Artikel "Semasa" Terkini
SMK Landas Rosak Teruk Dibadai Ribut Kuat
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 27 Ogos -Satu kejadian ribut telah melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil, berlaku antara jam 3 hingga 3:15 , petang tadi.Kejadian tersebut menyebabkan keseluruhan bumbung bangunan tiga tingkat menempatkan kelas pelajar telah musnah dan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku semenjak ianya ditubuhkan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian tersebut berlaku melibatkan bangunan yang menempatkan 17 kelas pelajar.Walaubagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.Menurut Mohd. Adli, ketika kejadian kesemua pelajar telah pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran pihak sekolah agar pulang lebih awal memandanglan sekolah itu terlibat dengan minggu peperiksaan.“Kejadian ribut ini adalah yang pertama kali melanda sekolah ini. Sewaktu kejadian, sesi persekolahan sepatutnya masih berjalan tetapi minggu ini pelajar dibenarkan pulang lebih awal iaitu selepas solat Zohor kerana terlibat dengan minggu peperiksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, berikutan kejadian itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diketuai oleh Pegawainya, Rosli Chik bersama pasukan Polis segera ke lokasi kejadian termasuk meninjau kerosakan untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin akan turun padang ke SMK Landas pada awal pagi esok untuk tindakan seterusnya.
27 Aug 19
121
TDM Catat Hasil RM99.5 Juta Bagi Suku Kedua 2019
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos – Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) mencatatkan hasil pendapatan berjumlah RM99.5 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2019 (2QFY2019) iaitu peningkatan sebanyak 2 peratus daripada RM97.6 juta pada 2QFY2018.Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata sementara itu penyelarasan EBITDA yang direkodkan bagi separuh tahun pertama 2019 adalah berjumlah RM32.4 juta berbanding dengan separuh tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM34.0 juta.Katanya, berdasarkan kepada prestasi, bahagian Penjagaan Kesihatan terus kukuh pada separuh tahun pertama dimana pendapatan meningkat sebanyak 16 peratus dan jumlah pelarasan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga turut meningkat sebanyak 61 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Walaubagaimanapun, perniagaan perladangan kami terkesan daripada penurunan harga minyak sawit yang menyebabkan ianya berada dibawah tekanan bagi separuh tahun pertama 2019 memandangkan ketidakstabilan musim dan stok minyak sawit.“Bahagian perladangan mencatatkan pendapatan yang rendah bagi separuh tahun pertama 2019 iaitu sebanyak 21 peratus dimana berkemungkinan besar disebabkan oleh penurunan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan juga Isirong Sawit (PK) di mana masing-masing sebanyak 18 peratus dan 42 peratus. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan yang dapat dilihat pada separuh tahun pertama 2019 dari segi harga minyak sawit iaitu CPO dan juga PK meningkat sebanyak 16 peratus dan lapan peratus berbanding separuh tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Tambah YM Raja Dato’ Idris lagi, pihaknya akan terus melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) untuk mengukuhkan lagi platform bagi pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa yang panjang. “Dengan pelaksanaan VCP ini, kami berharap dapat mencapai pelarasan EBITDA yang lebih baik berbanding tahun yang lalu dan kami juga telah menjalankan beberapa pendekatan VCP yang sama bagi operasi di Kalimantan. “Walaupun kami memperolehi hasil yang lebih rendah bagi separuh tahun pertama 2019, sebahagian daripada VCP operasi kami di Kalimantan berada di landasan yang tepat bagi mencapai target pemulihan yang telah kami sasarkan bagi tahun 2019,” ujarnya. Sementara itu, bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dalam pendapatan sepanjang tempoh iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus dan pelarasan EBITDA mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. “Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah bilangan pesakit luar dan pesakit dalam sebanyak 11 peratus dan tujuh peratus berbanding tahun lepas. Jumlah bilangan hari pesakit dalam yang tertinggi adalah sebanyak 10 peratus turut menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. “Selain itu, terdapat peningkatan jumlah bilangan katil daripada 92 kepada 122 dan juga pembukaan Pusat Kardiologi di Kuantan Medical Centre turut menyumbang kearah positif kepada bahagian penjagaan kesihatan pada tahun 2019,” katanya lagi. Menurut YM Raja Dato’ Idris, pihaknya amat gembira dengan prospek yang membolehkan mereka menjayakan suku kedua bagi tahun ini yang telah memberi galakan dengan melihat momentum yang sedia ada dan juga perancangan strategik serta usaha dalam bidang operasi yang telah diterap melalui portfolio kesemua hospital. “Kami yakin bahawa prestasi kami akan terus meningkat dengan adanya penambahahan bilangan katil hospital yang beroperasi dan ini memberi peluang yang lebih besar untuk kami terus berkembang,” jelasnya. Beliau juga berkata, disebabkan oleh persaingan yang kuat dan juga situasi yang tidak dapat dijangka, Kumpulan telah mengambil langkah yang optimis dalam mengekalkan kestabilan prestasi di bahagian operasi bagi kewangan tahunan 2019.“Di bahagian perladangan, kami amat berdedikasi dalam agenda kelestarian dimana sijil RSPO dan MSPO yang kami perolehi telah membolehkan kami untuk menikmati premium yang lebih baik daripada untung jualan CSPO dan CSPK kami termasuk memberi fokus dalam mengoptimumkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti operasi dan memulihkan pengeluaran yang mampan sekaligus meningkatkan keuntungan pada permintaan masa hadapan di bahagian perladangan dan juga bahagian penjagaan kesihatan.“Prestasi bagi suku kedua boleh dijadikan sebagai gambaran kepada potensi sebenar projek kami yang akan datang. Pembukaan Pusat Kardiologi yang baru di Kuantan Medical Centre yang telah kami jayakan pada awal tahun ini, turut menyumbang kepada peningkatan yang memberangsangkan kepada TDM, dan kami menjangkakan pertumbuhan yang positif pada tahun yang akan datang,” tambahnya.
27 Aug 19
46
Selepas 15 Tahun Mimpi Jadi Kenyataan
Fajri menunjukkan surat tawaran yang diterimanya.Oleh : Ariss AliasSETIU, 27 Ogos - Hasrat untuk memiliki tanah sejak 15 tahun yang lalu akhirnya tercapai buat seorang penduduk di sini apabila menerima borang 5A, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) semalam.Mohd Fajri Mohd Nor, 45, ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terkejut ketika menerima tanah berkenaan dalam penyerahan di Sungai Tarom yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Dia yang sepatutnya menerima borang itu bagi RTB Kampung Rahmat digugurkan nama selepas berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 2004.“Saya rasa seperti bermimpi kerana perkara ini sudah lama tiada khabar dan saya memang tidak menaruh apa-apa harapan lagi untuk memiliki tanah.Peserta yang menerima tanah perumahan dan pertanian.“Jujurnya saya tidak percaya apabila saya diserahkan surat untuk menerima borang 5A pada hari ini, terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menunaikan janji manifesto,” ujarnya ketika ditemui petang semalam.Sementara itu, bagi penerima borang RTB Delor, Abdul Ghani Muhammad, 69 berkata, dia sangat terharu dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengembalikan semula tanah yang ditarik lebih satu dekad dahulu.“Hari ini salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Impian memiliki secebis harta untuk diri sendiri akhirnya termakbul.Dalam pada itu, menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof memaklumkan daripada 503 penerima di Daerah Setiu seramai 117 penerima berada dalam DUN tersebut yang melibatkan empat RTB. Ia melibatkan sebanyak 413 lot tapak rumah dan 90 lot pertanian telah diberikan kepada penduduk sekitar Setiu.“Saya mewakili semua peserta yang terkilan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melanjutkan tempoh permohonan RTB terkilan yang sepatutnya tamat pada 31 Ogos ini kepada 31 Disember 2019,” tambah beliau.Azmi Maarof.
