lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Ke Hadapan Budayakan Integriti
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Kerajaan negeri memandang serius usaha membudayakan integriti sekali gus meletakkan Terengganu sebagai negeri contoh dengan memperuntukkan RM2 juta bagi melaksanakan program latihan kakitangan kerajaan termasuklah melibatkan kursus-kursus yang berkaitan.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya amat prihatin dalam perkara melibatkan integriti, bukan sahaja atas dasar berhati-hati, bahkan menyokong sepenuhnya segala usaha penambahbaikan ke arah menjadikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.Katanya, ini juga termasuk untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua pihak yang berkaitan bagi menjayakan agenda ini.“Pelaksanaan DIDI (Dasar Integriti Darul Iman) merangkumi pelbagai perkara termasuk program-program kakitangan kerajaan. Kita ada lebih kurang 1,600 orang akan terlibat dalam program berbentuk seminar, latihan, kursus dan juga program tahunan.“Inisiatif yang kita ambil ini adalah selari dan dijalankan secara 'parallel' dengan program peningkatan dan apa jua pencegahan rasuah yang telah dirangka oleh SPRM melalui inisiatif Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP). Sekiranya pelaksanaan berjalan secara berterusan, kita juga mendapat kerjasama dalam aspek pengisian termasuk aspek penceramahan maklumat-maklumat terbaru daripada pihak SPRM,” kata Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran DIDI di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar.Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi Strategic & Integrity Institude ( TSIS), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Sementara itu, Shamshun Baharin berkata, Terengganu merupakan negeri pertama yang mempunyai bajet khas untuk memperkasakan integriti dan usaha pencegahan rasuah itu amat baik dan  diharapkan semua negeri dan agensi ada peruntukan sebegitu.“Apa yang dibuat oleh Terengganu ini, saya puji kerana dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita ada juga bawa cadangan supaya dipindahkan sebahagian dalam bajet agensi tetapi bila Terengganu kata dia sudah menyediakan RM2 juta, itu satu yang positif kerana bagi saya bukan semua agensi ada perkara itu,” katanya.DIDI menterjemahkan pekerjaan sebagai ibadah dalam konsep Amalan Tadbir Urus Rabbani (ATUR). Konsep ini selaras dengan kehendak dan tuntutan akidah, syariat dan nilai murni sejagat.Begitu juga tujuh teras utama Didi iaitu, keimanan, ketaqwaan, keikhlasan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kecekapan dan  Islah diringkaskan 6K-I yang dipupuk, disuburkan, disemai dan dibina dalam kalangan pentadbir dan kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian, DIDI telah dirangka khusus menggunakan pendekatan yang terbaik iaitu pendekatan Islam dalam menangani isu-isu pecah amanah, rasuah, ketirisan, ketidakcekapan dan sebagainya.
05 Aug 19
157
Empty Image
Isytihar Harta : Terengganu Akan Beri Kerjasama - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Kerajaan negeri  akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan akta yang mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengisytiharkan harta mereka dan ahli keluarga terdekat iaitu suami, isteri atau anak dalam akuan berkanun.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya masih menunggu maklumat yang lengkap daripada SPRM dan akan membuat perbincangan serta penyelarasan dengan rakan-rakan dari negeri yang lain.“Jadi kita masih belum membuat keputusan akhir lagi ‘how we go about it’  tapi secara umumnya kita tidak ada  sebarang masalah sebenarnya untuk pengisytiharan dan sebagainya, cuma dari segi teknikal itulah yang perlu kita selesaikan.“Kita akan bagi kerjasama tentang apa jua inisiatif, sebab itu kita juga hadir dalam pelancaran Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) dan kita juga sentiasa ‘follow up’ dengan pihak SPRM dari segi pelaksanaan NACP tadi.“Ini menunjukkan komitmen kita dan ada perkara-perkara yang berkait dengan tanggungjawab pihak kerajaan dan agensi-agensi untuk melakukan penambahbaikan sendiri terutama dari segi ISO dan sebagainya termasuk jawatankuasa dari peringkat negeri dan sebagainya yang merupakan sebahagian daripada NACP,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar.Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi Strategic & Intergrity Institute ( TSIS), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Sementara itu, Shamshun Baharin berkata, SPRM menggalakkan semua ahli politik dan kerajaan negeri untuk melakukan pengisytiharan harta bagi memperlihatkan ketelusan pentadbiran kerajaan.Jelasnya, bagi kerajaan negeri  satu usul  perlu dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu untuk diluluskan di peringkat DUN.“Jika diterima, semua ADUN perlu melakukan pengisytiharan harta pada Yang Dipertua Dewan seterusnya salinan itu juga akan diserahkan kepada pihak SPRM.“Kita pun menjaga dari segi data dan takkan akses kepada maklumat tu sebab di peringkat ibu pejabat pun hanya di peringkat tertentu sahaja yang mengendalikan ‘event’, malah saya sebagai TKP pun tak  akses pada maklumat yang ada. Yang itu kita kena bagi perhatian,” ujarnya lagi.Beliau berharap setiap kerajaan negeri mengambil langkah yang sama  untuk memperlihatkan  ketelusan pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri .Untuk rekod, pada 1 Julai, Dewan Rakyat meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk mengisytiharkan harta dan pada 22 Julai, usul sama diluluskan di Dewan Negara.
