Artikel "Semasa" Terkini
Ke Arah 10 Peratus Durian Malaysia Di Pasaran China
Ishak (dua dari kiri) melawat gerai jualan rambutan di Perkarangan Pejabat FAMA Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk meningkatkan eksport pasaran durian segar ke Republik Rakyat China sehingga mencapai 10 peratus di masa hadapan.Pengerusi FAMA Haji Ishak Ismail berkata kini FAMA berjaya mengeksport sebanyak satu peratus pasaran China bersaing dengan negara-negara pengeksport lain termasuk Thailand dan Singapura.Katanya, pada tahun ini, dijangka sebanyak 2,500 tan metrik buah durian segar akan diproses bagi pasaran tempatan dan luar negara membabitkan lapan pusat memproses buah-buahan termasuk Beseri, Perlis, Sungai Petani, Kedah, Batu Kurau, Perak, Chui Chak, Perak, Tangkak Johor, Jerantut, Pahang, Besut, Terengganu dan Machang, Kelantan.Longgokan durian dengan harga Serendah RM5 sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu hari ini.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada Media sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu di sini hari ini.Katanya, sebanyak 40 metrik tan durian dijual terus dari ladang di beberapa gerai jualan bermula dengan harga RM5 sekilogram.Seorang pengunjung Durian Day FAMA di Pulau Kambing, mempamerkan isi durian yang mengancam selera penggemarnya hari ini.Menurutnya sebanyak 76 metrik tan buah-buahan segar tempatan dijual di tapak pelancaran berkenaan termasuk durian, rambutan, cempedak, dokong, manggis dan rod mellon.Di samping itu seramai 17 usahawan produk Industri Asas Tani (IAT) berasas durian turut serta di majlis berkenaan.Katanya, antara produk dijual di situ termasuk Cookies Durian, Moon Cake Durian, Kek Lapis Durian, Talam Durian, Ais Krim Durian, Sambal Tempoyak Petai.Peniaga kuih muih berasaskan durian memperagakan kuih jualan mereka di Durian Day FAMA Pulau Kambing hari ini.Bekang Durian, Lemang Durian, Benderam Durian, Kuih Bunga Durian, Durian Shake, Soft Ice Cream Durian, Pizza Durian atau Crepe Durian, Bakso Durian dan Cream Puff Durian.Ishak juga berkata, FAMA turut menjual durian secara dalam talian melalui Portal Agrobazaar Onlinenya (ABO).
06 Aug 19
590
SM Imtiaz Kemaman Terengganu Dinobat Juara Petronas All About Youth 2019
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kemaman yang menambat hati juri menerusi projek inovasi 'CO2NCER' iaitu sistem pengesan awal dan amaran kebakaran hutan dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sentuhan Harapan - All About Youth (AAY) 2019.Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, SMIYT berjaya menewaskan lima buah sekolah lain yang merupakan wakil bagi negeri Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka dan Johor dengan projek CO2NCER yang berfungsi membekalkan maklumat berkenaan suhu, kadar kepekatan asap, kelajuan angin dan koordinat lokasi secara tepat kepada pasukan bomba dan penyelamat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Katanya, kebijaksanaan dan kreativiti yang ditonjolkan 20 pelajar yang mewakili kumpulan 'Victornity' dalam tempoh 11 minggu pertandingan itu membolehkan sekolah berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Sentuhan Harapan (AAY) 2019 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka, malam semalam.“Pada pertandingan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Sabah menduduki tempat kedua yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 diikuti SMK Tun Habab, Johor di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.Sekolah SMK St. Francis, Melaka dan SMK Asyakirin, Sarawak pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima yang membawa pulang hadiah sagu hati,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.Ishamudin berkata, kejayaan projek CO2NCER yang dipimpin Nur Farah Ismahani Mohd Faizal dan Muhammad Hilmi Mohd Nazi itu juga hasil sokongan sukarelawan Petronas atau ‘buddies’, guru-guru serta pihak sekolah yang banyak membantu pelajar bagi membina dan melaksanakan projek kemasyarakatan yang bermatlamat mengurangkan pelepasan karbon kepada alam sekitar itu.Katanya, AAY yang dianjurkan Petronas sejak 2014 telah disertai lebih 200 buah sekolah dan melibatkan sehingga 4,600 orang pelajar serta 200 projek kemasyarakatan yang berimpak besar telah dihasilkan, antaranya aplikasi telefon pintar nota sejarah, tandas mesra alam dan sistem amaran pengesan banjir. “Menerusi AAY, pelajar menjalankan ujikaji, merekacipta dan bekerjasama mencari penyelesaian sekaligus mempamerkan keupayaan pelajar mengguna pakai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk solusi jaminan masa depan yang lebih baik,” ujarnya.
