Artikel "Semasa" Terkini
Perutusan Hari Raya Aidiladha 2019 / 1440H Menteri Besar Terengganu
Perutusan Hari Raya Aidiladha 2019 / 1440H Oleh Menteri Besar Terengganu Darul ImanAidiladha: Menuntut Pengorbanan, Merealisasi KejayaanAlhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan ibadah Haji.Aidiladha mengingatkan kita tentang kisah ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Kisah agung yang terpahat dalam kalam Allah ini memberi seribu satu ibrah iaitu menyatukan ummah atas dasar taqwa yang dimiliki. Justeru, perlu ada pengorbanan besar dan kerjasama berterusan daripada seluruh umat.Pelaksanaan ibadah korban mendekatkan hamba kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat kurniaan-Nya. Pengorbanan dari segi perasaan, wang ringgit, masa dan tenaga yang dimiliki amat dituntut demi menjadi hamba Allah SWT yang ikhlas dalam menempuhi perjuangan hidup.Setelah setahun lebih menerajui negeri, pelbagai pencapaian telah dikecapi hasil pengorbanan dan kerjasama semua pihak termasuk pegawai dan agensi kerajaan, anak syarikat mahupun swasta serta rakyat Terengganu.Sokongan jitu amat diperlukan kerana rakyat ibarat akar yang menguatkan sebuah kerajaan. Tambahan, di arus pemodenan ini, kita menghadapi cabaran di media sosial dengan berita tidak sahih yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab. Ini menimbulkan prasangka serta emosi negatif dalam kalangan masyarakat.Bersempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita menyerah diri kepada Allah SWT dan membangun modal insan dengan penerapan nilai murni serta memanfaatkan segala kemajuan dalam negeri.Akhir kata, saya mewakili Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Terengganu.Sekian, terima kasih.“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu11 Ogos 2019 / 10 Zulhijjah 1440H
10 Aug 19
950
Terengganu Isytihar Cuti Umum Hari Arafah Bermula 2020 - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Kerajaan negeri mengisytiharkan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun sebagai cuti umum bagi seluruh rakyat negeri itu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan semua pihak dan ia akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula tahun hadapan.Jelasnya, usaha berkenaan adalah sebagai memperingati Hari Arafah yang menjadi simbolik kepada penyatuan umat Islam walaupun mereka datang dari pelbagai negara dan kaum. "Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya."Umat Islam wajib bersatu memperjuang dan mempertahankan agenda Islam."Penyatuan umat Islam dalam konteks Malaysia adalah amat penting bagi kita berdepan dengan segala ancaman yang sedang menggugat identiti dan jati diri agama serta negara yang kita sayangi ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini semalam.Tazkirah oleh Ustaz Mohib Khouli mencuit hati Menteri Besar Terengganu.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.Menurut Ahmad Samsuri lagi, Hari Arafah seharusnya menjadi satu tarikh penting yang diingati dalam hidup setiap Muslim."Sama-sama kita hayati dan memahami signifikan Hari Arafah atau 'wukuf' untuk diamalkan dalam kehidupan seharian."Semoga pada tahun hadapan, kita pula dipilih oleh Allah Taala, untuk berkumpul di padang Arafah bersama-sama saudara kita dari seluruh dunia," tambah beliau.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama yang mengumumkan Hari Arafah sebagai cuti umum.Program Hari Arafah yang julung-julung kalinya diadakan itu berjaya menarik lebih 1,000 warga Terengganu.Lebih 1,000 hadirin memenuhi ruangan forum.