05 Aug 19
58
Empty Image
Kerdil Bukan Halangan Berjaya Peroleh Diploma
Ahmad Syahir Osman berjaya menerima segulung diploma.Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 6 Ogos - Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini berjaya menerima segulung diploma hasil usaha gigih dan tabah menyahut cabaran menuntut ilmu di pusat pengajian berkenaan.Ahmad Syahir Osman, 22, berkata, kejayaan yang dicipta hari ini (kelmarin) adalah anugerah Ilahi dan berkat doa serta usahanya yang terhad dalam melakukan sesuatu tidak seperti pelajar normal.Selain itu, katanya. kesukaran beliau dalam melakukan sesuatu kerja terutama dalam menyiapkan kerja dalam makmal (lab) bukan menjadi penghalang baginya menjayakan sesuatu tugasan. "Saya meminta bantuan rakan bila saya memerlukan pertolongan untuk melaksanakan kerja tertentu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 di Dewan Dagang PSMZA kelmarin. Ahmad Syahir berkata, beliau telah kehilangan bapanya pada Februari tahun lalu namun tabah menghadapi ujian kehilangan orang tersayang itu bahkan ia mendorongnya semakin gigih berusaha sehingga menimba kejayaan memperolehi segulung diploma tersebut. "Hidup kita mesti diteruskan walaupun kita menghadapi musibah kehilangan insan yang tersayang," jelasnya.Dalam pada itu, kakaknya Siti Sarah Osman, 27, yang viral dalam artikel perkahwinan unik pada 4 Februari lalu turut menzahirkan rasa gembira atas kejayaan adiknya itu di dalam status aplikasi WhatsApp miliknya.Syahir berjaya menerima Diploma Kejuruteraan Elektrik daripada Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub dalam majlis tersebut kelmarin.Seramai 1,162 graduan menerima sijil masing-masing dan majlis itu berlangsung selama dua hari bermula kelmarin.
05 Aug 19
399
Empty Image
'Tulisan Jawi Mesti Diperkasa' - Khairuddin
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 6 Ogos - "Orang Melayu mesti tegas memperkasakan tulisan Jawi kerana ia sebahagian hak bahasa Melayu sebagaimana diperuntukkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967," demikian kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Katanya, orang Melayu mesti tegas dan jangan berundur dari prinsip bahawa 'Unified Examination Certificate' atau Sijil Peperiksaan Bersepadu mesti ditentang daripada diiktiraf."Orang Melayu mesti tegas mempertahankan hak istimewa mereka sebagaimana diperuntukkan oleh perlembagaan."Kita mesti tegas bahawa tulisan Cina tidak boleh dibenarkan dalam penggunaan rasmi termasuk papan tanda. Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi."Orang Melayu mesti tegas menyatakan bahawa Islam sahaja agama berdaulat dalam negara ini yang berhak diberikan peruntukan oleh kerajaan. Adapun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," tegas beliau dalam satu kenyataan media di status Facebooknya semalam.Seksyen 9 di bawah sub tajuk Tulisan Bagi Bahasa Kebangsaan ada menyatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ia tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.Dalam pada itu, dilaporkan bahawa sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).Dr Mohd Khairuddin berkata, lihatlah betapa yakin dan konsisten kumpulan pendesak Cina dan Tamil memperjuangkan apa yang dirasakan hak mereka iaitu menolak tulisan Jawi.Justeru katanya, orang Melayu mesti tegas bahawa mana-mana warganegara yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu tidak layak menjadi warganegara. "Malah ahli Parlimen yang pelat dan gagap bahasa Melayu perlu diarahkan berkursus sehingga lidahnya sepetah lidahnya bertutur bahasa Inggeris yang juga bukan bahasa ibundanya," tegasnya lagi.Katanya, orang Melayu mesti tegas menyatakan hanya orang Melayu Islam wajar menjadi Perdana Menteri, bukannya bangsa lain."Sangat malang apabila Melayu pula layu dalam memperjuangkan kehendak mereka."Adapun pengkhianat Melayu, tunggulah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai hukuman," ujarnya.