06 Aug 19
721
Jerebu : IPU Empat Daerah Turun Ke Tahap Sederhana
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Keadaan jerebu di empat daerah sehingga 10 pagi ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan berlaku sedikit perubahan berbanding semalam susulan kebakaran hutan di Sumatera yang dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung.Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Kuala Terengganu mencatat bacaan 76, manakala di Besut sebanyak 75. Sementara itu di Paka, Dungun dan Teluk Kalong, Kemaman masing-masing mencatat bacaan IPU, 71 dan 70.Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JAS, Zakaria Ahmad @ Mohd berkata, jika berlaku lagi kebakaran di Indonesia, terdapat kemungkinan jerebu masih akan menyelubungi negara ini termasuk di Terengganu.“Ia bergantung kepada kebakaran yang berlaku di Indonesia. Setakat ini, 40 titik panas dikesan di Sumatera jadi jerebu berada pada tahap sederhana tetapi kami akan terus memantau.“Pihak kami juga sudah mengambil langkah meningkatkan pemantauan serta rondaan mencegah kebakaran terbuka.“JAS turut meminta bantuan dari kilang-kilang di kawasan sensitive bagi memastikan kawalan dilakukan ke atas pelepasan bahan kimia dan sisa toksik dari semasa ke semasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di sini hari ini.Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kualiti udara yang tidak sihat akibat jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia di samping menjaga kesihatan masing-masing.Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Mohammad Hariz Mohd Faeiz berkata keadaan jerebu adalah bersifat sementara dan pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negeri termasuk kawasan yang berisiko secara berterusan.“Sebenarnya ia (jerebu) berpunca dari faktor angin yang bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya membawa jerebu akibat pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia.“Kebanyakan kawasan di Semenanjung sudah pulih seperti biasa. Bilangan titik panas di Sumatera yang menyumbang kepada jerebu di negara kita juga sudah berkurangan dan kita jangka keadaan akan bertambah baik,”kata beliau ketika dihubungi UPDI hari ini.Terdahulu, jerebu dilaporkan melanda negara susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia melibatkan Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. Bacaan IPU turut dipaparkan dalam tempoh setiap jam.
06 Aug 19
78
Kuliah Dhuha Di Pasar Tani Bandar Permaisuri
Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 7 Ogos - Kuliah dhuha mingguan di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri yang diadakan setiap hari Selasa berjaya menggamit suasana baharu di sini.Program berkenaan dikendalikan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Setiu dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu dan Jabatan Kerajaan di Daerah Setiu.Penyelia i-MiTS DUN Permaisuri, Yunus Sulaiman selaku urus setia program berkata kuliah dhuha dilaksanakan setiap Selasa kerana adanya pasar tani dan pada masa yang sama pengunjung dapat mengambil peluang mendengar kuliah yang disampaikan."Kita menerima maklum balas positif daripada pengunjung yang hadir,rata-rata mengatakan jarang majlis ilmu sebegini dibuat sebelum ini."Setiap minggu pengkuliah yang dijemput adalah berbeza, hal ini supaya menjadi penarik minat kepada pengunjung yang hadir,”katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di sini hari ini.Tambahnya, setiap minggu hampir 60 hingga 70 orang pengunjung yang hadir mendengar kuliah dhuha memenuhi tiga buah kanopi yang disediakan. “Majlis sebegini sedikit sebanyak menjadi medan penyampaian dakwah kepada masyarakat umumnya,” kata Yunus.
