Artikel "Semasa" Terkini
Rumah Ibu Tunggal Dihempap Pokok Tumbang
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 31 Julai – Sebuah rumah ibu tunggal mengalami kerosakan pada bumbung dan beberapa lagi bahagian selepas dihempap pokok dalam kejadian di B 20 Felda Jerangau. dekat sini, semalam.Mangsa Rasimah Hussain, 56, berkata ketika kejadian kira-kira 9 malam itu, dia sedang bersolat dan rebah apabila terdengar bunyi yang sangat kuatKatanya, oleh kerana keseorangan, dia tidak mampu untuk menjenguk keluar rumah untuk melihat punca bunyi kuat tersebut dan meneruskan mengaji bagi menghilangkan rasa ketakutan."Saya menggigil ketakutan, tidak berdaya namun sempat melihat jam ketika berlaku sehingga saya dihubungi jiran sebelah rumah menyatakan pokok mangga besar telah tertimpa diatas rumah."Namun jiran saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada 'group whatsapp' Komuniti Felda Jerangau, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) segera mengambil tindakan dengan datang bersama penduduk kampung bagi memotong dahan besar yang tertimpa rumah secara bergotong royong,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, hari ini.Akibat ditimpa pokok berkenaan, berlaku kerosakan pada beranda rumah yang turut mematahkan tiang seri dan mematahkan tiang simen beranda, beberapa keping atap pecah dan turut terkena sedikit pada warung di hadapan rumah berkenaan.Dalam pada itu Pegawai Penyelaras, Ghazali Sulaiman berkata beliau telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh MPKK Felda Jerangau."Telah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Tindakan Daerah Dungun, dan juga pada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun menyiasat untuk dibuat dan diambil keputusan yang sewajarnya.“Permohonan untuk memperbaiki rumah berkenaan akan dipermudahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana Rasimah berada didalam senarai yang diberi bantuan oleh JKM,”ujarnya lagi ketika melakukan lawatan ke rumah mangsa.Sehingga kini, beberapa tindakan telah diambil dengan menampung dahulu atap yang pecah bagi memberi keselesaan kepada Rasimah sementara menunggu untuk dibaikpulih dengan lebih baik.
30 Jul 19
132
Pasar Payang 2 Ada Daya Tarikan Tersendiri
KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Sebahagian daripada peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) yang telah berpindah kini menikmati kemudahan bangunan baharu yang lebih bersih serta lokasi yang strategik dan selesa untuk berniaga di tapak sementara iaitu Pasar Payang 2.Pemindahan sementara peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.Bagi Nur Ahmad Mohammad, dia menyifatkan perpindahan sementara ini sebagai sesuatu yang positif untuk semua pihak dalam jangka masa panjang.“Masalah tu biasalah terutama bagi tempat baharu tetapi untuk jangka masa panjang kita tengok mende (perkara) ni akan jadi satu daya tarikan sebab pasar payang ni dekat dengan pemangkin utama macam Syahbandar, dengan jambatan baharu, view (pemandangan) kita comel dan tapak ni agak selesa untuk sementara ni, alhamdulillah.“Dari segi kemudahan, di sini lebih baguslah sebab pasar lama dah uzur. Kita sedia maklum doh (dah) keadaan pasar ikan nak runtuh dan bila buat pasar ni ibarat satu nafas baharu serta lebih positif untuk ke hadapan."Walaupun pasar lama kita dah banyak kenangan tetapi orang kata jangan hidup dalam kenangan, kena improve (maju) sokmo (sentiasa). Insya-Allah ada kebaikan di pasar baharu,” katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pasar Payang 2, baru-baru ini.Nur Ahmad yang berniaga dengan menjual rempah ratus memberitahu, dia gembira kerana pelanggan tetapnya dapat mencari lokasi tempat dia berniaga kerana kawasan berkenaan lebih tersusun, luas dan mudah untuk pelanggan mencari sebarang keperluan termasuk mencari peniaga tetap mereka.Tan Yi Shuenn.Sementara itu, peniaga barang runcit, Tan Yi Shuenn, 55, turut menzahirkan rasa syukur dengan perpindahan lokasi itu walaupun merasa sedikit ketidakpuasan hati mengenai lot yang agak sempit berbanding di PBKP.