Artikel "Semasa" Terkini
Festival Pantai Batu Buruk 12-16 September Ini
Ariffin (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Festival Batu Buruk, di Pejabat Daerah Besut, hari ini.BESUT, 29 Ogos - Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Pantai Terengganu 2019 dengan tema "Tradisi Diwarisi" di Pantai Buruk Kuala Terengganu pada 12 hingga 16 September ini.Gimik pelancaran festival itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman di Pejabat Tanah dan Daerah Besut di sini hari ini.Ustaz Ariffin ketika ditemui berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk acara kebudayaan dan permainan tradisional.Katanya, antara acara diatur sempena festival itu ialah Malam Kesenian Islam, Terengganu Beach Sales Extravaganza, Demo dan Pertandingan Silat, Gasing dan Permainan Tradisional, Bicara Wanita dan Santai Artis Hijrah, Kuliah Magrib dan Forum Perdana, Pertandingan WeFie, Bangsal dan lain-lain.Festival berkenaan diadakan setiap tahun di pantai peranginan tersebut dihadiri oleh pelancong asing, rakyat berbilang kaum dari Kelantan, Pahang dan negeri Terengganu sendiri.Dijangka tidak kurang 10,000 pengunjung hadir di festival itu.Festival berkenaan bertujuan mempromosikan Terengganu sebagai negeri maju, berkat dan sejahtera di samping mendedahkan negeri itu mempunyai produk makanan tradisional yang berbeza dari segi rasanya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.Orang ramai diminta hadir beramai-ramai bagi menjayakan festival tersebut.
29 Aug 19
946
MPKK Terengganu Sentiasa Pamer Kerjasama Terbaik
Dr. Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU,29 Ogos- Ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa bersatu dan mempamerkan kerja serta kualiti yang baik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, isu perpecahan timbul bukan kerana masalah yang berlaku dikalangan MPKK.Mengulas dakwaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato’ Zulkifli Mohamad mengenai wujudnya perpecahan dikalangan MPKK Terengganu, Dr. Azman memaklumkan isu sebenar dikatakan berlaku ketika program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH pada 22 Ogos lepas."Ketika itu, semua Pengerusi MPKK dalam kawasan Ketengah dijemput hadir dan meraikannya."Tapi yang dijemput Pengerusi KETENGAH itu ke pentas untuk menerima Jalur Gemilang ialah Jawatankuasa Tambahan MPKK lantikan Kerajaan Pakatan Harapan dan bukannya Pengerusi."Saya berpandangan, di sini wujud unsur mempermainkan pengerusi-pengerusi MPKK dan menunjukkan simbolik beliau tidak mengiktiraf pengerusi yang sah dilantik," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.Beliau turut menyatakan rasa bimbang atas tindakan kurang matang itu."Berpolitik ada batasnya. Tindakan tidak bijak ini akan disusuli dengan tindakan boikot program Ketengah oleh MPKK."Saya mohon supaya Pengerusi Ketengah lebih berhati-hati. Jangan rosakkan suasana damai dan harmoni yang wujud di kalangan MPKK Terengganu yang diakui oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai antara pengurusan MPKK terbaik dalam negara sekarang," katanya.
29 Aug 19
48
Dua Anak Syarikat PMINT Serah Zakat Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Dua anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyerahkan zakat perniagaan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Syarikat itu melibatkan Pmint Urus Sdn Bhd yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5,133.23 dan Permint Granite Sdn Bhd pula berjumlah RM205,642.18.Penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Permint Granite, Che Ghani Che Ambak dan Ahli Lembaga Pengarah Pmint Urus merangkap Ketua Pegawai Operasi PMINT, Wan Adnan Wan Derahman.Zakat perniagaan yang diserahkan anak-anak syarikat itu selepas mengambil kira keuntungan daripada hasil perniagaan sepanjang 2018.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh.