06 Aug 19
105
500 Ekor Lampam Hasil 'Ngambak Ikan'
Oleh : Ariss AliasSETIU, 7 Ogos - Sebanyak 500 ekor ikan lampam sungai berjaya dipungut dalam program Ngambak Ikan Komuniti Kampung Payung Bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap.Program dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Payung Baru turut berjaya menghimpunkan seramai 50 orang komuniti kampung dalam program yang julung kali diadakan pada tahun ini.Pengerusi MPKK Payung Baru, Mat Arif Majid,50 berkata program ini bagi mengeratkan hubungan dalam komuniti dan dalam pada masa yang sama menggunakan kaedah yang tidak merosakkan habitat ikan."Kita pakat (sama-sama) tahan jaring dalam Sungai Payung ini di kedua belah arah. Satu pasukan elak ikan dari sebelah hujung dan satu pasukan lagi akan kutip ikan yang terlekat di jaring.""Kita hanya ambil ikan yang bersaiz sederhana dan besar sahaja, manakala anak ikan akan dilepaskan bagi mengelakkannya daripada pupus," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan di sini hari ini.Salah seorang peserta Mohd Helmie Faizi Mat,32 berkata beliau amat seronok dengan program yang dilaksanakan kerana ianya berlangsung dengan meriah sekali."Seronokla boleh merasai pengalaman macam ni, tahan ikan menggunakan pukat secara beramai-beramai. Tak sangka dapat hasil yang banyak."Ikan yang kita dapat, penganjur masak 'Singgang Kesing Tempoyak'. Walaupun kepenatan, perasaan makan bersama-sama ni amat seronok. Tambahan ada pula budu dengan petai bakar, memang menyelerakan," ujar beliau lagi.Sementara itu, Pegawai Khas Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Arif Mazlan berkata program bersama masyarakat seperti ini sentiasa mendapat sokongan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Langkap."Saya mewakili Pegawai Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof mengucapkan ucapan salam dan maaf daripada beliau kerana tidak dapat menghadirkan diri disebabkan program ini bertembung dengan mesyuarat di Pejabat Daerah Setiu."Saya dah berbincang bersama pengerusi MPKK, InsyaAllah kita akan laksanakan sekali lagi program ini di sini dalam skala yang lebih besar. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini,"jelasnya.
06 Aug 19
821
Gejala Rasuah Penjawat Awam Semakin Serius
KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Kes rasuah di kalangan penjawat awam semakin membimbangkan apabila sejumlah 46.3 peratus daripada keseluruhan 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah sejak 2014 hingga Jun tahun ini membabitkan penjawat awam dan 2,594 atau 53.4 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan muda.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, antara sektor utama yang terlibat dalam gejala rasuah ialah sektor perolehan.“Jika kita lihat dalam satu kajian yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, sebanyak 22.1 peratus daripada penjawat awam yang menjadi responden menyatakan kesanggupan menerima rasuah jika mereka berkuasa dalam kerajaan.“Jika di kalangan penjawat awam yang masih bekerja boleh berkata macam itu, bahaya," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar dan Pengerusi Strategic & Integrity Institude (TSIS), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.Sementara itu, mengulas tentang gejala rasuah di Terengganu, Shamshun Baharin berkata, ia tidak membimbangkan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain."Di Terengganu, seramai 99 individu ditahan kerana terbabit rasuah sejak 2017 hingga Jun tahun ini, dengan 53 orang daripadanya adalah penjawat awam dan daripada jumlah itu, 10 individu adalah penjawat awam negeri, manakala 43 lagi adalah penjawat awam Persekutuan," katanya.Tambahnya, inisiatif kerajaan negeri melancarkan DIDI adalah sebagai satu usaha memerangi rasuah di kalangan penjawat awam di Terengganu menerusi Model Integriti Darul Iman (MIDI) dan Modul Integriti Darul Iman (MINDA-i) yang diharap mampu memperjelas dan melengkapkan maklumat berhubung pencegahan rasuah dan integriti di kalangan penjawat awam.
06 Aug 19
311
UBSNT Pemangkin Belia Terengganu
Nasir Abdul Razak.Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT) bakal menjadi pemangkin dan pemudah cara kepada setiap kecenderungan dan minat belia negeri berkenaan.Pengarah UBSNT, Nasir Abdul Razak berkata melalui medium tersebut, pemuda-pemudi negeri akan dibantu mengembangkan bakat yang mereka miliki ke tahap lebih baik.“Belia Terengganu memiliki kecenderungan tinggi kepada aktiviti santai, rekreasi dan kecergasan, malah cemerlang dalam pelbagai sukan yang wajar kita manfaatkan sepenuhnya. "Pembudayaan pelbagai aktiviti melalui program seperti 'Fun Ride' dan sebagainya, kita dapat melihat minat dan juga kecenderungan anak muda Terengganu cukup-cukup baik," katanya.Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas bersama TV Darul Iman, di sini, kelmarin.Tambahnya, aktiviti yang menjadi minat pada belia perlu diketengahkan oleh UBSNT terutama yang berbentuk santai dan kecergasan kerana begitu mendapat sambutan."Yang terbaru kita lihat mana-mana aktiviti berkaitan dengan basikal cukup menarik minat anak-anak muda sekali gus membudayakan hidup sihat di kalangan mereka,” katanya.
