.Dato' Yahaya berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Program Diskusi Fatwa : Hukum Meraikan Perayaan Orang Bukan Islam di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu (PPAT), di sini hari ini.Turut hadir, Mufti Negeri, Dato' Dr Zulkifly Muda dan Timbalan Mufti Negeri, Ahadi Othman.Katanya, persoalan yang berkait adalah bagaimana cara memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berhubung Islam menjamin kebebasan beragama dan keselamatan mereka di bawah kepimpinan orang Islam.Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Imam dan Bilal seluruh negeri hadir di Majlis Perasmian Diskusi Fatwa: Hukum Meraikan Perayaan Orang Bukan Islam di PPAT Kuala Terengganu."Hak dan kebebasan mereka terjaga dalam batas-batas yang dibenarkan syarak termasuk menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal," jelasnya.Beliau turut mempertikaikan sesetengah pihak yang memberi kefahaman salah tentang 'Islam adalah rahmat sekalian alam' kepada orang bukan Islam kerana tujuan politik termasuk meraikan pengundi bukan Islam. "Kadang-kadang orang salah faham tentang Islam rahmat kepada sekalian alam ini, ada tujuan untuk politik, nak meraikan pengundi bukan Islam, benda-benda macam ini kita rasa patut ada peringatan supaya jangan jadi terlajak sangat (melampaui batas)," ujarnya.
28 Jul 19
272
Tragedi RXZ : Terengganu Rakam Takziah
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Kerajaan Terengganu menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ yang mengorbankan dua nyawa di sini, semalam.“Saya dan seluruh pimpinan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bersedih atas kejadian tersebut. Semoga roh dicucuri rahmat dan berada bersama orang solehin dan muttaqin," kata beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.Terdahulu, dua penunggang motosikal yang menghadiri Himpunan Motosikal RXZ 3.0 maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di dua lokasi berasingan.Mangsa, Mohamad Hanafi Sanan, 25, dan Muhammad Zaidi Zali, 22, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, kejadian pertama membabitkan motosikal Yamaha RXZ ditunggang Mohamad Hanafi dan Toyota Hilux yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di KM41 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Merang di sini.Menurutnya, mangsa dari Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang dikatakan dalam perjalanan pulang setelah selesai menyertai himpunan motosikal tersebut yang berlangsung di Stadium Gong Badak.“Kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux cuba mengundur dari bahu jalan kiri untuk ke jalan besar dan tiba-tiba mangsa datang dari arah Kuala Terengganu telah melanggar belakang kenderaan tersebut,” katanya.Zulkifli berkata, akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat sementara pemandu Toyota Hilux, seorang juruteknik berusia 56 tahun tidak mengalami kecederaan.Sementara itu dalam kejadian kedua jam 8.15 malam, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira dan tiga motosikal jenis Honda C100 di KM82, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Kuala Setiu.Zulkifli berkata, konvoi disertai sekumpulan penunggang motosikal yang turut disertai Muhammad Zaidi dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja.Menurutnya, tiba di lokasi motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.“Akibatnya motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta mengakibatkan mangsa terjatuh di tengah jalan lalu dilanggar pula dua buah motosikal yang berada di belakangnya kerana tidak sempat mengelak,” katanya.Zulkifli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat sementara penunggang dua lagi motosikal turut mengalami kecederaan.
28 Jul 19
246
Facebook, Whatsapp Antara Punca Penceraian
Ridzuan berucap merasmikan kursus.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 29 Julai – Curang di media sosial termasuk salah guna aplikasi Facebook dan WhatsApp adalah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian dan kerosakan rumahtangga.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, aplikasi Facebook umpamanya, mempertemukan kembali rakan-rakan lama semasa persekolahan termasuk bekas kekasih.“Pada peringkat awal pertemuan, hanya bertanya khabar sahaja, tetapi lama kelamaan menyegarkan semula kenangan lama.“Akhirnya wujud keretakan dalam rumahtangga akibat kehadiran orang ketiga, dan sebahagiannya berakhir dengan perceraian,” ulas beliau.Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Kursus PraPerkahwinan Islam Modul Bersepadu (MBPKI) 2019 di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Kubang Jela, kelmarin.Mengulas lanjut, Ridzuan menyatakan menurut data yang dikemukakan oleh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu pada tiga bulan pertama tahun 2019 mencatat 1,311 kes permohonan cerai berbanding 1,100 untuk tempoh yang sama tahun lepas, 2018.“Sepanjang tahun 2018, sebanyak 13,000 perkahwinan direkodkan dan daripada jumlah itu, satu daripada tiga berakhir dengan perceraian ataupun sebanyak 12 kes perceraian sehari.“Kerana itu, kita hendaklah membina keluarga atas dasar agama, dengan kefahaman yang jelas berkaitan segala hukum hakam dalam hal ehwal kekeluargaan, bukannya dengan sebab nafsu semata-mata.“Jika memilih kecantikan, maka ianya suatu yang tidak kekal. Begitu juga harta, ianya tidak akan berkesudahan,” kata beliau lagi.
28 Jul 19
209