lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sahut Terengganu Bersih, Jangan Kotori - ADUN Wanita
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan Terengganu komited meneruskan agendanya iaitu maju, berkat dan sejahtera, antaranya dengan mengadakan program gotong-royong dalam usaha menjaga kebersihan kawasan setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, program tersebut diadakan untuk menyahut slogan ‘Kuala Terengganu Bersih, Jangan Kotori’.Menurutnya, ia merupakan siri pertama diadakan di kawasan tersebut dan akan menjadi program berkala."Hari ini kita turun untuk menyatakan kebersamaan kita dalam menyahut seruan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu negeri yang bersih.“Kita yang berada di sekitar kawasan Kuala Terengganu juga terpanggil untuk menjaga persekitaran terutamanya di Pantai Batu Buruk yang menjadi tumpuan orang ramai.“Dan insya-Allah kita akan sasarkan  tempat yang menjadi tumpuan ramai  contohnya berdekatan Drawbridge, Taman Shahbandar dan Lagun Kuala Ibai,” jelasnya.Beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika dihubungi semalam.Oleh itu, kata beliau, aktiviti tersebut akan dijadikan satu program khas ADUN Wanita di seluruh negeri dan tempat yang disasarkan adalah pesisir pantai.Beliau berharap agar orang ramai dapat turun padang bersama-sama untuk menjayakannya pada bila-bila masa dan di mana jua.“Tahniah kepada semua yang turun padang dan menzahirkan rasa tanggungjawab untuk memastikan negeri Terengganu menjadi negeri yang bersih selaras dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W,” ujarnya.Program tersebut bermula pada 7.30 pagi dengan disertai oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kuala Terengganu seperti KT Care, Skuad Khidmat, Gabungan Mahasiswa Terengganu (PERMATA), Unit Amal dan Ameerah.“Alhamdulillah seramai 87 orang sukarelawan terlibat dalam melaksanakan kerja amal ini,” tambah beliau lagi.
05 Aug 19
160
Empty Image
SRIDQ Rhu Rendang Terengganu Buka 2020
Oleh: Aslam WiraMARANG, 5 Ogos - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang selangkah ke arah direalisasikan selepas pendaftaran pelajar bagi sesi 2020 telah dibuka bermula kelmarin.Mudir SRIDQ, Najmuddin Rani berkata, SRIDQ merupakan salah satu daripada rangkaian sekolah-sekolah agama milik Dewan Ulama PAS Terengganu sebagaimana Madrasah Darul Iman di Kedai Buluh.“Alhamdulillah, hari ini seramai 20 orang pelajar telah mendaftar di Pejabat Pentadbiran SRIDQ."Unit pendaftaran akan terus dibuka sehingga memenuhi kuota pelajar yang diperlukan iaitu sebanyak 60 orang," katanya ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI),  sewaktu hadir meninjau urusan pendaftaran oleh ibu bapa di pejabat berkenaan.Menurutnya, SRIDQ adalah sekolah yang menekankan pendidikan agama dan al-quran tanpa mengabaikan bidang akademik.Sesuai dengan motto, 'Membina Generasi Bertaqwa', tiga sistem pembelajaran utama telah ditawarkan iaitu Pra-Tahfiz, Akademik dan Dinniyah (subjek agama).Sekolah tersebut juga bakal menyediakan aktiviti-aktiviti kokurikulum, badan sukan, kelab, riadah dan lain-lain.Tambah Najmuddin, buat masa ini pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar tahun satu sahaja, sebanyak dua atau tiga kelas. "Namun, bagi tahun seterusnya, perkembangan institusi tersebut akan dibincangkan dari masa ke masa beserta cadangan melaksanakan perkhidmatan pengangkutan pelajar," katanya.SRIDQ akan beroperasi di bangunan sementara yang terletak bersebelahan Masjid Rhu Muda, sementara menunggu bangunan rasmi siap dibina di Bukit Kor.