09 Aug 19
263
Terengganu Tawar Skim Pembiayaan ‘Food Truck’
Nurkhuzaini menegaskan skim itu menawarkan 'Food Truck' pada harga yang berpatutan.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan Skim Pembiayaan ‘Food Truck’ dengan had maksimum pembayaran sebanyak RM75,000.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Koperasi Istiqamah Terengganu Berhad (KITAB) akan menjadi pembekal ‘Food Truck’ kepada YPU apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak terbabit.Jelasnya, ia secara tidak langsung akan memudahkan usahawan untuk memilih ‘Food Truck’ pada harga yang lebih rendah dengan aspek perkhidmatan terbaik.“Ini adalah satu lagi kemudahan untuk usahawan-usahawan kita yang nak berkecimpung dalam bidang ‘Food Truck’ atau kenderaan saji ini.“Istimewanya skim ini ialah pembekal akan membekalkan kenderaan saji mengikut kehendak pemohon tersebut, contohnya jika mahu menjual keropok, pembekal akan bekalkan kenderaan dalam tempoh enam minggu mengikut rekaan bersesuaian dengan jenis perniagaan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dan Pertukaran MOU antara YPU Dengan KITAB di Dewan Serbaguna YPU, di sini semalam.Pertukaran MoU antara YPU dan KITAB.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Anuar Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Nurkhuzaini lagi, usahawan yang berminat juga akan diberikan latihan khusus bagi mengendalikan kenderaan itu sebelum memulakan sepenuhnya perniagaan.“Kaedah mengurus ‘food truck’ seperti cara servis akan diajar dengan teliti selama enam bulan, selepas itu usahawan akan diberikan kebebasan sepenuhnya.“Ilmu pengurusan akaun turut akan diselitkan dalam skim ini bagi memantapkan lagi usahawan, kita sedar ramai usahawan yang berminat, tetapi kurang pakar dalam ilmu tersebut,” katanya.Tambah beliau lagi, majlis pelancaran khas berkenaan skim terbabit akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.“Sekarang kita dah ada lima pemohon, kalau ikut tempoh siap kenderaan iaitu enam minggu, maka kita jangka pelancaran oleh Menteri Besar dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang,” jelasnya.
09 Aug 19
291
Dr. Azman Tempelak Sebaran Maklumat Palsu
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 Ogos – Penyalahgunaan kemudahan teknologi untuk mencetus huru-hara dengan menyebarkan maklumat palsu boleh memberi impak negatif samada kepada seseorang, institusi, masyarakat, negeri mahupun negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, teknologi dunia dihujung jari ini akan memudaratkan sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya. Mengulas lanjut kes penyebaran maklumat palsu yang tular sejak beberapa hari lalu di laman sosial berkaitan makluman kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengumpulkan maklumat pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi bagi menerima sumbangan pada hari ini, beliau menegaskan, ia adalah makluman palsu.“Kita di Jabi bekerja dengan standard pengurusan yang baik. Ada surat dan kaedah untuk pemakluman sesuatu perkara kepada MPKK. Sebaran makluman melalui aplikasi Whatsapps dengan bahasa rojak dan ejaan cincai bukan standard kerja kita,” tempelaknya.Dr. Azman beranggapan, penyebaran tersebut bertujuan memburukkan nama kepimpinan negeri di kalangan rakyat dan memohon agar masyarakat tidak terpengaruh dengannya.“Walaupun dengan mudah menekan satu ‘click’, kesannya amat memudaratkan. Elakkanlah diri dari bersengkongkol dalam melakukan kemungkaran kerana ia bukan sesuatu yang remeh. Pastikan kesohehannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya,” katanya.