“Kita pindah pasar baharu ni, rasa comel dan bersih malah dari segi pelancongan pula ramai orang datang dan harap lebih maju. Dari dulu dah pindah empat kali dan rasa pasar ni ok (baik) serta selesa.“Saya berharap di lokasi baharu ini, kita dapat menjaga kebersihan. Kita mahukan keselesaan, kemudahan dan kemajuan ke arah yang lebih baik,” katanya.Tambahnya, kedua-dua lokasi juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan menjadi punca rezeki kepada dia dan keluarga. Lokasi di tempat baharu juga strategik dan pelanggan ramai berkunjung ke lot kedainya.Yusri Marzuki.Bagi seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Yusri Marzuki, dia kini lebih mudah untuk memilih barang-barang keperluan di lokasi baharu memandangkan kawasannya lebih luas. Keunikan bukan hanya ditonjolkan melalui reka bentuk bangunan, tetapi juga persekitaran yang mempamer suasana berbeza dan tersendiri.“Saya tengok susun atur lot cantik dan menarik, syukur Alhamdulillah ianya juga selesa untuk pengunjung walaupun belum siap sepenuhnya.“Bahagian-bahagian lot yang dibuat nampak cantik sama macam pasar di Vietnam,”katanya.Untuk rekod, Pasar Payang lama akan diroboh dan dibuat semula dengan fasiliti yang lebih lengkap. Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dianggarkan menelan kos kira-kira RM78 juta dengan RM26 juta bagi pembinaan lokasi sementara.Manakala, kos bagi pembinaan semula Pasar Payang dijangka menelan belanja RM41 juta dan dijangka siap pada 25 Januari 2021.
30 Jul 19
1700
Terengganu FC Sedia Hadapi Saingan Piala Malaysia
Hishamuddin Abdul Karim. Foto ihsan - Media TFCKUALA TERENGGANU, 31 Julai – Motivasi pasukan naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu Football Club (TFC) berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 menentang PKNS FC Jumaat ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan cabaran Piala Malaysia musim ini selepas melakukan beberapa persiapan memantapkan pasukan.Katanya, kemampuan para pemain akan dibuktikan dalam kancah saingan tersebut lebih-lebih lagi apabila berada satu kumpulan bersama juara Piala FA 2019, Kedah.“Walaupun dalam keadaan beberapa pemain yang cedera, tetapi kita telah menyusun kembali pasukan dengan baik, dan saya percaya pemangku jurulatih, Nafuzi Zain telah melakukan kerja yang baik bagi membina pasukan yang mantap.“Semangat pasukan berada pada tahap tinggi, kita sentiasa memberi motivasi dan insya-Allah mereka akan buat yang terbaik apatah lagi kita adalah naib juara musim lalu,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Serhii Andrieiev yang dinaikkan daripada TFC II beraksi cemerlang menetang JDT baru-baru ini.Sementara itu, pemain pertahanan TFC, Serhii Andrieiev berikrar memberikan aksi terbaik untuk memastikan benteng pertahanan skuad Penyu sukar ditembusi penjaring terbanyak Liga Super 2019 yang juga penyerang PKNS FC, Kpah Sherman.Pemain kelahiran Ukraine itu berkata, beliau tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain serta rakan sepasukan baharunya dan akan diterjemahkan ketika TFC menerima kunjungan The Red Ants di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.“Memang ada sedikit kelainan apabila bermain dengan skuad 'abang' (TFC) berbanding ketika dengan pasukan asal iaitu TFC ll terutama daripada segi kualiti atau falsafah permainan kerana ia adalah di satu tahap yang lain.“Bagaimanapun saya akan cuba sehabis baik untuk mempamerkan aksi lebih mantap bagi membantu pasukan memenangi perlawanan pertama itu nanti,” ujarnya.