05 Aug 19
339
Empty Image
Bar Pulau Perhentian Diserbu Polis
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 6 Ogos - Sebuah bar di Pasir Panjang, Pulau Perhentian yang penuh dengan pengunjung di serbu polis tengah malam semalam kerana disyaki beroperasi tanpa lesen dalam satu Operasi Penguatkuasaan Polis awal pagi ini.Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rawi berkata Sewaktu diserbu bermula jam 12.30 tengah malam semalam, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur.Dalam satu kenyataan media beliau berkata, ketika diperiksa didapati pemilik bar terbabit gagal mengemukakan permit yang sah untuk beroperasi sebagai pusat hiburan.Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat orang ramai berhubung bar tersebut disyaki beroperasi secara haram."Lima unit pembesar suara, mikrofon, komputer riba, wayar dan pelbagai peralatan hiburan lain yang terdapat di dalam bar berkenaan turut dirampas dalam serbuan berkenaan," jelas beliau.Mohd Zamri berkata, polis telah menahan dua lelaki berusia 37 dan 22 tahun yang masing-masing berasal dari Kampung Beris Nail, Kuala Besut dan Kampung Bohor Tempoyak Mukim Kedawang, Pulau Langkawi, Kedah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Enakmen Hiburan Terbuka 1997.Operasi yang dinamakan Ops Noda itu dijalankan oleh seorang pegawai dan lima anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, seorang sarjan dan enam anggota dari Balai Polis Pulau Perhentian.Operasi itu turut disertai seorang pegawai dan sembilan kakitangan Majlis Daerah Besut.
05 Aug 19
1326
Empty Image
CCTV Lif Pangsapuri Ladang Tok Pelam Terengganu Sedang Dipasang
Pangsapuri Ladang Tok Pelam kini dipasang CCTV di dalam lif untuk memantau keselamatan pengguna bangunan tersebut. KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sedang giat menjalankan kerja-kerja pemasangan TV Litar Tertutup (CCTV) bagi memantau keselamatan pengguna lif Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini.Notis yang ditampal di beberapa lokasi di pangsapuri itu menyatakan bahawa kerja-kerja itu berkait dengan pemasangan kabel pembekal kuasa elektrik dari bilik motor lif ke tingkat bawah bangunan tersebut.Tempoh penambahbaikan itu berlangsung selama lebih dua minggu bermula 1 hingga 15 Ogos ini. Notis ditampal di tempat strategik di bangunan Pangsapuri ladang Tok Pelam bagi makluman orang ramai.Orang ramai diminta memberi kerjasama untuk melancarkan kerja-kerja  tersebut. Kerja-kerja itu dibuat berikutan cadangan kerajaan negeri memasang CCTV di dalam lif pangsapuri berkenaan bagi mengawal keselamatan pengguna agar tiada kejadian tidak diingini berlaku di pangsapuri tersebut.PMINT ditugaskan sebagai pengurus selia lif bangunan 30 tingkat itu. Pangsapuri itu mempunyai 407 unit rumah berkeluasan 842 kaki persegi setiap unit.Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri mengesahkan tiada sebarang kejadian lif terputus seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi Kuala Lumpur di negeri Terengganu.Katanya, lif di PPR Kampung Kerichi adalah lif lama serta perumahan dan lif itu sudah wujud berpuluh-puluh tahun lalu.Sementara itu, perumahan bertingkat yang menggunakan lif di Terengganu kebanyakannya baru dibina termasuk Pangsapuri Ladang Tok Pelam dan PPR Padang Hiliran di sini.Katanya, lif di bangunan tersebut diselenggara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. "Setakat ini tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di Kampung Kerinchi itu, namun kerajaan sentiasa memantau semua lif perumahan di negeri ini supaya diselenggara mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan," katanya ketika dihubungi semalam.
