lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lebih 20,000 Bakal Banjiri Program Tiga MB
Oleh: Suriati AliKUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Lebih  20,000 penduduk dijangka membanjiri  Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus  bagi menjayakan Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) yang akan berlangsung pada 22 ogos ini (Khamis).Pertemuan antara Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Kanan Ahmad Yaakob itu dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negeri berkaitan.Selain itu, program yang  diadakan akan menterjemahkan rasa kesyukuran pentadbiran kerajaan Terenganu yang kini diterajui Dato' Seri Ahmad Samsuri.Ahmad Samsuri berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan semata-mata mahu menarik minat penduduk hadir pada program yang julung kali dianjurkan itu."Program yang dijangka bermula pada jam 7.00 petang itu akan dimulai dengan solat maghrib berjemaah."Kemudiannya Bicara Murabbi Ummah  disampaikan oleh penceramahbebas Ustaz Azhar Idrus dan dimoderatorkan Ustaz Kamaruzaman Abdullah (Pengarah i-MiTS)," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, petang tadi.Katanya, selepas itu, Solat Isyak dan Solat Hajat Berjemaah yang akan diimamkan Tuan Haji Mokhtar Salleh (Imam Besar Negeri Terengganu)"Dan akhir sekali ucapan dan pesanan istimewa daripada tiga menteri besar dari tiga negeri."Oleh itu, orang ramai diseru hadir beramai-ramai bagi meraikan program tersebut,"katanya.
13 Aug 19
60
Empty Image
Bukan Islam Perlu Fahami Konsep Ibadat Korban
Dr Azman (kiri) menziarahi sebuah rumah yang dilanda ribut di sekitar kawasan DUN Jabi baru-baru ini.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Ogos - Orang bukan Islam tidak perlu pertikai cara penyembelihan korban kerana kaedahnya paling sesuai dan saintifik untuk mematikan binatang ternakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sepatutnya orang bukan Islam persoalkan bagaimana yang dimakan mereka dimatikan."Bila nak makan daging, memang haiwan perlu dimatikan. Sembelihan ialah cara mematikan haiwan yang paling tertib dan berhemah sekali. Ia disahkan secara saintifik."Awak pun makan daging. Ada pernah tanya bagaimana haiwan yang aku makan dagingnya ini dimatikan. Tak munasabah makan (binatang) hidup-hidup," katanya dalam satu kenyataan  di status Facebook beliau semalam.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi berkata, mempertikai cara penyembelihan binatang ibadah korban sempena ibadat haji adalah tidak wajar kerana perbuatan itu bertujuan mengikis sifat bakhil dan berkongsi nikmat rezeki di kalangan umat Islam bukan bertujuan menzalimi binatang.Katanya, tidak akan timbul pertikaian di kalangan orang bukan Islam sekiranya mereka  memahami mesej 'pengorbanan' dan penyembelihan itu dengan sebaiknya."Kenapa perlu pertikai hak orang Islam untuk beribadat. Menyembelih binatang ternakan untuk diberi makan dagingnya kepada orang ramai terutamanya orang miskin dan fakir adalah suatu ibadat bagi kami."Urusan ibadat ialah soal agama kami. Kalau tak faham dan nak tahu, kami sedia menjelaskan. Mudah-mudahan kamu dapat petunjuk."Tapi kalau nak pertikai, awak perlu sedar di bumi mana awak sedang berpijak sekarang," tegasnya.
