Artikel "Semasa" Terkini
Durian Ikan Singgang Kijal, Isi Enak Tapi 'Kedekut'
Pak Bakar menunjukkan isi Durian Ikan Singgang.KEMAMAN, 1 Ogos - Pernah dengar tentang Durian Ikan Singgang? Buahnya besar, tetapi hanya yang bertuah sahaja dapat merasainya.Menurut salah seorang pemilik dusun durian di Bukit Berapit, Abdullah@Abu Bakar Yaakub, 69, atau lebih dikenali sebagai Pak Bakar, Durian Ikan Singgang mendapat namanya kerana saiz pangsa buahnya yang besar."Dahulu, durian ini saiznya besar-besar. Apabila dibelah buahnya, kata orang-orang tua dahulu dalam pangsa durian itu boleh diletakkan seekor ikan kembong singgang berserta kuahnya sekali."Sayangnya, pokok durian ini sudah tidak banyak di sini mahupun di tempat lain," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di dusunnya, baru-baru ini.Tambahnya, mungkin kerana isinya sedikit menyebabkan ramai tidak mahu menanam benihnya."Durian ini, kadangkala dalam sebiji cuma ada seulas atau dua ulas sahaja. Isinya pula kuning, lemak manis, lazat dan bersaiz besar."Walaupun sedap, tidak ramai boleh merasainya," jelasnya.Zamri jarang menjual Durian Ikan Singgang bimbang pembeli kurang berpuas hati.Hal ini diakui Muhammad Zamri Muda, 51, yang menjaga dusun milik abang iparnya.Katanya, masih terdapat beberapa batang pokok durian Ikan Singgang yang tersisa di dusun jagaannya."Tetapi, sekarang buahnya tidak lagi begitu besar, orang-orang di sini kini memanggilnya Anak Ikan Singgang."Biasanya, durian ini tidak dijual kerana kami tidak mahu orang yang membelinya rasa rugi, sebaliknya hanya dibawa pulang untuk makan bersama keluarga," katanya.Di Bukit Berapit, dianggarkan terdapat sekitar 100 pemilik dusun dengan pelbagai jenis durian yang 'sohor' di kalangan masyarakat setempat sejak tahun 50-an lagi.Rata-rata mereka menjualnya sendiri atau menjualnya kepada peraih-peraih kecil di pasar-pasar sekitar Kijal.Alias (berbaju merah) dan Zakaria (berbaju putih), dua beradik antara pemilik deretan dusun durian di Bukit Perapit.
01 Aug 19
1151
SM Sains Hulu Terengganu Menang Anugerah Di Korea Selatan
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu berjaya mengharumkan nama Terengganu setelah menerima Anugerah Khas Korea Evaluation Institute Of Industrial Technology (KEIT) dalam Pertandingan The 14th International Standards Olympiad yang diadakan di Anseong, Korea Selatan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pelajar dari setiap negara telah diberi tugas untuk menghasilkan satu piawaian atau teknikal dokumen yang bertajuk ‘Robots for Household Use - Performance Criteria and Related Test Methods for Dry Cleaning Robot (Upper School Category) and Unmanned Aerial Vehicle - Performance Criteria and Test Method of Camera Drone (Middle School Category)’.Anugerah itu dicapai setelah mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam standard (teknikal) penulisan dokumen, pembentangan lisan dan semangat kerja berpasukan.Sementara itu, tiga lagi pelajar Malaysia dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pahang, memenangi anugerah tertinggi sebagai pasukan terbaik di pertandingan tersebut.Farhah Batrisyia Abdul Rahim, Nur Amalina Diyana Azman dan Nur Isyirah Zulkafli, serta guru mereka, Rose Nabiella Muhd Rusli, berjaya merangkul Anugerah Perdana Menteri Republik Korea sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,958.33.Pasukan itu berjaya mengalahkan 48 pasukan dari sembilan negara iaitu China, Ecuador, Indonesia, Jepun, Kenya, Malaysia, Korea Selatan, Peru dan Singapura yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Agensi Teknologi dan Standard Korea (KATS) serta Persatuan Piawaian Korea (KSA), pelajar bukan sahaja diuji oleh pengetahuan standard daripada perspektif teori, tetapi kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi turut ditekankan.Dengan itu, ia akan mewujudkan peluang yang menarik dan dinamik dalam kalangan generasi muda untuk menerokai dunia standardisasi.