05 Aug 19
1438
Empty Image
Tiada Arahan Bayaran Cukai Pintu Kediaman - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Kerajaan negeri konsisten dengan keputusan pengecualian cukai taksiran bagi premis kediaman serta hapus kira cukai tertunggak yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan pembayaran cukai pintu kepada mana-mana premis kediaman setelah ia dikuatkuasakan."Hal ini di luar pengetahuan kita, jadi kita mohon individu terlibat tampil memberikan maklumat lanjut untuk memudahkan tindakan dilakukan."Kita juga kena pastikan apakah kategori premis tersebut, sama ada bayaran yang mereka perlu bayar itu melibatkan bayaran-bayaran lain dan bukan termasuk kategori cukai pintu," katanya. Dr. Samsuri ketika meraikan para penerima APC.Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berkenaan rungutan segelintir penduduk Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini, yang menerima surat arahan supaya membayar cukai pintu berkuatkuasa 1 Julai lalu.Mengulas lanjut, beliau bersedia berunding untuk menyelesaikan perkara tersebut dan memohon kerjasama individu terlibat untuk memberikan maklumat berkenaan."Kalau ada, maklum pada kerajaan untuk kita ambil tindakan," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri Terengganu 2019 di Wisma Darul Iman, semalam.Majlis itu menyaksikan seramai 60 penjawat awam terpilih menerima hadiah sijil dan plak penghargaan, wang tunai RM5,000 serta pakej mengerjakan haji atau umrah daripada kerajaan negeri.
05 Aug 19
56
Empty Image
Amaran Jika Gagal Lunas Tunggakan Cukai Pintu Bangunan Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita, merampas dan melelong harta benda pemilik bangunan yang masih degil tidak mahu melunaskan bayaran cukai pintu masing-masing.Datuk Bandar MBKT, Shahidan Embok berkata, tindakan tegas itu terpaksa diambil bagi memastikan tunggakan cukai sebanyak RM9.9 juta dijelaskan oleh pemilik bangunan yang berada dalam kawasan MBKT."Tunggakan itu tidak termasuk tunggakan kediaman milik individu yang mana cukai mereka ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata tindakan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pihaknya telah menyenaraikan sebanyak 2,993 pemilik bangunan dalam kawasan MBKT yang belum melunaskan bayaran tunggakan cukai pintu."Pemilik premis telah dikeluarkan Notis Amaran dan Notis Borang E sejak Pertengahan Mac lalu. Berdasarkan peruntukan akta yang sama, jika pemilik bangunan masih lagi ingkar, MBKT boleh mengeluarkan Waran Tahanan (Borang F) selepas tamat tempoh 15 hari 'Notis Borang E' yang membolehkan harta benda milik pemilik atau penyewa disita,dirampas dan dilelong."MBKT juga telah  melantik beberapa panel peguam untuk menguruskan kutipan tunggakan cukai pintu ini melalui tindakan mahkamah," katanya.Ops Sita ke atas premis akan dilakukan pada bila-bila masa setelah tamat tempoh Notis Borang E (15 hari) dan pemilik disarankan menjelaskan tunggakan cukai pintu bagi mengelakkan barang mereka disita dan dilelong, katanya.
05 Aug 19
112
Empty Image
Terengganu Sambut Hari Arafah 9 Zulhijjah
Jamaluddin Jusoh.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu akan menyambut Hari Arafah pada 9 Zulhijjah bagi mengajak rakyat negeri berkenaan supaya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.Ianya adalah usaha kerajaan negeri bagi menanam kecintaan dan kerinduan agar wujud keinginan untuk melaksanakan ibadat haji.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata, ianya bukan hanya akan diadakan di peringkat negeri Terengganu, bahkan akan turut disambut di peringkat daerah berkenaan."Di mana pada 9 Zulhijjah itu kita hendak jadikan sebagai satu hari untuk beribadat, mengaji, baca al-Quran, berpuasa dan berzikir agar dapat fadhilat hari berkenaan walaupun tidak buat ibadat haji."Jadi itu pengisian yang akan kita buat sebagaimana yang dibuat di negeri Kelantan sejak sekian lama," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Khas Muslimat pada Program Kempen Bukit Besi Bersih anjuran i-MiTS Dungun di Kampung Tepus, baru-baru ini.Jelasnya, mengajak rakyat beriman dan bertakwa adalah satu elemen yang mesti ditekankan apabila diberi amanah memerintah."Bukan hanya untuk menyelesaikan masalah berbentuk jasmani semata-mata dari sudut material seperti memberi agihan bantuan kepada fakir miskin, membaik pulih rumah dan sebagainya, namun kita (kerajaan) mempunyai komitmen tinggi dalam mengisi segala agenda dan perancangan kerajaan negeri, agar rakyat beriman dan bertakwa kepada Allah SWT," ucap beliau.
