Artikel "Semasa" Terkini
Ayah Chik Tak Balah Sejak Di Bangku Sekolah
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 3 Ogos - Berbalah atau bergaduh dalam hidup seseorang adalah perkara normal dalam kehidupan.Namun, sikap bergaduh dengan sesiapa tiada pada batang tubuh seorang Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dipanggil oleh orang kampung sebagai 'Ayah Chik'.Kawan sekelas beliau di Sekolah Menengah Agama Marang, Mohammad Idris, 74, yang berasal dari Seberang Marang dengan bangga menceritakan kisahnya yang pernah melalui liku hidup bersama Ayah Chik sejak di bangku persekolahan lagi.Katanya, berbalah atau bergaduh dengan orang adalah perkara yang dijauhi dalam kamus hidup Ayah Chik."Kalau berlaku juga, Ayah Chik akan cepat-cepat menghindarkan diri daripada pergaduhan."Saya tinggal bersama isteri di Jeli, Kelantan. Berpisah dengan Ayah Chik sejak tahun 60-an selepas tamat persekolahan."Selepas daripada itu tidak jumpa-jumpa setelah saya berhijrah kembali ke daerah Marang di Kampung Setar Kanan," ujarnya lagi.Beliau ditemui dalam program Ziarah Mahabbah Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah' yang diadakan dua kali seminggu di lokasi berlainan sekitar daerah Marang.Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan ahli jawatankuasa Helwa DUN Rhu Rendang.Che Ngah turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada anak Mohammad, Ahmad Faiz Mohamad, 34, Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kemalangan motosikal baru-baru ini.
03 Aug 19
409
Suri Rumah Perlu Mencarum i-Suri - Isteri MB Terengganu
To' Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman (dua dari kiri) menenangkan ibu Muhammad Aiman Hassan (kiri).Oleh: Aslam WiraMARANG, 3 Ogos - Rakyat Terengganu terutama suri rumah perlu mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Suri sebagai langkah menjana pendapatan sampingan.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, i-Suri adalah insentif caruman yang disediakan untuk membantu suri rumah."Kita sedia maklum suri rumah tiada pengiktirafan dari sudut pekerjaan. Jadi suri rumah perlu mengambil peluang ini selagi melepasi syarat-syarat yang ditetapkan."Antaranya hendaklah berumur tidak melebihi 60 tahun dan merupakan warganegara Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pendaftaran i-Suri bagi jelajah siri kedua di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Seberang Marang.Katanya, suri rumah perlu berdaftar sebagai peserta e-kasih dan melakukan pembayaran sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun secara sekali gus.Turut hadir, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri, Petugas KWSP, kakitangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Rhu Rendang.Program yang bermula pada 8.30 pagi disertai seramai 114 orang suri rumah yang berdaftar di kampung tersebut daripada 937 orang di seluruh DUN Rhu Rendang.Dalam pada itu, beliau sempat menziarahi kematian di Kampung Kelulut.“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga adik Muhammad Aiman Hassan yang meninggal sewaktu tidur di Subang Jaya dan semoga mereka tabah menerima pemergian Aiman," katanya.Menurutnya, ajal maut tidak mengenal usia kerana walaupun dalam usia yang sangat muda dan sihat, ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya amal soleh yang akan menjadi bekalan di sana.Ziarah tersebut turut diiringi oleh petugas i-MiTS DUN Rhu Rendang di rumah keluarganya sebaik sahaja majlis pengebumian di samping sedikit sumbangan.
03 Aug 19
227
DUN Jabi Giat Naik Taraf Jalan
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 3 Ogos - Projek menaik taraf jalan di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi giat dijalankan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, walaupun penyelenggaraan jalan beroperasi agak perlahan, namun ia dilakukan secara berterusan dan berperingkat di setiap kampung. "Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa hari, kita telah berjaya selesaikan projek menaik taraf jalan di Kampung Renek, Kampung Tasik Nibong dan Kampung Gerong serta jalan ladang untuk penduduk Kampung Bukit Jeruk dan Kampung Kerandang juga telah diturapkan.‘’Kita cuba kayuh perlahan-lahan tetapi istiqamah. Semoga ia dapat memberikan sedikit kemudahan untuk rakyat,’’katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Tambahnya, janji untuk membina jalan baru di Bukit Tanah juga telah berada dalam proses perlaksanaan.Dr. Azman berharap pelaksaan kerja-kerja naik taraf dapat memberi kelegaan kepada rakyat yang terlibat. “Banyak lagi projek selenggara jalan yang akan dilaksanakan di Jabi dalam masa terdekat. Insya-Allah, semua akan dapat rasa. Pihak saya juga sedang cuba menyelesaikan beberapa lagi aduan rakyat khususnya berkaitan kemudahan jalan untuk kegunaan masyarakat setempat. “Saya berharap rakyat dapat bersabar dan terus percaya atas mandat yang diberi kepada kerajaan hari ini,” katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Renek, Norisabri Ismail memaklumkan, aspek pemilihan tempat untuk dinaik taraf amat penting agar ia dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada penduduk. “Di Kampung Renek, laluan yang diselenggara merupakan jalan pertanian utama yang digunakan penduduk. Alhamdulillah, dengan kemudahan jalan berturap ini dapat memudahkan orang kampung ke ladang sawit dan sawah padi.“Kemudahan jalan ini bukan sahaja dapat memacu pertambahan penduduk malah dapat mengimbangi pembangunan dalam kampung. Lebih-lebih lagi, bagi kawasan lokaliti Sungai Renek yang agak terpinggir dari kawasan lain,” katanya.