01 Aug 19
1566
Budak Main Pemetik Api, Markas PAS Hangus Terbakar
Abdul Rahman menunjukkan markas yang hangus terbakar.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Sebuah markas PAS musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Gong Kemunting dipercayai akibat perbuatan sekumpulan kanak-kanak bermain pemetik api.Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6.40 petang semalam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Kemunting, Abdul Rahman Mohammad berkata, penduduk sekitar sempat melihat sekumpulan pelajar sekolah rendah merayau-rayau sambil bermain pemetik api di kawasan berkenaan.“Penduduk setempat yang menjadi saksi menceritakan bahawa kebakaran tersebut berpunca daripada sekumpulan kanak-kanak yang bermain di sekitar kawasan markas dan dilihat mereka bermain bersama pemetik api.“Kejadian tersebut turut dihidu oleh saya apabila saya mendapati asap yang tebal menyelubungi sekitar kampung tersebut dan saya bergegas ke tempat kejadian,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak markas tersebut, Kuala Ibai hari ini.Katanya lagi, kemusnahan markas tersebut merencatkan sedikit perjalanan aktiviti dan program yang telah diatur.Tambahnya, pembinaan markas baharu sedang dibincangkan dan turut mengambil kira kos kerugiaan yang telah dialami.“Kita juga telah berbincang dan meneliti nilaian kerugian, difahamkan kerugian dianggarkan bernilai sebanyak RM20,000,” tambah beliau.
01 Aug 19
250
Hobi Bertukar Menjadi Sumber Rezeki
Nur Samihah Abdullah Suhaimi.KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Bermula dengan minat yang mendalam dengan seni lukisan bunga-bungaan sejak kecil, akhirnya hobi berkenaan menjadi sumber rezeki.Pelukis lukisan floral, Nur Samihah Abdullah Suhaimi, 25, berkata, minat tersebut terus memuncak apabila dia menuntut di universiti dan diajar menggunakan ‘board’ lukisan secara manual serta asas ‘watercolour’.Graduan Seni Bina Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, sebaik sahaja menamatkan pengajian di universiti, ilmu yang diperolehinya terus diaplikasikan untuk memperkemaskan lagi seni lukisan dan berjaya menghasilkan ‘watercolour painting’, Painting on Bag’ serta ‘Wedding Guestbook & Wedding Signboard’.“Secara rasminya ia bermula apabila saya melukis dan memuat naik ke ruangan media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook, ia mendapat pujian dan pertanyaan ramai orang.“Awalnya, saya hanya buat suka-suka, isi masa terluang, setiap hasil lukisan dimuat naik ke media sosial, namun selepas menerima banyak respon positif saya fikir ada baiknya saya jadikan hasil seni sebagai sumber rezeki,” ujarnya dalam Segmen Wawancara Darul Iman : Lukisan Floral di Studio TV Darul Iman baru-baru ini.Karyanya yang cantik dan berkualiti berjaya menarik minat sebuah syarikat aksesori wanita apabila dilamar untuk melukis di atas bahan kulit bagi produk syarikat berkenaan.“Pada awalnya mereka bagi saya mencuba dahulu, tetapi dibayar termasuk material mereka sediakan. Kemudian selepas seminggu mereka berpuas hati dan berikan bahan yang sebenar. Akhirnya produk itu dijual,” ujarnya.Walau bagaimanapun, Nur Samihah berkata, sepanjang menceburi bidang tersebut, dia juga tidak terlepas menerima kritikan, namun, berkat sokongan daripada keluarga terutamanya ibu dan ayah terus menjadikannya tabah menghadapi sebarang dugaan.“Keluarga, ayah dan ibu menjadi inspirasi saya, mereka banyak memberikan saya sokongan moral supaya saya terus bergiat dalam bidang seni ini dan menjayakan apa yang saya minati. Kawan-kawan juga sentiasa ada bersama saya.“Setiap pengalaman pahit, kritikan daripada orang sekeliling saya jadikan ia sebagai kritikan yang membina untuk saya perbaiki karya saya,” tambah Nur Samihah.Kini dia telah menerima banyak tempahan sama ada untuk hantaran perkahwinan, hadiah hari jadi, dan hiasan di rumah serta pejabat.Untuk pertanyaan atau melihat hasil karya-karyanya, sila layari laman Facebook Nur Samihah Abdullah Suhaimi dan Instagram Miha Suhaimi.
