Artikel "Semasa" Terkini
Tekad Cari Hidayah, 150 Mak Nyah Sertai Kem Ibadah
Penganjur bergambar kenangan bersama para peserta.Oleh: Syed KamalKEMAMAN, 21 Ogos - Seramai 150 orang 'mak nyah' dan 'gay' menyertai Kem Ibadah Golongan Mak Nyah Peringkat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersama Persatuan Insaf Pahang.Program yang berlangsung 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 Ogos yang lalu, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu bertujuan membuka ruang untuk mereka (Maknyah) memperbaiki diriya dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini di samping ingin menyedarkan mereka bahawa masyarakat mengambil berat tentang mereka.Pengarah Program, Dr Samsul Draman berkata, program ini bukan sekadar ingin menyedarkan golongan ini, tetapi menyedarkan masyarakat kita sendiri dengan mengubah mentaliti kita terhadap golongan ini.Dalam pada itu, ingin melatih pelajarnya untuk berhadapan dengan golongan ini apabila mereka mula bekerja dalam dunia perubatan nanti.“Golongan ini adalah masyarakat yang boleh berubah kembali ke normal, penyakit sebenar mereka ialah dari hati, jika masalah fizikal diberi makan ubat, penyakit ini perlu diubat ubat melalui hati.“Hospital lebih fokus kepada penyakit fizikal, golongan agama fokus kepada hati, jadi kami integrasikan dua golongan ini bagi mengubati penyakit mereka ini.“Ada dari mereka meluahkan berkenaan sikap doktor-doktor yang ada hari ini melayan mereka seperti sampah disebabkan latar belakangnya. Masyarakat kita melihatnya dari sudut negatif tanpa memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubunginya hari ini.Tambah beliau, terdapat sesetengah jabatan yang membuat program seperti ini, tapi tidak mengambil langkah susulan selepas program, akhirnya golongan ini kembali ke tempat asal mereka.“Kita dapati terdapat beberapa jabatan yang mengadakan kem pemulihan ini, itu bagus, tapi tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka (Maknyah), akhirnya mereka kembali ke tempat asal kerana ingin dapatkan punca pendapatan, kita kena bantu merka secara keseluruhan.“Setiap minggu kami akan adakan kelas mengaji di Indera Mahkota 2, pengajarnya bekerja secara sukarela. Kami sentiasa ‘follow up’ mereka supaya mereka tidak terjerumus dengan kegiatan songsang mereka sebelum ini.“Kami juga bantu mereka dari segi kewangan dan juga kerohanian. Kita nak bagitahu mereka yang kita tidak tinggalkan mereka”.Program ini merupakan program tahunan yang bermula sejak tahun 2011. Bilangan peserta semakin menaik dari tahun ke tahun, bermula dari 30 orang, kini mencecah 150 orang.Menurut penganjur, pada tahun depan program ini akan dibuat di peringkat asia yang mana Malaysia akan mengetuai dan menjadi tuan rumah di mana mereka (penganjur) sudah ada pertalian dengan agensi-agensi ini di seluruh negara asia.Program ini dikendalikan oleh 40 orang pelajar yang bekerja secara sukarela sepanjang program, 33 pelajar perubatan tahun empat UIAM Kuantan dan 7 pelajar dari USM.Antara penaja dari agensi Kerajaan Negeri Terengganu pada program kali ini ialah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Centre (DITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Program ini juga mendapat kerjasama yang baik oleh pelbagai pihak antaranya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, T-Fitrah, Yayasan Islam Terengganu dan banyak lagi.