03 Aug 19
443
280 Pelumba Motocross Berentap Di Gong Badak Terengganu
Antara peserta yang mencuri tumpuan.KUALA NERUS, 3 Ogos - Seramai 280 pelumba sukan motocross dari seluruh Semenanjung Malaysia berentap dalam kejohanan KBS Motocross Championship 2019 di Gong Badak yang bermula semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program kali pertama diadakan di Terengganu itu mendapatkan sambutan yang menggalakkan dalam kesemua 12 kategori pertandingan.Jelasnya, kejohanan dua hari itu melibatkan pelbagai lapisan umur peserta, iaitu bermula daripada 18 hingga 60 tahun.“Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk menggayakan minat dan budaya hidup mereka dengan cara yang sihat.“Ia juga dapat memupuk minat anak muda Terengganu untuk turut serta dalam sukan lasak ini dan dalam masa yang sama, kepakaran yang mereka ada tidak disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.Wan Sukairi bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam kejohanan itu.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam kategori Open Enduro, di Litar Permotoran Gong Badak, di sini semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim serta pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.Menurut Wan Sukairi lagi, Terengganu sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti sukan yang memupuk dan membina jati diri anak-anak muda bagi membina pelapis kepimpinan negeri yang berkualiti. “Kita mengharapkan pada masa akan datang, lebih banyak lagi program-program seperti ini mahupun yang lebih besar lagi termasuk penyertaan dari dalam dan luar negara dilaksanakan.“Saya juga difahamkan, hujung tahun ini akan ada kejohanan motocross terbesar yang membabitkan peserta dari luar negara, ia akan berlangsung di Pantai Mak Nik, Kemaman,” tambah beliau.
03 Aug 19
568
Kejohanan PPD Bukit Besi Medan Lahir Bintang Bola Sepak
Ghazali Sulaiman bersama pasukan bertanding Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Ogos - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi merebut Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi meletakkan misi untuk terus melahirkan pemain bintang di peringkat tertinggi. Penyelaras Pemuda DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, sebanyak 18 pasukan yang menyertai acara berprestij tersebut telah menyajikan aksi terbaik bagi merebut kejuaraan.Katanya, kejohanan seperti itu mampu mencungkil bakat-bakat baharu seperti yang pernah dilahirkan sebelum ini.“Ia telah terbukti sebagaimana munculnya bakat berkualiti seperti penjaga gawang Terengganu FC, Ilham Amirullah dan Kapten Pasukan Terengganu FC II, Hasbullah Awang,menunjukkan sentiasa ada bakat-bakat baharu yang boleh digilap,” katanya semasa ditemui media selepas kejohanan berkenaan berakhir baru-baru ini.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman memberi penghargaan atas penganjuran kejohanan berkenaan kepada PAS dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi.Menyaksikan kejohanan yang sedang berlangsung.“Kita harapkan agar aktiviti sukan dan kejohanan tidak bertumpu pada bola sepak sahaja, perlu juga kepada menganjurkan aktiviti sukan yang lain seperti ping pong, badminton, berbasikal dan sebagainya agar akan lebih ramai lagi mampu melibatkan diri, kerana minat diantara anak muda adalah berlainan,” saran beliau.Dalam kejohanan tersebut Bukit Besi A telah mencipta sejarah apabila memenangi kejohanan itu sekaligus membawa pulang piala, medal berserta wang tunai sebnayak RM 1,000.Naib Johan pula dimenangi Kuala Jengai B dengan membawa pulang medal beserta wang tunai RM700, manakala tempat ketiga dan keempat diungguli Kuala Jengal A serta Ayahanda FC sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM400 berserta medal.18 pasukan lain yang turut berentap ialah Bukit Besi B, Syukur A, Kuala Jengai A, Dendang FC, Jerangau, Taman Mulia, Syukur B, AMBS A, Perumahan Bukit Besi, Felda Jerangau, Pasir Raja FC, Besol, Bukit Besi A, Setia FC, Tangki Air, Sri Cemerong, Gabang FC dan Kuala Jengal B.
