Artikel "Semasa" Terkini
18 Pasangan Raja Sehari Dirai di Hulu Terengganu
Oleh: Muhammad Najib IsmailFoto: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 17 Ogos - Seramai 18 pasangan pengantin baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Telemong dan Kuala Berang selamat diijab qabulkan di Masjid Kg Bukit Perah, Ajil awal pagi tadi.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, perkahwinan merupakan suatu kurniaan dan kenikmatan yang dianugerahkan kepada manusia." InsyaAllah kehidupan kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat sekiranya kita mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam."Pasangan hendaklah jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri di samping mempelajari pelbagai ilmu pengurusan rumah tangga dalam meneruskan kehidupan yang baru," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Tuan Johan Ibrahim; Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid; Pegawai Agama Daerah, Wan Humaidi Wan Ismail dan Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu.Menurut Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang, seramai 194 pasangan berjaya diijab qabulkan di seluruh negeri Terengganu pada pagi ini.Katanya lagi, ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Negeri Terengganu dengan menganjurkan majlis seperti ini bagi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda yang ingin berkahwin dan dapat mengembangkan syiar Islam.
17 Aug 19
350
Terengganu Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Suffian
SETIU, 17 Ogos - Pemergian Penjaga Gol Terengganu Football Club (TFC), Suffian Abd Rahman mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak negeri itu termasuk Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Suffian yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.00 petang tadi."Dengan rasa dukacita saya mengambil kesempatan ini mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Suffian."Pihak kerajaan negeri sangat terhutang budi dengan segala permainan (khidmat) dan jasa yang telah diberikan sepanjang menyarung pasukan TFC," ujarnya ketika ditemui pemberita, di program pesta makan buah, kampung Pelong, di sini hari ini.Tambah beliau, pihak kerajaan akan memikirkan cara terbaik untuk menyalurkan sumbangan sebagai menghargai jasa Suffian."Kita akan memikirkan sebarang bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada keluarganya, atas jasanya selama ini."Diharap keluarganya juga tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini," tambah beliau.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol Pauh selepas solat asar hari ini.Pada 1 Ogos lalu, penjaga gol berpengalaman itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami masalah jantung.Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari dirawat di HSNZ, Suffian berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat rawatan susulan.Musim lalu, Suffian merupakan watak utama yang membawa skuad Penyu muncul naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.Pemain paling senior Liga Malaysia (Liga M) itu yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017 juga beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.
17 Aug 19
1613
Walimatulurus Perdana 2019:Dungun Catat Pasangan Paling Ramai
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 17 Ogos - Walimatulurus Perdana 2019 kali ini menyaksikan Daerah Dungun mempunyai penyertaan paling ramai apabila 41 pasangan telah diijab kabul pagi tadi.Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT), Daerah Dungun, Farah Norfaradila M. Zuki memberitahu penyertaan paling ramai diterima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka iaitu seramai 14 orang."Pada awalnya sambutan suram, mungkin mereka berfikir, tetapi di saat akhir memang terkejut," ujarnya yang ditemui di Majlis Akad Nikah, karnival tersebut di Masjid Tengku Ampuan Tengku Intan Zaharah, di sini hari ini.Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat di Dewan Terbuka Arena Merdeka, Dungun.Turut memeriahkan karnival tersebut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Nik dan juga Pegawai Daerah Dungun, Lizan Che Mat.
16 Aug 19
93
Walimatulurus Perdana, Inisiatif Terengganu Galak Anak Muda Tepati Syarak
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Kerajaan negeri melaksanakan program Walimatulurus Perdana sebagai inisiatif bagi golongan muda agar dapat meneruskan proses semulajadi yang ditetapkan Allah SWT dengan mengikut syariat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tiada lagi alasan buat anak muda untuk memilih jalan-jalan yang tidak menepati syarak dalam perhubungan."Memahami suasana ekonomi masa kini, kerajaan ambil inisiatif memudahkan serta meringankan beban yang ditanggung para belia untuk melangsungkan perkahwinan."Sepatutnya tiada alasan lagi bagi belia kita mengatakan sukar untuk berkahwin kerana kerajaan telah menyediakan segala-galanya," katanya ketika ditemui media dalam program Walimatulurus Perdana 2019 bagi peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Masjid Al- Mukhtafi Billah Shah, hari ini.Seramai 27 pasangan telah menyelesaikan acara akad nikah dan majlis resepsi mereka berlangsung di Stadium Negeri dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, YM Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Wan Sukairi turut menyatakan keyakinan bahawa perkahwinan adalah salah satu penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan rakyat terutama golongan belia disamping program-program lain."Selaras tema Maju, Berkat dan Sejahtera, kita harap belia dan beliawanis dapat bersama-sama kerajaan negeri menjadi negeri yang bebas dari gejala maksiat dan dengan itu rahmat Allah SWT akan datang kepada kita," katanya.Dalam pada itu, Wakil Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Haslina Ismail memaklumkan, kerajaan negeri menaja dan memberikan pelbagai kelebihan kepada pasangan yang menyertai program berkenaan."Kerajaan menyediakan pelamin, cenderahati dan majlis resepsi dianggarkan berjumlah sekitar RM3,500 bagi setiap pasangan."Lebih menarik, jika ada pasangan yang berniaga kita sedia membantu melalui skim Pinjaman Jaya Diri daripada YPK," katanya.Bagi majlis Walimatulurus Perdana tahun ini, seramai 194 pasangan diraikan dalam majlis yang berlangsung serentak hari ini di seluruh kawasan parlimen negeri Terengganu.Untuk rekod, selain Walimatulurus yang telah meraikan 1,167 pasangan sepanjang diadakan, kerajaan negeri turut mengemukakan insentif kelahiran bagi setiap anak yang lahir di negeri ini.
