Artikel "Semasa" Terkini
Azizulhasni Buru Tiket Ke Tokyo
Mohd Azizul Hasni Awang.NILAI, 28 Ogos - Dua pingat emas yang dimenangi pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, di sini, pada Ahad menjadi pembakar semangat untuk Mohd Azizul Hasni Awang melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan selepas ini.Jaguh berbasikal negara itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat menewaskan seorang lagi pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.Anak jati Terengganu itu meraih emas dalam acara berkenaan setelah mencatat masa terpantas 1 minit 03.168 saat, disusuli Muhammad Fadhil dengan pingat perak (1:04.283 saat), manakala pelumba Johor, Amar Danial Masri terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa setelah mencatat masa 1 minit 05.052 saat."Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pencapaian saya, tetapi saya turut gembira dengan pencapaian Muhammad Fadhil dan rakan senegara yang lain, kecuali kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kurang sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.Mohd Azizulhasni turut memenangi acara pecut setelah menewaskan Muhammad Fadhil.Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" memaklumkan beliau berpuashati dengan kutipan mata yang diraihnya pada kejohanan berkenaan dan Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara, di venue yang sama, baru-baru ini bagi menempah tiket beraksi kejohanan Siri Piala Dunia seterusnya yang merupakan medan kutipan mata ke Sukan Olimpik Tokyo 2020."Bagi saya, pungutan mata yang saya perolehi ketika ini sudah memadai untuk layak beraksi pada Siri Piala Dunia, tapi saya rasa Muhammad Shah masih perlu banyak mencari mata dalam beberapa kejohanan selepas ini," katanya.Pandangan sama turut disuarakan pelumba wanita elit negara, Fatehah Mustapa yang meraih dua emas dalam acara 500m ujian masa individu dan pecut wanita, dan menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai medan pemanas terbaik sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia di India dari 21-23 September depan."Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan pencapaian saya pada kali ini, terutamanya catatan masa saya pada kejohanan ini walaupun ia agak sedikit menurun berbanding Kejohanan GP Asia Tenggara, di sini, baru-baru ini."Kejayaan ini merupakan pembakar semangat untuk saya kembali bangkit untuk memburu pingat di India nanti," jelas pelumba berusia 30 tahun itu.SUMBER: BERNAMA
27 Aug 19
63
Kerajaan Negeri Sedia Timbangkan Baik Pulih Bangunan Lama SMK Landas
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi membaikpulih bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas supaya sesi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ustaz Maliaman Kassim berkata, pihaknya telahpun membuat satu keputusan dan akan membantu sekolah dengan menyiapkan proses bangunan lama yang tidak diduduki bagi membolehkan pelajar yang terjejas akibat kerosakan bangunan asal yang dilanda ribut semalam.“Kita juga akan meluluskan satu peruntukan untuk menggantikan lampu - lampu yang rosak dan baikpulih tandas dengan jangkaan kos keseluruhan proses baikpulih bangunan setelah diluluskan dalam perbincangan dalam masa terdekat.“Itu yang ditanggung oleh kerajaan negeri, sementara bangunan yang rosak dalam proses penilaian baikpulih oleh oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),”jelasnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan di sekolah tersebut bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid, pagi tadi.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Rosli Chik.Menurut Maliaman, kerja- kerja pembersihan dan pemindahan turut mendapat kerjasama dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berdekatan.“Kita telah menghantar Pasukan Unit Amal dan MPKK untuk membersih bilik - bilik kelas dan mengeluarkan barang - barang yang masih boleh digunapakai ke bangunan baru untuk dijadikan kelas.Alhamdulillah kerja - kerja pembersihan ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada mereka dan akan diteruskan sehingga esok, “ katanya.Sementara itu, Shafrudin berkata proses membaik pulih dua bangunan SMK Landas yang rosak akibat ribut dijangka siap sepenuhnya sebelum sesi persekolahan 2020 yang bermula Januari depan melibatkan peruntukan RM400,000 daripada Kementerian Pendidikan.“Seramai 315 pelajar menjalani sesi persekolahan seperti biasa manakala pelajar yang menduduki bangunan itu akan dipindahkan buat sementara waktu di blok kosong yang menempatkan pelajar Tingkatan Enam.“Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan terperinci menilai jenis kerosakan dan kos diperlukan bagi membaiki kerosakan bangunan ini," katanya lagi.Terdahulu, kejadian ribut kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan kemusnahan teruk pada struktur bumbung dua bangunan di sekolah ini serta kerosakan pendawaian elektrik walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