08 Aug 19
63
Dua Gol Kipree Rentap Ego Sang Juara
Foto oleh - Media TFC.KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Terengganu Football Club (TFC) untuk menewaskan Juara Piala FA, Kedah 2-0 pada aksi kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.Kekurangan pemain selepas penjaga gol, Ilham Amirullah diperintah keluar padang berikutan mengutip kad merah pada masa tambahan separuh masa pertama tidak menghalang TFC menjaringkan dua gol menerusi Tcheche Kipree.Pada awal saingan separuh masa pertama, penonton disajikan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan.Ia termasuk percubaan Lee Tuck pada minit ke-16 yang dihalang oleh pemain pertahanan Kedah.Gagal menyudahkan setiap peluang terhidang menyaksikan perlawanan separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 0-0 . Ilham diperintah keluar padang setelah melakukan bentesan kepada Farhan Roslan.Bersambung pada babak kedua, Kedah yang berkelebihan seorang pemain mendominasi keseluruhan permainan.Meskipun diasak bertubi-tubi sejak awal babak kedua perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat juang ‘Sang Penyu’ apabila gol pertama hadir pada minit ke-66 selepas sepakan percuma Lee Tuck ditanduk cantik Kipree.Tersentap dengan jaringan pasukan pelawat, Kedah menggandakan asakan terutamanya melalui penyerang berbisa mereka, Fernando Rodriguez Ortega.Serangan bertali arus ke kubu pasukan TFC hampir membuahkan hasil namun percubaan Farhan Roslan pada minit ke-70 dinafikan ketangkasan Penjaga Gol Gantian TFC, Wan Azraie.Kekentalan pertahanan TFC menyaksikan Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin terpaksa melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Zaquan Adha dan Mohammad Fayyadh pada minit ke-75 dan 80.Kemasukkan Fayyadh berjaya menambah bisa serangan Lang Merah apabila gelecekannya hampir memecah kebuntuan, namun bek tengah TFC lebih bersedia menahan rembatan itu.Wan Azraie yang menggantikan Ilham turut beraksi cemerlang.TFC yang sesekali melakukan serangan balas melalui Nabil Latpi dan Kipree hampir menambah derita Kedah pada minit ke-82 tetapi berjaya dihalang penjaga gol Kedah.Namun, pada minit ke-86 kesilapan pertahanan Kedah melenyapkan sorakan penyokong setia Kedah, apabila Kipree sekali lagi memanfaatkan peluang tersebut dengan membuat satu lambungan menarik melemaskan penjaga gol Lang Merah.Selesa mengatasi dua gol, TFC kental bertahan sehingga wisel penamat sekaligus membolehkan mereka menerajui carta teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan.Sementara itu, Kedah jelas hampa dengan kekalahan mengejut terbabit walaupun beraksi di halaman sendiri dan kelebihan seorang pemain.
08 Aug 19
33
Ubi Terengganu Juara Ragbi U-12 MSSM
Pasukan Terengganu U-12 juara Ragbi MSSM. KUALA NERUS, 8 Ogos - Pasukan ragbi Terengganu bawah 12 tahun (U-12) dinobatkan juara Kejohanan Ragbi U-12 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) apabila menewaskan Perak dengan skor 22-5.Pencapaian tersebut nyata mengejutkan banyak pihak apabila pasukan bukan pilihan itu melepasi peringkat demi peringkat dengan baik.Jurulatih pasukan, Mohd Hilmi Mohd Yusoff melahirkan rasa syukur atas kejayaan itu.“Perlawanan pertama, bertemu dengan Perak kita kalah dan kami melihat ada masalah dengan psikologi pemain, kami selesaikan dan kita bangkit semula serta berjaya mengalahkan Johor, pasukan yang digeruni lawan di peringkat suku akhir.“Selepas itu, pemain-pemain semakin yakin untuk beraksi hari ini dan mereka bermain dengan menarik serta menunaikan hasrat untuk menjuarai kejohanan di halaman sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, hari ini.Untuk rekod, kali terakhir pasukan tuan rumah U-12 muncul juara adalah pada tahun 2007.Dalam perkembangan sama, pasukan Terengganu bawah 18 tahun (U-18) yang berdepan Melaka dalam perlawanan akhir Plate di Stadium Mini Gong Badak, hari ini berjaya mengungguli kategori berkenaan apabila menang 12-7.Zulkarnain (baju putih) puas hati perbaiki kedudukan.Jurulatih pasukan, Zulkarnain Mohd Zawawi melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut. “Alhamdulillah, kita johan kategori Plate iaitu berada dalam kedudukan kelima keseluruhan. Pencapaian ini memperbaiki pencapaian tahun lepas di kedudukan kelapan keseluruhan.“Ini menunjukkan kita mula berada di landasan yang betul bagi memperbaiki semula pasukan U-18 kita setelah menjadi juara pada tahun 2015 lalu,” katanya.Pasukan U-18 meraikan kemenangan dalam kategori Plate.