21 Aug 19
100
IQ-ONE Terbit Album Kedua Tahun Depan
Enam anggota IQ-ONE bersedia membuat persembahan secara langsung.Bermula dari kumpulan nasyid sekolah, IQ-ONE satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Islam khususnya di bumi Terengganu Darul Iman.Ketua kumpulan nasyid kontemporari itu, Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi Ahmad, 30 berkata, IQ-One yang nama asalnya Ikhwan banyak menimba pengalaman mengalunkan lagu-lagu nasyid ketika anggota kumpulan itu belajar di Sekolah Menangah Agama (SMA) Marang tahun 2005.IQ-ONE bersama Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (duduk kiri) selepas membuat persembahan di Marang baru-baru ini.Menceritakan sejarah kejayaan kumpulan itu beliau yang juga dikenali dengan Solah IQ-ONE berkata hasil bimbingan beliau sendiri, kumpulan nasyid itu telah menempa nama antara kumpulan nasyid yang banyak memenangi pertandingan akhir di peringkat SMA negeri Terengganu.Katanya kumpulan itu menjadi johan empat tahun berturut-turut dalam Pertandingan tersebut mulai tahun 2005 hingga 2008 yang diadakan masing-masing di SMA Marang (2005), di Kolej Islam dan Sains (KIST) Kuala Berang, Hulu Terengganu (2006), di SMA Mahmudiah Kuala Berang, Hulu Terengganu (2007) dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) Kuala Terengganu (2008). Ketika itu mereka terdiri dari lapan orang pelajar SMA tersebut diketuai oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh Zulfahmi Suhaimi, Mohd Syafiq Abdullah, Wan Mohd Faiq Ibtisam Wan Ali, Abdul Muiz Husin, Zul Aiman, Mohd Izzuddin dan Mohd Ridha Faisal.IQ-ONE membuat persembahan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di DUN Bukit Payung Marang baru-baru ini, dari kiri Zulfahmi, Zulhalmy, Muhammad Aslam, Solah dan Ahmad Syahir.Katanya, pada tahun 2009 kumpulan itu mula keluar dari alam persekolahan sekali gus lebih aktif membuat persembahan dalam acara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan mengalunkan kira-kira lima buah lagu nasyid termasuk ciptaan kumpulan itu sendiri.Dalam satu perjumpaan dengan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kuala Terengganu semalam, Solah berkata, kumpulan nasyid itu pernah membuat persembahan di Ijtima' dan Hari Guru PASTI Seluruh Malaysia di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu dan di Program Amal Palestin di sebuah pasaraya milik anak Terengganu, SABASUN 1 di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu dan Himpunan Perdana Orang Mude Geng Kita di Kuala Nerus, di sekitar tahun 2010.IQ-ONE bersama Ustaz Mohd Nor Hamzah (tengah) selepas persembahan di Bukit Payung Marang baru-baru ini.Bagi memperkenalkan kumpulan itu di kalangan masyarakat desa IQ-ONE telah menganjurkan sendiri majlis Maal Hijrah di Dewan Tok Guru Rusila Marang dengan persembahan menghibur dan mendidik jiwa.Katanya, persembahan terbaru kumpulan nasyid itu ialah di Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Kuala Nerus di sebuah hotel di daerah itu baru-baru ini.Muhammad Aslam (kiri) dan Zulhalmy membuat persembahan.Dalam pada itu Solah memberitahu pada tahun tersebut secara rasmi nama kumpulan itu bertukar kapada nama baru iaitu IQ-ONE yang setiap hurufnya memberi maksud tersendiri."'I' bermaksud Islam, 'Q' (Al-Quran), 'O' bermaksud, 'One' (Satu), 'N' bermaksud 'Nation' (bangsa) dan 'E' bermaksud 'Excellence' (Cemerlang). "Ertinya kumpulan nasyid kami bermotifkan untuk menegakkan Islam dan Quran sebagai asas hiburan bagi mewujudkan bangsa atau kumpulan yang cemerlang dari semasa ke semasa," jelasnya. Zulfahmi.Bermula dari perubahan nama dan cita-cita untuk lebih serius menyertai industri nasyid, IQ-ONE mula merakam album sulung berjudul Jangan Lupa Tuhan mengandungi lima buah lagu dengan kos RM17 ribu.Katanya, rakaman