lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Lima Kedai Terbakar, Babit Kerugian RM1.2 Juta
Oleh: Pok AbasKUALA TERENGGANU , 19 Ogos- Lima unit kedai di Jalan Sultan Mohamad, Kampung Gong Kapas, di sini, musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian RM1.2 juta, malam tadi.Kejadian kira-kira jam 10 malam itu memusnahkan deretan rumah kedai termasuk tiga kedai menjual lampu hiasan dan barangan elektrik dan dua kedai menjual aksesori serta alat ganti kelengkapan motosikal.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.Katanya, seramai 35 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, BBP Jalan Kota dan BBP Marang bersama empat jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 malam."Kita mengambil masa kira-kira enam minit untuk tiba di lokasi iaitu jam 10.39 malam dan setibanya di situ, didapati bahagian belakang deretan kedai itu sudah terbakar 70 peratus."Kita percaya mungkin kejadian bermula dari bahagian belakang bangunan menyebabkan orang awam tidak menyedarinya dan lambat memaklumkan kepada pihak kami," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Mohamad Shoki berkata, usaha memadamkan kebakaran berdepan kesukaran kerana struktur bangunan separuh kekal yang terdiri daripada batu bata dan kayu selain kedudukan bangunan yang berdekatan antara satu sama lain.Selain itu, katanya, susunan barang di dalam kedai yang didapati begitu rapat juga antara masalah yang terpaksa dihadapi pihaknya untuk mengawal api di bahagian dalam bangunan."Dalam masa sama, kami terpaksa berdepan beberapa risiko letupan semasa kerja-kerja memadamkan api memandangkan terdapat banyak bahan mudah terbakar dan bahan mudah meletup di dalam bangunan itu.Bagaimanapun, kecekapan anggota bomba berjaya menghalang api merebak kedai-kedai berdekatan dan pihaknya mengambil masa setengah jam untuk mengawal api sepenuhnya," katanya.Kata Mohamad Shoki lagi, pihaknya sedang menyiasat punca dan nilai sebenar kerugian dalam kejadian itu- Sinar Harian
18 Aug 19
79
Empty Image
Dr Zakir Naik Diprovok Kerana Kejayaan Islamkan 'Non Muslim'
 Ahmad Amzad HashimKUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Ada segelintir pemimpin Kerajaan Pusat bimbang jika dibiarkan tinggal lama di Malaysia, Penceramah Antarabangsa Dr Zakir Naik akan berjaya mengislamkan ribuan penganut bukan Islam di seluruh negara.Justeru Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pemimpin-pemimpin bukan Islam dan ada pemimpin bernama Islam sendiri cuba menimbulkan provokasi dan menekan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar menghalau pendakwah itu keluar dari negara ini."Anda usir Zakir Naik, umat Islam akan usir kamu dari kerajaan paling lewat di pilihanraya umum akan datang," tegas Ahmad Amzad dalam satu kenyataan media mengulas perkembangan mutakhir mengenai pendakwah bebas itu hari ini.Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu memandang serius perkembangan mutakhir berkait dengan isu tersebut.Katanya, Dr Zakir Naik terkenal dengan ceramah perbandingan agama yang mendorong ribuan masuk Islam secara sukarela. "Tidak pernah ada laporan bahawa beliau memaksa orang hadir ke ceramah beliau atau memaksa sesiapa untuk masuk Islam," jelasnya.Menurut beliau Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen, kebebasan bersuara adalah satu prinsip asas dengan syarat syarat tertentu untuk menjaga kepentingan kerukunan masyarakat. Katanya, Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan yang kerana itu adalah munasabah Islam dikembangkan melalui pelbagai pendekatan dakwah yang dibenarkan oleh Islam."Islam melarang sebarang paksaan dalam soal kepercayaan. Perbincangan, perbahasan yang bersifat akademik dengan merujuk sumber sumber yang berautoriti adalah sesuatu yang diterima oleh masyarakat yang bertamadun."Anda berbahas, keluarkan