08 Aug 19
972
Dua Warga Emas Rantau Abang Rela Berdikari
Salah seorang pesakit yang menerima bantuan dari Abdul HalimOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Ogos – Ada penduduk Rantau Abang di sini enggan memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan kerana bimbang ada yang lebih layak dari mereka untuk berbuat demikian.Salah seorang yang ditemui, Mohd Syukri Ab Majid, 55 berkata dia masih mampu bekerja walaupun hasil pendapatan tidak cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga. "Takut ada yang lebih susah daripada saya, jadi saya akan mengambil hak mereka, disebabkan saya mereka tidak dapat bantuan.“Jadi saya takut dipersoal di hadapan Allah nanti, " kata bapa kepada lima orang anak itu. Mohd Syukri yang ditemui oleh wakil media ketika rutin ziarah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di sini hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun diwakili oleh pegawai peribadinya, Abdul Halim Nasir membuat lawatan tersebut di Kampung Pinang Baru di sini. Mohd Syukri yang tinggal di Kampung Pinang Baru itu memberitahu pernah mengisi borang e-kasih dan pernah dilawati oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sekali gus dimaklumkan permohonannya berjaya. "Bagaimanapun sehingga sekarang, saya tidak terima apa-apa bantuan, jadi saya diam jelah, mungkin ada yang lebih layak, takut jugok," ceritanya sambil bibir mengukirkan senyuman.Menurutnya empat orang anak beliau masih bersekolah termauk dua orang di sekolah menengah manakala dua orang lagi belajar di universiti awam. Sementara itu seorang penghidap lemah jantung, Mokhtar Ali, 57 yang juga malu untuk memohon bantuan kerajaan memandangkan beliau masih boleh bekerja walaupun tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. "Berilah kepada orang lain dulu, melainkan kalau saya tidak bergerak dan hanya mampu berbaring," katanya yang mempunyai enam orang anak yang mana empat daripadanya masih belajar.Bagi mereka, selagi kudrat masih ada untuk mencari nafkah yang menjadi tanggungjawab seorang ayah dan ketua keluarga, mereka lebih gemar berusaha sendiri menyara hidup keluarga masing-masing tanpa perlu meminta-minta walaupun tahu memang menjadi tanggungjawab kerajaan membantu.
08 Aug 19
52
Kebun Nanas Tenggelam Dapat Perhatian - PP DUN Langkap
Oleh : Ariss AliasSETIU, 8 Ogos – Kejadian Kelompok Nanas Bukit Kecil yang tenggelam mendapat perhatian Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof.Kejadian yang sering berulang apabila berlakunya musim tengkujuh ini menyebabkan sebahagian daripada kebun nanas di sini ditenggelami air dan memberi kerugian kepada pengusaha.Salah seorang pengusaha tanaman nanas,Mazlan Ghani, 47, berkata air yang naik menyebabkan pokok nanas yang berdekatan parit dan sebelah bawah tenggelam seterusnya memberi kerugian besar kepada pekebun.“Tanaman nanas yang terlibat ada dalam beberapa peringkat. Sekiranya anak pokok dalam usia empat hingga enam bulan, kerosakan pada anak nanas dalam sekitar 25 peratus sahaja."Bayangkan 10 ribu daripada 40 ribu anak pokok satu lot (2.5 ekar) terpaksa dibuang. Harga ladang RM2 untuk sekilogram (kg) buah nanas, sebiji nanas sekitar dua kg, didarabkan dengan 10 ribu anak pokok ialah RM40,000.. itu jumlah kerugian,” ujarnya.Jelas Mazlan, sekiranya pokok nanas dalam peringkat mengeluarkan buah, pokok terbabit memang tidak dapat diselamatkan 100 peratus."Sebab itu kebanyakan pekebun kecil di kawasan yang sering tenggelam ini menjual anak pokok dalam usia muda kepada Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir untuk dijadikan makanan,” tambahnya lagi.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa sesi lawatan ke Kampung Bukit Kecil sempena ziarah orang Miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), Sakit, Warga Emas dan Anak Yatim (MOSWAY) bersama Ahli Parlimen Setiu, Yang Berhormat Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir ke empat buah kampung di Mukim Chalok semalam.Sementara itu, Azmi Maarof berkata beliau akan bawa permasalahan ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Setiu bagi melihat sistem perparitan di kelompok nanas ini sama ada perlu diperbaiki atau tidak.“Kita akan turut libatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Setiu untuk melihat ‘ Culvert ’ yang menghubungkan saliran sebelah kebun nanas dengan seberang jalan yang dikatakan punca utama aliran air tidak mengalir dengan baik apabila datang musim hujan nanti.”“Mereka (pekebun) mendakwa kedudukan ‘Culvert’ ini agak tinggi dan sempit menyebabkan aliran air keluar perlahan. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menyelesaikan isu ini," ujar beliau.
