Artikel "Semasa" Terkini
Bersama Banteras Gejala Sumbang Dalam Masyarakat
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 4 Ogos - Masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian berleluasa di kalangan generasi muda pada hari ini.Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali berkata masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja."Perkara ini bukan hanya kerja sukarelawan sahaja,tapi ia perlu membabitkan masyarakat setempat dalam membantu menanganinya."Masyarakat juga perlu memainkan peranan bersama dalam mencegah penyakit sosial ini,”ujar Khairi Ghazali seusai program cegah maksiat di Pantai Teluk Ketapang, malam kelmarin.Turut serta dalam program ini, Pegawai Daie Pejabat Agama Islam Kuala Terengganu,Ustaz Noorahmad Hakim Mohd Noor dan pemuda Seberang Takir.Operasi ini melibatkan kawasan Jambatan Angkat (Drawbridge), Pantai Teluk Ketapang, kawasan letak kereta Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke Pantai Tok Jembal bermula jam 11.30 malam dan berakhir pada jam tiga pagi.Skuad sukarelawan ini mengambil pendekatan menasihati pasangan yang mereka jumpa dan menelefon keluarga mereka untuk membawa pulang anak-anak mereka.Sementara itu, Pegawai Penyelaras dewan Undangan Negeri(DUN)Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, beliau menyokong penuh penubuhan skuad sukarelawan Amar Makruf Nahi Mungkar di kawasan berkenaan."Saya menyokong apa yang dibuat oleh para ahli sukarelawan ini."Saya berharap seluruh Terengganu perlu ada skuad seperti ini,”ujar Mohd Fazil.
04 Aug 19
186
Teknologi 5G Beri Impak Interaksi Sosial Masyarakat
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 4 Ogos - Perkembangan Teknologi Generasi Kelima (5G) khususnya di negeri Terengganu bakal memberikan pelbagai implikasi terhadap interaksi sosial dalam kalangan masyarakat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, ujian 5G yang akan dilaksanak di negeri Terengganu wajar diberi perhatian.“Pada masa ini, rangkaian 4G sahaja sudah mempengaruhi dunia masyarakat terutama anak-anak muda melalui kecanggihan peranti mudah alih sehingga kadang-kadang mengabaikan perkara – perkara semasa, apatah lagi dengan rangkaian 5G lebih luas akses dan aplikasinya.“Zaman sekarang, majoriti individu menggunakan telefon mudah alih untuk mencari keseronokan dan kepuasan jiwa menyebabkan pengabaian dalam terlibat aktiviti bermasyarakat setempat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutup Kejohanan Bola Jaring Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka Piala Isteri YB di Paka, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata, sekali pun teknologi banyak membantu manusia, masyarakat tidak boleh meninggalkan aktiviti kemasyarakatan yang membentuk jati diri dan hubungan sesama insan."Menggunakan teknologi itu bagus, tetapi jangan sampai terlalu mengejar kemajuan dengan mengabaikan aspek kemanusiaan.“Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan program serta menarik masyarakat anak muda khususnya menyertai kejohanan ini. Aktiviti sebegini secara tidak langsung membentuk hubungan sosial di kalangan masyarakat,” katanya.