dibuat di studio sebuah syarikat rakaman popular di Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira empat hari.Album itu mendapat sentuhan muzik dari Ustaz Zulkarnain Mohd Nor atau Zul Kumpulan Visa dan dengan penampilan khas Abdul Alim Zakaria, anggota kumpulan Shoutul Amal.Lagu-lagu berkenaan termasuk Kau Idola (lagu dan lirik oleh Zul Kumpulan Visa), Akhlak Mulia, Jangan Lupa Tuhan, Kilauan Memori dan Cinta (lagu dan lirik ciptaan IQ-ONE).Kumpulan itu kini dianggotai enam orang penasyid terdiri dari Solah sebagai ketua kumpulan dan lima anggota lain termasuk Zulfahmi Suhaimi, 28, Abdul Muiz Husin, 27, Zulhalmy Zulkifli, 26, Muhammad Aslam Wira, 27, dan Ahmad Syahir Yahaya, 26.Persembahan dan maklumat mereka boleh diakses melalui laman youtube.com dengan menaip IQ-ONE Official, di Instagram (iqoneofficial) dan Facebook (IQ-ONE). Abdul Muiz.Solah berkata IQ-ONE merancang untuk menerbit album kedua dengan 10 buah lagu termasuk enam lagu baru dan empat lagu lama yang muziknya diperbaharui."IQ-ONE akan membuat latihan intensif tidak lama lagi bagi menjayakan album tersebut sempena 10 tahun kami di persada seni nasyid," jelas beliau.Katanya, IQ-ONE bersedia pada bila-bila masa menunaikan permintaan membuat persembahan secara langsung untuk majlis keraian korporat atau mana-mana entiti berminat.Mereka boleh menghubungi talian telefon atau Whatsapp 010-9168830 (Zulhalmy) untuk keterangan lanjut.
20 Aug 19
642
Tangguh Tempoh Kompaun Kepada Penjaja Jalanan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada penjaja jalanan yang dikesan masih beroperasi di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini dengan meneliti keperluan untuk menangguhkan seketika pelaksanaan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pihak yang terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang kepada kalangan pengusaha perniagaan berkenaan untuk menghabiskan baki bekalan barangan jualan masing-masing.Katanya, cadangan tersebut akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan."Larangan menjaja tetap ada cuma operasi PBT tidak akan dimulakan lagi dalam masa terdekat kerana kita mungkin akan memberi tempoh sama ada sehingga akhir Ogos atau sebulan lagi."Saya belum tetapkan tempoh masa yang spesifik kerana perkara ini melibatkan PBT serta agensi-agensi lain di bawah jawatankuasa saya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pertemuan dengan penjaja lampu isyarat di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini semalam.Baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan untuk menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan jalanan yang lazimnya tertumpu di persimpangan-persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini.Ini bermakna, mereka terutama golongan remaja yang menjaja jeruk mempelam di dalam balang serta bebola daging di persimpangan lampu isyarat di setiap daerah di negeri ini kecuali Setiu, perlu menghentikan kegiatan itu berkuat kuasa serta-merta.Dalam perkembangan sama, Mohd. Nurkhuzaini memberi jaminan kerajaan negeri menerusi jawatankuasa sementara yang dianggotai YPU, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PBT dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) akan mencari penyelesaian terbaik buat kalangan 12 pengusaha makanan dan lebih 100 penjaja jalanan yang hilang punca pendapatan itu.Sementara itu, seorang pengusaha bebola daging, Fahmi Reza A. Razak, 38, berkata, mereka sedia maklum dan patuh kepada larangan menjaja yang ditetapkan kerajaan negeri."Kita akan cuba cari alternatif lain sebagai kaedah jualan, bagaimanapun masih akan meneruskan dengan perniagaan bukan sahaja untuk mencari rezeki buat diri sendiri tetapi kita mahu buka peluang pekerjaan kepada anak negeri lain," katanya.