27 Aug 19
1240
Penjawat Awam Perlu Terap Nilai Islam Dalam Pekerjaan
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Penjawat awam perlu sentiasa menitikberatkan etika kerja berlandaskan nilai Islam agar sesuatu pekerjaan yang dilakukan itu membawa keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, ianya selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Terengganu sebuah negeri yang `Maju, Berkat dan Sejahtera’ yang mana penjawat awam di negeri ini juga perlu berpegang kepada prinsip berkenaan.“Laksanakan setiap tugasan dengan penuh amanah, dan jadikan prinsip berkenaan sebagai arah tuju kita sebagai kakitangan kerajaan.“Memandangkan majoriti rakyat negeri ini Melayu dan beragama Islam, nilai-nilai Islam seperti amanah, dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, tekun dan lain-lain lagi sepatutnya menjadi panduan semasa kita bekerja,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin dan Tengku Seri Bijaya Raja, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, .Sempena perhimpunan bulanan itu juga, beliau turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu yang terbahagi kepada lapan kategori.Calon terbaik bagi Anugerah Go Green dimenangi Oleh Zon Tingkat 9 Bahagian Khidmat Pengurusan, Hasil Kreativiti Terbaik (Zon Tingkat 15 Bahagian Khidmat Pengurusan), Tandas Terbaik (Zon Perumahan, Unit Perumahan).Manakala, Bilik Fail Terbaik (Zon Tingkat 8 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Meja Kerja Terbaik ( Che Md Hazwan Che Md Hassan dari Unit Perumahan) dan Bilik Pegawai Terbaik (Mohd Azmi Mustafa) dari Bahagian Khidmat Pengurusan.Pantri Terbaik (Zon Perumahan, Unit Perumahan), Stor Terbaik (Zon Tingkat 2 Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat) serta Zon Terbaik dimenangi Zon Perumahan dari Unit Perumahan.Pada perhimpunan itu, Mohd Zahari juga menyempurnakan penyampaian sijil kepada 15 penerima Anugerah Pekerja Bulanan Wisma Darul Iman bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2019 serta penyampaian Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada Mohamad Rozali Sulong dari Majlis Perbandaran Kemaman.
27 Aug 19
220
Wakaf Buku Rebut Ganjaran Pahala
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos- Orang ramai termasuk penjawat awam disaran merebut peluang menyertai Kempen Membaca dan Wakaf Buku yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat negeri ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, inisiatif yang dilaksanakan melalui Unit Korporat itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai satu medium wakaf untuk manfaat pelbagai lapisan pembaca.“Bagi menjayakannya, satu sudut membaca dan rak khas wakaf buku diwujudkan di lobi Wisma Darul Iman.“Secara tidak langsung, program ini juga turut menggalakkan mereka yang berkemampuan dan mempunyai koleksi buku-buku ilmiah terpakai untuk beramal, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Terengganu menimba ilmu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Kempen Membaca dan Wakaf Buku Peringkat Negeri Terengganu 2019 sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin dan Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian Negeri.Katanya, program wakaf buku menjadi satu lagi cara bagi umat Islam terutama penjawat awam di Terengganu beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala kepada pewakaf selagi harta yang diwakafkan itu kekal dimanfaatkan.“Bagi melancarkan proses wakaf buku ini, Unit Korporat dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana badan atau agensi yang memerlukan termasuk rumah kebajikan, masjid, sekolah, rumah anak yatim atau lain-lain institusi mengikut kesesuaian dan keperluan,” ujarnya.