06 Aug 19
867
Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil, Menteri Perlu Faham Makna Keadilan
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan skim bantuan penanaman semula sawit pekebun kecil akan melumpuhkan aktiviti penanaman semula dalam kalangan pekebun kecil dan tentunya ia akan memberikan kelebihan kepada syarikat perladangan besar dengan kemampuan modal yang kukuh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pembatalan bantuan tanam semula akan memberi kesan terhadap keluasan tanaman sawit oleh pekebun kecil dan seterusnya menjejaskan sumber pendapatan serta sosioekonomi mereka“Rata-rata pekebun kecil ini adalah bumiputera Melayu, Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak, sebilangan kecilnya kaum Cina dan India yang berpendapatan rendah.“Oleh sebab itu, apa saja dasar yang baik untuk rakyat di bawah kerajaan sebelum ini perlu diteruskan yang mana Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), menyediakan peruntukan khas bantuan kewangan kepada pekebun kecil sawit iaitu RM7,000 bagi setiap hektar untuk tujuan menanam semula pokok yang sudah tua dan tidak produktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata perkara ini sukar diterima apabila menteri terbabit memberikan alasan kononnya mahu mewujudkan keadilan kepada pekebun lain terutamanya dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ( FELCRA) Katanya, majoriti pekebun kecil tidak akan mampu mengeluarkan modal sendiri bagi membiayai kos penanaman semula.“Menteri tak faham apa itu makna keadilan kerana keadilan bermakna memberi kepada mereka yang berhak. “Kedua-dua agensi besar itu sudah ada kaedahnya sendiri bagi menampung kos penanaman semula namun pekebun-pekebun kecil telah sejak sekian lama bergantung kepada bantuan kerajaan. Apatah lagi dalam situasi pendapatan dari hasil sawit sekarang tak mencukupi untuk menyara keluarga,”ujarnya.
06 Aug 19
43
MPKK Disaran Lebih ‘Up To Date'
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 7 Ogos - Kerajaan Negeri menyarankan agar pemilik tanah haram segera mengisi borang jadual 1 untuk permohonan tanah di Pejabat Tanah Daerah sebelum 31 Disember tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ia bagi membolehkan permohonan mereka diluluskan kerajaan.Justeru katanya, pemimpin Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan mereka untuk menggerakkan pemilik tanah haram segera berbuat demikian."Sekiranya ada rakyat kita yang memerintah tanah haram, tolong sampaikan maklumat ini kepada mereka supaya mengisi borang jadual 1 di Pejabat Tanah Daerah sebelum 31 Disember tahun depan."Pemohon juga boleh memohon kerajaan menaikkan tempoh pajakan dari tempoh 60 tahun kepada 99 tahun."Ia akan diproses secara berkala untuk menyelesaikan isu-isu tanah haram terutama kategori pertanian,’’ jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Gotong- royong Keceriaan MPKK Apal Hilir, di sini, petang kelmarin. Seterusnya Dr Azman menyarankan agar mereka terbabit lebih peka terhadap sebarang perubahan maklumat baru supaya mereka segara menyampaikannya kepada rakyat."Ini supaya penyusunan gerakerja di peringkat bawah sebagai penyampai maklumat dan jentera Kerajaan Negeri berjalan lancar. "Setakat ini sebarang arahan yang dikeluarkan kepada MPKK dapat dilakukan dengan baik. Semua ini adalah hasil yang dilakukan secara kolektif dan segala kekurangan kita baiki bersama,’’ ujarnya.
06 Aug 19
99
Pesta Buku Big Bad Wolf 'Terkam' Terengganu
Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Karnival buku bertaraf antarabangsa 'Big Bad Wolf' (BBW) yang menjadi buruan para peminat buku buat julung kalinya bakal berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus bermula 8 hingga 19 Ogos ini.BBW telah lama mendapat tempat di hati ‘ulat buku’ seluruh Malaysia sejak ia mula dianjurkan sepuluh tahun yang lalu merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh pengemar bahan bacaan pantai timur.Karnival tersebut menawarkan buku-buku pelbagai genre serta terbitan syarikat antarabangsa dan tempatan dengan harga menarik serta diskaun bermula 75 peratus sehingga 95 peratus.BBW yang beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam akan memberi kepuasan selain memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk meneroka segala jenis buku yang terpamer di sana.Penggemar buku seluruh negeri Terengganu pastinya tidak sabar lagi untuk memburu bahan bacaan sekali gus menjadikan BBW sebagai himpunan terbesar pencinta buku. Semoga rakyat negeri Terengganu tidak lepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival jualan buku yang sering menggegarkan dunia buku negara itu.
06 Aug 19
348