30 Jul 19
147
Anak Felda Mampu Jana Lebih RM30 Ribu Menerusi Tanaman Cili Fertigasi
Oleh: Ariss AliasSETIU, 31 Julai- Bagi seorang usahawan tani di Felda Chalok Barat, dekat sini, Muhammad Hafizuddin Adenan,28, dia percaya cili adalah salah satu tanaman yang mampu membuka peluang kepada anak muda sepertinya untuk memperoleh pendapatan yang lumayan.Berbaloi dengan mengusahakan tanaman tersebut, Hafizuddin mampu meraih pulangan lebih daripada RM 30,000 pada tuaian pertama sekaligus membuktikan slogan ‘pertanian adalah perniagaan’ yang boleh memberi keuntungan sekiranya mempunyai minat dan usaha yang berterusan.Menceritakan saat-saat awal, bekas pekerja swasta itu melihat peluang luas dalam bidang pertanian ketika menuntut jurusan Perniagaan Tani di Kolej Profesional Mara (KPM) Beranang, Selangor. Selepas pulang ke kampung, dia menimba pengalaman bekerja dengan usahawan tani tanaman pisang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rhu Tapai, Setiu sebelum nekad mengusahakan tanaman cili di tanah seluas satu ekar milik saudara maranya.“Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, sebelum ini saya pernah mengambil keputusan bekerja di Kuala Lumpur di sebuah syarikat reka bentuk laman web semata-mata untuk mengumpul modal selamat dua tahun.“Saya pulang ke sini pada pertengahan tahun 2018 dan mula mengambil kursus fertigasi tanaman cili di GM Peladang selama dua hari dan berbekalkan modal hampir RM25,000 yang dikumpul, saya bermula dengan menanam sebanyak 1,500 pokok cili variety SJ2-461 atau dikenali sebagai kulai 461 di kalangan usahawan fertigasi,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di ladangnya di sini, semalam.Hafizuddin memberitahu, usaha itu berbaloi kerana pada peringkat permulaan dia mencuba kaedah tersebut di kawasan halaman rumah sebanyak 100 polibeg dan membuahkan hasil berkualiti tinggi.“Sejak itu, saya mula yakin dapat terus maju ke hadapan. Saya terus mencari ilmu, kali ini dengan Mohd Bukhari Mohd Noor seorang pengusaha tanaman cili berjaya yang banyak berkongsi ilmu dan memberi nasihat."Kutipan dibuat dua hari sekali, kebiasaannya dalam 100 kilogram (kg) hingga 200 kg namun pernah mencecah 300 kg hingga 400 kg setiap kutipan," ujarnya. Katanya yang baru sahaja selesai membuat tuaian pertama dan dalam fasa tuaian kedua, tanaman cili ini kebiasaannya mempunyai tiga fasa dan mampu ke fasa keempat sekiranya penjagaan terbaik dilaksanakan.“Pokok cili ini boleh bertahan selama enam bulan ke atas dan dijangkakan mampu memberikan pulangan sama pada setiap tuaian. “Pasarannya pula sangat luas dan boleh dikatakan tidak mencukupi. Biasanya bekalan dihantar sendiri pada setiap malam kepada peniaga di Kuala Terengganu selain ke Pasaraya Zua Permai Trading di Bandar Permaisuri sekali seminggu.Katanya, dia turut menanam 100 pokok Varieti Cili Solok dengan nombor pendaftaran CA4 yang mana hanya cukup untuk pasaran sekitar kampung ini sahaja.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof yang dihubungi berkata, anak muda digalakkan menjadi usahawan dalam bidang pertanian.“Mereka boleh memohon tanah kerajaan yang terbiar dalam bentuk Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk diusahakan dengan tanaman kontang seperti nanas, jagung, labu, tembikai, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.“Semoga kejayaan Hafizuddin dapat menjadi contoh kepada anak muda yang lain. Seseorang itu mampu berjaya jika mempunyai kesungguhan,” ujarnya.
