Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Terima Peningkatan Peruntukan Pembangunan Bagi 2019
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Negeri Terengganu menerima keutamaan melalui peningkatan Peruntukan Pembangunan (DE) sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2019.Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) hari ini, DE berjumlah RM988.5 juta diberi bagi menjayakan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12) di mana, Terengganu merupakan antara negeri penting dalam usaha penyediaan RMKe-12 sesuai salah satu matlamat jangka masa panjang negara untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas sesi libat urus bersama kerajaan negeri Terengganu bagi penyediaan RMKe-12 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, di Wisma Darul Iman, pagi ini.Sesi libat urus tersebut merupakan salah satu daripada rangka lawatan sehari menteri itu ke negeri berkenaan dan Terengganu merupakan negeri kesembilan yang dilawati dalam siri jelajah MEA.Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Radzi Jidin; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Dato’ Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat.Kerajaan Persekutuan yakin melalui peningkatan peruntukan pembangunan dan kerjasama strategik, Terengganu pastinya dapat meneroka potensi ekonomi negeri yang berimpak tinggi.Antaranya dalam sektor pengangkutan dan logistik, kegiatan industri hiliran berasaskan minyak dan gas, eko-pelancongan dan pertanian pintar yang bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dan pendapatan tinggi kepada rakyat, tetapi juga menjana pertumbuhan ekonomi yang bakal menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.
14 Aug 19
101
Berbeza Fahaman Politik Tidak Jejas Kerjasama - MB
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos- Perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang untuk wujudkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan sebaliknya ia membuka ruang baharu dimana dasar pentadbiran ‘check and balance’ dapat dilaksanakan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata majlis-majlis yang dianjurkan bersama adalah contoh dan bukti bahawa politik masa kini adalah politik matang dan terbuka. “Bahkan komitmen dan keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap negeri ini dapat dilihat pagi tadi dalam sesi libat urus antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan kerajaan negeri Terengganu di dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK KE12) yang membolehkan kerajaan negeri menyuarakan pandangan-pandangan dan cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian di dalam penyediaan RMK KE12 tersebut,” ujarnya.Dato' Seri Ahmad Samsuri mengiringi Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk beramah mesra dengan sebahagian daripada penjawat awam yang hadir di majlis yang berlangsung hari ini di Dewan Besar Wisma Darul ImanBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Silaturrahim Bersama Penjawat Awam Dan Persekutuan Negeri Terengganu bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali; Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu; Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Noor Zari Hamat; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Persekutuan di Terengganu.Terdahulu, Azmin menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Penyediaan (RMKE12) Kerajaan Negeri Terengganu di Bilik Gerakan Negeri dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu yang merupakan negeri kesembilan yang dilawati dalam siri jelajah MEA.Tambah Ahmad Samsuri lagi, dengan perkembangan yang sedang berlaku ini, beliau mengharapkan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan agensi kerajaan persekutuan terus diperkukuhkan dengan lebih baik. “Sebagai penjawat awam sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri, ‘expectation’ pelanggan atau rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini sudah tentunya memerlukan kita membuat pembaharuan yang berterusan supaya kita sentiasa responsif dan relevan,” katanya.Jelas beliau, tanggungjawab ini amatlah besar kerana warga penjawat awam merupakan penggerak kepada sesebuah kerajaan negeri dan juga persekutuan. Walaupun bagi sesetengah pihak melihat kerjaya ini mudah, tetapi pada hakikatnya ia tidak semudah yang disangka.“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya yakin walau apapun cabaran yang ada dihadapan, kita akan mampu mengatasinya secara bersama demi melihat masa depan negeri dan negara yang kita sayangi ini terus maju, berkat dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat,” ujar Ahmad Samsuri.Menurutnya lagi, Terengganu meletakkan visi untuk menjadi sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang tahun 2030 sebagaimana Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).