28 Aug 19
975
Kampung Rantau Panjang Terengganu 2 Calon Tunggal Desa Lestari
Projek tanaman fertigasi cili.DUNGUN, 29 Ogos - Kampung Tersusun Rantau Panjang yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun menjadi antara calon tunggal Program Desa Lestari di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sebaris dengan Kampung Telaga Batin di Kuala Nerus.Dengan mempertaruhkan Projek Tanaman Fertigasi Sayur-sayuran dan Buah-buahan sebagai cadangan projek ekonomi yang bakal dibangunkan, ia diyakini mampu memberi manfaat kepada komuniti kampung tersebut.Difahamkan, Program Desa Lestari yang diperkenalkan pada 2013 bertujuan menyediakan projek impak tinggi membabitkan penyertaan penduduk kampung. Manakala sistem koperasi yang diguna pakai dalam program berkenaan hanya membenarkan orang tempatan menyertainya atas faktor pengiktirafan, pengawalan dan pemantauan.Nor Zakirah Mohd Zaid (kanan). Foto - Adli MohamadSetiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid berkata, bagi manfaat dan peningkatan taraf hidup penduduk kampung, kumpulannya berusaha semampu mungkin untuk mendapatkan kelulusan geran program berkenaan."Projek fertigasi yang dicadangkan merangkumi penanaman betik, serai, labu, cili dan timun. Ia tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Kaedah fertigasi ini bersesuaian dengan persekitaran dan kawasan Kampung Tersusun Rantau Panjang."Penanaman boleh dilakukan secara tanaman tunggal (monokultur) atau dijadikan sebagai tanaman selingan di antara tanaman jangka panjang. Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sesi temuduga dan lawatan tapak pencalonan kampung negeri Terengganu bagi pelaksanaan Program Desa Lestari 2019 di Kampung Tersusun Rantau Panjang, kelmarin.Untuk rekod, bantuan geran Program Desa Lestari adalah bagi mewujudkan komuniti desa yang berpendapatan tinggi melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan yang semakin meluas di desa melalui platform Koperasi Komuniti dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Setelah melalui proses penilaian projek, jika diluluskan, kampung yang berjaya bakal mendapat perakuan Jawatankuasa Petugas Pelaksanaan Desa Lestari (JPP-DL) dan kelulusan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Desa Lestari (JIP-DL) untuk mendapatkan bantuan geran.
28 Aug 19
924
Tiada Pilih Kasih Beri Kelulusan Miliki Rumah
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Kerajaan negeri menafikan unsur-unsur 'pilih kasih' atau 'kabel' dalam proses kelulusan permohonan memiliki rumah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, semua pemohon yang layak perlu menjalani proses temuduga dan melalui Jawatankuasa Penimbang Negeri."Kita terima banyak permohonan dan tidak dinafikan semua mereka layak."Tetapi, sebarang keputusan dibuat berasaskan keperluan, pendapatan isi rumah dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan tular di laman sosial mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam memberi kelulusan permohonan memiliki rumah.Dr. Alias turut menegaskan, tiada sebarang campur tangan ahli politik dalam menentukan keputusan permohonan."Kami tidak terlibat langsung dengan jawatankuasa penimbang, malah saya sendiri menyerahkan semua kuasa membuat keputusan kepada mereka.Semua kelulusan berasaskan kelayakan pemohon di mana siapa yang paling layak terima kita akan beri," jelasnya.Menurut beliau, kelulusan permohonan rumah bukan sahaja membabitkan kediaman baharu siap dibina, tetapi juga rumah sedia ada yang masih kosong dan siap dibina dua tahun lalu."Kerajaan negeri sedang dalam proses menyiapkan perumahan baharu di Kuala Nerus, Kuala Berang dan beberapa lokasi lain."Projek ini pula akan siap dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.Terdahulu, tular di laman sosial tentang keluhan segelintir penduduk negeri itu yang mendakwa ada pemohon menerima kelulusan memiliki rumah menggunakan 'kabel’ daripada Exco dan wakil rakyat tanpa melalui proses sepatutnya.