20 Aug 19
57
Buruh Gembira Terima Rumah Baharu
Mohd Shafizi (dua dari kiri) menyerahkan kunci rumah kepada Faizal.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 20 Ogos – Keceriaan jelas terpampang pada wajah seorang buruh, Mohd Faizal Ibrahim, 32, apabila mendapat rumah baharu bagi menggantikan rumah peninggalan ayahnya yang hangus dijilat api tahun lalu.Faizal yang terpaksa menumpang di rumahnya abangnya, menerima rumah tersebut hasil sumbangan kerajaan negeri, agensi korporat dan orang ramai melalui Tabung Darul Iman (TDI).“Rumah peninggalan ibu dan ayah sebelum ini sudah terbakar, menyebabkan saya hilang tempat berteduh. “Semoga hidup saya akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang dan saya berterima kasih kepada semua atas sumbangan rumah ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah, di sini semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sumbangan rumah berkenaan diharap mampu meringankan beban mangsa kebakaran dan keluarga terbabit.“Sumbangan ini terbahagi kepada beberapa kategori musibah iaitu bantuan rumah terbakar, banjir dan bencana alam,” ujarnya.Menurut Mohd Shafizi lagi, dalam bulan ini seramai tiga orang telah mendapat manfaat daripada TDI dalam bentuk barangan rumah.“Manakala 19 orang menerima bantuan sara diri melalui kaedah pembayaran Electronic Transfer Fund (EFT) dan dua orang menerima rumah. “Semua orang boleh memohon dan borang boleh diambil di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit di Kampung Bukit Cempaka,” tambah beliau.
20 Aug 19
32
Terengganu Serius Mahu Jadi Negeri Pengeluar Makanan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Ogos - Pelaksanaan dasar baharu pertanian membuktikan kerajaan Terengganu serius untuk menjadi negeri pengeluar makanan utama di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 itu turut selaras dengan hasrat kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengembangkan potensi pertanian negara. Jelasnya, pelan berkenaan mengariskan enam teras yang mengandungi 61 strategi dengan 128 program yang dirancang dalam tempoh lima tahun bagi meningkatkan ekonomi bumiputera Terengganu.“Bidang pertanian kontan yang mendatangkan pulangan ekonomi segera atau ‘cash crop’ akan diberikan tumpuan.“Sama ada daripada segi peruntukan pengembangan atau kelulusan tanah kerajaan bagi projek pertanian baharu,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.Tambah beliau, pelan strategik tersebut turut memberi keutamaan kepada tanaman sawit dan getah yang dijangka menjana pendapatan lumayan masyarakat luar bandar negeri itu.“Ada pun untuk komoditi sawit dan getah, kita kekalkan keluasan sedia ada. Permohonan tanah kerajaan untuk pembukaan kawasan baru penanaman getah dan sawit bukan lagi keutamaan kerajaan untuk diberikan pertimbangan,” jelasnya. Dalam pada itu, Azman turut bersyukur dengan perkembangan industri pertanian di Terengganu yang mula mendapat perhatian banyak pihak termasuk kerajaan pusat.“Kedatangan dua Menteri Persekutuan ke sini yang berbincang mengenai pertanian dalam tempoh seminggu membuktikan industri berkenaan di Terengganu mula berkembang. “Berbeza parti bukan halangan untuk kita duduk bersama demi agenda rakyat atas dasar semangat federalisma,” katanya lagi.Untuk rekod, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 telah dilancarkan pada 4 Ogos yang lalu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.
20 Aug 19
161
Sultan Mizan Sempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Anakanda
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua anakanda baginda iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua'az di padang kawad, Rejimen 512 Askar Wataniah, Padang Midin.Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Nazir Mami, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri.Turut berangkat ke majlis tersebut ialah dua lagi anakanda baginda iaitu Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra'.Perbarisan dianggotai pegawai dan anggota dari Rejimen 512 Askar Wataniah yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Rejimen 512 Askar Wataniah iaitu Leftenan Kolonel Saifulddin Mahmod.Acara dimulakan dengan pentauliahan Tengku Muhammad Ismail ke pangkat Leftenan dan ditauliahkan ke Kor Rejimen Askar Wataniah disusuli pentauliahan Tengku Muhammad Mua'az ke pangkat Leftenan Muda dan ditauliahkan ke Kor Rejimen Askar Wataniah.Pemakaian pangkat telah disempurnakan sendiri oleh Sultan Mizan.Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az telah menyertai latihan ketenteraan di bawah latihan Pegawai Sukarela yang bermula pada 6 Ogos lepas dan berakhir hari ini.