03 Aug 19
47
‘Selamat Kembali Ke Pangkuan, Bagaikan Mati Hidup Semula’ - Ariffin Deraman
Ariffin (kanan) mendengar taklimat berkenaan kehilangan tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol, di Jeti Kampung Rajawali Pulau Serai Dungun hari ini.DUNGUN, 3 Ogos - Kerajaan negeri menzahirkan kesyukuran atas kepulangan tiga orang pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol ke pangkuan keluarga masing-masing setelah selamat ditemui 112 kilometer dari sini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ketiga-tiga pekerja resort berkenaan telah dihanyutkan hingga ke perairan Vietnam dan telah dibawa pulang dan dijangka sampai ke Dungun pada 10 malam ini.“Malam semalam, kita telah mengadakan solat hajat, Allah Ta’ala telah menunaikan hajat kami dan Alhamdulillah mangsa yang hilang itu telah dijumpai.“Saya telah bertemu dengan bapa mangsa berkenaan dan mereka sangat gembira kerana anak mereka ditemui seperti mati hidup semula,” kata Ariffin ketika melawat Markas Operasi Penyelamat di Jeti Kampung Rajawali Pulau Serai, di sini hari ini.Terdahulu, tiga pekerja resort yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Tenggol, Rabu lalu ditemui selamat, hari ini. Bot gentian kaca yang dikendalikan Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25, serta pekerja resort, Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, ditemui kira-kira 1 pagi tadi.Bot berkenaan yang dipercayai mengalami kerosakan enjin dan hanyut ditemui kira-kira 112 batu nautika dari Dungun.Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.Menurutnya, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima panggilan kira-kira 1 pagi daripada penyelia pelantar minyak Bunga Orkid milik PETRONAS yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa."Penyelia terbabit memaklumkan kapal nelayan milik warga Thailand membawa tiga mangsa ke pelantar berkenaan selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan.“Tiga mangsa mengaku mereka adalah pekerja syarikat di Pulau Tenggol dan mereka dilaporkan sihat," katanya ketika dihubungi di Dungun, hari ini.Menurutnya, semua mangsa kini berada di pelantar minyak berkenaan untuk diberi rawatan termasuk diberi makanan dan minuman."Saya dimaklumkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan dengan menggerakkan aset untuk mengambil mangsa.“Kita sedang menunggu mangsa tiba dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada mereka akan dibawa terus ke Kuala Terengganu atau Dungun.“Dengan penemuan mangsa, pusat gerakan operasi mencari dan menyelamat yang dibuka di Jeti Kampung Rajawali Pulau Serai ditutup,” katanya.Dalam kejadian Rabu lalu, bot pelancong dinaiki dua pemandu bot serta seorang pekerja resort tidak sampai ke resort Pulau Tenggol selepas berlepas dari jeti Kampung Rajawali Pulau Serai pada 12 tengah hari.Mereka dikatakan dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke resort berkenaan.Pihak pengurusan resort membuat laporan di IPD Dungun pada 4 petang.
03 Aug 19
220
Alhamdulillah, Kita Dapat Tiga Mata
Sanjar berjaya jaring dua gol.KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - "Alhamdulillah, kita dapat tiga mata," itu luahan pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain setelah pasukannya menewaskan PKNS FC 3-1, semalam.Melayan kunjungan pelawat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, Nafuzi berpuas hati dengan aksi bersemangat anak-anak buah kendaliannya.“Paling penting, kita dapat tiga mata dan jaringan besar yang terhasil adalah bonus bagi kami. Tahniah kepada pemain atas komitmen dan semangat walaupun kita beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama.“Perlawanan ini adalah aksi yang terbaik pasukan di bawah kendalian saya. Tetapi, belum cukup sempurna dan masih banyak pergerakan dan peningkatan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.Nafuzi puas hati aksi bersemangat pasukan.Beliau turut memaklumkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak meletakkan sebarang tekanan sebaliknya memberi sepenuh sokongan untuk memberikan yang terbaik dalam kempen kali ini.Nafuzi juga mengingatkan pemain untuk terus mendapatkan mata penuh dalam perlawanan seterusnya menentang Kedah di Alor Setar pada 8 Ogos ini.“Kita tahu, moral pasukan lawan tinggi selepas memenangi Piala FA baru-baru ini. Tetapi, kita akan terus cuba menambah kualiti dalam permainan kerana kita perlukan setiap perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
03 Aug 19
64
Terengganu Fight Muay Thai Acara Tahunan Pelancongan Negeri
Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus.KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kalendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pertandingan berprestij itu adalah kali kedua buatnya semalam."Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria."Tahun hadapan kalau pihak penganjur bersetuju untuk menganjurkan buat kali ketiga, saya akan memasukkan acara ini dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman.Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.Ali (kanan) dalam satu aksi menentang Deng di Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus, semalam.Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri baru sahaja membuka 'drawbridge' kepada laluan kenderaan kelmarin."Kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu, Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.Ali dan Deng adalah saingan regu keenam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan bertaraf dunia itu.Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.Turut diadakan cabutan bertuah berupa hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.