05 Aug 19
168
Empty Image
Aura Drawbridge Terengganu Tarik Orang Terbang
Juruterbang paramotor terbang berhampiran Drawbirdge.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Dengan berlatar belakangkan keindahan Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ sebagai mercu ikonik baharu negeri Terengganu, seramai kira-kira 30 juruterbang paramotor melakukan penerbangan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu, semalam.Timbalan Presiden Persatuan Paramotor Malaysia, Rohaizi Md Hussin, 49, memaklumkan, program Fly In Terengganu 2019 itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia dengan mengumpulkan juruterbang paramotor dari seluruh negeri.“Mengapa kita pilih Terengganu? Kerana negeri ini memiliki aura tersendiri di samping kami ingin mengambil kesempatan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang terbang di ‘Drawbridge’ yang difahamkan terpanjang di dunia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu acara berkenaan di muara utara Seberang Takir.Rohaizi Md Hussin.Program Paramotor Fly In Terengganu berlangsung selama dua hari, bermula Sabtu lalu dengan sesi penerbangan berkumpulan dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak penerbangan sejauh 80 km.“Walaupun ada sedikit jerebu, kami dapat menikmati landskap yang cantik dengan udara dan cuaca yang menarik.“Secara peribadi, saya telah terbang banyak tempat di seluruh dunia, tetapi hanya di Terengganu saya dapat lihat pantai terpanjang dalam penerbangan kami,” katanya.Juruterbang bergambar bersama paramotor.Dalam pada itu, Penolong Pengarah (Promosi) Tourism Terengganu, Muhammad Fakhri Khazali mengalu-alukan kehadiran penggiat sukan lasak itu ke Terengganu.“Ini adalah sisi baharu negeri ini dan kita berbesar hati mengalu-alukan para pelancong dalam apa juga kecenderungan dan minat untuk hadir menikmati keunikan negeri ini,” katanya.Berdasarkan rekod, Terengganu pernah terpilih sebagai lokasi FAI Asia Ocenia Paramotor Championship (AOPC) pada tahun 2015.Bagi tahun 2020, Persatuan Paramotor Malaysia merancang membawa 30 juruterbang antarabangsa untuk menyertai penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kijal dengan jarak kira-kira 300km penerbangan.Manakala, sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara, persatuan berkenaan akan mengadakan program Merdeka Paramotor Ride pada 30 dan 31 Ogos ini di Kuala Terengganu. Peminat sukan lasak yang ingin menikmatinya boleh mendapatkan tiket di Hotel Primula dengan kadar RM250 bagi satu tiket.  
05 Aug 19
785
Empty Image
60 Penjawat Awam Terima APC - MB Terengganu
APC iktiraf usaha penjawat awam.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Seramai 60 orang penjawat awam daripada pelbagai gred perjawatan terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2019.Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dr. Samsuri sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada para penjawat yang menerima anugerah tersebut.Dr. Samsuri menyampaikan anugerah kepada Tengku Seri Bijaya Raja Timbalan SUK (Pengurusan), sambil diperhatikan Dato' Bentara Dalam SUK."APC yang diberikan hari ini sebagai dorongan dan pengiktirafan atas kerja mereka selama ini serta sebagai motivasi kepada yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja masing-masing."Kita mahu supaya perkhidmatan di negeri ini menjadi yang terbaik dalam Malaysia," katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan.Dalam majlis tersebut, kumpulan penerima yang terdiri daripada 42 lelaki dan 18 wanita itu masing-masing menerima sijil dan plak penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000 dan pakej haji bagi yang belum menunaikannya atau umrah bagi penerima yang telah bergelar Haji.
05 Aug 19
746
Empty Image
Belia 18 Tahun Perlu Pendirian Politik Sendiri - Nasir Abdul Razak
Ustaz Nasir (kanan) ketika diwawancara TV Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Anak muda berumur 18 tahun diharap boleh menilai sendiri perkembangan politik semasa supaya tidak terikut-terikut dengan sikap dan pendirian orang lain dalam pendidikan tersebut.Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT), Ustaz Nasir Abdul Razak berkata, anak muda tersebut perlu melengkapkan diri dengan maklumat dan fakta politik supaya mereka tidak mudah tertipu dengan dakyah yang disebar melalui media.Katanya, sesuatu isu politik yang timbul dalam masyarakat, mereka perlu menyelidik dan mentashihkannya (tabayyun) sebelum mempercayainya.Beliau berkata demikian ketika diwawancara TV Darul Iman di Pejabat Operasi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Ustaz Nasir RazakKatanya, golongan belia berumur 18 tahun sebenarnya menghadapi cabaran cukup besar dalam dunia politik ketika mereka berada proses kematangan."Tidak dinafikan ada yang berumur 18 tahun sudah berjaya dalam kehidupan. Justeru UBSNT akan mengambil jalan penyelesaian terbaik bersama Kerajaan Negeri Terengganu untuk memastikan mereka celik politik," jelasnya lagi.
05 Aug 19
179
Empty Image
Hidupkan Kembali Bukit Puteri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan negeri akan menghidupkan kembali Bukit Puteri yang kini nampak suram, dengan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung serta mengukuhkan kedudukan lokasi berkenaan sebagai antara produk tarikan pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan itu dahulunya merupakan lokasi tumpuan ramai berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Istana Maziah serta Masjid Abidin yang merupakan destinasi persinggahan pelancong. Justeru, bagi membangunkan semula Bukit Puteri, pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk mengadakan gotong-royong di lokasi bersejarah itu.“Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini, antaranya tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera, rumah api dan sebagainya tetapi malangnya lokasi menarik ini telah terbiar hampir tiga tahun disebabkan masalah-masalah tertentu.“Bagi peringkat awal, kita akan adakan aktiviti gotong-royong dalam masa terdekat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta komuniti bandaraya ini sendiri untuk bersama-sama menggembleng tenaga membangunkan kembali Bukit Puteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kuala Terengganu, hari ini.Ariffin berkata, beliau yakin Bukit Puteri berupaya kembali menjadi lokasi tumpuan pelancong selepas penambahbaikan dilakukan kerana lokasinya yang strategik di samping ianya seumpama pakej kepada pelancong yang mengunjungi kawasan sekitarnya termasuk dengan adanya jambatan angkat atau ‘drawbridge’ tarikan baharu bandaraya ini.  