hujah. Terpulang yang mendengar mahu menerima atau tidak."Yang tidak boleh diterima adalah ucapan berapi api yang bersifat menghasut kebencian, permusuhan dan pergaduhan yang membawa kepada kecederaan fizikal dan harta benda," jelas beliau lagi.Beliau mendengar ceramah Dr Zakir Naik dan mendapati di mana mana pun tiada yang berlangsung dalam suasana kebencian, pergaduhan dan permusuhan. "Memang benar ia mencabar pemikiran orang yang tidak sama kepercayaan (dengan beliau) tetapi sebagai manusia yang bertamadun masyarakat boleh menerima atau menolak hujah beliau."Tiada yang mendengar ceramah beliau kemudian menjadi seorang militan yang mengancam sesama manusia sesudah itu."Saya berkongsi keprihatinan Perdana Menteri terhadap komen beliau  yang didakwa mencampuri urusan hubungan kaum. Itu perlu ditangani dengan berhemah dan komen itu sebenarnya tidak perlu dan perlu diteliti sama ada ia didorong oleh apa dan konteks apa," katanya.Menurut beliau, Dr Zakir Naik diterima baik oleh umat Islam di Malaysia. "Yang tidak menerimanya adalah golongan tertentu yang berterusan memberi tekanan dan mereka diberi laluan oleh segelintir umat Islam yang bersifat apologetik tak kena tempat kerana jiwa kerdil yang merasa bergantung hayat kepada sokongan pihak tertentu," ujarnya lagi.
18 Aug 19
80
Empty Image
Terengganu Tunai Janji Serah Semula Tanah 'Terkilan' RTB Beril
Dr. Samsuri melakukan gimik penyerahan kepada salah seorang peserta yang menerima hak milik tanah dan borang 5A. DUNGUN, 18 Ogos -  Penantian selama 15 tahun peserta 'terkilan' Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Telaga Emas Beril Blok 3 berakhir apabila kerajaan negeri menyerahkan Borang 5A kepada 212 peserta tersebut, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, langkah itu adalah komitmen berterusan daripada kerajaan untuk menyelesaikan isu hak milik tanah."Kita bermula dengan menyelesaikan masalah pemilik 'terkilan' yang telah diambil tanah mereka pada tahun 2004 dan ke atas disamping kita cuba menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah."Proses ini berterusan, setakat ini kita telah menyelesaikan anggaran antara 10 ke 15 peratus dan ia melibatkan beribu-ribu lagi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tapak Rumah Dan Ladang kepada Peserta Felda Kertih 4 & 5, serta Penyerahan Borang 5A RTB Beril Blok 3 dan RTB Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Ketengah Jaya, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengurus Besar Wilayah Felda Terengganu, Helmi Fakhzan Abd. Wahab serta Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dungun dan Kemaman.Penyerahan dokumen hak milik (geran tanah) melibatkan 413 orang peneroka di kedua-dua felda dan seramai 33 peserta RTB AMBS pula turut menerima borang 5A setelah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Februari lalu.Penyerahan tersebut turut menjadi penyelesaian yang pertama isu pemilik 'terkilan' bagi daerah Dungun.MB Terenganu komited kerajaan negeri akan menyelesaikan isu hak milik sebaik mungkin.Dalam pada itu, Dr. Samsuri turut menasihati rakyat yang terpilih supaya memanfaatkan tanah yang diperolehi sebaiknya selain memohon rakyat yang belum berjaya supaya bersabar."Kita ada tempoh lagi untuk cuba selesaikan.Peringkat awal proses ini memang agak perlahan, tetapi langkah seterusnya insya-Allah akan semakin cepat."Kami juga berharap wakil rakyat dari masa ke masa dapat dengar cadangan rakyat sekiranya boleh mempercepatkan perkara ini," katanya.Beliau juga menyatakan pelaksanaan RTB baharu akan memakan masa sekalipun begitu, ia tetap diusahakan kerajaan negeri."Kita sedar di daerah tertentu seperti Kuala Terengganu, untuk dapat kawasan sebagaimana dahulu agak sukar dan mungkin akan terkeluar jauh dari kawasan awam. Tetapi, harap-harap rakyat boleh terima jugalah," jelasnya.Untuk rekod, penyerahan semula hak milik tanah kepada pemilik-pemilik yang dirampas merupakan antara manifesto kerajaan Pas Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