19 Aug 19
1156
RM6.8 Juta Kos Kendali 9 SRIDI Setahun
Ustaz Satiful Bahri Mamat KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Kerajaan Negeri akan membuka Tiga buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) lagi Januari tahun depan, masing-masing sebuah di Permaisuri, Setiu, Kerteh 1, Dungun dan Kijal, Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ini menjadikan sembilan buah SRIDI dibuka bagi menunaikan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Katanya, kos keseluruhan untuk mentadbir urus semua SRIDI berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta setahun.Ini termasuk RM3.4 juta untuk mengendali dan menyelenggarakan tiga SRIDI baharu tersebut.Bangunan SRIDI Paka di Sekolah Agama Rakyat, Felda Kerteh 1, Dungun.Menurut beliau pelajar-pelajar baharu dan pelajar tahun satu dari SRIDI sebelum ini boleh berdaftar di sekolah berkenaan.“Pendaftaran untuk pelajar baharu boleh dibuat secara dalam talian di portal sridionline.terengganu.gov.my,” jelasnya ketika dihubungi semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata, setiap SRIDI akan membuka dua buah bilik kelas dengan sembilan tenaga pengajar serta pengurusan sekolah.“Kerajaan akan membuat pengambilan baru tenaga pengajar dengan sesi temuduga seterusnya kursus induksi selama dua minggu akan diadakan tidak lama lagi,” jelasnya.Katanya, Kerajaan Terengganu telah membuka enam buah SRIDI awal tahun ini masing-masing sebuah di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Hulu Terengganu) dan Kampung Raja (Besut).Katanya, SRIDI Permaisuri ditempatkan di Wisma Yayasan Islam, Bandar Permaisuri, Setiu, SRIDI Kemaman di bangunan baharu Kijal manakala SRIDI Paka di Bangunan Sekolah Agama (SA) Rakyat Felda Kerteh 1, Dungun.Sementara itu di Setiu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman ketika ditemui pemberita berkata SRIDI Permaisuri akan ditempatkan di Bangunan Wisma Yayasan Islam Bandar Permaisuri dengan pengambilan seramai 50 orang pelajar tahun satu.Kataya, sebanyak tiga pintu bangunan pejabat akan disewa dan sedikit penambahbaikan akan dilakukan bagi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin."Kita memilih Bangunan Wisma Yayasan Islam kerana lokasi yang strategik di Bandar Permaisuri, memandangkan bangunan ini masih baru dan kita telah mengadakan sesi lawat tapak baru-baru ini,” katanya lagi.Dalam pada itu, satu taklimat telah diadakan kelmarin oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Sahari Anwar Haji Ahmad menerangkan perjalanan dan pengurusan SRIDI kepada Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat dan i-MiTS DUN Permaisuri.