26 Aug 19
50
Ketua Hakim Negeri Menyokong Hukuman Hudud dan Qisas Terengganu
Oleh: Amiirullah Mansor ACHEH, 27 Ogos- Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu Tahun 2002 mendapat sokongan penuh daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu.Ketua Hakim Mahkamah Syariah Terengganu, Wan Muhammad Zakri Wan Mohd berkata, sokongan penuh akan diberikan kepada kepimpinan sekarang yang diketuai oleh Exco Pelaksanaan Syariah Negeri, Saiful Bahri Mamat. "Saya setuju dan sangat menyokong kajian semula bagi memperbetulkan beberapa perkara yang ada dalam enakmen yang telah diluluskan itu supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan semasa," katanya. Selain itu, jelasnya beliau berharap agar enakmen ini diluluskan secepat mungkin demi kesejahteraan tanah Darul Iman itu. "Saya harap ia dapat dijayakan secepatnya kerana enakmen itu perlu diperbetulkan sedikit pindaan sahaja," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Lawatan Berkaitan Pelaksanaan Hukuman Sebatan Dan Perkongsian Maklumat Berhubung Dengan Pelaksanaan Syariah di Mahkamah Syar'iah Ache, Banda Acheh.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim, Hakim Mahkamah Syar'iyah Aceh, Drs H Zulkifli Yus MH dan Wakil Ketua Mahkamah Syar'iyah Aceh, DRA. Hj. Rosmawardani, SH, MH. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata pihak negeri agak serius dan memberi komited secara keseluruhan enakmen yang telah diluluskan pada 2002 itu."Kerjasama dan buah fikiran yang kita dapat di sini akan dipraktikkan dan buat penambahbaikan di negeri Terengganu,” ujarnya.Katanya, diharapkan dengan lawatan hubungan dua hala antara Terengganu dengan Acheh ini, dapat menjayakan Pelaksanaan Syariah di negeri Terengganu serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
26 Aug 19
109
YB Setiu Turun Padang Selesai Masalah Rakyat
Shaharizukirnain (kanan) membuka kaunter aduan bagi mendengar segala permasalahan rakyat.Oleh : Maktar HashimSETIU, 26 Ogos – Konsep turun padang perlu menjadi keutamaan oleh setiap kepemimpinan negeri dan negara bagi melihat permasalahan yang berlaku khususnya dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian serta perkhidmatan.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, melalui platform tersebut, mereka dapat bertemu dengan masyarakat setempat untuk mendengar dan melihat permasalahan yang timbul bagi mencari jalan penyelesaian. Menurutnya, menerusi turun padang juga segala dasar serta usaha kerajaan dapat dijelaskan agar ia dapat difahami dan diterima baik oleh masyarakat.“Melalui program ini, segala masalah dapat dirungkai bersama, saya sangat berterima kasih atas keluhan dan rintihan yang dikemukan oleh rakyat.“Segala permasalahan rakyat berkaitan dengan tiadanya taman permainan kanak-kanak, pendaftaran surau dengan pihak berwajib dan lain-lain permasalahan akan diambil tindakan segera, insya-Allah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir di Kaunter Aduan Rakyat RAKR Mengabang Lekar, Batu Rakit, di sini baru-baru ini.Kaunter Aduan Rakyat turut dihadiri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail serta pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Rakit.Rakyat tempatan yang ditemui selepas majlis tersebut amat berterima kasih atas keperihatinan Shaharizukirnain dan berharap agar masalah tersebut berjaya diselesaikan segera.
26 Aug 19
82
Tinggalkan Kerjaya Di ExxonMobil, Raih RM25,000 Semusim Sebagai Petani
Zakaria Harun.Oleh : Ariss AliasSETIU, 26 Ogos – Seorang Juruteknik ExxonMobil nekad meninggalkan kerjayanya dengan mengusahakan tanaman cempedak sehingga mampu memperoleh pendapatan RM25,000 semusim.Zakaria Harun, 65, berkata tanaman itu diusahakan di atas tanah miliknya yang berkeluasan dua ekar di Kampung Kubang Puyu. Dia berkata, keunikkan rasa buah cempedak yang ditanam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap itu menjadi rebutan ramai sehingga dipasarkan ke luar negeri seperti Kuala Lumpur dan Johor.“Hasil yang dikeluarkan pada mulanya tidak banyak membuatkan datang keinginan untuk meningkatkan cempedak melalui kaedah membela ikan keli di dalam tangki pada tahun 2009. “Air ikan keli yang disalin ini akan dialirkan ke pokok-pokok cempedak bertindak sebagai baja membuatkan pokok subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan sedap,” tambah beliau lagi.Terdahulu Zakaria berkata, keinginan untuk membangunkan kampung serta adanya masa lapang sewaktu cuti bekerja menyebabkan dia nekad meninggalkan jawatan juruteknik di ExxonMobil walaupun bergaji belasan ribu sebulan.“Jadual kerja saya seminggu bekerja dan seminggu cuti, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat sesuatu pada masa lapang di tanah ini yang dahulunya ditanam dengan tanaman getah.“Bermula daripada itulah saya mula menanam pokok cempedak ini pada tahun 1985 secara kecil-kecilan di atas tanah seluas dua ekar,” ujarnya ketika ditemui media semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Langkap sememangnya terkenal dengan pengeluaran buah-buahan yang berkualiti sehingga menjadi salah satu kawasan pengeluaran buah di negeri ini.“Setiap kali musim buah-buahan, peniaga membuka gerai kecil di tepi jalan bermula dariKampung Sungai Tong hingga ke Chalok. Ini salah satu kemeriahan yang tidak ada di kawasan lain,” katanya.