14 Aug 19
53
Hari Tasyrik Pupuk Semangat Komuniti
Ridzuan Hashim.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Konsep gotong-royong dan kerjasama pada hari tasyrik berjaya memupuk semangat komuniti dikalangan penduduk kampung.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Petiti, Awang Salleh berkata, hari tasyrik merupakan hari kebesaran dalam Islam dan ramai perantau mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk melakukan ibadat korban.“Kita juga mengambil peluang ini ketika ramai perantau pulang untuk menganjurkan kejohanan futsal pada sebelah malam.“Setelah pada siang hari kita bergotong-royong menguruskan ibadat korban, malamnya kita bersukan pula supaya keramahan antara penduduk sentiasa berkembang,” ujar beliauBeliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Tertutup Bukit Petiti yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Bukit Petiti, kelmarin.Anak muda komited membudayakan amalan sihat dalam kehidupan.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim turut berucap dalam majlis berkenaan berkata, dengan semangat kerjasama yang tinggi antara masyarakat kampung itu, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan 16 pasukan futsal dari serata kampung.“Tahniah kepada pengurusan MPKK Kampung Bukit Petiti kerana bijak mengintai peluang dalam meraikan bakat dan minat anak-anak muda.“Penerimaan masyarakat terhadap penganjuran aktiviti merupakan kesan yang positif dalam membangunkan komuniti setempat,” katanya.Beliau juga berharap agar para pemuda tidak hanya menumpukan kepada aktiviti sukan semata-mata, sebaliknya turut sama menghayati kehidupan sebenar sebagai hamba Allah dengan sentiasa memantapkan ilmu.“Terutamanya ilmu Fardu Ain agar ia menjadi benteng yang akan memelihara kehidupan kita semua.
14 Aug 19
53
Sedia Terima Teguran – Dr Azman
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 15 Ogos – Disiplin, intergriti, beretika dan penuh kewibawaan perlu diterapkan dan ditingkatkan dalam diri setiap pekerja agar membentuk pekerja yang berkualiti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata setiap pekerja tidak kira samada kakitangan kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu menerapkan nilai-nilai murni bagi memastikan kualiti kerja itu paling terbaik.‘’ Sekiranya ada yang mendakwa bahawa terdapat kakitangan Jabatan Pertanian Terengganu tiada kerja, makan gaji buta, saya sebagai orang yang bertanggungjawab akan terasa.‘’Yang pertamanya, saya akan jemput orang berkata begitu untuk datang ke pejabat. Saya mahu tahu apa sebab tuduhan itu keluar,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menziarahi dua kematian di Kampung Anak Ikan dan Kampung Gong Berangan, petang semalam.Katanya, beliau sebagai pemimpin sentiasa bersedia untuk bertanggungjawab perbetulkan keadaan sekiranya dakwaan itu berasas demi menjaga prestasi, nama baik dan penambahbaikan.‘’ Kalau dakwaan dia ada asas, tanggungjawab sayalah sebagai pemimpin untuk perbetulkan keadaan. Kalau dakwaan sekadar atas angin, dia yang kena perbetulkan,’’ jelasnya.Terdahulu Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengingatkan untuk menjaga adab-adab sewaktu menziarahi kematian."Ketika ziarah, kita ambil peluang untuk menginsafi diri agar tidak sombong ketika hidup kerana semua orang akan menemui tempoh pengakhiran hidup.‘’ Hebat macam mana pun, sampai masa kita perlu diusung. Tidak boleh berjalan sendiri ke kubur. Maka janganlah angkuh semasa kita masih boleh melangkah gagah,’’ katanya.
14 Aug 19
35
'Jangan Buruk Sangka Terhadap ATM' - Amzad Hashim
Ahmad Amzad bersama pasangan pengantin di satu Majlis Perkahwinan di Taman Tamadun Islam (TTI) baru-baru ini. KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - "Komunis mungkin berdendam dengan pasukan keselamatan. Tetapi warganegara sejati tidak akan sesekali hilang pedoman," tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.Beliau berkata, di bulan Kemerdekaan ini rakyat Malaysia perlu semarakkan semangat patriotisme dan penghargaan kepada mereka yang berkorban mempertahankan negara dari ancaman musuh dari dalam dan luar negara. "Saya cukup merasa kesal kerana masih ada warganegara Malaysia yang memperkecilkan peranan pasukan keselamatan yang menjadi tonggak kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran negara."Anda boleh berniaga dan menjadi kaya raya kerana keselamatan dan kemakmuran negara. Tanpa adanya keselamatan negara, anda mungkin sedang berlindung di dalam longkang dan khuatirkan keselamatan nyawa dan keluarga jauh sekali mempunyai ruang untuk mempunyai empayar perniagaan dan menjadi jutawan," katanya dalam satu kenyataan di status facebook beliau hari ini.Ahmad Amzad dipercayai mengulas kenyataan seorang jutawan yang merendahkan tugas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa kononnya anggota tentera tiada kerja hanya makan dan tidur sahaja.Ahmad Amzad berkata, pelabur sejati mengetahui kriteria utama risiko pelaburan berkait rapat dengan soal keselamatan, keamanan, kestabilan politik."Perkataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan yang menjadi pembiaya kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya tentera kita hanya “tidur dan makan”, ada yang tak “pernah tembak sebutir peluru pun kecuali di padang sasar” mempunyai nada yang sangat biadab dan memperlekehkan peranan tentera."Jangan jadi lupa diri seperti kacang lupakan kulit. Keringat pasukan keselamatan yang berkorban sama ada di darat, laut dan udara menyumbang kepada keamanan negara," tegas beliau.Bagaimana pun jutawan bukan Melayu itu telah membuat pengakuan permohonan maaf secara terbuka dalam blognya semalam.