19 Aug 19
596
i-MiTS Ajil Bantu Remaja Bina Potensi Diri
Oleh : Khairudddin YusoffHULU TERENGGANU, 19 Ogos – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) melalui Kelab Kebajikan i- Mits Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil berusaha membantu remaja memupuk potensi dalaman yang cemerlang melalui penganjuran Kem Adam dan Hawa (KEMAH) yang dianjurkan, baru-baru ini.Pengarah Program, Ahmad Faizuddin Ismail berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan bertujuan mengisi masa lapang cuti sekolah supaya remaja tidak terpengaruh dengan perkara tidak sihat selaras mengasah bakat terpendam dalam diri melalui kaedah pentarbiyyahan dan modul yang dilaksanakan.“Alhamdulillah kem(KEMAH) hari ini merupakan kali keempat yang mensasarkan remaja berumur 13- 16 tahun bagi mendidik mereka dalam membina karakter berkepimpinan, beriman, dan berintegriti.“Apa yang penting, kita mahu pupuk budaya islami sejak mereka di peringkat usia muda kerana generasi ini yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan Islam pada masa akan datang,” katanya ketika program berkenaan di Ajil, baru-baru ini.Program selama tiga hari itu turut membawakan pelatih berpengalaman dari Qudwah Legacy Training Consultant (QLTC) bagi mengurus keseluruhan pengisian perjalanan program selain turut mendapat kerjasama QLTC, Kelab Waris Jati Diri (WAJA) dan Amerrah DUN Ajil
19 Aug 19
147
ADUN Kemasik Mahu Bina Pusat Dialisis
Ir Saiful (dua dari kiri) meninjau keadaan pesakit yang sedang menerima rawatan berkala. Foto - Ahmad Syahid AdnanOleh: Khalid AbdullahKUALA NERUS, 19 Ogos - Dek prihatin terhadap nasib pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili komited membina sebuah pusat dialisis di Kemasik.“Kita melihat ada keperluan untuk mewujudkan sendiri pusat dialisis memandangkan pusat rawatan sedia ada di bandar Chukai atau Dungun agak jauh untuk pesakit berulang-alik tiga kali seminggu.“Rawatan dialisis pula bukannya murah, kos satu rawatan biasanya RM200 ke atas, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu dihabiskan pesakit dalam sebulan,” ujar beliau.Ir Saiful Azmi juga berkata, dengan siapnya pusat rawatan itu nanti akan dapat menjimatkan perbelanjaan rawatan pesakit dan mereka dapat menerima rawatan lebih baik dengan kebajikan lebih terjaga.“Kos membina sebuah pusat hemodialisis sangat mahal, namun kita mengintai peluang untuk bekerjasama dengan orang persendirian atau individu, badan korporat dan juga pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) itu sendiri bagi merealisasikan hasrat ini.“Jadi, kita harap pusat itu nanti bakal memberi lebih kemudahan kepada pesakit di kawasan Kemasik, juga masyarakat sekitar bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Kesihatan Rehabilitasi Dan Hemodialisis Seberang Takir, semalam.Tambah beliau, pihak PETRONAS yang hadir turut menyumbang dalam menyediakan peralatan dan kelengkapan pusat dialisis yang dilawati.“Semoga pihak PETRONAS akan bersama kita dalam merealisasikan penubuhan pusat hemeodialisis seperti ini di Kemasik,” ujar beliau.
19 Aug 19
664
Zakir Naik : Tiga Asas Perlu Dihormati - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Tiga asas perlu dihormati semua pihak dalam isu membabitkan pendakwah bebas terkenal, Dr Zakir Naik yang dikatakan telah mencetuskan ketegangan di negara ini.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau mengikuti dengan cermat perkembangan isu Zakir yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu atas tujuan mengeruhkan suasana.Jelasnya, isu tersebut harus ditangani segera dengan tiga perkara utama membabitkan ruang demokrasi seperti budaya debat dan dialog harus dihormati agar masalah tersebut berjaya menemui jalan keluar.“Semua pihak perlu bersedia untuk bersemuka dan berdialog secara ilmiah demi mencari ‘kebenaran dan kebersamaan’. Pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan kerajaan negeri wajar menyuburkan budaya ini.“Kedua, perpaduan masyarakat majmuk adalah kerukunan hidup yang perlu dipelihara. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama dalam negara,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pemimpin politik dan pengamal media yang menjadi ‘makhluk perosak’ sehingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat. “Ketiga, jaminan keselamatan yang perlu dijaga tanpa mengira agama dan bangsa, sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya.Tegasnya, status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada Dr. Zakir Naik adalah hak asasi manusia yang diiktiraf dunia dan negara bertamadun. “Hak keselamatan ini juga adalah jaminan Islam terhadap sesiapa yang terancam keselamatannya, walaupun terhadap bukan Islam. “Kerajaan dan agensi berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertegas dalam memberi jaminan keselamatan ini,” tambah beliau.
19 Aug 19
68