08 Aug 19
584
' The Durian Day ' Dapat Sambutan Hangat
Oleh : Hidayah Azlin KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Program jualan terus dari ladang ‘ The Durian Day ‘ diserbu orang ramai sejak pagi sehingga habis jualan dengan pelbagai pilihan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata program ini bertujuan menjual buah-buahan antara pengeluar dan pengguna secara terus tanpa peranan orang tengah. ‘’ Dengan ini rantaian bekalan boleh disingkatkan dan pengeluar boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi serta pengguna boleh dapat buah-buahan dengan harga yang lebih murah.‘’ Pelbagai pilihan buah-buahan tersedia seperti durian kampung, durian D24, salak rod mellon, cempedak, manggis, rambutan, petai dan dokong. Selain itu, produk-produk lain yang berasaskan durian turut tersedia seperti aiskrim durian, lemang durian, cream puff durian dan banyak lagi,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas melawati gerai-gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Jualan Durian Day – Jualan Anak Beranak & Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian & IAT Negeri Terengganu 2019 di Pejabat FAMA Terengganu, semalam.Pada masa yang sama, Dr. Azman turut memperkenal dan mempromosikan buah ikon Negeri Terengganu, Melon Manis Terengganu (MMT) yang mempunyai keunikan tersendiri.“MMT tidak sama dengan melon manis lain samada dari segi kemanisan, kerangupan, warna kulit dan isinya."Walaupun mungkin harganya agak tinggi dengan harga RM8 sekilogram tetapi sesiapa yang mencuba kali pertama pastinya akan mencari lagi,’’ jelasnya.Beliau turut berterima kasih kepada FAMA di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini."InsyaAllah, kita akan meneruskan lagi kerana musim buah Terengganu masih panjang akan menyusul. Selepas ini duku Terengganu pula tiba, cuma yang ada ini duku dibawa dari negeri lain semestinya rasanya tidak sama,’’ ujarnya.
08 Aug 19
143
Kelas Tajwid Percuma Satukan Masyarakat Batangan Terengganu
Ibrahim Mohamad sedang mengajar tajwid.Oleh : Aziz HambaliMARANG, 8 Ogos - Seruan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera disambut baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batangan yang menganjurkan kelas tajwid secara percuma sekaligus ia berjaya menyatukan penduduk di sana.Ketua Biro Wanita MPKK Batangan, Gayah Sulong, 50, berkata kelas mengaji dan pengenalan tajwid itu diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian al-Quran kepada masyarakat pedalaman.Ujarnya, pengajian secara mingguan itu melibatkan lebih 30 pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada ahli kariah Surau Nurul Ittifaq di samping turut menarik minat pelbagai lapisan masyarakat walaupun berbeza ideologi parti.“Melalui kelas sebegini ini kita akan dapat mengajar orang kampung mengenali dan memahami isi-isi ayat al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah disini.“Kelas tajwid yang kami anjurkan ini diadakan secara percuma bagi memberi peluang kepada orang kampung memahami ayat Al-Quran secara lebih meluas walaupun kami tinggal sedikit jauh daripada orang lain,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Surau Nurul Ittifaq dalam ziarah mahabbah isteri Ahli Parlimen Marang, di sini hari ini.Sementara itu, Guru Kelas Tajwid, Ibrahim Mohamad, 63, berkata, walaupun kelas mengaji anjuran MPKK Batangan sudah menjangkaui usia setahun, namun ia masih mendapat sambutan yang hebat daripada punduduk setempat.“Saya mula mengajar kelas tajwid secara percuma ini setelah tamat mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada setahun yang lepas,” katanya.
08 Aug 19
337