14 Aug 19
129
Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin Iktiraf Malaysia Negara Unik
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Ogos - Kerajaan Terengganu akan membuka Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin di Dungun tahun depan antara lain untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara unik, berbilang kaum.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat itu di bawah kendalian Yayasan Terengganu (YT).Pusat itu katanya akan memulakan sesi pembelajaran di bangunan Sekolah Imtiaz Dungun dengan pengambilan pelajar pertama seramai 50 orang, masing-masing 25 pelajar lelaki dan perempuan.Katanya, di samping mereka belajar menghafal 30 Juzuk Al-Quran, mereka juga belajar Bahasa Mandarin untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Ini komitmen kerajaan supaya mereka diajar bahasa itu bagi memahami kelompok kaum yang menggunakan bahasa berkenaan."Kita berharap ia boleh menambah ilmu pengetahuan kepada masyarakat negeri Terengganu, di samping menghafal Al-Quran, berupaya juga menggunakan bahasa Mandarin," jelas beliau.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis 'Flag Off' (kibar bendera) Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sempena Hari kemerdekaan Ke-62 di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini hari ini.Turut hadir Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Azahar Ismail.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, anak Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di seluruh negeri Terengganu berjumlah 530 pelajar."Di negeri Terengganu sahaja kita ada 530 orang anak Melayu yang belajar Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah."Jadi kerajaan negeri memberi ruang kepada mereka untuk belajar di pusat tahfiz tersebut dan boleh mengambil SPM di situ." ujarnya.
14 Aug 19
38
'Kerajaan Malaysia Perlu Perkukuhkan Perpaduan Nasional' - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (kiri) ketika melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Kerajaan Malaysia perlu memperkukuhkan Perpaduan Nasional kerana terdapat beberapa insiden boleh menggugat keutuhan perpaduan tersebut sejak akhir-akhir ini.Tanpa menyebut insiden tersebut Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi orang Islam, mereka mempunyai panduan tersendiri untuk mengukuhkan perpaduan sesama mereka berteraskan Al-Quran dan Sunnah."Bagi sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini tentu ada perkara yang boleh mengikat perpaduan rakyat dari pelbagai kaum yang ada di dalam negara kita."Antaranya ialah negara kita mempunyai rukun negara. Dalam rukun negara itu ada ciri-ciri yang perlu seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa mereka sama ada Melayu, Cina atau India dan etnik-etnik lain, perlu memahami benar-benar makna rukun negara tersebut," jelasnya.Katanya antara perkara yang boleh digunakan dalam konteks semasa ialah termasuk bahasa.Katanya, bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Malaysia yang seharusnya diikut, difaham dan ditutur dengan baik oleh seluruh rakyat dalam negara Malaysia.Bagaimanapun agak mendukacitakan selepas 62 tahun negara merdeka masih ada lagi kepincangan berlaku dalam masalah penggunaan Bahasa Malaysia."Masih ada lagi di kalangan rakyat negara kita ini yang tidak memandang pentingnya Bahasa Malaysia sebagai komponen perpaduan nasional," jelas beliau.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis 'Flag Off' (kibar bendera) Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sempena Hari kemerdekaan Ke-62 di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini hari ini.Turut hadir Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Azahar Ismail.Menurut Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri apabila ada kaum dihimpit sampai ke sudut-sudut tertentu sudah pasti mereka akan memberi reaksi dan berlaku tindak balas dan sebagainya."Dan ini adalah kitaran yang tidak akan ada kesudahan. Sebab itu seluruh rtakyat di dalam negara kita ini harus mengakui hakikat, bagaimana kita boleh mengharmonikan hubungan antara kaum," jelasnya.Justeru katanya, mana-mana pihak tidak boleh menggugat sensitiviti mana-mana kaum sehingga kaum itu rasa terancam.