04 Aug 19
250
Pelajar TATIUC Timba Pengalaman Di Jongok Batu Melalui CSR
Ghazali Sulaiman berucap menyempurnakan perasmian Program Tanggungjawab Sosial Komuniti.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 4 Ogos - Seramai 90 orang pelajar Kolej Universiti TATI (TATIUC) berpeluang merasai pengalaman baharu apabila terlibat dengan program Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR) di Kampung Jongok Batu.Kesemua yang terlibat merupakan bakal pelajar tahun dua di kolej berkenaan melalui Persatuan Institut Pertahanan Awam (PISPA) di dalam kursus Kejuruteraan Asasi bersama dengan 50 orang Angkatan Pertahanan Awam Daerah Dungun dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kemaman.Salah seorang Pelajar TATIUC, Mohd Zulfikri Halizi, 18, berkata, ianya memberi satu pengalaman berharga kepada beliau kerana belum pernah menjejakkan kaki ke kampung tersebut."Kami semua baru sahaja habis peperiksaan akhir tahun satu, selama ini tidak pernah dengar tentang Kampung Jongok Batu, melalui PISPA ini dapatlah merasai dan mengenali orang sini melalui aktiviti kemasyarakatan sebegini, mempelajari bagaimana cara komuniti di sini bermasyarakat."Selain itu dapat bermesra dengan mereka , serta dapat satu pendedahan baharu bagaimana untuk berkhidmat di dalam masyarakat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Komuniti di Kampung Jongok Batu, yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman pada Jumaat lalu.Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jongok Batu, Nordin Ismail.Program berkenaan merupakan anjuran APM Dungun, APM Kemaman, PISPA TATIUC dengan kerjasama DUN Bukit Besi, Penghulu Mukim dan MPKK.Gotong royong pada hari berkenaan telah melibatkan kawasan masjid, surau, padang permainan dan seluruh kampung termasuk kawasan Cemerong.Di antara aktiviti yang turut diadakan adalah perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring yang menyaksikan aksi APM menentang penduduk setempat.Dalam tumpuan lain, Pengarah APM Negeri, Che Adam A. Rahman berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan penduduk setempat dalam menghulurkan khidmat."Di mana kita tahu apabila tibanya musim tengkujuh, Jongok Batu adalah di antara kawasan yang akan menerima musibah banjir."Kehadiran kita pada hari ini ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk, dan bukan hanya hadir apabila ditimpa musibah sahaja," jelasnya.Jongok Batu adalah kampung warisan yang mempunyai keindahannya yang tersendiri, dan menjadi laluan untuk ke kawasan rekreasi Air Terjun Cemerung.Justeru itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berharap segala keindahan dengan suasana yang segar, indah dan bersih yang ada di Bukit Besi diceritakan kepada orang luar dengan pengalaman yang diperolehi PISPA dan APM."Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Jongok Batu sebagai lokasi pilihan untuk mengadakan CSR."Semoga hubungan ini akan diteruskan serta berkekalan, di dalam misi membawa agenda kebaikan bersama yang menguntungkan semua pihak," jelas Ghazali.Dalam upacara penutup pada hari tersebut, sumbangan telah disampaikan kepada golongan asnaf zakat bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.
04 Aug 19
240
Pekan Budaya Tonjol Keunikan Seni, Adat Warisan Terengganu
Alias Razak melawat gerai-gerai yang terlibat dalam Pekan Budaya Kuala Nerus.KUALA NERUS, 4 Ogos - Pekan Budaya yang dianjurkan di seluruh daerah dalam Terengganu berperanan untuk menonjolkan keunikan seni dan adat warisan dalam negeri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap daerah termasuk Kuala Nerus mempunyai seni dan budaya tersendiri yang perlu dipromosikan supaya pelancong dari dalam dan luar negara tertarik dengan Terengganu.Jelasnya, perkara tersebut juga sangat penting bagi mengelakkan warisan yang ditinggalkan orang-orang terdahulu luput ditelan zaman.“Budaya kita ditenggelami oleh budaya luar yang datang ke negeri dan negara ini, terutamanya anak-anak muda yang lebih suka dengan hiburan, budaya dan fesyen-fesyen luar.“Ia sekali gus menjadikan budaya Melayu yang tinggi nilainya ini dilupakan, jadi inisiatif seperti pekan budaya ini adalah untuk mengangkat kembali nilai kebudayaan yang kita miliki,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jom Singgah Pekan Budaya Kuala Nerus di Pentas Terbuka Pantai Teluk Ketapang, di sini semalam.Alias Razak berkata, pekan budaya mampu membina masyrakat yang celik budaya.Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulkifli Ali, Jurutera Daerah Kuala Terengganu, Ir Anuar Ngah dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Dalam pada itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut menasihatkan seluruh masyarakat agar menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.Jelasnya, kebersihan menjadi keutamaan pelancong sebelum berkunjung ke sesuatu kawasan dan tempat.“Jika sikap kita tidak mengambil berat kepada kebersihan alam sekitar, ia bakal menjatuhkan imej negeri dan pelancong juga tidak akan berminat datang ke sini walaupun kita mempunyai budaya yang menarik,” tambah beliau.Program yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan hebat apabila dihadiri ribuan penduduk setempat dan pelancong luar di samping keterlibatan 26 jabatan dan agensi negeri.