13 Aug 19
50
Empty Image
Rakyat Terengganu Perlu Budayakan Tabiat Membaca
Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 12 Ogos- Rakyat Negeri Terengganu perlu menggunakan peluang penganjuran karnival atau pesta buku di negeri itu untuk membudayakan tabiat membaca dikalangan generasi muda.Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawangan Pahang, Siti Aisyah Munirah Bohang berkata, membaca adalah satu kepentingan dan menjadi kunci kepada ilmu untuk mengetahui pelbagai perkara."Pandangan yang mengatakan golongan terpelajar dan khusus untuk mereka yang bekerjaya tertentu sahaja perlu ada minat membaca tidak tepat, kerana kita ini manusia yang perlu menimba ilmu dari bahan bacaan tanpa mengira siapa dan faktor usia."Budaya membaca perlu dipupuk dari awal usia, ibu bapa perlu didik anak mereka untuk membaca dengan cara ibu bapa juga perlu mempunyai minat untuk membaca, maka mereka akan menjadi contoh kepada anak-anak," katanya ketika ditemui di karnival buku 'Big Bad Wolf', yang berlangsung di Mydin Mall, Gong Badak, baru-baru ini.Sementara itu, Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Izham Johari Mohamad, 45, berpendapat antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk memupuk minat sukakan bahan bacaan adalah dengan meluangkan masa membawa keluarga ke pameran-pameran buku."Di pesta buku, karnival atau apa sahaja festival yang  berkaitan dengan buku, saya membiarkan sahaja anak-anak saya memilih bahan bacaannya sendiri dan tidak berkira untuk mengeluarkan belanja kepada anak-anak untuk membeli buku."Sebagaimana hari ini, apabila saya bawa anak saya ke 'Big Bad Wolf' ini dia memilih komik, bagi saya tiada masalah kerana dia baru sahaja ingin menyemai minat membaca dan saya yakin satu masa nanti dia akan memilih bahan bacaan yang lain dan lebih baik," katanya.Sementara itu, Pegawai  Kewangan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Mohd Khaliq Iqhwan, 34 pula berharap, kerajaan negeri akan mengadakan lebih banyak program berkaitan buku yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat mutakhir ini."Kalau boleh biarlah ia diadakan berterusan, paling tidak, adakan enam bulan sekali dan lebih baik jika kerajaan negeri yang anjurkan."Ini kerana, anak-anak perlu didedahkan dengan kisah-kisah nabi, cerita rakyat, supaya minat mereka terdorong di samping melancarkan pembacaan pada awal usia, serta mengembangkan pemikiran ke arah intelektual yang lebih berkesan," katanya.
11 Aug 19
149
Empty Image
Tulisan Jawi Harus Dipelihara
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 12 Ogos - Tulisan jawi pernah menjadi tulisan perantaraan diseluruh nusantara termasuk di beberapa negara Asia pada zaman dahulu dan tulisan rasmi di negara ini pada satu ketika dahulu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata tulisan jawi harus dipelihara dan wajar dikekalkan dalam sistem pembelajaran agar ia tidak ditelan zaman.“Tulisan jawi ini adalah lambang identiti kita sebagai orang melayu, orang yang memerintah negara ini tetapi kenapa tiba tiba ada pihak yang cuba menghapuskannya walau dengan cara halus,” katanya ketika ditemui media di tapak Korban Perdana di Surau Ustaz Omar Syukri, di sini hari ini.Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan sempena Majlis Korban Perdana yang berlangsung di perkarangan surau tersebut.Tambahnya, menerusi hasil kajian sejarah yang menemukan tulisan Jawi, ia antara tulisan terawal yang ditemui di Tanah Melayu, iaitu pada 1303 Masihi menerusi penemuan Batu Bersurat di Terengganu, berbanding penemuan bahasa rumi yang hanya ditemui pada lewat kurun ke-19.Malah menurutnya lagi, perjanjian penting antara Raja-Raja Melayu dengan Portugis, Belanda dan Inggeris seperti perjanjian antara Stamford Raffles dengan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pengisytiharan Merdeka 1957 juga ditulis menggunakan skrip tulisan Jawi.Beliau yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri turut melahirkan kebimbangan akan generasi sekarang dan akan datang dimana tidak mengenali tulisan warisan nenek moyang mereka itu.“Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai dikalangan anak muda sekarang tidak dapat membaca jawi, buktinya apabila diminta baca AlQuran, dia tidak dapat membacanya,” ujarnya.Terdahulu, Cikgu Wan Hapandi dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur kerana pihak surau menerusi kakitangannya serta orang ramai hadir bergotong royong melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Allah Taala ini.“Walaupun pada tahun ini lembu korban adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan tahun lalu dan tahun-tahun sebelummya namun ia bukanlah ukuran jika dilihat dari soal kuantiti tetapi pengorbanan yang kita lakukan itu akan dinilai Allah Taala.“Pada hari akhirat nanti, binatang yang telah dikorbankan akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan," ujarnya.