28 Aug 19
31
Perlu Peruntukan Darurat RM5 Juta Atasi Hakisan Pantai Pengkalan Maras
Oleh: Mohd Hanif HamdanKUALA NERUS, 29 Ogos - Kerajaan negeri memohon peruntukan segera sebanyak RM5 juta di bawah darurat dari Kerajaan Persekutuan bagi penyelesaian sementara masalah hakisan pantai di Pengkalan Maras di sini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk projek tambak pantai itu tetapi ia masih dalam reka bentuk untuk menyiapkan skop-skop kerja bagi kaedah menyelamatkan kawasan itu dari hakisan ombak.Justeru katanya, adalah besar harapan rakyat dan kerajaan Terengganu agar peruntukan darurat itu diluluskan segera."Kita mohon Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperuntukkan peruntukan segera di bawah darurat untuk menyelesaikan masalah ini. "Walaupun kita tahu bahawa projek ini telah diluluskan sehingga RM90 juta pada tahun ini, tetapi masih dalam reka bentuk untuk menyiapkan skop-skop kerja bagi kaedah menyelamatkan kawasan ini, jadi untuk sementara ini kita berharap agar Kerajaan Pusat meluluskan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta dahulu untuk diperbaiki dibawah peruntukan darurat." katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pengkalan Maras, di sini baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang itu, masalah hakisan pantai berkenaan telah mengakibatkan banyak kerosakan berlaku kepada kemudahan awam di sekitar pantai tersebut."Hakisan pantai itu sangat teruk. Dalam masa beberapa bulan saja berlaku banyak kerosakan kemudahan awam."Pada bulan Januari yang lalu hingga ke bulan Ogos ini, 20 hingga 30 meter pantai telah terhakis dengan teruk sekali. Ini telah mengakibatkan dewan orang ramai, wakaf serta premis perniagaan terjejas akibat hakisan itu," jelasnya.Beliau juga berkata dijangka hakisan semakin teruk bila tiba tiupan angin timur laut di musim tengkujuh hujung tahun ini. "Kita tahu sekarang ini Angin Tenggara, tahun ini angin agak kuat dan berlakulah hakisan seperti hari ini, kita jangka apabila berlaku gelombang laut dari timur laut, kawasan ini akan semakin parah kerana dari pengalaman lepas lokasi kawasan ini menghala ke Timur Laut." ujarnya.
28 Aug 19
698
UPU Tok Saboh Johan Piala Penyelaras
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 27 Ogos - Pasukan Bola Sepak Unit Peti Undi (UPU) Tok Saboh telah menjurai Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 2019.Perlawanan akhir di antara pasukan UPU Seberang Barat menentang pasukan UPU Tok Saboh telah berlangsung pada 27 Ogos 2019 di Padang Astaka Kampung Pacakan Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.Kejohanan yang berlangsung selama satu bulan itu telah disertai oleh 10 pasukan dari DUN Kuala Besut.Azbi Salleh melahirkan rasa gembira kerana kejohanan ini berlangsung dengan lancar."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan ini."Saya juga ingin megucapkan tahniah kepasa pasukan yang berjaya menjurai kejohanan edisi kali ini," ujar Azbi.Pasukan UPU Tok Saboh telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 serta satu set jersi bola kepada semua pemain.Naib johan disandang oleh pasukan UPU Seberang Barat, manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan UPU Kampung Baharu dan tempat keempat disandang oleh pasukan Alor Jejawi/Taman Tasek.Majlis penyampaian hadiah pada kali ini disempurnakan oleh Azbi Salleh.