04 Aug 19
148
RM465 Ribu Bangunkan Pelancongan Tradisional Marang Terengganu
Ariffin (tengah) meluluskan peruntukan segera kepada pengusaha atap nipah, Norashikin (kiri) untuk membina bangsal pemprosesan atap yang lebih besar.MARANG, 4 Ogos - Kerajaan Terengganu sedang mempertimbang permohonan Pejabat Daerah Marang untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM465,000 bagi membangun dan mempromosikan semula industri pelancongan tradisional di Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sebanyak RM210,000 daripada keseluruhan dana disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan produk pelancongan di perkampungan tradisonal Kampung Jenang.Jelasnya, ia termasuk projek menaik taraf jeti di kampung tersebut yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong apabila ia sempurna kelak.“Kampung Jenang memang terkenal sejak dahulu, ramai pelancong datang ke sini kerana keunikan hasil tempatan dan suasana kampungnya. Kami akan hidupkan kembali perkampungan ini supaya ia kembali menjadi destinasi pelancongan utama.“Industri kraftangan serta tempat pemprosesan 'nisang' (gula melaka), dodol serta makanan tradisional lain antara yang dikenali di kampung ini,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini hari ini.Industri pembuatan 'nisang' turut mencuri tumpuan pelancong di Kampung Jenang.Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Kata Ariffin lagi, Kampung Batu Putih yang terletak bersebelahan Kampung Jenang turut menerima manfaat apabila sebanyak RM255,500 akan diperuntukkan bagi pembangunan Dataran Batu Putih (jeti sungai) sebagai tarikan baharu untuk pelancong.Tambah beliau, kawasan tanah lapang berhampiran jeti tersebut juga akan dibangunkan sebagai Lembah Kelapa Marang.“Hasrat itu secara tidak langsung akan turut meningkatkan ekonomi penduduk di sekitar ini yang pada asasnya mengusahakan perniagaan yang sama sebagaimana penduduk Kampung Jenang,” tambah beliau.Sungai Jenang yang kaya dengan sumber semula jadi.
04 Aug 19
672
Video Lama Pulau Perhentian, Kerajaan Akan Bertindak
Ariffin Deraman.Oleh: Nasir AbdullahKUALA NERUS, 4 Ogos - Dalang yang menyebarkan video lama pesta tarian yang dikatakan disertai dengan tarian separuh bogel, serta orang ramai minum minuman keras secara terbuka di Pantai Long Beach, Pulau Perhentian, sedang dikenal pasti.Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan bahawa kebenaran tidak pernah dikeluarkan bagi apa-apa keramaian sebegitu kerana ianya jelas bercanggah bukan sahaja dengan agama Islam, malah budaya orang melayu sendiri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman menegaskan, pihak berkuasa yang terlibat, sentiasa memantau aktiviti-aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian dan tiada permit dikeluarkan sebelum ini.“Sebenarnya ada beberapa isu yang berlaku di pulau, antaranya mereka meminum arak secara terbuka, lepas tu, tindakan sudah diambil oleh Majlis Daerah Besut (MDB).“Dan selepas daripada peristiwa itu, tak ada maklumat, sehingga berlaku beberapa hari yang lalu itu, mengejutkan kita.“Insya Allah, kita sedang mengambil tindakan, kita sedang mengenal pasti, siapa dalangnya, dan kita (Kerajaan Negeri) berpendirian, perkara ini tidak patut berlaku,” tegas beliau.Dua minggu lepas, beliau bersama YB Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, secara kebetulan dapat melihat sendiri aktiviti-aktiviti pelancongan di sana dan tiada didapati perkara yang menyalahi peraturan.Menurut beliau, tindakan yang lebih tegas serta penguatkuasaan lebih ketat akan diambil ke atas pengusaha-pengusaha pusat pelancongan yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kerana ia boleh mencalarkan imej Terengganu.Untuk itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan imej kerajaan Islam Terengganu dipertahankan.Ariffin juga menjelaskan, Kerajaan Negeri sangat gembira dengan kedatangan pelancong ke Terengganu, tetapi keperluan menghormati agama dan budaya di sini, perlu diutamakan pelancong.