27 Aug 19
178
Karnival Pantai Terengganu 2019 Kembali, Saji Kemeriahan Berbeza
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema “Tradisi Diwarisi” yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya adalah Demonstrasi Masakan, Aktiviti Sukan Rakyat, Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Ilmiah Wanita Solehah, Demonstrasi Permainan Tradisional, Malam Kesenian Islam, Persembahan Silat Antara Daerah, Bicara Santai Artis Hijrah dan pelbagai lagi.Penganjuran ini juga dilihat sebagai langkah yang berkesan untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan sektor pelancongan dalam negeri ini sekali gus menerapkan strategi “Think and Act Tourism” agar masyarakat lebih bersedia untuk menerima kunjungan pelancong ke negeri Darul Iman.Jangan lupa ikuti perkembangan terkini pelancongan negeri Terengganu di media sosial rasmi Beautiful Terengganu Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, WeChat dan Weibo serta program Karnival Pantai Terengganu di Instagram. Kongsikan pengalaman anda bersama Karnival Pantai Terengganu dengan penggunaan tanda pagar #karnivalpantaiterengganu #beautifulterengganumalaysia dan #vm2020.
27 Aug 19
585
Wartakan Bukit Harimau Menangis Sebagai Hutan Simpan Kekal Negeri
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 28 Ogos - Kawasan pendakian bukit popular, Bukit Harimau Menangis perlu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal Negeri bagi memastikan keindahannya kekal terpelihara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, atas keprihatinan untuk melindungi sumber hutan dan keperluan beriadah masyarakat setempat, idea tersebut akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.“Kelestarian alam semula jadi di Bukit Harimau Menangis penting untuk kesejahteraan rakyat sejagat serta untuk diwarisi oleh generasi akan datang.“Hutan Simpan Kekal Negeri tidak boleh diterokai atau ditebang kerana dilindungi undang-undang, namun boleh dijadikan kawasan hutan terbuka bagi memberi kemudahan orang ramai menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi.“Hutan Simpan Kekal Negeri juga dapat dijadikan aset penting dalam menggalakkan sektor pelancongan iaitu dengan cara menarik minat pelancong asing atau tempatan untuk melihat ribuan spesis flora dan fauna,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas bersama lebih 1,000 orang masyarakat tempatan menyertai acara pendakian bukit ‘Terengganu Merdeka Hike 2019’ di Bukit Harimau Menangis, Kemasik, di sini baru-baru ini.Sementara itu, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Mohd Rahim Rani yang turut serta menyertai pendakian bersetuju dengan cadangan berkenaan.“Saranan beliau sangat bernas, apabila sebahagian kawasan di sini yang berstatus tanah kerajaan diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal, pihak jabatan ada peruntukan kewangan untuk bangunkan kawasan rekreasi ini.“Sebelum ini Jabatan Perhutanan Terengganu telah bangunkan Taman Eco-Rimba Air Menderu di Kampung Cabang, Kertih untuk masyarakat Kemasik menikmati keindahan air terjun di hutan lipur serta panorama hutan,” jelas beliau lagi.
27 Aug 19
414
Teluk Mak Nik Tempat Pendaratan Penyu Popular Terengganu
Ariffin (tengah) diberi taklimat mengenai penetasan penyu di Teluk Mak Nik Geliga, Kemaman.KEMAMAN, 28 Ogos - Kampung Geliga dikenal pasti sebagai kawasan pendaratan tertinggi penyu berbanding di tempat lain di seluruh negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Geliga, banyak penyu mendarat di Pantai Teluk Mak Nik sekali gus dibina tempat penetasan telur penyu untuk memastikan kesinambungan pendaratan penyu berlaku di pantai berkenaan."Ini kerana menjadi tabiat penyu, akan kembali mendarat untuk bertelur di tempat di mana ia dilepaskan (dilahirkan)," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena sesi lawatan kerja beliau ke daerah Kemaman di pekarangan Masjid Lama Kampung Tuan Dalam, di sini semalam.Katanya, sebanyak kira-kira 1,800 biji telur penyu setahun dipungut di pantai berkenaan.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, terdapat sebanyak 46 kawasan pendaratan penyu di seluruh negeri Terengganu.Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 12 kawasan rezab penetasan penyu dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri (di bawah kerajaan negeri).Kawasan penetasan penyu itu adalah di Kampung Geliga, Kemaman, di Dungun (Kerteh, Kampung Cakar Hutan, Kampung Tangga Batu, Kampung Kudung Paka, Kampung Rantau Abang 1 dan Kampung Rantau abang 2).Di Setiu (Kampung Kuala Baharu Selatan, Kampung Mak Kepit Pulau Redang, Kampung Mak Simpan Pulau Redang, Kampung Chagar Hutan, Pulau Redang) dan di Besut (Kampung Tiga Ruang Pulau Perhentian).