18 Aug 19
89
Empty Image
Setiu Perlu Dibangunkan Segera – MB Terengganu
Ahmad Samsuri menanam pokok durian musang king sebagai simbolik penjenamaan semula Dusun Nukleus Pelong.SETIU, 18 Ogos – Setiu merupakan antara tiga daerah yang perlu dibangunkan secara drastik bagi mengembangkan ekonomi penduduk di sana, selain Hulu Terengganu dan Besut.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sangat penting bagi mengelakkan jurang ekonomi penduduk dalam dan luar bandar di negeri berkenaan semakin meningkat. Jelasnya, pembatalan projek East Cost Rail Link (ECRL) di stesen Telaga Papan, Setiu sedikit sebanyak merencatkan perancangan awal pembangunan di sana namun pihaknya akan berusaha memanfaatkan potensi pertanian di kawasan itu.“Bagi merancakkan pembangunan di Setiu, antara cadangan yang kita kemukakan kepada kerajaan pusat selepas pembatalan stesen ECRL di Telaga Papan ialah pembinaan stesen sementara di sepanjang laluan ECRL dalam daerah Setiu.“Manakala, di bawah kerajaan negeri pula, kita akan cuba cari ruang (untuk tingkatkan pembangunan di daerah ini) tetapi mengikut kemampuan semasa kita,” ujarnya.Kata Ahmad Samsuri, kekayaan hasil bumi dan kesuburan tanah di Setiu akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerajaan negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pesta Makan Buah-Buahan di Dusun Nukleus Pelong, Kampung Pelong, di sini semalam.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof.Terdahulu, Ahmad Samsuri turut merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan Lampam ke Perairan Umum Pelong, Sungai Tong dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Setiu dan Jawatankuasa Taman Pelancongan Konservasi Kelah Kampung Pelong.Beliau memberi komitmen untuk membina Jeti baharu di kawasan Perairan Umum berkenaan yang menjadi tempat pembiakan ikan kelah dan ikan lampam.“Tadi saya telah maklumkan kepada pegawai daerah Setiu supaya dapatkan sebut harga untuk dibuat jeti yang lebih berkualiti menggantikan jeti kayu yang sedia ada,” tambah beliau.Melepaskan 200 ekor ikan kelah dan 1,000 ekor ikan lampan ke sungai.
18 Aug 19
286
Empty Image
Guru Berperanan Laksanakan Syariat
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 17 Ogos - Menjadi cabaran kepada guru masakini kerana setiap tindakan mereka sentiasa menjadi perhatian umum.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berharap guru  masa kini perlu menjadi pembimbing kepada pelajar untuk mematuhi  syariat yang menjadi peraturan hidup orang Islam.Katanya, sewajarnya undang-undang di setiap sekolah perlu mengasingkan kelas antara  pelajar lelaki dan perempuan bertujuan   mematuhi syariat islam, selain mengelak pengaulan bebas." Begitu juga bila mengajar subjek Pendidikan Jasmani, pastikan pelajar - pelajar menutup aurat untuk melakukan aktiviti sukan yang patuh syariah."Sebagai contoh, juara 100 meter  Sukan Malaysia(SUKMA) wanita adalah seorang pelari yang menutup aurat," jelasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Pertemuan Bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu(PERMATA) Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di Gong Pasir di sini baru-baru ini.  Kehadiran mahasiswa-mahasiswi seramai 16 orang yang mewakili ahli PERMATA universiti awam berkenaan yang merupakan anak pangkat kepada ADUN tersebut turut disambut oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(iMiTS) DUN Rantau Abang. Alias turut mengingatkan rotan mengikut syariat Islam tidak mencederakan tetapi untuk mendidik."Menurut Islam, hendak rotan, dengan tangan yang pegang rotan hendaklah mengepit buku di celah ketiak bermakna tidak menyakitkan," tambahnya lagi.