30 Jul 19
2462
24 Peserta RTB Kampung Dendang Terima Harapan Baru
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 Julai - Seramai 24 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian Kampung Dendang telah menerima borang 5A.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penerimaan borang berkenaan menandakan bahawa 80 peratus tanah tersebut akan dimiliki oleh peserta sepenuhnya, setelah sekian lama mengusahakan tanah berkenaan."Cuma, peserta perlu selesaikan pembayaran premium dalam tempoh tiga bulan sebagaimana ditetapkan."Jika terlewat, peserta akan dikenakan denda amanah. Walaupun ada tempoh penangguhan setelah gagal menyempurnakannya dalam tiga bulan, lebih baik jika disegerakan kerana akan memudahkan urusan serta menamatkan penantian sekian lama untuk mendapatkan geran kekal," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu Majlis Penyerahan Borang 5A bagi RTB Kampung Dendang di Balairaya kampung berkenaan, Ahad lalu.Majlis berkenaan turut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.Ghazali menjelaskan, tempoh pajakan yang diberikan sebelum ini adalah 60 tahun."Di bawah kerajaan yang baharu ini peserta boleh memilih sama ada untuk membuat pajakan selama 60 ataupun 99 tahun."Bagaimanapun, bayaran premiumnya sedikit berbeza, iaitu sekitar RM500. Namun, terpulang kepada peserta untuk membuat pilihan," katanya.Peserta RTB Kampung Dendang mengusahakan tanaman Kelapa Matag dan telah membuat permohonan semenjak tahun 2007 sebelum diurus kembali perjalanannya oleh Pegawai Penyelaras pada tahun 2018.Agihan borang kepada peserta Kampung Dendang merupakan kali ketiga di kawasan Bukit Besi setelah peserta RTB Kampung Besol dan peserta RTB Kampung Seren memperolehinya sebelum ini.
30 Jul 19
60
MB Terengganu Sembah Tahniah Pertabalan Agong
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.KUALA LUMPUR, 30 Julai - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili kerajaan negeri menyembah tahniah di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah."Alhamdulillah dapat bersama dalam peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI."Istiadat berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini."Patik merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan KDYMM Tuanku dan semoga pemerintahan KDYMM Tuanku diberkati dan dirahmati Allah. Daulat Tuanku," sembahnya.
30 Jul 19
785
Stor SMK Pelong Musnah Dijilat Api
Oleh : Ariss AliasSETIU, 30 Julai - Satu kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan barang-barang lusuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong berlaku lewat petang semalam.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zul Azman Jamaluddin bagaimanapun berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 6.00 petang itu tidak meragut sebarang nyawa."Sebuah jentera bersama 10 orang anggota digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang"Ketika kejadian semua pelajar beriadah di padang sekolah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya semasa ditemui media.Sementara itu, menurut saksi kejadian, Purwanto Karto, 48, berkata, apabila dia melihat kebakaran itu, dia bergegas ke asrama berkenaan bagi memadamkan api yang sedang marak."Kami guna paip air dan tiga belas alat pemadam api di bangunan berkenaan bagi memadam kebakaran sebelum pihak bomba tiba," ujarnyaKejadian tersebut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di dua blok asrama yang menempatkan pelajar lelaki dan perempuan.