16 Aug 19
130
Konvoi Merdeka 2019 DUN Buluh Gading Meriah
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 17 Ogos – Konvoi Merdeka 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading anjuran Persatuan Sukarelawan Anak Terengganu (PURE) meriah dengan penyertaan 400 buah motosikal.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, konvoi berlepas dari Bangunan Serbaguna Dun Buluh Gading di Kampung Petai Bubus dan bergerak di sepanjang jalan sekitar DUN ini dan seterusnya kembali ke permulaan untuk program seterusnya.“Saya difahamkan, pendaftaran awal untuk program ini sekitar 500 lebih buah motosikal, tetapi hanya 400 buah sahaja yang hadir untuk berkonvoi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program berakhir petang semalam.Ridzuan juga berharap agar program untuk anak muda seperti ini tidak terhenti di sini sahaja, tetapi penganjurannya akan diteruskan pada masa akan datang.Tambahnya, para pemuda perlu menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dengan memerdekakan minda dan cara hidup dari unsur- unsur yang tidak baik.“Kita semua kena kembali dan beramal dengan Islam itu sendiri sebagai bukti yang kita merupakan hamba yang benar-benar merdeka dari segala bentuk penjajahan.“InsyaAllah kita akan semarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini dengan program sepuluh ribu langkah dan marathon pada 30 Ogos ini," ujarnya.
16 Aug 19
393
Kenyataan Sensitif Terhadap Dr Zakir Naik, Menyentuh Sensitiviti Umat Islam
Oleh : Ammar RozlanKUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Kenyataan sensitif sesetengah pihak akhir-akhir ini semakin tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau khuatir dengan perkembangan akhir akhir ini yang mana banyak perkara sensitif ditimbulkan.Katanya, terkini soal berkait dengan tokoh pendakwah yang diterima di peringkat dunia sebagai seorang pendakwah islam dan di Malaysia sendiri Dr Zakir Naik ialah penerima tokoh maal hijrah tahun 2013 yang dipilih oleh kerajaan."Penerima Tokoh Maal Hijrah sudah tentulah melalui penapisan yang ketat dan juga berkait dengan isu Agama serta berkait dengan bidang kuasa yang di Pertuan Agong, jadi sewajarnya penghormatan tertentu diberikan kepadanya."Kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap Dr Zakir Naik oleh sesetengah pihak ini adalah menyentuh sensitiviti seluruh umat islam," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika Program Khidmat Masyarakat Bergerak di perkarangan Surau Baru Pulau Kambing, di sini hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed.Amzad juga berharap supaya berhemah didalam memberikan pandangan.Beliau juga menyeru semua pihak sempena kemerdekaan ini supaya menyemarakkan perpaduan ummah dikalangan rakyat negara tercinta." Ini kerana dengan perpaduan ummah juga, insyaAllah dapat membina negara yang stabil dari segi politiknya, juga aman dan sejahtera untuk seluruh rakyat di negara kita," katanya.