26 Aug 19
252
MB Terengganu Umum Lanjut Tempoh Permohonan Tanah Terkilan
Dr. Samsuri menyerahkan borang 5A kepada wakil RTB Kampung Rahmat.SETIU, 26 Ogos - Kerajaan negeri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh pengesahan pemilikan tanah bagi peserta terkilan kepada 31 Disember 2019.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu merupakan langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah terkilan sekali gus memberi keadilan kepada peserta terkilan yang tidak memperolehi tanah pada 2004 lalu."Kita sedia maklum, permohonan tanah yang lama akan tamat pada 29 Ogos ini. Dengan itu, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh berkenaan sehingga hujung tahun ini untuk kita menyelesaikan kesemuanya."Berdasarkan rekod, terdapat seramai 12,946 orang peserta terkilan di seluruh negeri dan setakat ini direkodkan kita berjaya menyelesaikan permohonan 6,178 peserta," katanya.Lebih menarik, Dr. Samsuri menjelaskan bahawa peserta tanah terkilan hanya perlu membayar premium tanah sebanyak 10 peratus dari nilai tanah pada tahun 2004 dan bukannya pada nilaian semasa.Kerajaan negeri beri keutamaan selesaikan isu tanah terkilan - MB Terengganu.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu di Dewan Sungai Tarom, hari ini.Turut hadir, Tuan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin serta Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri Terengganu.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.Dalam majlis berkenaan, seramai 503 peserta terkilan adalah dari DUN Langkap dan DUN Permaisuri melibatkan 10 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).Untuk rekod, daerah Setiu memiliki peserta terkilan terbesar bagi negeri Terengganu iaitu sebanyak 27 peratus dengan jumlah 3,849 pemohon.
26 Aug 19
440
3,000 Daki Bukit Serentak Sambil Kibar Jalur Gemilang
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos--Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai cara dan kreativiti ditonjolkan rakyat malaysia dalam menzahirkan semangat cintakan negara dengan cara tersendiri.Di Terengganu lebih 3,000 peminat aktiviti sukan lasak menyahut cabaran dengan melakukan pendakian di lapan bukit terpilih seluruh daerah secara serentak.Kemeriahan itu dapat disaksikan bermula dari Bukit Keluang, Besut sehingga ke Bukit Harimau Menangis di Kemaman. Bukit bukit lain yang terlibat iaitu Bukit Besar (K. Terengganu), Bukit Temiang (Marang), Bukit Maras (K.Nerus/Setiu)), Bukit Jong (K. Nerus) dan Bukit Belimbing (Hulu Terengganu).Penyelaras Program, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata kesemua peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur itu menakluki lapan puncak bukit serentak di seluruh negeri itu dengan semangat kemerdekaan.Menurutnya, mereka yang terlibat juga hadir dengan membawa jalur gemilang sambil mendaki bukit-bukit berkenaan."Program ini julung kali diadakan namun sambutan yang diterima oleh peserta di setiap daerah sangat menggalakkan dan mendapat kerjasama para peserta di sepanjang pendakian." Walaupun rata-rata peserta tidak mengenali antara satu sama lain serta berbeza agama dan bangsa, sikap kerjasama yang ditunjukkan menonjolkan identiti rakyat Malaysia," katanya pemberita ketika ditemui selepas program.Majlis Perasmian Terengganu Merdeka Hike telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan NGO, negeri, Ustaz Sulaiman Sulong.Che Adam berkata, pihaknya berhasrat untuk meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang dalam usaha menyemai semangat patriotik terutama kalangan kanak-kanak dan remaja.Jelasnya, biarpun program itu berkonsepkan santai dan riadah namun ia mampu memberikan erti tersirat kepada para peserta.Katanya lagi, program itu dirangka menerusi gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Tac Outdoor selaku penyelaras program."Terima kasih penyelaras bukit yang bersemangat menjayakan program; Hiking Maras Community, BB Hikers, KERABAT, Geng Supik Hitam, Kaki Kabat, Ngukah Walk Fit, Bauk Hikers dan Mpkk Kg. Temiang," ujarnya.