11 Aug 19
270
Empty Image
Ibadah Haji Serlah Perpaduan Dan Keharmonian Umat Islam
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 12 Ogos - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan ibadah haji adalah mesej perpaduan dan keharmonian umat Islam kepada dunia. "Ibadah haji adalah himpunan tahunan terbesar umat Islam di kota suci Makkah dan diwajibkan kepada orang Islam yang mempunyai kemampuan."Sewaktu melaksanakan ibadat ini, umat Islam akan bertemu pelbagai bangsa, warna kulit dan bahasa tetapi seiring dalam mengagungkan Allah SWT," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selesai melakukan ibadah korban di rumah anakandanya, Yusuf Abdul Hadi berdekatan Pantai Rusila, di sini, semalam.Presiden parti Pas itu turut menitipkan bahawa sewaktu hari raya Aidiladha, umat Islam juga dituntut menyembelih binatang ternakan sebagai simbolik mesej pengorbanan yang perlu dilakukan."Ikut sunnah, daging yang disembelih hendaklah dibahagi sama rata tanpa dijadikan upah bagi penyembelih kerana ia adalah kerja-kerja kebajikan."Allah SWT telah menjelaskan ibadat korban merupakan cerminan takwa seseorang hamba kepada-Nya. Bertitik tolak daripada kedua-dua ibadat haji dan korban, kita memahami bahawa tema perpaduan dan pengorbanan terangkum dalam usaha kita menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa," jelasnya.Dalam program berkenaan, daging daripada tiga ekor lembu yang dikorbankan dibahagi kepada tiga buah kampung iaitu Kampung Rusila, Kampung Rhu Renggeh dan Rhu Dua.Dalam pada itu, Abdul Hadi turut berharap agar hari raya kali ini digunakan sebagai medan menguatkan keimanan dan menambah amal soleh sekaligus tetap memelihara tanggungjawab terhadap umat Islam dan masyarakat seluruhnya.
11 Aug 19
127
Empty Image
Ibadah Qurban Eratkan Ukhwah
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 11 Ogos- Ibadah Qurban bukan sahaja menyahut seruan Ilahi,bahkan juga dapat mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat .Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor hari ni buat pertama kalinya selepas memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen menganjurkan Qurban Perdana bertempat di Kompleks Pendidikan Annur Besut,Kampung Alor Belanga Jertih sebanyak 10 ekor lembu."Alhamdulillah, Qurban Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen berjaya dengan jayanya dengan kehadiran masyarakat setempat dan dari luar daerah,"ujar beliau ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Turut hadir,Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Belanga dan MPKK berdekatan bagi menjayakan program tersebut.Katanya, selain melakukan ibadah qurban. pihaknya juga mengadakan jamuan rakyat selepas selesai kepada semua yang hadir."Alhamdulillah,sebanyak 10 ekor lembu dapat dibuat qurban tahun ini secara gotong royong bersama orang kampung dan pada tengahari ini dapat diadakan jamuan rakyat kepada tetamu-tetamu yang hadir."InsyaAllah program seperti ini akan diadakan bagi tahun-tahun seterusnya memandangkan sambutan yang amat baik dari masyarakat sekitar," ujar beliau lagi.Tambah Dr. Riduan, sehari sebelum Hari Raya, pihaknya telah menganjurkan Program Berpuasa Hari Wukuf dan mendapat sambutan masyarakat sekitar dengan majlis berbuka."Ini termasuklah ceramah khas wukuf  pada jam enam petang yang disampaikan oleh Ustaz Nik Roslan Nik Mohamad,Ketua Urusan Ulama Besut," katanya.
11 Aug 19
65
Empty Image
Cuti Hari Arafah, Rebut Peluang Tingkatkan Ibadah
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 11 Ogos - Pengisytiharan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah sebagai cuti umum di Terengganu menandakan tarikh tersebut penting untuk diingati dalam hidup setiap Muslim.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Rantau Abang, Alias Harun yang turut mengalu-alukan pengiystiharan tersebut berkata Hari Arafah adalah sempena 'wukuf di Padang Arafah' merupakan hari yang digalakkan  berpuasa, memperbanyakkan doa, zikir dan banyak lagi amalan yang dijanjikan Allah dengan ganjaran yang berganda."Jadi, dengan diberi cuti, memberi peluang untuk rakyat melakukan amalan-amalan untuk merebut ganjaran yang tiada pada hari lain, ini memberi galakan kepada rakyat," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas menyaksikan penyembelihan lembu korban di beberapa tempat di DUN Rantau Abang, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  pengiystiharan Hari Arafah sebagai cuti umum untuk Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jumaat lalu.Menurutnya, kerajaan negeri  sentiasa ingin melihat rakyatnya mempergiatkan ibadah agar menjadi hamba yang soleh."Terengganu adalah negeri pertama yang menjadikan Hari Arafah sebagai cuti umum, dan sewajarnya rakyat menggunakan kesempatan ini untuk mengeratkan silaturrahim, kerana simbolik hari tersebut adalah untuk penyatuan umat Islam."Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam," ujarnya.