14 Aug 19
125
Daging Korban Makanan Terbaik
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 14 Ogos – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa daging haiwan yang dikorban semasa Hari Raya Aidiladha merupakan daging yang paling baik untuk dimakan.Katanya, daging korban adalah daging yang paling baik untuk dimakan, kerana daging itu disembelih semata-mata kerana Allah SWT.“Ada padanya barakah (berkat), mudah-mudahan Allah terima dan boleh membina jiwa yang baik, insyaAllah.“Maka saya menggalakkan kepada semua orang yang tidak berkorban, agar dapat memperolehi daging korban. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi kebaikan daripada daging yang disembelih kerana Allah SWT”, ujar beliau lagi.Beliau berkata demikian semasa Program Korban Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS),, di Lembah Takir, Kg Baru Seberang Takir, pada hari raya pertama.Program itu merupakan program tahunan PK-NERUS dan pada tahun ini, sebanyak empat ekor lembu bersaiz biasa, dan seekor lembu bersaiz gergasi yang mencecah harga RM 9,500 seekor. Dr Khairuddin juga berkata, pihaknya akan agihkan pada masyarakat sekitar dalam satu kilogram untuk setiap satu keluarga supaya setiap seorang dapat merasa nikmat daging korban.“Program ini bermula pada jam 9.30 hingga 1.00 petang yang melibatkan hampir 100 orang sukarelawan dari seluruh kawasan Kuala Nerus,” katanya.
13 Aug 19
95
Sistem Kutu Mampu Galakkan Guru MDI Sertai Korban
Oleh : Nooreni Abu BakarMARANG, 14 Ogos - Madrasah Darul Iman (MDI) di sini, mengambil inisiatif mengadakan sistem 'kutu' bertujuan membantu guru madrasah itu menyertai Program Korban pada setiap tahun.Timbalan Mudir I MDI yang juga Penasihat Program Qurban Dan Aqiqah MDI, Ustaz Ahmad Buniyamin Razimin berkata, kutipan kutu secara bulanan yang akan dimulakan pada September nanti adalah pertama kali diperkenalkan."Alhamdulillah untuk mereka seekor lembu berjaya diqurbankan, ini satu kelainan yang kita buat pada tahun ini memandangkan mereka kurang berkemampuan. “Sejumlah enam ekor lembu dan sembilan ekor kambing dikorbankan pada tahun ini berbanding empat ekor lembu pada tahun lepas.“Hampir keseluruhan daging disumbangkan kepada pihak MDI dan kelas tuisyen sebagai hidangan tengahari pelajar-pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam yang mengikuti untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam(UPSRI) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). , " ujarnya.
13 Aug 19
199
ROS Berhak Batal Pendaftaran Dong Zong
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) memasang jalur gemilang di sebuah kereta di Perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Ogos -Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh membuat keputusan untuk membatalkan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong selepas siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan tindakan tersebut bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri atau mana-mana entiti lain dalam negara.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang penting semua pihak tidak seharusnya mencetus sentimen yang boleh menekan sesuatu pihak lain sehingga menimbulkan reaksi tindak balas tertentu."Mereka harus menyedari dalam konteks negara kita ini, semua kaum perlu perkasakan bahasa kebangsaan, pendidikan dan pembelajaran dan sebagainya."Mereka harus memahami dasar pendidikan nasional umpamanya. Sekiranya mereka tidak memahami konteks pembinaan negara Malaysia, maka timbullah pertikaian yang sepatutnya tidak dipertikaikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada media di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini mengulas tindakan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong membantah pelajaran khat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia kepada murid tahun empat di sekolah vernakular seluruh Malaysia.Sebelum ini Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim, dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.Sebagai respon, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’ kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.
13 Aug 19
73