18 Aug 19
37
Empty Image
Mat Arab ‘Ketagih’ Durian
Dr Mahmoud Ibrahim EssaOleh : Ariss AliasSETIU, 18 Ogos – Minat yang mendalam terhadap durian menarik kehadiran seorang warganegara Mesir ke Pesta Makan Buah-Buahan Bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dusun Nukleus Pelong, di sini semalam.Dr Mahmoud Ibrahim Essa, yang kini bekerja sebagai pensyarah bahasa Arab di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, beliau tidak menyangka buah yang tiada di negaranya itu sangat menepati seleranya.Jelasnya, durian adalah makanan rutin hariannya sejak beliau diperkenalkan dengan buah tersebut dan ia boleh diumpamakan seperti kopi. “Jarang orang arab atau timur tengah yang sukakan buah durian, tapi saya suka mencuba makanan baru dan rasanya sesuai dengan citarasa saya.“Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang sudi mempelawa datang ke sini, saya pasti kembali pada tahun hadapan untuk merasai lagi keenakan durian di Pelong ini,” tambah beliau ketika ditemuramah oleh media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program itu.Turut hadir dalam program itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Azmi Maarof.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pelong, Yahya Mat Zain  yang turut hadir berkata, durian yang ditanam di Dusun Nukleus Pelong dan disediakan pada pesta berkenaan terdiri daripada jenis D24, D123, Duri Hitam dan Musang King.“Walaupun jenis yang sama ada ditanam di tempat lain, tetapi keadaan tanah subur di kawasan ini memberikan rasa berbeza yang agak unik berbanding durian di kawasan lain.“Saya yakin kualiti durian di Pelong ini setanding dan malahan lebih baik dengan durian yang ada di pasaran.“Insya-Allah pihak kami merancang untuk tawarkan pakej menarik untuk mereka yang ingin merasai makan buah durian secara santai di dalam kebun pada tahun hadapan,” tambah beliau lagi.
17 Aug 19
340
Empty Image
Hatrik Kipree Benam Negeri Sembilan
Kipree mendedikasikan hatrik pertamanya musim ini untuk Suffian.KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Terengganu Football Club (TFC) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Piala Malaysia apabila garang menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.Jaringan Hatrik daripada penyerang berbisa TFC, Tchetche Kipree didedikasikan khas buat penjaga gol pasukan itu, Suffian Abdul Rahman yang meninggal dunia tengah hari tadi.TFC bermula garang apabila melancarkan serangan seawal minit ke-6 permainan, namun sepakan leret Kipree ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Fadzley Abdul Rahim.Tidak berputus asa, TFC terus melancarkan serangan demi serangan yang hampir membuahkan hasil apabila percubaan Lee Tuck pada minit ke-16 sekali lagi ditangkis Mohamad Fadzley.Berselang satu minit kemudian, Negeri Sembilan yang hadir untuk memburu mata pertama sesekali mengancam kubu TFC melalui Jose Almir Barros Neto yang berjaya melepasi kawalan pertahan TFC namun digagalkan Serhii Andrieiev.Perlawanan berlangsung rancak dengan serangan bertali arus pasukan TFC, namun penyudah yang tumpul menghampakan 7,750 penyokong yang hadir ke stadium.Lee Tuck turut beraksi cemerlang dengan hantaran-hantaran menarik yang manghasilkan gol.Walau bagaimanapun, tiga minit sebelum permainan separuh masa pertama berakhir, Kipree muncul wira TFC apabila berjaya memecahkan kebuntuan hasil umpanan cantik Sanjar Shaakmedov dalam kotak penalti.Kipree yang tidak dikawal tenang menyudahkan hantaran itu untuk memastikan TFC mendahului Negeri Sembilan sejurus tamat babak pertama.Bermula separuh masa kedua, TFC terus garang melancarkan serangan bagi memburu gol kedua, peluang itu hadir pada minit ke-47 hasil gerakan cantik Sanjar dan Rahmat Makasuf namun sepakan Kipree melambung tinggi.Tersentak dengan serangan itu, Negeri Sembilan menyerang balas, pada