04 Aug 19
259
Pertanian Perniagaan Menguntungkan - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Kerajaan negeri berhasrat mengeluarkan masyarakat desa yang sebelum ini ‘allergic’ atau memandang pertanian yang dikaitkan dengan kemiskinan kepada sesuatu perniagaan yang menguntungkan dengan menggunakan hasil tanah-tanah kerajaan negeri dan juga peningkatan teknologi.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sangat serius untuk melaksanakan pelan pertanian di Terengganu kerana negeri ini mempunyai 251,000 hektar tanah yang sesuai dengan pertanian di mana sekitar 12,000 hektar masih terbiar dan belum diusahakan.“Kita berharap untuk melaksanakan perancangan ini dengan data-data tanah pertanian yang belum dan boleh digunakan.“Ini (jumlah tanah) sangat banyak dan kita percaya sekiranya kita memaksimakan penggunaan, libatkan penyertaan daripada petani, kita akan berjaya mengeluarkan mereka ini daripada menjadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."Mereka dapat menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar kepada diri dan masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Bentara Dalam; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri.Seramai 1,800 jemputan yang terdiri daripada Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), petani, penternak dan nelayan dari seluruh negeri hadir ke majlis tersebut.Pelan strategik pertanian mengariskan enam teras yang mengandungi sebanyak 61 strategi dengan 128 program yang dirancang dalam tempoh lima tahun.Ahmad Samsuri berkata, sebagai salah satu sektor yang menyumbang kepada ekonomi negeri, satu laporan mengenai perkembangan pelan berkenaan perlu dihantar secara berkala.“Laporan ini untuk tengok perjalanan sama ada terdapat masalah atau tidak atau secara bersama apa yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk cari jalan sekiranya memerlukan campur tangan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat serta Kementerian Pertanian.“Sekiranya ada, maka kita akan hubungi dan berbincang dengan pihak Kerajaan Pusat untuk selesaikan masalah tak kira dari segi penyakit, bahan mentah dan sebagainya,” ujarnya lagi.Beliau juga berharap golongan muda atau Agropreneur Muda dapat menyahut seruan kerajaan dan bergerak aktif menceburkan diri dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sebagai kerjaya utama atau kerjaya sampingan untuk menambah pendapatan.“Kita ingin megubah minda yang dahulunya melihat pertanian kerana tak dapat kerja di tempat lain.“Minda perlu diubah kerana pada zaman yg mencabar ini, nak dapat peluang pekerjaan, pertanian antara cabang yang terbaik,” katanya.