31 Jul 19
161
Rebut Peluang Biasiswa RM3.1 Juta Ditawar TATIUC Terengganu
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya anak Terengganu dipelawa memohon biasiswa berjumlah RM3.1 juta menerusi Biasiswa Terengganu Sejahtera yang ditawarkan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, Kolej Universiti TATI (TATIUC) sepanjang tahun ini.Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, TATIUC membuka peluang kepada mana-mana pelajar yang memenuhi syarat untuk menyambung pengajian di peringkat asasi, diploma dan ijazah bagi sesi Februari, Mei, Julai dan September setiap tahun.“Sehingga kini, seramai 419 pelajar bagi kemasukan Mei dan Julai telah mendapat manfaat menerusi biasiswa yang dilancarkan April lalu.“Insya-Allah jumlah penerimanya terus meningkat dengan kemasukan pelajar baharu pada bulan September nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Bersama Media Terengganu di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Katanya, pemberian Biasiswa Terengganu Sejahtera diharapmenjadi rangsangan untuk anak negeri ini melanjutkan pengajian ke TATIUC yang menyediakan kursus-kursus teknikal yang memenuhi permintaan industri dan pasaran kerja.Menurut beliau, menerusi biasiswa itu semua pelajar yang mengikuti program asasi berpeluang menikmati manfaat biasiswa penuh berjumlah RM3,230 sepanjang pengajian.“Manakala, bantuan sara hidup sebanyak RM800 setiap semester akan turut diberikan kepada pelajar diploma manakala bagi ijazah pula RM1,000 setiap semester,” ujarnya.Katanya, mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://www.tatiuc.edu.my/eCampus.htmldan untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi 09-8601130/1020/1147 atau whatsApp 017-9798257.
31 Jul 19
104
Terengganu Naik Taraf Stadium Mini Gong Badak
Stadium Mini Gong Badak berwajah baharu.KUALA NERUS, 31 Julai - Kerajaan Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah berjaya menyiapkan Projek Cadangan Menaik Taraf Padang Ragbi Di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak di sini, yang dilaksanakan di bawah harga asal setelah semakan semula skop kerja dibuat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, harga kontrak asal adalah berjumlah RM3.76 juta manakala harga kontrak semasa RM1.47 juta.Katanya, tarikh milik tapak adalah pada 21 Mei tahun lalu sementara tarikh siap asal pada 20 Mac tahun ini.Penyerahan replika kunci oleh Ir Saiful Azmi (tiga dari kanan) kepada Ibni Amin (tiga dari kiri) sebagai simbolik penyerahan semula Stadium Mini Gong Badak kepada MSNT.Menurutnya, kerajaan berunding semula dengan kontraktor bagi menetapkan tarikh baharu sekali gus menetapkan 13 Ogos tahun ini untuk tarikh tersebut.Bagaimanapun katanya, pihak kontraktor terbabit berjaya menyiapkan projek 15 hari lebih awal iaitu pada 29 Julai lalu.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Padang Ragbi di stadium tersebut hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Yusuf Ab Ghani dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, skop kerja utama projek berkenaan termasuk kerja awalan dan kerja meroboh dan kerja Naik Taraf Bangunan Astaka.Katanya, antara kerja naik taraf bangunan itu termasuk dua bilik persalinan, bilik urusetia, bilik medik, bilik persalinan Tuanku Muda, bilik santapan diraja dan tandas di tingkat bawah stadium.Sementara tingkat atas pula naik taraf dibuat untuk tempat duduk VVIP (tetamu kehormat), VIP dan bilik media.Turut dibina stor olahraga, 'Sewerage Treatment Plan' (STP) serta kerja-kerja Mekanikal dan Elektrik (M&E).Kontraktor utama projek ini ialah Petro Dynamic Engineering Sdn Bhd.Sementara itu, satu Majlis Penyerahan Dokumen antara pihak syarikat kepada kerajaan dan MSNT diadakan sempena majlis tersebut.Pengurusan dan penyelengaraan mini stadium dan padang ragbi bertaraf antarabangsa itu dikendalikan oleh MSNT.
31 Jul 19
1169
50 Peserta Tawan Puncak Temiang
Para peserta merakamkan gambar di puncak bukit.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 31 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bersama 50 peserta berjaya menawan Bukit Temiang yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, semalam.Aktiviti tajaan Pejabat DUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Temiang yang disertai masyarakat setempat itu merupakan projek rintis jalan sempena program Terengganu Merdeka Hike 2019 yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini.Menurut Sulaiman, bukit tersebut akan menjadi salah satu daripada lapan bukit lain sebagai lokasi tumpuan pendaki dalam aktiviti tahunan itu.Antara pemandangan dari puncak bukit Temiang."Alhamdulillah, kita berjaya mencapai matlamat menyediakan rintis serta meninjau keadaan kawasan dan laluan yang akan digunakan ke puncak bukit ini.“Terima kasih kepada saudara Yunus Mat Ali yang menjadi pemandu pendakian kita pada hari ini." katanya kepada pemberita Urusetia Darul Iman (UPDI) semalam ketika ditemui di bukit tersebut.Tambahnya, cabaran yang memakan masa dua jam pendakian di bukit setinggi 328 meter dari paras laut itu bakal menjadikannya tarikan baharu riadah setempat.Aktiviti itu turut disertai oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu Lt. Kol.(PA)Che Adam A. Rahman.Pendaki berdoa sebelum memulakan pendakian.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK, Shafei Muda menzahirkan rasa terima kasih kepada Sulaiman atas sokongan terhadap usaha itu."Terima kasih YB yang bukan sahaja menyokong, malah memacakkan sendiri papan tanda di puncak bukit ini."Sempena kejayaan bersama ini, seramai 50 orang peserta telah bersetuju menamakan puncak Bukit Temiang dengan nama SS Peak (Puncak Sulaiman Sulong)," katanya.Sulaiman bergambar di penunjuk aras ketinggian Bukit Temiang.