16 Aug 19
41
Terengganu Permudahkan Rakyat Bayar Premium Tanah
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 16 Ogos – Kerajaan Negeri Terengganu memberi kelonggaran bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan kadar premium tanah secara ansuran dalam masa tiga tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata sebelum ini hanya yang berpendapatan RM700 ke bawah sahaja yang layak untuk memohon bayaran secara ansuran. "Namun, setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, kita menaikkan kadar pendapatan tidak melebihi RM1,700 dengan syarat, mereka menjelaskan pendahuluan 20% dari nilai premium tanah.‘’Bayaran jelas atau premium tanah dikira berdasarkan jumlah peratus dari nilaian harga tanah semasa. Bagi tanah pertanian atau tapak rumah di kawasan desa atau kampung di Terengganu sekarang ini adalah antara 10% hingga 25%,’’ jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diajukan penduduk kampung ketika menghadiri majlis kesyukuran di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, baru-baru ini.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu, bagi rakyat termiskin seperti penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula, mereka layak memohon premium dengan kadar nominal RM1000 sahaja tanpa mengira berapa nilai sebenar tanah.Tambah Dr. Azman, usaha itu merupakan penyelesaian kerajaan negeri terhadap kesulitan rakyat dalam menjelaskan premium tanah yang telah meningkat.‘’Sekarang ini harga tanah mahal, sebab itu premium jadi mahal.‘’Kerajaan Terengganu berusaha memberi kelapangan dan kemudahan kepada rakyat untuk memiliki tanah dan kita harap rakyat menggunakan peluang ini dengan baik’’ katanya.
16 Aug 19
232
Pesta Kutip Kepah Acara Tahunan Sungai Buaya
Orang ramai kelihatan gembira mengutip kepah di Sungai Buaya.Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 16 Ogos – Warga Dungun dan sekitarnya menjadikan Acara Mencari Kepah di Sungai Buaya, 2 kilometer dari sini sebagai acara tahunan popular Daerah Dungun.Kepah sejenis kerang-kerangan dari keluarga ‘invertebrat akuatik’ yang hidup dalam air sungai itu banyak terdapat di sekitar 300 meter persegi di muara sungai tersebut, kini menjadi buruan penduduk sekitar khususnya dalam bulan Ogos ini.Mereka berduyun-duyun ke sungai itu untuk mengutip kepah dengan menggunakan tangan dan menangguknya dengan menggunakan bakul jarang terutama di waktu petang dan hari minggu.Situasi tersebut boleh disifatkan sebagai satu pesta mengutip kepah yang menyeronokkan di sungai berkenaan.Hidupan sungai berukuran lilit 10.2 sentimeter seekor itu boleh dijadikan sebagai lauk pauk yang menyelerakan bagi penggemar makanan akuatik itu termasuk dengan membakar atau berebus atau dimasak gulai cili api. Muhammad Syazwan (kiri) dan rakannya Khairil Azizi memperlihatkan hasil tangkapan kepah diperoleh mereka di Sungai Buaya.Seorang pengunjung, Muhammad Syazwan Hamzah, 22 berkata beliau berada di tepi tebing sungai itu selepas solat asar bersama pengunjung lain.Bagaimanapun dengan seorang rakan lain lebih gemar mengutip di tengah sungai yang airnya kira-kira 0.91 meter sahaja.“Saya menumpang bot nelayan tempatan untuk ke tengah sungai mengutip kepah di kedalaman air 0.91 meter dengan cara menangguk kepah menggunakan bakul plastik berlubang.“Biasa saya dapat antara seekor dengan lima ekor kepah sekali tangguk dan acap kali juga tak dapat apa-apa,” katanya.Beliau yang juga pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berkata, ini adalah pengalaman pertama beliau dan berasa teruja melihat dan merasai sendiri cara mengutip kepah. "Inilah pengalaman pertama saya untuk pergi ke tengah sungai menangguk kepah dan kebetulan pula saya sedang cuti semester hari ini (kelmarin).“Sebelum ini, saya hanya makan kepah di kedai-kedai di Pantai Sura Jeti dekat sini tetapi hari ini saya mengutipnya sendiri dengan menggunakan tangan dan bakul berlubang,” ujarnya.Beliau yang berasal dari Kampung Gong Pasir di sini berkata demikian ketika ditemui pemberita di tebing sungai tersebut petang kelmarin. Sementara itu, rakan sekolejnya, Khairil Azizi Azman Jailani 22, berkata para mahasiswa yang sedang bercuti perlu memanfaatkan waktu terluang dengan menyertai penduduk setempat mencari kepah.“Itu satu acara menarik dan menyeronokkan yang perlu dimanfaatkan pelajar seperti saya,” jelasnya. Kedua-dua pelajar UTeM itu berjaya mengutip hampir dua kilogram kepah sekitar dua jam berendam dalam air sungai itu, setelah menumpang sebuah bot fiber nelayan tempatan. Khairil Azizi berkata, bahawa beliau lebih suka merebus kepah untuk dimakan dengan sos cili sekali gus aura bau dan rasanya cukup lazat dan menyelerakan.