05 Aug 19
453
Empty Image
Hentian Bas Kuala Terengganu Akan Diberi Perhatian Sewajarnya - Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos -Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim turun padang untuk meninjau keadaan terkini Kompleks Hentian Bas Kuala Terengganu (KHBKT) yang merupakan salah satu destinasi wajib yang dikunjungi oleh pengunjung tempatan atau luar.Beliau yang dimaklumkan tentang Kompleks Hentian Bas kini menghadapi beberapa masalah turut mengadakan perjumpaan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan KHBKT serta ajk yang terlibat.Katanya, kebimbangan dalam keadaan perniagaan yang merundum dan adanya ura-ura menaikkan kadar sewaan menyebabkan peniaga-peniaga berada dalam keadaan yang tidak selesa."Kekurangan pengunjung menyebabkan peniaga-peniaga menghadapi masalah dari segi kurang penjualan, kurang pengunjung dan sebagainya."Semua ini kita akan bagi perhatian, saya juga telah pun meninjau serta melihat keadaan yang kekurangan pengunjung dan tarikan lebih-lebih lagi apabila pembukaan Pasar Payang 2 yang baru ini yang menjadikan tumpuan dan tarikan orang ramai beralih ke sana,"ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Ahmad Amzad berkata antara perkara keperluan yang dicadangkan dan dibincangkan dengan bersama Pengerusi KHBKT, Muhusin Mohamad dan ajkialah memohon kerajaan negeri melalui Exco Perlancongan untuk mempromosikan kompleks ini sebagai salah satu tempat membeli belah yang perlu dilawati."Dan banyak  perkara yang melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) seperti memperbaiki atau menambahbaik sestem pencahayaan di KHBKT terutamanya diwaktu malam."Termasuk menyediakan atau mengaktifkan sistem CCTV di kawasan kompleks dan sekitarnya bagi keselamatan pengunjung serta peniaga selain membuka kembali pembahagi jalan dihadapan bangunan bagi mengelakkan kesesakan dijalan berkenaan,"kata beliau.Tambahnya lagi, beliau akan mengaturkan perkara ini supaya diberikan perhatian bersama Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman."Kita juga akan bekerjasama baik dengan semua Persatuan-persatuan yang kita anggap sebagai penghubung kepada semua peniaga-peniaga dan penjaja,"jelasnya.Ahmad Amzad berharap  sesuatu perlu dilakukan untuk menambahkan lagi keceriaan, tarikan serta perlukan kepada hebahan dan promosi supaya orang ramai tahu di Hentian Bas ini terdapat banyak benda yang tiada ditempat lain.
05 Aug 19
1552
Empty Image
MPKK DUN Langkap Jadikan Usrah Medium Bentuk Sahsiah Diri
Oleh : Ariss AliasSETIU, 5 Ogos - Penganjuran sesebuah usrah membentuk peribadi dan sahsiah ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK), seterusnya menjadikannya sebagai sebuah badan pengurusan peringkat komuniti yang cemerlang di negara ini.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Hassan Karim berkata usrah yang dianjurkan pada setiap bulan menjadi salah satu medium dalam membentuk sahsiah diri mereka.Sementara itu, Ibrahim Tahir selaku Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia (Cawangan Terengganu) yang memimpin usrah berkata perkara yang penting di dalam usrah ialah taaruf, untuk saling kenal mengenali untuk mengikat hati supaya ada kecintaan sesama ahli.Beliau turut memberi pesanan untuk mengutamakan sahabat dan jamaah dari diri sendiri."Ahli usrah diseru untuk mengukuhkan asas keimanan dan perkara untuk mengajak ke arah keimanan ini tidaklah mudah." Perlunya kehadiran rasa cinta kepada agama di dalam hati supaya beriman dengan Allah, Rasul dan Al-Quran sepenuhnya,"ujarnya ketika ditemui di majlis usrah yang bertempat di Masjid Kampung Bukit Nenas, di sini, baru-baru ini.Majlis ini adalah siri ke empat selepas tiga siri sebelum ini yang diadakan di masjid-masjid berlainan lokasi di sini.Seramai 50 orang hadir pada majlis ini yang terdiri daripada wakil-wakil MPKK DUN Langkap.Bagi Timbalan Pengerusi MPKK Sungai Bari Anuar Mohamed, 42, pula, program seperti ini amat memberi manfaat kepada peserta kerana mengukuhkan kefahaman kepada Islam.“Saya sentiasa tidak melepaskan peluang hadir ke majlis ilmu ini."Apabila kita sama-sama berkumpul seperti ini, secara tidak langsung hubungan persaudaraan semakin erat dan memudahkan kerjasama,"ujarnya.