05 Aug 19
207
Empty Image
Gerbang ATC Rancakkan Pembangunan Usahawan Di Ajil
Oleh : Khairuddin YusoffGerbang Ajil Trade Centre (ATC) memberi suntikan baru kepada peniaga - peniaga untuk merancakkan perniagaan lagi mereka untuk diketengahkan di peringkat komersial.Pengarah Program, Rahimi Yusoff berkata, objektif utama program ini adalah mengumpulkan usahawan dan penjaja supaya dapat mempromosi serta memajukan perniagaan supaya menjadi satu perniagaan yang berdaya saing.Katanya, program ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan dan penjaja jalanan untuk kita integrasikan secara bersepadu bagi memupuk daya saing usahawan tempatan kita khasnya untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.“ Alhamdulillah, ia juga menitikberatkan elemen- elemen kesepakatan, perpaduan, nilai jati diri individu dan keyakinan diri  melalui program yang kita jalankan."Apa yang penting kita terapkan pengisian rohani yang kita sajikan termasuklah beberapa agensi yang terlibat untuk memberi ceramah kerjaya bagi memberi kesedaran bahawa akademik bukan semata- mata untuk kita buktikan kecemerlangan hakiki,"ujarnya wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di tapak program di ATC, di sini hari ini.Tambah Rahimi lagi, pihaknya juga ingin mencungkil bakat kebudayaan tempatan khasnya daripada warga Ajil untuk kita ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi mengikut acuan dan patuh syariah yang telah digariskan oleh kerajaan negeri.Seramai sembilan ribu pengunjung yang direkodkan selama tujuh hari sepanjang program dijalankan dan mensasarkan seramai 20,000 orang hingga 10 Ogos nanti.“Kita ada buat kolektif data dan melangkau apa yang kita jangkakan dan pada hari ketujuh telah mencapai seramai sembilan  ribu pengunjung yang direkodkan melalui jumlah lawatan setiap booth dan kita jangkakan 20,000 orang hingga 10 Ogos nanti, InsyaAllah.“Saya juga amat berbangga dan berterima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Ajil yang memberikan kerjasama yang padu dan memang patut diberikan kredit penuh kerana turut sama turun padang menjayakan program ini, “ujarnya.RahimiSementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata  para usahawan mestilah merebut peluang melalui program sebegini untuk membesarkan lagi perniagaan mereka.“ Gerbang malam ini merupakan satu versi baru dalam medan perniagaan kerana penganjuran ini membuka ruang kepada usahawan- usahawan kecil untuk membesarkan perniagaan mereka dan kita memandang positif bahawa gerbang ini merupakan asas untuk membina masa hadapan yang cemerlang dalam perniagaan.“ Jadi kita mengharapkan wujudnya program dan pengisian dalam gerbang ini akan membuka ruang yang  lebih luas kepada peniaga - peniaga untuk mempunyai daya saing dan insiatif supaya berusaha lebih gigih dan keras untuk memajukan perniagaan mereka.Katanya lagi, alang - alang menceburi perniagaan lakukan secara bersungguh- sungguh seperti perumpamaan orang cina yang menganggap perniagaan merupakan darah daging mereka.“Jadi kita dari kecil sepatutnya membina gabungan dan jalinan dari segi kesatuan dan ini merupakan satu daripada asas perniagaan cina iaitu mereka membantu antara satu sama lain.“Jadi kita mengharapkan dengan adanya gabungan wira usahawan ini akan membantu peniaga melayu ke arah lebih berdaya saing, “ujarnya.
05 Aug 19
88