11 Aug 19
46
Empty Image
Mangsa Ribut DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 10 Ogos- 15 orang mangsa ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendapat mendapat bantuan segera daripada Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Bantuan berkenaan bagi membaiki kerosakan rumah yang dialami  akibat ribut kuat pada malam 9 Ogos baru-baru ini.Di antara kampung yang terlibat ialah, Kampung Baharu, Kampung Beris Pak Abu, Kampung Tengah, Kampung Pengkalan Atap, Taman Tasek, Kampung Nail dan Kampung Teluk Bayu.Azbi Salleh berkata, bantuan segera bagi membaiki rumah penduduk yang terjejas diluluskan serta merta bagi membolehkan rumah penduduk dibaiki dengan segera."Saya berharap penduduk yang terlibat dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini."Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan terus membantu apa yang termampu bagi membolehkan penduduk dapat duduk dengan selesa," ujar beliau ketika membuat lawatan ke rumah yang terlibat .Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung yang terlibat.
10 Aug 19
48
Empty Image
21 Lembu 'Tumbang' Sempena Aidiladha Di Rhu Rendang
Dr. Samsuri mengagihkan daging korban kepada penduduk.MARANG, 11 Ogos - Sebanyak 21 lembu ditumbangkan dalam Majlis Qurban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, hari ini.Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat.Penduduk berkerjasam melapah daging."Ini adalah tanda bahawa dalam masyarakat, kerja yang susah boleh dilakukan jika kita berkerjasama," katanya ketika ditemui media semasa majlis berkenaan, di Pulau Kerengga, pagi ini.Majlis anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) itu bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir tengahari tadi.Sekitar 500 penduduk 'berkampung' di Pusat Tarbiyah PAS cawangan Pulau Kerengga membantu proses melapah dan mengagihkan daging korban kepada 21 buah kampung dalam DUN berkenaan.
10 Aug 19
45
Empty Image
'Degil Jaga Kebersihan, Tarik Balik Lesen'- Amzad Hashim
Ahmad Amzad (tengah) ketika melawat Pasar Payang 2 hari ini.KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Kebersihan perlu diutamakan apa lagi jika berurusan dengan pasar dan pengunjungnya.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, peniaga yang melanggar peraturan kebersihan di premis mereka perlu ditarik balik lesen sekali gus tidak membenarkan mereka berniaga di premis berkenaan lagi."Peniaga yang didapati tidak menjaga kebersihan dan melakukan kesalahan serta tidak dapat mematuhi peraturan setelah ditegur, adalah gagal menyesuaikan diri dengan premis baru ini dan boleh dibatalkan lesen premis."Baik ditawarkan kepada mereka yg boleh mematuhi peraturan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas dakwaan terdapat segelintir peniaga Pasar Payang 2 tidak menjaga kebersihan pasar tersebut.Mereka didakwa sengaja melonggokkan sampah di hadapan pintu masuk pasar berkenaan.Ahmad Amzad berkata, beliau melihat sendiri keadaan yang seperti dilaporkan. "Saya meminta nama kontraktor kebersihan yang bertanggungjawab, bertemu yang menjaga tandas dan surau."Saya harap mekanisme pengurusan kebersihan mesti menatijahksn tahap kebersihan yang munasabah dengan premis baru yang indah dan baik ini," jelas beliau.Kontraktor katanya, mesti yang mampu menunaikan piawai kebersihan yang ditetapkan."Tong-tong sampah mesti cukup, sesuai saiznya dan berada di lokasi yang sesuai. Label, papan tanda, mesej-mesej jaga kebersihan mesti jelas."Kehadiran penguatkuasa beserta ketegasan dalam bertindak adalah perlu," tegasnya.
10 Aug 19
75