27 Aug 19
709
Edar Jalur Gemilang Semarak Semangat Kemerdekaan
Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Berbaki empat hari sebelum seluruh negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-62, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang mengedarkan Jalur Gemilang di Pasar Besar Bukit Besar hari ini.ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menyemarakkan sambutan hari kebangsaan tahun ini selain menyuburkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat.Jelasnya, kempen yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pukul 11.00 tengah hari itu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.“Kita bahagikan bendera-bendera ini kepada semua peniaga di pasar ini dan juga kepada pengguna jalan raya di sekitar lokasi program ini.“Alhamdulillah sokongan baik daripada semua pihak berjaya memeriahkan program ini duntuk kita sama-sama merayakan sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu ini,” ujarnya ketika berucap dalam program berkenaan di sini hari ini.Dalam program berkenaan juga, sebanyak 21 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerima bendera Malaysia untuk diagihkan kepada penduduk kampung masing-masing.
27 Aug 19
62
Terengganu Komited Mahu Terus Majukan Tanah Terbiar
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Ogos – Terengganu mengulangi hasratnya untuk terus membangunkan tanah pertanian terbiar bagi menjana pendapatan baharu kepada ekonomi rakyat dan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, keluasan tanah pertanian terbiar di seluruh Terengganu sama ada hak persendirian atau syarikat adalah berjumlah 12 ribu hektar.Katanya, pada masa ini seramai 1,150 orang terlibat dalam usaha memajukan tanah terbiar di negeri Terengganu yang melibatkan Daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.“Dari segi kejayaan memajukan tanah terbiar ini, Terengganu berada di kedudukan kedua selepas negeri Pahang dan kita akan terus bekerja keras bagi memajukan tanah-tanah tersebut.“Setiu merupakan daerah yang dikira sebagai daerah pertanian kerana tanah terbiar masih banyak, semasa mesyuarat jawatankuasa tanah Setiu, minit mesyuarat tanah daerah Setiu sangat tebal jika dibandingkan dengan daerah Besut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu yang disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Tarom, petang semalam.Dalam perkembangan lain, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mengurus dan menjayakan majlis agihan tanah untuk kategori rumah dan pertanian berkenaan.“Tahniah diucapkan kepada yang bekerja keras sehingga meletakkan Daerah Setiu antara yang terawal yang berjaya mengadakan majlis untuk mengagihkan borang 5A pada hari ini,” tambah beliau.
27 Aug 19
55
Hab Petroleum Pulau Kerengga Tarik Minat Pelabur Dubai, China
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Dua syarikat besar dari Dubai dan negara China berminat untuk melabur dalam rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, permohonan untuk membangunkan kawasan itu telah diterima dan kerajaan negeri sedang meneliti perancangan syarikat terbabit sebelum membuat keputusan lanjut.Jelasnya, kedua-dua syarikat tersebut akan datang ke Terengganu pada 4 September ini bagi membincangkan perancangan mereka bersama kerajaan negeri dan mereka turut akan dibawa melawat ke kawasan hab petroleum kedua itu.“Jika ada persefahaman segalanya berjalan mengikut perancangan antara syarikat Dubai atau China ini, dijangka ia akan mewujudkan 10 hingga 15 ribu peluang pekerjaan, apa pun kita akan teliti perancangan syarikat terbabit.“Sebelum ini pembangunan hanya rancak di sebelah selatan (kemaman) jadi apabila wujudnya hab ini di Marang nanti, pembangunan turut rancak, mungkin pelabuhan akan diwujudkan sekali gus membuka ruang untuk perniagaan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan Jalur Gemilang bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, di Pasar Besar Bukit Besar, di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan pihaknya sudah menerima pelan utama untuk melaksanakan projek Terengganu Silica Valley (TSV) yang memerlukan dana sebanyak RM4 billion“Sekarang kita sedang aktif mencari dan menjemput pelabur-pelabur yang nak melabur dan membangunkan prasarana kawasan itu bersama kerajaan negeri.“Kita sudah mengenal pasti beberapa syarikat yang besar dalam dunia ini, respon mereka positif untuk projek itu,” ulas beliau.Untuk rekod, hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
27 Aug 19
316