04 Aug 19
78
Empty Image
Lif Perumahan Dan Bangunan Tinggi Terengganu Dipantau
Dr Alias (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan Pangsapuri Ladang Tok Pelam ketika tinjauan dibuat baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan negeri mengesahkan tiada sebarang kejadian lif terputus seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi Kuala Lumpur di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, lif di PPR Kampung Kerichi adalah lif lama serta perumahan dan lif itu sudah wujud berpuluh-puluh tahun lalu.Sementara itu, perumahan bertingkat yang menggunakan lif di Terengganu kebanyakannya baru dibina termasuk Pangsapuri Ladang Tok Pelam dan PPR Padang Hiliran di sini.Katanya, lif di bangunan tersebut diselenggara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan."Setakat ini tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di Kampung Kerinchi itu, namun kerajaan sentiasa memantau semua lif perumahan di negeri ini supaya diselenggara mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.Berhubung dengan penambahbaikan sistem kawalan keselamatan di pangsapuri tersebut, Dr Alias berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lengkap dari pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PIMNT) tidak lama lagi.Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri akan menambah baik sistem lif di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dalam masa terdekat bagi kemudahan dan keselamatan penghuni pangsapuri berkenaan.Untuk itu katanya, kerajaan negeri mencadangkan supaya pengurus pangsapuri (PMINT) memasang televisyen litar tertutup (cctv) dalam lif dan sebuah loceng penggera diletakkan dalam bilik pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.Di samping itu katanya, PMINT dicadangkan supaya memasang sistem pemantauan 'online' yang dihubungkan kepada pegawai berkenaan serta pihak pengurusan pangsapuri bagi memastikan sistem lif sentiasa dipantau dengan berkesan.Beliau berkata demikian selepas tinjauan dibuat di pangsapuri berkenaan baru-baru ini.
04 Aug 19
103
Empty Image
Kenal Pasti Punca 200 Hektar Tanaman Sawit Tenggelam - Mohd Nurkhuzaini
Oleh: Mustaqim Afandi BESUT, 5 Ogos- Kerajaan negeri akan mengenal pasti masalah yang mengakibatkan 200 hektar tanaman sawit tenggelam akibat sistem perparitan yang sempit di Kampung Baroh Keranji, Batu Tumbuh, Besut.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata pengaliran air yang perlahan menyebabkan kawasan tanaman kelapa sawit ditenggelami air apabila hujan lebat dan menyebabkan banjir.Katanya, kesan daripada saliran perparitan yang perlahan itu tiada penghasilan buah kelapa sawit hampir satu tahun. Penduduk kampung yang bekerja disitu merungut kerana kerugian tiada hasil pendapatan.“Kita akan mengenalpasti masalah yang berlaku ini, adakah akibat daripada saliran air perparitan yang kecil ataupun kerana laluan saliran air tersumbat hasil daripada pokok yang tumbang tetapi dibiarkan begitu sahaja.“Hasil daripada lawatan ke tapak tanaman sawit itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kesimpulan bahawa kaedah yang boleh dibuat adalah membersihkan dan mendalamkan saliran perparitan yang sepanjang dua kilometer itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI) selepas membuat tinjauan ke kawasan berkenaan, semalam.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Batu Tumbuh, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, wakil JPS dan  Majlis Daerah Besut.Menurut Mohd Nurkhuzaini yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, beliau telah mewujudkan suatu jawatankuasa khas untuk mengatasi masalah ini."Alhamdulillah, semua agensi yang terlibat telah dapat turun sama-sama bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk keputusan yang pantas."Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada  pihak bomba , JPS, Majlis Daerah Besut dan Pejabat Daerah Besut yang terlibat dalam mencari jalan tengah untuk penambahbaikan kawasan terjejas,"ujarnya lagiTerdahulu, kawasan tanaman kelapa sawit  berkenaan pernah berlaku kebakaran tanah gambut dan merebak ke ladang orang kampung.Oleh sebab itu, Jabatan Bomba  dan  JPS terpaksa membuat parit di kawasan tersebut bagi menggelakkan kebakaran berulang tetapi menyebabkan   tanaman sawit jadi terbantut akibat banjir sekiranya hujan lebat disebabkan pengaliran air bermasalah.
04 Aug 19
79