02 Aug 19
729
Raih RM8,000 Sebulan Hasil Kudapan Tradisi
KUALA NERUS, 2 Ogos-Mysisme, jenama produk Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof 63, berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.Ibu kepada sembilan anak berkata, usia bukan penghalang untuk menjelajah dalam usaha mempromosikan kudapan istimewa dari Terengganu disamping meningkatkan lagi pendapatan syarikat milik keluarga."Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata."Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan."Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di gerai jualannya di tapak Pekan Budaya Kuala Nerus, Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Kini dengan bantuan tujuh anaknya yang menguruskan bahagian pemasaran dan jualan, Mysisme dikembangkan lagi dengan produk baharu seperti bunga durian, kuih siput, jala emas, tahi itik, mas sejemput dan puding raja termasuk menerima tempahan daripada orang ramai.Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo dan pekan budaya oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan."Macam hari ni, makcik boleh dapat RM1,000 sejak dibuka jam 10 pagi tadi dan berharap akan lebih lagi pada hari seterusnya."Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya.Tambah Maimunah, kejayaanya hari ini juga banyak dibantu oleh pihak pelancongan negeri dalam mempromosikan Mysisme di luar negeri dalam setiap program yang dianjurkan."Sememangnya Tourism banyak membantu saya khususnya Mysisme untuk kenalkan produk dalam penganjuran pelbagai program di luar contohnya di Singapura, Thailand dan sebagainya."Pernah diberi peluang untuk mengikuti Le Tour De Langkawi dan hasilnya memang lumayan walaupun rasa letih kerana terpaksa berpindah tempat dalam tempoh masa singkat,"ujarnya.
02 Aug 19
758
Felda Chalok Barat Intai Peluang Wakil Wilayah Terengganu ke AKKF
Oleh : Ariss AliasSETIU, 2 Ogos - Felda Chalok Barat mengintai peluang mewakili Wilayah Terengganu ke peringkat kebangsaan sempena Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Chalok Barat, Mahadi Mohamad, 48, berkata dia sentiasa memberi pesanan kepada semua peneroka dan penerokawati serta belia supaya menjaga kebersihan tanah rancangan ini agar setanding dengan tanah rancangan Felda lain yang cemerlang di AKKF peringkat kebangsaan di mana pemenang membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta.“InsyaAllah kita mungkin boleh mewakili wilayah Terengganu ke peringkat kebangsaan, tetapi harusla betul-betul serius dan bersemangat."Tanah rancangan terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek pembangunan kualiti komuniti serta ladang akan menjadi juara AKKF,"katanya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), disini hari ini.Katanya, mengambil semangat AKKF, pengurusan Felda Chalok Barat bakal mengadakan pertandingan keceriaan di peringkat rancangan yang akan diadili pada 28 Ogos 2019 dan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2019 sempena sambutan hari kemerdekaan.Sementara itu, Pengurus Felda Chalok Barat, Badrulnizam Mohd Tejery, 48, berkata pertandingan di peringkat rancangan nanti akan melibatkan kesemua 15 blok termasuk satu blok tambahan iaitu blok persatuan kedai yang kita iktirafkan sebagai salah satu blok yang sedia ada.“Program pada hari ini kita menyerahkan sumbangan bernilai RM200 kepada ketua setiap blok."Sumbangan ini adalah bagi meringankan perbelanjaan peneroka menghadapi AKKF peringkat tanah rancangan. Ini adalah untuk mereka membeli keperluan barangan seperti cat dan barang-barang lain untuk menghias blok kawasan masing-masing,"katanya lagi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof yang dihubungi UPDI pula berkata, Felda Chalok Barat merupakan antara dua Felda yang hanya ada di DUN Langkap dan daerah Setiu selain daripada Felda Chalok.“Saya sendiri merupakan anak peneroka di mana saya berasal daripada Felda Chalok dan saya merasa gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh pengurusan Felda Chalok Barat.“Saya yakin sekiranya kerjasama erat ditonjolkan oleh pentadbiran tanah rancangan Felda Chalok Barat, JKKR dan dua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang ada di sana, pastinya tidak mustahil untuk mereka mencapai kejayaan,"ujarnya.
02 Aug 19
1776