minit ke-57 gerakan cantik yang bermula dari bahagian sayap hampir menewaskan Wan Azraie teteapi gagal disudahkan dengan sempurna oleh Danial Hadri apabila sepakan lemahnya diselamatkan.Rahmat yang beraksi lincah di bahagian sayap kanan TFC sesekali menguji penjaga gawang Negeri Sembilan tetapi aksi cemerlangnya menafikan segala gerakan menarik daripada bahagian itu.Kemasukkan Malik berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.Selepas berhempas pulas, gol kedua TFC muncul pada minit ke-56 apabila Kipree bijak melakukan tandukan hasil sepakan sudut Lee Tuck.Namun, kegembiraan TFC tidak lama, apabila berselang 10 minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya merapatkan kedudukan, apabila tandukan cantik Igor Luiz berjaya menewaskan Wan Azraie di penjuru kiri gawang gol.TFC terus memperkemaskan pasukan dengan memasukkan Abdul Malik pada minit ke-77, dan ia berhasil apabila gerakan Malik berjaya membuatkan pertahanan Negeri Sembilan melakukan beberapa kesilapan mudah.Hasilnya, lima minit sebelum perlawanan tamat, Kipree tenang melakukan sepakan leret untuk melengkapkan hatriknya apabila berlaku keadaan kucar kacir di dalam kotak penalti Negeri Sembilan.Kedua-dua pasukan saling memburu jaringan sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan dengan keputusan muktamad TFC menang 3-1
17 Aug 19
95
Empty Image
Terengganu Komited Tingkatkan Tanah Rizab Melayu
SETIU, 17 Ogos – Kerajaan negeri komited untuk meningkatkan jumlah tanah rizab melayu di Terengganu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar walau bagaimanapun berkata, usaha tersebut akan melalui proses-proses tertentu sebelum sebarang keputusan tentang perkara itu dimuktamadkan.Jelasnya, beberapa strategi akan dilaksanakan terhadap Enakmen Tanah Rizab Melayu (ERM) Terengganu yang dipinda pada 2015 dan 2016 oleh kerajaan terdahulu setelah ia diperhalusi bersama semua pihak.“Kita ucapkan terima kasih atas ingatan, ingatan daripada mana-mana pihak kepada kerajaan negeri sangat kita alu-alukan dan sambut dengan positif untuk kita ambil tindakan.“Kerajaan negeri komited untuk memastikan tanah rizab melayu akan meningkat daripada jumlahnya, walaupun begitu ia melibatkan proses-proses termasuk pengenalpastian dan perundingan antara pihak-pihak terlibat dan ia semua masih dalam proses,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Parlimen Setiu, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini hari ini.Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar dan Ahli Parlimen Setiu, Mohd Shaharizukirnain Abd Kadir.Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Pas Terengganu menunaikan janji untuk menyelamatkan tanah rizab Melayu yang didakwa keluasaan ketika ini cuma 118.21 hektar.Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata, keadaan itu amat kritikal dan perlu segera diatasi berikutan 95 peratus penduduk Terengganu adalah Melayu dan kawasan tanah rizab Melayu di negeri ini terlalu kecil berbanding jumlah keluasan tanah negeri 1.295 juta hektar.Menurutnya, kedudukan tanah rizab Melayu di Terengganu adalah yang terendah di Malaysia sedangkan negeri ini mempunyai populasi masyarakat Melayu antara tertinggi dalam negara.Beliau juga berkata kedudukan kawasan tanah rizab Melayu di Terengganu memang sangat rendah jika dibandingkan dengan negeri lain seperti Pahang yang mempunyai 12.41 peratus tanah rizab Melayu; Kelantan (31.82 peratus); Kedah (31.86 peratus) dan Perak (43.50 peratus).“Jika dibandingkan negeri yang komposisi penduduknya agak seimbang atau peratusan penduduk berbangsa Melayunya tidak setinggi di Pantai Timur pun mempunyai keluasan tanah rizab Melayu yang jauh lebih tinggi. “Jadi kedudukan ini memperlihatkan Terengganu agak pelik dan tidak munasabah. Mustahil kerajaan negeri tidak sedar akan perkara ini,” kata Azan.