29 Jul 19
272
Setiu Terengganu Bakal Miliki Taman Tema Air
Ariffin (empat dari kanan) meninjau kawasan di Setiu dalam lawatan kerjanya baru-baru ini.SETIU, 30 Julai - Bandar Permaisuri, Setiu bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila kerajaan negeri meluluskan kerja pembinaan taman tema air bernilai lebih RM4 juta berhampiran Peladang Setiu Agro Resort, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan sudah meluluskan kerja pembinaan taman tema air itu sejak dua bulan lalu.“Lokasi projek ini sangat menarik kerana terletak di atas bukit dan Peladang Setiu Agro Resort. Apabila projek ini siap kelak, daerah Setiu akan menjadi satu lagi destinasi agro pelancongan utama.“Setiu juga boleh dianggap sebagai pintu pelancongan kepada Terengganu,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja melawat tiga kawasan hutan lipur di daerah Setiu, di sini, baru-baru ini.Taman tema air itu dibangunkan di atas tanah seluas empat hektar dan dijangka siap akhir 2020. Ia juga dijangka menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan peniaga setempat.SUMBER: BERITA HARIAN
29 Jul 19
643
Kebersihan Tanggungjawab Semua Pihak - ADUN Tepoh
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 30 Julai - Pelancaran Tepoh Ceria pada 26 Julai yang lalu di Padang Bola Sepak Tok Jiring di sini dilihat sebagai usaha membentuk proses kesedaran sivik yang tinggi di kalangan masyarakat.Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, program yang julung kali diperkenalkan di Tepoh itu disifatkan bertepatan dengan slogan Kerajaan Terengganu iaitu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Program ini akan menjadi kempen berterusan tanpa tarikh tamat. Ia akan diselaraskan di peringkat MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) untuk membentuk sikap bertanggungjawab bermula dari bawah."Yang paling penting adalah ia mesti dimulai dari dalaman seseorang. Dari lubuk hati yang dalam akan melahirkan luaran yang mampu menterjemahkan cara hidup yang lebih membanggakan.“Bagi merealisasikan hasrat ini, kita bersama membentuk suasana yang lebih baik. Umpamanya, alasan tong sampah tidak mencukupi, kami akan tambah sebahagian khususnya di kawasan padat penduduk.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin pada Majlis Pelancaran Tepoh Ceria di Padang Sintetik Tok Jiring.Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Sidek Abdullah, Penolong Pengarah Jabatan Kebersihan dan Kesihatan MBKT, Suzaimi Mazlan serta Pengerusi-pengerusi MPKK seluruh kawasan DUN Tepoh.Menurut Hishamuddin, pelbagai aktiviti akan disusun secara berterusan, antaranya Plogging For Tepoh Ceria, kempen kebersihan selepas solat Jumaat di masjid terpilih, pemasangan papan tanda, penubuhan sukarelawan, kempen maya dan pelbagai acara lain yang bakal diperkenalkan dari masa ke masa.Program ini melibatkan kerjasama penuh pihak MBKT, MPKK dan akan melibatkan sokongan sektor pendidikan agar proses pembentukan ini dimulakan seawal peringkat sekolah.
29 Jul 19
204
SRIDI Kijal Bakal Beroperasi Di Kompleks Paya Lasir
Oleh : Alfian MamadKEMAMAN, 30 Julai – Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Dewan Undangan Negeri(DUN)Kijal akan beroperasi di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal pada awal tahun hadapan.Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata pihaknya akan menyewa sebanyak enam pintu kedai bahagian atas di Kompleks Paya Lasir dengan Majlis Perbandaran Kemaman( MPK)."Alhamdulillah, salah satu manifesto kerajaan yang ada sekarang iaitu satu DUN satu Sekolah Rendah Islam berjaya ditunaikan di DUN Kijal ini."InsyaAllah ianya akan beroperasi pada awal tahun hadapan,” kata beliau.Hazri berkata demikian ketika berucap di sesi taklimat bersama pegawai dari Pejabat Agama Terengganu, Ustaz Sahari Anuar Ahmad yang turut dihadiri oleh Kakitangan Imits dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kijal.Selepas sesi taklimat, rombongan dari Pejabat Agama yang hadir dibawa ke Kompleks Paya Lasir bagi meninjau kesesuaian premis yang akan menempatkan dua kelas SRIDI bagi peringkat permulaan ini.“Alhamdulillah bangunan ini sesuai dan selamat digunakan, cuma sedikit penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak MPK bagi memastikan keselamatan pelajar SRIDI ini lebih terjamin,” jelas Ustaz Hazri ketika ditemui selepas sesi lawatan tapak di premis tersebut.
29 Jul 19
1198