04 Aug 19
231
MB Terengganu Melawat Lapangan Terbang Pulau Redang
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) melihat pelan cadangan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pulau Redang. SETIU, 4 Ogos - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melawat Lapangan Terbang Pulau Redang dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Bentara Dalam dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri hari ini.Lawatan tersebut bertujuan mengkaji kewajaran memanjangkan landasan sedia ada kepada 2.2 kilometer bagi membolehkan kapal terbang berkapasiti 180 tempat duduk boleh mendarat bagi merancakkan kedatangan pelancong asing ke pulau pelancongan yang masyhur itu di masa akan datang.Dikatakan lapangan terbang sekarang terlalu pendek, hanya sepanjang satu kilometer, untuk kapal terbang kecil berkapasiti 18 tempat duduk sahaja boleh mendarat.Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) diberi taklimat berhubung dengan perkembangan di Pulau Redang dalam lawatan ke pulau itu hari ini.Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Redang itu baru di peringkat cadangan dari seorang pemilik resort di pulau tersebut, melibatkan tanah tambakan laut seluas 30 ekar untuk memanjangkan lagi landasannya.Landasan tambahan itu dijangka menelan belanja kira-kira RM400 juta bertujuan untuk membolehkan pelancong asing terus datang ke pulau berkenaan dari negara masing-masing.Dengan ukuran landasan itu membolehkan penerbangan antarabangsa mendarat di pulau berkenaan.Bagaimanapun kerajaan negeri belum membuat apa-apa keputusan mengenai penambahbaikan lapangan terbang tersebut.Difahamkan, selepas mendapat kelulusan dari Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, cadangan itu akan dibawa sendiri oleh pihak pencadang kepada Kerajaan Pusat untuk pertimbangan.Jika diluluskan, ia akan diserahkan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk pelaksanaan selanjutnya.
03 Aug 19
725
Mangsa Ribut Warga Emas Dapat Perhatian ADUN Pengkalan Berangan
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 4 Ogos - Sepasang warga emas berpenyakit kronik dari Kampung Cherang Sekertok, Wakaf Tapai di sini tidak terabai apabila rumah mereka yang dipukul ribut segera dibaiki baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengalan Berangan, Sulaiman Sulong melawat Mat Nor Mamat, 63, dan Semah Omar, 60, sejurus diketahui rumah mereka ditimpa kepala angin.Sebanyak 50 keping atap asbestos yang rosak segera diganti dengan kos RM3,000 dari peruntukan ADUN Pengkalan Berangan itu.Ustaz Sulaiman berkata, beliau secepat mungkin cuba menyelesaikan masalah warga emas itu supaya mereka mendapat perhatian sewajarnya."Kita di pihak DUN akan cuba secepat yang mungkin untuk menyelesaikan masalah kecemasan seperti ini."Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk memberikan perhatian dalam kes seperti ini lebih-lebih lagi mereka berdua yang dalam keuzuran menghidap penyakit kronik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini. Mat Nor yang menghidap penyakit strok dan Semah pula menghidap penyakit jantung terumbat meluahkan rasa terharu dengan tindakan ADUN berkenaan kerana segera turun padang menziarahi dan memantau keadaan rumah mereka.Sementara itu, empat anggota Jabatan Amal Malaysia DUN Pengkalan Berangan turut menghulurkan bantuan tenaga agar mempercepatkan proses pemasangan bumbung tersebut.
03 Aug 19
74
Abdul Hadi Rancakkan 'Terengganu Tenggiri Challenge'
Foto ihsan - Media Presiden PASOleh: Aziz HambaliMARANG, 3 Ogos - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyertai program buang unjam bagi merancakkan lagi "Terengganu Tenggiri Challenge" yang bakal berlangsung 20 hingga 21 September ini.Pembuangan unjam di perairan Pulau Kekabu, Marang tersebut bertujuan menarik kehadiran banyak ikan seterusnya menjadikan program "Terengganu Tenggiri Challenge' lebih menarik dan mencabar."Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu," ujarnya selepas aktiviti membuang unjam kelmarin.Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengambil kesempatan memenuhi hobi memancingnya dan berhasil menaikkan seekor tenggiri seberat hampir 10 kiloram (kg).Menariknya, seringkali beliau ditanya doa khusus apa yang diamalkan untuk memancing. Jawapan beliau ringkas, Nabi tidak memancing.
03 Aug 19
61