26 Aug 19
379
Kad Sejahtera Mula Diedar Hari ini
Dr Ahmad Samsuri (tengah), Dr Alias (kanan) dan Dato' Bentara Dalam A Rahman di Majlis Pelancaran Kad Sejahtera di Lobi DUN Terengganu 16 Julai lalu.KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Kerajaan negeri memaklumkan bahawa Kad Sejahtera akan mula diserahkan kepada pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai hari ini untuk diagihkan kepada penerima.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kad tersebut bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang kurang berkeupayaan untuk menanggung kos perubatan mereka."Kad itu mempunyai nilai RM500 untuk tempoh setahun. Had penggunaan adalah RM70 untuk sekali transaksi. Contoh Kad Sejahtera "Kad ini boleh diguna pakai di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh Terengganu. Terdapat 22 klinik swasta yang menyertai program ini," jelas beliau ketika diwawancara oleh Warta Darul Iman (WDI) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Maklumat penuh wawancara berkenaan akan disiarkan dalam WDI Terbitan Ogos ini.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan 20,000 keluarga menerima manfaat menerusi program kad tersebut.Sebagai permulaan katanya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.9 juta untuk tujuan tersebut tahun ini.Terdahulu, Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah melancarkan kad itu di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, 16 Julai lalu.Dr Alias dan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya turut hadir di majlis tersebut.
26 Aug 19
896
Penyertaan Kontinjen Kelantan Bakal Meriahkan SUTERA 2019
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos- Kontinjen Kelantan akan turut dijemput memeriahkan lagi Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan diadakan pada 5 hingga 9 September ini di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan yang terdiri daripada atlet Negeri Kelantan itu akan mengambil bahagian dalam enam acara pilihan daerah.“Kelantan (kontinjen kesembilan) akan menghantar atlet negerinya untuk turut sama beraksi di SUTERA 2019 hanya sekadar untuk memeriahkan acara dimana pungutan pingat yang diperolehi tidak akan dikira seperti lapan daerah lain.Katanya, sukan ini hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini dan penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM132,000 untuk tahun ini.“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang,” katanya ketika bersiaran secara langsung di TV Darul Iman, Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Menurut beliau, terdapat 13 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2019 yang julung kali diadakan itu yang mana tujuh daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.Tambahnya lagi, SUTERA bakal menghidupkan kembali peranan Majlis Sukan Daerah yang sudah lama menyepi dengan penganjurannya termasuk menjadi medium bagi mengaktifkan atlet yang berusia 21 tahun ke atas menggunakan platform SUTERA untuk meneruskan karier mereka.“Dalam pada masa yang sama, kita mahu membentuk masyarakat yang aktif , sihat, berdisiplin dan bersatu padu di kalangan rakyat dimana kita mensasarkan SUTERA 2019 sebagai satu platform kepada para belia atau remaja dengan menjadikan sukan sebagai satu kaedah yang terbaik bukan sahaja mengisi masa mereka tetapi boleh dijadikan impian ataupun mengejar cita-cita kerana kita tahu sukan pada hari ini bukan sekadar hobi tetapi boleh dijadikan karier untuk masa depan masing-masing,” ujarnya.
25 Aug 19
52