31 Jul 19
670
Pesara Kerajaan Kongsi Pengalaman Berharga - Wan Sukairi
Wan Sukairi ketika menerima plak penghargaan daripada Tan Sri Wan Mahmood dalam majlis semalam.KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Pengalaman dan pengetahuan pesara kerajaan sangat berharga untuk dikongsikan kepada tenaga muda dalam membangun masyarakat dan negara.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah melahirkan ucapan terima kasih atas khidmat mereka yang penuh dedikasi sehingga generasi sekarang dapat meneruskan legasi yang telah dibina.“Kewujudan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) sejak tahun 1972 yang lalu sebagai sebuah persatuan yang menghimpun pesara dan menumpukan kebajikan adalah sangat baik dalam membantu pengurusan pesara yang lebih tersusun.“Selain itu, saya yakin matlamat pertubuhan ini bertujuan supaya pesara boleh menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara yang lebih baik,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan ke-32 PPKM Kebangsaan di Wisma Darul Iman, semalam. Wan Sukairi berterima kasih atas dedikasi para pesara dalam khidmat mereka kepada kerajaan selama ini.Perasmian tersebut turut diadakan bersama majlis makan malam yang dihadiri sekitar 200 perwakilan dari seluruh negeri. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan, Tengku Bijaya Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Presiden PPKM, Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Wan Mahmood Pawan dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas.Wan Sukairi menambah, kerajaan negeri mengharapkan usahasama kakitangan awam dan pesara kerajaan dalam membantu membangunkan negeri.“Sebagai kerajaan yang telah mendapat mandat daripada rakyat, kami ingin bangkit bersama kakitangan kerajaan serta meraih pengalaman pesara kerajaan untuk membina negeri yang aman, makmur, maju, berkat dan sejahtera,” katanya.
31 Jul 19
730
Drawbridge Dibuka Sepenuhnya Esok - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Jambatan Angkat atau Drawbridge akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam bermula pukul 6.00 pagi esok, 1 Ogos.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, laluan di jambatan angkat itu boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.Walau bagaimanapun, pengguna tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan atau berhenti di laluan tersebut kerana boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.“Para pengunjung yang ingin melawat diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif. “Ruang komersial di ‘sky bridge’ masih belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi dan menggunakan tangga atau lif di menara jambatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan negeri juga telah melantik Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) sebagai operator di jambatan berkenaan yang akan dipantau dan dilatih oleh pihak kontraktor utama sehingga 30 September ini. Katanya lagi, industri pelancongan negeri juga pasti akan terus rancak berkembang dengan pembukaan drawbridge itu sekaligus mengangkat nama Terengganu di persada antarabangsa.“Jambatan ikonik ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan negeri Terengganu seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan negeri ini di mata dunia.“Saya berharap agar agensi pelancongan dapat memasukkan lawatan ke jambatan angkat ini dalam salah satu pakej lawatan pelancong ke Terengganu, selain produk pelancongan sedia ada,” tambah beliau.
31 Jul 19
150
Ahli Parlimen Dungun Masih Tersenyum Walau Ditimpa Musibah
Wan Hassan tetap menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 31 Julai - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli masih mampu tersenyum dan meneruskan tanggungjawabnya walaupun ditimpa musibah apabila disamun dan kerugian RM26,000 pada 25 Julai lalu. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun berkata, setiap peristiwa yang berlaku adalah dengan izin Allah dan ia juga sebagai peringatan buat hamba-Nya.“Kalau saya menangis pun duit itu tidak akan kembali kepada saya,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A kepada peserta-peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian di Balai Raya Kampung Dendang, di sini kelmarin. Khamis lalu, Wan Hassan disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian berhampiran sebuah bank di Jalan Baru Pak Sabah.Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, beliau yang cedera di kaki dan tangan kanan turut mendapatkan rawatan di Hospital Dungun.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, Wan Hassan dikatakan pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang bagi membayar tempahan lembu untuk Aidiladha.Katanya, sebaik selesai mengeluarkan wang di bank berkenaan, Wan Hasan masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke pejabat.“Bagaimanapun, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an tiba-tiba masuk di bahagian tempat penumpang hadapan sebelum mengambil beg mengandungi wang berkenaan.“Mangsa cuba menyelamatkan beg itu daripada dilarikan suspek sehingga berlaku pergelutan antara mereka, namun suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal yang ditunggang rakan sejenayahnya,” katanya.
30 Jul 19
649