17 Aug 19
147
Empty Image
194 Pasangan Kahwin Serentak Di Terengganu
SETIU, 17 Ogos -  Sebanyak 194 pasangan pengantin di seluruh daerah Terengganu dinikahkan serentak sempena program Walimatulurus Perdana 2019 hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak  RM776,000 kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk menjayakan acara tahunan berkenaan.Jelasnya, ia menjadikan setiap pasangan diperuntukkan sejumlah RM 4,000 termasuk satu set persalinan pakaian semasa akad nikah dan pakej perkahwinan."Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu yang belum berumah tangga terutamanya kepada anak-anak muda."Kita faham kekangan yang mereka hadapi ini pelbagai, ada perkara yang kita boleh usahakan di peringkat kerajaan yang sepatutnya direbut oleh rakyat negeri ini," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Parlimen Setiu, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini hari ini.Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar dan Ahli Parlimen Setiu, Mohd Shaharizukirnain Abd Kadir.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menegaskan, program seumpama itu sememangnya sangat membantu kebanyakkan masyarakat yang kurang berkemampuan.Katanya, permohonan untuk menyertai perkahwinan perdana itu sentiasa bertambah dan menyebabkan kerajaan terpaksa menerokai inisiatif baharu."Selepas ini kita akan adakan lagi, kita menjangkakan sebelum berakhir tahun ini, penghujung tahun ini."Kita akan buka balik permohonan nanti, dan daripada senarai nama itu, kita akan buat lagi program seperti ini, insya-Allah," tambah beliau.
17 Aug 19
235
Empty Image
Bukit Besar Bakal Jadi Laluan Zikrullah Buat Pendakinya
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk meletakkan papan tanda dengan ayat-ayat zikir di sekitar jalan menuju ke puncak bukit agar dapat memberi manfaat buat pengguna laluan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri , Mohd Nor Hamzah berkata beriadah perlulah mengikuti adat dan syariah Islam yang betul bagi memastikan sesi beriadah aman dan damai. "Saya melihat di sekitar jalan menuju ke puncak bukit banyak ruang-ruang yang sesuai bagi meletakkan papan tanda yang tertera ayat ayat zikir."Ini termasuk kata-kata semangat  bagi orang yang berjalan kaki supaya dapat berzikir ketika mendaki ke puncak," kata beliau.Beliau berkata sedemikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mendaki ke puncak Bukit Besar di program Hiking Bukit Besar Bersama anjuran Akademi Didik Ulama AMILIN Terenggau (DUAT) dengan kerjasama Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) semalam.Turut hadir, Pengarah DUAT, Ramlan Hj Mahmood.Tambahnya lagi, beriadah perlulah mengikuti undang -undang islam yang ditetapkan dimana perlu menjaga adat-adat seperti pergaulan bebas dan juga permakaian.“Kita beriadah tidak salah , tetapi adat beriadah itu perlu kita jaga seperti pergaulan bebas diamana lelaki dan perempuan bukan  mahram bersama sama  dan juga permakaian perlulah menutup aurat dengan sempurna," kata Mohd Nor.Beliau juga memuji pihak DUAT dan ADAM kerana dapat menjayakan program ini dan berharap dapat diteruskan untuk masa hadapan.“Saya melihat program ini amat bagus bagi memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada secara bersua muka mahupun dengan edaran risalah-risalah ilmiah dan semoga dapat diteruskan dari  masa ke masa," ujar beliau.
17 Aug 19
92