28 Aug 19
196
'Jauhi Pesta Liar Di Ambang Merdeka' - Ustaz Satiful Bahri
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu meminta semua agensi kerajaan memantau mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengadakan pesta liar dan maksiat sempena ambang merdeka di seluruh negeri sekali gus mengambil tindakan undang-undang jika didapati melakukan kesalahan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Kerajaan Negeri juga menasihatkan mereka terbabit tidak mengadakan sebarang acara atau pesta yang bercanggah dengan peraturan dan enakmen yang ditetapkan kerajaan, jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang."Perbuatan yang menyalahi undang-undang mencemarkan keharmonian negeri dan negara sekali gus meletakkan diri masing-masing mencabar enakmen negeri dan undang-undang negara."Kita akan mengembeling semua pihak untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas jika ada pihak sengaja mengingkari perundangan yang sedia ada."Jadilah rakyat yang berguna dan bermanfaat kepada negeri dan negara, hiduplah dengan aman tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu seterusnya berkata, tidak ada masalah mereka mahu meraikan hari kemerdekaan negara tetapi biarlah keraian dibuat tidak melanggar lunas-lunas agama dan undang-undang negara.Katanya tujuan sambutan itu juga ialah untuk memupuk semangat petriotisme dan cinta kepada keamanan serta kedamaian negara tanpa terbabit dengan gejala sosial yang merosakkan akal, jasmani dan rohani."Jadi, kembalilah kepada fitrah manusia yang suci murni dengan sentiasa beramal dengan amalan mulia Islam dan menghargai akal dan jasmani yang sihat kurniaan Allah kepada kita semua, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 62 dan selamat maju jaya," ujarnya lagi.
28 Aug 19
191
Kunjungi SATU, Tambah Baik Isu Berbangkit
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Banyak perkara dapat ditambah baik dalam Lawatan Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri ke Pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU) semalam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali berkata, antara yang dibincangkan adalah untuk menyelesaikan pelbagai isu air yang dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.“Pada masa sama, kita mendapat maklumat secara berdepan berkaitan pelbagai perkara, antaranya isu paip bocor dan kaedah menyelenggara di kawasan tertentu,” katanya ketika dihubungi hari ini.Dato’ Yahaya turut memberitahu, dalam pertemuan itu wakil-wakil rakyat yang hadir berpuas hati dengan penjelasan pihak SATU atas isu air yang menjadi kegusaran rakyat seperti bekalan air terputus, tekanan air rendah dan paip bocor.“Manakala pihak Pertubuhan Sejahtera berpuas hati dengan komitmen SATU untuk menyalurkan sebahagian peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk program kepentingan masyarakat setempat,” katanya.“Oleh itu, pihak kami berharap pertemuan seumpama itu dapat diteruskan kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara badan legislatif dengan anak syarikat kerajaan negeri, malah mengetahui maklumat secara 'first hand',” katanya.
28 Aug 19
29
Guru Al-Quran Terengganu Bertambah 1,000 Orang Lagi
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri telah menambah guru al-Quran daripada 732 kepada 1,700 orang.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia melibatkan tambahan elaun daripada RM3.2 juta kepada RM7 juta.Katanya, peruntukan untuk kefahaman al-Quran ditambah oleh kerajaan negeri, bukan berkurang atau dikurangkan."Penyelarasan itu dibuat bagi mengimbangi elaun guru Kelas Fardu Ain (KAFA) yang turut melakukan tugasan sama."Mereka itu ialah yang terlibat di bawah KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Kerajaan Pusat," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Guru berkenaan akan diselaraskan elaun mereka dari RM500 kepada RM400 mulai bulan depan dan isu ini tular di media sosial hari ini.Satiful yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu menjelaskan, elaun itu boleh dikekalkan atau ditingkatkan sekiranya Kerajaan Pusat memberi peruntukan sewajarnya.Di samping itu kata beliau, kerajaan negeri membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak negeri mempelajari al-Quran dengan kewujudan guru yang ramai di setiap kawasan."Ia juga mengurangkan bebanan tugas yang ditanggung guru al-Quran apabila semakin meningkat permintaan untuk belajar al-Quran."Dahulu seorang guru mengawal 10 murid tetapi sekarang seorang guru hanya lima orang murid sahaja," katanya.
28 Aug 19
183