15 Aug 19
643
Terengganu Berpotensi Jadi Hab Penternakan Lembu Sado - Azmin Ali
Azmin Ali bersama Ahmad Samsuri dan Azman Ibrahim melihat hasil ternakan lembu sado milik Mohd ShahrirHULU TERENGGANU, 15 Ogos - Terengganu mempunyai potensi besar untuk menjadi hab penternakan utama lembu sado yang secara tidak langsung akan berjaya memenuhi keperluan pasaran di negara ini.Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali berkata, hasrat itu akan dijayakan dengan beberapa perancangan yang digariskan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri, dan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sesi Libat Urus Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pagi tadi.Jelasnya, usaha berkenaan akan menjana peningkatan kualiti produk dan pendapatan yang lebih lumayan kepada lebih 200 pengusaha ternakan lembu ‘katang’ di negeri itu.“Sektor pertanian dan penternakan ini adalah sektor baharu yang perlu dipelopori dengan menggunakan pendekatan dan teknologi baharu, sudah tentulah ramai di kalangan pengusaha ini berada dalam kelompok B40.“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar dan kerajaan negeri, untuk sediakan sokongan bagi memastikan diwujudkan satu hab, bagi membolehkan pemasaran ini dilakukan dengan lebih berkesan dan memberikan pulangan yang baik kepada pengusaha lembu sado di Terengganu,” katanya.Azmin Ali menegaskan pendapatan golongan B40 akan berjaya ditingkatkan apabila hab lembu sado diwujudkan.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan Lawatan ke Projek Ternakan Lembu Sado, di Kampung Cepoh, di sini hari ini.Hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.Top of FormBottom of FormSementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhar yang turut hadir menegaskan, kerajaan negeri sentiasa memandang serius sebarang usaha untuk memperkukuhkan penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan di negeri itu.Katanya, lebihan tanah serta kawasan yang telah diwartakan untuk menjalankan aktiviti tersebut akan diterokai secara berhemah agar ia memberikan hasil yang lumayan untuk rakyat.Ahmad Samsuri berkata pelan strategik pertanian bakal merancakkan lagi sektor tersebut di negeri berkenaan.“Kita telah lancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 baru-baru ini, untuk memanfaatkan kira-kira 12,000 hektar tanah untuk tiga bidang ini yang belum diusahakan di seluruh negeri.“Kita akan bincang dengan kerajaan pusat dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagaimana cara untuk memperkukuhkan lagi peranan negeri agar tiga bidang ini dapat dimanfaatkan di Terengganu,” katanya.Pelan itu mempunyai enam teras yang mengandungi 61 strategi melalui 128 program, dalam misi mentransformasi pertanian Terengganu ke arah pemerkasaan sumber baharu, meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negeri dan Negara Kasar secara holistik, bagi menjamin keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan.
15 Aug 19
1031
Pemimpin DAP Perlu Jumpa Sendiri Dr Zakir Naik
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri), di Majlis Ceramah Perpaduan Ummah di Taman Shah Bandar Kuala Terengganu malam ini.KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Pimpinan DAP sepatutnya berdepan sendiri dengan Pendakwah Antarabangsa dari India Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini untuk menyatakan dakwaan kononnya beliau seorang ekstrimis.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagaimanapun mereka terbabit tidak berbuat demikian.Justeru katanya, desakan agar Dr Zakir dihantar pulang ke India satu tindakan yang tidak adil dan bersifat rasis serta bercanggah dengan rasionalisasi pemikiran manusia.Beliau berkata, yang mendukacitakan ialah ahli-ahli politik dari Pakatan Harapan (PH) yang berbangsa Melayu turut menyokong desakan pemimpin-pemimpin DAP itu.Katanya, Dr Zakir adalah pendakwah antarabangsa, berdakwah berdasarkan kepada hujah ilmiah dan tidak pernah menghina agama lain."Dia sekadar mengeluarkan hujah. Kalau kita tidak bersetuju dengan hujahnya, sila lawan hujahnya," katanya ketika berucap di Majlis Ceramah Perpaduan Ummah di Taman Shah Bandar di sini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pusat, Aminuddin Yahya, Pengerusi UMMAH Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abbas dan beberapa kepimpinan UMMAH lain.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, pemimpin DAP terbabit termasuk Lim Kit Siang dijemput oleh kerajaan Kelantan datang ke negeri itu untuk berhujah dengan Dr Zakir tetapi amat mendukacitakan mereka berkenaan tidak hadir di Stadium Sultan Muhammad Ke IV untuk berbuat demikian.Wan Sukairi menambah, walaupun kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan didominasikan oleh orang Islam tetapi DAP cukup berpengaruh dalam kerajaan tersebut."Pengaruh DAP dapat dilihat dalam menentukan mata pelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular (berasaskan bahasa ibunda). Ia dibenarkan apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju diajar di sekolah berkenaan."Jika PIBG tidak setuju maka ia tidak boleh diajar di sekolah tersebut," ujarnya.
15 Aug 19
57